wabak covid-19 dan hubungannya dengan hadith … · malaysia dan rela telah dilantik sebagai...

16
259 WABAK COVID-19 DAN HUBUNGANNYA DENGAN HADITH KELEBIHAN HABBATUS SAUDA’ Amran Abdul Halim i , Ahmad Kamel Mohammed ii , Nidzamuddin Zakaria iii , Walid Mohd Said iv , Syed Najihuddin Syed Hassan v , Abdulloh Salaeh vi & Mesbahul Hoque vii i (Corresponding author). Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. [email protected] ii Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. [email protected] iii Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. [email protected] iv Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. [email protected] v Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. [email protected] vi Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. [email protected] vii Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. [email protected] Abstrak Kebelakangan ini penularan sejagat virus Novel Coronavirus (COVID19) yang telah banyak mengorbankan ribuan nyawa serta menjangkiti jutaan manusia ribuan telah menggusarkan hati semua manusia di dunia. Virus ini telah diisytiharkan sebagai satu penyakit global serta mula memasuki negara-negara seluruh dunia khususnya di Malaysia dengan kes yang pertama dikesan positif pada tarikh 3 Februari 2020. Penulisan ini bertujuan untuk menjelaskan SOP PKP yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan adakah ia berkait serta ada dasarnya dari hadith-hadith atau Sunnah Rasulullah SAW dan untuk memperbetulkan salah faham masyarakat terhadap maksud hadith Rasulullah saw yang seolah-olah bercanggah dengan SOP PKP yang diperkenalkan di Malaysia. Penulis meneliti hadith- hadith Rasulullah saw yang berkaitan dengan kesihatan dan pencegahan daripada penyakit sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah saw dan para Sahabat. Ra. Penulisan ini diharap dapat merungkai permasalahan yang berlaku dalam masyarakat dari sudut pemahaman dan persepsi, memperbaiki amalan seharian mengikut norma baru sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan Malaysia dan dunia amnya yang mana ianya adalah tidak bercanggah dengan syariat Islam, malah bertepatan dengan saranan Rasulullah saw melalui hadith-hadith yang kan dibincangkan ini. Kata kunci: Covid 19, SOP, PKP, Virus, Penyakit PENDAHULUAN SOP bermaksud Prosedur Standard Operasi, manakala PKP ialah Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) 2020 merujuk kepada tindakan pencegahan oleh kerajaan

Upload: others

Post on 03-Aug-2021

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: WABAK COVID-19 DAN HUBUNGANNYA DENGAN HADITH … · Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

259

WABAK COVID-19 DAN HUBUNGANNYA DENGAN HADITH KELEBIHAN

HABBATUS SAUDA’

Amran Abdul Halimi, Ahmad Kamel Mohammedii, Nidzamuddin Zakariaiii, Walid Mohd

Saidiv, Syed Najihuddin Syed Hassanv, Abdulloh Salaehvi & Mesbahul Hoquevii

i (Corresponding author). Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. [email protected]

ii Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. [email protected] iii Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. [email protected]

iv Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. [email protected] v Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. [email protected]

vi Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. [email protected] vii Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. [email protected]

Abstrak

Kebelakangan ini penularan sejagat virus Novel Coronavirus (COVID19) yang telah banyak

mengorbankan ribuan nyawa serta menjangkiti jutaan manusia ribuan telah menggusarkan

hati semua manusia di dunia. Virus ini telah diisytiharkan sebagai satu penyakit global serta

mula memasuki negara-negara seluruh dunia khususnya di Malaysia dengan kes yang

pertama dikesan positif pada tarikh 3 Februari 2020. Penulisan ini bertujuan untuk

menjelaskan SOP PKP yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan adakah ia berkait serta

ada dasarnya dari hadith-hadith atau Sunnah Rasulullah SAW dan untuk memperbetulkan

salah faham masyarakat terhadap maksud hadith Rasulullah saw yang seolah-olah

bercanggah dengan SOP PKP yang diperkenalkan di Malaysia. Penulis meneliti hadith-

hadith Rasulullah saw yang berkaitan dengan kesihatan dan pencegahan daripada penyakit

sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah saw dan para Sahabat. Ra. Penulisan ini

diharap dapat merungkai permasalahan yang berlaku dalam masyarakat dari sudut

pemahaman dan persepsi, memperbaiki amalan seharian mengikut norma baru sebagaimana

yang disarankan oleh kerajaan Malaysia dan dunia amnya yang mana ianya adalah tidak

bercanggah dengan syariat Islam, malah bertepatan dengan saranan Rasulullah saw melalui

hadith-hadith yang kan dibincangkan ini.

Kata kunci: Covid 19, SOP, PKP, Virus, Penyakit

PENDAHULUAN

SOP bermaksud Prosedur Standard Operasi, manakala PKP ialah Perintah Kawalan

Pergerakan Malaysia (PKP) 2020 merujuk kepada tindakan pencegahan oleh kerajaan

Page 2: WABAK COVID-19 DAN HUBUNGANNYA DENGAN HADITH … · Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

260

persekutuan Malaysia terhadap kes pandemik koronavirus (COVID-19) pada 16 Mac

2020. Oleh itu "kawalan gerakan" dilaksanakan di seluruh negara. Kejadian itu sering

dirujuk oleh sesetengah pihak media sama ada beberapa media tempatan mahupun

media antarabangsa sebagai "Kuarantin Malaysia31.

Kita telah mendengar bahawa Virus covid-19 atau yang lebih dikenal dengan

virus corona menjadi topik yang paling banyak dibicarakan semua kalangan di semua

negara di dunia saat ini menjadi isu hangat. Bagaimana tidak, kehadiran pandemik virus

covid-19 mengubah gaya hidup semua orang, baik yang terkena secara langsung

maupun tidak. Perubahan yang tiba-tiba dan tanpa persiapan tersebut tidaklah sedikit

menimbulkan kecemasan. Menurut Dr. Jiemi Ardian SpKj, perasaan cemas yang muncul

dalam menghadapi pandemik ini sebenarnya tidak selalu bermaksud mereka mengalami

gangguan kejiwaan atau gangguan kesehatan mental. Cemas dalam menghadapi suatu

kondisi yang baru tersebut merupakan bentuk adaptasi normal seseorang.32

Umum telah mengetahui Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan

Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020. Lanjutan daripada

pengisytiharan tersebut, langkah-langkah susulan telah diambil bagi menyelaras dan

memperincikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Majlis Keselamatan Negara,

Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan mesyuarat penyelarasan antara agensi

kerajaan pada 17 Mac 2020 untuk memperincikan pelaksanaan Perintah Kawalan

Pergerakan agar Perintah ini dapat berjalan dengan baik dan lancar. Untuk memastikan

keperluan orang ramai kepada perkhidmatan-perkhidmatan asas tidak terjejas sepanjang

tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuatkuasa, perkhidmatan-perkhidmatan

tertentu seperti pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan lain-lain dibenarkan beroperasi.

Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa mulai jam 12.00 tengah malam, 18

Mac 2020. Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk mematuhi semua peraturan yang

telah diputuskan oleh pihak berkuasa.

Bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, Peraturan-Peraturan

Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan

Tempatan Jangkitan) 2020 telah diwartakan pada 18 Mac 2020. Pegawai Polis DiRaja

Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta

Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

Bagi meningkatkan lagi keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan ini, orang

ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi

31 https://ms.wikipedia.org/wiki/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020 32 Chodijah, Medina,Nurjannah, Dian Siti, Yuliyanti, Ai Yeni, Kamba, M Karya Tulis Ilmiah LPPM UIN Sunan Gunung Djati Bandung 2020

Page 3: WABAK COVID-19 DAN HUBUNGANNYA DENGAN HADITH … · Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

261

keperluan-keperluan asas. Selain itu, amalkan penjarakan sosial (social distancing) dari

orang sekeliling demi mengelakkan jangkitan COVID-1933.

Kerajaan telah menyarankan agar anggota masyarakat patuh terhadap penjarakan

sosial (social distancing) dalam berurusan seperti urusan di bank, pasar raya, kedai dan

juga kaunter-kaunter perkhidmatan sepanjang PKP berlangsung. Aktiviti luar juga tidak

dibenarkan seperti aktiviti riadah, aktiviti bersama keluarga, aktiviti keramaian,

sambutan keraian dan aktiviti perhimpunan. Norma-norma sosial yang diamalkan

sebelum kes Covid-19 melanda juga tidak dibenarkan seperti bersalaman antara satu

sama lain yang dibimbangi akan menerima jangkitan seterusnya dikhuatiri

meningkatkan lagi jumlah kes Covid-19 yang baharu. Pihak KKM juga menyarankan

agar mengelakkan bersalaman atau bersetuhan jika bergejala seperti demam,

batuk/bersin dan sesak nafas. Alternatif yang disarankan oleh KKM ialah meletakkan

tangan di dada sebagai tanda hormat dengan ucapan salam bagi menggantikan

bersalaman dan bersentuhan (CPRC KKM, 19 Februari 2020). KKM juga mula mengambil

langkah berjaga-jaga dengan menasihati masyarakat iaitu golongan yang berisiko tinggi

supaya menghadkan lawatan ke hospital terutamanya bagi urusan tidak penting.

Golongan berisiko tinggi yang dimaksudkan oleh KKM ialah golongan kanak-kanak,

warga emas berusia 65 tahun ke atas, pesakit dengan penyakit kronik, pesakit dengan

daya ketahanan badan yang rendah dan wanita hamil. Orang ramai juga diingatkan

supaya tidak melawat pesakit di hospital jika mengalami demam, selsema dan batuk

(CPRC KKM, 21 Februari 2020). Langkah berjaga-jaga oleh pihak KKM ini bagi

mengekang penularan jangkitan Covid-19 di hospital. aranan oleh KKM dari semasa ke

semasa berkaitan pengamalan interaksi sosial masyarakat seperti penjarakan sosial telah

menunjukkan hasil yang positif seperti yang dapat dilihat dalam penurunan kes Covid-

19 yang baharu dalam tempoh PKP Fasa 334.

Kes Covid-19 Di Malaysia

Mengikut KKM Istihar Jangkitan penyakit COVID 19 Sehingga 5 Julai 2020 pukul 12:00

tengah hari, terdapat lima (5) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah

kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,663 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif

dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 77 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi

33 https://www.pmo.gov.my/2020/03/kenyatan-media-mkn-18-mac-2020/ 34 Noriha Basir et.al., Analisis Tingkah Laku Sosiologi Masyarakat Berasaskan Teori Interaksionisme Melalui Perangkaan Data Kes Covid-19 di Malaysia, dalam PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature Jilid 11 Edisi Khas, 2020 / ISSN 1823-6812 (11-31), Universiti Malaysia Perlis, Kangar, Perlis, Malaysia

Page 4: WABAK COVID-19 DAN HUBUNGANNYA DENGAN HADITH … · Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

262

rawatan35. Apabila kita lihat di sini sekira karajaan tidak laksana PKP maka banyak lagi

jangkitan di Malaysia, dengan sebab perintah kawalan pergerakan ini maka sesetengah

masyarakat melawan kerajan kerana mereka tidak dapat keluar dari rumah seperti pergi

ke pasar, masjid, hantar anak sekolah dan lain lain. Di sesetengah tempat mereka langgar

juga perintah itu sehingga mereka di tahan dan di kompau sebagainama dalam berita

harian.

Menurut menteri kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata “Jumlah tangkapan

kumulatif ingkar PKP sehingga semalam adalah seramai 17,735 orang” 36.

Contoh Kes ( Covid19 ) Positif Pada 5/7/2020 Mengikut Negeri

Status Terkini Kes Covid-19 Di Malaysia

Mengikut KKM Istihar Jangkitan penyakit COVID 19 Sehingga 5 Julai 2020 pukul 12:00

tengah hari, terdapat lima (5) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah

kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,663 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif

dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 77 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi

rawatan37. Apabila kita lihat di sini sekira karajaan tidak laksana PKP maka banyak lagi

jangkitan di Malaysia, dengan sebab perintah kawalan pergerakan ini maka sesetengah

35 https://kpkesihatan.com/2020/07/05/ 36 Berita»Nasional, https://www.bharian.com. 37 https://kpkesihatan.com/2020/07/05/

Page 5: WABAK COVID-19 DAN HUBUNGANNYA DENGAN HADITH … · Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

263

masyarakat melawan kerajan kerana mereka tidak dapat keluar dari rumah seperti pergi

ke pasar, masjid, hantar anak sekolah dan lain lain. Di sesetengah tempat mereka langgar

juga perintah itu sehingga mereka di tahan dan di kompau sebagainama dalam berita

harian.

Menurut menteri kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata “Jumlah tangkapan

kumulatif ingkar PKP sehingga semalam adalah seramai 17,735 orang” 38.

METODOLOGI KAJIAN

Penulisan ini bertujuan untuk menjelaskan SOP PKP yang ditetapkan oleh kerajaan

Malaysia dan adakah ia berkait serta ada dasarnya dari hadith-hadith atau Sunnah

Rasulullah SAW dan untuk memperbetulkan salah faham masyarakat terhadap maksud

hadith Rasulullah saw yang seolah-olah bercanggah dengan SOP PKP yang

diperkenalkan di Malaysia.

Metod kajian bagi penulisan ini ialah, penulis meneliti hadith-hadith Rasulullah

saw yang berkaitan dengan kesihatan dan pencegahan daripada penyakit sebagaimana

yang diamalkan oleh Rasulullah saw dan para Sahabat RA.

DAPATAN KAJIAN

Penulisan ini diharap dapat merungkai permasalahan yang berlaku dalam masyarakat

dari sudut pemahaman dan persepsi, memperbaiki amalan seharian mengikut norma

baru sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan Malaysia dan dunia amnya yang mana

ianya adalah tidak bercanggah dengan syariat Islam, malah bertepatan dengan saranan

Rasulullah saw melalui hadith-hadith yang akan dibincangkan ini.

Masyarakat tidak dihalang daripada berikhtiar untuk berubat dengan

menggunakan habbatus sauda’ terutamanya apabila mengikut kadar tertentu dan

menggunakan cara tertentu bagi mengubati sesuatu penyakit tertentu seperti yang

pernah diamalkan suatu masa dahulu.

Perkara yang perlu sentiasa diwaspadakan dan dielakkan ialah menggunakan

sesuatu produk kesihatan di pasaran yang mengandungi habbatus sauda’ dengan

harapan dapat mengubati semua jenis penyakit yang dialami. Ia merupakan suatu

bentuk usaha dan tawakkal yang tidak tepat.

Usaha melalui konsultasi dan nasihat daripada ahli perubatan perlulah

didahulukan kerana ilmu mereka lebih diyakini. Tawakkal yang didahului dengan usaha

yang lebih diyakini adalah lebih tinggi nilainya di sisi Islam. Hal ini bertepatan dengan

38 Berita»Nasional, https://www.bharian.com.

Page 6: WABAK COVID-19 DAN HUBUNGANNYA DENGAN HADITH … · Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

264

amalan Nabi Muhammad SAW sepertimana baginda menyerahkan urusan teknik

menanam kurma kepada mereka yang berkemahiran tentangnya dengan menyatakan

bahawa: “Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian”39.

DALIL-DALIL BERKENAAN WABAK

Antara dalil-dalil yang banyak dikongsikan semenjak isu Covid-19 ini yang

menyatakan:

‘’Di akhir zaman nanti akan ada banyak wabak penyakit melanda manusia di dunia, hanya umatku

yang terhindar kerana memelihara wuduknya’’ - Riwayat Al-Thabrani.

Memang terdapat nas-nas syarak yang mengkhabarkan akan berlakunya wabak

penyakit berjangkit pada generasi yang terkemudian dari kalangan umat ini. Antaranya

adalah seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.

Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

ل الت والأوجاع الطاعون فيهم فشا إلا با ي علنوا حت قط ق وم ف الفاحشة تظهر ف ل مضت تكن الذين أسلافهم مضوا

Maksudnya: Tidaklah muncul kejahatan pada sesebuah kaum sehinggalah mereka melakukannya

secara terang-terangan melainkan akan merebak dalam kalangan mereka wabak taun serta

penyakit-penyakit yang tidak pernah muncul dalam kalangan generasi sebelum mereka.

Riwayat Ibn Majah (4019)40

Setelah diteliti teks hadis tersebut di dalam kitab-kitab hadis yang dikaryakan oleh

Imam al-Thabrani seperti al-Mu’jam al-Saghir, al-Mu’jam al-Awsath, dan al-Mu’jam al-Kabir,

tidak dijumpai walau satu pun hadis yang menghampiri atau menepati teks yang

terdapat di dalam hadis tersebut.

Demikian juga bahawa tidak terdapat sebarang hadis yang sahih lagi sarih

menunjukkan bahawa perbuatan berwuduk menghalang wabak dan penyakit kepada

39 http://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2019/07/15/habbatus-sauda-penawar-penyakit/ Sahih Muslim, Kitab Fadail, Hadis 2363 40Imam Al-Hakim al-Naisaburi mengatakan: هذا حد� يث صح�يح ا��سناد ‘’hadis ini isnadnya sahih’’. Rujuk Al-Mustadrak ‘ala al-Sahihain, Al-Hakim (4/582). Imam al-Bushiri mengatakan bahawa: هذا حديث صالح للعمل به bermaksud ‘’hadis ini soleh (baik) untuk diamalkan’’. Rujuk Misbah al-Zujajah fi Zawaid Ibn Majah, Al-Bushiri (4/186). Syeikh Syu’aib al-Arna’uth pula menyatakan bahawa hadis ini hasan lighayrih. Rujuk Sunan Ibn Majah tahqiq Syu’aib al-Arnauth (5/150).

Page 7: WABAK COVID-19 DAN HUBUNGANNYA DENGAN HADITH … · Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

265

seseorang yang melakukannya. Bahkan teks yang terdapat di dalam hadis tersebut jelas

bercanggahan dengan hakikat yang berlaku apabila ia menyatakan bahawa umat Islam

yang memelihara wuduk terhindar daripada wabak penyakit. Ini kerana, merujuk

kepada hadis-hadis yang sahih, saat terjadinya wabak atau azab daripada Allah S.W.T

kepada sesuatu kaum, maka ia turut menimpa golongan soleh dan orang beriman yang

ada dalam kalangan mereka. Antaranya adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh

Ummu Salamah R. Anha beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

ف الأ وء ظهر الس ن ع إذا قال صالون؟ فيهم وإن كان ، رسول الل ي ق لت: ، بهل الأرض بسه الل أن زل وإن رض م كان فيهم صالون، يصيب هم ما أصاب الناس، ث ي رجعون لرحة الل

Maksudnya: Apabila munculnya kejahatan di atas muka bumi maka Allah akan menurun azab-

Nya kepada seluruh penduduk bumi. Aku (Ummu Salamah) bertanya: Sekalipun dalam kalangan

mereka ada orang soleh? Maka Rasulullah S.A.W menjawab: Ya, meskipun dalam kalangan

mereka ada orang soleh. Mereka ditimpa sepertimana yang ditimpa oleh orang ramai kemudian

mereka kembali kepada rahmat Allah.

Riwayat Al-Thabrani dalam Mu’jam al-Awsath (2089)

Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa sekiranya azab Allah S.W.T menimpa

sesuatu kaum, maka ia akan meliputi kesemua yang terdapat dalam kalangan tersebut

sama ada terdapat di dalamnya orang soleh atau tidak41. Bahkan ini dikuatkan lagi

dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.A beliau berkata bahawa

Rasulullah S.A.W bersabda:

بقوم عذابا أصاب العذاب من كان فيهم ث بعثوا على أعمالم إذا أر اد الل

Maksudnya: Apabila Allah mengkehendaki azab berlaku kepada sesuatu kaum, Allah akan

menimpakan azab kepada semua yang berada dalam kalangan mereka. Kemudian mereka akan

dibangkitkan dengan amalan-amalan mereka.

Riwayat Muslim (2879)

Syeikh Muhammad Al-Amin al-Harari al-Syafi’e dalam syarahan ke atas hadis ini

berkata: “(Azab) akan meliputi kesemua yang berada dalam sesebuah kaum dari

kalangan orang yang taat dan juga pelaku maksiat”. Begitu juga yang dinyatakan oleh

Syeikh Abu Al-Abbas Ahmad bin Umar al-Qurthubi yang menyebut: “Allah akan

41 https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/4351-irsyad-al-hadith-siri-ke-489-status-hadis-berwuduk-menghindarkan-penyakit-dan-wabak

Page 8: WABAK COVID-19 DAN HUBUNGANNYA DENGAN HADITH … · Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

266

membinasakan kesemua mereka dengan azab yang Dia utuskan kepada mereka yang

meliputi orang soleh dan juga orang jahat dari kalangan mereka. Adapun azab yang

menimpa orang soleh maka itu bertujuan mengangkat darjatnya serta membanyakkan

pahalanya kemudian dia akan dibangkitkan di atas niatnya yang soleh”.

Demikian juga dikuatkan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zainab

binti Jahsy R. Anha beliau berkata:

الون قال ن عم، إذا كث ر البث أنلك وفينا الص

Maksudnya: Adakah kami akan binasa dalam keadaan orang-orang soleh berada dalam kalangan

kami? Maka Rasulullah S.A.W menjawab: Ya, jika kejahatan semakin banyak.

Riwayat Al-Bukhari (7059)

Larangan merentas negeri, daerah, larangan ke tempat perhimpunan, perlu penjarakan

sosial dan lain-lain, kesemua ini ada dasar dan nasnya sepertimana sabda Nabi SAW:

عتم به برض فلا ت قدموا عليه وإذا وقع برض وأن تم با فلا ترجوا فرارا منه إذا سErtinya:

Apabila kamu mendengarnya wabak di suatu tempat maka janganlah

kamu pergi ketempat itu, dan apabila ia berlaku ditempat kamu maka

janganlah kamu keluar lari daripadanya42.

Imam Tajuddin Al Subki berpendapat bahawa sekira kalau ada kemudharatan lebih

daripada kemuslihatan maka boleh kita tingal perkara itu maka ia berkata dalam

kitabnya:

الضرر يزال Maksudnya:

Kemudharatan handaklah dihilangkan43.

PENGENALAN HABBATUS SAUDA’

Habbatus Sauda’ atau nama saintifiknya Nigella Sativa umumnya sudah diketahui ramai

sebagai bijirin yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit. Habbatus Sauda kaya

dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan. Kandungan zatnya

42 Al-Bukhari, Muhammad ibn Ismail. 1422 (H). Sahih al-Bukhari. Hadith 5730, juz 14. 43Tajuddin al-Subki, 1991. al-Asybah wan-Nazha-ir, daru kutub al ilmiah, juz 1, h 51.

Page 9: WABAK COVID-19 DAN HUBUNGANNYA DENGAN HADITH … · Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

267

adalah karbohidrat sebanyak 38%, protein (21%) dan asid lemak (35-38%) dan mineral

lain (6%). Mineral lain termasuklah tiamina, niasin, kalsium, asid folik, zink dan fosforus.

Asid lemak terdiri daripada asid lemak tepu dan tidak tepu yang baik untuk kesihatan

dan sistem keimunan badan.

Kehebatan jintan hitam ini sudah diakui sejak zaman-berzaman. Bahkan Nabi

Muhammad S.A.W bersabda dalam hadisnya yang bermaksud:

“Gunalah habbatus sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat yang

menyembuhkan pelbagai penyakit kecuali ‘as sam’ (mati).”

Menurut kitab Kanun Perubatan Ibnu Sina, Habbatus Sauda didakwa bertindak

balas terhadap tubuh badan manusia sebagai penyumbang tenaga dan membantu

pemulihan tubuh badan daripada keletihan.

Berikut adalah antara kebaikan Habbatus Sauda kepada tubuh badan:-

1) Membantu melegakan batuk dan selsema

2) Membantu penghidap lelah dan masalah pernafasan

3) Memperbaiki dan memperkuatkan fungsi hati

4) Membantu mengawal darah tinggi dan ‘hypertension’

5) Membantu merendahkan kolesterol

6) Membantu mengimbang aras insulin / gula dalam badan

7) Membantu melancarkan peredaran darah

8) Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu

9) Sebagai anti-kanser / anti-oksidan

10) Sebagai anti-histamin / cegah alahan

11) Membantu memperkuatkan sistem imunisasi

Cara pengunaan Habbatus Sauda pula, sebaik – baiknya diamalkan mengambil lima

hingga tujuh biji sehari. Sesuai dengan sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W.44

Kandungan bahan aktif fitokimia dalam habbatussauda

Dalam jurnal perubatan “Egyptian journal of Biochemistry & Molecular Biology” tahun

2010 telah mengkaji tentang kesan ‘anti kulat’ minyak habbatussauda secara mendalam

tentang kandungan minyak habbatussauda iaitu ia mengandungi 3 bahan utama:

• Thymol

44 https://today.salamweb.com/ms/amalkan-habbatus-sauda-untuk-kebaikan-kesihatan/

Page 10: WABAK COVID-19 DAN HUBUNGANNYA DENGAN HADITH … · Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

268

• Thymoquinone (TQ)

• Tetrahydroquinone(THQ)

Kajian tersebut menunjukkan ketiga-tiga bahan ini mempunyai kesan 100% menentang

30 jenis kuman patogen. Kajian ini juga menunjukkan bahawa TQ (thymoquinone)

adalah bahan anti kulat yang paling kuat melawan jangkitan kulat di kulit

(dermatophyte) dan yis berbanding THQ dan Thymol. Manakala bahan thymol pula baik

untuk kulapuk (mold) berbanding TQ dan THQ.

Kajian ini juga menunjukkan minyak habbatussauda mempunyai bahan fitokimia

yang unik yang bersifat anti kulat dan fungal dan ahli sains sedang mengkaji

keberkesanan minyak ini untuk melawan ‘kuman super’ (superbug) yang mampu

melawan ubat antibiotik45.

45 https://drnorman.com.my/habbatussauda-kelebihannya-kepada-kesihatan/

Page 11: WABAK COVID-19 DAN HUBUNGANNYA DENGAN HADITH … · Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

269

MENANGANI SALAH FAHAM MASYARAKAT TERHADAP KELEBIHAN

HABBATUS SAUDA’ UNTUK RAWATAN SEMUA PENYAKIT TERMASUK

COVID 19

Pengamalan sunnah Nabi Muhammad SAW merupakan lambang keimanan seseorang

Muslim. Sunnah baginda SAW diamalkan dengan keyakinan bahawa terdapatnya

keberkatan dan manfaat yang dibawa oleh sunnah itu kepada kehidupan. Sunnah

baginda SAW adalah elemen penting yang menjadi panduan dalam aspek kehidupan

Muslim. Ia sesuai dengan sabda baginda SAW yang bermaksud, “Aku tinggalkan kepada

kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang dengannya

iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Nabi-Nya (sunnah Nabi SAW) (Riwayat Malik,

Hadis 1594).”

Gaya hidup masyarakat Muslim banyak didorong oleh sunnah Nabi SAW.

Sebagai contoh, ia dapat dilihat dalam aspek penjagaan kesihatan. Masyarakat Muslim

banyak merujuk kepada sunnah baginda SAW dalam hal ehwal merawat penyakit

kerana di samping dapat meraih pahala, ia turut membawa manfaat kesihatan.

Umpamanya di Malaysia sekarang kita akan mendapati terdapat banyak iklan-iklan atau

brosur sama ada dalam kertas atau internet, dalam whatsapps atau facebook, blog-blog

dan lain-lain yang menjelaskan tentang kelebihan makanan berikut antaranya habbatus

sauda’, madu asli, jus delima, buah tin atau jus, buah kurma, kismis minda dan lain-lain

untuk menarik minat orang ramai dan untuk melariskan jualan tersebut.

Salah satu sunnah yang biasa dirujuk oleh masyarakat Muslim apabila mengalami

masalah kesihatan ialah sunnah berkaitan habbatus sauda’. Maksud hadis berkaitan

yang berbunyi: “Pada habbatus sauda itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali

mati46. Namun, kefahaman terhadap hadis tersebut perlulah melalui kaedah yang betul.

Salah faham berlaku apabila masyarakat memahami secara literal terhadap terjemahan

hadis. Berlaku salah faham berhubung ungkapan “penawar segala penyakit” yang

digunakan dalam hadis berkenaan sehingga masyarakat beranggapan bahawa habbatus

sauda’ pengubat kepada segala penyakit kecuali mati (Mohamamad Mustaqim: 2019).

Namun, kefahaman terhadap hadis tersebut perlulah melalui kaedah yang betul.

Salah faham berlaku apabila masyarakat memahami secara literal terhadap terjemahan

hadis. Berlaku salah faham berhubung ungkapan “penawar segala penyakit” yang

digunakan dalam hadis berkenaan sehingga masyarakat beranggapan bahawa habbatus

sauda’ pengubat kepada segala penyakit kecuali mati.

46 Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Tibb, hadis 5688; dan Muslim bin al-Hajjaj, Sahih Muslim, Kitab al-Salam, hadis 2215.

Page 12: WABAK COVID-19 DAN HUBUNGANNYA DENGAN HADITH … · Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

270

Hal ini menjadi lebih buruk apabila wujud pihak berkepentingan menggunakan

kefahaman yang tidak tepat ini untuk melariskan penjualan habbatus sauda’dengan

hujah produk kesihatan yang mengandungi habbatus sauda’ berupaya mengubati segala

penyakit. Adalah penting untuk sekurang-kurangnya merujuk huraian tentang sesuatu

hadis yang ditulis oleh alim ulama. Hal ini kerana keupayaan masyarakat awam untuk

mentafsir sesuatu hadis dengan ruang lingkup ilmu yang dimiliki adalah terhad.

Dalam isu ini, adalah penting untuk sekurang-kurangnya merujuk huraian

tentang sesuatu hadis yang ditulis oleh alim ulama. Hal ini kerana keupayaan

masyarakat awam untuk mentafsir sesuatu hadis dengan ruang lingkup ilmu yang

dimiliki adalah terhad. Rujukan kepada huraian ulama dapat mengelakkan daripada

timbul tafsiran yang tidak tepat.

Ulama menghuraikan hadis berhubung habbatus sauda’ dengan menyatakan

bahawa terdapat banyak manfaat pada habbatus sauda’ yang mampu mengubati

penyakit-penyakit. Kitab Fathul Bari oleh Ibn Hajar al-Asqalani, iaitu huraian

kepada Sahih Bukhari menyebutkan beberapa kegunaan habbatus sauda’ sebagai

penawar. Antaranya ialah apabila ia dihancurkan menjadi serbuk dan dibalut dengan

kain, kemudian dihidu aromanya, boleh membantu orang yang mengalami selsema

akibat cuaca sejuk. Selain itu, turut disebutkan bahawa sekiranya habbatus sauda’

dimasak bersama-sama cuka, kemudian digunakan untuk berkumur, ia dapat membantu

melegakan sakit gigi.

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani dalam Kitab Fathul Bari, Syarah Sahih Bukhari

bahawa Imam al-Khattabi menerangkan ungkapan “penawar segala penyakit”

merupakan lafaz umum yang membawa maksud yang khusus. Penggunaan maksud

yang khusus adalah tepat kerana menurut Imam al-Khattabi tidak ada satu pun

tumbuhan yang diciptakan oleh Allah SWT di dunia ini yang terkumpul di dalamnya

semua manfaat bagi tujuan perubatan47.

Kefahaman khusus yang sepatutnya diambil ialah habbatus sauda’ bermanfaat

sebagai penawar bagi segala penyakit yang dilihat sesuai diubati dengannya. Ibn Hajar

al-Asqalani dalam Fathul Bari dan Imam al-Nawawi dalam Syarah Al-Nawawi ‘ala Sahih

Muslim memperincikan dengan lebih lanjut tentang maksud “penyakit yang sesuai

diubati dengannya.” Ia bermaksud bahawa habbatus sauda’ secara khususnya sesuai

untuk mengubati penyakit-penyakit yang timbul kerana cuaca sejuk dan tidak berkesan

untuk penyakit-penyakit yang timbul disebabkan cuaca panas, misalnya. Pengkhususan

keberkesanan habbatus sauda’ untuk penyakit-penyakit “sejuk” dan pengecualian

47 Ibn Hajar al-‘Asqalani, Ahmad ibn ‘Ali, Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, c. 2. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1997.

Page 13: WABAK COVID-19 DAN HUBUNGANNYA DENGAN HADITH … · Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

271

keberkesanannya untuk penyakit-penyakit “panas” dalam penulisan ulama

menunjukkan bahawa terdapat limitasi pada kegunaan habbatus sauda’. Sehubungan

itu, kefahaman bahawa habbatus sauda’ adalah ubat kepada segala penyakit di dunia ini

adalah tidak tepat.

Contoh-contoh kegunaan seperti dalam kitab syarah yang dinyatakan

menunjukkan bahawa terdapat banyak manfaat kesihatan pada habbatus sauda’.

Namun, ia tidak bermaksud habbatus sauda’ adalah ubat kepada semua penyakit di

dunia ini. Dalam hal ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian.

Antaranya ialah mendalami dan memahami lafaz-lafaz yang digunakan dalam hadis

berkenaan habbatus sauda’ ini berpandukan ilmu usul al-fiqh. Imam al-Nawawi turut

menjelaskan bahawa penyakit-penyakit yang muncul akibat keadaan yang sejuk

merupakan penyakit-penyakit yang biasa dalam kalangan masyarakat sekitar baginda

SAW pada zaman itu. Kerana itulah hadis tentang habbatus sauda’ menggambarkan

bahawa banyak manfaat boleh diperoleh daripadanya kerana ia berupaya mengubati

pelbagai jenis penyakit yang biasa pada masa tersebut.

Tidak dapat dinafikan bahawa sememangnya habbatus sauda’ mempunyai

faedah yang banyak. Baginda SAW menyebutkan tentang kebaikannya dalam sunnah

baginda adalah untuk manfaat awam. Kajian saintifik pada masa kini juga menunjukkan

terdapat potensi-potensi kegunaan habbatus sauda’ sebagai ubat untuk masalah-

masalah kesihatan yang tertentu.

Meskipun banyak manfaatnya, masyarakat awam tidak boleh mengambil

kefahaman bahawa habbatus sauda’ adalah ubat kepada segala macam penyakit di dunia

ini secara literal kerana ia adalah kefahaman yang tidak tepat.

Rawatan Untuk COVID 19

Pada asasnya, sehingga kini tiada rawatan khusus atau ubat antivirus untuk jangkitan

COVID-19. Rawatan diberikan hanya untuk mengurangkan gejala yang dialami pesakit.

Walau bagaimana pun, bekalan ubat Klorokuin, Hidroksiklorokuin dan kombinasi

Lopinavir/Ritonavir sedia ada di Malaysia yang digunakan untuk merawat penyakit lain,

boleh digunakan dalam rawatan COVID-1948.

Ketua Pengarah Kesihatan TanSri Dr Noor Hisham Abdullah berkata semakan

pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)

48 http://www.myhealth.gov.my/wp-content/uploads/FAQ-COVID-19.pdf

Page 14: WABAK COVID-19 DAN HUBUNGANNYA DENGAN HADITH … · Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

272

Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati tiga jenis ubat itu berdaftar dengan Pihak

Berkuasa Kawalan Dadah.

Beliau berkata bekalan ubat-ubatan yang perlu diimport seperti Favipiravir dan

Remdesivir (ubat antiviral) akan sentiasa dimudah cara oleh KKM bagi kegunaan

rawatan COVID-19.

"Bagi ubat kajian Remdesivir, Malaysia telah dipilih oleh Pertubuhan Kesihatan

Sedunia (WHO) untuk terlibat dalam kajian klinikal 'Multicenter Adaptive Solidarity

trial - COVID-19' yang mana ubat kajian tersebut akan digunakan.

"NPRA akan menyediakan laluan 'expedited review' untuk membawa masuk produk

kajian klinikal ini ke Malaysia secepat mungkin manakala bagi ubat Favipiravir, KKM

sedang berusaha mendapatkan ubat tersebut daripada pembekal," katanya menerusi

hantaran di Facebook beliau malam tadi49.

Malaysia setakat ini kekal menggunakan ubat anti-malaria 'hydroxychloroquine' bagi

merawat pesakit COVID-19 walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

menghentikan sementara ujian klinikal terhadap ubat tersebut.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata,

Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memantau penggunaan ubat tersebut termasuk

kesan sampingan kepada pesakit.

Jelasnya, ubat anti radang tersebut telah digunakan sejak 40 tahun lalu bagi merawat

penyakit malaria, dan mengakui ia mempunyai kesan sampingan termasuk pada

denyutan jantung, dan mata.

“Ubat tersebut adalah ubat antiradang, jadi kalau kita menggunakan pada peringkat

awal, kita dapat mencegah iaitu penyakit melarat kepada peringkat keempat dan kelima

dan itu pandangan daripada pakar-pakar kita50.

PENUTUP

49 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-jenis-ubat-boleh-diguna-rawat-covid19-kp-kesihatan-235763 50 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-malaysia-masih-guna-ubat-hydroxychloroquine-untuk-rawat-pesakit-244410

Page 15: WABAK COVID-19 DAN HUBUNGANNYA DENGAN HADITH … · Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

273

Justeru, SOP Covid-19 seperti rawatan pemulihan dan lain-lain sangat penting

diamalkan berdasarkan suruhan daripada Rasulullah SAW supaya menjauhi daripada

penyakit kusta dan sopak agar tidak berjangkit kepada orang lain yang masih sihat.

Termasuk juga Rasulullah SAW melarang kita daripada memasuki daerah atau negara

yang dilanda wabak penyakit berjangkit atau lari daripadanya. Ini menunjukkan

penjarakan yang jauh antara satu sama lain boleh membendung penularan penyakit

berjangkit seperti Covid-19 dan seumpama dengannya. Walaupun Rasulullah SAW tidak

menyatakan berapa jauh jaraknya sama ada jarak minimum dan sebagainya, kita boleh

mengamalkan suruhan tersebut dengan mengggabungkan cadangan daripada para

pakar perubatan yang mana jarak sosial yang dicadangkan ialah sekurang-kurangnya

satu meter, manakala lebih dari itu adalah lebih utama. Ini bagi membendung wabak

Covid-19 dari terus berjangkit dengan lebih meluas kepada masyarakat yang masih sihat

dan perkara ini sangatlah penting terutama sekali melibatkan warga emas, kanak-kanak

atau mereka yang mempunyai penyakit-penyakit yang lain seperti darah tinggi, kencing

manis dan lain-lain daripada penyakit kronik kerana mereka sangat mudah terkesan

dengan penularan wabak Covid 19 ini.

Masyarakat tidak dihalang daripada berikhtiar untuk berubat dengan menggunakan

habbatus sauda’ terutamanya apabila mengikut kadar tertentu dan menggunakan cara

tertentu bagi mengubati sesuatu penyakit tertentu seperti yang pernah diamalkan suatu

masa dahulu.

BIBLIOGRAFI

‘Abbas Mutawalli, al-Sunnah al-Nabawiyyah wa Makanatuha fi al-Tasyri‘. T.t. dan t.t.p.

Abu Dawud, Sulayman ibn al-Asy‘ath, Sunan Abu Dawud. Beirut: Dar Ihya’ al-Sunnah al-

Nabawiyyah, t.t.

Al-Bukhari, Abu ‘Abd Allah Muhammd ibn Isma‘il al-Bukhari, “Sahih al-Bukhari,”

dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-Syarif: al-Kutub al-Sittah, ed. Salih ibn ‘Abd al-‘Aziz Al

al-Shaykh. Riyadh: Dar al-Salam, 2000.

Chodijah, Medina,Nurjannah, Dian Siti, Yuliyanti, Ai Yeni, Kamba, M Karya Tulis Ilmiah

LPPM UIN Sunan Gunung Djati Bandung 2020

Page 16: WABAK COVID-19 DAN HUBUNGANNYA DENGAN HADITH … · Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

274

Noriha Basir et.al., Analisis Tingkah Laku Sosiologi Masyarakat Berasaskan Teori

Interaksionisme Melalui Perangkaan Data Kes Covid-19 di Malaysia, dalam

PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature Jilid 11 Edisi Khas,

2020 / ISSN 1823-6812 (11-31), Universiti Malaysia Perlis, Kangar, Perlis, Malaysia

Ibn Hajar al-‘Asqalani, Ahmad ibn ‘Ali, Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, c. 2. Beirut: Dar

al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1997.

Ibn Majah, Muhammad ibn Yazid al-Qazwini, Sunan Ibn Majah. Al-Qahirah: Dar al-

Hadith, 1994.

Muslim, Abu al-Husayn Muslim ibn al-Hajjaj, “Sahih Muslim,” dalam Mawsu‘ah al-

Hadith al-Sharif: al-Kutub al-Sittah, ed. Salih ibn ‘Abd al-‘Aziz Al al-Shaykh. Riyadh:

Dar al-Salam, 2000.

Tajuddin al-Subki, 1991. al-Asybah wan-Nazha-ir, Darul Kutub al Ilmiah, juz 1, h 51.

Muslim, Muslim bin al-Hajjaj. T.t. Sahih Muslim Kitab al-Salam. Bab La ‘Adwa Wa La

Thiyarah Wa La Hamah Wa Sofar Wa La Nau’ Wa La Ghaul Wa La Yuridu

Mumrid ‘ala Musih.

Nik Mohd Nabil Ibrahim@Nik Hanafi et.al., Analisis Hadith Penyakit Berjangkit:

Mendepani Cabaran Pasca Moden, Isu 1080, Persidangan Antarabangsa Pengajian

Islamiyyat Kali Ke-3 (Irsyad2017) 3 Rd International Conference in Islamiyyat

Studies (IRSYAD2017), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, h. 651.

Berita»Nasional, https://www.bharian.com

https://ms.wikipedia.org/wiki/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020

https://www.pmo.gov.my/2020/03/kenyatan-media-mkn-18-mac-2020/

https://kpkesihatan.com/2020/07/05/

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/4351-irsyad-al-hadith-siri-ke-489-

status-hadis-berwuduk-menghindarkan-penyakit-dan-wabak

http://inhad.kuis.edu.my/2020/03/22/pencerahan-hadis-wujud-penyakit-berjangkit/