· web viewmempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan hartanah atau bidang-bidang...

3
IKLAN JAWATAN KOSONG FELCRA BERHAD Kami merupakan sebuah Syarikat Milik Kerajaan (GOC) yang terlibat dalam aktiviti perladangan serta yang berkaitan dengannya. Selaras dengan perkembangan Syarikat, kami mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berpengalaman, kreatif, inovatif dan berwawasan bagi mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut:- 1. PEGAWAI KHIDMAT PAKAR HARTANAH Syarat Kelayakan:- i. Terdiri daripada warganegara Malaysia; ii. Memiliki Ijazah Sarjana dari Universiti yang diiktiraf oleh MQA dan/atau JPA dan calon yang memiliki Sarjana akan diberi keutamaan; iii. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Hartanah atau bidang-bidang lain yang berkaitan dari institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya oleh syarikat; iv. Kepujian Bahasa Malaysian (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Peringkat Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh syarikat;dan v. Mempunyai sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman di dalam bidang Perundangan Hartanah dan pembelian aset serta mahir mengendalikan urusan jual beli dan pendaftaran hak milik bagi semua status tanah di Semenanjung , Sabah dan Sarawak. Bidang Tugas:- 1

Upload: trinhdieu

Post on 25-Mar-2018

225 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: · Web viewMempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Hartanah atau bidang-bidang lain yang berkaitan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang

IKLAN JAWATAN KOSONG FELCRA BERHAD

Kami merupakan sebuah Syarikat Milik Kerajaan (GOC) yang terlibat dalam aktiviti perladangan serta yang berkaitan dengannya. Selaras dengan perkembangan Syarikat, kami mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berpengalaman, kreatif, inovatif

dan berwawasan bagi mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut:-

1. PEGAWAI KHIDMAT PAKAR HARTANAH

Syarat Kelayakan:-

i. Terdiri daripada warganegara Malaysia;ii. Memiliki Ijazah Sarjana dari Universiti yang diiktiraf oleh MQA dan/atau

JPA dan calon yang memiliki Sarjana akan diberi keutamaan; iii. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Hartanah

atau bidang-bidang lain yang berkaitan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya oleh syarikat;

iv. Kepujian Bahasa Malaysian (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Peringkat Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh syarikat;dan

v. Mempunyai sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman di dalam bidang Perundangan Hartanah dan pembelian aset serta mahir mengendalikan urusan jual beli dan pendaftaran hak milik bagi semua status tanah di Semenanjung , Sabah dan Sarawak.

Bidang Tugas:-

i. Mengenalpasti taraf tawaran penjualan hartanah (syarikat@share, tanah, perjanjian, konsesi, pegangan pajakan baru, sambung pajakan dan lain-lain).

1

Page 2: · Web viewMempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Hartanah atau bidang-bidang lain yang berkaitan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang

ii. Mengenalpasti dan menentukan semua proses dan gerak kerja berdasar taraf jualan dan mencadangkan tindakan serta pelan kerja strategik bagi melancarkan urusan dokumentasi dengan pihak penawar dan pihak-pihak berkaitan dengan kelulusan.

iii. Menyediakan pelan tindakan dan rangka proses kerja bagi setiap ladang baru yang telah dikenalpasti berpotensi untuk dibuat pembelian supaya perancangan berkaitan pembiayaan, perundangan dan teknikal dapat diselaraskan.

iv. Merangka hubungan kerjasama erat dengan pihak Berkuasa Negeri terutama pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Pentadbiran Tanah Daerah (PTD) dan pihak-pihak berkaitan dengan proses dan kelulusan serta pihak pemegang lesen atau pajakan bagi memudahkan tindakan susulan dapat disegerakan.

v. Mempastikan kepentingan FELCRA Berhad dilindungi dan pengurusan kos-kos berkaitan urusan dan proses pembelian ladang baru dilaksanakan dengan cekap dan menguntungkan.

Gaji yang ditawarkan adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman tertakluk kepada Skim Perkhidmatan FELCRA Berhad.

Borang permohonan FELCRA Berhad adalah WAJIB diisi dan boleh diperolehi menerusi laman web www.felcra.com.my atau datang terus ke Wisma FELCRA Berhad, Aras 4, Cawangan Pengurusan Sumber Manusia. Sila hantarkan permohonan lengkap bersama-sama gambar berukuran pasport serta salinan sijil-sijil yang berkaitan telah disahkan ke alamat berikut:-

Ketua Pegawai EksekutifIbu Pejabat FELCRA Berhad

Wisma FELCRA, Lot PT 4780,Jalan Rejang, Setapak Jaya,

Peti Surat 12254, 50772 Kuala Lumpur.(u.p:- Cawangan Pengurusan Sumber Manusia)

(Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri sampul surat)

Tarikh Tutup Permohonan:- 31 DISEMBER 2017

2