warna

Upload: lihui-goh

Post on 02-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

irama, warna dan ruang

TRANSCRIPT

Warna

WAJ 3107 Seni Dalam PendidikanPembentangan Topik 3Irama, Warna dan RuangDisediakan oleh:Ooi Jia YiWu ZijingChin Yi YeeGoh Li HuiOng Xi Yan 4 PISMP RBTPengenalanWarna, irama dan ruang merupakan unsur yang terdapat dalam persekitaran kehidupan harian kanak-kanak. Melalui unsur-unsur ini pelajar akan lebih seronok mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Mereka digalakkan untuk meneroka dan mencuba sesuatu yang baharu dengan bimbingan guru.

Tiga unsur utama iaitu warna, irama dan ruang perlu digabungkan dengan baik untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif. Guru perlu tahu menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan menggunakan ruang yang sesuai bagi merangsang minda pelajar semasa proses pengajaran dan pembalajaran. Pelajar akan melibatkan diri secara aktif dan rasa seronok melakukan aktiviti yang dijalankan. Mereka tidak terikat dengan kaedah pengajaran tradisional yang berpusatkan guru.

WarnaKonsep WarnaWarna merupakan unsur seni yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Warna terdiri daripada warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Alam semulajadi kita dipenuhi dengan warna. Contohnya warna daun, warna pelangi, warna bangunan dan sebagainya.

Kita mendapat warna daripada cahaya. Tanpa cahaya warna tidak akan wujud. Warna dihasilkan apabila cahaya dibalikkan dari permukaan sesuatu objek. Warna menjadikan komunikasi visual lebih menarik, berkesan dan ekspresif. Pemahaman tentang warna membolehkan guru pelatih mengetahui ciri-ciri dan seterusnya tahu mengaplikasikan pengetahuan ini dalam Seni Dalam Pendidikan. Roda Warna

Jenis-jenis WarnaWarna Asaswarna dasar sesebuah warnaWarna-warna yang tidak boleh dibuat daripada campuran warna lainMempunyai kuasa yang hebatDigunakan dalam penghasilan seni seperti poster, bendera, logo, lencana dan sebagainya

merah, biru dan kuningWarna SekunderWarna sekunder dicipta daripada campuran dua warna asas. Jingga = merah + kuningungu = merah + biruhijau = kuning + biru

jingga, ungu dan hijauWarna TertierDicipta daripada campuran warna asas dan warna sekunder di sebelahnya dalam roda warnabiru ungu= biru + ungubiru hijau= biru + hijaukuning jingga= kuning + jinggakuning hijau= kuning + hijaumerah jingga= merah + jinggamerah ungu= merah + ungu

Suhu Warna

Warna panasWarna sejuk* --Warna yang mempunyai kesan cahaya yang rendah-Warna yang berupaya memberi kesan redup, tenang dan damai serta sejuk mata memandang.-Contoh : biru,hijau dan unggu

-Warna yang mempunyai kesan cahaya yang tinggi- Warna yang berupaya memberi kesan terang dan garang- Contoh warna : kuning, merah dan oren.

Peranan WarnaWarna memainkan peranan penting dalam kehidupan kita dari segi personaliti, kebudayaan dan psikologi.Biasanya orang yang memakai pakaian yang berwarna terang menggambarkan personaliti cergas dan aktif. Warna merah melambangkan kemeriahan dalam budaya masyarakat Cina, manakala warna hijau memberi kesan psikologi segar dan tenang kepada emosi kita

Kepentingan Warna dalam Kehidupan SeharianWarna boleh mempengaruhi emosi contohnya, bila memakai baju lembut atau garang atau terang.Warna dapat melambangkan peribadi dan tingkah laku seseorang.Warna boleh memberi motivasi dan semangat kepada kita.Warna memberi ketenangan dalam kehidupan. Warna boleh menceriakan suasana sekeliling.Aktiviti 1 Perhati dan senaraikan warna-warna yang anda lihat di dalam bilik darjah.Bayangkan suasana di tepi pantai dan senaraikan warna-warnanya.WARNABilik DarjahTepi PantaiBandingkan warna yang terdapat di tepi pantai dengan warna yang dilihat di dalam bilik darjah Bagaimanakah anda boleh mengubahsuai warna dalam bilk darjah agar suasana lebih menarik untuk belajar

Aktiviti 2

Berikut disediakan satu aktiviti yang dapat membantu anda mengaitkan warna dengan objek, emosi ,muzik dan pergerakan.

Merujuk pada contoh pertama yang diberikan, isikan maklumbalas anda pada tempat kosong yang disediakan WARNAOBJEKEMOSIMUD MUZIKPERGERAKANMERAHApiMarahPentas dan kuatMenghentak kakiBIRUHIJAUKUNINGHITAMPERANG