warta kerajaan persekutuan - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila...

28
2015 2015 P.U. (A) WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (PENGURUSAN REFRIGERAN) 201X ENVIRONMENTAL QUALITY (REFRIGERANT MANAGEMENT) 201X DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

Upload: others

Post on 10-Sep-2019

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan

2015 2015

P.U. (A)

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT

GAZETTE

PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING

(PENGURUSAN REFRIGERAN) 201X

ENVIRONMENTAL QUALITY (REFRIGERANT MANAGEMENT) 201X

DISIARKAN OLEH/

PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/

ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

Page 2: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan

1

AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974

PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING

(PENGURUSAN REFRIGERAN) 201X

________________________________

SUSUNAN PERATURAN-PERATURAN

________________________________

Peraturan

1. Nama dan permulaan kuat kuasa

2. Tafsiran

3. Pemakaian

4. Larangan ke atas penggunaan benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling

5. Pengendalian benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling

6. Larangan melepaskan benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling

7. Larangan membawa benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling masuk

kedalam atau keluar dari Malaysia

8. Pelupusan benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling

9. Alternatif

10. Program latihan bagi aktiviti pasang semula

11. Kepakaran teknikal

12. Penyenggaraan rekod

13. Pengkompaunan kesalahan

14. Pembatalan

Jadual Pertama

Jadual Kedua

Page 3: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan

2

AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974

PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (PENGURUSAN REFRIGERAN) 201X

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 21 dibaca bersama seksyen 22 dan

seksyen 51 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127], Menteri, selepas berunding dengan

Majlis Kualiti Alam Sekeliling, membuat peraturan-peraturan yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Peraturan-Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan- Peraturan Kualiti

Alam Sekeliling (Pengurusan Refrigeran) 201X

(2) Peraturan-peraturan ini hendaklah mula berkuat kuasa pada XXX 2015 kecuali

bagi peraturan 4.

(3) Peraturan 4 (1) hendaklah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010, Peraturan 4 (2)

hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2016 dan 4 (3) hendaklah mula berkuat

kuasa pada 1 Januari 2025.

Tafsiran

2. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang

lain-

”benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling” ertinya apa-apa benda yang

dinyatakan dalam Jadual Pertama dan Jadual Kedua, sama ada wujud bersendirian atau

dalam suatu campuran;

Page 4: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan

3

”kelulusan” ertinya diluluskan oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling;

“kemudahan yang diluluskan” ertinya apa-apa loji, peralatan atau pemasangan yang

didirikan atau dipasang yang diluluskan oleh Ketua Pengarah;

”kriteria kelulusan’ ertinya kriteria mengenai keupayaan benda untuk mendinginkan

sistem, untuk menyejuk, atau potensinya menipiskan lapisan ozon atau potensinya

memanaskan dunia dan apa-apa ciri-ciri fizikal dan kimia lain yang mustahak untuk

cadangan penggunaannya;

“mengendalikan” ertinya terlibat dalam sesuatu aktiviti berhubungan dengan mana-

mana kelengkapan penyejukan dan pendingin udara yang boleh menyebabkan pembebasan

suatu benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling termasuk membaiki,

menyenggara atau menyelaras kelengkapan itu;

“orang yang terlatih” ertinya mana-mana orang yang telah menjalani latihan di pusat

latihan yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar dan mendapat persijilan dari Ketua Pengarah

bahawa dia layak mengendalikan benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling.

“pasang semula” ertinya mengeluarkan sesuatu benda refrigeran yang membahayakan

alam sekeliling daripada suatu unit dan membuat ubahsuaian supaya unit tersebut dapat

diisi semula dengan salah satu benda refrigeran;

“pemprosesan semula” ertinya mendapatkan kembali suatu benda refrigeran yang

membahayakan alam sekeliling daripada suatu unit untuk dipulangkan kepada loji

pengeluaran dan reformasi sebelum ianya boleh diadakan untuk penggunaan semula;

“pemulihgunaan” ertinya mendapatkan kembali apa-apa benda refrigeran yang

membahayakan alam sekeliling daripada suatu unit untuk penggunaan semula, pengitaran

semula, pemprosesan semula atau pelupusan;

Page 5: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan

4

“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran

yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan perubahan kekal, atau penguraian

kesemua atau sebahagian besar benda itu.

“persijilan” ertinya dianugerahkan sijil oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling;

“mesin pemulihgunaan dan pengitaran semula yang diluluskan” ertinya mesin yang

mempunyai spesifikasi yang ditetapkan di dalam dokumen teknikal spesifikasi mesin

pemulihgunaan dan pengitaran semula refrigeran dan diluluskan oleh Ketua Pengarah;

Pemakaian

3. Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai bagi seseorang yang mengendalikan

sesuatu benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling.

Larangan ke atas penggunaan benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling

4. (1) Tiada seseorang boleh mengguna benda refrigeran yang membahayakan alam

sekeliling yang disenaraikan dalam Jadual Pertama sebagai refrigeran di dalam mana-mana

pemasangan baru pendingin bangunan, sistem penyejukan, penyaman udara kenderaan atau

kelengkapan penyaman udara.

(2) Tiada seseorang boleh mengguna benda refrigeran yang membahayakan alam

sekeliling yang disenaraikan dalam Jadual Kedua sebagai refrigeran di dalam mana-mana

pembuatan atau pemasangan pendingin yang berkuasa 2.5 Horse Power (25000 Btu/jam)

atau kurang bagi kegunaan di Malaysia.

(3) Tiada seseorang boleh mengguna benda refrigeran yang membahayakan alam

sekeliling yang disenaraikan dalam Jadual Kedua sebagai refrigeran di dalam mana-mana

Page 6: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan

5

pembuatan atau pemasangan pendingin bangunan, sistem penyejukan, penyaman udara

kenderaan atau kelengkapan penyaman udara kecuali bagi penggunaan khas.

(4) Bagi maksud subperaturan (3), penggunaan khas hendaklah mendapat

kelulusan daripada Ketua Pengarah berdasarkan kriteria yang antaranya termasuklah -

(a) tiada alternatif yang sesuai dengan peralatan dan selamat untuk

digunakan bagi penyaman udara itu;

(b) sesuatu penyaman udara mempunyai jangka hayat yang panjang dan

spesifikasi peralatan itu hanya sesuai untuk bahan refrigeran yang

membahayakan alam sekeliling dalam Jadual Kedua.

(5) Mana-mana orang yang melanggar subperaturan 4 (1), 4 (2) dan 4 (3) adalah

melakukan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus

ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-

duanya

Pengendalian benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling

5. (1) Tiada seseorang boleh mengendalikan apa-apa benda refrigeran yang

membahayakan alam sekeliling atau menggunakan mesin pemulihgunaan dan pengitaran

semula yang diluluskan melainkan dia adalah orang yang terlatih yang telah mendapat dan

menerima persijilan daripada Ketua Pengarah dalam pemulihgunaan dan pengitaran semula

apa-apa benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling.

(2) Tiada seorang pun dibenarkan membuat pemerolehan, kitar semula atau

memproses apa-apa benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling kecuali

menggunakan mesin pemulihgunaan dan pengitaran semula yang diluluskan.

Page 7: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan

6

(3) Bagi maksud subperaturan (1) dan (2), Ketua Pengarah boleh, selepas

berunding dengan pembuat sistem penyejukan, menyimpan suatu daftar mengenai kursus

persijilan bagi pemulihgunaan dan pengitaran semula apa-apa benda refrigeran yang

membahayakan alam sekeliling dan mesin pemulihgunaan dan pengitaran semula yang

diluluskan bagi aktiviti itu.

(4) Sebarang aktiviti yang melibatkan pemerolehan, kitar semula atau pelupusan

apa-apa benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling yang dinyatakan dalam Jadual

Pertama atau Jadual Kedua atau kedua-duanya bagi tujuan apa-apa pemprosesan semula di

loji atau di dalam produk hendaklah mematuhi kod-kod etika amalan yang ditetapkan oleh

Ketua Pengarah.

(5) Apa-apa bekas atau produk yang mengandungi benda refrigeran yang

membahayakan alam sekeliling hendaklah dilabelkan dengan jelas mengikut jenis refrigeran

yang terkandung baginya dan label tersebut hendaklah mudah dilihat.

(6) Mana-mana orang yang melanggar subperaturan 5 (1), 5 (2), 5 (3), 5 (4) dan 5

(5) adalah melakukan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi

satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi dua tahun atau

kedua-duanya.

Larangan melepaskan benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling

6. Tiada seseorang boleh melepaskan apa-apa benda refrigeran yang membahayakan

alam sekeliling ke dalam atmosfera, melainkan mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua

Pengarah terlebih dahulu. Mana-mana orang yang melanggar peraturan ini adalah melakukan

satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit

atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Page 8: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan

7

Larangan membawa benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling masuk ke

dalam atau keluar dari Malaysia

7. (1) Tiada seseorang boleh membawa benda refrigeran yang membahayakan alam

sekeliling masuk ke dalam atau keluar dari Malaysia tanpa mendapat kelulusan bertulis

Ketua Pengarah terlebih dahulu. Mana-mana orang yang melanggar subperaturan ini adalah

melakukan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus

ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-

duanya.

(2) Ketua Pengarah tidak boleh membenarkan dibawa masuk ke dalam atau keluar

dari Malaysia benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling yang disenarai dalam

Jadual Pertama melainkan-

(a) dia berpuas hati bahawa benda refrigeran yang membahayakan alam

sekeliling itu adalah dimaksudkan bagi pemusnahan atau pemulihgunaan di

bawah suatu proses yang tidak terdapat di Malaysia; dan

(b) selepas pemusnahan atau pemulihgunaannya benda refrigeran yang

membahayakan alam sekeliling itu atau mana-mana penghasilan produk

paduan yang lain akan dibawa balik ke Malaysia.

(3) Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat bagi kelulusan bertulis yang

dikeluarkan di bawah subperaturan (2).

Page 9: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan

8

Pelupusan benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling

8. Apa-apa benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling yang tidak digunakan

hendaklah dilupuskan di kemudahan yang diluluskan sahaja. Mana-mana orang yang

melanggar subperaturan ini adalah melakukan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,

didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak

melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Alternatif

9. Ketua Pengarah boleh meluluskan sesuatu alternatif kepada sesuatu benda refrigeran

yang membahayakan alam sekeliling jika dia berpuas hati bahawa alternatif itu adalah

selamat dan memenuhi kehendak kriteria kelulusan. Mana-mana orang yang melanggar

peraturan ini adalah melakukan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak

melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi dua

tahun atau kedua-duanya.

Program latihan bagi aktiviti pasang semula

10. (1) Seseorang pembuat sistem penyaman udara hendaklah mengendalikan suatu

program latihan pasang semula bagi seseorang yang terlibat dalam suatu aktiviti pasang

semula.

(2) Pembuat sistem penyaman udara itu hendaklah memastikan bahawa semasa

program latihan, orang yang terlibat itu serba mengetahui mengenai reka bentuk sistem

penyaman udara dan tujuannya.

(3) Mana-mana orang yang melanggar peraturan subperaturan 10 (1) dan 10 (2)

adalah melakukan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu

ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi dua tahun atau

kedua-duanya.

Page 10: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan

9

Kepakaran teknikal

11. Seseorang pembuat sistem penyaman udara hendaklah, bila dikehendaki oleh Ketua

Pengarah, mengadakan kepakaran teknikal dan bantuan sokongan bagi program latihan

pasang semula yang dianjurkan Kerajaan.

Penyenggaraan rekod

12. (1) Mana–mana orang yang mengendalikan benda refrigeran yang membahayakan

alam sekeliling atau mana-mana premis yang menjalankan tred atau aktiviti pemulihgunaan,

pengitaran semula, pemprosesan semula atau pelupusan benda refrigeran yang

membahayakan alam sekeliling hendaklah menyenggara rekod, mengemaskini inventori dan

dokumen berkaitan tred atau aktiviti pemulihgunaan, pengitaran semula dan pelupusan

bahan refrigeran yang membahayakan alam sekeliling itu bagi suatu tempoh selama tiga

tahun dari tarikh benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling itu dikendalikan atau

dari tarikh premis itu menjalankan tred atau aktiviti pemulihgunaan, pengitaran semula,

pemprosesan semula atau pelupusan benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling.

(2) Bagi maksud subperaturan (1), rekod, inventori dan dokumen itu hendaklah

disimpan dan dijadikan tersedia untuk pemeriksaan oleh Ketua Pengarah atau mana-mana

pegawai diberi kuasa oleh Ketua Pengarah.

(3) Melainkan diarahkan selainnya oleh Ketua Pengarah, laporan inventori perlu

dikemukakan setahun sekali oleh pengendali benda refrigeran yang membahayakan alam

sekeliling atau pemunya premis yang menjalankan tred atau aktiviti pemulihgunaan,

pengitaran semula, pemprosesan semula atau pelupusan benda refrigeran yang

membahayakan alam sekeliling kepada Ketua Pengarah.

Page 11: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan

10

(4) Mana-mana orang yang melanggar subperaturan 12 (1), 12 (2) dan 12(3)

adalah melakukan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu

ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi dua tahun atau

kedua-duanya.

Pengkompaunan kesalahan

13. (1) Tiap-tiap kesalahan di bawah peraturan 4, 5, 6, 7, 8, 10 dan 12 boleh

dikompaun di bawah Seksyen 45 Akta.

(2) Pengkompaunan kesalahan di bawah subperaturan (1) ini hendaklah selaras

dengan prosedur-prosedur yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam

Sekeliling (Mengkompaun Kesalahan-kesalahan) 1978 [P.U. (A) 281/1978].

Pembatalan

14. (1) Peraturan – Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pengurusan Refrigeran) 1999

[P.U.(A) 451/1999] dibatalkan (selepas ini disebut sebagai ”Peraturan-Peraturan yang

dibatalkan”).

(2) Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, yang dimulakan di bawah

Peraturan-Peraturan yang dibatalkan dan belum selesai pada tarikh permulaan kuat kuasa

Peraturan-Peraturan ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan – Peraturan

ini, diteruskan dan diselesaikan di bawah Peraturan–Peraturan yang dibatalkan dan bagi

maksud itu hendaklah disifatkan seolah-olah Peraturan–Peraturan ini tidak dibuat.

Page 12: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan

11

JADUAL 1

[ PERATURAN 2, 4 dan 7]

Benda Refrigeran yang Membahayakan Alam Sekeliling

Kumpulan Nama Kimia Bahan Formula Kimia

1 Triklorofluorometana CFC - 11 CFCl3

DikIorodifluorometana CFC - 12 CF2Cl2

TrikIorotrifluoroetana CFC - 113 C2F3Cl3

DikIorotetrafluoroetana

CFC – 114

C2F4Cl2

Kloropentafluoroetana CFC - 115 C2F5Cl

Page 13: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan

12

JADUAL KEDUA

[ PERATURAN 2, 4 dan 7]

Benda Refrigeran yang Membahayakan Alam Sekeliling

Kumpulan Nama Kimia Bahan Formula Kimia

1

Dichlorofluoromethane

HCFC-21

CHCFCl2

Chlorodifluoromethane

HCFC-22

CHF2Cl

Chlorofluromethane

HCFC-31

CH2FCl

Tetrachlorofluoroethane

HCFC-121

C2HFCl4

Trichlorodifluoroethane

HCFC-122

C2HF2Cl3

Dichlorotrifluoroethane

HCFC-123

C2HF3Cl2

2,2-dichloro-1,1,1-trifluoroethane

HCFC-123

CHCl2CF3

Chlorotetrafluoroethane

HCFC-124

C2HF4Cl

2-Chloro -1,1,1,2-tetrafluoroethane

HCFC-124

CHFClCF3

Trichlorofluoroethane

HCFC-131

C2H2FCl3

Dichlorodifluoroethane

HCFC-132a

C2H2F2Cl2

Chlorotrifluoroethane

HCFC-133

C2H2F3Cl

Dichlorofluoroethane

HCFC-141

C2H3FCl2

1,1-Dichloro-1-Fluoroethane

HCFC-141b

CH3CFCl2

Chlorodifluoroethane HCFC-142

C2H3F2Cl

Chlorodifluoroethane

HCFC-142b

CH3CF2Cl

Chlorofluoroethane HCFC 151

C2H4FCl

Hexachlorofluoropropane

HCFC-221

C 3HFCl6

Pentachlorodifluoropropane HCFC-222

C3HF2Cl5

Page 14: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan

13

Tetrachlorotrifluoropropane

HCFC-223

C3HF3Cl4

Trichlorotetrafluoropropane

HCFC-224

C3HF4Cl3

Dichloropentafluoropropane HCFC-225 C3HF5Cl2

1,1-Dichloro-2,2,3,3,3-Pentafluoropropane HCFC-225ca CF3CF2CHCl2

1,3-Dichloro-1,2,2,3,3-Pentafluoropropane HCFC-225cb CF2ClCF2CHCIF

Chlorohexafluoropropane HCFC-226 C3HF6Cl

Pentachlorofluoropropane HCFC-231 C3H2FCI5

Tetrachlorodifluoropropane HCFC-232 C3H2F2Cl4

Trichlorotrifluoropropane HCFC-233 C3H2F3Cl3

Dichlorotetrafluoropropane HCFC-234 C3H2F4Cl2

Chloropentafluoropropane HCFC-235 C3H2F5Cl

Tetrachlorofluoropropane HCFC-241 C3H3FCl4

Trichlorodifluoropropane HCFC-242 C3H3F2Cl3

Dichlorotrifluoropropane HCFC-243 C3H3F3Cl2

Chlorotetrafluoropropane HCFC-244 C3H3F4Cl

Trichlorofluoropropane HCFC-251 C3H4FCl3

Dichlorodifluoropropane HCFC-252 C3H4F2Cl2

Chlorotrifluoropropane HCFC-253 C3H4F3Cl

Dichlorofluoropropane HCFC-261 C3H5FCl2

Chlorodifluoropropane HCFC-262 C3H5F2Cl

Chlorofluoropropane HCFC-271 C3H6FCl

Page 15: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan

14

Dibuat 2015 [AS(S)91/110/919/014 sk 4 Jld _____________; PN______________]

DATUK SERI PALANIVEL A/L GOVINDASAMY Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Page 16: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan

15

ENVIRONMENTAL QUALITY ACT 1974

ENVIRONMENTAL QUALITY (REFRIGERANT MANAGEMENT) REGULATIONS 201X

ARRANGEMENT OF REGULATIONS

Regulation

1. Citation and commencement.

2. Interpretation.

3. Application.

4. Prohibition on the use of refrigerant environmentally hazardous

substance.

5. Handling of refrigerant environmentally hazardous substance.

6. Prohibition to vent refrigerant environmentally hazardous substance.

7. Prohibition on moving refrigerant environmentally hazardous substance in or out of

Malaysia.

8. Disposal of refrigerant environmentally hazardous substance

9. Alternative.

10. Training program for retrofitting activity.

11. Technical expertise.

12. Maintenance of records.

13. Compounding of offences

14. Revocation

FIRST SCHEDULE

SECOND SCHEDULE

Page 17: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan

16

ENVIRONMENTAL QUALITY ACT

(REFRIGERATION MANAGEMENT) 201X

IN exercise of the powers conferred by section 21 to be read together with section 22

and section 51 of the Environmental Quality Act 1974 [Act 127], the Minister, after

consultation with the Environmental Quality Council, makes the following regulations:

Citation and commencement 1. (1) These regulations may be cited as the Environmental Quality (Refrigerant

Management) Regulations 201X.

(2) These regulations will come into force on XXXX 2015 except for regulation 4.

(3) Regulation 4(1) comes into force on 1 January 2010, Regulation 4 (2) comes

into force on 1 January 2016 and Regulation 4(3) comes into force on 1 January 2025.

Interpretation.

2. In these Regulations, unless the context otherwise requires-

"refrigerant environmentally hazardous substance" means any substance specified

in the First Schedule and Second Schedule, whether existing alone or in a mixture;

"approval" means approved by the Director General of Environmental Quality;

“ approved facility” means any plant, equipment or installations erected or installed

as approved by the Director General on or after these regulations come into force’,

"approval criteria" means a criteria on the ability of a substance to cool a system, to

refrigerate, or its ozone depleting potential or global warming potential and any other

Page 18: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan

17

physical and chemical characteristics important for its proposed applications;

"handling" means being involved in an activity relating to any refrigeration and air-

conditioning equipment that may result in the release of a refrigerant environmentally

hazardous substance including the repair, maintenance or adjustment of the equipment;

“trained personnel“ means any person that has undergone training in any training

centre authorized by Department of Environment and received certification from Director

General that he is competent in handling refrigerant environmentally hazardous substances;

"retrofitting" means removing a refrigerant environmentally hazardous substance

from a unit and making modification so that the unit can be recharged with one of the

alternative substances;

"reprocessing" means the recovery of a refrigerant environmentally hazardous

substance from a unit for return to a production plant and reformation before it is made

available for reuse;

"reclamation" means the recovery of any refrigerant environmentally hazardous

substance from a unit for reuse, recycling, reprocessing or disposal;

"destruction" means a process which, when applied to a refrigerant

environmentally hazardous substance, results in the permanent transformation, or

decomposition of all or a significant portion of the substance;

“certification” means certificate from Director General of Environment;

“approved reclamation and recycle machines” means machine having specification

required as in the Technical Document on Specification of Recovery & Recycling Machines

for Refrigerant and approved by the Director General;

Page 19: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan

18

Application

3. These Regulations shall apply to a person handling a refrigerant environmentally

hazardous substance.

Prohibition on the use of refrigerant environmentally hazardous substance

4. (1) No person shall use refrigerant environmentally hazardous substance listed in

the First Schedule as a refrigerant in any new installation of a building chiller, refrigeration

system, vehicle air conditioner or an air conditioning equipment.

(2) No person shall use refrigerant environmentally hazardous substance listed in

the Second Schedule as a refrigerant in manufacturing or assembling of air conditioners

with 2.5 Horse Power (25000 Btu/hour) and lower for use in Malaysia.

(3) No person shall use refrigerant environmentally hazardous substance listed in

the Second Schedule as a refrigerant in manufacturing or assembling of air conditioners

except for essential uses.

(4) For the purpose of subregulation (3), the essential use must get approval from

the Director General until he is satisfies that the criteria for essential use has been met inter

alia-

(a) there is condition where there is no suitable alternative for the

equipment and safe to be used for the air conditioners;

(b) there is condition where the air conditioners has a long life span and

the specification of the equipment only suitable with the refrigerant

environmentally hazardous substance listed in the Second Schedule.

Page 20: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan

19

(5) Any person that contravenes subregulation 4 (1), 4 (2) and 4 (3) shall be guilty

of an offence and shall upon conviction be liable to a fine not exceeding one hundred

thousand ringgit or imprisonment for a period of not more than two years or both.

Handling of refrigerant environmentally hazardous substance

5. (1) No person shall handle any refrigerant environmentally hazardous substance or

use any approved reclamation and recycling machine unless he is a trained personnel

who has obtained and received certification from Director General in the reclamation

and recycling of any refrigerant environmentally hazardous substance.

(2) No person shall be allowed to reclaim, recycle or reprocess any refrigerant

environmentally hazardous substance except by using reclamation and recycling machines

approved by the Director General for such activities.

(3) For the purpose of subregulation (1) and (2), the Director General may, after

consultation with the manufacturers of refrigeration systems, maintain a register of

approved certification courses for the reclamation and recycling of any refrigerant

environmentally hazardous substance and approved reclamation and recycling machines for

such activities.

(4) Any activities that involve reclamation, recycling or disposal of any refrigerant

environmentally hazardous substances listed in the First Schedule or Second Schedule or

both for the purpose of any process in a plant or in a product shall comply with the ethical

code of practice that is prescribed by the Director General.

(5) Any containers or the products that contain refrigerant environmentally hazardous

substance shall be clearly labelled according to the type of refrigerant contained therefor and

the label must be displayed and visible.

Page 21: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan

20

(6) Any person that contravenes subregulations 5 (1), 5 (2), 5 (3), 5 (4) and 5 (5) shall

be guilty of an offence and shall upon conviction be liable to a fine not exceeding one hundred

thousand ringgit or imprisonment for a period of not more than two years or both.

Prohibition to vent refrigerant environmentally hazardous substance

6. No person shall vent any refrigerant environmentally hazardous substance into the

atmosphere, except with the prior written approval of the Director General. Any person that

contravenes shall be guilty of an offence and shall upon conviction be liable to a fine not

exceeding one hundred thousand ringgit or imprisonment for a period of not more than two

years or both.

Prohibition on moving refrigerant environmentally hazardous substance into or out

of Malaysia

7. (1) No person shall move refrigerant environmentally hazardous substance into or

out of Malaysia without the prior written approval of the Director General. Any person that

contravenes shall be guilty of an offence and shall upon conviction be liable to a fine not

exceeding one hundred thousand ringgit or imprisonment for a period of not more than

two years or both.

(2) The Director General shall not permit the movement of a refrigerant

environmentally hazardous substance into or out of Malaysia unless –

(a) he is satisfied that the refrigerant environmentally hazardous

substance is intended for destruction or reclamation under a process which is not

available in Malaysia ; and

Page 22: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan

21

(b) that after the destruction or reclamation of the refrigerant

environmentally hazardous substance or any other resultant product will be brought

back to Malaysia.

(3) The Director General may impose additional conditions under subregulation

(2) if he deems necessary.

Disposal of refrigerant environmentally hazardous substance

8. Any unwanted refrigerant environmentally hazardous substance must be disposed off

only at the approved facility. Any person that contravenes shall be guilty of an offence and

shall upon conviction be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or

imprisonment for a period of not more than two years or both.

Alternative

9. The Director General may approve an alternative to a refrigerant environmentally

hazardous substance if he is satisfied that the alternative is safe and meets the requirements

of the approval criteria. Any person that contravenes shall be guilty of an offence and shall

upon conviction be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or

imprisonment for a period of not more than two years or both.

Training programme for retrofitting activity

10. (1) A manufacturer of air-conditioners shall conduct a retrofitting training

Page 23: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan

22

programme for a person who involved in a retrofitting activity.

(2) The manufacturer shall ensure that during the training programme, the

person involved is well-informed on the design of the air-conditioner system and its

purpose.

(3) Any person that contravenes subregulation 10 (1) and 10 (2) shall be guilty of

an offence and shall upon conviction be liable to a fine not exceeding one hundred thousand

ringgit or imprisonment for a period of not more than two years or both.

Technical Expertise

11. A manufacturer of air-conditioners shall, when required by the Director General,

provide the technical expertise and supporting assistance in a retrofitting training

programme organized by the Government.

Maintenance of record

12. (1) Any person that is certified to handle any refrigerant environmentally

hazardous substance or any premises that has approval to do trade or activities of

reclamation, recycling reprocess or disposal of refrigerant environmentally hazardous

substance must maintain all records, updating inventories and documents relating to trade

or activities reclamation, recycling, reprocess or disposal of refrigerant environmentally

hazardous substance for at least three years from the date the refrigerant environmentally

hazardous substance is handled or from the date the premise do the trade or activities of

reclamation, recycling reprocess or disposal of refrigerant environmentally hazardous

substance.

Page 24: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan

23

(2) For the purpose of subregulation (1), records, inventories and documents shall

be retain and made available for inspection by the authorized officer.

(3) Unless otherwise directed by the Director General, the inventory report shall be

submitted once a year by the handler of refrigerant environmentally hazardous substance or

by the premise owner of the trade or by the premise owner of the activities of reclamation,

recycling reprocess or disposal of refrigerant environmentally hazardous substance to

Director General.

13. Compounding of Offences

(1) Any person that contravenes regulations 4, 5, 6, 7, 8, 10 & 12 shall be guilty of an

offence and may be compounded under Section 45 of the Act.

(2) The compounding of offences referred to in subregulation (1) shall be in accordance

with the procedure prescribed in Environmental Quality (Compounding of Offences) Rules

1978 [P. U (A) 281/1978].

14. Revocation

(1) The Environmentally Quality (Refrigerant Management) Regulations 1999 [P.U. (A)

451/1999] are revoked (hereinafter referred to as “the revoked Regulations”)

(2) Any proceeding, whether civil or criminal, commenced under the revoked Regulations

and are pending on the date of the coming into operation of these Regulations shall, on the

date of the coming into operation of these Regulations, be continued and concluded under

the revoked Regulations and for such purposes it shall be treated as if these Regulations had

not been made.

Page 25: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan

24

FIRST SCHEDULE

[Regulation 2, 4 and 7]

REFRIGERANT ENVIRONMENTALLY HAZARDOUS SUBSTANCES

Group

Chemical Name

Substance

Chemical Formula

1

Trichloroflouromethane

CFC - 11

CFCl3

Dichloroflouromethane

CFC - 12

CF2Cl2

Trichloroflouroethane

CFC - 113

C2F3Cl3

Dichlorotetraflouroethane

CFC – 114

C2F4Cl2

Chloropentaflouroethane

CFC - 115

C2F5Cl

Page 26: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan

25

SECOND SCHEDULE

[Regulation 2, 4, and 7]

REFRIGERANT ENVIRONMENTALLY HAZARDOUS SUBSTANCES

Group

Chemical Name

Substance

Chemical Formula

1

Dichlorofluoromethane

HCFC-21

CHFCl2

Chlorodifluoromethane

HCFC-22

CHF2Cl

Chlorofluromethane

HCFC-31

CH2FCl

Tetrachlorofluoroethane

HCFC-121

C2HFCl4

Trichlorodifluoroethane

HCFC-122

C2HF2Cl3

Dichlorotrifluoroethane

HCFC-123

C2HF3Cl2

2,2-dichloro-1,1,1-trifluoroethane

HCFC-123

CHCl2CF3

Chlorotetrafluoroethane

HCFC-124

C2HF4Cl

2-Chloro -1,1,1,2-tetrafluoroethane

HCFC-124

CHFClCF3

Trichlorofluoroethane

HCFC-131

C2H2FCl3

Dichlorodifluoroethane

HCFC-132a

C2H2F2Cl2

Chlorotrifluoroethane

HCFC-133

C2H2F3Cl

Dichlorofluoroethane

HCFC-141

C2H3FCl2

1,1-Dichloro-1-Fluoroethane

HCFC-141b

CH3CFCl2

Chlorodifluoroethane

HCFC-142

C2H3F2Cl

Chlorodifluoroethane

HCFC-142b

CH3CF2Cl

Chlorofluoroethane

HCFC 151

C2H4FCl

Hexachlorofluoropropane

HCFC-221

C 3HFCl6

Pentachlorodifluoropropane HCFC-222

C3HF2Cl5

Tetrachlorotrifluoropropane

HCFC-223

C3HF3Cl4

Trichlorotetrafluoropropane

HCFC-224

C3HF4Cl3

Dichloropentafluoropropane HCFC-225 C3HF5Cl2

1,1-Dichloro-2,2,3,3,3-Pentafluoropropane HCFC-225ca CF3CF2CHCl2

Page 27: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan

26

1,3-Dichloro-1,2,2,3,3-Pentafluoropropane HCFC-225cb CF2ClCF2CHCIF

Chlorohexafluoropropane HCFC-226 C3HF6Cl

Pentachlorofluoropropane HCFC-231 C3H2FCI5

Tetrachlorodifluoropropane HCFC-232 C3H2F2Cl4

Trichlorotrifluoropropane HCFC-233 C3H2F3Cl3

Dichlorotetrafluoropropane HCFC-234 C3H2F4Cl2

Chloropentafluoropropane HCFC-235 C3H2F5Cl

Tetrachlorofluoropropane HCFC-241 C3H3FCl4

Trichlorodifluoropropane HCFC-242 C3H3F2Cl3

Dichlorotrifluoropropane HCFC-243 C3H3F3Cl2

Chlorotetrafluoropropane HCFC-244 C3H3F4Cl

Trichlorofluoropropane HCFC-251 C3H4FCl3

Dichlorodifluoropropane HCFC-252 C3H4F2Cl2

Chlorotrifluoropropane HCFC-253 C3H4F3Cl

Dichlorofluoropropane HCFC-261 C3H5FCl2

Chlorodifluoropropane HCFC-262 C3H5F2Cl

Chlorofluoropropane HCFC-271 C3H6FCl

Made 2015

[AS (U) 91/110/611/196; PN…]

DATUK SERI PALANIVEL A/L GOVINDASAMY

Minister of Natural Resources and Environment

Page 28: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - doe.gov.my file“pemusnahan” ertinya suatu proses di mana, bila digunakan kepada benda refrigeran yang membahayakan alam sekeliling, akan mengakibatkan