sewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/062009/17-77-1.doc · web viewpelatih-pelatih yang tamat dengan jayanya...

3
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA IKLAN PELATIH PARAMEDIK Semua calon-calon yang berkelayakan sahaja untuk mengikuti latihan dan hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut : Latihan - DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN (PEMBANTU PERUBATAN PELATIH) - DIPLOMA PEMBANTU FARMASI (PEMBANTU FARMASI PELATIH) - DIPLOMA RADIOGRAFI / RADIOTERAPI (JURU X-RAY PELATIH) Elaun - Elaun Sara Hidup - RM 621.21 Sebulan Elaun Buku - RM 250.00 Setahun Elaun Kertas Projek - RM 90.00 Setahun Elaun Alat Perkakas - RM 25.00 Sekali sepanjang pengajian Tempoh Pengajian - 01 Julai, 2009 hingga 30 Jun 2012 (3 Tahun) Ikatan Perjanjian - Calon-calon yang berjaya menamatkan pengajian dikehendaki berkhidmat dengan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia selama tujuh (7) tahun. Penyerapan ke dalam jawatan

Upload: others

Post on 13-Feb-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

IKLAN PELATIH PARAMEDIK

Semua calon-calon yang berkelayakan sahaja untuk mengikuti latihan dan hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

Latihan

-DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

(PEMBANTU PERUBATAN PELATIH)

-DIPLOMA PEMBANTU FARMASI

(PEMBANTU FARMASI PELATIH)

-DIPLOMA RADIOGRAFI / RADIOTERAPI

(JURU X-RAY PELATIH)

Elaun

-Elaun Sara Hidup

-RM 621.21 Sebulan

Elaun Buku

-RM 250.00 Setahun

Elaun Kertas Projek -RM 90.00 Setahun

Elaun Alat Perkakas -RM 25.00 Sekali sepanjang pengajian

Tempoh Pengajian -01 Julai, 2009 hingga 30 Jun 2012 (3 Tahun)

Ikatan Perjanjian -Calon-calon yang berjaya menamatkan pengajian dikehendaki berkhidmat

dengan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia selama tujuh (7) tahun.

Penyerapan ke dalam jawatan

Pelatih-pelatih yang tamat dengan jayanya dan lulus peperiksaan yang disyaratkan adalah layak untuk dipertimbangkan ke jawatan tetap mengikut bidang latihan yang diikuti.

Kelayakan Calon

Semua calon kursus Diploma Pembantu Perubatan, Diploma Pembantu Farmasi dan Diploma Radiografi / Radioterapi hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

i. Warganegara Malaysia ;

ii. Umur tidak melebihi 28 tahun ;

iii. Belum berkahwin ;

iv. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

v. Lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ;

vi. Lulus Matematik dan Kepujian dalam mata pelajaran Sains atau lulus dua mata pelajaran Sains diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia ;

vii. Hanya calon-calon lelaki sahaja bagi kursus Diploma Pembantu Perubatan ; dan

viii. Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk menjalankan tugas selepas tamat latihan.

CARA MEMOHON

Pemohon-pemohon dikehendaki mengisi Senarai Semak Permohonan Latihan (HUKM/JSM/UPP/SS15) dan Borang Permohonan Latihan (HUKM/JSM/UPP/BR25) yang boleh didapati di laman web http://jsm.hukm.ukm.my atau http://ewarga.ukm.my/ewarga/ atau Jabatan Sumber Manusia, Tingkat 2, Kompleks Pendidikan Perubatan, Canselor Tuanku Ja’afar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Ketua Penolong Pendaftar Kanan, Jabatan Sumber Manusia, Tingkat 2, Kompleks Pendidikan Perubatan, Canselor Tuanku Ja’afar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (Unit Pengurusan Perjawatan) sebelum atau pada 22 Jun, 2009 (Isnin). Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.

� EMBED PBrush ���