file · web viewpada hari itu orang yang pertama sekali akan dipanggil ialah orang yang...

2
Orang Pertama Yang Dihukum Di Akhirat Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pada hari kiamat Allah akan menghukum semua makhluk dan semua makhluk tertekuk lutut. Pada hari itu orang yang pertama sekali akan dipanggil ialah orang yang mengerti Al-Quran, kedua orang yang mati fisabilillah dan ketiga ialah orang kaya. Allah akan bertanya kepada orang yang mengerti Al-Quran: "Bukankah Aku telah mengajar kepadamu apa yang Aku turunkan kepada utusan-Ku?. Orang itu menjawab: "Benar Ya Tuhanku. Aku telah mempelajarinya di waktu malam dan mengerjakannya di waktu siang." Allah berfirman: "Dusta! Kamu hanya mahu digelar sebagai Qari dan Qariah, malaikat juga berkata demikian." Datang orang kedua, lalu Allah bertanya: "Kenapa kamu terbunuh?." Jawab orang itu: "Aku telah berperang untuk menegakkan agama-Mu." Allah berfirman: "Dusta! Kamu hanya ingin disebut pahlawan yang gagah berani dan kamu telah mendapat gelaran tersebut, malaikat juga berkata demikian." Kemudian datang orang ketika pula: "Apa kamu buat terhadap harta yang Aku berikan kepadamu?." Jawab orang itu: "Aku gunakan untuk membantu kaum keluargaku dan juga untuk

Upload: lamque

Post on 06-Feb-2018

220 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: file · Web viewPada hari itu orang yang pertama sekali akan dipanggil ialah orang yang mengerti ... Aku telah mempelajarinya di waktu malam dan mengerjakannya di waktu

Orang Pertama Yang Dihukum Di Akhirat

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pada hari kiamat Allah akan menghukum semua

makhluk dan semua makhluk tertekuk lutut. Pada hari itu orang yang pertama sekali akan

dipanggil ialah orang yang mengerti Al-Quran, kedua orang yang mati fisabilillah dan ketiga

ialah orang kaya. 

Allah akan bertanya kepada orang yang mengerti Al-Quran: "Bukankah Aku telah

mengajar kepadamu apa yang Aku turunkan kepada utusan-Ku?. Orang itu menjawab:

"Benar Ya Tuhanku. Aku telah mempelajarinya di waktu malam dan mengerjakannya di

waktu siang." Allah berfirman: "Dusta! Kamu hanya mahu digelar sebagai Qari dan Qariah,

malaikat juga berkata demikian." Datang orang kedua, lalu Allah bertanya: "Kenapa kamu

terbunuh?." Jawab orang itu: "Aku telah berperang untuk menegakkan agama-Mu." Allah

berfirman: "Dusta! Kamu hanya ingin disebut pahlawan yang gagah berani dan kamu telah

mendapat gelaran tersebut, malaikat juga berkata demikian." 

Kemudian datang orang ketika pula: "Apa kamu buat terhadap harta yang Aku

berikan kepadamu?." Jawab orang itu: "Aku gunakan untuk membantu kaum keluargaku dan

juga untuk bersedekah." Lantas Allah berfirman: "Dusta! Kamu hanya ingin disebut

dermawan dan kamu telah dikenali, malaikat juga berkata demikian." Sabda Rasulullah s.a.w.

lagi: "Ketiga-tiga orang inilah yang pertama-tama akan dibakar dalam api neraka.”