wan rohana binti ton manan

11
TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES SME 3023 MATHEMATICS ANXIETY NAME : WAN ROHANA BINTI TON MANAN MATRIC NO : D20081032216 GROUP : A LECTURER’S NAME : PROF. DR. MARZITA PUTEH

Upload: nur-ashikin-ismahun

Post on 02-Jul-2015

1.160 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR

MATHEMATICAL SCIENCES

SME 3023

MATHEMATICS ANXIETY

NAME : WAN ROHANA BINTI TON MANAN

MATRIC NO : D20081032216

GROUP : A

LECTURER’S NAME : PROF. DR. MARZITA PUTEH

MASALAH :

SIKAP IBU BAPA YANG TIDAK MENGAMBIL TAHU TENTANG ANAK-ANAK

TERUTAMA PRESTASI AKADEMIK ANAK-ANAK MEREKA.

APAKAH MASALAH YANG TIMBUL?

Menjadi seorang ibu atau bapa adalah satu cabaran hidup (dan ganjaran) yang terbesar. Tetapi

ibu bapa kepada remaja belasan tahun mungkin mempunyai tugas yang paling sukar di antara ibu

bapa lain. Zaman remaja adalah satu perjalanan daripada zaman kanak-kanak menuju dewasa,

daripada bergantung hampir sepenuhnya pada pandangan orang lain kepada bagaimana membuat

keputusan yang bertanggungjawab secara berdikari. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah

yang akan mencorakkannya. Di sinilah terletaknya tanggungjawab ibu bapa yang diibaratkan

sebagai pena yang akan membentuk diri anak-anak. Kelalaian, kelemahan, kesilapan atau

kesalahan ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka adalah saham terbesar dalam

menambahkan lagi jumlah generasi pincang, bermasalah, terpesong, sampah mesyarakat, musuh

negara serta perosak agama. Kecemerlangan seorang anak semestinya bermula dari rumah.

Suasana yang harmoni di rumah akan mempengaruhi jiwa dan mental anak-anak. Sebagai ibu

bapa kita mesti faham bahawa anak-anak yang masih mentah dan tidak matang mudah

dipengaruhi oleh anasir buruk. Sekiranya ibu bapa tidak memberi perhatian kepadanya,

mengabaikan asuhan dan didikan agama, maka sudah pasti anak-anak mudah terjebak dalam arus

kerosakan. Kita tidak nafikan, ada juga kes pendidikan agama yang secukupnya telah diberi

namun anak yang membesar akhirnya menjadi rosak. Hal ini bukanlah alasan untuk kita tidak

menjalankan usaha mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang berguna. Ibu bapa yang telah

diamanahkan oleh Tuhan memainkan peranan yang penting dalam memberi pendidikan yang

sempurna dan menyeluruh kepada anak-anak. Kerjasama daripada ibu bapa amat diperlukan

untuk memberi dorongan dan perangsang kepada anak-anak agar mereka belajar bersungguh-

sungguh dan berjaya dengan cemerlang.

KENAPA IA BERLAKU ?

Keluarga adalah sebuah institusi sosial asas yang memainkan peranan penting didalam

membentuk sahsiah dan perilaku seseorang individu. Perkembangan pemikiran,emosi dan juga

tingkahlaku seseorang bermula di dalam suasana kekeluargaan sejak peringkat bayi lagi.

Pembentukan moral anak-anak diperolehi melalui peniruan dan boleh juga dipelajari secara

formal atau tidak formal. Salah satu sebab kenapa kurangnya kesedaran ibu bapa dalam usaha

memberi pelajaran dan didikan sempurna kepada anak-anak adalah akibat pekerjaan di luar

rumah. Hubungan ahli keluarga pada masa ini bersifat individualistik dan egoistik kerana

mengejar kejayaan kerjaya. Kos kehidupan juga meningkat sehingga kedua-dua ibu dan bapa

perlu bekerja. Dalam banyak kes ahli keluarga juga perlu bekerja lebih masa bagi menampung

perbelanjaan keluarga.Pemeliharaan dan pendidikan anak-anak terabai. Semua ibu dan bapa pada

hakikatnya mengasihani anak-anak mereka dan menaruh cita-cita yang tinggi untuk menikmati

kehidupan berkeluarga secara harmuni dan bahagia. Senario mengejar perbelanjaan harian ini

bagaimanapun telah menimbulkan tekanan emosi dikalangan ibu-bapa. Penceraian, penderaan

dan kes juvana boleh berlaku akibat tekanan emosi yang tinggi di samping sikap tidak sabar

dikalangan ibu-bapa.

PENYELESAIANNYA

LANGKAH 1 : IBU BAPA MENGHUBUNGI PIHAK SEKOLAH

SEBULAN SEKALI

KELEBIHAN

Anak-anak akan merasakan

diri mereka penting dalam

kehidupan ibu bapa.

Justeru itu, ia dapat

meningkatkan semangat

untuk anak-anak belajar.

Seterusnya dapat

meningkatkan prestasi

akademik anak-anak.

KELEMAHAN

Kebanyakan ibu bapa

sibuk dengan tugas

harian mereka terutama

ibu bapa yang bekerja.

Kebanyakan ibu bapa

kurang bekerjasama

dengan pihak sekolah.

Nilai

Tanggungjawab ibu bapa

terhadap anak-anak

Kerjasama

LANGKAH 2 : KEPRIHATINAN IBU BAPA DALAM MELUANGKAN MASA

UNTUK ANAK - ANAK MEREKA

KELEBIHAN

anak-anak akan berasa lebih

dihargai apabila ibu bapa

menghabiskan masa berkualiti

bersama mereka.

Anak-anak akan dapat meluahkan

masalah yang mereka ada kepada

ibu bapa.

Ibu bapa dapat mendorong anak-

anak supaya belajar bersungguh-

sungguh supaya dapat

meningkatkan prestasi akademik

mereka.

Usaha yang murni dalam

menunjukkan keprihatinan kepada

anak-anak ini sudah tentu dapat

membantu mewujudkan generasi

berilmu dan berakhlak ke arah

kecemerlangan (hidup) di dunia

dan juga di akhirat nanti.

KELEMAHAN

Ibu bapa sibuk bekerja

tanpa ada masa untuk anak-

anak terutama kepada ibu

bapa yang kedua-duanya

bekerja untuk menyara

kehidupan anak-anak.

NILAI

Prihatin

Tanggungjawab

kasih sayang

LANGKAH 3 : KEMAMPUAN DAN KESANGGUPAN IBU BAPA

MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PEMBELAJARAN ANAK - ANAK MEREKA,

SEPERTI BILIK BELAJAR, BUKU RUJUKAN, KELAS TAMBAHAN,

KOMPUTER (INTERNET)

KELEBIHAN

Ibu bapa dapat mewujudkan

persekitaran yang kondusif

kepada anak-anak untuk belajar.

Melalui kemudahan internet

mereka boleh mendapat berbagai-

bagai pengetahuan, menambahkan

ilmu pengetahuan dan tidak

ketinggalan mendapatkan sesuatu

ilmu yang pada ketika ini hanya

dapat menerusi internet dengan

mudah dan pantas.

Anak-anak akan lebih minat

untuk belajar dengan adanya

kemudahan yang lengkap di

rumah.

Justeru dapat meningkatkan

prestasi anak-anak dalam

akademik.

KELEMAHAN

Memerlukan perhatian yang

sewajarnya daripada ibu bapa.

Ibu bapa yang kurang

berkemampuan tidak dapat

menyediakan kemudahan yang

sempurna kepada anak-anak.

Anak-anak lebih mudah terlibat

dengan gejala yang tidak sihat

melalui internet.

Anak-anak akan sibuk dengan

tusyen dan tiada masa untuk

meluahkan masalah kepada ibu

bapa.

NILAI

Tanggungjawab

Prihatin

LANGKAH 4 : KESUNGGUHAN DAN KERJASAMA IBU BAPA KEPADA

SEKOLAH KHUSUSNYA GURU KELAS, GURU MATA PELAJARAN,

GURU DISIPLIN DAN PIHAK PENTADBIRAN SEKOLAH DALAM

MEMASTIKAN PENGAWASAN BERTERUSAN TERHADAP

PENCAPAIAN AKADEMIK ANAK - ANAK MEREKA.

KELEBIHAN

Ibu bapa dapat mengetahui

masalah masalah disiplin dan

prestasi pencapaian akademik

melalui guru.

Ibu bapa juga dapat membantu

guru dalam menyelesaikan

masalah yang dihadapi oleh

pelajar apbila wujudnya

kerjasama antara guru dan ibu

bapa bagi meningkatkan prestasi

akademik pelajar.

Penglibatan ibu bapa dalam

PIBG juga dapat mewujudkan

satu demokratik yang dapat

mengawal pendidikan pada

peringkat asas.

KELEMAHAN

Kurangnya kerjasama yang

dipamerkan oleh ibu bapa

terhadap pihak sekolah

Ibu bapa yang terlalu sibuk

mengejar kemewahan tidak

dapat berkomunikasi dengan

guru kerana tiada masa.

NILAI

Kerjasama

Prihatin

BAGAIMANA KITA BOLEH MENJADIKAN PENYELESAIAN TERBAIK ITU

MENJADI LEBIH BAIK

1) Ikuti perkembangan dan kemajuan anak di sekolah

Jangan tunggu hingga anak bawa pulang Buku Laporan Kemajuan baru mahu bertindak.

Kerana ketika itu sudah agak terlambat untuk bertindak. Ibu bapa hendaklah mengikuti

perkembangan dan kemajuan anak-anak setiap masa. Pantau ujian bulanan mereka dan

kenalpasti kelemahan yang ada. Cari penyelesaian untuk mengatasi kelemahan tersebut seawal

mungkin. Kalau anak-anak perlu dituisyenkan maka hantarlah mereka ke kelas-kelas tuisyen

untuk subjek-subjek tertentu yang mereka perlu dibantu. Kalau anak-anak lemah dari segi

sahsiah maka masukkanlah mereka ke program-program berbentuk motivasi. Lambat bertindak

akan mengakibatkan anak-anak tertinggal dalam pelajaran mereka. Anak-anak mula rasakan

yang diri mereka tiada kebolehan dan masa depan. Pemikiran yang salah sebegini akan

membuatkan mereka hilang minat dan malas untuk berusaha. Akhirnya, mereka fikir buat apa

belajar kalau sudah tahu diri akan gagal. Mereka mulalah terpengaruh dengan rakan-rakan yang

negatif dan terlibat dengan pelbagai gejala sosial.

2) Kenali rakan-rakan anak dan ibu bapa mereka

Rakan-rakan adalah orang penting kepada anak-anak dan berpengaruh dalam menentukan

identiti serta imej mereka. Sekiranya mereka berkawan dengan orang yang rajin maka rajinlah

mereka. Sekiranya mereka salah memilih kawan maka bermasalahlah nanti. Sebagai ibu bapa

prihatin hendaklah kita ambil tahu dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi, dari

mana mereka dapatkan wang untuk membeli sesuatu yang mungkin diluar kemampuan diri dan

sebagainya. Simpan nombor telefon kawan-kawan mereka dan rapatkan diri dengan ibu bapa

mereka. Apa salahnya sesekali diadakan perjumpaan antara ibu bapa agar semuanya dapat ambil

PENYELESAIAN TERBAIK

LANGKAH 2 : KEPRIHATINAN IBU BAPA DALAM

MELUANGKAN MASA UNTUK ANAK - ANAK MEREKA

berat akan perkembangan anak-anak. Ia memudahkan kita menasihati bukan sahaja anak kita

tetapi juga rakan-rakan mereka kelak. Begitu juga dengan ibu bapa yang lain, mereka juga tidak

akan segan silu untuk menegur dan menasihati anak kita. Dengan cara ini anak kita dan rakan-

rakannya tidak sewenang-wenangnya mengabaikan pelajaran hanya kerana utamakan pergaulan.

3) Sentiasa mengintai peluang yang boleh memajukan anak

Dalam kehidupan kita seharian terdapat pelbagai aktiviti, program, kursus serta peluang

untuk memajukan anak-anak dalam pelajaran dan sahsiah mereka. Ibu bapa cemerlang tidak

kedekut dan sanggup mengeluarkan pelaburan untuk kebaikan anak-anak. Kecemerlangan anak-

anak dalam bidang yang tiada kaitan dalam pelajaran seperti aktiviti ko-kurikulum, sukan,

persatuan dan sebagainya boleh menjadi perangsang untuk mereka cemerlang dalam bidang

pelajaran. Disamping itu, program-program seperti kursus motivasi, kursus berkaitan dengan

kemahiran belajar, kelas teknik menjawab peperiksaan dan lain-lain boleh menjadi faktor yang

meningkatkan lagi pelajaran mereka. Ini berdasarkan kepada pengalaman mereka yang telah

megikuti program Motivasi Alihan Pelajar yang saya jalankan. Ada diantara anak-anak mendapat

lonjakan markah yang cukup ketara setelah mendapat bimbingan dan motivasi.

4) Sentiasa doakan kejayaan anak

Doakanlah kejayaan anak-anak sepanjang masa dan bukan hanya diwaktu musim

peperiksaan sahaja. Doa ibu bapa, terutamanya doa ibu biasanya makbul. Elakkan dari

mengeluarkan perkataan yang buruk terhadap anak kerana kata-kata kita itu merupakan satu doa.

Doakan anak kita setiap kali kita teringatkan mereka. Misalnya ketika kita sibuk dipejabat tiba-

tiba terdetik di hati apa agaknya anak sedang buat di rumah? Ketika itu terus berdoa dalam hati

dan insyaAllah sekiranya kerap dilakukan begitu akan ada yang makbul nanti. Oleh itu, apabila

berdoa untuk anak maka doalah dengan suara yang didengari dan difahami oleh mereka. Seelok-

eloknya ketika berjemaah bersama agar anak-anak aminkan doa kita untuk mereka itu.

5) Makan malam bersama

Persefahaman dan keharmonian dapat dibentuk dengan sering makan bersama. Disebabkan

waktu siang pada kebiasaannya semua sibuk, kenapa tidak jadikan makan malam sebagai waktu

untuk bersama. Sepanjang waktu makan bolehlah tanya-tanyakan bagaimana hari masing-

masing. Tujuannya hanya untuk tingkatkan kemesraan. Kalau ada masalah yang mahu

dibincangkan maka ia mesti dibincangkan diluar waktu makan. Kalau anak-anak membuka tajuk

perbualan yang mungkin menimbulkan ketegangan maka kawallah keadaan. Minta anak

ceritakan selepas selesai makan nanti. Usah hilangkan selera makan dengan mood dan perasaan

yang negatif.

6) Ambil cuti

Ambillah cuti dan rancang cuti anda untuk bersama keluarga. Sekarang adalah waktu cuti

sekolah, maka ini adalah saat yang terbaik untuk ibu bapa bercuti bersama anak-anak dan

menggunakan masa secara berkualiti. Banyak destinasi percutian yang boleh kita pergi dan

rancanglah perbelanjaan agar tidak berhabis-habisan. Bagi anak-anak, yang penting ialah masa

yang telah ibu bapa luangkan untuk bersama mereka. Beritahu mereka dengan jelas bahawa cuti

itu diambil memang dengan tujuan untuk bersama. Anak-anak akan lebih menghargai lagi

kesanggupan kita. Walau bagaimana cuti itu dihabiskan, kita sebagai ibu bapa usah merungut

dan mengungkit seolah-olah kesal ambil cuti pada masa tersebut. Ini memberikan tekanan

kepada anak-anak dan membuatkan mereka rasa bersalah.

TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR

MATHEMATICAL SCIENCES

SKILLFULL PROBLEM SOLVING

NAME : WAN ROHANA BINTI TON MANAN

MATRIC NO : D20081032216

LECTURER’S NAME : PROF. DR. MARZITA PUTEH

DATE OF SUBMISSION : 15TH

DECEMBER 2011