· web viewpemegang saham majoriti dan dapat mempengaruhi perjalanan dan keputusan syarikat....

22
Akademika 81(1) 2011: 51-62 Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri – Kepentingan Lepas dan Cabaran Masa Hadapan State Government Link Companies – Past Performance and Future Challenges SURAIYA ISHAK ABSTRAK Pembangunan melibatkan pelbagai pendekatan dan mekanisme. Sehubungan itu, penglibatan kerajaan dalam syarikat korporat merupakan sebahagian usaha memenuhi matlamat pembangunan negara dan rakyat. Selain Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri turut melabur dalam syarikat-syarikat korporat dengan melibatkan jumlah pelaburan yang besar dan memberi impak terhadap pembangunan sosioekonomi peringkat negeri. Bermula Mei 2004, usaha reformasi prestasi syarikat berkaitan kerajaan (SBK) dilakukan bagi memperbaiki prestasi SBK. Walau bagaimanapun, program reformasi nasional tersebut hanya terbatas kepada 15 buah SBK pusat yang dipegang melalui lima (5) induk pelaburan utama Kerajaan Pusat. Sehubungan itu, artikel ini meneliti peranan syarikat berkaitan kerajaan negeri ( SBKN) pada masa lalu dan menelah kerelevanan entiti SBKN dalam konteks pembangunan semasa Malaysia. Kepentingan kajian ini ialah dari segi menjustifikasi saranan perlunya inisiatif penambahbaikan prestasi SBKN seperti yang berlaku pada SBK Kerajaan Pusat. Tempoh masa yang dirujuk sebagai masa lalu ialah meliputi tempoh awal penubuhan badan induk pelaburan negeri pada sekitar tahun-tahun 1960-an sehingga tahun 2003. Manakala tempoh kini dan akan datang merujuk kepada tahun bermulanya program reformasi prestasi SBK pusat yang rasmi, iaitu tahun 2004 sehingga tahun 2007. Penelitian ini mendapati entiti SBKN masih relevan dalam konteks pembangunan semasa Malaysia dan memerlukan langkah pembaikan seperti yang berlaku dalam entiti SBK Kerajaan Pusat. Namun begitu, pemerkasaan prestasi SBKN perlu dimulai dengan mengiktiraf kekeliruan identiti yang disebut sebagai Organisasi Dua Wajah dan mencari jalan mengatasi masalah tersebut. Kata kunci: Syarikat berkaitan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan negeri, perusahaan awam, prestasi, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri ABSTRACT Development efforts involve various approach and mechanisms. Thus, government involvement in corporate companies is part and parcel towards the accomplishment of state and citizens’ development goal. The State Government also make huge investments in various corporate companies that have important impact on the level of the state socio- economic development. Starting May 2004, reformation efforts have seen improvement in the Federal Government link companies’ (GLCs) performance. However, the reformation program is limited to 15 main GLCs belonging to the Federal Government through its five parent entities. Thus, this article looks into the role of the State Government link companies (SGLC) with a view to project the relevance of SGLCs within the context of Malaysia’s current development. The study is to propose the extension of the reformation efforts to state GLCs as currently implemented by the Federal owned GLCs. In the article the past refers to the years that the state parent entities were established, that is in 1960s until the year 2003. While the current and future periods include the year federal GLCs reformation program started, that is 2004 until 2007. The discussion shows that SGLC are still relevant in Malaysia’s current development context and efforts similar to that of the Federal Government GLCs should be undertaken to improve them. However, in order to strengthen the SGLCs performance it must start with recognising the problem of Two Face Organisation and to find solution to overcome it. Keywords: government link companies, state government link companies, public enterprise, performance, State Economic Development Corporation

Upload: ngophuc

Post on 03-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Akademika 81(1) 2011: 51-62

Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri – Kepentingan Lepas dan CabaranMasa Hadapan

State Government Link Companies – Past Performance and Future Challenges

SURAIYA ISHAK

ABSTRAK

Pembangunan melibatkan pelbagai pendekatan dan mekanisme. Sehubungan itu, penglibatan kerajaan dalam syarikatkorporat merupakan sebahagian usaha memenuhi matlamat pembangunan negara dan rakyat. Selain Kerajaan Pusat,Kerajaan Negeri turut melabur dalam syarikat-syarikat korporat dengan melibatkan jumlah pelaburan yang besar danmemberi impak terhadap pembangunan sosioekonomi peringkat negeri. Bermula Mei 2004, usaha reformasi prestasisyarikat berkaitan kerajaan (SBK) dilakukan bagi memperbaiki prestasi SBK. Walau bagaimanapun, program reformasinasional tersebut hanya terbatas kepada 15 buah SBK pusat yang dipegang melalui lima (5) induk pelaburan utamaKerajaan Pusat. Sehubungan itu, artikel ini meneliti peranan syarikat berkaitan kerajaan negeri (SBKN) pada masa laludan menelah kerelevanan entiti SBKN dalam konteks pembangunan semasa Malaysia. Kepentingan kajian ini ialah darisegi menjustifikasi saranan perlunya inisiatif penambahbaikan prestasi SBKN seperti yang berlaku pada SBK KerajaanPusat. Tempoh masa yang dirujuk sebagai masa lalu ialah meliputi tempoh awal penubuhan badan induk pelaburannegeri pada sekitar tahun-tahun 1960-an sehingga tahun 2003. Manakala tempoh kini dan akan datang merujukkepada tahun bermulanya program reformasi prestasi SBK pusat yang rasmi, iaitu tahun 2004 sehingga tahun 2007.Penelitian ini mendapati entiti SBKN masih relevan dalam konteks pembangunan semasa Malaysia dan memerlukanlangkah pembaikan seperti yang berlaku dalam entiti SBK Kerajaan Pusat. Namun begitu, pemerkasaan prestasi SBKNperlu dimulai dengan mengiktiraf kekeliruan identiti yang disebut sebagai Organisasi Dua Wajah dan mencari jalanmengatasi masalah tersebut.

Kata kunci: Syarikat berkaitan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan negeri, perusahaan awam, prestasi, PerbadananKemajuan Ekonomi Negeri

ABSTRACT

Development efforts involve various approach and mechanisms. Thus, government involvement in corporate companiesis part and parcel towards the accomplishment of state and citizens’ development goal. The State Government alsomake huge investments in various corporate companies that have important impact on the level of the state socio-economic development. Starting May 2004, reformation efforts have seen improvement in the Federal Governmentlink companies’ (GLCs) performance. However, the reformation program is limited to 15 main GLCs belonging to theFederal Government through its five parent entities. Thus, this article looks into the role of the State Government linkcompanies (SGLC) with a view to project the relevance of SGLCs within the context of Malaysia’s current development.The study is to propose the extension of the reformation efforts to state GLCs as currently implemented by the Federalowned GLCs. In the article the past refers to the years that the state parent entities were established, that is in 1960suntil the year 2003. While the current and future periods include the year federal GLCs reformation program started,that is 2004 until 2007. The discussion shows that SGLC are still relevant in Malaysia’s current development contextand efforts similar to that of the Federal Government GLCs should be undertaken to improve them. However, in orderto strengthen the SGLCs performance it must start with recognising the problem of Two Face Organisation and tofind solution to overcome it.

Keywords: government link companies, state government link companies, public enterprise, performance, State EconomicDevelopment Corporation

52

PENGENALAN

Penglibatan kerajaan dalam syarikat korporatmerupakan sebahagian usaha untuk memenuhi matlamatpembangunan negara dan rakyat. Semenjak Mei 2004,agenda reformasi prestasi syarikat berkaitan kerajaan(SBK) telah menjadi agenda semasa yang pentingbagi Kerajaan Malaysia ( PCG Mac 2006). Usahapembaikan dan pemulihan prestasi SBK dilakukankerana entiti tersebut telah memberi impak besar kepadakemakmuran negara dan menjadi teras pencapaianmatlamat Wawasan 2020. SBK dilaporkan telah berjayamembentuk hampir RM260 bilion pasaran modalMalaysia atau menyamai 36 peratus dan 54 peratusdaripada pembentukan modal dalam Bursa Malaysiadan Indeks Komposit (PCG Mac 2006). Sehubunganitu, tahap pencapaian prestasi SBK yang lebih baikdijangka menyumbang kepada peningkatan nilai dalampermodalan pasaran, pada anggaran di antara RM250bilion ke RM300 bilion bagi tempoh lima hingga tujuhtahun akan datang (http://www.pcg.gov.my/pdf/2%20section%2011pdf). Di samping faktor ekonomi, usahatransformasi SBK turut memberi manfaat terbanyakkepada ramai pihak berkepentingan dalam negara iaitu,pelanggan, gunatenaga negara, sektor swasta, pembekaldan agenda Bumiputera (PCG Mac 2006). Jadual 1menunjukkan faedah-faedah yang bakal dinikmati olehpihak berkepentingan (stakeholders) pada penghujungprogram transformasi SBK.

Walau bagaimanapun, program reformasi nasionalitu hanya terhad kepada 15 buah SBK pusat yang dipegangmelalui lima (5) induk pelaburan utama, iaitu Khazanah,Lembaga Tabung Haji (LTH), Permodalan NasionalBerhad (PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).Dalam konteks sistem kerajaan Malaysia yang terdiridaripada Kerajaan Pusat dan Negeri, penglibatan sektor

Akademika 81(1)

kerajaan dalam syarikat-syarikat swasta tidak terhadkepada Kerajaan Pusat sahaja. Selaras dengan usahapembangunan sosioekonomi rakyat di peringkat negeri,Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) telahditubuhkan sebagai entiti pelaburan bagi Kerajaan Negeri.Namun begitu, gerakan reformasi prestasi yang bermulaMei 2004 tidak melibatkan sebarang entiti syarikatKerajaan Negeri (SBKN). Meskipun begitu, pelaburankerajaan negeri dalam SBKN telah melibatkan amaunpelaburan yang besar dan penting terhadap pembangunansosioekonomi negeri.

Menurut Laporan Tahunan Perbadanan KemajuanNegeri Selangor (PKNS) (2002), jumlah nilai pelaburanterkumpul PKNS dalam tujuh (7) buah anak syarikatnyabernilai RM349.5 juta, sementara Perbadanan KemajuanPertanian Selangor (PKPS) pula memiliki 11 buah anaksyarikat dengan jumlah nilai pelaburan terkumpulmelebihi RM83 juta pada tahun 1999 (Laporan TahunanPKPS 1999). Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang(PDC) pula mencatatkan nilai pelaburan sebanyakRM221.5 juta pada tahun 2001 (Laporan TahunanPerbadanan Pembangunan Pulau Pinang 2001);manakala salah sebuah induk pelaburan Negeri Sarawak,iaitu Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak(PPES) melaporkan bilangan anak syarikat sebanyak 43buah dan aset terkumpul kumpulan berjumlah RM1.68bilion (http://www.sedc.com.my/bm/about.html). Jadual2 menyenaraikan pelaburan badan induk pelaburanKerajaan Negeri bagi tempoh empat tahun terkini, iaitudi antara 2002 sehingga 2005. Nilai pelaburan yangtertera dalam Jadual 2 merupakan sebahagian daripadakeseluruhan jumlah pelaburan Kerajaan-kerajaanNegeri yang dapat dikesan selari dengan limitasi aksesterhadap maklumat kewangan. Maklumat tersebut telahdikumpul daripada sumber laporan kewangan badan-badan induk (bentuk sekunder) dan/atau sumber badaninduk sendiri.

PemegangKepentingan Utama

JADUAL 1. Faedah Transformasi SBK kepada Pemegang Kepentingan Utama

Faedah Dijana

Pelanggan

Gunatenaga

Sektor swasta

Pembekal

Bumiputera

Tahap servis dan produk yang lebih tinggi.Memenuhi jangkaan ‘lebih nilai untuk wang’ berikutan SBK yang lebih produktif dan efisien.

Prospek kerja yang lebih baik dan pembangunan modal insan seiring dengan perkembangan dinamik danpantas SBK.

Meningkatkan tekanan kepada sektor swasta untuk mengekalkan keberdayasaingan dan tahap kemahiran,dan menjurus kepada peningkatan piawai industri secara keseluruhan.

Meningkatkan ketelusan dengan prosedur berasaskan merit yang mengutamakan pembekal yang dapatmenawarkan nilai tertinggi bagi setiap ringgit.Mengurangkan ketirisan, ketidakefisienan dan rasuah.

Peningkatan prestasi SBK akan menyokong usaha berterusan membangunkan komuniti Bumiputera,melalui peningkatan bilangan pekerja Bumiputera yang berkemahiran dan pembekal-pembekalBumiputera yang berkebolehan.

Sumber: Dipetik daripada Summary of Transformation Manual, PCG Mac 2006, hlm. 9

Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri – Kepentingan Lepas dan Cabaran Masa Hadapan 53

JADUAL 2. Nilai Pelaburan Kerajaan Negeri dan BilanganSubsidiari

menerusi penelitian ke atas perkembangan berkaitan yangberlaku di peringkat nasional dan makro.

Penjejakan sejarah kewujudan PKEN dan SBKN telahBil Negeri Nilai Pelaburan (RM Juta) diperolehi melalui sorotan ke atas rancangan pembangunan

Tahun 2005 2004 2003 2002 negara. Penjejakan sejarah SBKN perlu dilakukan seiring

1.2.3.4.5.6.7.

KelantanJohorKedahMelakaNegeri SembilanTerengganuPahang

td70.678.2722.01.23td

150.0

td72.497.69tdtdtd

150.0

79.0571.997.6319.331.2345.07150.0

79.0571.4917.6319.335.4245.07150.0

dengan sejarah badan induknya, iaitu PKEN, disebabkankewujudan SBKN bermula dengan kewujudan entitiinduknya terlebih dahulu. Kaedah sorotan interpretativehistory bagi memahami dan meramal sesuatu fenomenasosial semasa dan akan datang telah digunakan olehMohamad Agus (1998) dalam pengkajian mengenaikesan federalism ke atas situasi politik negeri Sabah danKelantan. Rasional penggunaan pendekatan interpretative

Sumber: Laporan Kewangan PKEN-PKEN, 2003, 2002,2001; dan temubualdengan wakil-wakil induk.Nota: td bermaksud tiada data diperolehi

Makalah ini disediakan dengan tujuan menelitikerelevanan PKEN dan SBKN dalam arus perdanapembangunan Malaysia. Makalah ini dijangka dapatmenyumbang kepada pengkayaan karya berkaitanentiti perniagaan milik Kerajaan Negeri yang secararelatifnya masih kurang berbanding entiti korporatmilik Kerajaan Pusat. Meskipun perbincangan makalahini ada menyentuh mengenai entiti syarikat berkaitankerajaan (SBK), namun minat dan fokus utama kajianialah mengenai entiti korporat berkaitan KerajaanNegeri. Huraian mengenai entiti SBK dikemukakansemata-mata bagi menjelaskan konteks senario nasionalyang harus diambil perhatian oleh entiti swasta berkaitanKerajaan Negeri dan menjustifikasi kepentingan kajiansebagai usaha awal ke arah memahami fenomena-fenomena berkaitan entiti SBKN yang lebih khusus.Manakala huraian tentang PKEN adalah perlu keranaPKEN merupakan badan induk yang menjadi perantaradalam pegangan ekuiti Kerajaan Negeri dalam syarikat-syarikat swasta.

history dalam penelitian juga telah disandarkan kepadapandangan Chwee (1975) yang menjelaskan, pengkajianke atas sistem berkaitan perusahaan awam boleh dibuatdalam kerangka kerja sejarah pembangunan, politik danekonomi negara terlibat. Di samping itu, sumber laporantahunan badan induk dan SBKN serta Misi Nasional jugadirujuk bagi memperolehi maklumat sekunder bagimemahami cabaran dan potensi hala tuju SBKN di masahadapan.

Temu bual berstruktur telah melibatkan beberapainduk dan anak syarikat di lapan (8) buah negeri diSemenanjung Malaysia, iaitu Kedah, Perak, Selangor,Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Kelantan.Negeri-negeri tersebut dipilih dengan menggunakan teknikpersampelan tidak berkebarangkalian (nonprobabilitysampling) jenis purposive berdasarkan komitmen yangditunjukkan oleh wakil negeri terlibat. Bilangan sampelanak syarikat bagi setiap badan induk telah ditetapkankepada dua (2) buah sahaja dan dipilih menggunakanteknik tidak snowball. Jadual 3 menunjukkan senarainegeri, induk dan bilangan anak syarikat yang terlibat.Data yang diperolehi telah dianalisis secara deskriptifbersesuaian dengan tujuan dan jenis kajian.

JADUAL 3. Senarai Negeri, Induk dan SBKN BerkaitanPROSES PENELITIAN

Data bagi kajian ini telah diperolehi daripada sumbersekunder dan primer. Penelitian ini melibatkan duafasa, iaitu fasa pertama adalah penjejakan sejarah bagimemahami aspirasi dan matlamat asal kewujudanentiti berkaitan kerajaan negeri. Penelitian fasa keduamelibatkan kerja lapangan, iaitu temu bual berstrukturdengan wakil pengurusan badan induk (PKEN) dan SBKN.Tempoh masa yang disebut dalam artikel meliputi duatempoh masa, iaitu “tempoh lepas” yang meliputi sekitartahun penubuhan entiti PKEN sekitar 1960-an sehinggatahun 2003. Manakala “tempoh semasa” merujuk kepada

Bil.

1.2.3.4.5.6.7.8.

Negeri

MelakaPerakPahangKedahNegeri SembilanJohorKelantanSelangor

Jumlah

Bilangan IndukTerlibat (buah)

11111213

11

Bilangan SBKNTerlibat (buah)

12222422

17

tahun bermulanya agenda reformasi prestasi SBK padaMei 2004 sehingga 2007. Justifikasi pembahagian duatempoh ialah tempoh lepas harus membicarakan hal ehwalsejarah pembangunan yang membawa kepada kewujudanentiti PKEN dan SBKN, manakala tempoh semasa harusmenekankan potensi akan datang yang dijangkakan

PERUSAHAAN AWAM DAN PEMBANGUNAN

Menurut Jaafar (1990) perusahaan awam ialah organisasikhusus yang wujud dalam kebanyakan negara dan digelardengan pelbagai nama seperti Parastatal, State-Owned

54 Akademika 81(1)

Enterprise dan di Malaysia, perusahaan awam ini turutdikenali dengan nama seperti Government Companies, OffBudget Agencies, Non-Financial Public Enterprise danstatutory bodies. Perusahaan awam telah lama diterimasebagai salah satu alat kerajaan untuk membangunkannegara, termasuk dalam kalangan negara-negara Barat

1.

2.

3.

Penyebaran sumber modal moden ke dalamperusahaan produktif dan sosial yang baru;Polisi dalaman ekonomi yang menumpu kepadapengukuhan pendapatan domestik, pertumbuhan danpengagihan; danKeutamaan pembangunan nasional dalam matlamat

(Labra 1980; Abdul Aziz 1990; Shaharuddin 1990;Kaldor 1980; Sheerwood 1971; Basir 1987; Mohd Ali1987; Jaafar 1990; Walters & Monsen 1977; Gale 1981;Rudner 1975; Thillainathan 1976). Instrumen perusahaanawam telah mula digunakan oleh beberapa negara seawaltahun-tahun 1920-an dan 1930-an dan perkembangansektor perusahaan awam semakin giat berlaku dalam erapasca-kemerdekaan dan kepesatan proses pembangunannegara di antara tempoh 1950-an sehingga 1960-an(United Nations 1973).

Kebanyakan negara sedang membangun telahmenggunakan perusahaan awam sebagai salah satukaedah mempercepatkan pembangunan ekonomi negara(United Nations 1973), malahan di sesetengah negaraperusahaan awam telah menjadi sektor ekonomi yang

kerajaan.

Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963,Rancangan Malaysia Pertama telah digubal bagitempoh 1966 sehingga 1970. Secara keseluruhannya,Rancangan Malaysia Pertama masih meneruskan usahameningkatkan ekonomi negara selari dengan penekananPelan Lima-Tahun Pertama dan Kedua yang lalu. Satulagi ciri penting dalam Pelan Lima Tahun Tanah Melayu(Pertama dan Kedua) dan Rancangan Malaysia Pertama(RMK1) ialah tentang pendirian kerajaan untuk tidakcampur tangan dalam sektor ekonomi negara (Gomez1990; Thillainathan 1976). Walau bagaimanapun, setelahterlaksananya RMK1, kepincangan masih wujud dalamdua perkara berikut:

sangat dominan dan mempengaruhi ekonomi negara,contohnya Bangladesh, Bolivia, Mexico, India, Turki,Chile dan Ghana (Jaafar 1990). Secara umumnya,

1.

2.

Kemiskinan penduduk bandar dan luar bandar;danKetidakseimbangan ekonomi antara kaum.

penggunaan perusahaan awam sebagai instrumenpentadbiran kerajaan telah disandarkan kepada hujah-hujah pembangunan seperti memangkin pembangunannegara, mengekalkan pemilikan nasional, keefisienanoperasi, dan pertimbangan jangka panjang ke atas struktursosial negara (Kaldor 1980; Thillainathan 1976; Chwee1975; Mohd Ali 1987). Meskipun terdapat beberapapengkaji yang menolak atau meragui perusahaan awamsebagai alat menjana pembangunan negara (Sheerwood1971; Walters & Monsen 1977; Gomez 1990), tetapidalam konteks sejarah pembangunan Malaysia, instrumenperusahaan awam telah diamalkan secara meluas melaluikewujudan berbagai jenis entiti perusahaan awam denganperanan-peranan yang tertentu (Gale 1981; Thillainathan1976). Justeru itu, makalah ini mendalami perihal entitiyang terdiri daripada anak-anak syarikat kepada badaninduk pelaburan Kerajaan Negeri di Malaysia.

SEJARAH LALU

Bahagian ini akan mengimbau sejarah berkaitan PKEN danSBKN bagi melihat peranan yang dimainkan pada masalepas. Pelan Pembangunan Malaysia telah bermula seawaltahun 1956. Menurut Rudner (1975), Pelan Lima-TahunTanah Melayu Pertama (1956-1960) dan Kedua (1961-1965) merupakan titik peralihan bagi sejarah ekonomimoden selepas Malaya berada di bawah sistem penjajahBritish. Pelan tersebut merupakan langkah permulaanmewujudkan jati diri (identiti) kepada sistem ekonominegara dan disebut sebagai proses Malayanisation. Ciri-ciri penting bagi kedua-dua Pelan Lima-Tahun Pertamadan Kedua ialah seperti berikut (Rudner, 1975):

Sehubungan itu, inisiatif kerajaan dalam tahun-tahun berikutnya ialah mewujudkan perpaduan antarakaum sebagai persiapan ke arah mencapai matlamatpertumbuhan dan pembangunan negara. RangkaRancangan Jangka Panjang I (RRJPI) ialah rancanganpembangunan negara yang dilancar sejurus selepastamat Rancangan Malaysia Pertama. Rangka RRJP1 ialahpermulaan pelan jangka panjang yang bertujuan mencapaimatlamat perpaduan kaum melalui aktiviti-aktivitipenyusunan semula ketidakseimbangan yang wujuddalam negara. Pembaikan dalam konteks RRJP1 telahdisasarkan kepada ketidakseimbangan agihan pendapatanindividu dan isirumah, gunatenaga, pemilikan modal dankekayaan serta pembasmian kemiskinan khususnya dikawasan luar bandar.

RRJP1 merangkumi empat pelan tindakan lima (5)tahun, iaitu Rancangan Malaysia Ke2 (RMK2) sehinggaRMK5. Satu perubahan besar yang berlaku dalam RRJP1(khususnya dalam RMK2) berbanding pelan-pelanpembangunan terdahulu ialah pembabitan langsungkerajaan dalam pertubuhan dan perusahaan pengeluaranyang produktif (Gomez 1990; Thillainathan, 1976;Gale 1981). Perubahan dasar itu telah menyebabkanberlakunya perubahan corak perbelanjaan pembangunanKerajaan Pusat di antara tahun 1971 hingga tahun 1975berbanding tempoh sebelumnya. Berdasarkan maklumatdalam Jadual 4, pada tahun 1971 hingga 1975 kegunaanwang awam bagi maksud pelaburan dalam sektor swastatelah ditingkatkan sehingga berjumlah RM742 juta.Pelaburan kerajaan dalam sektor swasta yang berjumlahRM742 juta telah melibatkan badan-badan amanah sepertiMara, Pernas, PKEN dan badan-badan yang setara fungsidengannya.

Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri – Kepentingan Lepas dan Cabaran Masa Hadapan 55

JADUAL 4. Perbelanjaan Pembangunan dan PembentukanModal 1971-1975

telah berperanan sebagai satu alternatif mekanismepentadbiran bagi kerajaan negeri. Penyataan ini disokongmelalui pemerhatian ke atas tahun-tahun penubuhan PKEN

Sektor Awam

Perbelanjaan pembangunansektor awam*Kegunaan perbelanjaan pembangunan

sektor awam:Pembentukan modal sektor awam.Pindahan-pindahan dan pinjaman-pinjaman untuk modal swasta.

Jumlah terkumpul1971-1975 (RM juta)

6,000

4,307742

(atau organisasi yang setara fungsi dengannya) sepertiditunjukkan dalam Jadual 5. Berdasarkan maklumatdalam Jadual 5, kebanyakan PKEN dan organisasi yangsetara telah ditubuhkan di antara pertengahan tahun 1960-an dan awal 70-an di bawah Enakmen Negeri masing-masing. Tempoh-tempoh tersebut dikenal pasti sebagaitempoh berlakunya pelaksanaan RRJP1, khususnya RMKPertama dan Kedua.

PKEN yang ditubuhkan dalam setiap negeriKegunaan-kegunaan lain sektor awam

JUMLAH

Pembentukan modal sektor awam*Pembiayaan daripada perbelanjaan

pembangunanPembiayaan daripada belanjawan biasa

JUMLAH

951

6,000

4,157

150

4,307

bertanggungjawab mentadbir pelaburan KerajaanNegeri berlandaskan semangat korporat dengan tidakmengenepikan elemen-elemen sosial. Aktiviti-aktivitiperniagaan dalam kumpulan PKEN telah menyumbangkepada perkembangan sosioekonomi melalui kewujudanpeluang pekerjaan, merangsang pertumbuhan ekonominegeri, menggiatkan proses pembangunan kawasanbaru dan meningkatkan kualiti hidup rakyat di peringkat

Sumber: Rancangan Malaysia Kedua, halaman 66.Nota*: Perbelanjaan pembangunan awam adalah berbeza dengan perbelanjaanmodal awam. Pelaburan modal awam tidak meliputi perbelanjaan-perbelajaanuntuk pertahanan, pembelian tanah-tanah, pinjaman-pinjaman dan pemberiankepada sektor swasta, serta perbelanjaan untuk mengadakan harta-harta yangdipunyai oleh sektor swasta.

Pada tempoh tersebut, penubuhan agensi-agensibagi kemajuan peringkat negeri telah berlaku dalamsetiap negeri di Malaysia. Penubuhan PKEN atau badaninduk pelaburan negeri yang setara, didapati berkembangseiring dengan pelan pembangunan kerajaan pusat(Alias 1975). PKEN telah ditubuhkan bagi melaksanakanpelbagai aktiviti meliputi perusahaan dan perdagangan,perumahan dan pertanian di peringkat negeri semenjakRancangan Malaysia Pertama lagi. Sehubungan itu PKEN

negeri. Pemerhatian ke atas petikan misi beberapabadan induk turut mengesahkan penekanan sasaranmatlamat yang meliputi kepentingan sosio-ekonomi yangmahu dijana melalui kewujudan entiti PKEN. Jadual 6menunjukkan beberapa petikan perspektif sosioekonomiyang diperjuangkan oleh PKEN.

Walaupun PKEN ialah salah satu perusahaan awamperingkat negeri yang terlibat dalam pembangunansosioekonomi negeri, PKEN turut memberi kerjasamadalam menjayakan matlamat Kerajaan Pusat. Penyataanini telah disokong oleh hasil temu bual yang dilakukandengan beberapa wakil PKEN. Sebanyak 73 peratusdaripada 11 buah PKEN mengaku menjalin kerjasamadengan Kerajaan Pusat. Tiga buah induk pula menyatakantidak menjalin kerjasama dengan Kerajaan Pusat secara

JADUAL 5. Maklumat Penubuhan Badan Induk Pelaburan Negeri

PKEN

Perbadanan Kemajuan Negeri SelangorPerbadanan Kemajuan Pertanian SelangorPerbadanan Kemajuan Iktisad Negeri KelantanPerbadanan JohorPerbadanan Islam JohorPerbadanan Memajukan Negeri TerengganuPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri PerlisPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri KedahPerbadanan Pembangunan Pulau PinangPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri PerakPerbadanan Kemajuan Ekonomi MelakaPerbadanan Kemajuan Negeri SembilanPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri PahangPerbadanan Pembangunan Ekonomi SarawakPerbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu SarawakPerbadanan Kemajuan Negeri Sabah

Sumber: Laporan Tahunan PKEN dan laman web rasmi PKEN.Nota: td merujuk kepada tiada data diperolehi mengenainya.

Tahun

19641972196619681976

tdtd

196519691967197119691965197219731971

Akta Penubuhan

Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor No. 4 Tahun 1964Enakmen Negeri No. 12 Tahun 1972Enakmen Negeri. Bil. 10 Tahun 1966Enakmen Negeri Bil. 4, Tahun 1968Enakmen Negeri Bil. 1 Tahun 1976tdtdEnakmen Negeri Bil. 5 Tahun 1965Enakmen NegeriEnakmen PKNP Bil. 3 Tahun 1967.Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka. No. 1 Tahun 1971.Enakmen Negeri Bil. 4 Tahun 1969.Enakmen Negeri Tahun 1965.tdOrdinan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak 1973td

56

langsung, tetapi komited melaksanakan dasar nasionaldi peringkat negeri mengikut skop peranan masing-masing. Bentuk-bentuk hubungan langsung yangdilaporkan ialah seperti projek usahasama, PerjanjianPersafahaman (MOU), pelaburan dan perolehan pinjamandan penerimaan geran-geran.

Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) merupakanpelan penutup kepada RRJP1. Ciri penting yang dikesan

Akademika 81(1)

pada RMK5 ialah penonjolan keyakinan kerajaan terhadapsektor swasta, khususnya melalui pelancaran DasarPenswastaan Negara (DPN). Langkah penswastaan telahdiambil kerana prestasi Bumiputera untuk berdikaridalam sektor ekonomi didapati semakin baik berbandingsebelumnya. Jadual 7 menunjukkan peningkatan dalamekuiti dan kawalan syarikat berhad oleh golonganBumiputera di antara tahun 1980 dan 1985.

JADUAL

Induk pelaburan

6. Matlamat sosio-ekonomi dalam misi Badan Induk

Petikan Misi

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)

Perbadanan Johor (PJ)

Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP)

Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PKPKS)

“…sebagai pemangkin pembangunan berkualiti dan seimbang yangmemenuhi kehendak dan kemampuan segenap lapisan masyarakatmelalui usaha pengukuhan kewangan dan amalan budaya kerja yangcemerlang”

(Laporan Tahunan PKNS 2003, hlmn. 12.).

“…pemangkin kepada pembangunan sosio-ekonomi negeri dannegara, dan akan memantapkan kedudukannya sebagai sebuah entitiperniagaan antarabangsa.

(Laporan Tahunan 2003 KDEB, hlm. 2).

“…bertanggungjawab dalam menerajui pertumbuhan ekonomi NegeriKelantan, berlandaskan prinsip-prinsip Islam untuk kesejahteraanUmmah.

(Laporan Tahunan 2001 PKINK, hlm. 9).

“Membina dan Membela bangsa”(Membujur Lalu ..., 1996).

“Menyumbang secara berterusan kepada pembangunan sosio ekonomidi Negeri Pahang”

“...berperanan untuk merancang dan membangunkan industri perkayuandi Sarawak ke arah penggunaan kayu secara optimum dan efisyiendengan meningkatkan pemprosesan hiliran dan mempelbagaikanproduk”.

(http://www.pusaka.org.my/bm/profil_subpage/visis.html)

Sumber: Laporan Tahunan PKNS, KDEB, PKINK, PJ dan PKNP.

JADUAL 7. Malaysia; Hak milik modal Saham (Nilai Par) Syarikat-Syarikat Berhad, 1980 dan 1985 (RMjuta)

Kumpulan pemilikan 1980 % 1985 % Purata kadar pertumbuhanTahunan (%) 1981-1985

Bumiputera

Individu dan Institusi

Badan Amanah

Warganegara lain

Warga asing

Syarikat nominee

Jumlah

4,050.5

1,880.1

2,170.4

14,442.9

13,927.0

7,791.2

32,420.4

12.5

5.8

6.7

44.6

42.9

24.0

100.0

13,546.9

7,679.2

5,867.7

43,154.6

19,410.5

11,255.9

76,112.0

17.8

10.1

7.7

56.7

25.5

14.8

100.00

27.3

32.5

22.0

24.5

6.9

7.6

18.6

Sumber: Rancangan Malaysia Ke 5 1986-1990, halaman 125.

Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri – Kepentingan Lepas dan Cabaran Masa Hadapan

Berdasarkan Jadual 7, pencapaian keseluruhanpenguasaan modal saham dalam kalangan Bumiputera

HUBUNGAN PKEN-SBKN

57

adalah semakin baik dengan peratus peningkatansebanyak 17.8 (1985) peratus berbanding 12.5 peratus(1980). Penguasaan dalam kalangan individu dan institusiBumiputera turut meningkat berbanding tahun 1980.Chamhuri (1994) telah membuat perbandingan pemilikanmodal Bumiputera bagi tempoh di antara tahun 1970dan 1990, dan telah merumuskan pegangan Bumiputeratelah meningkat kepada 20.3 peratus pada tahun 1990berbanding 2.4 peratus pada tahun 1970.

Jadual 7 juga menunjukkan pegangan Bumiputeramelalui agensi amanah kerajaan pada tahun 1980telah mendahului pegangan Bumiputera individu daninstitusi. Walau bagaimanapun, pada tahun 1985, berlakutrend kenaikan yang ketara dalam pemilikan modaloleh individu dan institusi Bumiputera berbandingpeningkatan pemilikan badan amanah. Pada tempohtersebut telah berlaku pemindahan banyak saham anak-anak syarikat agensi amanah tertentu kepada PermodalanNasional Berhad (Mohd. Ali 1996). Oleh yang demikian,disimpulkan agensi-agensi amanah telah memainkan yangpenting di peringkat awal pembangunan dan penyusunansemula ekonomi dalam RRJP1, khususnya semasa tempohRMK1 hingga RMK2.

Walau bagaimanapun, sepanjang tempoh di antaratahun 1981 hingga 1990 berlaku peristiwa-peristiwayang mula mencetuskan pelbagai tohmahan negatifterhadap imej perbadanan awam di Malaysia (MohdAli 1996). Prejudis dan tanggapan buruk ke atas agensi-agensi amanah (termasuk PKEN) telah menular dandikaitkan secara langsung dengan organisasi-organisasimilik kerajaan ketika itu. Bermula daripada era RMK5(1986-1990), isu-isu berkaitan perusahaan awamsemakin tertumpu kepada usaha untuk membangunkansebuah perusahaan awam yang lebih berdaya saingdan cemerlang. Bersesuaian dengan pelancaran DasarPembangunan Nasional (DPN) juga, langkah penerapannilai-nilai korporat tulen telah mula dilakukan dengangiat oleh pihak kerajaan semenjak RMK5. KerajaanSelangor misalnya, pada tahun 1985, telah mengambilinisiatif dengan menubuhkan SB Development SdnBhd (kini KDEB), iaitu sebuah perbadanan awamdalam kelas badan tidak berkanun. Tindakan tersebutadalah satu bentuk reformasi kepada bentuk pemilikanperniagaan kerajaan yang tipikal, iaitu dalam bentukbadan-badan berkanun (PKNS; PKPS dan bentuk-bentuklain perbadanan) kepada bentuk badan tidak berkanun(jenis entiti korporat).

Walaupun perbincangan aspek sejarah telahmenekankan PKEN, tetapi secara tidak langsungperbincangan tersebut turut melibatkan SBKN. Ini keranaSBKN adalah anak syarikat yang wujud dalam kumpulanPKEN dan kewujudan SBKN adalah sebagai salah satualat PKEN mencapai matlamat sosioekonominya. Justeru,bahagian berikutnya akan membincangkan secaraterperinci hubungan antara PKEN dan SBKN.

Salah satu sumbangan PKEN dalam melaksanakan agendasosio-ekonomi negeri telah berlaku menerusi pemilikanekuiti dalam syarikat-syarikat tertentu. Berdasarkantemubual dengan wakil daripada 11 buah badan induknegeri Kedah, Kelantan, Pahang, Selangor, Johor, Perak,Melaka dan Negeri Sembilan, 7/11 atau 63.6 peratusbadan induk mengakui penubuhan atau pemilikan ekuitidalam SBKN-SBKN adalah khusus bagi merealisasi agendasosioekonomi negeri. Justeru, SBKN merupakan salah satuinstrumen entiti PKEN mencapai matlamat sosioekonominegeri. Pemilikan ekuiti dalam anak-anak syarikat bolehmenyumbang kepada pencapaian matlamat sosioekonomimelalui faedah-faedah seperti berikut:

PENJANAAN SUMBER KEWANGAN

Kegiatan perniagaan boleh menjana pendapatan tambahankepada badan induk dan Kerajaan Negeri. Kedudukankewangan yang kukuh membolehkan Kerajaan Negeriuntuk lebih berdikari dan kurang bergantung kepadasumber-sumber kewangan tradisi bagi melaksanakanpembangunan negeri masing-masing. Manfaat tambahankewangan yang boleh diperolehi daripada pemilikanSBKN ialah dalam berbagai-bagai bentuk seperti penajaanlangsung program-program Kerajaan Negeri serta hasil-hasil komersil seperti percukaian, dividen dan faedahpinjaman. Berdasarkan temu bual yang dilakukan denganbeberapa wakil pengurusan SBKN dari negeri berbeza,bentuk sumbangan yang paling lazim diberi kepadaKerajaan Negeri masing-masing ialah dalam bentukpercukaian dan penajaan program Kerajaan. Bentuk hasildividen pula lazimnya dibayar oleh syarikat-syarikatyang lebih kukuh kedudukan kewangannya. Dalam kesSBKN tertentu sumbangan hasil juga dibuat dalam bentukbayaran royalti, premium, tribute hutan, zakat dan sewakepada kerajaan negeri.

PENYAMPAIAN PRODUK/ PERKHIDMATAN DENGAN CEKAPDAN BERKESAN

Kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab untukmenyediakan kemudahan asas rakyat tempatan. Prosesmenyampaikan produk atau perkhidmatan melibatkanaktiviti dan kos yang tertentu. Oleh itu, KerajaanNegeri memerlukan rangkaian pengeluar produkdan perkhidmatan yang dapat melaksanakan aspirasisosial dengan lebih mudah dan berkesan. Kumpulananak syarikat dibawah PKEN ialah antara rangkaianpengeluaran komersil yang komited dengan kehendakKerajaan Negeri berbanding syarikat swasta yang tiadahubungan dengan kerajaan.

MENGGIATKAN PEMBINAAN USAHA NIAGA BARU

Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk membantumembangunkan aktiviti perniagaan dalam negara.

58

Langkah PKEN dan agensi amanah yang setara dengannya,memegang ekuiti dalam perusahaan kecil dan sederhanadapat menyumbang kepada pembinaan usaha niagabaru yang mantap dan berdaya saing di masa hadapan(Utusan Malaysia 2006a). Agensi-agensi amanahmempunyai kelebihan modal, peluang dan kepakarandalam membina usaha niaga baru berbanding individuperseorangan terutama di peringkat awal penubuhan.Usaha mewujudkan SBKN juga bertepatan dengan DasarPembangunan Negara (DPN) yang menggesa penyertaanaktif sektor swasta dalam kegiatan ekonomi negara.SBKN dapat menjayakan langkah kerajaan denganmenambah bilangan usahaniaga baru dalam sektor-sektorstrategik sejajar dengan usaha menggiatkan lagi ekonominegara.

JENTERA ALTERNATIF MENJAYAKAN MISI PENTINGKERAJAAN

Kerajaan memerlukan wadah untuk menjayakan misi-misi penting berkaitan nusa dan bangsa. SBKN dapatmenjadi medan latihan untuk membina usahawan danpengurus Bumiputera yang berkebolehan dan berdayamaju. Menurut Mohd Ali (1996), latar belakang sejarahbangsa Melayu yang tidak memiliki perniagaan sendiri,telah menyebabkan kurangnya institusi praktikalbagi melatih kumpulan pengurus dan usahawan daribangsa Melayu. Keadaan tersebut amat berbeza dengankebanyakan pengurus dan usahawan kaum Cina yangmempunyai latar belakang keluarga yang berniaga sejakturun-temurun. Justeru, SBKN dapat menjadi saluran

Akademika 81(1)

merupakan dua bentuk entiti yang berbeza skop matlamatdan peranannya. Bahagian berikutnya membincangkanmengenai kerelevanan SBKN dalam arus pembangunannegara selari dengan dasar semasa kerajaan Malaysia.

POTENSI KETERLIBATAN SBKN DALAM MISINASIONAL

Misi Nasional ialah satu pelan jangka panjang 15 tahunnegara Malaysia bagi mencapai matlamat menjadi negaramaju pada tahun 2020 (Rancangan Malaysia Kesembilan2006-1010). Misi Nasional adalah rangka pembangunannegara yang telah mengambil kira perkembangan semasatempatan dan serantau. Meskipun wujud pertindihanmasa di antara pelan terdahulu, iaitu RRJP3 (2001-2010)dan Misi Nasional (2006-2020), tetapi kajian ini melihatMisi Nasional sebagai bersifat penilaian semula keatas rancangan pembangunan terdahulu supaya relevandan seiring dengan senario terkini negara dan dunia.Perspektif baru yang ditawarkan oleh Misi Nasionalialah penekanannya kepada pembinaan tamadun danmelangkau pembinaan negara maju semata-mata.

Secara umumnya Misi Nasional telah mengekalkankesemua objektif tradisi DEB, DPN, dan DWN, tetapidengan pelarasan yang sesuai mengikut keperluanpersekitaran negara masa kini (Rancangan MalaysiaKesembilan 2006-2010). Misi Nasional telah memberipenekanan kepada lima teras utama dalam meningkatkandaya saing negara bagi mencapai wawasan 2020, iaitu(Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010):

terbaik untuk Perbadanan Johor (PJ) membina pengurusMelayu yang kompeten dan profesional. PJ umpamanya,telah memulakan skim Intrapreneur Venture pada tahun1999 sebagai langkah menggiatkan lagi usaha melahirkanmasyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera(MPPB) yang telah terganggu selepas berlakunya krisisekonomi tahun 1997. Skim Intrapreneur Venture adalahusaha bagi mengisi jurang yang ada dalam programpembangunan usahawan yang sedia ada. Skim ini telahberjaya melahirkan lebih ramai MPPB selari dengan konsepJohor Corporation sebagai Masyarakat Keusahawanan.Skim ini melibatkan perkongsian risiko dan ganjaran di

1.

2.

3.

4.

5.

Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebihtinggi;Meningkatkan keupayaan pengetahuan, inovasi danmemupuk minda kelas pertama;Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomiyang masih berterusan secara produktif danmembina;Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup;danMeningkatkan keupayaan institusi dan kapasitipenyampai negara.

antara Jcorp dan anggota pekerjanya, yang diamanahkanuntuk mengurus dan memacu syarikat yang terpilihmelalui pemilikan ekuiti maksimum sebanyak 25 peratus.Anggota pekerja tersebut pada asalnya adalah pekerjasepenuh masa dalam JCorp yang kemudiannya digelarsebagai Intrapreneur. Oleh itu, mereka telah menjalanilatihan sepanjang berada di dalam JCorp dahulu (LaporanTahunan Johor Corporation 2000; 2003; 2004).

Sehubungan itu, SBKN ialah salah satu alternatif bagiPKEN menjayakan matlamat sosioekonomi selari denganusaha pembangunan peringkat negeri. SBKN merupakanalat bagi PKEN merealisasi pembangunan sosioekonominegeri dalam bentuk pelaksanaan yang bersifat serampangberbilang mata. Meskipun begitu, PKEN dan SBKN masih

Hasil penelitian ke atas kandungan teras-teras MisiNasional, kajian ini telah mengesan tiga teras yangberpotensi membentuk hala tuju dalam keterlibatankumpulan PKEN (dan perusahaan awam lain dan agensiamanah) dalam arus pembangunan masa kini. Tigateras berkaitan dengan kumpulan PKEN ialah teraspertama dan ketiga. Peluang dan hala tuju kumpulanPKEN dalam konteks Misi Nasional telah diringkaskanseperti dalam Rajah 1. Dalam konteks teras misi yangpertama, SBKN mampu membantu hasrat kerajaan untukmeningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggimelalui pembabitan syarikat dalam industri terpilihseperti industri pertanian dan berteknologi tinggi.Sebagai contoh, dalam pembentangan rang undang-

Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri – Kepentingan Lepas dan Cabaran Masa Hadapan 59

undang perbekalan (2010) di Dewan Rakyat, Feldatelah dicadangkan untuk mengeluarkan hasil tanamanmakanan negara berskala besar dan sebuah konsortiumyang terdiri daripada gabungan Felda, Felcra dan Risdatelah diwujudkan dengan modal berbayar RM300 jutabagi melaksanakan pelbagai projek industri hilirandan huluan berimpak tinggi (Dewan Rakyat 2009).Sehubungan itu, entiti berkaitan Kerajaan Negeri jugadapat membantu Kerajaan Negeri dalam merealisasikanmatlamat ekonomi negeri yang khusus seperti yangdilakukan oleh Kerajaan Pusat.

Dalam teras ketiga, kumpulan PKEN dapat terlibatsecara langsung dalam agenda penyusunan semulaekonomi, khususnya yang berkaitan membangunkanMasyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera(MPPB) Generasi Kedua; melahirkan lebih ramai usahawandan perusahaan kecil-sederhana (PKS) Bumiputerayang lebih signifikan penyertaan mereka dalam sektorekonomi negara; serta menerajui usaha mewujudkanlebih banyak perniagaan baru yang kurang penyertaanBumiputera (Utusan Malaysia 2006b). Di samping itu,SBKN juga mempunyai sumbangan penting dalam agendapenyusunan agihan pendapatan dan kekayaan negaramelalui penciptaan peluang-peluang pekerjaan baru danproduktif di sektor swasta bagi Bumiputera. Ini selaridengan hasrat kerajaan Malaysia untuk mengurangkanlagi jurang kemiskinan antara kaum Bumiputera dan etniklain, iaitu antara kaum Bumiputera dan Cina daripadanisbah 1:1.64 (2004) kepada 1:1.50 (2010); serta antarakaum Bumiputera dan etnik India daripada 1:1.50 (2004)kepada 1:1.15 (2010) (Utusan Malaysia 1 April, 2006).Dalam teras kelima, iaitu meningkatkan keupayaaninstitusi dan kapasiti penyampai negara, Kerajaanberazam untuk meningkatkan penyampaian khidmatswasta kerajaan khususnya di kalangan syarikat swastaberkaitan kerajaan. Justeru, misi kelima akan melibatkanpenambahbaikan aspek operasi dan keputusan operasiSBKN selaku sayap perniagaan Kerajaan Negeri.

Teras 1

Oleh demikian SBKN merupakan salah satu alatpenting untuk Kerajaan Negeri menjayakan MisiNasional. Dalam konteks Rajah 1, sesebuah SBKN yangefektif mampu membolehkan pencapaian beberapamatlamat material secara serentak melalui satu alat.Justeru, peranan kumpulan PKEN akan terus relevanseperti peranan yang pernah dimainkan dalam satu ketikadahulu. Hasil penelitian ini turut menjustifikasi mengenaikeperluan memasukkan entiti jenis SBKN ke dalam agendapenambahbaikan prestasi seperti yang dilakukan ke atas15 buah SBK Kerajaan Pusat ketika ini.

CABARAN SBKN

Terdapat ciri khusus pada entiti SBKN yang berlainandaripada syarikat swasta yang lain. Ciri khusus tersebuttelah membentuk cabaran kepada entiti SBKN untukbersaing dengan berkesan dalam pasaran.

Keunikan pertama SBKN ialah pada pemilikan ekuitioleh Kerajaan Negeri. Pemilihan ekuiti melalui badan/syarikat induk negeri telah menyebabkan SBKN dikuasaioleh Kerajaan Negeri sekurang-kurangnya antara 51peratus hingga ke 100 peratus pegangan. Pegangantersebut telah menjadikan Kerajaan Negeri sebagaipemegang saham majoriti dan dapat mempengaruhiperjalanan dan keputusan syarikat. Kerajaan Negeridan Pusat dapat mengenakan pengaruh ke atas SBKNdengan meletakkan wakil-wakil kerajaan dalam anggotaLembaga Pengarah induk. Kebanyakan Ahli LembagaPengarah PKEN terdiri daripada wakil-wakil KerajaanNegeri dan Pusat, serta dipengerusikan oleh MenteriBesar. Walaupun kebanyakan badan induk tidak terlibatsecara langsung dengan operasi perniagaan SBKN, namunbadan induk masih mempunyai pengaruh yang agakketara di peringkat strategik. Sebanyak 8/11 (73 peratus)badan induk mengakui bahawa PKEN mempunyai kuasamenentukan keputusan perniagaan anak-anak syarikat.

Teras 3- meningkatkan

usaha niaga baruyang bernilaitinggi

MISI NASIONAL DANKUMPULAN PKEN

-

--

PembentukanMPPBAgihan kekayaanAgihan pendapatan

- Keseimbanganwilayah

Teras 5

- meningkatkan prestasipenyampaian perkhidmatansektor swasta kerajaan

RAJAH 1. Hubungan Misi Nasional dan Potensi Keterlibatan Kumpulan PKEN

60

Malahan, 88 peratus (15/17) daripada anak syarikatbersetuju bahawa entiti induk boleh mempengaruhi misidan objektif syarikat serta mempunyai kuasa menentukankeputusan akhir berkaitan syarikat. Situasi tersebutmenunjukkan Kerajaan Negeri dapat mengenakanpengaruhnya kepada SBKN melalui jentera badaninduknya. Menurut Gale (1981), patrimonialisme telahmenyebabkan perusahaan awam berpotensi dijadikanalat untuk mencapai maksud politik yang diingini olehpimpinan tertinggi. Matlamat pemimpin politik akandicapai dengan melantik individu-individu yang sealirandengannya ke dalam pengurusan organisasi yang ingindikuasai. Kewujudan individu-individu tersebut adalahmemadai untuk memastikan segala kehendak pemimpinutama dipatuhi, walaupun pemimpin utama tidak beradadalam organisasi secara langsung. Walau bagaimanapun,sejauh mana kesan positif atau negatif yang dihasilkanoleh elemen politik terhadap prestasi SBKN adalahbergantung kepada bentuk pengaruh yang dilaksanakan.Sekiranya pengaruh itu hadir dalam bentuk yang positif,seperti perlindungan oleh pucuk pimpinan politikterhadap ancaman politik tidak sihat di peringkat politikakar umbi, maka elemen pengaruh itu akan memberifaedah positif kepada SBKN (Mohd Ali 1996). Sebaliknya,dalam konteks aliran pengaruh yang berbentuk negatif,SBKN akan dijadikan saluran untuk mencapai maksudindividu atau parti tertentu, secara membelakangkankepentingan perniagaan organisasi.

Agenda Rancangan Malaysia telah meletakkankewajipan kepada Kerajaan Pusat dan Negeri untukkomited memajukan sektor swasta sebagai pemangkinekonomi negara. Kerajaan mempunyai tanggungjawabuntuk membina syarikat-syarikat di Malaysia menjadilebih maju dan berdaya saing dari semasa ke semasa.Salah satu langkah bagi menjayakan kewajipan tersebut

Akademika 81(1)

ialah dengan membina dan memajukan beberapasyarikat atau perniagaan terpilih. Oleh itu, bertepatandengan status sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri,SBKN mempunyai peluang yang lebih cerah untukterlibat dalam projek-projek Kerajaan Negeri. Salahsatu contoh utama ialah pembabitan SBKN NegeriSelangor (di bawah induk PKPS) dalam projek-projekpertanian dan berkaitan pertanian Kerajaan Negeri.Anak-anak syarikat PKPS telah diberi peluang menguasaiaktiviti komersil pertanian negeri, antaranya sepertimengusahakan ladang buah-buahan yang terbesar diAsia dan menguruskan Pasar Borong Selangor. Contohlain mengenai keutamaan dalam projek-projek KerajaanNegeri ialah pengurusan bangunan Melaka InternationalTrade Centre (MITC) oleh MITC dan pengurusan MelakaSentral oleh Melaka Sentral Sdn Bhd di Melaka;pembabitan Darulnaim Agro Management IndustriesSdn Bhd dalam aktiviti pertanian Kelantan danpembabitan Murni Marketing Sdn Bhd dalam projekmenjadikan Kelantan sebagai Hub Makanan HalalMalaysia (Corporate Profile Kelantan State EconomicDevelopment Corporation). Di samping itu, entiti SBKNjuga didapati mendapat layanan istimewa daripadainduk masing-masing. Elemen keistimewaan layanansedemikian disebut oleh Majumdar (1998) sebagaisoft-budget constraint. Kebanyakan SBKN didapatimasih mengharapkan bantuan daripada induk danmenerima layanan yang agak istimewa. KebanyakanPKEN memberi kelonggaran dalam polisi kredit apabilamembabitkan pinjaman oleh anak-anak syarikat merekadan sekurang-kurangnya anak syarikat bergantungkepada aset induk sebagai cagaran perolehan pinjamankomersial daripada pihak bank. Jadual 8 menunjukkanbeberapa baki hutang SBKN kepada induk masing-masing bagi tahun kewangan 2003 dan 2002.

JADUAL 8. Baki Hutang Anak-anak Syarikat kepada Induk, 2003 & 2002

Induk

Negeri A : Perbadanan A

Peruntukan Hutang Ragu

Negeri B: Perbadanan B

- Peruntukan Hutang Ragu

Negeri C: Perbadanan C

Negeri D: Perbadanan D

Negeri E: Perbadanan E

- Peruntukan Hutang Ragu

Negeri F: Perbadanan F

JUMLAH

Sumber: Laporan Tahunan badan induk tahun 2003.

Baki pada 2003 (RM)

1,621,354.00

(1,015,302.00)606,052.00

105,908,000.00

(32,963,000.00)72,945,000.00

62,680,952.00

25,860,105.00

314,487.00

(17,105.00)297,382.00

4,560,450.00

166,873,871.00

Baki pada 2002 (RM)

1,525,251.00

(995,269.00)529,982.00

64,885,000.00

(28,140,000.00)36,745,000.00

65,640,276.00

41,592,825.00

434,986.00

(21,749.00)413,237.00

4,618,346.00

149,572,165.00

Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri – Kepentingan Lepas dan Cabaran Masa Hadapan 61

Berdasarkan maklumat laporan kewangan induk-induk berkenaan, hanya tiga buah entiti induk sahaja yangdikenal pasti menyebut peruntukan hutang ragu ke atashutang anak-anak syarikat masing-masing. Fenomenaini secara tidak langsung telah menggambarkan amalanpaternalistik melalui sikap kurang tegas kebanyakanpengurusan induk terhadap hutang-hutang oleh anak-anaksyarikat mereka.

Berdasarkan perbincangan ini, walaupun secaraperundangan SBKN telah diasingkan daripada entitiberkanun kerajaan, tetapi daripada segi amalan SBKNmasih berada pada satu kontinum antara bentuk swastadan agensi kerajaan. Sehubungan itu, SBKN memilikidua identiti bertentangan (swasta dan kerajaan) danmenghasilkan ciri ‘Organisasi Dua Wajah’. KeupayaanSBKN untuk bertindak sepenuhnya sebagai entiti swastakorporat sejati adalah terbatas disebabkan situasi tersebut.Satu contoh urusan hal-ehwal SBKN yang tidak dapatberlaku sebagaimana organisasi swasta biasa (sepertiyang dimaklumkan oleh salah seorang respondenpengurus SBKN yang ditemui) ialah dalam pembuatankeputusan penjualan aset (tanah) syarikat.

Dalam sektor korporat biasa, tidak wujud halanganuntuk pengurusan membuat keputusan strategik berkaitanpenjualan tanah jika ia menguntungkan syarikat. Walaubagaimanapun, situasi yang berbeza wujud dalam konteksSBKN. Dalam transaksi sedemikian, pengurusan SBKNperlu mendapat kelulusan kerajaan negeri dan memakanmasa yang panjang. Justeru, SBKN mungkin terlepaspeluang perniagaan tertentu jika faktor kecepatan masabertindak menjadi satu faktor kritikal yang menentukankejayaan organisasi. Demikian juga dalam satu kes lain,di mana sebuah SBKN yang mengalami kerugian berturut-turut selama bertahun-tahun terus dikekalkan disebabkanadanya kepentingan sosioekonomi tempatan yang perludipenuhi oleh entiti terlibat. Justeru, apabila keupayaanbertindak sebagai organisasi swasta sejati tersekat, makamotif yang harus dicapai sebagai entiti komersil akanturut terganggu. Ini selari dengan penyataan King (1975)bahawa apabila akauntabiliti kewangan diambil alih olehakauntabiliti politik, maka sesebuah perusahaan awamakan mula mengalami kegagalan (kerugian). Oleh yangdemikian, langkah pemerkasaan prestasi SBKN perlubermula dengan mengiktiraf kekeliruan identiti yangdikenali sebagai Organisasi Dua Wajah dan mencarijalan mengatasi masalah tersebut. Ini kerana penyelesaianterhadap ciri Organsiasi Dua Wajah akan membantukerajaan negeri, PKEN dan SBKN untuk lebih memahamiskop peranan dan pendekatan keterlibatan SBKN dalammemenuhi aspirasi pembangunan negara masa kini.

KESIMPULAN

Usaha membangunkan negara dan rakyat adalah satuproses yang panjang dan berkesinambungan. Instrumenpembangunan telah wujud dalam bentuk polisi-polisi

serta alat-alat (mekanisme) yang khusus. Sehubunganitu, makalah ini telah melihat entiti PKEN- SBKNdalam konteks lepas dan semasa bagi merealisasikanpembangunan negara. PKEN ialah badan yang berperananmembantu Kerajaan Negeri memajukan sosioekonominegeri masing-masing melalui inisiatif khusus. Salah satuinisiatif yang telah diambil oleh PKEN bagi menjayakanagenda sosioekonomi negeri ialah menerusi peganganekuiti tertentu dalam syarikat-syarikat swasta (SBKN).Hasil penelitian perkembangan pembangunan semasa,dirumuskan bahawa SBKN berupaya memainkan peranandan sumbangan yang penting pada masa kini dan akandatang. Walau bagaimanapun, keupayaan sumbanganturut bergantung kepada sejauh mana keberkesananSBKN berperanan sebagai sayap perniagaan bagikerajaan negeri. Namun begitu, untuk meningkatkankeupayaan sebagai entiti swasta sebenar, SBKN harusterlebih dahulu memecah tembok identiti yang terbinaekoran perkembangannya yang lalu sebagai OrganisasiDua Wajah yang kini menjadi asas memulakantransformasi prestasi yang lebih bermakna. Pada masahadapan, SBKN perlu mengambil kedudukan asal sebagaientiti korporat dan menyumbang kepada pembinaannegara dan bangsa dalam konteks kapasiti sebuah entitikorporat yang berjaya.

RUJUKAN

Abdul Aziz b. Ibrahim. 1990. Perusahaan Awam: Peranan,Sumbangan dan Aspirasi Selepas 1990. Seminar MasaDepan Perusahaan Awam. Gemaputera, Kuala Lumpur:17-18 Mac.

Alias Muhammad. 1975. Kelantan Politik dan DilemaPembangunan. Kuala Lumpur:Utusan Melayu (M) Bhd.

Basir bin Ismail. 1987. Falsafah dan Kemahiran Pengurusandalam Mengendalikan Sektor Korporat Awam. SeminarKebangsaan Dasar Ekonomi Baru Selepas 1990 PerananSektor Awam. Kuala Lumpur 24-26 Mac: 55-60.

Chamhuri Siwar. 1994. Dasar dan Strategi PembasmianKemiskinan dalam Rangka Rancangan Jangka PanjangKedua. Dlm. Rancangan Malaysia Keenam PrioritiPengukuhan Negara, disunting oleh Supian Ali & Mohd.Zainudin Saleh. Bangi: Penerbit Universiti KebangsaanMalaysia.

Chwee, T.H. 1975. State Enterprise System and EconomicDevelopment in Singapore. Madison University ofWinconsin.

Dewan Rakyat Malaysia. 2009. Ucapan Bajet Tahun 2010.Gale, B. 1981. Politics and Public Enterprises in Malaysia.

Kuala Lumpur: Eastern Universities Press.Gomez, E.T. 1990. Politik Dalam Perniagaan: Pelaburan

Korporat UMNO. Kuala Lumpur: Forum Enterprise.Jaafar Bin Abu Bakar. 1990. Pengukuran Prestasi dan Prinsip

Pengurusan untuk Kecemerlangan Perusahaan Awam.Seminar Masa Depan Perusahaan Awam. Gemaputera,Kuala Lumpur: 17-18 Mac.

Kaldor, N. 1980. Public or Private Enterprise – The Issues tobe Considered. Dlm. Public and Private Enterprise in aMixed Economy, disunting oleh Baumol. New York: St.Martin’s Press.

62

Kerajaan Malaysia. 1987. Rancangan Malaysia Kelima1986-1990. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan PerdanaMenteri.

. 2007. Rancangan Malaysia Kesembilan.Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

. 1971. Rancangan Malaysia Kedua1971-1975. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan PerdanaMenteri.

Kornai, J. 1990. Vision and Reality, Market and State.Contradiction and Dilemmas Revisited. Hemel Hempstead:Harvester Wheatsheaf.

King, A. 1975. Overload: Problems of Governing in the 1970’s.Political Studies 23: 284-296.

Labra, A. 1980. Public Enterprise in an Underdeveloped andDependent Economy. Dlm. Public and Private Enterprisein a Mixed Economy. Baumol (ed.). New York: St. Martin’sPress.

Laporan Tahunan KDEB 2003.Laporan Tahunan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang

(PDC) 2001.Laporan Tahunan Perbadanan Johor. 2000; 2003; dan 2004.Laporan Tahunan PKINK. 2001.Laporan Tahunan PKNM 2003.Laporan Tahunan PKNNS 2003.Laporan Tahunan PKNS 2003.Laporan Tahunan PKNS. 2002.Laporan Tahunan PKPS 1999.Md. Zabid Abdul Rashid. 1991. Managerial Goals in Malaysian

State-Owned Enterprise. Intan Journal 5(1): 73-85.Mohammad Agus Yusoff. 1998. Federalisme in Malaysia: A

Study of the Politics of Centre-State Relations. Tesis Ph.D.University of Manchester. (Tidak diterbitkan).

Mohd Ali Hj. Hashim. 1987. Sektor Korporat Awam SebagaiTeras Pencapaian Matlamat Dasar Ekonomi Baru Selepas1990. Seminar Kebangsaan Dasar Ekonomi Baru Selepas1990. Gemaputera. Kuala Lumpur 24-26 Mac: 129-140.

. 1996. Membujur Lalu…Suatu PengalamanOrang Melayu dalam Pengurusan. Kuala Lumpur: UtusanPublications & Distributor Sdn Bhd.

Putrajaya Committee of GLC High Performance (PCG). 2006.Catalysing GLC transformation to advance Malaysia’sdevelopment. Summary of Transformation Manual.Mac.

Akademika 81(1)

Rudner, M. 1975. Nationalism, Planning and EconomicModernization in Malaysia: The Politics of BeginningDevelopment. Sage Research Paper. 3. The HebrewUniversity of Jerusalem. Beverly Hills: SagePublications.

Shaharuddin Haji Haron. 1990. Challenges Facing PublicEnterprises in the Year Ahead. Seminar Masa DepanAgensi Perusahaan Awam. Gemaputera, Kuala Lumpur17-18 Mac: 1-16.

Sherwood, F.P. 1971. The problem of the Public Enterprise.Dlm. Frontiers of Development Administration, disuntingoleh Riggs, F.W. United States: Duke University Press.

Thillainathan, R. 1976. The Role of Public Enterprise inNational Development in Southeast Asia: Problemsand Prospects. Singapore: Regional Institute of HigherEducation and Development.

United Nations. 1973. Measures for Improving Performanceof Public Enterprise in Developing Countries. New York:United Nation.

Utusan Malaysia. 2006a. Memacu Misi Nasional, 1 April:10-13.

. 2006b. Pemilikan Kekayaan BumiputeraDiperluas, 1 April: 1-2.

Walters, K.D. & Monsen, R.J. 1977. The Nationalized Firm:The Politician Free Lunch. Columbia Journal of WorldBusiness 12(1).

Atas talian:

http://www.pcg.gov.my/pdf/2%20section%2011pdf (aksespada 1 Disember)

Suraiya Ishak, PhDPusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan PersekitaranFakulti Sains Sosial dan KemanusiaanUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 Bangi, SelangorEmail: [email protected]: 012- 329 107203-89215244