skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · web viewfokus juga diberikan...

12
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 9 Tema 5: Penerokaan Bumi dan Angkasa Lepas Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang Bumi dari segi struktur dan rupa bentuknya serta bagaimana geobencana boleh berlaku. Fokus juga diberikan kepada bagaimana kemajuan sains dan teknologi dapat mengurangkan impak ke atas manusia dan alam sekitar. Di samping itu, tema ini juga memberi kefahaman mengenai pembentukan bahan api fosil dan kegunaannya serta bahan tenaga alternatif. Bidang pembelajaran: 9. Bumi 9.1 Sistem dan struktur Bumi 9.2 Bahan Bumi 9.3 Proses Utama Bumi 9.4 Fenomena geobencana 9.5 Usia Bumi 9.6 Sumber Bumi & Geologi Gunaan 1

Upload: hoangphuc

Post on 06-May-2018

227 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewFokus juga diberikan kepada bagaimana kemajuan sains dan teknologi dapat mengurangkan impak ke atas manusia

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 9

Tema 5: Penerokaan Bumi dan Angkasa Lepas

Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang Bumi dari segi struktur dan rupa

bentuknya serta bagaimana geobencana boleh berlaku. Fokus juga diberikan kepada

bagaimana kemajuan sains dan teknologi dapat mengurangkan impak ke atas manusia dan

alam sekitar.

Di samping itu, tema ini juga memberi kefahaman mengenai pembentukan bahan api fosil dan

kegunaannya serta bahan tenaga alternatif.

Bidang pembelajaran: 9. Bumi

9.1 Sistem dan struktur Bumi9.2 Bahan Bumi9.3 Proses Utama Bumi9.4 Fenomena geobencana9.5 Usia Bumi

9.6 Sumber Bumi & Geologi Gunaan

1

Page 2: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewFokus juga diberikan kepada bagaimana kemajuan sains dan teknologi dapat mengurangkan impak ke atas manusia

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 9

STANDARD PRESTASI

Tahap Penguasaan Tafsiran

1 Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran sains mengenai struktur bumi/geobencana/sumber Bumi.

Contoh soalan

1. Dalam rajah di bawah, label dan jelaskan fungsi setiap lapisan bumi.

2. Kebanyakan gempa bumi disebabkan oleh

A. tanah runtuh. B. angin yang sangat kuat.C. kesan ombak ke atas pantai. D. pergerakan dalam kerak bumi.

2

Page 3: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewFokus juga diberikan kepada bagaimana kemajuan sains dan teknologi dapat mengurangkan impak ke atas manusia

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 9

3. Gempa bumi biasanya boleh dikesan dengan

A. mengukur perubahan kelajuan angin. B. mengukur getaran di dalam bumi. C. mengawasi perubahan jumlah hujan. D. mengesan perubahan suhu atmosfera.

4. Lapisan batuan paling luar bumi dipanggil

A. mantel. B. atmosfera. C. kerak. D. teras.

5. Lapisan bumi yang manakah hampir keseluruhannya terdiri daripada logam lebur (cecair)? A. Teras dalam B. Teras luar C. Kerak D. Mantel

6. Kasim menjumpai sejenis batu yang mempunyai fosil di dalamnya . Apakah jenis batu ini?

A. Batu igneusB. Batu sedimenC. Batu metamorfikD. Batu kapur

3

Page 4: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewFokus juga diberikan kepada bagaimana kemajuan sains dan teknologi dapat mengurangkan impak ke atas manusia

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 9

7. Apakah proses eksogen yang ditunjukkan dalam rajah di atas;

A. luluhawaB. hakisanC. susutan JisimD. pengenapan

8. Apakah proses endogen yang ditunjukkan dalam rajah di atas;

A. pengenapan B. aktiviti magmaC. proses olakan mantelD. proses pergerakan kerak bumi (tektonik keping).

4

Page 5: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewFokus juga diberikan kepada bagaimana kemajuan sains dan teknologi dapat mengurangkan impak ke atas manusia

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 9

STANDARD PRESTASI

Tahap Penguasaan Tafsiran

2Memahami struktur bumi/geobencana/sumber Bumi serta dapat menjelaskan kefahaman tersebut.

Soalan 1

Ozon terbentuk di lapisan stratosfera dan melindungi bumi dengan menapis 99% daripada sinaran ultra ungu daripada pancaran matahari. Sinaran ultra ungu boleh menyebabkan kanser kulit dan membunuh plankton di lautan. Lapisan ozon boleh menjadi nipis disebabkan oleh aktiviti manusia.

Apakah contoh bahan-bahan yang digunakan oleh manusia yang menyebabkan fenomena penipisan lapisan ozon.

Punca utama penipisan lapisan ozon ialah gas klorofluorokarbon atau cfc di samping pencemar-pencemar lain seperti gas-gas oksida nitrogen. CFC digunakan dalam komputer, sistem pemadam api, penyembur aerosol, bahan penyejuk

Soalan 2

angler fish

Terangkan bagaimana ikan ini membuat adaptasi di kawasan zon gelap di dasar laut

Di zon gelap yang sejuk dan bertekanan tinggi, nekton mengubahsuai dirinya dengan pengeluaran cahaya oleh pigmen badan dan penggunaan tentekal untuk pergerakan. Pemangsa bermulut besar dengan gigi panjang, halus dan tajam, manakala mangsa mempunyai badan berduri dan mengeluarkan atau memadamkan cahaya badan untuk mengelakkan daripada pemangsa.

5

Page 6: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewFokus juga diberikan kepada bagaimana kemajuan sains dan teknologi dapat mengurangkan impak ke atas manusia

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 9

PENEROKAAN BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Tahap Penguasaan Tafsiran

3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains mengenai struktur bumi/geobencana/sumber Bumi untuk melaksanakan tugasan mudah.

Soalan 1

teres bukit

Hakisan tanah boleh berlaku d ikawasan cerun seterusnya boleh menyebabkan tanah runtuh, pelbagai kaedah boleh digunakan bagi mengatasi masalah tanah runtuh di kawasan cerun bukit. Rajah di atas menunjukkan teres dibina pada bukit bagi menghalang tanah runtuh. Selain daripada menggunakan kaedah tersebut, berikan kaedah yang boleh diaplikasikan bagi menghalang hakisan tanah pada permukaan cerun bukit.

kaedah untuk mengatasi runtuhan tanah di cerun bukit akibat hakisan air hujan

-simen cerun

-letak batu

-longkang air

-tanam rumput atau pokok dan sebagainya

6

Page 7: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewFokus juga diberikan kepada bagaimana kemajuan sains dan teknologi dapat mengurangkan impak ke atas manusia

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 9

PENEROKAAN BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Tahap Penguasaan Tafsiran

4Menganalisis pengetahuan mengenai struktur bumi/geobencana/sumber Bumi dalam konteks penyelesaian masalah mengenai kejadian atau fenomena alam.

Merujuk kepada keratan akhbar di atas, terangkan apakah langkah yang boleh diambil untuk membendung penularan penyakit berjangkit selepas banjir.

Penyakit tersebut berjangkit menerusi minuman atau makanan yang telah dicemari dan gejala penyakit dapat dikesan seperti cirit-birit, muntah, demam dan sakit perut.

Langkah pencegahan yang boleh diambil adalah sentiasa

mengekalkan tahap kebersihan diri seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun, minum air yang telah dimasak atau yang telah dibotolkan serta mengelakkan meminum air tidak dimasak.

Selain itu, mereka perlu mengelakkan diri daripada berenang atau bermain air di kawasan banjir, menutup luka-luka kulit dengan balutan kalis air, memakai pakaian perlindungan kalis air seperti but getah dan sarung tangan semasa kerja pembersihan kawasan rumah dan segera mendapatkan rawatan perubatan jika mengalami gejala penyakit seperti demam dan cirit birit,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

7

Awasi penularan penyakit berjangkit pasca banjirAHMAD SHAZWAN MD. YUSOF

05 Januari 2015 9:58 PM

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Penduduk yang tinggal di kawasan dilanda banjir diingatkan supaya menjaga kebersihan diri dan persekitaran bagi mengelakkan risiko terdedah kepada wabak penyakit berjangkit dan bawaan air.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, antara penyakit berjangkit yang kerap berlaku selepas banjir adalah keracunan makanan, taun, demam kepialu, leptospirosis (kencing tikus), hepatitis A, disenteri dan escherichia coli (E.Coli).

- UTUSAN ONLINE

Page 8: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewFokus juga diberikan kepada bagaimana kemajuan sains dan teknologi dapat mengurangkan impak ke atas manusia

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 9

melakukan proses pengklorinan telaga Katanya, selain itu, sebanyak 40 menyediakan tandas mudah alih bagi memastikan kebersihan penduduk di kawasan tersebut

terjamin. mengedarkan cecair pembasmi kuman ke pusat-pusat pemindahan dan memberikan suntikan

vaksin tifoid kepada semua pengendali makanan.

8

Page 9: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewFokus juga diberikan kepada bagaimana kemajuan sains dan teknologi dapat mengurangkan impak ke atas manusia

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 9

PENEROKAAN BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Tahap Penguasaan Tafsiran

5Menilai pengetahuan mengenai struktur bumi/geobencana/sumber Bumi dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan untuk melaksanakan satu tugasan.

Menurut Prof. Emeritus Dato Dr. Ibrahim Komoo, perlombongan adalah suatu aktiviti yang boleh memberikan manfaat dari segi sosio ekonomi. Perkembangan sains dan teknologi telah menyumbang kepada kemajuan industri perlombongan. Justeru, perlombongan bukan lagi suatu aktiviti yang tidak lestari.

Wajarkan bagaimana aktiviti perlombongan boleh dilestarikan dengan mencadangkan langkah bagi mendapatkan impak positif dari sudut sosio ekonomi dalam jangka masa yang panjang.

Langkah-langkah melestarikan kawasan perlombongan

menghadkan kuota pengeluaran mineral agar simpanan sumber ini terjamin tidak dieksploitasi dalam jangka masa singkat.

Mengawal aktiviti cari gali sumber dengan mengawasi aktiviti perlombongan melalui lesen dan syarat yang ketat

Mengenakan tindakan tegas seperti denda, kompaun, menggantungkan lessen dan membatalkan operasi bagi mereka yang melanggar syarat.

Jabatan alam sekitar melakukan penyeliaan terhadap aktiviti perlombongan yang mencemarkan alam sekitar

Melaksanakan kerja-kerja pembersihan kawasan lombong secara bersepadu antara syarikat dan agensi kerajaan

Membina benteng bagi menguatkan kembali cerun yang telah rosak seperti banteng konkrit bagi mengelakkan hakisan dan tanah runtuh.

Menanam pokok-pokok peneduh di kawasan kilang kuari bagi memerangkap habuk dan mengurangkan suhu pemanasan setempat

Membaik pulih kawasan lombong menjadi kawasan rekreasi.

PENEROKAAN BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Tahap Penguasaan Tafsiran

9

Page 10: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewFokus juga diberikan kepada bagaimana kemajuan sains dan teknologi dapat mengurangkan impak ke atas manusia

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 9

6

Merekabentuk persembahan pelbagai media/visual/folio/poster/main peranan/drama secara kreatif dan inovatif dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran sains mengenai struktur bumi/geobencana/sumber Bumi dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan dengan mengambil kira nilai sosial/ekonomi/budaya masyarakat.

Kaedah yang cadangan bagi menyelesaikan masalah berkaitan geobencana:

1. Guru menjalankan aktiviti ‘jigsaw’ bagi membincangkan masalah berkaitan geobencana2. Murid menjalankan kajian dan memberikan cadangan penyelesaian masalah berkaitan

Nota:1. Murid perlu membuat pembentangan2. Guru perlu menggunakan penilaian profesional bagi menilai tahap penguasaan murid

dalam menyelesaikan masalah

10