· web viewterma-terma dan syarat-syarat cimb bank berhad yang mengawal pelan pembayaran mudah...

5
Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad yang mengawal Pelan Pembayaran Mudah 0% 6 Bulan dan 3X Mata Bonus Kad Kredit untuk produk Insurans Am yang diunderaitkan oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd 1. Kempen Kempen Pelan Pembayaran Mudah 0% 6 Bulan dan 3X Mata Bonus Kad Kredit untuk produk Insurans Am yang diunderaitkan oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd (“Kempen”) dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (“CIMB atau Bank”) dan akan bermula pada 1 Januari 2016 dan berakhir pada 31 Disember 2016, termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Kempen”). Bank berhak mengubah tempoh, tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen dengan memberikan notis tidak kurang daripada empat belas (14) hari kalendar. 2. Kelayakan a) Kempen terbuka kepada semua pelanggan Bank yang memenuhi syarat berikut:- (i) individu yang menetap di Malaysia, termasuk warganegara Malaysia, pemastautin tetap atau mereka yang bukan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas; dan (ii) individu Pemegang CIMB Kad Kredit (Utama dan Tambahan) (selepas ini dirujuk sebagai “Pelanggan Layak”) b) Orang/entiti berikut TIDAK layak menyertai Kempen:- (i) Perniagaan milikan tunggal, perkongsian, Organisasi/pertubuhan amal/bukan untung dan syarikat; (ii) pekerja tetap, kontrak dan/atau sementara CIMB Bank Berhad (termasuk ahli gabungan dan syarikat berkaitannya). 3. Mekanisme Kempen 3.1 Agar berhak menyertai Pelan Pembayaran Mudah 0% 6 bulan (“EPP”), Pelanggan Layak hendaklah memenuhi keperluan berikut:- (1) membeli daripada Bank staf yang berlesen di cawangan CIMB Malaysia atau Pusat Pembiayaan Kenderaan untuk sebarang Produk Insurans Am yang tersenarai di bawah dalam tempoh kempen:- (a) Insurans Motor; atau

Upload: vunhan

Post on 13-Mar-2018

229 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: · Web viewTerma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad yang mengawal Pelan Pembayaran Mudah 0% 6 Bulan dan 3X Mata Bonus Kad Kredit untuk produk Insurans Am yang diunderaitkan oleh

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad yang mengawal Pelan Pembayaran Mudah 0% 6 Bulan dan 3X Mata Bonus Kad Kredit untuk produk Insurans Am yang diunderaitkan oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd

1. Kempen

Kempen Pelan Pembayaran Mudah 0% 6 Bulan dan 3X Mata Bonus Kad Kredit untuk produk Insurans Am yang diunderaitkan oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd (“Kempen”) dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (“CIMB atau Bank”) dan akan bermula pada 1 Januari 2016 dan berakhir pada 31 Disember 2016, termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Kempen”). Bank berhak mengubah tempoh, tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen dengan memberikan notis tidak kurang daripada empat belas (14) hari kalendar.

2. Kelayakan

a) Kempen terbuka kepada semua pelanggan Bank yang memenuhi syarat berikut:- (i) individu yang menetap di Malaysia, termasuk warganegara Malaysia, pemastautin tetap

atau mereka yang bukan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas; dan

(ii) individu Pemegang CIMB Kad Kredit (Utama dan Tambahan)

(selepas ini dirujuk sebagai “Pelanggan Layak”)

b) Orang/entiti berikut TIDAK layak menyertai Kempen:-

(i) Perniagaan milikan tunggal, perkongsian, Organisasi/pertubuhan amal/bukan untung dan syarikat;

(ii) pekerja tetap, kontrak dan/atau sementara CIMB Bank Berhad (termasuk ahli gabungan dan syarikat berkaitannya).

3. Mekanisme Kempen

3.1 Agar berhak menyertai Pelan Pembayaran Mudah 0% 6 bulan (“EPP”), Pelanggan Layak hendaklah memenuhi keperluan berikut:-

(1) membeli daripada Bank staf yang berlesen di cawangan CIMB Malaysia atau Pusat Pembiayaan Kenderaan untuk sebarang Produk Insurans Am yang tersenarai di bawah dalam tempoh kempen:-

(a) Insurans Motor; atau(b) Emergency Protection Plan (CIMB Auto Relief, Home Shield & Snatch Guard); atau (c) Snatch Care;

(dikenali secara kolektif sebagai “Produk Insurans Am”)

dan

(2) membayar premium insurans untuk Produk Insurans Am menggunakan mana-mana Kad Kredit CIMB Bank dengan premium minimum sebanyak RM300 (“Jumlah EPP Minimum).

3.2 0% EPP hanya bagi tempoh enam (6) bulan.

Page 2: · Web viewTerma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad yang mengawal Pelan Pembayaran Mudah 0% 6 Bulan dan 3X Mata Bonus Kad Kredit untuk produk Insurans Am yang diunderaitkan oleh

3.3 Agar berhak mendapat 3X Mata Bonus Kad Kredit, Pelanggan Layak hendaklah memenuhi keperluan berikut:-

(1) membeli Emergency Protection Plan (CIMB Auto Relief, Home Shield & Snatch Guard) dan/atau Snatch Care melalui Pelan Pembayaran Mudah 0% yang diunderaitkan oleh Allianz (“Produk Insurans Layak”) menggunakan mana-mana Kad Kredit CIMB Bank Pelanggan Layak dalam tempoh Kempen.

3.4 Individu Pemegang CIMB Kad Kredit (Utama dan Tambahan) berhak untuk mendapat 3X Mata Bonus. Bagaimanapun 3X Mata Bonus akan dikreditkan ke dalam akaun Pemegang Kad Kredit Utama dan yang sama hanyalah boleh ditebus oleh Pemegang Kad Kredit Utama.

3.5 3X Mata Bonus Kad Kredit akan dikreditkan ke dalam akaun Kad Kredit CIMB Bank. Pelanggan Layak pada 20hb bulan berikutnya selepas pembelian Produk Insurans Layak.

3.6 3X Mata Bonus Kad Kredit hanya sah untuk Kad Kredit CIMB Bank dengan hak mata bonus. Kad Kredit CIMB Bank dengan rebat tunai dan ‘bonus miles’ tidak layak mendapat mata bonus.

4. Terma dan Syarat Am

a) Dengan menyertai Kempen, Pelanggan Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju terikat oleh terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di sini. Sebarang keputusan yang dibuat oleh Bank berkenaan dengan setiap aspek Kempen adalah muktamad dan konklusif. Sebarang surat-menyurat, bantahan, rayuan atau pertanyaan selepas itu tidak akan dilayan kecuali jika disebabkan oleh keingkaran yang disengajakan atau kecuaian melampau oleh Bank.

b) CIMB berhak untuk mengubah tempoh, tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen dan/atau membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen dengan memberikan notis terdahulu tidak kurang daripada empat belas (14) hari kalendar. Untuk mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penangguhan Kempen, CIMB tidak memberikan hak kepada Pelanggan Layak atau orang lain untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan dari Bank atas kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung daripada tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan kecuali jika disebabkan oleh keingkaran yang disengajakan atau kecuaian melampau oleh Bank.

c) CIMB berhak memberikan notis tidak kurang daripada dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Pelanggan Layak untuk mengubah (samada dengan menambah, memotong, memodifikasi, meminda atau sebaliknya walau bagaimanapun jua) (“Pindaan”) mana-mana terma dan syarat di sini. Notifikasi kepada Pelanggan Layak tentang Pindaan yang dilakukan oleh CIMB pada budi bicara mutlak dengan melalui salah satu kaedah komunikasi berikut, iaitu, melalui pos biasa ke alamat surat menyurat Pelanggan Layak yang terakhir diketahui atau dengan memaparkan notis berkenaan dengan Pindaan di setiap cawangan CIMB atau dengan menyiarkan iklan mengenai Pindaan dalam akhbar pilihan CIMB, atau melalui laman web CIMB atau melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) atau melalui “electronic direct mailer‟ (eDM) kepada alamat emel Pelanggan Layak yang dikekalkan dalam rekod CIMB atau melalui sebarang kaedah notifikasi lain yang boleh dipilih oleh CIMB dan Pindaan akan dianggap mengikat Pelanggan Layak dari tarikh notifikasi Pindaan atau dari apa-apa tarikh lain yang mungkin ditetapkan oleh CIMB dalam notifikasi.

d) CIMB hanyalah pengedar Produk Insurans Am yang diunderaitkan oleh Allianz dan tidak akan bertanggungjawab dalam sebarang perkara atau tuntutan yang dikemukakan di bawah Produk Insurans Am yang diunderaitkan oleh Allianz dalam Kempen ini. Allianz sebagai penanggung insurans berlesen dan underait Produk Insurans Am akan menanggung obligasi insurans dengan sepenuhnya. Produk Insurans Am bukan produk CIMB dan oleh itu bukan obligasi / tidak dijamin oleh CIMB.

Page 3: · Web viewTerma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad yang mengawal Pelan Pembayaran Mudah 0% 6 Bulan dan 3X Mata Bonus Kad Kredit untuk produk Insurans Am yang diunderaitkan oleh

e) Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Layak dianggap memberi kebenaran agar maklumat peribadi mereka yang berkenaan dihantar kepada Allianz dan/atau mana-mana pihak ketiga atau organisasi tertentu yang berkaitan dengan Allianz semata-mata bagi tujuan memproses permohonan Pelanggan Layak untuk Produk Insurans Am. Pelanggan Layak boleh mendapatkan akses dan meminda maklumat peribadi mereka yang diberikan kepada Allianz General Insurance dengan menghubungi Allianz General Insurance di talian [ 1 300 88 1028 ].

f) 3X Mata Bonus tidak boleh dipindahkan atau ditebus atau ditukar untuk wang tunai atau kredit. Pelanggan Layak hendaklah memastikan bahawa Akaun Kad Kredit CIMB yang relevan berada dalam kedudukan baik dan tidak memungkiri sebarang terma dan syarat yang mengawal Perjanjian Kad Kredit CIMB atau ingkar, dan/atau tidak sah atau dibatalkan menurut definisi CIMB, dan jika tidak Peserta Layak tidak berhak mendapat 3X Mata Bonus.

g) Terma dan Syarat [yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa selaras dengan Klausa 4(c)] hendaklah dibaca bersama-sama dengan terma dan syarat semasa yang mengawal Perjanjian Kad Kredit CIMB dan EPP CIMB. Terma dan syarat ini akan mengatasi sebarang terma, syarat, peruntukan atau representasi yang tidak konsisten yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi dan/atau pengiklanan lain berkaitan dengan Kempen.

h) Sekiranya terdapat sebarang perkara yang tidak konsisten, konflik, kesamaran atau percanggahan antara versi terma dan syarat ini dalam Bahasa Inggeris dan apa-apa bahasa lain, versi terma dan syarat ini dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut di atas, sekiranya permintaan telah dibuat oleh Pemegang Kad dan dicatat dan diakui oleh Bank dalam rekodnya bahawa versi terma dan syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengawal operasi Kempen, maka versi terma dan syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain.

i) Sekiranya Pelanggan Layak mempunyai sebarang pertanyan/aduan berkaitan dengan Kempen ini, Pelanggan Layak boleh menghubungi Customer Resolution Department (CRU): No. Hubungan : +603 6204 7788Alamat E-mel : [email protected] Alamat : CIMB Bank Berhad, Level 17, Menara Bumiputra-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur No. Faks : 03-2691 3248