willian glasser

16
Model Terapi Realiti oleh William Glasser Diasaskan oleh William Glasser Asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang dibuat. - Pilihan yang dibuat oleh individu adalah berdasarkan keperluan-keperluan asas mereka. Menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah, keadaan persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi keperluan asas mereka di sekolah. Keperluan-keperluan asas termasuk: - kasih sayang - mempunyai kuasa dan kawalan - kebebasan - keseronokan - Kurikulum yang berkualiti - Kualiti pengajaran. Model terapi realiti yang merupakan satu teknik kausenling untuk membantu individu meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat perancangan tent;ang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang. Kesan-kesan terapi realiti : - membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan - pastikan akibat realiti atau dipilih oleh murid - kemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah laku - bertindak sebagai pembimbing murid.Terapi realiti membantu murid mengenal realiti kehidupan dalam memenuhi keperluan mereke mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Membina bilik darjah yang berkualiti • tabiat - elakkan mengamal tabiat buruk ganti dengan tabiat yang boleh kekalkan hubungan baik • mesej- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian

Upload: anitawatiguwindasamy

Post on 21-Dec-2015

12 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

TRANSCRIPT

Page 1: Willian Glasser

Model Terapi Realiti oleh William Glasser  

      Diasaskan oleh William GlasserAsas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu

berasaskan pilihan yang dibuat.-  Pilihan yang dibuat oleh individu adalah berdasarkan keperluan-keperluan asas mereka.

     Menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah, keadaan persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi keperluan asas mereka di sekolah.

     Keperluan-keperluan asas termasuk: - kasih sayang- mempunyai kuasa dan kawalan- kebebasan- keseronokan- Kurikulum yang berkualiti- Kualiti pengajaran.

   Model terapi realiti yang merupakan satu teknik kausenling untuk membantu individu meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat perancangan tent;ang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang.

   Kesan-kesan terapi realiti : - membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan- pastikan akibat realiti atau dipilih oleh murid- kemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah laku- bertindak sebagai pembimbing murid.Terapi realiti membantu murid mengenal realiti kehidupan dalam memenuhi keperluan mereke mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Membina bilik darjah yang berkualiti

• tabiat - elakkan mengamal tabiat buruk ganti dengan tabiat yang boleh kekalkan hubungan baik• mesej- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian• bina hubungan dengan guru murid.• peraturan kelas• elakkan daripada menggunakan kawalan luaran seperti mendenda, mengarah atau mengancam murid apabila timbul sesuatu masalah• pengetahuan• kompentensi• kualiti

Page 2: Willian Glasser

• penilaian• kefahaman dan penggunaan

Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.

Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara

terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.

anak-anak murid tidak menghormati

Page 3: Willian Glasser

menggunakan ‘reversed phycology’ gagal menjawab dengan betul measurements a

avoirdupois

sengaja menutup pintu dengan bunyi yang kuat Denham

kaki mejanya sengaja dikerat yang boleh meyakitinya. nasib baik tidak mencederahkan dirinyaa

Miss Pamella sengaja menjatuhkan buku-bukunya

bunyi-bunyi yang tidak menyenangkan

peneguran terhadap perkataan2 yang kesat

tidak menggunakan peneguhan negatif

beri peluang kepada murid untuk membaca

tidak begitu memberi perhatian terhadap tingkah laku negatif mereka dan menerusskan pengajarannya

teguran diberi setiap kali adanya masalah salah laku dan pada masa itu juga

-tegas, tepat

tegura juga diberi secara umum

perbincangan dijalankan

peraturan dalam kelas juga dibincangkan

-sebagai seorang adult (dewasa)

-cara memanggil setiap pelajar dalam kelas

-nilai murni kebersihan (cleanliness) diri beliau ditujukan

pertanyaan soalan sokratik

jawapan dibincang bersama-sama

Page 4: Willian Glasser

rebellion, revolution, customs, religion dan sebagainya

tetapi …………. telah memalukannya namun beliau Berjaya memberi jawapan yang telah memberi tamparan hebat kepadanya.

pengalaman di luar kelas telah dilaksanakan

pengalaman sendiri

pengalaman langsung lawatan ke muzium

pembelajaran berpusatkan murid dengan dipimpin oleh guru

pengalaman sendiri memberi motivasi instrinsik

perbincangan tentang marriage

dapat mengeluarkan pendapat dengan lebih senang

-demonstrasi guru

survival training

bagi menarik perhatian

teguran kemarahan

minta penjelasan sebelum bertindak

bergembira dengan murid-murid

meluangkan masa beersama-sama mereka.

Page 5: Willian Glasser

Hubungan dinamika positif juga mewajibkan guru menghormati dan peka dengan murid dan

dalam masa yang sama tegas dan menetapkan batas-batas tertentu supaya sentiasa

dihormati oleh murid. Perkara inilah yang dilakukan oleh Mr.Mark, beliau telah merangka

satu garisan yang menyebabkan murid-murid tidak mengatasi batasan tersebut dan beliau

berjaya mengekalkan digniti drinya sehingga akhir. Dinamika hubungan guru-murid dan

murid-murid dapat juga diwujudkan sekiranya ada suasana demokratik dalam bilik darjah.

Dalam hal ini, Mr. Mark telah melaksanakan tugasnya dengan baik sekali dengan

melahirkan satu kelas yang mempunyai hubungan sepunya sesama sendiri dengan

memberikan peluang berkomunikasi dan keutamaan kepada mereka.

Beliau tidak pernah meninggalkan sebarang masa pengajarannya di kelas beliau. Apabila,

guru Pendidikan Jasmani,Mr Bell tidak mahu mengajar kelas mereka, beliau telah bersedia

mengajar mereka tanpa sebarang rungutan dan bersemangat tinggi untuk mengajar mereka.

Beliau juga sentiasa ceria tetapi tegas dan tenang dalam kelasnya dan menunjukkan

keikhlasannya dalam proses pengajaran. Beliau turut mengambil berat terhadap setiap

pelajar dalam kelasnya tanpa mengambil enteng terhadap sikap yang mereka tunjukkan.

Beliau juga tidak takut mengaku kesalahan yang dilakukannya dan dengan mendabik dada

beliau bertanggungjawab atas tingkah lakunya sendiri.

Hubungan dinamika yang baik juga menggariskan aspek ingatan sebagai unsur penting

dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Kprihatinan guru yang

bertimbang rasa terhadap muridnya dan mengambil berat terhadap kebajikan murid-

muridnya. Hal ini membolehkan murid-murid dalam kelas sanggup berkongsi masalah yang

dihadapi dengan guru mereka dan senantiasa bekerjasama bagi menjayakan setiap aktiviti

yang dilaksanakan dalam kelas.

Mr Mark juga turut menyemak kefahaman mereka dengan mencampakkan .

Page 6: Willian Glasser

Beliau turut menunjukkan keprihatinan terhadap setiap pelajar dan tidak bersikap berat

sebelah terhadap mereka. Bagi beliau setiap pelajar adalah sama, walaupun adanya gosip

dalam sekolah tersebut yang mengatakan Pamella adalah anak emas Mr Mark dan Pamella

sendiri mengatakan dia suka Mr Mark, namun hal ini tidak pernah menggulingkan semangat

Mr.Mark dalam mengekalkan perasaan adilnya terhadap semua pelajar. Beliau juga

mengagihkan tanggungjawab dalam kelasnya bersama, melibatkan murid dalam membuat

keputusan dan galakan bekerjasama bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran

berjalan dengan lancar. Apabila adanya kerjasama daripada murid, barulah projek lawatan

ke Muzium Victoria yang telah dikatakan membawa kejayaan yang memuaskan.

Mr Mark telah memainkan peranan yang eksklusif dalam mempromosikan amalan budaya penyayang dalam bilik darjahnya bagi melahirkan murid-murid yang baik tingkah lakunya yang dapat menyumbang kepada tenaga belia komuniti tersebut.

Sebagai tindakan lanjut, Mr Mark bijak dalam mentransformasikan tiga unsur daripada empat aspek dalam budaya penyayang iaitu, hormat, auntetik, ingatan dan integriti emosi bagi mempamerkan tingkah laku muridnya yang lebih disenangi oleh diri sendirinya dan juga masyarakat luar

Mr.Mark juga menyedari emosi orang lain dan diri sendiri dan mampu mengawalnya

sebelum menjadi lebih kronik. Salah satu contoh tepat yang boleh dikonklusikan di sini ialah,

Mr Mark telah naik angina dengan perbuatan jijik murid-murid kelasnya, terutamanya murid-

murid prempuanyang sanggup menggadaikan kehormatan diri dengan membakar pad

sanitari mereka dalam kelas yang adanya rakan-rakan lelaki mereka. Hal ini telah

mengundang kemarahan Mr Mark dan beliau telah memarahi murid-murid perempuan

dalam kelasnya bagi menimbulkan kesedaran terhadap perkara yang mereka lakukan dan

serta merta telah memasuki bilik guru kerana tidak ingin kemarahannya itu memuncak dan

membawa impak negatif. Hal ini menunjukkan bahawa beliau mampu mengawal dirinya.

Page 7: Willian Glasser

Aspek seterusnya pula ialah, integriti emosi yang berkaitan dengan kejujuran dalam meluahkan pendapat dan emosi serta mempunyai akauntabiliti atas tingkah laku tersebut. Apabila, pengetua sekolah tersebut, bertanya tentang kesanggupannya menjadi guru di sekolah North Quay yang dikatakan sekolah kehilangan harapan yang diduduki oleh pelajar-pelajar bermasalah tingkah laku yang serius, walaupun Mr.Mark mempunyai kelulusan pendidikan tinggi dan memiliki kelayakan dalam profesion kejuruteraan namun, kesanggupan Mr Mark untuk menjadi guru di sekolah tersebut adalah tinggi dan beliau mempunyai munasabah tersendiri. Sementalahan itu, hubungan dinamika yang baik juga menggariskan aspek ingatan sebagai unsur penting dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Kprihatinan guru yang bertimbang rasa terhadap muridnya dan mengambil berat terhadap kebajikan murid-muridnya. Hal ini membolehkan murid-murid dalam kelas sanggup berkongsi masalah yang dihadapi dengan guru mereka dan senantiasa bekerjasama bagi menjayakan setiap aktiviti yang dilaksanakan dalam kelas.

Saya mengkaji tajuk tugasan ini dengan mendalam dan telah meluaskan horizon pemikiran saya dalam memilih kelima-lima model pengurusan tingkah laku dengan strategi-strateginya yang bervariasi sekali sebagai model yang paling sesuai yang telah diaplikasikan oleh Mr Mark dalam kelasnya mengikut kontemporari semasa.

Mr Mark telah menggunakan peneguhan positif dengan merangsang fokus murid-muridnya terhadap perjalanan kelasnya dengan memuji walaupun tidak secara langsung sebaik sahaja menerima jawapan yang dikehendakinya daripada murid-muridnya di kelas. Mr Mark mengetahui kebatasannya memberi muka kepada murid-muridnya jadi, jawapan kepada soalan murid-muridnya diberi dengan cara yang sopan dan tanpa mengambil hati walaupun kadang-kadang soalan mereka agak menyinggung perasaan. Galakan positifnya menyebabkan murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran dan terus bertanya pelbagai soalan berkaitan dengan isu yang dibincangkan pada hari itu. Peneguhan positif yang digunakannya sekali gus memberikan kesan yang positif dalam kelas dengan penarikan tumpuan muid-muridnya dengan baik sekali. Apabila tingkah laku tersebut diikuti oleh keadaan positif, malah respons positif murid-murid yang tidak leka bertanya dan ingin belajar meningkat dan berulang.

Page 8: Willian Glasser

Model seterusnya pula ialah, model disiplin asertif Canter. Menurut Chong Lean

Keow(2009), model Disiplin Asertif Canter yang dipelopori oleh Lee and Marlene Canter

tahun 1976, telah melatih murid-murid untuk menerima konsekuen bagi tindakan mereka.

Pengaplikasian model ini membantu Mr Mark untuk mengajar dan menguruskan bilik darjah

dengan efektif dan sekaligus memastikan setiap murid dihormati dalam kelasnya. Sebelum

melentur tingkah laku murid-murid kelasnya ke arah yang sopan, Mr Mark telah menggubal

peraturan dan menguatkuasakannya serta memastikan peraturan yang ditetapkan dipatuhi.

Hal ini adalah kerana, walaupun beliau tidak mempunyai asas untuk menjadi seorang guru

beliau menyedari bahawa, penguatkuasaan peraturan diperlukan untuk memastikan aktiviti

bilik darjah berjalan dengan lancar dan hal ini juga dapat memastikan beliau dapat mengajar

tanpa gangguan dan murid-muridnya pula dapat belajar dalam persekitaran yang kondusif.

Daripada setiap gerak geri Mr Mark dalam kelas saya mendapat tahu bahawa diri beliau

bercirikan seorang guru asertif seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini. Bagi

menjadikan hak guru dan murid dalam bilik darjah lebih jelas, Mr Mark telah menyatakan

peraturan di hadapan murid-muridnya dalam kelas tanpa dibantahi dan dipesoalkan

walaupun beliau tidak menampalkan peraturan dalam kelas namun beliau percayai inisiatif

yang beliau ambil ini membawa perubahan dalam diri para pelajar. Beliau yakin dan jelas

menyatakan jangkaan serta arahan yang konsisten dalam intonasi teguh ketika

mengujarkan setiap peraturan dalam kelasnya. Hal ini adalah kerana, beliau sangat tegas

dalam penetapan dan pelaksanaan peraturannya berikutan prinsip model disiplin asertif

Canter iaitu, ‘guru mempunyai hak untuk menentukan, mengamalkan peraturan dan

mengarahkan murid untuk mematuhinya’. Antara peraturan yang telah dikodifikasikannya

adalah seperti, perlakuan sebagai seorang yang dewasa ataupun remaja, cara sapaan

setiap pelajar dalam kelas dan juga nilai murni yang perlu diamalkan terutamanya, aspek

kebersihan (cleanliness). Bagi membolehkan setiap peraturan ini dipatuhi oleh murid-murid

kelasnya, Mr Mark menjadikan dirinya sebagai teladan dalam setiap gerak gerinya iaitu,

tingkah lakunya sebagai seorang dewasa yang bitara, menegur orang lain dengan

penggunan kata-kata yang sopan dan murni serta penampilan dirinya yang cukup bersih

dan kemas. Mr Mark telah menerangkan peraturan, menunjukkan cara pelaksanaan

peraturan dengan membetulkan kesalahan Cik Pamella yang memasuki kelas sangat

lambat tanpa meminta maaf. Beliau tidak membawa imej yang garang dan kasar tetapi

tegas dengan pendiriannya yang sesuai dengan kriteria sebagai seorang guru asertif.

Mr Mark sentiasa bertindak dengan tenang terhadap setiap tingkah laku muridnya

dan menjalankan peraturan yang ditetapkannya dengan konsisten. Apabila berlakunya

tingkah laku yang tidak diingini beliau memberi peluang kepada murid-muridnya untuk

meluahkan perasaannya ataupun minta penjelasan sebelum bertindak. Teguran yang

Page 9: Willian Glasser

dilakukannya adalah secara langsung dan juga secara individu. Denham memanggil Mr

Mark sebagai Guv dan juga kadang kala tidak memberi penghormatan langsung apabila

bercakap dengannya. Jadi, Mr Mark menegurnya secara terus menerus dan apabila kali

kedua Denham memanggilnya beliau memastikan dia tidak mengulangi kesalahan yang

terdahulu. Sementalahan itu, ketika murid-murid lain menggunakan kata-kata kesat dan

tidak bersopan apabila bercakap dengannya ataupun dengan murid lain beliau menegur

mereka serta merta tanpa memberikan peluang kepada mereka untuk membantah. Beliau

juga menegur kelakuan Potter yang mengambil kayu untuk memukul Mr Bell yang dikatakan

ekstermis dalam hal Fats yang tercedera dalam kelas pendidikan Jasmani. Beliau juga

menyedari teguran secara individu terhadap murid-murid yang bermasalah dilakukan secara

berhemah dan perlu ditangani dengan diberi perhatian yang banyak.Terlebih dahulu, guru

perlu mendapatkan kepercayaan murid dan seterusnya beri perhatian dan berusaha untuk

berinteraksi dengan murid tersebut. Contohnya, teguran dan nasihat diberi kepada Pamella

apabila masalah keluarganya diheret sehingga ke sekolah. Menyedari kekalutan jiwa yang

dihadapi oleh Pamella, Mr Thackeray berusaha memberi solusi kepadanya walaupun,

muridnya itu kuat bertikam lidah dengannya.

Mr Mark juga memberi teguran dan melaksanakan tindakan ke atas tingkahlaku

murid dan bukan wataknya. Contohnya, bukan diri Purcell yang disalahkan tetapi wataknya

yang tidak menjaga percakapannya dan menggunakan perkataan kesat seperti ‘bleeding’

ketika Pamella sedang membaca dalam kelas. Tambahan pula, apabila peraturan bilik

darjah dilanggar, Mr Mark memberi peneguran yang setimpal kepada pelajarnya tanpa

adanya sikap subjektif berhubung peribadi murid yang berkenaan dalam kelasnya. Bagi

mengurangkan kekerapan berlakunya masalah disiplin dalam kelas, Mr Mark juga dengan

sendirinya mencadangkan dan melaksanakan lawatan sambil belajar ke muzium setelah

disahkan oleh pengetua. Secara tidak langsung, para pelajar beliau juga mengenali pelbagai

perkara baru ketika lawatan dan turut bergembira bersama-sama rakan-rakan mereka.

Memiliki ciri-ciri seorang guru asertif, beliau senantiasa konsisten dan adil dalam memenuhi

kehendak muridnya setiap masa.

Kelancaran dan pelaksanaan aktiviti yang baik oleh Mr Mark yang mengelakkan

penerangan yang meleret, iaitu, mengulang perkara yang tidak perlu dan melakukan

fragmentasi menyebabkan kelas Mr.Mark menjadi lancar dan disukai oleh murid-muridnya.

Mr Mark turut menyisipkan unsur momentum dalam pengajaran dan pembelajarannya

dengan memulakan proses pengajarannya dengan lancar, melakukan peralihan antara satu

aktiviti ataupun topik pengajaran dan pembelajaran kepada topik yang lain dengan cekap

Page 10: Willian Glasser

dan membuat rumusan dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan.

Tamsilnya, beliau bermula dari tradisi, kebudayaan masyarakat South Africa kepada

perubahan (rebellion) sehingga lawatan ke Muzium Victoria dengan begitu baik sekali.

Page 11: Willian Glasser
Page 12: Willian Glasser