wabak denggi

7
Langkah-langkah untuk mencegah wabak denggi dan nyamuk aedes Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis.Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua,Yang ih!rmati guru-guru,barisan panel hakim yang ari" lagi bijaksana serta akan-rakan sekalian.Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah #langkah- langkah mencegah nyamuk aedes#.$yamuk aedes merupakan penyebab utama demam denggi yang b!leh membawa maut kepada penghidapnya tanpa mengira usia tua mahupun muda.Maka wajarlah kita sebagai masyarakat yang prihatin bersama-sama berganding bahu untuk membanteras wabak ini daripada terus berleluasa sekaligus dapat menyaelamatkan banyak nyawa yang

Upload: saras-wathy

Post on 04-Oct-2015

18 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

va

TRANSCRIPT

Langkah-langkah untuk mencegah wabak denggi dan nyamuk aedes Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis.Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua,Yang Dihormati guru-guru,barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana serta akan-rakan sekalian.Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah "langkah-langkah mencegah nyamuk aedes".Nyamuk aedes merupakan penyebab utama demam denggi yang boleh membawa maut kepada penghidapnya tanpa mengira usia tua mahupun muda.Maka wajarlah kita sebagai masyarakat yang prihatin bersama-sama berganding bahu untuk membanteras wabak ini daripada terus berleluasa sekaligus dapat menyaelamatkan banyak nyawa yang terlibat.

Hadirin sekalian,

Pada pendapat saya,Badan-badan kerajaan mempunyai tugas-tugas tertentu.Badan-badan kerajan tersebut boleh mengadakan aktiviti atau program yang berkaitan aedes dan dengi yang berkonsepkan santai dan dilamnya berisi dengan penuh maklumat tentang bahayanya nyamuk aedes,cara pencegahannya dan kesan kepada kepada seseorang apabila mengalami demam denggi.

Kementerian Kesihatan Malaysia melalui hospital-hospital atau unit khas boleh membuat semburan di tempat-tempat yang disyaki dan tempat yang menjadi tempat nyamuk aedes membiak seperti di kawasan kilang atau kawasan pembinaan yang terbengkalai lamanya.Selain itu,pihak Kementerian Kesihatan Malaysia boleh mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma di sekolah-sekolah,kawasan rukun tetangga dan terutamanya di kampung-kampung yang terletak di kawasan pedalaman.

Hadirin yang dihormati,

Selain badan-badan kerajaan,badan-badan bukan kerajaan juga mempunyai peranan yang tersendiri seperti terlibat sekali dengan program yang dilakukan badan kerajaan dengan cara memberi bantuan dari segi kewangan,kawasan pelaksanaan program dan semua aspek terutamanya penajaan program.Badan bukan kerajaan juga boleh melaksanakan program dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia tetapi dipengerusi oleh agensi tersebut.

Kerjasama daripada masyarakat juga amat penting kerana jika semua program dilaksanakan tetapi kerjasama daripada masyarakat setempat diendahkan,program atau aktiviti yang dijalankan dianggap sia-sia kerana kesdaran daripada masyarakat tiada.Oleh itu,masyarakat dikehendakimengambil bahagian di dalam semua aktiviti dan bekerjasama dengan pihak berwajib agar masalah aedes di sesuatu kawasan berkurangan dan menjadi sifar.

Permuafakatan dan persepakatan daripada setiap penduduk kawasan amat penting.Kawasan mereka akan selamat daripada ancaman nyamuk aedes jika setiap seorang memberi kerjasama untuk membanterasnya.Pihak Jawatankuasa Kampung dan Rukun Tetangga kawasan boleh melaksanakan aktiviti gotong-royong bulanan untuk memastikan kawasan tempat tinggal mereka selamat.

Hadirin yang disegani,

Peranan ibu bapa juga amat penting kerana anak-anak akan mejadikan ibu bapanya sebagai idola atau contoh.Oleh itu,ibu bapa haruslah menunjukkan contoh yang baik dengan memberitahu betapa bahayanya nyamuk aedes dan menyuruh anaknya untuk sentiasa menjaga kebersihan diri serta sekeliling mereka.Ibu bapa juga bolehmelakukan aktiviti gotong-royong mingguan untuk membersihkan kawasan rumah dan seterusnya dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang sedia terjalin.

Kesimpulannya,semua pihak mahupun badan bukan kerajaan atau kerajaan,masyarakat dan institusi kekeluargaan sendiri mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri untuk melaksanakan sesuatu program dan menjayakan dengan jayanya.

Akhir sekali,marilah kita bersama-sama menjayakan sesuatu aktiviti yang mendatangkan kebaikan dengan jayanya kerana akan mendatangkan kebaikan kepada kita sendiri.Sampai di sini sahajalah syarahan saya kali ini.Sebelum saya mengundur diri,saya ingin meminta maaf jika ada silap dan salah dalam syarahan sebentar tadi.Sekian,Assalamualaikum dan salam sejahtera.