file · web viewbendera jalur gemilang yang dipasang oleh penduduk di taman fairuz...

Download file · Web viewBendera jalur gemilang yang dipasang oleh penduduk di Taman Fairuz sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-51 menerima titisan hujan dengan lemah

If you can't read please download the document

Upload: phamcong

Post on 06-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Cerpen: Detik Sakratulmaut Dek Kemerdekaan MayaOleh Dr Adnan Abd Rashid

2010/09/04

Nazak

SEJAK petang lagi hujan turun renyai-renyai menyiram pokok-pokok di Taman Fairuz yang kelayuan dan kekeringan sejak seminggu yang lalu. Meskipun berita di beberapa negara di dunia mengalami banjir dan taufan seperti di China, di Vietnam dan di sana-sini hujan lebat yang tak terhingga, tapi Taman Fairuz hanya menerima hujan renyai-renyai yang menakungi airnya di hujung dedaun pokok bagaikan embun di hujung rumput yang menanti saat dan ketika untuk menitis ke bumi. Fenomena ini seolah-alah satu simbolik akan perginya seorang insan menemui Tuhannya dengan rohnya akan menitis di lembaran malaikat maut. Bendera jalur gemilang yang dipasang oleh penduduk di Taman Fairuz sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-51 menerima titisan hujan dengan lemah longlai terkibar-kibar pada kesuraman senja yang mulai melabuh tirai. Taman Fairuz inilah terletaknya kediaman Mak Zu selama ini dan berkemungkinan meninggalkannya buat selama-lamanya dunia yang fana ini. Laungan kemerdekaan dan nyanyian jalur gemilang dari televisyen rumah jiran Mak Zu sayup-sayup kedengaran sekali-sekala yang mencetus keheningan dan kemerahan senja. Pada saat itu, Mak Zu terkumat-kamit menyebut sesuatu bagi menghadapi saat getir kehidupannya sebagai manusia yang tertipu dengan kemerdekaan mayanya selama ini dan beberapa detik lagi berkemungkinan bertemu dengan Ilahi serta berpisah dengan dunia yang fana ini buat selama-lamanya. Bagi Mak Zu, pada usia mudanya dunia inilah memberikan kepuasan nafsu serakah dan kemerdekaan maya kepada dirinya.

Ustaz Hj Non dan jemaah surau baru selesai membaca surah Yasin bagi memudahkan perjalanan roh Mak Zu ke alam barzakh (alam kubur) iaitu alam yang pasti ditempuhi oleh setiap insan sama ada husnul khatimah (sebaik-baik kematian) atau suul-khatimah (seburuk-buruk kematian). Kul nafsin za iqatul maut, tiap-tiap yang hidup (bernyawa) pasti akan mati, kata Ustaz Hj Non semasa mengajar pada kuliah Magribnya di surau Taman Fairuz. Tegasnya lagi semasa mengajar kitab Tanbihul Ghafilin, syaitan akan mengambil kesempatan untuk memesongkan akidah dan keimanan anak-anak Adam pada saat sakratul maut, barang siapa yang membuat persiapan rapi dengan mematuhi dan mentaati Allah semasa hidupnya insya-Allah terselamat daripada fitnah itu. Justru itu pesan Ustaz Hj Non, janganlah kita lalai dengan kehidupan di dunia ini, dunia jangan dikejar biar dunia mengejar kita. Jemaah surau selalu mengangguk tanda kefahaman di dalam kuliah Maghrib Ustaz Non macam nak minum kopi angguk. angguk ! angguk! kopi angguk! tanda kefahaman dan amalan dalam kehidupan belum tentu lagi. Mentalqinkan Mak Zu

USTAZ Hj Non dan Pak Imam Hj Hashim masih di rumah Mak Zu dalam usaha mentalqinkan lagi Mak Zu yang masih nyawa-nyawa ikan. Kata Ustaz Hj.Non ini adalah sunnah Rasullullah SAW iaitu seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud, Hendaklah kamu mentalqinkan orang yang sedang menghadapi maut, bukan talqin atas kubur! seperti yang lazim diamalkan sesetengah orang masa ini, nak ajar orang dah mati nak buat apa? tegasnya yang nak jawab dalam kubur tu malam si mati tu , bila dah mati harta, keluarga sudah tidak berguna lagi melainkan amalan dan doa anak yang soleh. Kata-kata inilah selalu diungkapkan oleh Ustaz Hj Non ketika membicarakan tajuk kematian di dalam kuliahnya kerana masa ini banyak sangat amalan bidaah berlaku ketika kematian termasuk kenduri arwah yang mengikut bilangan hari tertentu. Justeru itu tegas Ustaz Hj Non lagi, kita yang sepatutnya beri makan kepada keluarga simati tapi sebaliknya berlaku, sesungguhnya bersedekah kepada keluarga simati bagi meredakan kesedihan mereka. Memakan jamuan di rumah simati adalah memakan harta anak yatim, sekiranya itulah peninggalan arwah suami kepada isteri dan anak-anaknya, jelas Ustaz Hj Non di dalam kuliahnya. Pada saat senja melabuh tirainya, Ustaz Hj Non tidak berputus asa bersama-sama Imam Hj Hashim untuk mentalqinkan Mak Zu yang tidak mampu melafaz dan mengucap kalimah syahadah, sedangkan kalimah ini adalah pasport ke Syurga. Namun keanehan berlaku pada Mak Zu bila ditalqinkan dengan kalimah Lailahaillallah ia tidak mampu mengikut kalimah syahadah itu, sebaliknya Mak Zu yang dalam suara kelemahan dan keampuhan nyawa ikan itu masih bertenaga untuk berkata aku tak boleh bercakap. Ustaz Hj Non kehairanan dan bertanya Pak Imam surau Taman Fairuz, Hj Hashim: yang dia dok bercakap tu apa? Imam Hj Hashim menggeleng-geleng kepala tanda tidak dapat memberikan jawapan kepada Ustaz Hj Non. Ahli jemaah surau yang hadir juga kehairanan dengan kelakuan aneh Mak Zu. Tiap-tiap kali ditalqinkan Lailahaillah, Mak Zu tetap berkata: aku tak boleh bercakap. Waktu senja menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-53 serta kemerahan senjanya yang semakin pudar di ufuk langit menandakan waktu Maghrib bakal berlabuh dengan waktu Isyak, seakan-akan sangsi dengan suasana ketika itu. Detik-detik itu sangsi dengan hamba Allah yang bakal melintasi sempadan kehidupan dengan kematian tanpa pasport iman yang asli. Seperti juga masa kini banyak kesangsian demi kesangsian dan korupsi demi korupsi dalam banyak sektor di dalam negara. Tengok sajalah kad pengenalan disangsikan kerana kepalsuannya, lesen memandu disangsikan dengan kepalsuannya, duit disangsikan dengan kepalsuannya, alat solek disangsikan dengan kepalsuannya, ubat-ubatan pun palsu, makan minum dan macam-macam lagi di dalam kesangsian kepalsuannya. Sama juga masyarakat manusia kini juga dalam kesangsian diri sendiri, budaya, agama dan iman lebih-lebih lagi pada era dunia globalisasi tanpa batasan ini yang penuh dengan kepalsuan hidup seperti yang pernah dilalui dan dialami oleh usia muda Mak Zu dengan kemerdekaan mayanya suatu ketika dulu. Mak Zu telah mengejar kemerdekaan maya yang kini tidak memberi apa-apa makna kepada dirinya. Ke mana pergi auranya yang tersohor suatu ketika dulu? kini tidak dapat membantu. Sama juga dengan remaja-remaja masa kini hilang jati diri, mahukan kebebasan dan kemerdekaan maya seperti Mak Zu, jadi mat rempit atau minah rempit, kupu-kupu malam, tukang urut epal, urut sentuhan batin dan macam-macam lagi istilah yang berakhir dengan penyesalan tiada berkesudahan kerana maruah sudah tergadai. Tiada lagi ihsan diri, anak luar nikah dicampak di dalam tong sampah, dalam longkang dan di sana sini tanpa belas kasihan. Zina dan rogol bunuh berlaku saban hari, Apa nak jadi? Jahiliah? Iblis? Teguran Ustaz Hj Non dalam kuliah maghribnya di surau Taman Fairuz dalam mengulas fenomena membuang bayi masa kini.

Malaikat Maut Menghampiri Jasad

KEGELAPAN malam mengamit-gamit suasana hening yang memenuhi ruang tamu rumah teres Mak Zu bagaikan kegelapan bakal ditempuhi roh Mak Zu pada saat itu. Suasana ruang tamu rumah teres yang dibeli oleh Mak Zu dua puluh tahun yang lalu semakin hening bagaikan Malaikat Maut sedang menghampiri jasad Mak Zu yang semakin kaku dan kesejukan bagi batang pisang yang baru di tebang. Matanya kuyu separa celik merenung jauh bagaikan teringat pengalaman dan nostalgianya yang lalu tapi sebenarnya tidak, renungan Mak Zu berhadapan saat getir kesudahan hidupnya yang palsu daripada kemerdekan mayanya. Macam juga cinta palsu anak muda masa kini hingga sanggup meninggalkan dan mengenepikan ibu bapa serta sanak saudara. Ada yang lari mengikut lelaki ke seberang, ke Lombok akhirnya menyesal tiada kesudahan. Ini semua gara-gara kemerdekaan maya yang dikejar. Ada yang mengejar kemerdekaan maya dengan menelan pil kuda, menghisap ganja, pil ecstacy, menghidu gam, menghidu tahi lembu dan lain-lain. Aduh! Apa nak jadi anak muda masa kini, macam Mak Zu ...!?. mengejar kemerdekaan maya tanpa kesudahan dan hujung pangkal. Sanak-saudara Mak Zu dan kaum ibu yang bertudung nipis yang juga kawan-kawan Mak Zu suatu ketika dulu bercakap perlahan-perlahan sesama mereka tentang Mak Zu. Mereka tak baca Yasin atau ayat-ayat suci al-Quran mungkin tak tahu agaknya. Macam zaman sekarang ni, ramai di kalangan anak-anak muda dan sesetengah orang dewasa pun tidak pandai membaca al-Quran, tapi bila bab majlis khatam Quran merekalah yang paling sibuk. Kalau saudara terdekat meninggal, maka kelam kabut mencari Pak Imam, Pak Bilal dan jemaah surau untuk membaca al-Quran dan membaca surah Yasin. Itulah padahnya jika tidak mau mengaji al-Quran. Ada yang membayar upah mengaji empat puluh hari berturut-turut di atas kubur mencecah ribuan ringgit. Sesetengahnya pula berkata, apa nak dirisaukan sangat sekiranya berlaku kematian, telefon saja wafat consultant iaitu pakej pengurusan jenazah A hingga Z dan siap duit semuanya beres. Apalah jahil sangat masyarakat masa kini bukan jahil tak tahu membaca al-Quran saja. tapi juga jahil dalam ilmu dan hal-ehwal agama. Yang dok baca Quran atas kubur tu buat apa? Awat tak boleh baca kat rumah pahala tak sampai ke? Tengok la ni mati pakai wafat consultant keluh Ustaz Non ketika mengajar bab Aqidah di surau di Taman Fairuz. Kemerdekaan maya Yang Palsu

Lailahaillallah Ustaz Hj Non terus mentalqinkan Mak Zu yang semakin hampir ajalnya. Mak Zu dengan nada yang lemah dan terkedu-kedu tetap dengan cetusan dari mulutnya, aku tak boleh bercakap Ustaz HjNon menggeleng-geleng kehairanan dengan suasana dan keadaan di depan matanya sendiri. Ustaz Hj Non bingkas bangun dan mencari warisnya yang terdekat ingin bertanya sesuatu. Pak Dali sepupu Mak Zu tampil menghampiri Ustaz Hj Non dan mengajaknya ke ruang yang lain untuk berbicara. Ustaz Hj Non bertanya sesuatu kepada Pak Dali mengenai kisah-kisah silam Mak Zu sehingga susah baginya untuk melafazkan kalimah lailahaillallah walaupun beberapa kali diajar. Mak Zu nama sebenarnya ialah Zuhaidah . Pak Dali memulakan ceritanya. Ia seorang cantik dan rupawan pada usia remajanya dan pandai dalam masakan kampung, masak kari rempah giling, masak ikan darat dengan ubi kemili, masak kurma, masak nasi daging, maka ayam merah semuanya boleh serta berbakat pula dal