ashilawani.weebly.comashilawani.weebly.com/.../2/0/20206507/asigment_ghazal.docx · web viewdi...

17
GHAZAL Sejarah Ghazal Perkataan ‘ghazal’ dipercayai berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud ‘bahasa kasih’. Secara etimologi, perkataan ‘ghazal’ secara harfiah merujuk pada “tangisan kematian seekor gazel”. Haiwan itu dipanggil ghizal. Secara tradisinya, ghazal adalah ungkapan cinta, perpisahan dan kesunyian yang sesuai dilambangkan oleh gazel. Ghazal difahami sebagai ungkapan berbentuk puisi tentang kesakitan akibat kehilangan seseorang yang dikasih atau perpisahan dan keindahan cinta meskipun pedih. Menurut Prof Dr. Syed Naquib al-Attas melalui buku ‘Rangkaian Rubait’ dikatakan ghazal sebagai sejenis seni yang iramanya mirip 22 kepada irama di dalam Rubait yang dinamakan ‘Hajat’. Ghazal biasanya mempunyai 20 atau 40 baris (10 atau 12 bait). Bentuk ghazal dikatakan menyerupai Qasidah dan pengisiannya adalah tentang tasawuf dan nilai kasih sayang. Ghazal ditulis oleh penyair dan ahli sufi Persia seperti Jalal al-Din Muhammad Rumi (abad ke-13) dan Hafez (abad ke-14), penyair Turki Fuzuli (abad ke-16), dan juga Mirza Ghalib (1797-1869) dan Muhammad Iqbal (1877-1938), yang menggunakan bahasa Parsi dan

Upload: vandan

Post on 19-Apr-2018

368 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: ashilawani.weebly.comashilawani.weebly.com/.../2/0/20206507/asigment_ghazal.docx · Web viewDi Johor, Dato’ Bentara Luar (Mohd Salleh Perang) merupakan tokoh yang menyemarakkan

GHAZAL

Sejarah Ghazal

Perkataan ‘ghazal’ dipercayai berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud ‘bahasa

kasih’. Secara etimologi, perkataan ‘ghazal’ secara harfiah merujuk pada “tangisan kematian

seekor gazel”. Haiwan itu dipanggil ghizal. Secara tradisinya, ghazal adalah ungkapan cinta,

perpisahan dan kesunyian yang sesuai dilambangkan oleh gazel. Ghazal difahami sebagai

ungkapan berbentuk puisi tentang kesakitan akibat kehilangan seseorang yang dikasih atau

perpisahan dan keindahan cinta meskipun pedih. Menurut Prof Dr. Syed Naquib al-Attas

melalui buku ‘Rangkaian Rubait’ dikatakan ghazal sebagai sejenis seni yang iramanya mirip

22 kepada irama di dalam Rubait yang dinamakan ‘Hajat’. Ghazal biasanya mempunyai 20

atau 40 baris (10 atau 12 bait). Bentuk ghazal dikatakan menyerupai Qasidah dan

pengisiannya adalah tentang tasawuf dan nilai kasih sayang.

Ghazal ditulis oleh penyair dan ahli sufi Persia seperti Jalal al-Din Muhammad

Rumi (abad ke-13) dan Hafez (abad ke-14), penyair Turki Fuzuli (abad ke-16), dan

juga Mirza Ghalib (1797-1869) dan Muhammad Iqbal (1877-1938), yang menggunakan

bahasa Parsi dan Urdu. Melalui pengaruh Johann Wolfgang von Goethe (1749-1832), ghazal

menjadi popular di Jerman pada abad ke-19. Bentuk ini digunakan secara meluas

oleh Friedrich Rückert (1788-1866) dan August von Platen (1796-1835). Penyair Kashmir-

Amerika Syarikat Agha Shahid Ali juga merupakan penyokong bentuk ini, dalam bahasa

Inggeris dan bahasa lain dia menyunting jilid "real ghazals in English”.

Page 2: ashilawani.weebly.comashilawani.weebly.com/.../2/0/20206507/asigment_ghazal.docx · Web viewDi Johor, Dato’ Bentara Luar (Mohd Salleh Perang) merupakan tokoh yang menyemarakkan

Secara ringkasnya, ghazal datang ke Malaysia dari Tanah Arab, Parsi (dimainkan di

istana), India (di istana dan diubahsuai), Riau-Lingga, Teluk Belanga (di istana dan tidak

diubah), Tanjung Puteri (di istana), Batu Pahat (dimainkan di rumah penghulu dan ketua

kampung serta berlaku pengubahsuaian) dan daerah – daerah lain di Johor.

Di Johor, Dato’ Bentara Luar (Mohd Salleh Perang) merupakan tokoh yang

menyemarakkan lagi muzik ghazal ini. Hal ini demikian kerana Dato’ Bentara Luar akan

memperkenalkan seni ini ke mana sahaja beliau pergi. Beliau telah membuka Batu Pahat pada

tahun 1893 dan menubuhkan Wayang Bangsawan. Wayang ini merupakan sejenis hiburan

yang berbentuk nyanyian lagu – lagu Melayu. Alatan yang digunakan adalah seperti

gambus,biola, harmonium, table atau gendang. Pada tahun 1900, ghazal mula anak – anak

Melayu Johor di mana gurunya adalah berketurunan India bernama ‘Alpa’ iaitu seorang ustaz.

Lagu – lagu yang dimainkan adalah lagu Parsi dan Hindustan tulen.

Rentak ghazal pula daripada ‘langam’ iaitu rentak Hindustan tetapi disesuaikan

dengan jiwa masyarakat Melayu. Alatan asalnya adalah sharinggi, sitar, harmonium dan tabla

Kemudiannya, sitar digantikan dengan gambus dan sharinggi ditukarkan kepada gitar. Lama

kelamaan, alatan ini diperbanyakkan dengan penambahan alatan seperti biola, kecapi Jepun

atau mandolin.

Pendeta Ghazal Melayu Johor iaitu Pak Lomak (Musa bin Yusof) yang menceburkan

diri dalam harmonium, tabla dan menyanyi syair bahasa Parsi dan Hindustan. Beliau telah

belajar lagu – lagu Melayu dengan Encik Besar bin Md Salleh. Pak Lomak telah memasukkan

lagu – lagu ini dengan laram – laram (stail) Parsi. Kesannya, lagu- lagu ini bertambah baik

dan sesuai dengan penggemar permainan atau kesenian ghazal Melayu. Beliau pula telah

mempelajari gitar dan menyesuaikan alat ini ke dalam permainan ghazal.

Page 3: ashilawani.weebly.comashilawani.weebly.com/.../2/0/20206507/asigment_ghazal.docx · Web viewDi Johor, Dato’ Bentara Luar (Mohd Salleh Perang) merupakan tokoh yang menyemarakkan

Perkembangan Ghazal di Malaysia

Terdapat dua pandangan yang berbeza mengenai asal usul ghazal di Tanah Melayu.

Pandangan pertama dikemukakan oleh Dato Abdullah bin Mohamed. Beliau merupakan

seorang peminat ghazal sebelum Perang Dunia Kedua. Menurut beliau, ghazal dibawa ke

Tanah Melayu oleh pedagang – pedagang India pada abad ke 19. Ghazal telah berkembang di

kawasan Riau – Lingga olehh orang – orang bangsawan Melayu. Ghazal turut dibawa

bersama selepas kerajaan Temenggong Abu Bakar berpindah dari Telok Belanga (Singapura)

ke Johor Bharu. Di Johor Dato Bengara Luar (Mohamed Salleh bin Perang) telah memainkan

peranan penting untuk memperkembangkan muzik ghazal dengan lebih meluas apabila beliau

diarah oleh Sultan Johor supaya membuka bandar-bandar baru seperti Muar, Batu Pahat dan

Endau.

Menurut Adibah Amim, perkembangan ghazal di Malaysia telah dikaitkan dengan

kedatangan wayang Parsi dari India ke Johor pada awal abad ke-20. Beberapa pegawai tentera

seperti Colonel Musa, Colonel Yahya dan Major Lomak yang begitu tertarik dengan muzik

ghazal itu telah mempelajari alat-alat muzik harmonium dan tabla daripada kumpulan Parsi

itu. Mereka menyanyi melodi ghazal dengan senikata pantun asli. Alat-alat muzik seperti

gambus dan biola ditambahkan. Adibah Amim juga berpendapat bahawa ghazal sangat

popular dalam kalangan orang bangsawan dan orang berpangkat tinggi terutamanya pada

dekad 1930-an. Walaupun tarikh dan cara sebenar ketibaan ghazal ke Malaysia tidak dapat

ditentukan, namun apa yang dapat dipastikan ilah bahawa ghazal telah dibawa ke Tanah

Melayu dari India.

Page 4: ashilawani.weebly.comashilawani.weebly.com/.../2/0/20206507/asigment_ghazal.docx · Web viewDi Johor, Dato’ Bentara Luar (Mohd Salleh Perang) merupakan tokoh yang menyemarakkan

Perbandingan antara Ghazal Johor dan Ghazal Parti

GHAZAL JOHOR

Ghazal Johor merupakan kesenian masyarakat negeri Johor. Seni ghazal ini disebut

“Gamat” yang bermaksud riuh-rendah. Pada abad ke -19, kerajaan Johor menjalinkan

hubungan dengan kerajaan Riau-Lingga. Beberapa orang daripada golongan bangsawan Johor

yang sering berulang alik ke Riau. Di Riau, mereka sering dihiburkan dengan persembanhan

ghazal. Mereka mempelajarinya dan memperkenalkan kesenian ini di Istana Sultan Johor

yang pada ketika itu berada di Teluk Belanga, Singapura. Dari Istana Teluk Belanga, kesenian

muzik ghazal ini telah mendapat perhatian daripada sultan dan pembesar dan rakyat jelata.

Kesenian ghazal ini turut berkembang ke Tanah Besar Johor, apabila pentadbiran Johor

berpindah dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri.

Perkembangan ghazal di Johor sering dikaitkan dengan Datuk Bentara Luar, Mohd

Salleh bin Perang. Beliau memperkenalkan muzik ghazal ini semasa membuka daerah-

daerah baru di Johor. Muzik ghazal sering dimainkan di rumah-rumah penghulu dan hari-

hari keramaian. Tokoh lain yang memperkenalkan muzik ghazal ini ialah Ungku Ahmad

bin Mohd Khalid (Ungku Chik), Ungku Mohammed bin Mohd Khalid, Ungku Sulaiman

bin Daud, Ungku Abdul Aziz bin Abdul Majid dan Encik Dapat.

Semasa perkembangan seni muzik ghazal di Johor, muncul Haji Musa bin Yusof atau

lebih dikenali dengan panggilan Pak Lomak. Pak Lomak adalah cucu kepada Datuk

Bentara Luar. Pak Lomak terkenal dengan kebolehannya memainkan alat-alat muzik

ghazal terutamanya homunium. Beliau juga boleh menyanyi lagu-lagu ghazal dalam

bahasa Urdu dan bahasa rasmi orang –orang kawasan Timur India.

Berdasarkan pengalaman beliau dalam muzik ghazal ini, Pak Lomak mula

menterjemahkan atau menyesuaikan ghazal daripada bahasa Urdu ke bahasa Melayu. Di

Page 5: ashilawani.weebly.comashilawani.weebly.com/.../2/0/20206507/asigment_ghazal.docx · Web viewDi Johor, Dato’ Bentara Luar (Mohd Salleh Perang) merupakan tokoh yang menyemarakkan

sinilah bermulanya perkembangan ghazal di Johor. Pak Lomak juga mencipta lagu Seri

Mersing dan Gunung Banang. Beliau telah mencipta lagu Seri Mersing semasa

berkhidmat di Mersing pada tahun 1923-1924. Lagu Seri Mersing mula dinyanyikan pada

tahun 1925 di Singapura.

Alat-alat Muzik Ghazal Johor

Peralatan muzik gahzal pada mula-mulanya terdiri daripada Peti Harmonium, Biola,

Gambus dan Tabla atau Do (Gendang). Kemudian, alat-alat ini ditambah lagi dengan

beberapa lagi jenis alat muzik yang sesuai seperti gitar, kecepi Jepun, keroncong dan

Markas. Setelah dicampur dengan pelbagai alat muzik yang lain, muzik ghazal menjadi

terlampau riuh dan menghilangkan lemah lembut lagu-lagu Melayu, maka alat-alat

tersebut tidak digunakan. Hanya alat muzik seperti Harmonium, Tabla, Gambus,

Tamborin, Markas, Gitar dan Violin

a) Peti Harmonium

- Sejenis alat muzik yang berasal dari India. Peti Harmonuim digunakan sebagai alat

mengeluarkan melodi dalam lagu-lagu ghazal.

Page 6: ashilawani.weebly.comashilawani.weebly.com/.../2/0/20206507/asigment_ghazal.docx · Web viewDi Johor, Dato’ Bentara Luar (Mohd Salleh Perang) merupakan tokoh yang menyemarakkan

b) Tabla

- Sepasang gendang kecil yang berasal dari India.

- Gendang yang kecil dipanggil Din dan gendang yang besar dinamakan Bam.

- Alat ini penting untuk memainkan rentak dan tempo.

c) Gambus

- Sejenis alat muzik yang berasal dari Arab.

- Gambus dikenali sebagai sebutan Od.

- Alat ini menggantikan alat muzik sitar dari India.

- Alat muzik ini perlu ada dalam muzik ghazal Johor.

-

Page 7: ashilawani.weebly.comashilawani.weebly.com/.../2/0/20206507/asigment_ghazal.docx · Web viewDi Johor, Dato’ Bentara Luar (Mohd Salleh Perang) merupakan tokoh yang menyemarakkan

d) Gitar

- Sejenis alat muzik dari negara Barat.

- Alat ini berfungsi untuk memainkan muzik dan rentak dalam ghazal Johor.

e) Tamborin

- Sejenis alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncong (India).

- Alat ini digunakan untuk alat rentak dan tempo.

Page 8: ashilawani.weebly.comashilawani.weebly.com/.../2/0/20206507/asigment_ghazal.docx · Web viewDi Johor, Dato’ Bentara Luar (Mohd Salleh Perang) merupakan tokoh yang menyemarakkan

f) Marakas

- Sejenis alat muzik perkusi yang perlu ada dalam muzik ghazal Johor.

- Alat ini berperanan sebagai tempo dan rentak.

g) Violin

- Viola biasanya disebut sebagai Biola.

- Biola lebih besar daripada Violin.

- Violin lebih sesuai dalam persembahan muzik ghazal.

- Alat ini berasal dari Jepun dan China.

- Alat ini digantikan dengan alat muzik Sharinggi India

Page 9: ashilawani.weebly.comashilawani.weebly.com/.../2/0/20206507/asigment_ghazal.docx · Web viewDi Johor, Dato’ Bentara Luar (Mohd Salleh Perang) merupakan tokoh yang menyemarakkan

GHAZAL PARTI

Ghazal Parti ini mempunyai pengaruh daripada Arab yang dibawa masuk oleh pedagang

India di utara Semenanjung Malaysia seperti Pulau Pinang dan Kedah. Gaya bahasa yang

digunakan lebih cenderung kepada dialek utara Kedah dan Pulau Pinang. Ghazal ini

dilihat popular sekitar tahun 1940-an hingga tahun 1960-an dan menjadi budaya yang

popular bagi masyarakat setempat.

Fungsi Ghazal Parti

Istilah ‘Parti’ membawa maksud kepada keramaian. Istilah ini amat sinonim dengan

bentuk hiburan dalam kalangan ralyat biasa yang meraikan majlis keramaian terutamanya

majlis perkahwinan. Ghazal Parti berfungsi sebagai memeriahkan majlis dan memberi

hiburan. Ghazal ini juga memasukkan unsur lawak jenaka dan tarian ala Arab bagi tujuan

menarik orang ramai untuk bersama-sama dalam majlis tersebut.

Lagu, Sketsa jenaka dan Tarian

Ghazal Parti mengalunkan lagu berunsur padang pasir. Lagu-lagu yang dimainkan

kebanyakannya datang dari Tanah Arab dan ditukarkan kepada bahsa Melayu. Antara

lagu-lagu popular ialah ‘Alabaladi’, ‘Anawintal Wahdina’, ‘Wai Ya’, ‘Ya Gamil’ dan

Ma’al Wen Telu’. Lagu-lagu ini diambil daripada nyanyian penyanyi daripada Timur

Tengah yang popular di sana seperti Fairuz, Ommu Kulthum Muhammad Abdul Wahab

Page 10: ashilawani.weebly.comashilawani.weebly.com/.../2/0/20206507/asigment_ghazal.docx · Web viewDi Johor, Dato’ Bentara Luar (Mohd Salleh Perang) merupakan tokoh yang menyemarakkan

dan Abdul Halim Hafiz. Lagu-lagu yang dibawa mempunyai unsur nasihat, semangat

bekerja, patriotik dan percintaan.

Dalam Ghazal Parti tidak lengkap sekiranya tidak diselitkan dengan unsur lawak

jenaka dan tarian yang menjadi elemen penting bagi ghazal ini. Kemunculan pelawak

sebagai mengisi ruang bagi pemain dan penyanyi untuk berehat kerana Ghazal Parti

memakan masa yang panjang. Antara pelawak yang terkenal suatu ketika dahulu ialah

Hassan Putu Mayong, Din Tok Arab dan Husin Kacong. Kemunculan penari ini

dinantikan apabila setiap lagu yang dimainkan kerana terpesona dengan gaya dan lenggok

tarian mereka yang mengikut irama padang pasir.

Masyarakat Melayu di Utara menerima budaya ini kerana ada pengarh Arab dan Parsi.

Malahan tidak melanggar batas-batas agama kerana percampuran antara lelaki dan

perempuan amat dijaga. Watak penari perempuan dilakonkan oleh penari lembut. Hal ini

demikian kerana pada akhir tahun 1940-an , wanita tidak dibenarkan menjadi penari. Para

ulama pada ketika itu antaranya Haji Ahmad Haji Badawi yang merupakan bapa kepada

mantan kepada Perdana Menteri YAB Tun Abdullah telah melarang wanita menari di

khalayak ramai. Kesannya, lelaki menjadi penari gelek kepada lagu-lagu berirama padang

pasir yang memerlukan seseorang itu berpakaian seperti wanita.

Fungsi tarian ala wanita diadakan bertujuan untuk menarik perhatian penonton untuk

memeriahkan setiap setiap persembahan ketika itu. Pada ketika itu, pakaian wanita yang

dipakai ialah tudung, kain batik dan baju kurung. Namun kemunculan ‘Mak Nyah’ atau

pondan hanya muncul pada tahun pada tahun 1950-an. Pada tahun 1970-an penari gelak

tidak digalakkan pada persembahan Ghazal Parti. Tetapi pada hari ini, terdapat sesetengah

kumpulan Ghazal Parti masih mengekalkan unsur tarian sebagai pengekalan warisan

turun-temurun.

Page 11: ashilawani.weebly.comashilawani.weebly.com/.../2/0/20206507/asigment_ghazal.docx · Web viewDi Johor, Dato’ Bentara Luar (Mohd Salleh Perang) merupakan tokoh yang menyemarakkan

Cara Persembahan Ghazal Parti

Ghazal Parti memaparkan keunikan dan identiti sebuah ghazal yang terkenal di darah

utara Semenanjung Malaysia. Pada awal persembahan, Ghazal Parti akan memainkan

instumental yang berentak Arab sebagai pembuka lagu. Kumpulan-kumpulan Ghazal Parti

menjadikan lagu instrumental ini sebagai pengenalan kepada kumpulan mereka.

Masyarakat mudah mengenali mereka melalui pembawaan lagu pembuka mereka yang

berbeza antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain.

Sebaik sahaja tamat alunan instrumental, beberapa lagu akan didendangkan.

Lagu permulaan yang dimainkan adalah berunsurkan Arab, selepas itu, lagu-lagu lain

turut dimainkan secara berselang-seli seperti lagu Hindustan dan Dangdut. Kebanyakan

kumpulan ghazal ini memainkan tempo lagu berentak tempo lagu berentak masri, samba,

inang dan dangdut. Penari-penari akan muncul semasa lagu tersebut didendangkan.

Unsur lawak atau sketsa biasanya disampaikan ketika dipertengahan persembahan.

Fungsi lawak jenaka ini adalah memnberi masa kepada persembahan ghazal memerlukan

masa yang agak panjang bagi satu-satu persembahan. Lawak yang disampaikan adalah

berbentuk verbal. Kumpulan tersebut cuba menyelitkan lawak jenaka semasa menari.

Persembahan ghazal ini akan mengalunkan lagu paling maksimum adalah 20 lagu

bergantung kepada masa yang diperuntukkan.

Persembahan Ghazal Parti amat terpengaruh dengan unsur padang pasir. Lantaran itu,

penyampaian lagu Arab tidak dapat lari dengan alunan taranum antaranya bayati,hijjaz,

nahwan dan ras. Contohnya dalam ‘Albaladin’ yang mengalunkan unsur taranum bayati

dan ‘Ifrah Ya Albi’ yang mnegandungi pelbagai unsur taranum yang dialunkan bermula

dengan nada rendah, diikuti sederhana, tinggi dan pengakhiran lagu ke nada rendah

semula.

Page 12: ashilawani.weebly.comashilawani.weebly.com/.../2/0/20206507/asigment_ghazal.docx · Web viewDi Johor, Dato’ Bentara Luar (Mohd Salleh Perang) merupakan tokoh yang menyemarakkan

Alat-alat Muzik Ghazal Parti

Alat muzik yang digunakan oleh Ghazal Parti mempunyai perbezaan dengan Ghazal Johor.

Terdapat pelbagai jenis instumen dalam Ghazal Parti. Antaranya ialah gambus,akordian,

bongo, seruling flute, violin, marakas, tamborin dan double bass.

a) Gambus

- Alat muzik kordofon iaitu mengeluarkan bunyi apabila tali yang ditegangkan itu

dipetik.

Page 13: ashilawani.weebly.comashilawani.weebly.com/.../2/0/20206507/asigment_ghazal.docx · Web viewDi Johor, Dato’ Bentara Luar (Mohd Salleh Perang) merupakan tokoh yang menyemarakkan

b) Akordion

- Alat muzik aerofon kerana terdapat lubang udara yang berfungsi yang berfungsi

menghasilkan bunyi apabila diregangkan dan ditekankan bilah-bilah berbentuk

seperti bilah keyboard.

- Akordion Ghazal Parti menggantikan Hamonium dalam Ghazal Johor.

c) Bongo

- Diklasifikasikan sebagai membranofon yang dihasilkan bunyi apabila memalu

dipermukaan kulit atau membran yang ditegangkan.

- Bongo ini menghasilkan tabla dalam Ghazal Johor.

Page 14: ashilawani.weebly.comashilawani.weebly.com/.../2/0/20206507/asigment_ghazal.docx · Web viewDi Johor, Dato’ Bentara Luar (Mohd Salleh Perang) merupakan tokoh yang menyemarakkan

d) Violin

- Violin diklasifikasikan sebagai alat muzik kordofon.

- Apabila digeserkan dengan the bow atau busur sambil dipetik talinya akan

mengeluarkan bunyi.

-

e) Seruling Flute

- Seruling flute diklasifikasikan sebagai aerofon kerana bunyi-bunyi dikeluarkan

daripada deretan lubang yang terdapat di sepanjang flut tersebut.

- Bunyi akan tehasil apabila seseorang itu meniupnya sambil tangan mengawal

lubang-lubang yang mewakili notasi tertentu.

Page 15: ashilawani.weebly.comashilawani.weebly.com/.../2/0/20206507/asigment_ghazal.docx · Web viewDi Johor, Dato’ Bentara Luar (Mohd Salleh Perang) merupakan tokoh yang menyemarakkan

f) Tamborin

- Tamborin tergolong dalam idiofon kerana struktur badan yang diperbuat daripada

logam dan kayu.

- Bunyi akan terhasil apabila melakukan goncangan.

-

g) Marakas

- Marakas diklasifikasikan sebagai idiofon kerana diperbuat daripada kayu.

- Bunyi akan terhasilkan apabila kedua-duanya digoncangkan.

Page 16: ashilawani.weebly.comashilawani.weebly.com/.../2/0/20206507/asigment_ghazal.docx · Web viewDi Johor, Dato’ Bentara Luar (Mohd Salleh Perang) merupakan tokoh yang menyemarakkan

RUJUKAN

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ghazal

2. http://ghazal-smp2252.blogspot.com/2010/09/sejarah-ghazal.html

3. http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/muzik_tradisional

4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ghazal_parti