web viewcerpen yang memenangi hadiah sastera ... sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat...

4
SOALAN 3A (BAHAGIAN MORFOLOGI) Soalan membina ayat dengan pasangan kata dasar dengan kata ganda 1. Gendang – gegendang 2. Rambut-rerambut 3. Jentik-jejentik 4. Marah-marah-marah 5. Mati-mati-mati 6. Diam-diam-diam Soalan membina ayat daripada pasangan kata yang berbeza makna tapi hampir sama bunyi. 1. Sahsiah-siasah-siaga 2. Tragedi-tradisi-transaksi 3. Pekasih-pengasih 4. Pesuruh-penyuruh 5. Majalah-masalah 6. Mujarab-mujarad 7. Muhibah-mukadimah

Upload: dangkien

Post on 13-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Web viewCerpen yang memenangi hadiah sastera ... Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk,perasaan muhibah perlu ada untuk mengekalkan keharmonian

SOALAN 3A (BAHAGIAN MORFOLOGI)

Soalan membina ayat dengan pasangan kata dasar dengan kata ganda

1. Gendang – gegendang2. Rambut-rerambut3. Jentik-jejentik4. Marah-marah-marah5. Mati-mati-mati6. Diam-diam-diam

Soalan membina ayat daripada pasangan kata yang berbeza makna tapi hampir sama bunyi.

1. Sahsiah-siasah-siaga2. Tragedi-tradisi-transaksi3. Pekasih-pengasih4. Pesuruh-penyuruh5. Majalah-masalah6. Mujarab-mujarad7. Muhibah-mukadimah

Page 2: Web viewCerpen yang memenangi hadiah sastera ... Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk,perasaan muhibah perlu ada untuk mengekalkan keharmonian

JAWAPAN

1. Ismail sedang berlatih bermain gendang di pondok itu sebagai persediaan dalam pertandingan pancaragam sekolah.

2. Budak itu menjadi pekak kerana gegendang telinganya rosak tertusuk jarum peniti.3. Rambut anak perempuan Pak Ali sangat panjang dan lebat pula.4. Rerambut akar tumbuhan akan menyerap makanan untuk menyuburkan pokok

tersebut.5. Budak yang nakal itu terpaksa saya jentik telinganya supaya dia sedar akan

kesalahannya.6. Kita perlu menggunakan racun abate untuk membunuh jejentik.7. Kita tidak digalakkan untuk membiarkan perasaan marah berlarutan kerana akan

membawa pelbagai implikasi buruk.8. Pak Atan marah-marah apabila tanamannya dimakan oleh kambing jirannya.9. Tanaman milik penduduk kampung telah mati akibat dilanda banjir besar bulan lalu.10. Dia mati-mati mempertahankan pendapatnya walaupun ternyata pandangannya itu

tidak relevan dengan isu yang dibincangkan.11. Keluarganya telah diam di luar negara sejak dua puluh tahun yang lalu.12. Dalam diam-diam dia menyimpan hasrat untuk membeli sebuah rumah baharu.

1. SahsiahSetiap orang hendaklah berusaha membina sahsiah yang mulia dan terpuji dalam mengharungi hidup ini.

2. Siasah.Sesebuah negara itu tidak sepatutnya mencampuri urusan siasah negara lain untuk mengelakkan persengketaan.

3. SiagaPasukan tentera negara ini diarahkan bersiap siaga pada setiap masa untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

4. TragediCerpen yang memenangi hadiah sastera itu memaparkan tragedi kemalangan yang menimpa tiga adik-beradik kembar.

5. TradisiRakyat negara ini tidak wajar membelakangkan tradisi membaca di mana sahaja sekiranya berpeluang untuk mencapai hasrat negara menjadi negara maju.

Page 3: Web viewCerpen yang memenangi hadiah sastera ... Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk,perasaan muhibah perlu ada untuk mengekalkan keharmonian

6. TransaksiBeberapa orang pegawai bank yang menjadi dalang pengendalian transaksi wang secara haram telah ditahan polis.

7. Pekasih(jampi)Pemuda itu menggunakan pekasih untuk memikat gadis idamannya sekalipun diketahui hal itu menyallahi ajaran agama.

8. Pengasih.Ibu yang pengasih sangat prihatin akan kebajikan anak-anaknya.

9. PesuruhSeorang pesuruh telah diperintahkan oleh baginda untuk mempersilakan utusan dari negara asing itu masuk mengadap.

10 penyuruh (orang yang menyuruh)

Seseorang ketua wajar bertindak sebagai penyuruh yang bijak apabila menyampaikan

arahan kepada orang bawahannya.

10. MajalahSetiap bulan emak akan membeli beberapa majalah akademik untuk menambahkan pengetahuan am kami.

11. MasalahRamai pelajar mempunyai masalah untuk memahami mata pelajaran Matematik sejak pengajaran dan pembelajarannya menggunakan bahasa Inggeris.

12. MujarabUbaat sakit telinga yang diberi oleh Doktor Razi kepada adik sungguh mujarab kerana setengah jam sahaja adik sudah pulih.

13. MujaradSajak-sajak karya Latif Mohidin dikatakan karya yang berbentuk mujarad kerana sukar ditafsirkan oleh orang ramai.

14. MuhibaahSebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk,perasaan muhibah perlu ada untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan dalam kalangan rakyatnya.

15. Mukadimah

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah bersetuju menulis mukadimah dalam buku yang bertajuk “Guru Jurutera Sekolah”.

Page 4: Web viewCerpen yang memenangi hadiah sastera ... Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk,perasaan muhibah perlu ada untuk mengekalkan keharmonian

.