wi-fi percuma - eps.mbpj.gov.myeps.mbpj.gov.my/beritabandaraya2012/bb022012.pdf · melaksanakan...

24
muka surat 05 MS 13 BIL. 02/2012 EDARAN PERCUMA : FEBRUARI 2012 www.mbpj.gov.my MS 09 WI-FI PERCUMA Untuk Penduduk Taman Dato’ Harun MS 06

Upload: vukhanh

Post on 13-Aug-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: WI-FI PERCUMA - eps.mbpj.gov.myeps.mbpj.gov.my/BeritaBandaraya2012/BB022012.pdf · melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya. Dengan pelantikan

muka surat 05

MS

13

BIL. 02/2012 EDARAN PERCUMA : FEBRUARI 2012 www.mbpj.gov.my

MS

09

WI-FI PERCUMAUntuk Penduduk Taman Dato’ Harun

MS

06

Page 2: WI-FI PERCUMA - eps.mbpj.gov.myeps.mbpj.gov.my/BeritaBandaraya2012/BB022012.pdf · melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya. Dengan pelantikan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.myBe

rita

Ba

nd

ara

ya P

eta

ling

Ja

ya F

EBR

UA

RI 2

012

02

INFO

Page 3: WI-FI PERCUMA - eps.mbpj.gov.myeps.mbpj.gov.my/BeritaBandaraya2012/BB022012.pdf · melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya. Dengan pelantikan

Berit

a B

an

da

raya

Pe

talin

g J

aya

FEB

RU

AR

I 201

2

03

KAND

UNGA

N

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.my

SIDANG REDAKSI

PENAUNGDato’ Haji Mohamad Roslan Bin SakimanDatuk Bandar, Majlis Bandaraya Petaling Jaya

PENASIHATTuan Puasa Bin Md. TaibTimbalan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Petaling Jaya

KETUA EDITORHaniza Binti Abdul Hamid

EDITORZainun Binti Zakaria

WARTAWANMuhamed Azmi Bin YusoffSaiful Bahri Bin Ab Azais

JURUGAMBARRusdi Bin Mohd HalikIntan Khairana Binti Md ZaliSalimey Bin Haji Abu Bakar

PEREKA GRAFIKShamsul Bahrin Bin Abdul MuttalibBadrul Hisham Bin A. Bakar

CADANGAN / MAKLUM BALAS :Sila majukan ke alamat :

EDITOR,Berita Bandaraya Petaling Jaya,Unit Perhubungan Awam dan Korporat,Majlis Bandaraya Petaling Jaya,Tingkat 1, Ibupejabat MBPJ,Jalan Yong Shook Lin,46675 Petaling Jaya,Selangor Darul EhsanTel : 03 - 79563544 samb. 204 / 201 / 206 / 202Faks : 03 - 79582695e-mel : [email protected]

DITERBITKAN OLEH :Unit Perhubungan Awam dan Korporat,Majlis Bandaraya Petaling Jaya,Tingkat 1, Ibupejabat MBPJ,Jalan Yong Shook Lin,46675 Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan

Dato’ Haji Mohamad Roslan Bin SakimanDatuk [email protected]

Tuan Puasa Bin Md. TaibTimbalan Datuk [email protected]

Tuan Haji Ahmat Mohaayen Bin Haji SaidTimbalan Setiausaha / Pengarah,Jabatan Khidmat [email protected]

Puan Hajah Sa’diyah Binti KhasimanPengarah,Jabatan [email protected]

Puan Hajah Sharipah Marhaini binti Syed AliPengarah,Jabatan Perancangan [email protected]

Tuan Ir. Haji Cheremi Bin TarmanPengarah,Jabatan [email protected]

Puan Dr. Chitradavi a/p VadivelluTimbalan Pengarah,Jabatan Kesihatan [email protected]

Puan Amreeta Kaur a/p Pretham SinghPengarah,Jabatan Penilaian Dan Pengurusan [email protected]

Puan Hamidah Binti AriffinPengarah,Jabatan Kawalan [email protected]

Encik Aznan Bin Haji HassanPengarah,Jabatan Pembangunan [email protected]

Encik Mohd Fauzi Bin MaaropPengarah,Jabatan Penguatkuasaan Dan [email protected]

Puan Zuraidah Binti SainanPengarah,Jabatan Landskap Dan Kehijauan [email protected]

Encik Abd. Muttalib Bin Mohd AliPengarah,Unit [email protected]

Puan Haniza Binti Abdul HamidPengarah,Unit Perhubungan Awam [email protected]

Tuan Haji Ainul Adnan Bin Abdul RahamanPengarah,Unit Audit [email protected]

Y.M. Tengku Nazaruddin Bin Tengku ZainudinPengarah,Unit Aduan [email protected]

Encik Lee Lih ShyanKetua,Unit Pusat Setempat (OSC)[email protected]

Encik Ahmad Johari Bin SallehKetua,Unit Korporat Dan [email protected]

Cik Nor Shabani Binti JohariKetua,Unit Persuruhjaya Bangunan (COB)[email protected]

PENGURUSANMAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

05 - 09 BERITA- Wi-fi Percuma Untuk Penduduk Taman Dato’ Harun- MBPJ Johan Perbarisan Maulidur Rasul - Lawatan Tunggakan Cukai Taksiran Di Kg. Selamat- PJ City Cycleway Network- Lelong Barangan Sitaan- Forum Maulidur Rasul 1433H- Kempen Makan Sayur-Sayuran- Taklimat Kontrak Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam- MBPJ Pembuka Tirai GP Selangor 2012- 118 Kontraktor Dilantik Urus Pembersihan Dan Sampah Kebun

15 - 16 KOMUNITI@PJ- Sambutan Gong Xi Fa Cai Di Petaling Jaya- Chap Goh Meh Di Taman Jaya

17 OPERASI- Ops Pusat Barangan Bayi

18 - 19 SUMBER MANUSIA- Kursus Suai Kenal MBPJ Bermodul Baharu- Penceramah Bergitar Tarik Perhatian

20 DIARI LAWATAN

21 - 22 BELIA DAN SUKAN- Karnival Sukan KSDK- Kejohanan Skuasy Junior Antarabangsa Bakal Berlangsung

23 MBPJ@AKHBAR

24 MUTIARA KATA

MS 11

MS 08

MS 12

Page 4: WI-FI PERCUMA - eps.mbpj.gov.myeps.mbpj.gov.my/BeritaBandaraya2012/BB022012.pdf · melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya. Dengan pelantikan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.myBe

rita

Ba

nd

ara

ya P

eta

ling

Ja

ya F

EBR

UA

RI 2

012

04

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin dan rahmat-Nya kita dapat bertemu lagi dalam ruangan Berita Bandaraya Petaling Jaya yang diterbitkan untuk menyampaikan maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti serta dasar-dasar yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Kerajaan negeri Selangor melalui Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Selangor sedang melaksanakan kempen gaya hidup sihat melalui amalan pemakanan yang berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan di kalangan pejawat awam. Kempen Makan Sayuran setiap hari Isnin di PBT telah dilancarkan pada 20 Februari 2012 yang lalu. Tujuan kempen ini untuk mewujudkan penjawat awam yang sihat tubuh badan yang mampu meningkat produktiviti serta kerja yang lebih berdaya saing.

Misi MBPJ untuk menjadikan bandar raya Petaling Jaya sebuah bandar raya yang bersih dengan persekitaran yang kondusif kini berada di landasan yang betul dengan pelantikan seramai 150 orang kontraktor baru untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya. Dengan pelantikan kontraktor-kontraktor ini diharapkan rungutan dan aduan penduduk berkaitan sistem kutipan sampah terutama sampah domestik dapat diselesaikan dengan efektif. Saya berharap semua penduduk memberikan kerjasama untuk memastikan bandaraya Petaling Jaya sentiasa bersih.

MBPJ turut menyahut seruan kerajaan negeri melaksanakan Zon Bersih dan pada tahun ini kita telah mencalonkan kawasan Dataran Sunway, Kota Damansara untuk dilaksanakan aktiviti Zon Bersih serta dipertandingkan

di peringkat negeri Selangor. Aspek-aspek yang akan dititikberatkan Majlis dalam pelaksanaan Zon Bersih ini seperti kebersihan, penyelenggaraan, penglibatan komuniti dan penglibatan badan-badan korporat. Saya berharap jawatankuasa teknikal yang telah dilantik dan tidak ketinggalan penduduk akan memberikan komitmen sepenuhnya bagi menjayakan Zon Bersih kawasan ini.

MBPJ sentiasa mengambil langkah proaktif untuk memastikan kehendak masyarakat Petaling Jaya dapat dipenuhi. Unit Aduan Awam dipertanggungjawabkan untuk menyelaras aduan-aduan penduduk untuk disalurkan ke jabatan-jabatan untuk diambil tindakan yang sewajarnya. Pihak Majlis juga dari semasa ke semasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan untuk memastikan kehendak penduduk Petaling Jaya diutamakan selaras dengan taraf bandar raya Petaling Jaya selaku sebuah bandar raya yang disegani dan MBPJ sebuah PBT yang berada di kedudukan yang tersendiri dalam kelasnya.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Majlis dan warga kerja Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang telah membantu dalam merealisasikan segala perancangan dan program Majlis. Tanpa komitmen yang jitu dan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan semangat kerja berpasukan oleh Ahli Majlis bersama-sama warga kerja Majlis Bandaraya Petaling Jaya pastinya sukar untuk merealisasikan hasrat untuk menjadikan Petaling Jaya sebuah bandaraya Peneraju, Dinamik dan Lestari.

Sekian, terima kasih.

DATUK BANDAR

Assalamualaikum w.b.t.,Selamat Sejahtera Dan Salam Muhibah

PERUTUSANMAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

DATO’ HJ. MOHAMAD ROSLAN BIN SAKIMAN

Page 5: WI-FI PERCUMA - eps.mbpj.gov.myeps.mbpj.gov.my/BeritaBandaraya2012/BB022012.pdf · melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya. Dengan pelantikan

Berit

a B

an

da

raya

Pe

talin

g J

aya

FEB

RU

AR

I 201

2

05

BERI

TA

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.my

TAMAN DATO’ HARUN, 29 Feb – Penduduk sekitar Taman Dato’ Harun kini boleh menikmati perkhidmatan wi-fi percuma disediakan oleh kerajaan negeri Selangor yang telah melantik syarikat Beta Excelsior Sdn. Bhd. untuk melaksanakan projek ini.

MBPJ menjadi PBT perintis menyediakan perkhidmatan ini yang akan menempatkan sebanyak 200 tiang penjanaan wi-fi di seluruh Petaling Jaya dengan melibatkan kos sebanyak RM40 juta menyediakan kemudahan akses internet secara percuma.

Kemudahan ini akan diperluaskan ke seluruh negeri Selangor yang dijangkakan melibatkan pemasangan sebanyak 4,000 tiang tumpuan ke kawasan terpencil yang penduduknya kurang berkemampuan untuk melanggan perkhidmatan internet.

Memorandum persefahaman (MoU) antara MBPJ dan syarikat Beta Excelsior Sdn. Bhd. telah dimeterai Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Hj. Mohamad Roslan Sakiman dan Pengarah Urusan Kumpulan Wireless One Holdings, En. Abdul Majid Rana Nawaz dengan disaksikan Dato’ Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim dan Y.B. Pn. Rodziah Ismail, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi.

“Dengan adanya kemudahan wi-fi percuma ini ia akan menyenangkan masyarakat membuat urusan dengan pejabat kerajaan dan melakukan urusniaga yang secara langsung dapat menggalakkan industri kecil melalui bisnes secara online,” ujar Dato’ Menteri Besar Selangor.

Di pihak MBPJ selaku PBT, dengan kemudahan yang disediakan ini akan memudahkan penduduk Petaling Jaya membuat bayaran secara online seperti membayar cukai taksiran melalui e-pay malah membuat aduan tanpa perlu berbaris panjang di kaunter MBPJ.

Untuk PendudukTAMAN

DATO’ HARUN

WI-FI PERCUMA

Page 6: WI-FI PERCUMA - eps.mbpj.gov.myeps.mbpj.gov.my/BeritaBandaraya2012/BB022012.pdf · melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya. Dengan pelantikan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.myBe

rita

Ba

nd

ara

ya P

eta

ling

Ja

ya F

EBR

UA

RI 2

012

06

BERI

TA

SHAH ALAM, 5 Feb – MBPJ mengulangi kejayaan menjuarai acara perbarisan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor yang telah berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam.

Kontinjen perbarisan MBPJ diketuai En. Wan Abd Rahim Wan Ahmad, Penolong Pegawai Penguatkuasa dengan seramai 50 anggota telah berjaya mengulangi kecemerlangan dalam penyertaan perbarisan sambutan Maulidur Rasul.

Perbarisan kali ini disertai sebanyak 120 kontinjen daripada wakil Badan-badan Berkanun dan swasta, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, masjid-masjid dan NGO Islam serta wakil daripada sekolah-sekolah sekitar Selangor.

Sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor tahun ini dimeriahkan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni AlMarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menyempurnakan majlis. Di majlis yang sama, DYMM Sultan Selangor berkenan menyempurnakan pelancaran Bulan Dakwah Selangor 2012.

Majlis dimulakan pada awal pagi dengan barisan perarakan yang diketuai Dato’ Menteri Besar, Y.A.B Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang berjalan sejauh 1.6 kilometer bermula di Stadium Mini dan berakhir di Stadium Malawati.

Majlis yang dihadiri hampir 10 ribu orang ini dimeriahkan lagi dengan persembahan pentas yang menampilkan kumpulan nasyid Hijjaz dan In-Team. Manakala tazkirah ringkas disampaikan Dr. Zahazan Mohamad dengan tajuk “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”.

Seramai lima tokoh dipilih menerima anugerah Khas Maulidur Rasul dalam kategori masing-masing yang didahului oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang menerima anugerah Umar Abdul Aziz.

Beliau menerima hadiah wang tunai RM 15,000, sijil penghargaan, piala pusingan dan sepersalinan pakaian. Manakala mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz menerima Anugerah Khalid Al-Walid. Anugerah Imam Al-Ghazali pula diberi kepada Datuk Mohd Mokhtar Shafii, Dekan Universiti Islam Antarbangsa Malaysia (UIAM).

Pensyarah Universiti Putra Malaysia, Prof Dr. Azizah Osman pula dipilih sebagai penerima Anugerah Saidatina Khadijah. Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM10,000, sijil penghargaan, piala pusingan dan sepersalinan pakaian.

Manakala bagi penerima Anugerah Saidina Ali, diterima oleh pelajar Sek. Men. Keb. Seksyen 7, Shah Alam, Nurfarah Anis Zainal Abidin dengan hadiah sejumlah RM5,000, sijil penghargaan, piala pusingan dan sepersalinan pakaian.

Maulidur RasulMBPJ JOHAN PERBARISAN

Page 7: WI-FI PERCUMA - eps.mbpj.gov.myeps.mbpj.gov.my/BeritaBandaraya2012/BB022012.pdf · melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya. Dengan pelantikan

Berit

a B

an

da

raya

Pe

talin

g J

aya

FEB

RU

AR

I 201

2

07

BERI

TA

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.my

SG. BULOH, 13 Feb – Kakitangan Bahagian Hasil, Jabatan Perbendaharaan MBPJ bersama Ahli Majlis, Cik Tiew Way Keng dan En. Kandeah Subramaniam melawat Kg. Selamat, Sungai Buloh yang merekodkan tunggakan cukai taksiran keseluruhannya mencecah RM55,000.

Lawatan ini diketuai, Timbalan Pengarah Perbendaharaan, Pn. Hjh. Nik Nazli Nik Abdullah memeriksa premis dan lot tanah kawasan tersebut dan didapati sebanyak 95 peratus daripada tunggakan cukai melibatkan tanah kosong yang sukar untuk dikesan pemiliknya disebabkan pemilik bukan penduduk kawasan tersebut.

Rekod mencatatkan terdapat seramai 29 individu yang gagal membayar cukai taksiran antara RM1,000 hingga RM5,000. Dengan cara turun padang ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah tunggakan cukai lama.

Lawatan ini mendapat kerjasama Ketua Kampung, Tn. Hj. Yahya Jantan yang menghulurkan bantuan untuk mengesan pemilik tanah dengan rekod yang dimiliki mereka hasil inisiatif sendiri yang diambil penduduk menyenaraikan pemilik lot-lot tanah di kampung tersebut. Pihak Majlis juga akan bekerjasama dengan Pejabat Tanah Daerah Petaling untuk menyelesaikan masalah ini.

Hasil lawatan ini, dikenal pasti masalah tunggakan cukai berpunca daripada kebanyakan aset merupakan tanah kosong dan dalam satu lot tanah terdapat banyak kediaman yang menjadi kesukaran kepada pihak Majlis untuk membuat tuntutan ke atas individu yang terlibat.

Tunggakan CukaiTaksiran Kg. Selamat

LAWATAN

Page 8: WI-FI PERCUMA - eps.mbpj.gov.myeps.mbpj.gov.my/BeritaBandaraya2012/BB022012.pdf · melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya. Dengan pelantikan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.myBe

rita

Ba

nd

ara

ya P

eta

ling

Ja

ya F

EBR

UA

RI 2

012

08

BERI

TA

DAMANSARA DAMAI, 15 Feb - Selaras dengan konsep pembangunan mampan yang mempromosikan perbandaran hijau meliputi pelaksanaan pengangkutan mampan, reka bentuk bangunan hijau, pewujudan komuniti sejahtera dan penggalakan pembangunan landskap, taman dan biodiversiti, MBPJ akan melaksanakan projek perintis PJ City Cycleways Network di Damansara Damai, Petaling Jaya.

Cycleways Networks yang akan menghubungkan Urban Park 1, Urban Park 2, Urban Park 3 dan Urban Park 4 merupakan projek perintis dilaksanakan MBPJ untuk memastikan penggunaan tanah yang harmoni dan memastikan warga Petaling Jaya khasnya dapat berjalan dan berbasikal dalam bandar yang menyediakan ruang mencukupi untuk bergerak.

Sebagai langkah persediaan projek yang akan bermula pada tahun 2012 ini, Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Hj. Mohamad Roslan Sakiman bersama pengarah-pengarah Jabatan teknikal yang terlibat telah melakukan lawatan ke tapak projek yang akan dilaksanakan dalam lima fasa.

Fasa pertama ini melibatkan kawasan Urban Park dan Taman Jaya yang dijangka dapat disiapkan pada tahun hadapan dengan anggaran peruntukan sebanyak RM3 juta. Antara kerja-kerja yang terlibat dalam projek ini ialah pembinaan laluan basikal selebar satu meter, lintasan basikal, lampu isyarat, garisan thermoplastic dan lain-lain yang terlibat.

Lengkap fasa yang kelima laluan basikal ini akan menjadi satu jaringan yang menghubungkan Damansara Damai, Kota Damansara, Taman Bandaran, Kelana Jaya, Taman Awam PJS10, Bukit Gasing dan Taman Jaya.

Dalam perancangan projek ini, MBPJ turut mencadangkan penutupan Jalan Yong Shook Lin pada hari Sabtu mulai jam 7.30 pagi hingga 10.30 pagi untuk aktiviti berbasikal, bersenam dan juga interaksi sosial.

Penyediaan ruang laluan basikal ini juga diharap dapat mewujudkan pelbagai aktiviti riadah, sosial dan rekreasi khususnya bagi warga Petaling Jaya.

CYCLEWAYS NETWORKPJ CITY

Page 9: WI-FI PERCUMA - eps.mbpj.gov.myeps.mbpj.gov.my/BeritaBandaraya2012/BB022012.pdf · melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya. Dengan pelantikan

Berit

a B

an

da

raya

Pe

talin

g J

aya

FEB

RU

AR

I 201

2

09

BERI

TA

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.my

JALAN YONG SHOOK LIN, 15 Feb – Sebanyak 13 unit barangan elektrik terdiri daripada set sistem teater rumah, radio, pemain DVD, televisyen dan speaker hasil sitaan harta alih telah dilelong di lobi Ibu Pejabat MBPJ.

Barang-barang lelongan ini merupakan barangan rampasan pemilik harta yang telah gagal melunaskan tunggakan cukai taksiran semenjak penggal kedua 2011 yang keseluruhannya melibatkan sebanyak 7,015 kes.

Hasil lelongan ini, pihak Majlis telah berjaya memungut sebanyak RM1,305 daripada jumlah kes tunggakan cukai taksiran yang berjumlah RM18,832.80.

Tindakan sitaan merupakan jalan terakhir yang diambil pihak MBPJ ekoran daripada pemilik harta gagal menjelaskan tunggakan cukai di bawah Akta 171 Perkara 48, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Operasi kutipan cukai akan diadakan dari semasa ke semasa untuk memburu pembayar cukai yang gagal melangsaikan tunggakan cukai untuk mengurangkan jumlah tunggakan cukai di samping untuk meningkatkan pendapatan MBPJ.

Untuk maklumat lanjut berkenaan operasi kutipan tunggakan cukai taksiran orang ramai bolehlah melayari laman sosial Facebook di alamat UnitTunggakan Mbpj.

Barang SitaanLELONG

Page 10: WI-FI PERCUMA - eps.mbpj.gov.myeps.mbpj.gov.my/BeritaBandaraya2012/BB022012.pdf · melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya. Dengan pelantikan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.myBe

rita

Ba

nd

ara

ya P

eta

ling

Ja

ya F

EBR

UA

RI 2

012

10

BERI

TA

JALAN YONG SHOOK LIN, 17 Feb – Bersempena dengan bulan Rabiulawal yang di dalamnya tercatat sejarah penting dunia Islam dengan lahirnya Nabi dan Rasul terulung, Nabi Muhammad S.A.W., MBPJ bersama Badan Islam MBPJ telah mengadakan Forum Maulidur Rasul 1433H yang bertajuk “Cintamu Tidak Berbalas.”

Dua ahli panel diundang khas untuk mengupas topik yang dibincangkan, Ustaz Syed Nurhisyam Tuan Padang, penceramah bebas dan Dr. Azahar Yaakub, Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi Malaysia dalam sesi forum yang dipengerusikan oleh Ustaz Rizuan Rahmat Ad’dimasyqi, Pengetua Sek. Men. Tahfiz Sri Pintar, Shah Alam.

Antara inti pati forum yang dihadiri Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Hj. Mohamad Roslan Sakiman, Tn. Hj. Ahmat Mohaayen Hj. Said, Yang Dipertua Badan Islam MBPJ merangkap Timbalan Setiausaha MBPJ, En. Halimey Abu Bakar, Ahli Majlis MBPJ dan para kakitangan ialah kita sebagai umat Islam jika sayangkan Nabi perlu mengamalkan sunah yang diwariskan dan untuk mengamalkannya umat Islam perlu menuntut ilmu supaya faham amalan-amalan Nabi Muhammad S.A.W.

“Kebanyakan gejala sosial dan keruntuhan rumah tangga pada hari ini berpunca daripada umat Islam yang semakin jauh dengan sunah Nabi dan ajaran agama Islam,” ujar Dr. Azahar Yaakub apabila diminta mengulas berkenaan kaitan cintakan Nabi dalam kehidupan masyarakat hari ini.

“Tanda umat Islam cintakan Nabi Muhammad S.A.W. juga ialah selalu mengucapkan selawat dan salam ke atas baginda dalam kehidupan seharian bukannya hanya dalam situasi tertentu seperti semasa khutbah Jumaat bagi lelaki dan bagi wanita apabila menyuapkan anak ubat ketika sakit,” tambah Ustaz Syed Nurhisyam.

Dalam aspek sebagai penjawat awam, sikap amanah perlu diamalkan untuk mengelakkan rasuah dan untuk mendapatkan keberkatan kerana rezeki daripada sumber yang tidak baik akan menjejaskan akhlak anak-anak yang secara langsung akan memberi kesan kepada keadaan sosial dalam masyarakat.

Sebagai penjawat awam juga perlu disemaikan dalam hati bahawasanya setiap kerja yang dilaksanakan tidak lain untuk mendapatkan keberkatan Allah.

Forum MAULIDUR RASUL1433 H

Page 11: WI-FI PERCUMA - eps.mbpj.gov.myeps.mbpj.gov.my/BeritaBandaraya2012/BB022012.pdf · melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya. Dengan pelantikan

Berit

a B

an

da

raya

Pe

talin

g J

aya

FEB

RU

AR

I 201

2

11

BERI

TA

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.my

KELANA JAYA, 20 Feb – Kerajaan negeri Selangor memperkenalkan satu lagi inisiatif hijau yang akan dilaksanakan di seluruh PBT di Selangor iaitu melaksanakan Kempen Makanan Sayur-Sayuran pada setiap hari Isnin di bawah The Green Monday Project peringkat negeri Selangor.

Kempen Makanan Sayur-Sayuran ini bertujuan menggalakkan cara hidup sihat di kalangan penjawat awam negeri Selangor memandangkan cara pemakanan dan tekanan merupakan faktor utama yang menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Hal ini dinyatakan Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri Selangor semasa merasmikan Kempen Makanan Sayur-Sayuran di Dewan D’Kelana, Kelana Jaya.

Pengenalan kempen ini secara tidak langsung dapat meningkatkan industri pertanian di negeri Selangor dan mungkin ramai yang tidak menyedari ia juga

mampu menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar yang mengikut kajian industri daging dunia menyumbang penjanaan karbon dioksida yang lebih tinggi berbanding industri pengangkutan.

MBPJ menjadi PBT pertama di Selangor menyahut seruan ini dengan memperkenalkan menu sayur-sayuran di kantin Majlis dan Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Hj. Mohamad Roslan Sakiman memberi cadangan supaya menu jamuan untuk mesyuarat pada hari berkenaan juga turut dikaji.

Y.B. Tuan Ronnie turut mengharapkan kempen ini akan diikuti oleh persatuan penduduk terutama di Selangor dengan mempromosikan makan sayur-sayuran dan buah-buahan terutama sayuran organik kerana ia tidak dicemari oleh bahan kimia yang dijamin selamat dan tidak mencemarkan alam sekitar.

Pada majlis ini turut diadakan taklimat pemakanan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya, demonstrasi masakan sayuran dan kempen Go Green Ke Arah Negeri Lestari oleh badan-badan bukan kerajaan seperti CETDEM.

KEMPEN MAKAN Sayur-Sayuran

Page 12: WI-FI PERCUMA - eps.mbpj.gov.myeps.mbpj.gov.my/BeritaBandaraya2012/BB022012.pdf · melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya. Dengan pelantikan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.myBe

rita

Ba

nd

ara

ya P

eta

ling

Ja

ya F

EBR

UA

RI 2

012

12

BERI

TA

JALAN YONG SHOOK LIN, 24 Feb – Sebanyak 32 syarikat daripada keseluruhan 150 kontraktor yang dilantik melalui tender terbuka untuk melaksanakan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Petaling Jaya mendengar taklimat berkenaan pengurusan kutipan sampah yang diadakan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran, MBPJ.

Kontraktor-kontraktor ini telah dipilih berdasarkan penilaian yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Tender MBPJ dengan memilih kontraktor yang terbaik dan mempunyai kemampuan dari segi peralatan dan modal untuk melaksanakan kerja-kerja.

“Kita berharap dengan pelantikan kontraktor-kontraktor ini tugas kutipan sisa pepejal dapat dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan dan kontraktor perlu bekerjasama dengan pegawai MBPJ dan juga penduduk untuk memastikan kutipan dapat dilaksanakan dengan baik,” ujar Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Hj. Mohamad Roslan Sakiman semasa berucap pada sesi taklimat ini.

Beliau menambah, MBPJ sedang dalam perbincangan dengan syarikat Worldwide Holdings untuk menyediakan sebuah stesen pemindahan di Seksyen 21, Shah Alam memandangkan tapak pelupusan sekarang jauh iaitu di Jeram, Kuala Selangor. Jika perbincangan ini berjaya, kontraktor mungkin boleh melaksanakan kutipan beberapa pusingan sehari kerana stesen tersebut jaraknya lebih dekat.

Kontraktor yang baru dilantik ini akan memulakan kerja bermula pada 1 Mac 2012 nanti dan diberi tempoh percubaan selama tiga bulan untuk dinilai prestasi mereka dan jika prestasi memberangsangkan kontrak akan disambung dengan menggunakan kaedah 3 tahun + 2 tahun.

Taklimat kepada kontraktor ini telah disampaikan Pn. Dr. Chithradavi a/p Vadivellu, Timbalan Pengarah Kesihatan Persekitaran dan Pn. Mahzura Mohd Amin, Penolong Pengarah Persekitaran MBPJ.

PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM

Taklimat Kontraktor

Page 13: WI-FI PERCUMA - eps.mbpj.gov.myeps.mbpj.gov.my/BeritaBandaraya2012/BB022012.pdf · melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya. Dengan pelantikan

Berit

a B

an

da

raya

Pe

talin

g J

aya

FEB

RU

AR

I 201

2

13

BERI

TA

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.my

KELANA JAYA, 27 Feb – MBPJ bakal menjadi pembuka tirai Pertandingan Memancing GP Selangor 2012 yang akan berlangsung pada 4 Mac ini di Tasik Bandaran Kelana Jaya.

Pertandingan Memancing GP Selangor 2012 akan menjelajah ke seluruh 12 PBT di negeri Selangor bertujuan untuk mempromosikan kawasan-kawasan rekreasi seperti pantai, sungai dan tasik.

Hal ini dinyatakan Y.B. Tn. Yaakob Sapari, Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor semasa sidang media untuk hebahan program yang akan dimeriahkan dengan Pertandingan Golden Voice of Petaling Jaya (GVOPJ) dan pertandingan Auto Show serta Info Hunt.

Pertandingan memancing edisi sulung bagi tahun 2012 bakal menawarkan hadiah istimewa untuk tempat pertama sebanyak RM40,000, tempat kedua RM14,000 manakala tempat ketiga RM7,000 di samping tawaran hadiah sehingga tempat ke-40.

Hadiah istimewa bakal ditawarkan pada pusingan Grand Slam di Taman Tasik Shah Alam yang menawarkan hadiah sebuah kereta proton Persona bernilai RM55,000.

Manakala GVOPJ pula yang dianjurkan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM4,000 bagi kategori senior dan RM2,000 bagi kategori junior.

Sempena dengan pertandingan memancing ini juga Y.B. Tn. Yaakob Sapari, Tn. Puasa Md Taib, Timbalan Datuk Bandar dan Cik Tiew Way Keng telah melepaskan ikan patin seberat 1.2 tan ke dalam Tasik Bandaran Kelana Jaya.

GP SELANGOR 2012MBPJ PEMBUKA TIRAI

Page 14: WI-FI PERCUMA - eps.mbpj.gov.myeps.mbpj.gov.my/BeritaBandaraya2012/BB022012.pdf · melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya. Dengan pelantikan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.myBe

rita

Ba

nd

ara

ya P

eta

ling

Ja

ya F

EBR

UA

RI 2

012

14

BERI

TA

JALAN YONG SHOOK LIN, 28 Feb - Sebanyak 118 syarikat kontraktor dilantik untuk menguruskan kerja-kerja pembersihan kawasan, waste buster, pembersihan jalan protokol dan longkang besar yang akan melaksanakan tugas bermula 1 Mac ini.

“Jumlah kontraktor ini telah ditambah memandangkan kawasan Petaling Jaya mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi menjangkau 700 ribu orang dan juga untuk mencapai matlamat menjadikan Petaling Jaya bandar raya bersih,” ujar Tn. Puasa Md Taib ketika berucap semasa sesi taklimat kepada para kontraktor.

Daripada jumlah kontraktor ini sebanyak 20 peratus merupakan kontraktor lantikan semula dan selebihnya adalah kontraktor baru tetapi kesemua kontraktor telah melakui proses tender terbuka. Kontraktor akan diberikan tempoh percubaan selama 3 bulan untuk dipantau prestasi dan jika memuaskan kontrak akan disambung selama 2 tahun + 1 tahun.

Beliau turut menegaskan, jika pihak Majlis banyak menerima aduan berkaitan kerja-kerja kontraktor kawasan dan kontraktor banyak menerima notis pembetulan (notice to correct), MBPJ berhak untuk menamatkan kontrak mereka.

Tahun 2012, MBPJ telah memperuntukkan sebanyak RM54 juta bagi tujuan pengurusan sampah di Petaling Jaya yang menggambarkan betapa seriusnya MBPJ untuk menjadikan Petaling Jaya bandar raya bersih.

Urus Pembersihan Dan Sampah Kebun

118 KONTRAKTOR DILANTIK

Page 15: WI-FI PERCUMA - eps.mbpj.gov.myeps.mbpj.gov.my/BeritaBandaraya2012/BB022012.pdf · melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya. Dengan pelantikan

Berit

a B

an

da

raya

Pe

talin

g J

aya

FEB

RU

AR

I 201

2

15

KOM

UNIT

I@PJ

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.my

JALAN YONG SHOOK LIN, 4 Feb – Cuti hujung minggu tidak menghalang warga Petaling Jaya untuk bersama-sama hadir memeriahkan sambutan Gong Xi Fa Cai peringkat MBPJ yang berlangsung di perkarangan Ibu Pejabat MBPJ.

Orang ramai berpusu-pusu semenjak pukul 7.00 malam untuk bersama-sama meraikan perayaan masyarakat Tionghoa ini yang turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau menegaskan sempena tahun naga air ini masyarakat Tionghoa khususnya perlu melakukan perubahan untuk mendapatkan apa yang diharapkan kerana tahun ini amat mencabar dan perlukan kerja yang lebih keras.

Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat MBPJ ini merupakan sambutan yang ke-10 bertujuan untuk mengeratkan integrasi sosial dan merapatkan hubungan antara masyarakat majmuk selaras dengan prinsip usahasama Local Agenda 21.

Sambutan kali ini mendapat kerjasama padu daripada Ahli Majlis terutama Cik Tiew Way Keng yang juga pengerusi jawatankuasa penganjur dan persatuan-persatuan penduduk di Petaling Jaya.

Konsep sambutan pada tahun ini mengetengahkan konsep hijau dengan penggunaan pembungkus makanan yang biodegradable, penampilan maskot kitar semula, pameran maklumat inisiatif hijau seperti rebat cukai taksiran, insentif parkir percuma untuk kereta hybrid serta promosi basikal elektrik.

Pelbagai acara telah berlangsung seperti perarakan beca dan basikal elektrik mengelilingi pusat bandar Seksyen 52 yang dilepaskan Dato’ Menteri Besar Selangor, persembahan tarian naga, pertandingan kaligrafi di samping persembahan pentas.

Gong Xi Fa CaiDi Petaling JayaSAMBUTAN

Page 16: WI-FI PERCUMA - eps.mbpj.gov.myeps.mbpj.gov.my/BeritaBandaraya2012/BB022012.pdf · melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya. Dengan pelantikan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.myBe

rita

Ba

nd

ara

ya P

eta

ling

Ja

ya F

EBR

UA

RI 2

012

16

KOM

UNIT

I@PJ

SEKSYEN 10, 6 Feb – Suasana malam di Tasik Taman Jaya, Petaling Jaya diserikan dengan warna-warni sambutan Chap Goh Meh yang dibanjiri orang ramai yang menyambut hari ke-15 dalam kalendar Tahun Baharu Cina dan merupakan hari terakhir sambutan perayaan masyarakat Tionghoa ini.

Sambutan Chap Goh Meh ini turut dihadiri pemimpin peringkat negeri Selangor seperti Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Y.B. Tony Pua yang mengharapkan tahun 2012 iaitu tahun naga air ini akan memberi kejayaan kepada masyarakat Tionghoa dalam pelbagai bidang misalnya bidang perniagaan.

Turut kelihatan semasa acara sambutan ini Y.B. Guo Burne Loh, Ahli Parlimen Kelana Jaya dan para Ahli Majlis MBPJ.Sambutan turut diserikan dengan persembahan tarian singa dan naga di samping persembahan tarian dan nyayian oleh artis-artis jemputan.

Chap Goh Meh secara tradisionalnya merupakan acara bagi masyarakat Tionghoa yang masih belum mempunyai pasangan atau bujang untuk mendapatkan pasangan dengan cara menulis nombor untuk dihubungi pada limau mandarin dan dibaling ke tasik dengan harapan bakal pasangan akan mengutip buah tersebut.

CHAP GOH MEHDI TAMAN JAYA

Page 17: WI-FI PERCUMA - eps.mbpj.gov.myeps.mbpj.gov.my/BeritaBandaraya2012/BB022012.pdf · melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya. Dengan pelantikan

Berit

a B

an

da

raya

Pe

talin

g J

aya

FEB

RU

AR

I 201

2

17

OPER

ASI

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.my

SS2, 16 Feb – Seramai 30 anggota penguatkuasa kakitangan Jabatan Kawalan Bangunan, Bahagian Pelesenan dan Bahagian Mekanikal MBPJ telah menjalankan operasi sitaan dan menurunkan papan iklan sebuah pusat menjual barangan bayi di Jalan SS2/75.

Pusat barangan bayi tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBPJ) 2007 dengan menjalankan perniagaan tanpa lesen dan membina binaan menutup longkang untuk dijadikan tempat letak kereta pelanggan.

Menurut Ahli Majlis Zon 8 yang turut menyertai operasi ini, En. Tony Cheong Siew Thong pusat barangan bayi tersebut baru dua bulan beroperasi tanpa memohon lesen daripada MBPJ dan bertindak menutup longkang di bahagian tepi bangunan bertujuan dijadikan tempat letak kereta yang telah menyebabkan kesesakan lalu lintas apabila pelanggan keluar masuk.

Operasi diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasa, En. Khir Johari Jamaludin tidak ketinggalan Penolong Pengarah Kawalan Bangunan, En. Ismathinoon Hj. Abd Rahman bertindak menyita sebanyak 35 kereta sorong bayi dan 22 kotak barangan bayi termasuk menurunkan iklan yang dipasang tanpa lesen.

Pihak Majlis memberi tempoh selama seminggu untuk pemilik menuntut barangan yang disita ini yang ditempatkan di stor penyimpanan MBPJ.

PUSAT BARANGAN BAYIOps

Page 18: WI-FI PERCUMA - eps.mbpj.gov.myeps.mbpj.gov.my/BeritaBandaraya2012/BB022012.pdf · melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya. Dengan pelantikan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.myBe

rita

Ba

nd

ara

ya P

eta

ling

Ja

ya F

EBR

UA

RI 2

012

18

SUM

BER

MAN

USIA

KUALA KUBU BARU, 2 Feb – Kursus Suai Kenal kakitangan baru MBPJ bermula siri 1/2012 akan menggunakan modul baharu dengan membawa peserta keluar dari MBPJ ke kem-kem bina semangat untuk meningkatkan semangat berpasukan dan kemahiran bekerjasama.

Modul baharu ini diperkenalkan Unit Latihan, MBPJ kepada peserta siri 1 untuk meningkatkan tahap keberkesanan kursus suai kenal yang sebelum ini hanya diadakan di MBPJ, hanya menekankan aspek-aspek berkaitan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ini kepada para peserta.

Modul baharu ini turut menggabungkan unsur ilmiah berkaitan dengan MBPJ dan keagamaan telah diperkenalkan kepada 37 peserta kursus yang berlangsung selama empat hari bermula pada 30 Januari 2012 dan berakhir pada 2 Februari 2012 di Kem Bina Semangat, Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru.

Majlis penutup kursus telah dirasmikan Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Hj. Mohamad Roslan Sakiman yang berkata, kakitangan perlu menjaga imej MBPJ sebagai PBT yang diletakkan pada tahap yang tinggi di Selangor dan amat disegani oleh PBT lain.

Beliau turut menyeru peserta supaya bersyukur setelah dipilih menjadi warga MBPJ daripada beribu-ribu pemohon dan pemilihan mereka adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik dan ketrampilan semasa menghadapi temuduga.

Modul baharu ini turut memperkenalkan anugerah peserta terbaik lelaki dan wanita sebagai motivasi kepada peserta supaya bersungguh-sungguh menyertai kursus yang mencabar mental dan fizikal. Siri sulung dengan modul baharu ini telah memilih Affendi Saharani dari Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan sebagai peserta lelaki terbaik manakala Nurul Farahain Mohd Amin dari Jabatan Khidmat Pengurusan peserta terbaik wanita.

Hadiah-hadiah kepada peserta terbaik telah disampaikan Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Hj. Mohamad Roslan Sakiman sambil disaksikan oleh Pn. Azizah Hj. Kosni, Penolong Pengarah Kanan Pentadbiran Am.

Bermodul BaharuKURSUS SUAI KENAL MBPJ

Page 19: WI-FI PERCUMA - eps.mbpj.gov.myeps.mbpj.gov.my/BeritaBandaraya2012/BB022012.pdf · melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya. Dengan pelantikan

Berit

a B

an

da

raya

Pe

talin

g J

aya

FEB

RU

AR

I 201

2

19

SUM

BER

MAN

USIA

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.my

JALAN YONG SHOOK LIN, 22 Feb – En. Mohd Radzi Omar, Ketua Pesuruhjaya Kanan Asisten Superintendan, Cawangan Perhubungan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau lebih dikenali sebagai ‘penceramah bergitar’ di kalangan penjawat awam telah menghidupkan suasana di Dewan Auditorium, MBPJ dengan penyampaian ceramah unik menggunakan media muzik.

Tidak seperti penceramah-penceramah lain yang terikat dengan skrip dan kurang kemampuan untuk menarik perhatian orang ramai, beliau tampil menarik perhatian kakitangan MBPJ yang hadir semasa Program Pementoran dan Ceramah Motivasi Siri 2/2012.

Beliau menyampaikan ceramah bertemakan tanggungjawab atau amanat yang dipegang sebagai penjawat awam yang perlu mengelakkan diri daripada terjerumus dalam gejala rasuah dan terlibat dalam semua unsur penipuan, tuntutan palsu dan mencuri masa kerja.

Pada majlis ini Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Hj. Mohamad Roslan Sakiman turut menyampaikan sijil pelantikan kepada 10 orang mentor dan buku log kepada 10 orang mentee di kalangan pegawai dan kakitangan Majlis. Pengenalan program ini untuk meningkatkan mutu kerja dan membimbing mentee untuk pembangunan

kerjaya dan psikososial.

En. Rinatho Nunchi dari Cawangan Pengurusan Psikologi dan Kaunseling, Bahagian Kaunseling dan Integriti Pejabat Kerajaan Negeri Selangor turut diundang untuk membentangkan hasil penemuan beliau terhadap kajian Amalan Penggunaan Rangkaian Sosial Pentadbiran Selangor.

Hasil kajian, rangkaian sosial yang paling popular di kalangan penjawat awam ialah Facebook dan kesimpulan taklimat beliau, penggunaan rangkaian sosial ini di pejabat kerajaan perlu dibuat kajian terperinci supaya penggunaan ini tidak memudaratkan kesan daripada kesilapan perkongsian maklumat, pendedahan maklumat peribadi dan juga salah guna rangkaian untuk aktiviti yang tidak bermanfaat.

“Kesilapan perkongsian maklumat atau berita boleh menyebabkan berlakunya jenayah tanpa pengguna sedari apabila membuat komen di laman Facebook misalnya jenayah pecah rumah jika maklumat yang tidak sepatutnya disebarkan kepada teman-teman Facebook kerana hasil kajian kepada responden sebanyak 20 peratus teman Facebook adalah tidak dikenali,” ujar beliau lagi.

Penceramah Bergitar TARIK PERHATIAN

Page 20: WI-FI PERCUMA - eps.mbpj.gov.myeps.mbpj.gov.my/BeritaBandaraya2012/BB022012.pdf · melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya. Dengan pelantikan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.myBe

rita

Ba

nd

ara

ya P

eta

ling

Ja

ya F

EBR

UA

RI 2

012

20

DIAR

I LAW

ATAN

Delegasi dari Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah mengadakan lawatan ke MBPJ pada 3 Februari 2012 bagi bertukar-tukar pandangan mengenai rakan strategik program pembangunan bandar rendah karbon.

Pada 10 Februari 2012 MBPJ telah menerima kunjungan dari Pertubuhan Arkiteks Malaysia yang mengadakan kunjungan untuk membincangkan isu-isu semasa berkaitan jabatan dan profesion arkiteks.

Page 21: WI-FI PERCUMA - eps.mbpj.gov.myeps.mbpj.gov.my/BeritaBandaraya2012/BB022012.pdf · melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya. Dengan pelantikan

Berit

a B

an

da

raya

Pe

talin

g J

aya

FEB

RU

AR

I 201

2

21

BELI

A DA

N SU

KAN

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.my

JALAN SELANGOR, 11 Feb – Kelab Sukan dan Kebudayaan (KSDK) MBPJ telah menganjurkan Karnival Sukan KSDK yang bertujuan untuk merapatkan hubungan antara ahli kelab di samping untuk mewujudkan gaya hidup sihat melalui sukan.

Karnival ini terbuka kepada ahli kelab dan semua kakitangan MBPJ untuk mengambil bahagian dalam pertandingan futsal, bola jaring, dart, karom dan sukaneka yang telah berlangsung di Kompleks Rakan Muda Arena, Petaling Jaya.

Yang Dipertua KSDK, En. Ismathinoon Hj. Abd Rahman membuat penampilan istimewa dengan menyertai pertandingan futsal yang dianjurkan untuk merebut Piala Yang Dipertua KSDK.

Bola jaring yang kebiasaannya dimainkan oleh golongan wanita menarik perhatian hadirin dengan pengenalan bola jaring campuran yang bertujuan untuk mencungkil bakat di kalangan kakitangan lelaki untuk menceburkan diri dalam sukan yang dimonopli golongan wanita ini.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Hj. Mohamad Roslan Sakiman hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

KSDKKARNIVAL SUKAN

Page 22: WI-FI PERCUMA - eps.mbpj.gov.myeps.mbpj.gov.my/BeritaBandaraya2012/BB022012.pdf · melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya. Dengan pelantikan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.myBe

rita

Ba

nd

ara

ya P

eta

ling

Ja

ya F

EBR

UA

RI 2

012

22

BELI

A DA

N SU

KAN

JALAN YONG SHOOK LIN, 21 Feb – Kejohanan Skuasy Junior Antarabangsa Milo All Star untuk kali ke-12 bakal berlangsung pada 28 Mei hingga 2 Jun 2012 dengan jangkaan penyertaan mencecah 400 orang dari dalam dan luar negara.

Kejohanan kali ini bakal berlangsung di Kompleks Sukan Astaka yang telah menjadi lokasi tetap kejohanan yang mencatatkan banyak kejayaan melahirkan jaguh skuasy negara umpamanya Ong Beng Hee.

Penganjuran edisi ke-12 ini merupakan kesinambungan kepada kejayaan penganjuran pada tahun lepas yang mencatatkan penyertaan sebanyak 16 negara bertanding dengan jumlah seramai 475 orang peserta menjadikan kejohanan ini suatu kejohanan yang berprestij.

Kejohanan ini juga telah diiktiraf bertaraf platinum oleh Persatuan Squash Asia membolehkan peserta yang bertanding memungut mata untuk ranking Asia.

“Tahun kita bakal menaikkan nilai hadiah memandangkan kejohanan ini telah memasuki edisi ke-12 penganjuran dalam 13 tahun untuk menggalakkan penyertaan yang lebih ramai sesuai dengan taraf kejohanan,” ujar Presiden Persatuan Squash Selangor, Dato’ Mohd Aini Taib.

Tn. Hj. Ahmat Mohaayen Hj. Said yang mewakili Datuk Bandar Petaling Jaya berharap penganjur bersama MBPJ dan Persatuan Squash Selangor membuat persiapan awal bagi menghadapi kejohanan ini yang bertaraf antarabangsa dengan membuat lebih banyak publisiti untuk menarik kehadiran orang ramai. Beliau berkata demikian semasa berucap pada sidang media kejohanan yang berlangsung di Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

SKUASY JUNIOR ANTARABANGSA BAKAL BERLANGSUNG

KEJOHANAN

Page 23: WI-FI PERCUMA - eps.mbpj.gov.myeps.mbpj.gov.my/BeritaBandaraya2012/BB022012.pdf · melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya. Dengan pelantikan

Berit

a B

an

da

raya

Pe

talin

g J

aya

FEB

RU

AR

I 201

2

23

MBP

J@AK

HBAR

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.my

Page 24: WI-FI PERCUMA - eps.mbpj.gov.myeps.mbpj.gov.my/BeritaBandaraya2012/BB022012.pdf · melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya. Dengan pelantikan

Bahagian Pembangunan Komuniti, SosialDan Belia - 03-7956 0206Perpustakaan Komuniti PJ - 03-7781 2775Muzium Petaling Jaya - 03-7954 8122Perkhidmatan Perkuburan - 03-7873 7895Perkhidmatan Krematorium - 03-7873 7730

JABATAN KAWALAN BANGUNANBahagian Kelulusan - 03-7956 3544 samb. 260Pelan Bangunan

JABATAN PENGUATKUASAAN DAN KESELAMATANPenguatkuasaan - 03-7958 8085Tunda Kenderaan - 03-7956 3544 samb. 149

JABATAN LANDSKAP DAN KEHIJAUAN BANDARPerkhidmatan Hiasan / Permit MemancingBahagian Pentadbiran - 03-7804 8907 / 8908Perkhidmatan Penyelenggaraan - 03-7804 8907 / 8908Pokok Teduhan samb. 110 UNIT PERHUBUNGAN AWAMPerhubungan Awam - 03-7956 3544 samb. 126 / 203

UNIT PERUNDANGANPerundangan - 03-7958 6487 / 7957 9512 samb. 110

UNIT KORPORAT DAN INOVASIKorporat Dan Inovasi - 03-7956 3544 samb. 206

URUSETIA PUSAT SETEMPAT (OSC)Pelan Pembangunan - 03-7954 1725 - 03-7956 3544 samb. 400 / 401

UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)Pesuruhjaya Bangunan (COB) - 03-7960 1646 / 7960 2410

Cara yang baik menilai seseorang ialah daripada apa yang ia katakan; cara yang lebih baik ialah daripada apa yang ia lakukan dan cara yang terbaik ialah daripada apa yang ia sumbangkan.

Mutiara Kata

TALIAN PERKHIDMATAN MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

ADUAN MBPJAduan Melalui E-Mel - [email protected] 24 jam - 03-7954 2020 Aduan (Waktu Pejabat) - 03-7956 3544 samb. 115/117Aduan Melalui Homepage - http://www.mbpj.gov.my /aduan.html

JABATAN KHIDMAT PENGURUSANBahagian Pelesenan - 03-7960 4667Bahagian Penjaja - 03-7956 6922

JABATAN PERBENDAHARAANBahagian Cukai Taksiran - 03-7956 3544 samb. 103 / 104

JABATAN KESIHATAN PERSEKITARANBahagian Alam Sekitar - 03-7956 2939Bahagian Kawal Selia Dan - 03-7955 2381PentadbiranUnit Vektor Dan Kesihatan Awam - 03-7955 2381

JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTANilaian Dan Pindah Milik Harta - 03-7954 5984

JABATAN KEJURUTERAANBahagian Infrastruktur Dan - 03-7958 4221Penyelenggaraan Bahagian Tender Dan Kontrak - 03-7956 2817 Bahagian Mekanikal Dan - 03-7876 7399Elektrikal

JABATAN PERANCANGAN PEMBANGUNANProses Permohonan - 03-7956 3544Kebenaran Merancang samb. 360 JABATAN PEMBANGUNAN KEMASYARAKATANPerkhidmatan Tempahan Dewan/ - 03-7956 3544Balai Raya/Gelanggang Sukan samb. 148 / 158Pembangunan Sukan Dan Kemudahan Am - 03-7960 1219Bahagian Pelancongan, SukanBerprestasi Tinggi & Kebudayaan - 03-7957 1195