persepsi pelajar terhadap program ... dalam meningkatkan tahap keupayaan pembacaan al-ouran mengikut...

33
PSZ 19 : 16 (pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang tennaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMl 1972) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· JUDUL : PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL- OURAN DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.: FARIHATUN NADIA BINTI YAACOB (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/SarjlHl8ll>ela;eF Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk. tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ';) D SULIT DTERHAD TIDAK TERHAD =-==--=- PENULIS) AlamatTetap: NO.§, JALAN CENGAL 411A. TAMAN MALAWATI JAYA. 45000 KUALA SELANGOR. SELANGOR DARUL EHSAN. Disahkan oleh: MOllO ABBAS BIN ABDUL LATIFF Nama Penyelia Tarikh: CATATAN: Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SUUT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: phungkhuong

Post on 31-Mar-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

PSZ 19 : 16 (pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang tennaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMl 1972)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS·

JUDUL : PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL­OURAN DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR.

SESI PENGAJIAN : 200812009

Say.: FARIHATUN NADIA BINTI YAACOB (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/SarjlHl8ll>ela;eF Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk. tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ';)

D SULIT

DTERHAD

~ TIDAK TERHAD

----:=--=oi1f?C~,., =-==--=­(TAND~GAN PENULIS)

AlamatTetap: NO.§, JALAN CENGAL 411A. TAMAN MALAWATI JAYA. 45000 KUALA SELANGOR. SELANGOR DARUL EHSAN.

Disahkan oleh:

(TAND~~PENYELIA) MOllO ABBAS BIN ABDUL LATIFF

Nama Penyelia

Tarikh:

CATATAN: • Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SUUT atau TERHAD

• Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadaidari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

SarjanaMuda Sains Serta Pendidikan(pengajian Islam)."

Tandatangan ................~ : .

Nama Penyelia MOHOABBAS BIN ABDUL LATIFF

Tarikh ......~.~ ~.~ .l...~ .

Page 3: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM MEMBUDAYAKAN

AL-QURANDALAMMENINGKATKANTAHAPKEUPAYAAN

PEMBACAAN AL-QURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID.

SATU KAJIAN DI SMK DATO BENTARA LUAR

FARIHATUN NADIA BINTI YAACOB

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 4: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

ii

" Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbemya "

/~ueK . Tandatangan ··············~·4: ...········.··.··..·················....

Nama Penulis FARIHATUN NADIA BINT! YAACOB

Tarikh

Page 5: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah S.W.T Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Ku panjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada-Mu...

Ya Allah Berikan aku kekuatan mengharungi segala liku-liku hidup ini..

Sesungguhnya hambamu ini adalah insan yang lemah..

Teristimewa Buat Ayah & Bonda: Hj. Yaacob bin Mat & Hjh. Siti Eshah binti Hanafi

Terima kasih atas pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan ketika membesarkanku.

Terima kasih atas doa dan dorongan yang diberikan sehingga aku berjaya. Segala jasa dan pengorbanan kalian tidak akan anakanda lupakan sepanjang hayat..

Buat Adinda-adindaku Tersayang:

Kashful Anwar, Muhammad Faiz & Siti Fasihah Belajarlah bersungguh-sungguh sehingga tercapai cita-cita kalian.

Jadilah anak yang menjadi kebanggaan Ayah & Bonda..

Buat Pensyarah & Guru yang Kuhormati, Sekalian yang pernah mendidik dan mencurahkan ilmu,

Terima kasih atas segala tunjuk ajar sehingga aku berjaya menjejakkan kaki di menara gading.

Halalkan segala ilmu yang pernah ku pelajari...

Buat Sahabat Perjuangan: Segala kenangan pahit, manis, suka dan duka kita bersama,

Akan ku kenang selama-lamanya. Moga ikatan yang terjalin akan berkekalan hingga ke akhir hayat..

Terima Kasih Atas Segalanya...

Page 6: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan

salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi kerana di atas limpah kurnia-Nya diberikan

kekuatan, kesabaran dan kecekalan kepada penulis untuk menyiapkan laporan Projek

Sarjana Muda (PSM) dengan sempurna pada masa yang ditetapkan..

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa dan keluarga tersayang

yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan sepanjang masa dan sentiasa mendoakan

kejayaan penyelidik dalam menghadapi perjuangan sebagai pelajar sepanjang di UTM

ini.

Setinggi penghargaan dan terima kasih yang buat penyelia yang dihormati, Ustaz

Mohd Abbas bin Abd Latiff di atas segala nasihat, dorongan dan bimbingan serta tunjuk

ajar yang telah diberikan di sepanjang proses penulisan laporan ini.

Jutaan terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Islam dan

Pembangunan Sosial (PPIPS) di atas tunjuk ajar yang diberikan dalam membantu

melengkapkan lagi laporan ini. Terima kasih kepada semua pelajar samada terlibat

secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses mengedarkan soal selidik. Tidak

lupa buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu menyumbangkan idea dan

bahan sampingan.

Jasa kalian tidak mampu untuk ku balas, hanya Allah SWT yang mampu

membalasnya.

Page 7: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepentingan Program Membudayakan al-

Quran serta faktor-faktor yang mempengaruhi keupayaan pembacaan al-Quran mengikut

hukum tajwid. Antara faktor-faktornya ialah faktor ibu bapa, faktor guru, faktor rakan

sebaya, faktor diri sendiri dan faktor Bahan Bantu Mengajar (BBM). Sampel kajian ini

melibatkan 99 orang pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bentara

Luar sebagai responden, 45 orang daripadanya adalah pelajar lelaki dan 54 orang pelajar

perempuan. Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan soal selidik mengikut

skala likert 5 point. Penyelidik telah menggunakan soal selidik sebagai intrumen kajian.

Satu set soal selidik yang mengandungi 30 item telah diedarkan kepada responden.

Manakala data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian

“Statistical Packages For Social Sciences” (SPSS) versi 14.0. Hasil kajian rintis yang

telah dilakukan menunjukkan nilai-Cronbach’s Alpha 0.832. Hasil dari penganalisaan

data ini diterangkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min mengikut jumlah

responden. Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi, tahap keupayaan pembacaan

al-Quran mengikut hukum tajwid di kalangan pelajar-pelajar yang terlibat adalah

sederhana iaitu 73.76%. Di akhir kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan agar

ianya dapat dijadikan panduan untuk mempertingkatkan lagi kualiti Program

Membudayakan al-Quran oleh Jabatan Agama Johor (JAJ).

Page 8: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

vi

ABSTRACT

The objective of this research is to identify the benefit of Program Membudayakan al-

Quran and the factors that could influence students in mastering al-Quran with

‘tajwid’.The factors include parents, teachers, peers, individual and Teaching Materials.

The research sample is consisting by 99 students in Form 4 from Sekolah Menengah

Kebangsaan Dato Bentara Luar as respondents, whereby there are 451 boys and 54 girls.

This is the descriptive research by using suitable research questionnaires based on 5

point Likert Scale. A questionnaires as a part of instrument for this study. A set of

questionnaire comprising 30 questions were distributed to the respondents. Meanwhile,

the data were further analyzed using the “Statistical Packages For Social Sciences”

(SPSS) versions 14.0. Pilot study showed that Cronbach’s Alpha 0.832. The result from

the analysis will be presented statiscally in frequencies, percentage and mean based on

the total of respondents. The percentage for student’s ability in al-Quran literation is in

moderate level by 73.76%. At the end of this research, a few suggestions have been

proposed to increase the literation quality in Program Membudayakan al-Quran by Johor

Islamic Department (JAJ).

Page 9: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan dan Skop Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Persepsi 10

1.8.2 Pelajar 10

Page 10: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

viii

1.8.3 Program 11

1.8.4 Membudayakan 11

1.8.5 al-Quran 12

1.8.6 Meningkatkan 13

1.8.7 Tahap Keupayaan 13

1.8.8 Bacaan 14

1.8.9 Tajwid 14

1.9 Kesimpulan 15

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Hukum Mempelajari Dan Membaca Al-Quran

Bertajwid

16

2.3 Pembaca Al-Quran Yang Baik 19

2.4 Tingkatan Bacaan Al-Quran 20

2.5 Kesalahan-Kesalahan Dalam Bacaan Al-Quran 21

2.6 Syarat Dan Rukun-Rukun Bacaan Al-Quran 23

2.7 Faktor Bacaan Al-Quran Yang Baik 24

2.8 Pembudayaan al-Quran di Malaysia 26

2.9 Program Membudayakan al-Quran di Johor 28

2.9.1 Pengisian Program Membudayakan al-Quran

di Negeri Johor

29

2.9.2 Kurikulum Program Membudayakan al-Quran 29

2.10 Program Membudayakan al-Quran di Peringkat

Sekolah di Negeri Johor

31

2.10.1 Cadangan Pelaksanaan Program

Membudayakan al-Quran Di Sekolah-Sekolah

Negeri Johor

31

2.10.2 Kaedah Membaca 32

2.11 Faktor-faktor Utama Dalam Meningkatkan Tahap

Keupayaan Pembacaan Al-Quran Mengikut Hukum

33

Page 11: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

ix

Tajwid.

2.11.1 Ibu bapa 33

2.11.2 Sikap dan Minat Diri Sendiri 36

2.11.3 Guru 37

2.11.4 Rakan sebaya 41

2.11.5 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

41

2.12 Kajian-Kajian Lepas 43

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 47

3.2 Rekabentuk Kajian 47

3.3 Tempat Kajian 48

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 49

3.5 Instrumen Kajian 50

3.6 Prosedur Kajian 54

3.7 Kajian Rintis 56

3.8 Kajian Sebenar 57

3.9 Analisis Data 57

3.10 Jangka Masa Kajian 58

3.11 Kesimpulan 59

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 60

4.2 Analisis Data 61

4.2.1 Bahagian A: Latar belakang responden 61

4.2.2 Bahagian B: Pengetahuan pelajar berkaitan

Program Membudayakan al-

Quran

4.2.3 Bahagian C: Kepentingan Program

Membudayakan al-Quran Dalam

68

74

Page 12: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

x

Meningkatkan Tahap Keupayaan

Pembacaan Al-Quran Mengikut

Hukum Tajwid.

4.2.4 Bahagian D: Faktor-Faktor Yang

Mempengaruhi Keupayaan

Pembacaan Al-Quran Mengikut

Hukum Tajwid

4.2.5 Bahagian E: Ujian Pengukuhan Hukum

Tajwid

79

86

4.3 Analisis Keseluruhan 88

4.3.1 Rumusan Dapatan Kajian Berkaitan Program

Membudayakan al-Quran

88

4.3.2 Rumusan Dapatan Kajian Kepentingan

Program Membudayakan Al-Quran Dalam

Meningkatkan Tahap Keupayaan Pembacaan

Al-Quran Mengikut Hukum Tajwid.

90

4.3.3 Rumusan Dapatan Kajian Faktor-Faktor

Yang Mempengaruhi Keupayaan Pembacaan

Al-Quran Mengikut Hukum Tajwid.

92

4.3.4 Rumusan Dapatan Kajian Ujian Pengukuhan. 94

4.4 Kesimpulan 95

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 96

5.2 Perbincangan 97

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden

5.2.2 Persepsi Pelajar Terhadap Program

Membudayakan al-Quran

5.2.3 Persepsi Pelajar Terhadap Kepentingan

Program Membudayakan al-Quran Dalam

97

100

103

Page 13: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

xi

Meningkatkan Tahap Keupayaan Pembacaan

Al-Quran Mengikut Hukum Tajwid.

5.2.4 Persepsi Pelajar Terhadap Faktor-Faktor

Yang Mempengaruhi Keupayaan Pembacaan

Al-Quran Mengikut Hukum Tajwid

105

5.3 Rumusan 108

5.3.1 Persepsi Pelajar Terhadap Program

Membudayakan al-Quran

108

5.3.2 Persepsi Pelajar Terhadap Kepentingan

Program Membudayakan al-Quran Dalam

Meningkatkan Tahap Keupayaan Pembacaan

Al-Quran Mengikut Hukum Tajwid.

109

5.3.3 Persepsi Pelajar Terhadap Faktor-faktor Yang

Mempengaruhi Keupayaan Pembacaan Al-

Quran Mengikut Hukum Tajwid.

109

5.4 Cadangan 110

5.4.1 Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia

5.4.2 Jabatan Agama Johor

5.4.3 Pihak Sekolah

5.4.4 Guru

5.4.5 Ibu bapa

110

111

111

112

113

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 113

5.6 Kesimpulan 114

RUJUKAN 115

LAMPIRAN

Page 14: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

Jadual 2.1 Nisbah peratusan tahap ingatan pelajar 43

Jadual 3.1 Maklumat setiap bahagian soal selidik 51

Jadual 3.2 Pengkelasan Skala Likert 52

Jadual 3.3 Klasifikasi item mengikut persoalan kajian 53

Jadual 3.4 Aras persetujuan 58

Jadual 3.5 Tahap skor berdasarkan min. 58

Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 61

Jadual 4.2 Keputusan peperiksaan PMR bagi subjek Pendidikan

Islam

62

Jadual 4.3 Taburan umur responden yang dapat membaca al-

Quran

63

Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Tempat Belajar al-

Quran

64

Jadual 4.5 Taburan Responden Mula Mempelajari al-Quran 64

Jadual 4.6 Taburan Kekerapan Responden Membaca al- Quran

Bersama Keluarga

65

Jadual 4.7 Taburan Keupayaan Responden Membaca al-Quran 66

Jadual 4.8 Taburan Skor Bagi Item 1 68

Jadual 4.9 Taburan Skor Bagi Item 2 69

Jadual 4.10 Taburan Skor Bagi Item 3 69

Jadual 4.11 Taburan Skor Bagi Item 4 70

Jadual 4.12 Taburan Skor Bagi Item 5 70

Jadual 4.13 Taburan Skor Bagi Item 6 71

Jadual 4.14 Taburan Skor Bagi Item 7 71

Jadual 4.15 Taburan Skor Bagi Item 8 72

Jadual 4.16 Taburan Skor Bagi Item 9 73

Jadual 4.17 Taburan Skor Bagi Item 10 73

Page 15: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

xiii

Jadual 4.18 Taburan Skor Bagi Item 11 74

Jadual 4.19 Taburan Skor Bagi Item 12 75

Jadual 4.20: Taburan Skor Bagi Item 13 75

Jadual 4.21 Taburan Skor Bagi Item 14 76

Jadual 4.22 Taburan Skor Bagi Item 15 76

Jadual 4.23 Taburan Skor Bagi Item 16 77

Jadual 4.24 Taburan Skor Bagi Item 17 78

Jadual 4.25 Taburan Skor Bagi Item 18 78

Jadual 4.26 Taburan Skor Bagi Item 19 79

Jadual 4.27 Taburan Skor Bagi Item 20 80

Jadual 4.28 Taburan Skor Bagi Item 21 80

Jadual 4.29 Taburan Skor Bagi Item 22 81

Jadual 4.30 Taburan Skor Bagi Item 23 81

Jadual 4.31 Taburan Skor Bagi Item 24 82

Jadual 4.32 Taburan Skor Bagi Item 25 82

Jadual 4.33 Taburan Skor Bagi Item 26 83

Jadual 4.34 Taburan Skor Bagi Item 27 84

Jadual 4.35 Taburan Skor Bagi Item 28 84

Jadual 4.36 Taburan Skor Bagi Item 29 85

Jadual 4.37 Taburan Skor Bagi Item 30 85

Jadual 4.38 Dapatan ujian pengukuhan 86

Jadual 4.39 Taburan kekerapan, peratus responden dan min bagi

Program Membudayakan al-Quran

88

Jadual 4.40 Taburan kekerapan, peratus responden dan min bagi

kepentingan Program Membudayakan al-Quran.

90

Jadual 4.41 Taburan kekerapan, peratus responden dan min bagi

faktor-faktor yang mempengaruhi keupayaan

pembacaan al-Quran mengikut hukum tajwid.

92

Jadual 4.42 Dapatan keseluruhan ujian pengukuhan 94

Page 16: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

Rajah 4.1 Taburan Responden yang pernah/masih bersekolah

agama

62

Rajah 4.2 Bilangan Responden Yang Pernah Khatam al-Quran 66

Rajah 4.3 Bilangan Responden Yang Mengetahui Tentang

Pelaksanaan Program Membudayakan al-Quran

67

Page 17: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

xv

SENARAI SINGKATAN

BBM - Bahan Bantu Mengajar

BIL. - Bilangan

CD - Compact Disc

JAJ - Jabatan Agama Johor

JPNJ - Jabatan Pendidikan Negeri Johor

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

KS - Kurang Setuju

NO. - Nombor

PMQ - Program Membudayakan al-Quran

PMR - Penilaian Menengah Rendah

PPIPS - Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial

PSM - Projek Sarjana Muda

S - Setuju

S.A.W. - Sallallahu 'Alaihi Wasallam

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SMKDBL - SMK Dato Bentara Luar

SPSS - Statistical Packages for Social Sciences (SPSS)

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

S.W.T. - Subhanahu Wa Ta’ala

TS - Tidak Setuju

TV - Televisyen

UM - Universiti Malaya

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Y.A.B - Yang Amat Berhormat

Page 18: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Surat Kebenaran Memasuki Perpustakaan

(Perpustakaan Sultanah Zanariah)

C Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan

D Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat

E Surat Kebenaran Jabatan (PPIPS)

F Surat Kebenaran KPM

Page 19: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Al-Quran adalah Kalamullah wahyu terakhir yang diturunkan oleh Allah S.W.T.

kepada Nabi akhir zaman yang sekaligus juga sebagai penutup agama Samawi berikut

ajaran-ajarannya, Ia membenarkan ajaran kitab sebelumnya, dan juga menyempurnakan

hukum-hukum Allah pada kitab sebelumnya sehingga terbentuk suatu ajaran yang

universal dari pelbagai aspek sama ada dari sudut material, spiritual, jasmaniah,

rohaniah, dunia dan juga akhirat. (Drs. Hanafi Mohamed, 1996: 4).

Al-Quran juga merupakan wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi

Muhammad s.a.w. untuk menjadi pedoman dan pegangan hidup seluruh umat manusia.

Malah al-Quran juga merupakan kitab suci dari Allah yang mengandungi peraturan yang

amat lengkap dan sempurna dalam mengatur segala aspek kehidupan manusia yang

wajib diimani dan diyakini untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Page 20: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

2

Sebagai umat Islam, kita wajib meyakini bahawa al-Quran mengandungi ilmu

pengetahuan yang penuh hikmah yang bermanfaat untuk kepentingan dan keperluan

manusia yang beriman dan berfikir iaitu yang mencakupi segala peraturan-peraturan

hukum, politik, ekonomi, filsafat, teknologi, pendidikan dan sebagainya.

Firman Allah S.W.T.:

tΑ t“Ρr& uρ ª!$# šø‹ n=tã |=≈ tGÅ3 ø9 $# sπ yϑõ3 Ït ø:$# uρ šyϑ©= tã uρ $tΒ öΝ s9 ⎯ ä3 s?

ãΝ n=÷ès? 4 šχ% x. uρ ã≅ ôÒsù «!$# y7 ø‹ n=tã $VϑŠ Ïà tã ∩⊇⊇⊂∪

Ertinya: “Dan Allah telah menurunkan Kitab dan hikmah kepadamu, dan Telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui. dan adalah kurnia Allah sangat besar atasmu.”

(Surah An-Nisa: 113)

Ini terbukti bahawa ayat yang pertama diturunkan kepada Rasulullah S.A.W.

sebenarnya merangsang dan menyuruh manusia melibatkan diri di dalam pendidikan,

menyuruh manusia belajar menulis dan membaca. Lima ayat pertama di dalam surah al-

Alaq jelas menggambarkan saranan-saranan ini. (Prof Madya Dr Hj Nasseri Taib, 1994:

4) iaitu firman Allah S.W.T.:

ù& t ø% $# ÉΟ ó™ $$Î/ y7 În/ u‘ “Ï% ©! $# t, n=y{ ∩⊇∪ t, n=y{ z⎯≈ |¡ΣM}$# ô⎯ ÏΒ @, n=tã ∩⊄∪

ù& t ø% $# y7 š/ u‘ uρ ãΠ t ø. F{ $# ∩⊂∪ “Ï% ©! $# zΟ ¯=tæ ÉΟ n=s) ø9 $$Î/ ∩⊆∪ zΟ ¯=tæ z⎯≈ |¡ΣM}$#

$tΒ óΟ s9 ÷Λ s>÷ètƒ ∩∈∪

Page 21: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

3

Ertinya: “1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu

yang Menciptakan, 2. Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. 3. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah,4. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam, 5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

(Al-Alaq: 1-5)

Ayat di atas menegaskan bahawa suruhan iqra’ atau membaca. Menurut Mohd

Tarmizi Samsi (1995:33) “Jika dihayati perintah Allah S.W.T ini sebenarnya merupakan

kunci kejayaan dan kefardhuan kepada umat Islam. Contohnya kita difardhukan untuk

membaca dan mempelajari al-Quran, membacanya dikira sebagai satu ibadah dan usaha

menyelidikinya harus dipergiatkan untuk mencungkil lebih banyak maklumat dan

pengetahuan darinya.” Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi,

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan

mengerjakan sembahyang dan membaca al-Quran”

Ini bererti amalan membaca al-Quran di rumah adalah sesuatu yang baik dan

perlu dijadikan suatu budaya dan menjadi satu amalan biasa yang mudah dilaksanakan

oleh setiap umat Islam agar ia diberi rahmat dan cahaya serta petunjuk daripada Allah

sebagaimana firman Allah S.W.T.:

y7 Ï9≡ sŒ Ü=≈tGÅ6 ø9 $# Ÿω |= ÷ƒ u‘ ¡ Ïμ‹ Ïù ¡ “W‰èδ z⎯Š É) −Fßϑù=Ïj9 ∩⊄∪

Ertinya: “Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; menjadi petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.”

(Al-Baqarah: 2)

Page 22: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

4

Akan tetapi daripada pembacaan tersebut mestilah disertai dengan pemahaman

serta penghayatan agar pembacaan itu bukan sekadar bacaan sahaja kerana di dalam al-

Quran terdapat pelbagai ilmu yang menjadi panduan di dalam kehidupan di setiap

zaman. Dengan membaca al-Quran, seseorang hamba Allah itu juga akan mendapat

pahala ibadat.

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Ajmain Safar (1996:4), kebimbangan terhadap masalah “buta al-Quran”

di kalangan generasi Muslim telah mula dirasai. Yang lebih dibimbangi dilema ini

melanda di kalangan pelajar-pelajar tidak kira di peringkat sekolah menengah mahupun

di pusat-pusat Pengajian Tinggi yang bakal menjadi tonggak mentadbir Negara pada

masa akan datang. “Buta al-Quran” sebenarnya adalah lebih merbahaya dari gejala buta

huruf di kalangan masyarakat Muslim.

Menyedari hakikat yang begitu membimbangkan, Y.A.B Dato’ Haji Abd. Ghani

bin Othman, Menteri Besar Johor ketika dalam rangka lawatan ke Jabatan Agama Johor

pada 14 Jun 1995 telah mencetuskan idea supaya pihak Jabatan Agama Johor merangka

dan mengadakan satu program membudayakan al-Quran agar masalah “buta al-Quran”

di kalangan generasi Muslim dapat diatasi. Pada 6 Februari 1996, Duli Yang Maha

Mulia Sultan Iskandar Ibn Al-Marhum Sultan Ismail telah berkenan untuk melancarkan

program ini di Masjid Sultan Ibrahim, Muar (Ajmain Safar, 1996: 13)

Berdasarkan kepada pengalaman penyelidik sendiri ketika menjalani latihan

mengajar di Sekolah Menengah Dato Bentara Luar, penyelidik mendapati terdapat

Page 23: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

5

pelajar yang tidak mahir dalam penguasaan hukum tajwid malah terdapat juga pelajar

yang tidak tahu membaca al-Quran. Ini amat membimbangkan kerana seharusnya pelajar

di sekolah menengah telah tahu membaca al-Quran dan dapat membaca al-Quran dengan

lancar dan secara bertajwid. Mereka tidak menitik beratkan hukum tajwid ketika

membaca al-Quran. Keadaan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan kemukjizatan ayat-

ayat suci al-Quran. Apabila hukum tajwid ini diambil ringan, maka sudah tentu

menjejaskan hukum bacaan malah akan merosakkan makna sesuatu ayat bahkan boleh

mengubah makna dalam ayat al-Quran. Sedangkan al-Quran itu sendiri sebagai asas

ibadah dan sumber asas hukum bagi seluruh umat islam yang perlu dipelihara oleh umat

Islam. Oleh itu, masalah ini perlu dipandang serius oleh semua pihak agar ‘buta al-

Quran’ tidak menjadi barah dalam masyarakat Islam pada masa kini.

1.3 Pernyataan Masalah

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bentara Luar, merupakan salah sebuah

sekolah di Johor yang melaksanakan Program Membudayakan al-Quran. Sekolah ini

mempunyai dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan petang dan mempunyai jadual yang

tetap dalam melaksanakan program ini. Semua pelajar diwajibkan untuk mengikuti

program ini. Pelaksanaan Program Membudayakan al-Quran di sekolah sekurang-

kurangnya dapat mengurangkan masalah “buta al-Quran” yang melanda di kalangan

pelajar-pelajar Islam.

Walaupun Program Membudayakan al-Quran telah dilaksanakan di sekolah-

sekolah negeri Johor Darul Takzim selama 10 tahun namun masih terdapat pelajar yang

tidah tahu membaca al-Quran walaupun telah berada di sekolah menengah. Ini amat

membimbangkan kerana merekalah yang akan menjadi pemimpin masa akan datang.

Page 24: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

6

Oleh itu, melalui latar belakang masalah di atas, maka penyelidik ingin mengenal

pasti apakah persepsi pelajar yang telah melaksanakan program ini terhadap PMQ?

Selain itu, aspek yang ingin dikaji oleh penyelidik juga ialah merangkumi kepentingan

PMQ dalam meningkatkan tahap keupayaan pembacaan al-Quran mengikut hukum

tajwid. Adakah PMQ dapat membantu para pelajar secara langsung dalam pembacaan

al-Quran secara bertajwid? Inilah yang menjadi tanda tanya kepada penyelidik.

Perlu juga dikaji aspek faktor-faktor yang mempengaruhi keupayaan pembacaan

al-Quran mengikut hukum tajwid. Antara fakor yang mempengaruhi ialah faktor ibu

bapa, guru, sikap dan minat diri sendiri, rakan sebaya dan penggunaan bahan bantu

mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Penyelidik ingin mengenal

pasti apakah faktor yang paling mempengaruhi pelajar dalam pembacaan al-Quran

mengikut hukum tajwid.?

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah untuk:

1.4.1 Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap Program Membudayakan al-

Quran.

1.4.2 Mengenal pasti kepentingan Program Membudayakan al-Quran dalam

meningkatkan tahap keupayaan pembacaan al-Quran mengikut hukum

tajwid.

Page 25: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

7

1.4.3 Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi keupayaan pembacaan

al-Quran mengikut hukum tajwid.

1. 5 Persoalan Kajian

Penyelidik amat berharap agar kajian yang telah dijalankan ini dapat menjawab

beberapa persoalan seperti mana yang telah dinyatakan di bawah:

1.5.1 Apakah persepsi pelajar terhadap Program Membudayakan al-Quran?

1.5.2 Apakah kepentingan Program Membudayakan al-Quran dalam

meningkatkan tahap keupayaan pembacaan al-Quran mengikut hukum

tajwid?

1.5.3 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi keupayaan pembacaan al-

Quran mengikut hukum tajwid?

1.6 Kepentingan Kajian

Penyelidik berharap melalui kajian yang dijalankan ini, ia dapat memberi satu

gambaran tentang persepsi pelajar SMKDBL terhadap Program Membudayakan al-

Quran. Oleh itu, ia diharap dapat membantu pihak tertentu untuk mengambil langkah

bagi mempertingkatkan lagi kemahiran bacaan al-Quran secara bertajwid dalam

Page 26: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

8

kalangan pelajar Islam. Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan.

Antaranya ialah:

1.6.1 Hasil kajian ini dapat memberi gambaran terhadap tahap keupayaan

pembacaan al-Quran mengikut hukum tajwid dalam kalangan pelajar

SMKDBL.

1.6.2 Dapatan kajian ini dapat membantu Jabatan Agama Johor mengenal pasti

kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam Program Membudayakan al-

Quran dalam usaha meningkatkan tahap keupayaan pembacaan al-Quran

mengikut hukum tajwid di kalangan pelajar.

1.6.3 Dapatan kajian ini juga dapat memberi gambaran kepada Kementerian

Pelajaran Malaysia untuk merancang dan merangka strategi yang lebih

berkesan bagi mengatasi masalah buta al-Quran di kalangan pelajar

Islam.

1.6.4 Dapatan kajian ini dapat membantu pihak sekolah untuk menyediakan

program-program yang dapat meningkatkan minat pelajar terhadap

pembacaan al-Quran.

1.6.5 Dapatan kajian ini dapat membantu guru-guru memperbaiki kaedah

pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar semasa

pembelajaran al-Quran.

1.6.6 Dapatan kajian ini dapat membantu ibu bapa bagi merancang langkah-

langkah yang perlu untuk membantu mempertingkatkan lagi tahap

kemahiran bacaan al-Quran bertajwid di kalangan anak-anak.

Page 27: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

9

1.7 Batasan dan Skop Kajian

Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bentara Luar, Batu

Pahat, Johor yang melibatkan pelajar-pelajar Islam tingkatan 4 seramai 99 orang

responden yang telah dipilih secara rawak daripada jumlah keseluruhan pelajar Islam

tingkatan empat adalah seramai 241 orang.

Skop kajian ini menumpukan kepada tiga aspek iaitu tahap pengetahuan pelajar

terhadap terhadap PMQ, kepentingan PMQ dalam meningkatkan tahap keupayaan

pembacaan al-Quran mengikut hukum tajwid dan faktor-faktor yang mempengaruhi

keupayaan pembacaan al-Quran mengikut hukum tajwid. Faktor-faktornya ialah Ibu

bapa, sikap dan minat diri sendiri, guru, rakan sebaya, dan penggunaan bahan bantu

mengajar (BBM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

1.8 Definisi Istilah

Beberapa istilah penting daripada tajuk kajian ini perlu diterangkan dengan lebih

terperinci untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam bagi memudahkan

penyelidik melakukan kajian. Dalam kajian ini beberapa definisi digunakan dan berikut

merupakan maksud setiap perkataan. Definisi tajuk kajian ialah “Persepsi pelajar

terhadap Program Membudayakan al-Quran dalam meningkatkan tahap keupayaan

pembacaan al-Quran mengikut hukum tajwid. Satu kajian di SMK Dato Bentara Luar”.

Page 28: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

10

1.8.1 Persepsi

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002:1025) menyatakan bahawa persepsi

adalah gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan

(menerusi pancaindera) atau tanggapan.

Persepsi yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah pandangan pelajar terhadap

pengetahuan berkaitan Program Membudayakan al-Quran, pandangan pelajar terhadap

kepentingan Program Membudayakan al-Quran dalam meningkatkan tahap kemahiran

bacaan al-Quran bertajwid serta pandangan terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi

tahap keupayaan pembacaan al-Quran mengikut hukum tajwid.

1.8.2 Pelajar

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002:18), pelajar bermaksud orang yang

belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya) atau orang yang

mengaji (menyelidiki ilmu).

Pelajar yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah pelajar-pelajar tingkatan

empat di SMK Dato Bentara Luar, Batu Pahat, Johor

Page 29: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

11

1.8.3 Program

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002:1057), program adalah rancangan

yang menentukan dasar-dasar yang akan dijalankan (dalam pembangunan negara,

perekonomian, dan lain-lain). Ia juga didefinisikan sebagai asusunan rancangan seperti

drama, muzik, filem, dan sebagainya yang ditonton di TV atau didengar di radio.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, program yang dimaksudkan adalah Program

Membudayakan Al-Quran di SMKDBL.

1.8.4 Membudayakan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002: 180), membudayakan adalah mengajar

atan mendidik seseorang (masyarakat dan lain-lain) supaya berbudaya. Ia juga

didefinisikan sebagai membiasakan sesuatu perilaku (perbuatan dan lain-lain) yang baik

supaya berbudaya dan beradab.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, membudayakan bermaksud membiasakan

pelajar dengan budaya al-Quran dalam meningkatkan tahap keupayaan pembacaan al-

Quran mengikut hukum tajwid.

Page 30: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

12

1.8.5 Al-Quran

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002:1081), al-Quran ialah kitab suci yang

diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk menjadi panduan

hidup manusia (untuk dunia dan akhirat).

Dr. Adel M.Abdulaziz etl. (2006:1) mendefinisikan al-Quran sebagai Kalam

Allah S.W.T. yang diturunkan kepada hamba dan rasul-Nya Muhammad s.a.w. yang

merupakan mukjizat yang kekal abadi kepada seluruh alam walau dengan satu surah

yang pendek sekalipun.

Drs. Hanafi Mohamed (1996: 4) mendefinisikan al-Quran sebagai wahyu Allah

yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk menjadi pedoman dan pegangan

hidup seluruh umat manusia.

Al-Qur’an dalam kajian ini bermaksud Program Membudayakan Al-Quran yang

telah dijalankan di SMK Dato Bentara Luar, Batu Pahat, Johor. Program ini merupakan

satu program yang dirancang dan dilaksanakan oleh Jabatan Agama Johor.

Page 31: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

13

1.8.6 Meningkatkan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002: 1454), meningkatkan bermaksud

meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain),

serta memperhebat.

Istilah meningkatkan dalam kajian ini menerangkan tentang meningkatkan tahap

keupayaan pembacaan al-Quran mengikut hukum tajwid. Dengan erti kata lain,

mencapai tahap yang paling baik iaitu kemampuan seseorang membaca al-Quran dengan

baik dan sempurna daripada sudut sebutan huruf, hukum tajwid, kelancaran dan

sebagainya.

1.8.7 Tahap Keupayaan

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002:1343) mendefinisikan tahap sebagai peringkat

atau tingkat. Manakala keupayaan berasal dari perkataan ‘upaya’ yang membawa

maksud kesanggupan (kebolehan) untuk mencapai atau melakukan sesuatu dan juga

didefinisikan sebagai kemampuan. (Kamus Dewan Edisi Ketiga 2002: 1527).

Tahap keupayaan menurut kajian ini ialah tahap kebolehan pelajar untuk

membaca al-Quran dengan bertajwid.

Page 32: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

14

1.8.8 Bacaan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002: 82), bacaan ialah bahan untuk

dibaca. Ia juga didefinisikan sebagai cara membaca. Bacaan dalam konteks kajian ini

ialah gaya membaca al-Quran seseorang.

1.8.9 Tajwid

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002:1347), tajwid adalah ilmu (hukum)

yang berkaitan dengan lafaz atau sebutan yang betul dan tepat dalam bacaan al-Quran.

Perkataan Tajwid pada bahasa arab ialah melakukan sesuatu dengan elok sempurna yang

berasal dari perkataan jawwada, manakala pada istilah pula adalah ilmu yang boleh

mengenalkan tempat bagi tiap-tiap huruf dengan memberi apa yang patut baginya dari

segi sifat-sifat huruf itu seperti menyatakan atau menyembunyikan atau apa yang

dimestikan bagi huruf-huruf itu dari sifat-sifat luar dari segi panjang, pendek, tebal nipis

dan sebagainya.

Page 33: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM ... DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR. SESI PENGAJIAN : 200812009 Say.:

15

1.9 Kesimpulan

Program membudayakan al-Quran ini merupakan salah satu cara untuk

mengatasi masalah buta huruf yang begitu membimbangkan di kalangan umat Islam.

Kajian yang dijalankan ini akan memberi faedah dan manfaat kepada pihak-pihak

berkenaan dalam merancang sesuatu program supaya dapat memberi lebih kebaikan

kepada peserta program terutamanya mengenai pembacaan al-Quran secara bertajwid.