v e r s a t i l p e m i d a t o - pidatoperdana.com · tugasan #28: pidato di ambang sebuah...

120
PEMIDATO VERSATIL SIRI 28 UCAPAN™ KELAB PIDATO PERDANA Buku Panduan Asas

Upload: dinhngoc

Post on 10-Aug-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PEMIDATO VERSATIL

SIRI 28 UCAPAN™

KELAB PIDATO PERDANABuku Panduan Asas

Pemidato Versatil ____________________________

Siri 28 Ucapan™

Sandy Tan

Kelab Pidato Perdana

Hak cipta © 2019 Tan Ai Ming

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang buku ini atau mana-mana

bahagian buku ini dalam apa juga bentuk tanpa mendapat kebenaran bertulis

daripada pemilik hak cipta.

Pengecualian:

Dibenarkan membuat salinan bahagian-bahagian yang diperlukan untuk kegunaan

dalam program Kelab Pidato Perdana.

ISBN 978-967-12095-9-2

Diterbit oleh:

Kelab Pidato Perdana

6-3, Jalan PJS 8/4,

Sunway Mentari,

46000 Petaling Jaya,

Selangor, Malaysia

KANDUNGAN

Mukadimah 1

UCAPAN UNTUK MEMBERITAHU

Tugasan #1: Taklimat 2

Tugasan #2: Tunjuk Cara 6

Tugasan #3: Taklimat Teknikal 10

Tugasan #4: Menyampaikan Bahan Teknikal kepada Hadirin Bukan Teknikal 14

Tugasan #5: Menerangkan Konsep Mujarad 18

Tugasan #6: Laporan 22

Tugasan #7: Memperkenalkan Penceramah 26

UCAPAN UNTUK MENGHIBURKAN

Tugasan #8: Cerita Rakyat 30

Tugasan #9: Kisah Peribadi 34

Tugasan #10: Kisah Dalam Sejarah 38

Tugasan #11: Cerita Misteri / Mistik 42

Tugasan #12: Membaca Sebuah Cerita 46

Tugasan #13: Ucapan Lawak 50

Tugasan #14: Menggunakan Jenaka Dalam Ucapan 54

UCAPAN UNTUK MEMUJUK

Tugasan #15: Ucapan Jualan 58

Tugasan #16: Mengemukakan Cadangan 62

Tugasan #17: Mendapatkan Sokongan Demi Perjuangan 66

Tugasan #18: Mendapatkan Sokongan Dalam Pemilihan 70

Tugasan #19: Mengemukakan Bantahan 74

Tugasan #20: Menghadapi Hadirin Yang Menentang 78

Tugasan #21: Sidang Akhbar 82

UCAPAN UNTUK MENGILHAMKAN

Tugasan #22: Mengilhamkan Khalayak 86

Tugasan #23: Memberi Dorongan 90

Tugasan #24: Ucaptama 94

Tugasan #25: Menerima Anugerah 98

Tugasan #26: Ucapan Penghormatan 102

Tugasan #27: Ucapan Pelepasan 106

Tugasan #28: Pidato Di Ambang Sebuah Pertarungan 110

Rekod Penyampaian Ucapan 114

1

MUKADIMAH

Isi kandungan buku ini pertama kali diterbitkan dengan judul Menjelajahi Dunia

Pidato Dalam 28 Langkah. Kini, ia diterbitkan dengan judul baru iaitu Pemidato

Versatil.

Buku panduan ini adalah hasil usaha selama empat setengah tahun. Sejak

penubuhan Kelab Pidato Perdana pada April 2009, kami telah memulakan siri

latihan untuk mempelajari cara menyampaikan “pelbagai jenis ucapan”. Kami

telah menetapkan bahawa siri ini bakal mengandungi 28 jenis ucapan atau

tugasan. Sebelum setiap sesi latihan dijalankan yang melibatkan tugasan baru, saya

telah membuat penyelidikan dan menyediakan panduan untuk tugasan berkenaan.

Setelah para peserta menggunakan panduan ini dalam sesi latihan, ia akan

disunting untuk penambahbaikan. Proses ini dilalui sebanyak 28 kali dan akhirnya

pada September 2013 semua bahan sudah lengkap dan buku pertama boleh

diterbitkan.

Secara lebih terperinci, 28 jenis ucapan ini terbahagi kepada 4 kumpulan iaitu

ucapan untuk memberitahu, ucapan untuk menghiburkan, ucapan untuk

memujuk dan ucapan untuk mengilhamkan. Setiap kumpulan mengandungi 7

tugasan. Panduan ringkas dan borang penilaian disediakan untuk setiap tugasan.

Buku panduan ini melengkapi buku panduan Anda Bisa Berbicara yang memberi

tumpuan kepada kaedah-kaedah pengucapan awam. Ia memberi tumpuan kepada

penggarapan isi secara lebih khusus tanpa mengabaikan kaedah-kaedah asas.

Diharap kedua-dua buku ini dapat menyumbang kepada pembentukan pemidato-

pemidato yang mantap di Kelab Pidato Perdana.

Penyampaian tugasan daripada Siri 28 Ucapan ini diambil kira dalam Sistem

Penarafan Pemidato di Kelab Pidato Perdana. Maka anda perlu rajin

menggunakan buku ini.

Selamat berlatih!

Sandy Tan

Januari 2019

2

• Ucapan untuk Memberitahu (Tugasan #1)

Taklimat

Apa itu taklimat?

Taklimat adalah penerangan ringkas

tentang sesuatu perkara. Ia biasanya

disampaikan di dalam suasana rasmi

dalam urusan perniagaan, perusahaan

atau kerajaan. Ia mungkin disampaikan

oleh pegawai atasan kepada pegawai

bawahan ataupun sebaliknya.

Tugasan ini tidak melibatkan taklimat

teknikal secara khusus kerana ianya

akan diberi perhatian di dalam tugasan

yang lain. Yang berikut adalah contoh-

contoh taklimat bukan teknikal:

- Pengurus syarikat menerangkan

peraturan-peraturan baru kepada para

kakitangan

- Pengurus bahagian menerangkan

fungsi bahagiannya kepada Ketua

Pegawai Eksekutif yang baru

- Penyelia kilang menerangkan sasaran

pengeluaran kepada pekerja-pekerja

kilang

- Pengurus bahagian jualan

menerangkan ciri-ciri model barangan

yang terbaru kepada wakil-wakil jualan

- Pegawai kerajaan menerangkan ciri-

ciri pakej rangsangan ekonomi kepada

ahli-ahli perniagaan

Cara membuat ucapan ini

1. Mulakan taklimat anda dengan

menyatakan matlamat yang ingin

dicapai. Sebuah taklimat perlu memiliki

matlamat yang amat jelas dan khusus.

Oleh kerana masa yang diperuntukkan

untuk sebuah taklimat biasanya terhad,

matlamat yang khusus akan membantu

anda memilih bahan yang perlu

disampaikan. Selepas menyatakan

matlamat anda, beri latar belakang

kepada taklimat ini (mengapa taklimat

ini diperlukan).

2. Seterusnya, senaraikan secara ringkas

perkara-perkara utama yang bakal

dibincangkan, ataupun beri ringkasan

aliran taklimat.

3. Kembangkan setiap perkara di atas

dengan memberi butir-butir terperinci.

Sentiasa cuba untuk mengurangkan

bahan yang disampaikan. Singkirkan

mana yang tidak menyumbang secara

langsung kepada matlamat anda.

4. Pastikan anda tidak membuang masa

pendengar kerana mereka telah

meluangkan masa dalam kesibukan

masing-masing untuk menghadiri sesi

taklimat anda. Sampaikan maklumat

yang penting sahaja, di dalam bentuk

3

yang mudah difahami dan mudah

digunakan. Sesuaikan taklimat anda

kepada tahap pengetahuan dan

pemahaman pendengar.

5. Setelah menyampaikan hujah-hujah

utama, beri peluang kepada para

pendengar untuk mengajukan soalan.

Jawab setiap soalan sebaik yang mampu

dan gunakan setiap kesempatan untuk

menekankan lagi hujah-hujah anda.

6. Akhiri taklimat anda dengan

menyatakan semula matlamat taklimat

ini dan perkara-perkara utama yang

telah dibincangkan. Buat seruan kepada

para pendengar untuk mengambil

sesuatu tindakan selaras dengan

matlamat taklimat ini.

7. Gunakan kesemua kemahiran

berpidato termasuk bahasa tubuh dan

kepelbagaian suara. Namun, gaya

penyampaian harus bersesuaian dengan

tajuk dan suasana.

Tugasan anda

Sampaikan sebuah taklimat di dalam

masa tidak melebihi 8 minit.

Seterusnya, kendalikan sesi soal jawab

dan buat penggulungan di dalam masa

tidak melebihi 4 minit.

Anda boleh menggunakan mimbar atau

paparan PowerPoint (atau alat bantu

pandang yang lain) jika perlu.

4

Borang Penilaian untuk

Taklimat

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

► Adakah matlamat taklimat ini cukup jelas dan dinyatakan dengan jelas?

► Adakah ringkasan di awal taklimat berjaya menyediakan pendengar untuk hujah-

hujah seterusnya?

► Adakah hujah-hujah disampaikan dengan jelas dan disokong dengan baik?

► Adakah penyampai menawarkan maklumat atau butir-butir yang tidak perlu atau

tidak penting?

5

► Adakah sesi soal jawab dikendalikan dengan baik?

► Adakah penutup berkesan?

► Adakah gaya penyampaian yang digunakan sesuai dengan tajuk dan suasana?

► Adakah anda berasa berbaloi meluangkan masa untuk mendengar taklimat ini?

6

• Ucapan untuk Memberitahu (Tugasan #2)

Tunjuk Cara

Apa itu tunjuk cara?

Tunjuk cara adalah ucapan di mana

penyampai memberi penerangan

mengenai sesuatu proses, kegiatan atau

barangan/benda menerusi kaedah

memperaga dan menunjuk (selain

menerusi penyampaian lisan). Kaedah

ini akan memudahkan hadirin

memahami sesuatu yang sukar difahami

jika ia disampaikan secara lisan sahaja.

Tunjuk cara boleh dilakukan dalam 3

cara, iaitu dengan:

a. Menggunakan pergerakan tubuh

(misalnya, menunjukkan gaya renang)

b. Mempamerkan barangan/benda

(misalnya, alat penapis air)

c. Mempamerkan model/replika

sesuatu benda (misalnya, model plastik

sebuah jantung)

Anda perlu memilih kaedah yang paling

sesuai untuk tujuan anda. Kaedah-

kaedah di atas juga boleh digabungkan,

misalnya anda boleh menunjukkan cara

bermain golf dengan mempamerkan

kayu dan bola golf serta menggunakan

pergerakan tubuh untuk menunjukkan

cara memukul bola golf.

Cara membuat ucapan ini

1. Mulakan ucapan anda dengan

memberitahu para hadirin matlamat

tunjuk cara ini dan mengapa maklumat

yang bakal disampaikan adalah penting

untuk mereka. Kemudian teruskan

dengan penerangan anda.

2. Bahagikan penerangan ini kepada

beberapa bahagian berdasarkan urutan

masa, fungsi atau perkara lain:

a. Penerangan untuk setiap bahagian

perlu jelas dan khusus, dan tidak terlalu

teknikal jika hadirin bukan daripada

golongan pakar. Hadkan penerangan

anda kepada perkara-perkara yang perlu

sahaja dan jangan menyimpang kepada

perkara-perkara yang tidak penting.

b. Ketika memberi penerangan untuk

suatu bahagian, terangkan juga kaitan di

antara bahagian ini dengan bahagian-

bahagian yang lain.

c. Setelah selesai memberi penerangan

untuk setiap bahagian, terangkan

bagaimana keseluruhan proses,

kegiatan atau barangan/benda ini

berfungsi.

3. Jika anda ingin mempamerkan

barangan/benda atau model/replika,

pamerkan benda ini sejenak sebelum

anda perlu menggunakannya. Berdiam

7

seketika untuk membenarkan hadirin

melihat dan memahaminya, sebelum

anda meneruskan penerangan anda.

Pastikan benda ini adalah cukup besar

dan dipamerkan di tempat yang mudah

dilihat. Jika ia dipegang, cuba

pamerkannya di sisi tubuh anda dan

tidak di hadapan tubuh anda agar ia

lebih mudah dilihat. Jika ia diletakkan

di atas meja, anda boleh berdiri di sisi

meja.

4. Anda perlu ingat bahawa

penyampaian lisan adalah dasar ucapan

ini (dan semua ucapan yang lain),

bukan benda atau pergerakan yang

ditunjukkan. Pastikan anda tidak

mengabaikan penyampaian lisan ini.

Kekalkan tatapan mata dengan hadirin

sepanjang masa anda membincangkan

benda yang dipamerkan.

5. Sebagai penutup, ulang matlamat

tunjuk cara ini diadakan dan minta

hadirin untuk memanfaatkan maklumat

yang telah disampaikan selaras dengan

matlamat itu.

Tugasan anda

Sampaikan sebuah ucapan tunjuk cara

di dalam masatidak melebihi 12 minit.

Sejauh yang boleh, pilih tajuk yang

sesuai dengan minat ataupun keperluan

ahli-ahli kelab.

8

Borang Penilaian untuk

Tunjuk Cara

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

► Adakah tajuk yang dipilih sesuai dengan minat atau keperluan hadirin?

► Adakah penyampai menggunakan kaedah tunjuk cara yang terbaik untuk tujuan

yang dinyatakan?

► Adakah bahagian penerangan dibahagikan secara tersusun kepada beberapa

bahagian kecil?

► Adakah penerangan untuk setiap bahagian cukup jelas dan khusus?

9

► Dapatkan anda memahami bagaimana keseluruhan proses, kegiatan atau

barangan/benda ini berfungsi?

► Adakah barangan/benda atau model/replika dipamerkan dengan baik dan

mudah dilihat?

► Adakah penyampai mengekalkan tatapan mata dengan hadirin ketika berucap?

► Adakah penutup berkesan?

10

• Ucapan untuk Memberitahu (Tugasan #3)

Taklimat Teknikal

Apa itu taklimat teknikal?

Taklimat teknikal adalah penerangan

ringkas tentang sesuatu perkara yang

mengandungi butir-butir teknikal.

Perkataan “teknikal”ditakrifkan di sini

sebagai “berkaitan dengan bidang

pengetahuan yang khusus dan sukar

difahami oleh mereka yang tiada asas di

dalam bidang berkenaan”. Namun

begitu, perkataan “teknikal” lebih lazim

digunakan untuk merujuk kepada

pengetahuan di dalam bidang sains dan

teknologi. Taklimat teknikal biasanya

disampaikan kepada hadirin yang

berkecimpung di dalam bidang yang

sama.

Yang berikut adalah contoh-contoh

taklimat teknikal:

- Seorang jurutera menerangkan kepada

para pembantunya cara sebuah jentera

berfungsi

- Seorang ahli sains membentangkan

butir-butir sebuah penemuan baru

kepada rakan-rakan sebidang

- Seorang doktor menerangkan

diagnosis seorang pesakit kepada para

jururawat yang menjaga pesakit itu

- Gabenor Bank Negara menerangkan

kepada pakar-pakar ekonomi kesan

yang dijangka berlaku hasil suatu

langkah yang bakal diambil oleh

kerajaan

Cara membuat ucapan ini

1. Mulakan taklimat anda dengan

menyatakan matlamat yang ingin

dicapai. Sebuah taklimat perlu memiliki

matlamat yang amat jelas dan khusus.

Oleh kerana masa yang diperuntukkan

untuk sebuah taklimat biasanya terhad,

matlamat yang khusus akan membantu

anda memilih bahan yang perlu

disampaikan. Selepas menyatakan

matlamat anda, beri latar belakang

kepada taklimat ini (mengapa taklimat

ini diperlukan).

2. Seterusnya, senaraikan secara ringkas

perkara-perkara utama yang bakal

dibincangkan, ataupun beri ringkasan

aliran taklimat.

3. Kembangkan setiap perkara di atas

dengan memberi butir-butir terperinci.

Nyatakan sumber maklumat anda di

mana perlu. Sentiasa cuba untuk

mengurangkan bahan yang

disampaikan. Singkirkan mana yang

tidak menyumbang secara langsung

kepada matlamat anda. Butir-butir

11

teknikal mesti disampaikan dengan jelas

dan tepat.

4. Sesuaikan taklimat anda kepada

tahap pengetahuan dan pemahaman

pendengar. Namun begitu, pendengar

di sini dianggap memiliki pengetahuan

asas di dalam bidang berkenaan. Anda

digalakkan untuk menggunakan alat

bantu pandang yang bagi membantu

hadirin memahami butir-butir teknikal.

5. Setelah menyampaikan hujah-hujah

utama, beri peluang kepada para

pendengar untuk mengajukan soalan.

Jawab setiap soalan sebaik yang mampu

dan gunakan setiap kesempatan untuk

menekankan lagi hujah-hujah anda.

6. Akhiri taklimat anda dengan

menyatakan semula matlamat taklimat

ini dan perkara-perkara utama yang

telah dibincangkan. Buat seruan kepada

para pendengar untuk mengambil

sesuatu tindakan selaras dengan

matlamat taklimat ini.

7. Gunakan kesemua kemahiran

berpidato termasuk bahasa tubuh dan

kepelbagaian suara untuk menambah

minat pendengar.

Tugasan anda

Sampaikan sebuah taklimat teknikal di

dalam masa tidak melebihi 8 minit.

Seterusnya, kendalikan sesi soal jawab

dan buat penggulungan di dalam masa

tidak melebihi 4 minit.

Anda boleh menggunakan mimbar atau

paparan PowerPoint (atau alat bantu

pandang yang lain) jika perlu.

12

Borang Penilaian untuk

Taklimat Teknikal

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

► Adakah matlamat taklimat ini cukup jelas dan dinyatakan dengan jelas?

► Adakah ringkasan di awal taklimat berjaya menyediakan pendengar untuk hujah-

hujah seterusnya?

► Adakah hujah-hujah disampaikan dengan jelas dan disokong dengan baik?

► Adakah butir-butir teknikal disampaikan dengan tepat dan tanpa ragu-ragu?

13

► Adakah penyampai memanfaatkan alat bantu pandang bagi menambah

keberkesanan ucapan?

► Adakah sesi soal jawab dikendalikan dengan baik?

► Adakah penutup berkesan?

► Beri ulasan tentang bahasa tubuh dan kepelbagaian suara penyampai.

14

• Ucapan untuk Memberitahu (Tugasan #4)

Menyampaikan Bahan Teknikal kepada

Hadirin Bukan Teknikal

Apa maksud menyampaikan bahan

teknikal kepada hadirin bukan

teknikal?

Di dalam tugasan sebelum ini (#3),

anda telah belajar untuk menyampaikan

sebuah taklimat teknikal kepada hadirin

yang dianggap memiliki asas di dalam

bidang berkenaan. Perkataan “teknikal”

ditakrifkan sebagai “berkaitan dengan

bidang pengetahuan yang khusus dan

sukar difahami oleh mereka yang tiada

asas di dalam bidang berkenaan”.

Untuk tugasan ini, anda akan

menyampaikan ucapan anda kepada

hadirin yang tiada asas di dalam bidang

berkenaan iaitu hadirin “bukan

teknikal”. Sudah tentu, anda perlu

menggunakan pendekatan yang

berbeza.

Cara membuat ucapan ini

1. Mulakan ucapan anda dengan

menarik perhatian dan minat hadirin.

Sebut perkara pokok yang anda ingin

sampaikan dan mengapa para

pendengar perlu memahami perkara

ini. Gunakan bahasa tubuh dan

kepelbagaian suara yang menarik (di

sini dan di sepanjang ucapan) agar

hadirin terus mengikuti ucapan anda.

2. Di dalam ucapan ini, anda perlu

menyampaikan bahan yang rumit di

dalam bentuk yang mudah difahami:

a. Elakkan daripada menggunakan

istilah-istilah yang khusus kepada

bidang berkenaan. Sebaliknya, gunakan

istilah-istilah umum dan seharian. Jika

anda terpaksa menggunakan istilah

khusus, pastikan anda memberi

takrifnya dengan jelas.

b. Gunakan ayat-ayat yang singkat serta

kata-kata kerja. Kurangkan penggunaan

perkataan-perkataan yang mujarad.

c. Gunakan kaedah perbandingan (yang

menunjukkan ciri-ciri persamaan)

untuk menggambarkan konsep anda.

d. Pastikan susunan ucapan anda jelas

dan mudah diikuti. Anda perlu

menyebut setiap langkah mengikut

urutan logik termasuk ayat-ayat

peralihan. Anda tidak boleh

menganggap pendengar mampu

membuat kesimpulan sendiri. Namun

begitu, anda tidak boleh bercakap

15

dengan pendengar seolah-olah mereka

amat bodoh.

e. Anda amat digalakkan untuk

menggunakan alat bantu pandang bagi

membantu hadirin menangkap konsep

yang ingin disampaikan. Alat bantu

pandang yang dipilih mestilah mudah

difahami.

3. Anda perlu peka kepada maklum

balas daripada pendengar sepanjang

ucapan anda. Jika mereka mula nampak

bosan ataupun semakin “sesat”, anda

perlu menarik minat mereka kembali.

Ketika berhadapan dengan hadirin

bukan teknikal, adalah lebih baik jika

anda memberi peluang kepada mereka

untuk bertanya soalan pada bila-bila

masa sepanjang penyampaian anda. Jika

mereka tidak memahami sesuatu dan

tidak berpeluang bertanya, mereka

tidak dapat mengikuti penjelasan

seterusnya dan akan berhenti memberi

perhatian.

4. Di dalam penutup, ulang langkah-

langkah yang penting di dalam

penjelasan anda sebagai rumusan.

Akhiri dengan kesimpulan dan seruan.

Tugasan anda

Sampaikan sebuah ucapan di mana

anda menyampaikan bahan teknikal

kepada hadirin bukan teknikal. Masa

yang diberi ialah tidak melebihi 12

minit termasuk soal jawab.

Anda boleh menggunakan paparan

PowerPoint (atau alat bantu pandang

yang lain) jika perlu.

16

Borang Penilaian untuk

Menyampaikan Bahan Teknikal kepada Hadirin Bukan Teknikal

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

► Adakah penyampai memilih tajuk yang sesuai dengan kepentingan dan minat

pendengar?

► Adakah pembukaan ucapan berjaya menarik minat pendengar?

► Adakah penyampai menggunakan istilah-istilah dan ayat-ayat yang mudah

difahami?

► Adakah penyampai menggunakan kaedah perbandingan dengan berkesan?

17

► Adakah penyampai menyusun ucapan dengan baik dan menyebut setiap langkah

secara logik?

► Adakah penyampai memanfaatkan alat bantu pandang bagi menambah

keberkesanan ucapan?

► Adakah penyampai peka kepada maklum balas pendengar sepanjang ucapan?

► Adakah anda memahami apa yang cuba disampaikan oleh penyampai?

18

• Ucapan untuk Memberitahu (Tugasan #5)

Menerangkan Konsep Mujarad

Apa maksud menerangkan konsep

mujarad?

Perkataan “mujarad” (abstrak)

ditakrifkan sebagai “wujud di dalam

pemikiran tetapi tidak wujud secara

fizikal” ataupun “berdasarkan sebuah

gagasan am dan tidak berdasarkan

orang, benda atau keadaan yang

khusus”. Yang berikut ialah contoh-

contoh konsep mujarad:

- Kata nama yang tidak wujud secara

fizikal seperti kebahagiaan, kebebasan,

masa dll.

- Kata nama yang wujud di dalam

bentuk fizikal tetapi diasingkan sebagai

sebuah konsep am, misalnya konsep

“kucing” sebagai sebuah ideal yang

wujud sebelum terbentuknya kucing-

kucing yang nyata

- Gagasan atau teori di dalam bidang

sains, falsafah, sejarah dll.

Konsep yang mujarad adalah lebih

sukar untuk dijelaskan berbanding

perkara yang menyentuh benda nyata.

Di dalam tugasan ini, anda akan

menerangkan sebuah konsep mujarad

kepada para pendengar.

Cara membuat ucapan ini

1. Biasanya sesebuah konsep mujarad

mempunyai ruang lingkup yang agak

luas. Anda perlu menghadkan ruang

lingkup ucapan anda mengikut masa

yang diperuntukkan dan berdasarkan

perkara paling utama yang anda ingin

sampaikan. Menentukan ruang lingkup

anda pada peringkat awal membuat

persediaan akan membolehkan anda

menjalankan penyelidikan yang

tertumpu dan berkesan. Sebagai

contoh, konsep kebebasan boleh

dijuruskan kepada kebebasan peribadi

manakala teori graviti boleh dijuruskan

kepada satu penggunaan sahaja.

2. Mulakan ucapan anda dengan

menyatakan tajuk atau perkara yang

akan dibentangkan. Untuk membantu

para pendengar memahami konteks

tajuk ini, maklumkan kepada mereka

bahawa ia merupakan sebahagian

daripada sebuah konsep yang lebih

luas. Tunjukkan kaitan di antara konsep

am dan tajuk anda yang khusus.

3. Anda boleh menambah minat

pendengar dengan memberitahu

mereka perihal pentingnya tajuk ini

untuk mereka.

19

4. Seterusnya, huraikan tajuk atau

perkara yang anda bawa itu. Gunakan

contoh-contoh yang nyata untuk

membantu para pendengar memahami

pembentangan anda. Anda boleh

menggunakan kisah-kisah benar,

keputusan uji kaji, kaedah

perbandingan (yang menunjukkan ciri-

ciri persamaan) dengan sesuatu yang

nyata, dll. Anda perlu membantu

hadirin untuk menggambarkan konsep

mujarad ini agar ia tidak mujarad lagi.

5. Pastikan susunan ucapan anda jelas

dan mudah diikuti.

6. Anda digalakkan untuk

menggunakan alat bantu pandang bagi

membantu hadirin memahami konsep

yang ingin disampaikan.

7. Gunakan bahasa tubuh dan

kepelbagaian suara yang menarik agar

hadirin terus mengikuti ucapan anda.

8. Di dalam penutup, rumuskan bahan

yang telah disampaikan dan tunjukkan

kepada para pendengar bagaimana

mereka boleh memanfaatkan ilmu yang

baru ini di dalam kehidupan seharian.

Tugasan anda

Sampaikan sebuah ucapan untuk

menerangkan suatu konsep mujarad.

Masa yang diberi ialah tidak melebihi

12 minit.

Anda boleh menggunakan paparan

PowerPoint (atau alat bantu pandang

yang lain) jika perlu.

20

Borang Penilaian untuk

Menerangkan Konsep Mujarad

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

► Adakah penyampai menghadkan ruang lingkup ucapan kepada perkara khusus

yang mudah diuruskan?

► Adakah penyampai berjaya menarik minat para pendengar pada awal ucapan?

► Adakah penyampai menggunakan contoh-contoh yang nyata untuk

menghuraikan tajuknya?

► Adakah penyampai berjaya mengubah konsep mujarad menjadi tidak mujarad?

21

► Adakah penyampai menyusun ucapan dengan baik?

► Adakah penyampai memanfaatkan alat bantu pandang bagi menambah

keberkesanan ucapan?

►Beri ulasan tentang bahasa tubuh dan kepelbagaian suara penyampai.

► Adakah penutup jelas dan berkesan?

22

• Ucapan untuk Memberitahu (Tugasan #6)

Laporan

Apa itu laporan?

Laporan merupakan hasil daripada

sebuah penyelidikan. Ia biasanya

disampaikan kepada pihak atasan

ataupun pihak yang berkuasa membuat

keputusan berdasarkan laporan

tersebut. Kerap kali pihak itu jugalah

yang telah meminta agar laporan itu

disediakan dan dibentangkan.

Sesebuah laporan biasanya terdiri

daripada laporan bertulis dan laporan

lisan di mana laporan lisan adalah

ringkasan kepada laporan bertulis yang

lebih panjang dan terperinci.

Yang berikut adalah contoh-contoh

laporan:

- Laporan pencapaian/kemajuan

syarikat atau mana-mana

bahagian/projek

- Laporan peluang-peluang pelaburan

untuk syarikat

- Laporan kerja (apa yang telah

dilakukan)

- Laporan kemalangan

- Laporan untuk mengesahkan (atau

tidak) suatu dakwaan

Cara membuat ucapan ini

1. Mulakan laporan anda dengan

menyebut perkara utama yang akan

disentuh (laporan ini adalah mengenai

apa) dan ruang lingkup laporan ini.

Ruang lingkup sesebuah laporan perlu

khusus. Seterusnya, beri latar belakang

kepada laporan ini (mengapa laporan

ini diperlukan). Namun begitu, elakkan

daripada memberi latar belakang yang

terlalu umum atau panjang lebar.

2. Seterusnya, senaraikan secara ringkas

penemuan-penemuan utama yang akan

dibentangkan di dalam laporan ini,

ataupun beri ringkasan aliran laporan.

3. Sebelum masuk kepada butir-butir

penemuan, terangkan serba sedikit

mengenai proses penyelidikan anda –

sumber maklumat, kaedah analisis dan

dasar membuat penilaian. Sebagai

contoh, jika anda telah menjalankan

sebuah tinjauan, anda perlu

menberitahu bagaimana sampel dipilih,

apakah saiz sampel, soalan-soalan yang

ditanya, kaedah semakan yang

digunakan, dll.

4. Bentangkan setiap penemuan anda di

atas bersama dengan bukti-buktinya.

Bahagian ini perlu diberi keutamaan.

23

5. Sesuaikan laporan anda kepada tahap

pengetahuan dan pemahaman

pendengar. Anda digalakkan untuk

menggunakan alat bantu pandang

terutamanya ketika memberi

penerangan yang melibatkan angka atau

perangkaan.

6. Setelah menyampaikan hujah-hujah

utama, beri peluang kepada para

pendengar untuk mengajukan soalan.

7. Di dalam penutup, beri saranan anda

untuk menyelesaikan masalah atau

merungkai isu yang dihadapi. Jika anda

tiada saranan yang kukuh, anda boleh

menggariskan kekuatan dan kelemahan

laporan anda dan membiarkan

pendengar membuat penilaian sendiri.

8. Gunakan kesemua kemahiran

pengucapan awam termasuk bahasa

tubuh dan kepelbagaian suara.

Tugasan anda

Sampaikan sebuah laporan di dalam

masa tidak melebihi 8 minit.

Seterusnya, kendalikan sesi soal jawab

dan buat penggulungan di dalam masa

tidak melebihi 4 minit. (Anda boleh

mengambil sebuah laporan bertulis

yang sudah tersedia dan menyediakan

laporan lisan berdasarkan kepada

laporan bertulis ini. Ataupun, sediakan

kedua-dua laporan bertulis dan laporan

lisan. Anda juga boleh menyediakan

laporan lisan sahaja dengan anggapan ia

adalah berdasarkan sebuah laporan

bertulis yang lebih terperinci. Cuma

pastikan anda dapat menjawab soalan-

soalan yang mungkin dilontarkan.)

Anda boleh menggunakan mimbar atau

paparan PowerPoint (atau alat bantu

pandang yang lain) jika perlu.

24

Borang Penilaian untuk

Laporan

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

► Adakah perkara utama dan ruang lingkup laporan ini dinyatakan dengan jelas?

► Adakah ringkasan di awal laporan berjaya menyediakan pendengar untuk hujah-

hujah seterusnya?

► Adakah penyampai menerangkan kaedah penyelidikan yang digunakan?

► Adakah setiap penemuan disebut dengan jelas dan disokong dengan baik?

25

► Adakah penyampai memanfaatkan alat bantu pandang bagi menambah

keberkesanan ucapan?

► Adakah sesi soal jawab dikendalikan dengan baik?

► Adakah penyampai memberi saranan-saranan yang berfaedah?

►Beri ulasan tentang bahasa tubuh dan kepelbagaian suara penyampai.

26

• Ucapan untuk Memberitahu (Tugasan #7)

Memperkenalkan Penceramah

Apa maksud memperkenalkan

penceramah?

Memperkenalkan penceramah bererti

menyampaikan maklumat yang

berkenaan mengenai seseorang

penceramah (kepada para hadirin)

sebelum beliau dijemput untuk

menyampaikan ceramahnya. Ucapan ini

sering kali tidak diberi perhatian yang

setimpal dengan kepentingannya.

Pengenalan yang baik akan mendorong

hadirin untuk menerima penceramah

sebagai seorang yang disukai dan boleh

dipercayai. Pengenalan penceramah

juga akan membantu mengalihkan

perhatian hadirin kepada penceramah

yang bakal berucap jika seorang

penceramah lain telah berucap

sebelumnya. Biasanya anda akan

memberi ucapan pengenalan ini sebagai

pengacara majlis.

(Jika anda adalah penceramah, anda

amat digalakkan untuk menyediakan

pengenalan diri untuk diberikan kepada

pengacara yang akan memperkenalkan

anda.)

Cara membuat ucapan ini

1. Tentukan panjang yang sesuai untuk

ucapan pengenalan ini. Biasanya 1-1.5

minit untuk ceramah yang tidak sampai

1 jam dan 2-3 minit untuk ceramah

yang melebihi 1 jam.

2. Dapatkan maklumat mengenai

penceramah ini. Anda boleh

menghubungi beliau atau orang yang

bertanggungjawab, melayari Internet,

mengimbas buku-buku yang dikarang

oleh beliau, menonton video, dsb.

Lebih bagus lagi jika anda mendapat

peluang untuk berkenalan dengan

beliau. Anda sendiri perlu merasa teruja

dengan penceramah ini jika anda ingin

menyampaikan perasaan ini kepada

para hadirin.

3. Ucapan anda perlu menjawab 3

soalan yang berikut:

a. Apakah tajuk ceramah?

b. Mengapa tajuk ini penting bagi

hadirin?

c. Mengapa penceramah ini layak untuk

menyentuh tajuk ini? Beri pengenalan

penceramah di sini. Anda juga boleh

mewujudkan saspens dengan tidak

menyebut nama penceramah sehingga

ke hujung ucapan.

27

4. Untuk bahagian pengenalan

penceramah, anda boleh memuatkan

maklumat yang berikut:

a. Latar belakang am

b. Pencapaian atau sumbangan

penceramah ini yang ada kaitan dengan

tajuk ceramah

c. Hubungan beliau dengan organisasi

yang mengundang beliau berucap

d. Sebuah kisah benar yang berkenaan

(contohnya, peristiwa yang mendorong

beliau menceburi bidang ini)

e. Jika anda mengenali penceramah,

anda boleh menyebut perkenalan ini

f. Jenaka boleh diselitkan terutamanya

di dalam majlis yang kurang rasmi

5. Anda perlu mengelakkan perkara-

perkara berikut:

a. Menarik perhatian kepada diri sendiri

b. Membaca senarai pencapaian yang

panjang

c. Memberi rumusan ceramah yang

bakal disampaikan

d. Jenaka negatif mengenai penceramah

– kecuali anda memang mengenali

beliau dan telah meminta kebenaran

e. Ungkapan-ungkapan seperti

“penceramah ini tidak memerlukan

pengenalan”, dsb.

f. Sebutan nama yang salah

g. Butir-butir lain yang salah

h. Meletakkan sasaran yang terlalu

tinggi untuk ceramah ini

6. Di hujung ucapan, jemput

penceramah untuk tampil ke hadapan.

Anda perlu memandang penceramah

pada ketika ini. Minta hadirin untuk

memberi tepukan dan anda perlu turut

memberi tepukan. Sambut penceramah

dengan berjabat tangan ataupun

mengikut adat yang diguna pakai. Ayat

terakhir anda, terutamanya nama

penceramah perlu disebut dengan suara

yang lebih lantang. Ini merupakan

kemuncak ucapan anda.

7. Pastikan anda menggunakan bahasa

tubuh dan kepelbagaian suara yang

sesuai dan menarik.

Tugasan anda

Sampaikan sebuah ucapan

memperkenalkan penceramah di dalam

masa tidak melebih 3 minit.

Anda boleh menggunakan mimbar jika

perlu.

Minta seorang ahli kelab untuk

berlakon sebagai penceramah yang

akan tampil ke hadapan apabila

dipanggil.

28

Borang Penilaian untuk

Memperkenalkan Penceramah

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

► Adakah panjang ucapan pengenalan ini sesuai untuk ceramah yang bakal

disampaikan?

► Adakah penyampai nampak teruja dengan penceramah yang sedang

diperkenalkan?

► Adakah penyampai menerangkan pentingnya tajuk ini kepada hadirin?

► Adakah penyampai menyatakan pencapaian dan sumbangan penceramah dengan

jelas?

29

► Adakah penyampai menambah sesuatu yang menarik seperti kisah benar atau

jenaka?

► Adakah penyampai melakukan apa-apa kesalahan yang ketara?

► Adakah peralihan di antara ucapan pengenalan dan ucapan utama (ceramah)

lancar, beradab dan bersemangat?

►Beri ulasan tentang bahasa tubuh dan kepelbagaian suara penyampai.

30

•• Ucapan untuk Menghiburkan (Tugasan #8)

Cerita Rakyat

Apa itu cerita rakyat?

Cerita rakyat adalah cerita yang diwarisi

turun-temurun secara lisan di dalam

sebuah masyarakat. Selain fungsinya

sebagai hiburan, cerita rakyat dapat

membantu sebuah masyarakat

menyampaikan ajaran moral dan

memahami dunia di sekeliling.

Kebanyakan cerita rakyat adalah

dongeng semata-mata namun

sesetengahnya mungkin mempunyai

asas di dalam sejarah yang nyata

misalnya cerita-cerita mengenai asal

mula nama sesuatu tempat. Cerita

rakyat juga mungkin berbentuk cerita

binatang seperti cerita Sang Kancil atau

cerita jenaka seperti Pak Pandir. Cerita-

cerita rakyat Melayu lain yang terkenal

termasuk Si Tanggang dan Bawang

Putih Bawang Merah.

Selain masyarakat Melayu, setiap

bangsa dan negara mempunyai

kumpulan cerita-cerita rakyatnya.

Cara membuat ucapan ini

1. Pilih sebuah cerita rakyat yang anda

minati dan baca cerita ini beberapa kali

agar anda dapat menjiwainya secara

mendalam.

2. Gambarkan cerita ini di dalam

fikiran anda termasuk butir-butirnya

seperti paras rupa watak-watak, pakaian

mereka, suasana sekeliling, dsb. Ingat

jalan cerita yang utama.

3. Sewaktu anda menyampaikan cerita

ini, ikut jalan cerita ini dan sampaikan

gambaran dan butir-butir yang “dilihat”

di dalam fikiran anda. Jangan

menghafal, melainkan bahagian-

bahagian yang tidak boleh diubah,

contohnya bahagain yang berbentuk

puisi.

4. Gunakan bahasa tubuh yang

menarik. Namun begitu, jangan

melakukannya secara berlebihan kerana

penyampaian cerita rakyat bukannya

lakonan panggung.

5. Gunakan kepelbagaian suara

terutamanya kepelbagaian kadar

pengucapan yang seiring dengan laju

atau lambatnya pergerakan cerita.

Kaedah berdiam seketika juga boleh

digunakan pada tempat-tempat yang

tertentu bagi menambah ketegangan.

6. Selain itu, anda boleh menggunakan

kaedah percakapan secara langsung

(dalam bentuk perbualan) dan suara

yang berbeza untuk setiap watak.

31

7. Jika cerita ini panjang dan masa anda

terhad, buang bahagian-bahagian dan

watak-watak yang kurang penting atau

mungkin mengelirukan.

8. Nyatakan pengajaran di hujung

cerita, jika ada, tetapi jangan beri ulasan

panjang. Pengajaran ini seharusnya jelas

daripada cerita itu sendiri.

9. Berlatih sehingga lancar sebelum

menyampaikan cerita ini.

Tugasan anda

Sampaikan sebuah cerita rakyat Melayu

atau bangsa lain di dalam masa tidak

melebihi 12 minit.

32

Borang Penilaian untuk

Cerita Rakyat

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

► Adakah jalan cerita jelas?

► Adakah pencerita berjaya membentuk “gambar-gambar” yang jelas dengan butir-

butir yang disampaikan dan perkataan-perkataan yang digunakan?

► Adakah pencerita menggunakan bahasa tubuh yang menarik?

► Adakah pencerita menggunakan kepelbagaian suara terutamanya kepelbagaian

kadar pengucapan?

33

► Adakah pencerita menyelitkan perbualan di dalam cerita ini?

► Adakah terdapat bahagian cerita atau watak yang tidak diperlukan?

► Adakah pengajaran dinyatakan secara ringkas dan berkesan di hujung cerita?

► Apakah kekuatan utama dan kelemahan utama di dalam persembahan ini?

34

•• Ucapan untuk Menghiburkan (Tugasan #9)

Kisah Peribadi

Apa itu kisah peribadi?

Kisah peribadi adalah ucapan yang

berkisar pada pengalaman peribadi

seseorang individu. Ia adalah di antara

jenis-jenis ucapan yang paling mudah

untuk disampaikan dan tidak

memerlukan banyak persediaan.

Namun begitu, anda tidak boleh

mengambil mudah dan masih perlu

berusaha untuk menghasilkan sebuah

ucapan yang jelas, menarik,

menghiburkan serta dapat memberi

pengajaran. Jika tidak, anda akan

berlegar-legar tanpa tujuan ketika

berucap nanti. Kisah peribadi anda

mungkin menyentuh hal ehwal

keluarga, kerjaya, kegemaran atau

perkara lain.

Cara membuat ucapan ini

1. Fikirkan sebuah kisah peribadi yang

anda teringin dan sudi untuk kongsikan

dengan para hadirin. Sebaik-baiknya,

anda boleh menetapkan terlebih dahulu

matlamat anda berkongsi kisah ini atau

pengajaran yang anda ingin sampaikan.

Ini adalah kerana anda perlu memilih

isi cerita yang menjurus ke arah

matlamat atau pengajaran ini.

2. Mulakan ucapan anda dengan

menyatakan bila dan di mana kisah ini

berlaku. Seterusnya, perkenalkan

watak-watak yang terlibat. Cuba hadkan

jumlah watak utama kepada 2 atau 3

orang.

3. Seterusnya ceritakan kisah anda itu.

Biasanya, sesebuah kisah yang menarik

akan melibatkan suatu masalah atau

perselisihan. Ia perlu dinyatakan pada

permulaan kisah dan mesti dirungkai

sebelum kisah itu berakhir.

4. Jalan cerita pula perlu mengandungi

beberapa kejadian atau babak yang

tertentu. Pastikan jalan cerita anda

sampai ke kemuncaknya apabila

masalah atau perselisihan meruncing

dan seterusnya terungkai. Ini bererti

anda perlu menahan diri daripada

memuatkan perkara-perkara sampingan

yang kurang penting dan tidak

menjurus kepada matlamat anda.

5. Sewaktu anda bercerita, anda perlu

menggunakan perkataan-perkataan

serta ungkapan yang memberi

gambaran jelas kepada para pendengar

agar mereka dapat “melihat” kejadian-

kejadian yang berlaku.

35

6. Gunakan kaedah percakapan secara

langsung (dalam bentuk perbualan)

untuk menambah minat pendengar.

7. Manfaatkan bahasa tubuh dan

kepelbagaian suara. Walau

bagaimanapun, kisah peribadi biasanya

tidak begitu dramatik berbanding cerita

rakyat dan sesetengah jenis cerita yang

lain.

8. Nyatakan pengajaran anda di hujung

cerita ini. Namun begitu, adalah lebih

cantik jika anda menyelitkan sedikit

unsur keraguan di dalam pengajaran ini

agar anda tidak kelihatan seperti cuba

membentuk sebuah pengajaran yang

umum semata-mata daripada

pengalaman peribadi.

Tugasan anda

Sampaikan sebuah kisah peribadi di

dalam masa tidak melebihi 12 minit.

36

Borang Penilaian untuk

Kisah Peribadi

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

► Adakah kisah ini mempunyai matlamat atau pengajaran yang jelas?

► Adakah masa, tempat dan watak-watak dinyatakan dengan jelas?

► Adakah kisah ini melibatkan masalah atau perselisihan yang perlu diselesaikan?

► Adakah jalan cerita sampai ke kemuncaknya di akhir ucapan?

37

► Adakah pencerita berjaya membentuk gambaran-gambaran yang jelas?

► Adakah pencerita menyelitkan perbualan di dalam kisah ini?

► Beri ulasan tentang bahasa tubuh dan kepelbagaian suara pencerita.

► Apakah kekuatan utama dan kelemahan utama di dalam persembahan ini?

38

•• Ucapan untuk Menghiburkan (Tugasan #10)

Kisah Dalam Sejarah

Apa itu kisah dalam sejarah?

Kisah dalam sejarah adalah ucapan

yang berdasarkan peristiwa benar di

dalam sejarah. Biasanya kisah ini

menyentuh suatu peristiwa penting

yang telah mempengaruhi

perkembangan politik atau sosial

sesebuah negara atau bangsa, misalnya

sebuah peperangan, perjuangan,

penemuan malah percintaan. Kisah-

kisah seperti ini dapat membantu

pendengar menghayati sejarah dan

belajar sesuatu daripada sejarah. Oleh

itu, pembawa kisah dalam sejarah

memainkan peranan yang penting

untuk menjamin pemahaman yang

betul terhadap warisan sejarah

sesebuah negara atau bangsa.

Cara membuat ucapan ini

1. Pilih sebuah kisah bersejarah yang

menyentuh hati anda. Secara

kebiasaannya, pencerita akan berasa

terdorong untuk menceritakan sebuah

kisah yang mengandungi banyak babak,

misalnya sejarah hidup seorang tokoh

yang diminati. Anda perlu melawan

kecenderungan ini dan memilih satu

peristiwa sahaja untuk diberi perhatian.

Ini akan memastikan anda mempunyai

masa yang mencukupi untuk

mengembangkan bahagian yang

terpilih.

2. Mulakan ucapan anda dengan

menyatakan bila dan di mana peristiwa

ini berlaku. Jika peristiwa ini

merupakan satu babak di dalam sebuah

kisah yang lebih panjang jangka

waktunya, anda boleh menerangkan

secara ringkas peristiwa-peristiwa

sebelumnya yang membawa kepada

permulaan kisah anda.

3. Seterusnya, perkenalkan watak-watak

yang terlibat. Hadkan jumlah watak

utama kepada 2 atau 3 orang dan

kembangkan perwatakan setiap satu

secara menyeluruh. Jangan

menganggap bahawa pendengar

mengenali watak-watak ini walaupun

mereka mungkin tokoh yang terkenal.

4. Oleh kerana kisah ini mungkin

didapati menerusi pembacaan buku

sejarah dsb., anda sendiri perlu

menentukan jalan cerita yang utama.

Tentukan masalah atau perselisihan

yang menjadi tumpuan kisah ini.

Tentukan kemuncak masalah serta

penyelesaiannya. Ikut jalan cerita yang

anda telah gariskan ini. Bahagian-

39

bahagian lain boleh dibuang jika anda

kesuntukan masa.

5. Sewaktu anda bercerita, anda perlu

menggunakan perkataan-perkataan

serta ungkapan yang memberi

gambaran jelas kepada para pendengar

agar mereka dapat “melihat” kejadian-

kejadian yang berlaku.

6. Gunakan bahasa tubuh dan

kepelbagaian suara terutamanya

kepelbagaian kadar pengucapan yang

seiring dengan laju atau lambatnya

pergerakan cerita. Kaedah berdiam

seketika juga boleh digunakan pada

tempat-tempat yang tertentu bagi

menambah ketegangan. Selitkan

perbualan di mana sesuai.

7. Pengajaran boleh dinyatakan di

hujung ucapan. Pengajaran ini mungkin

berdasarkan pandangan atau tafsiran

diri anda. Anda juga boleh menjemput

para pendengar untuk membuat

kesimpulan masing-masing.

Tugasan anda

Sampaikan sebuah kisah dalam sejarah

di dalam masa tidak melebihi 12 minit.

40

Borang Penilaian untuk

Kisah Dalam Sejarah

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

► Adakah pencerita memilih peristiwa yang sesuai (menarik dan khusus) untuk

dikongsikan?

► Adakah latar belakang kisah ini dinyatakan dengan jelas?

► Adakah watak-watak dikembangkan secara menyeluruh?

► Adakah kisah ini melibatkan masalah atau perselisihan yang perlu diselesaikan?

41

► Adakah jalan cerita sampai ke kemuncaknya di akhir ucapan?

► Adakah pencerita berjaya membentuk gambaran-gambaran yang jelas?

► Adakah pencerita menggunakan bahasa tubuh dan kepelbagaian suara yang

menarik?

► Apakah pengajaran yang anda dapat daripada persembahan ini?

42

•• Ucapan untuk Menghiburkan (Tugasan #11)

Cerita Misteri / Mistik

Apa itu cerita misteri / mistik?

Cerita misteri adalah cerita yang

mengandungi unsur-unsur saspens

yang kuat manakala cerita mistik adalah

cerita yang membabitkan alam ghaib.

Oleh itu, cerita mistik boleh juga

digolong dengan cerita misteri.

Untuk masyarakat Barat, cerita misteri

biasanya merujuk kepada cerita

penyiasatan jenayah (lazimnya

pembunuhan dsb.) manakala cerita

mistik biasanya digelar “cerita hantu”.

Untuk masyarakat Melayu pula, cerita

misteri biasanya merujuk terus kepada

cerita seram/hantu (sama dengan cerita

mistik).

Cerita-cerita misteri dan mistik

merupakan di antara jenis-jenis cerita

yang paling digemari sejak zaman-

berzaman kerana ia memenuhi fitrah

manusia yang mengidamkan saspens

dan sesuatu yang mencabar kuasa kita.

Cara membuat ucapan ini

1. Anda boleh memilih sebuah cerita

yang sedia ada ataupun mencipta cerita

anda sendiri (malah berkongsi

pengalaman peribadi).

2. Cerita anda akan lebih menarik jika

ia mengandungi unsur-unsur berikut:

a. Latar belakang yang mudah

digambarkan – beri butir-butir masa

dan tempat kejadian – lebih berkesan

lagi jika pendengar kenal dengan

tempat yang dimaksudkan

b. Watak-watak yang menarik –

kembangkan watak-watak anda agar

mereka menjadi nyata kepada

pendengar dan pendengar tertarik

dengan mereka dan ingin tahu apa akan

terjadi kepada mereka

c. Suasana yang penuh misteri – kaedah

yang biasa digunakan ialah menyelitkan

butir-butir seperti malam yang gelap,

kawasan kubur / rumah puaka, dsb. –

kaedah yang satu lagi ialah

menggunakan suasana biasa tetapi

menyelitkan satu ciri yang luar biasa

(lebih menakutkan lagi jika dapat

dimainkan dengan baik)

d. Tiada penjelasan yang berlebihan –

unsur-unsur yang menakutkan akan

menjadi tidak menakutkan lagi jika

diberi penjelasan berlebihan atau

dikupas secara logik

43

e. Unsur saspens di mana penyelesaian

diberi hanya di hujung ucapan –

saspens termasuk ciri “jawapan awal

yang salah” (sebagai contoh, di dalam

sebuah kes pembunuhan orang yang

disyaki pada awalnya bukan pembunuh

yang sebenar)

f. Panduan perasaan – beri panduan

kepada pendengar apa perasaan yang

mereka harus alami menerusi perasaan

dan tindakan watak-watak

3. Anda boleh menggunakan “kesan-

kesan istimewa” (special effects) untuk

menambah keberkesanan penyampaian

anda:

a. Permainan cahaya – suasana bilik

yang gelap sesuai untuk pelbagai cerita

misteri / mistik – cara yang paling

mudah ialah memasang satu lampu

sahaja yang menumpukan perhatian

kepada anda (lampu suluh boleh

digunakan) – ataupun anda ingin

mewujudkan suasana yang memerlukan

lebih banyak persediaan

b. Permainan bunyi – minta seorang

rakan untuk melaksanakan kesan-kesan

bunyi pada masa-masa yang ditetapkan

(sebagai contoh, bunyi tapak kaki, pintu

tertutup dsb.)

c. Suara yang menarik – kepelbagaian

suara dari segi kelantangan dan

kederasan, termasuk berdiam seketika

untuk menambah saspens, dan juga

jeritan (perlu berlatih terlebih dahulu)

Tugasan anda

Sampaikan sebuah cerita misteri /

mistik di dalam masa tidak melebihi 12

minit.

44

Borang Penilaian untuk

Cerita Misteri / Mistik

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

► Adakah latar belakang cerita ini dinyatakandengan jelas?

► Adakah watak-watak di dalam cerita ini menarik minat pendengar?

►Adakah suasana di dalam cerita ini berunsur misteri?

► Adakah pencerita berjaya memainkan unsur saspens?

45

► Adakah perasaan pendengar “dipandu” sepanjang mendengar ucapan ini?

► Adakah pencerita menggunakan “kesan-kesan istimewa” untuk menambah

keberkesanan ucapan?

► Adakah pencerita menggunakan kepelbagaian suara yang berkesan?

► Adakah cerita ini mencapai matlamatnya?

46

•• Ucapan untuk Menghiburkan (Tugasan #12)

Membaca Sebuah Cerita

Apa maksud membaca sebuah

cerita?

Membaca sebuah cerita adalah berbeza

dengan menyampaikan sebuah cerita

atau bercerita. Dalam bercerita,

penyampai biasanya menyampaikan

sebuah cerita berdasarkan pemahaman

sendiri terhadap sebuah kisah yang

pernah dibaca atau didengar. Beliau

menggunakan perkataan-perkataan

sendiri dan mungkin mengubah

sesetengah butir di dalam cerita itu.

Dalam membaca sebuah cerita,

penyampai membaca daripada teks dan

perlu setia kepada maksud dan tujuan

pengarang yang asal. Bercerita dan

membaca cerita dapat memberi nikmat

penghayatan yang berbeza kepada

penyampai dan para pendengar.

Cara membuat ucapan ini

1. Pertama sekali, anda hendaklah

memilih sebuah cerita yang sesuai. Jika

masa adalah terhad, anda boleh a)

memilih cerita yang panjangnya sesuai

dengan had masa, b) menyunting cerita

yang sedia ada agar panjangnya sesuai

dengan had masa (boleh mengeluarkan

bahagian-bahagian tertentu tetapi tidak

boleh membuat pindaan lain) ataupun

c) membaca cerita dari tengah hingga

ke hujung, setelah memberi rumusan

singkat apa yang telah berlaku di dalam

cerita itu sebelumnya.

2. Baca bahagian yang dipilih ini

berulang kali sehingga anda dapat

memahaminya dengan baik. Anda juga

boleh membuat penyelidikan terhadap

pengarang dan latar belakang beliau

(mengapa beliau mengarang cerita ini

dsb.), serta perkataan-perkataan yang

mungkin anda kurang faham

maksudnya. Pastikan anda mengetahui

dengan yakin apa yang dimaksudkan

oleh pengarang.

3. Mulakan pembacaan dengan

menyebut tajuk cerita, nama pengarang

serta tarikh cerita dikarang. Teruskan

dengan rumusan singkat apa yang telah

berlaku sebelum permulaan cerita anda,

jika ada.

4. Ketika membaca, anda boleh

meletakkan teks di atas mimbar atau

untuk lebih bergaya, memegang teks ini

dengan sebelah tangan sahaja. Pastikan

pendengar dapat melihat wajah anda.

5. Namun begitu, anda perlu

mengasyikkan pendengar dengan kisah

47

ini sehingga mereka seolah-olah terlupa

dengan kehadiran anda.

6. Manfaatkan suara anda sepenuhnya.

Kepelbagaian suara anda perlu

diserlahkan di dalam ucapan ini lebih

daripada di dalam ucapan-ucapan lain.

Selain kepelbagaian kelantangan dan

kederasan, anda perlu menggunakan

kaedah berdiam seketika di tempat-

tempat yang sesuai, serta perubahan

nada yang berkesan. Sebutan anda

mesti jelas dan tepat.

7. Pastikan gerakan tangan dan tubuh

adalah minimum. Jangan lakonkan apa

yang berlaku di dalam cerita.

Sebaliknya, beri imbasan dengan

menggunakan mimik muka, ketegangan

otot dan pergerakan separa. Sebagai

contoh, jika watak menghulurkan

tangan, anda boleh menggerakkan

tangan sebanyak seinci dua. Pendengar

akan dapat membayangkan yang

selebihnya.

8. Berkenaan tatapan mata pula, anda

tidak boleh sentiasa memandang teks.

Anda perlu mengangkat wajah anda

dengan kerap, tetapi tidak selalu

memberi tatapan mata kepada hadirin.

Anda boleh memandang jauh ke ufuk

agar anda kelihatan seperti sedang

membayangkan sesuatu dan pendengar

juga akan melakukan perkara sama.

Anda perlu membaca teks banyak kali

agar anda biasa dengan teks ini dan

dapat mengangkat wajah dengan kerap.

9. Setelah pembacaan tamat, berdiam

diri seketika sebelum pulang ke tempat

duduk dengan perlahan-lahan agar

pendengar tidak dijagakan daripada

lamunan secara tiba-tiba.

Tugasan anda

Baca sebuah cerita di dalam masa tidak

melebihi 12 minit.

48

Borang Penilaian untuk

Membaca Sebuah Cerita

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

► Adakah penyampai memilih sebuah cerita yang sesuai?

► Adakah penyampai memahami maksud dan tujuan pengarang dan

menyampaikannya dengan tepat?

► Adakah penyampai menggunakan gaya berdiri dan memegang teks yang

menarik?

► Adakah penyampai menarik perhatian kepada diri sendiri atau membantu

pendengar melupakan kehadiran dirinya?

49

► Adakah penyampai menggunakan kepelbagaian suara dan nada yang berkesan?

► Adakah penyampai berjaya menggunakan kaedah imbasan untuk membantu

pendengar membayangkan peristiwa-peristiwa yang berlaku?

► Adakah penyampai memberi tatapan mata kepada pendengar dari semasa ke

semasa, tetapi tidak melakukannya secara berlebihan?

► Adakah anda berasa terhibur mendengar cerita ini?

50

•• Ucapan untuk Menghiburkan (Tugasan #13)

Ucapan Lawak

Apa itu ucapan lawak?

Ucapan lawak adalah ucapan yang

mengandungi unsur-unsur jenaka di

sepanjang ucapan. Namun begitu,

ucapan ini tidak boleh merupakan

suatu kumpulan jenaka-jenaka yang

tidak berkaitan. Sebaliknya, ucapan ini

harus berkisar pada sebuah tajuk yang

ditetapkan dan mempamerkan olahan

yang baik. Ia juga harus mengandungi

pesanan atau pengajaran untuk

pendengar walaupun tujuan utama

ucapan ini hanyalah untuk menghibur.

Sebenarnya, ucapan lawak ini terbahagi

kepada 2 jenis. Pemidato mungkin

berkongsi suatu pengalaman atau

bahan yang memang lawak. Ataupun

beliau mungkin berkongsi pengalaman

atau bahan yang agak biasa, tetapi

dijadikan lawak oleh pemidato itu.

Sebaik-baiknya anda akan cuba

mencipta lawak daripada tajuk yang

biasa-biasa.

Cara membuat ucapan ini

1. Pertama sekali, anda perlu memilih

sebuah tajuk yang sesuai. Tajuk yang

paling mudah ialah tajuk yang

melibatkan pengalaman seharian anda.

Tajuk-tajuk lain juga boleh digunakan.

Olah ucapan ini seperti biasa.

2. Cari tempat-tempat di dalam ucapan

ini di mana anda boleh menyelitkan

unsur-unsur jenaka. Jenaka sentiasa

melibatkan sesuatu di luar jangkaan

pendengar. Anda boleh mengejutkan

pendengar dengan menggunakan

kaedah-kaedah berikut:

a. Membesar-besarkan sesuatu

b. Menyatakan kurang daripada perkara

sebenar (understatement)

c. Takrif yang terpesong,

diputarbelitkan atau berbeza di antara 2

orang

d. Ilham/kefahaman yang tidak tepat

e. Salah faham

f. Kebodohan

g. Permainan perkataan

h. Stereotaip golongan tertentu

i. Sesuatu yang disindirkan atau

dibayangkan tetapi tidak dinyatakan

secara terang-terangan

j. Keadaan yang terbalik daripada yang

sepatutnya

k. Keadaan sebenar bukan seperti yang

dijangka

l. Lain-lain

3. Anda boleh menambah

keberkesanan jenaka anda dengan

menggunakan kaedah berdiam seketika

51

sebelum menyampaikan ayat yang akan

menyempurnakan jenaka itu (punch line).

Setelah menyampaikan ayat ini,

pastikan anda berdiam seketika lagi

untuk membenarkan para pendengar

faham jenaka anda dan gelak.

4. Perkara-perkara yang berikut perlu

dielakkan ketika berjenaka:

a. Memberitahu pendengar (dengan

cara tersenyum lebar dsb.) bahawa

bahagian yang lawak sudah hampir tiba

b. Tergelak sendiri ketika

menyampaikan jenaka

c. Ketawa bersama hadirin setelah

menyampaikan jenaka (melainkan

sekali sekala). Jika anda tidak ketawa

bersama hadirin, jenaka anda akan

menjadi lebih lawak.

d. Menggunakan jenaka yang mungkin

menyinggung perasaan pendengar

(anda perlu tahu siapa pendengar anda)

5. Berlatih sehingga ucapan anda lancar

sebelum menyampaikannya.

Manfaatkan kesemua kemahiran

pengucapan awam termasuk bahasa

tubuh dan kepelbagaian suara.

6. Jika hadirin tidak gelak setelah anda

menyampaikan sebuah jenaka, anda

perlu bertenang. Biarkan sahaja dan

teruskan. Anggap bahawa bahagian itu

bukan bahan lawak. Jika ucapan anda

mengandungi banyak bahagian yang

berjenaka, pasti ada di antara jenaka-

jenaka anda yang akan mengena.

Tugasan anda

Sampaikan sebuah ucapan lawak di

dalam masa tidak melebihi 12 minit.

52

Borang Penilaian untuk

Ucapan Lawak

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

► Adakah ucapan ini berkisar pada sebuah tajuk yang tetap dan membawa kepada

suatu kesimpulan?

► Adakah ucapan ini sekadar menyampaikan bahan yang sedia lawak atau pemidato

telah mencipta lawaknya yang tersendiri?

► Adakah pemidato menggunakan pelbagai kaedah untuk mencipta lawak?

► Adakah pemidato menggunakan kaedah berdiam seketika sebelum punch line

untuk menambah keberkesanan jenakanya?

53

► Adakah pemidato berwajah serius sebelum, ketika dan setelah menyampaikan

jenakanya?

► Beri ulasan tentang bahasa tubuh dan kepelbagaian suara pemidato.

► Apabila lawak tidak menjadi (jika berkenaan), adakah pemidato berjaya

menangani keadaan dengan baik?

► Adakah anda berasa tercuit hati mendengar ucapan ini?

54

•• Ucapan untuk Menghiburkan (Tugasan #14)

Menggunakan Jenaka Dalam Ucapan

Apa maksud menggunakan jenaka

dalam ucapan?

Di dalam tugasan sebelum ini (#12),

anda telah belajar untuk menyampaikan

sebuah ucapan lawak. Untuk tugasan

ini, anda akan menggunakan jenaka

untuk menambah keberkesanan kepada

sebuah ucapan yang biasa.

Anda dikehendaki untuk menyelitkan

sekurang-kurangnya sebuah jenaka

yang agak panjang (bukan sebaris dua)

di dalam ucapan anda.

Cara membuat ucapan ini

1. Sediakan ucapan anda seperti biasa

berdasarkan tajuk yang dipilih.

Seterusnya, cari sebuah jenaka yang

bersesuaian dengan tajuk ini. Ingat,

anda harus memadankan jenaka dengan

tajuk ucapan dan bukan sebaliknya.

Anda tidak seharusnya memilih tajuk

ucapan atau menggubah hujah-hujah

agar ia sesuai dengan jenaka anda.

2. Tempat-tempat yang terbaik untuk

menggunakan jenaka ialah:

a. Pembukaan

Jenaka yang disampaikan di dalam

pembukaan ucapan akan membuat

pendengar suka kepada anda dan

membuka fikiran mereka untuk

menerima hujah-hujah anda. Jenaka ini

perlu berkait rapat dengan tajuk ucapan

anda.

b. Penutup

Perkara terakhir yang disampaikan oleh

pemidato sering merupakan perkara

yang akan terpahat di dalam ingatan

para pendengar. Jika anda mengakhiri

ucapan anda dengan sebuah jenaka

yang dapat menekankan lagi hujah

utama anda, ucapan anda akan

mencapai matlamatnya.

3. Anda boleh menggunakan jenaka

yang melibatkan diri anda ataupun

jenaka daripada sumber-sumber lain.

Anda boleh mengubah sedikit jenaka

ini atau menambah butir-butir untuk

menjadikannya lebih menarik. Jenaka

yang memperkecilkan diri sendiri

merupakan di antara jenis-jenis jenaka

yang digemari pendengar. (Untuk

tugasan ini, ia harus ada kaitan dengan

tajuk ucapan.)

4. Jenaka yang anda pilih harus

bergantung juga kepada siapa

pendengar anda. Beri perhatian kepada

faktor-faktor seperti lingkungan umur,

nisbah lelaki/perempuan, pekerjaan,

tahap pendidikan, serta pegangan

55

politik dan agama. Ini dapat

mengelakkan daripada menyinggung

perasaan pendengar dan pada masa

yang sama menambah penghayatan

terhadap jenaka anda.

5. Pastikan jenaka anda mudah

difahami dan tidak mungkin

mengelirukan pendengar. Jika boleh,

elakkan jenaka yang terlalu menyerlah

sehingga pendengar terfikir-fikir akan

jenaka itu dan terus lupa kepada hujah-

hujah anda yang lain setelah ucapan

tamat.

6. Anda boleh menambah

keberkesanan jenaka anda dengan

menggunakan kaedah berdiam seketika

sebelum menyampaikan ayat yang akan

menyempurnakan jenaka itu (punch line).

Setelah menyampaikan ayat ini,

pastikan anda berdiam seketika lagi

untuk membenarkan para pendengar

faham jenaka anda dan gelak.

7. Jika anda menggunakan sebuah

jenaka sahaja di dalam ucapan anda,

jenaka ini boleh mengambil sehingga

15% daripada masa ucapan. Jika anda

ingin memuatkan lebih daripada sebuah

jenaka, anda perlu menghadkan jumlah

masa yang digunakan agar ia tidak

melebihi 20% masa ucapan.

8. Pastikan peralihan di antara jenaka

dan bahan utama adalah lancar.

Tugasan anda

Sampaikan sebuah ucapan bertajuk

bebas di dalam masa tidak melebihi 10

minit. Ucapan ini perlu mengandungi

sekurang-kurangnya sebuah jenaka.

56

Borang Penilaian untuk

Menggunakan Jenaka Dalam Ucapan

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

► Adakah jenaka yang dipilih sesuai dengan tajuk ucapan?

► Adakah jenaka ini dimasukkan pada tempat yang terbaik?

► Adakah jenaka ini sesuai dengan para hadirin?

► Adakah jenaka ini mudah difahami dan tidak mengelirukan pendengar?

57

► Adakah jenaka ini disampaikan secara berkesan?

► Adakah jenaka ini terlalu panjang?

► Adakah peralihan di antara jenaka ini dan bahan utama lancar?

► Adakah pemidato berjaya menambah keberkesanan ucapannya dengan

menggunakan jenaka ini?

58

••• Ucapan untuk Memujuk (Tugasan #15)

Ucapan Jualan

Apa itu ucapan jualan?

Ucapan jualan adalah persembahan

yang bertujuan untuk menimbulkan

minat bakal pelanggan terhadap sesuatu

barangan atau perkhidmatan dan

mendorongnya untuk membeli

barangan atau perkhidmatan tersebut.

Ucapan ini mungkin ditujukan kepada

seorang sahaja ataupun sekumpulan

orang. Ia mungkin disampaikan di

dalam kedai atau di tempat lain, malah

menerusi panggilan telefon. Bakal

pelanggan mungkin telah menyedari

keperluannya dan datang mendapatkan

anda ataupun anda perlu menimbulkan

kesedarannya tentang keperluan ini.

Cara membuat ucapan ini

1. Sebuah ucapan jualan harus

mengandungi 4 bahagian yang utama:

a. Masalah. Ungkapkan dengan jelas

masalah yang sedang dihadapi oleh

bakal pelanggan. Maklumat ini

mungkin diperoleh menerusi kajian

pasaran ataupun daripada bakal

pelanggan sendiri.

b. Penyelesaian. Perkenalkan

barangan/perkhidmatan anda sebagai

penyelesaian kepada masalah yang

dihadapi. Seterusnya, nyatakan ciri-ciri

dan faedah-faedah barangan. Namun,

beri lebih tumpuan kepada faedahnya.

Contoh: Ciri – alat pencetak dapat

mencetak pada kadar 10 halaman

dalam seminit. Faedah – untuk setiap

100 halaman, pelanggan akan dapat

menjimatkan 6 minit jika dia

menggantikan pencetak lama dengan

pencetak baru, dan ini bermaksud dia

tidak perlu duduk menunggu, dapat

menepati jadual kerja dsb. Beri

penerangan seolah-olah bakal

pelanggan telah memiliki barangan ini.

c. Bukti. Selitkan pengakuan mutu dan

keberkesanan barangan/perkhidmatan

daripada pengguna-pengguna sebelum

ini termasuk diri anda, jika boleh.

d. Memastikan jualan. Anda MESTI

menjemput bakal pelanggan untuk

membeli barangan/perkhidmatan anda.

Setelah merumuskan penyampaian

anda, nyatakan harga

barangan/perkhidmatan dan terangkan

mengapa harga ini adalah berpatutan.

Seterusnya, anda boleh bertanya secara

terbuka sama ada bakal pelanggan anda

ingin membeli ataupun tidak. Anda

juga boleh bertanya secara tidak

terbuka misalnya dengan memintanya

59

memilih model, warna dsb. Anda boleh

memberi dorongan tambahan seperti

potongan harga jika dia membeli pada

masa itu juga. Kemungkinan besar anda

perlu menangani beberapa bantahan

daripada bakal pelanggan ini. Jangan

lawan bantahannya sebaliknya dengar

dengan teliti dan beri jawapan yang

ikhlas. Anda perlu mengenali

barangan/perkhidmatan anda dan

barangan/perkhidmatan para pesaing

secara terperinci dan tanpa ragu-ragu

jika anda ingin berjaya memujuk bakal

pelanggan anda.

2. Sepanjang ucapan anda, gunakan

gaya penyampaian yang menarik

dengan memanfaatkan bahasa tubuh

dan kepelbagaian suara. Tatapan mata

adalah amat penting sekiranya anda

ingin menambat bakal pelanggan anda.

3. Seperkara lagi yang akan membantu

anda ialah memiliki sikap yang betul.

Ini termasuk sudi mengambil sudut

pandangan bakal pelanggan dan

memikirkan kepentingannya serta

menganggap urus niaga ini sebagai

“menang-menang” dan bukan

“menang-kalah” .

Tugasan anda

Sampaikan sebuah ucapan jualan.

Sampaikan bahagian pertama (masalah

sehingga rumusan) di dalam masa tidak

melebihi 8 minit. Seterusnya, pastikan

jualan termasuk menangani bantahan di

dalam masa tidak melebihi 4 minit.

Anda boleh menggunakan paparan

PowerPoint (atau alat bantu pandang

yang lain) jika perlu. Barangan yang

ingin dijual harus ditunjukkan secara

nyata atau menerusi gambar.

60

Borang Penilaian untuk

Ucapan Jualan

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

► Adakah penyampai mengungkapkan dengan jelas masalah yang dihadapi oleh

bakal pelanggan?

► Adakah penyampai menerangkan bagaimana barangan/perkhimatannya dapat

membantu?

► Adakah penyampai memberi lebih tumpuan kepada ciri-ciri barangan ataupun

faedah-faedahnya?

► Adakah penyampai memberi bukti kukuh mutu barangan?

61

► Adakah kaedah yang digunakan untuk memastikan jualan berkesan ataupun

tidak?

► Adakah penyampai berjaya menangani bantahan secara sopan dan berkesan?

► Adakah penyampai ikhlas, bersemangat serta memberi tatapan mata yang

berkesan kepada pelanggan?

► Jika anda adalah bakal pelanggan, adakah anda akan membeli

barangan/perkhidmatan ini?

62

••• Ucapan untuk Memujuk (Tugasan #16)

Mengemukakan Cadangan

Apa maksud mengemukakan

cadangan?

Mengemukakan cadangan bermaksud

membentangkan sebuah gagasan atau

rancangan kepada seorang atau

sekumpulan orang dengan tujuan

memujuknya untuk menerima gagasan

atau rancangan berkenaan. Kerap kali,

cadangan ini dikemukakan oleh orang

yang bertanggungjawab kepada

sekumpulan orang yang memiliki kuasa

untuk menerimanya. Sebagai contoh,

Presiden persatuan mengemukakan

cadangan kepada ahli-ahli jawatankuasa

atau kesemua ahli persatuan, pengurus

syarikat mengemukakan cadangan

kepada lembaga pengarah syarikat, dsb.

Cadangan juga mungkin dikemukakan

oleh pekerja kepada pihak majikan.

Cara membuat ucapan ini

1. Mulakan ucapan anda dengan

menyatakan cadangan anda secara

ringkas dan jelas. Sebagai contoh,

cadangan anda sebagai pengurus

syarikat kepada lembaga pengarah

syarikat ialah untuk “memperuntukkan

dana RM2 juta untuk sebuah pelaburan

baru”. Untuk ucapan jualan (tugasan

#15), anda biasanya tidak digalakkan

untuk memperkenalkan barangan pada

awal ucapan tetapi untuk ucapan

mengemukakan cadangan, anda

disarankan untuk menyatakan cadangan

anda di awal ucapan kerana pendengar

biasanya tidak bersikap menentang.

2. Setelah menyatakan cadangan anda,

terangkan:

a. Mengapa: Beri latar belakang yang

membawa kepada cadangan anda –

masalah yang dihadapi, perubahan yang

mesti ditangani, kesempatan yang boleh

diambil, dsb.

b. Bagaimana: Kemukakan butir-butir

terperinci di dalam cadangan anda itu.

Pastikan bahawa anda menyampaikan

semua maklumat yang penting serta

menggunakan bahan sokongan di mana

perlu, dan pada masa yang sama tidak

mengelirukan pendengar dengan butir-

butir yang rumit atau tidak penting.

Anda perlu meringkaskan sesetengah

butir yang berbentuk teknikal jika

sebahagian daripada pendengar anda

mungkin tidak memahaminya.

c. Apa faedahnya: Seperti di dalam

ucapan jualan, beri lebih tumpuan

kepada faedah-faedah menerima

cadangan ini, bukan ciri-ciri cadangan.

63

Anda perlu mengetahui

keperluan/kehendak pendengar dan

pastikan faedah-faedah yang disebut

adalah selaras dengan

keperluan/kehendak mereka. Di dalam

contoh di atas, anda perlu mengetahui

sama ada syarikat anda memiliki dana

yang mencukupi dan juga matlamat

serta wawasan syarikat pada

keseluruhannya. Anda perlu sentiasa

mengambil sudut pandangan

pendengar dan memikirkan

kepentingan mereka.

3. Jika terdapat cadangan atau

rancangan lain yang sedang

dipertimbangkan (sama ada secara

rasmi ataupun tidak), nyatakan

cadangan/rancangan ini dan beri

sebab-sebab mengapa cadangan anda

adalah yang terbaik. Ini berbeza sedikit

dengan ucapan jualan, di mana

barangan pesaing biasanya tidak

disebut kecuali jika pelanggan bertanya

mengenainya.

4. Seterusnya, beri peluang kepada para

pendengar untuk bertanya soalan.

Jawab setiap soalan sebaik yang mampu

dan gunakan setiap kesempatan untuk

menekankan lagi hujah-hujah anda.

5. Minta/jemput pendengar membuat

keputusan untuk menerima cadangan

anda. Langkah ini wajib.

Tugasan anda

Sampaikan sebuah ucapan

mengemukakan cadangan di dalam

masa tidak melebihi 8 minit.

Seterusnya, kendalikan sesi soal jawab

dan buat penggulungan di dalam masa

tidak melebihi 4 minit.

Anda boleh menggunakan mimbar atau

paparan PowerPoint (atau alat bantu

pandang yang lain) jika perlu.

64

Borang Penilaian untuk

Mengemukakan Cadangan

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

► Adakah penyampai menyatakan cadangannya dengan jelas di awal ucapan?

► Adakah penyampai menyatakan sebab utama cadangan ini dibuat?

► Adakah penyampai memberi butir-butir yang mencukupi tetapi tidak terlalu

banyak sehingga ia mengelirukan?

► Adakah penyampai memberi tumpuan kepada faedah-faedah menerima

cadangan ini?

65

► Adakah penyampai berjaya menunjukkan bahawa cadangannya adalah yang

paling baik?

► Adakah penyampai mengendalikan sesi soal jawab dengan baik?

► Adakah penutup berkesan?

► Jika anda adalah pihak yang bertanggungjawab membuat keputusan, adakah anda

akan menerima cadangan ini?

66

••• Ucapan untuk Memujuk (Tugasan #17)

Mendapatkan Sokongan Demi Perjuangan

Apa maksud mendapatkan

sokongan demi perjuangan?

Mendapatkan sokongan demi

perjuangan bererti memperkenalkan

sebuah perjuangan kepada para

pendengar serta menggerakkan mereka

untuk melakukan sesuatu bagi

menjayakan perjuangan ini.

Kemungkinan besar para pendengar

juga menyedari dan berasa tidak puas

hati dengan keadaan yang sedia ada.

Namun, mereka mungkin tidak

memiliki pemahaman yang jelas tentang

perkara ini serta tidak berkeupayaan

secara peribadi untuk memperbetulkan

keadaan. Mereka amat sibuk dengan

tugasan seharian sehingga tiada masa

untuk memikirkan masalah ini secara

mendalam. Anda memainkan peranan

yang amat penting di sini. Anda

memberi harapan kepada para

pendengar bahawa keadaan ini boleh

diperbaiki dengan cara berganding

bahu dan bergabung tenaga.

Perjuangan anda boleh mengambil

pelbagai bentuk. Sebagai contoh, anda

boleh menggerakkan para pendengar

untuk menuntut keadilan sosial,

membantu golongan kurang bernasib

baik, malah untuk berusaha

menyelamatkan hidupan liar daripada

pupus.

Cara membuat ucapan ini

1. Mulakan ucapan anda dengan

membentangkan masalah atau keadaan

yang sedia ada. Gambarkan keadaan ini

dengan jelas serta beri contoh-contoh

yang berkaitan agar pendengar dapat

menjiwai dan merasa sedih dengan

masalah atau keadaan ini.

2. Seterusnya, bentangkan wawasan

(visi) anda. Wawasan adalah gambaran

keadaan yang diidamkan atau

perkembangan yang diimpikan. Anda

perlu menggunakan daya khayalan anda

untuk membentuk gambaran yang jelas

lagi terperinci di dalam fikiran anda

sebelum anda dapat menyampaikan

gambaran ini kepada pendengar.

Sebagai contoh, gambaran sebuah

dunia dengan ekologi yang seimbang di

mana manusia dan haiwan hidup

bersama secara aman dan damai.

3. Setelah menyatakan wawasan anda,

anda perlu menyatakan matlamat

khusus (misi) yang perlu dicapai demi

menzahirkan wawasan ini. Tanpa

matlamat yang khusus ini, wawasan

67

anda tinggal khayalan sahaja. Matlamat

ini hendaklah diungkap di dalam satu

ayat yang ringkas dan mengambil

bentuk tindakan. Sebagai contoh,

menambah keluasan hutan di Malaysia

sebanyak 1 juta hektar di dalam masa

10 tahun sebagai habitat haiwan. Beri

butir-butir lanjut berkenaan langkah-

langkah yang perlu diambil untuk

mencapai matlamat khusus ini.

4. Seterusnya, anda perlu mendapatkan

sokongan iaitu menyeru kepada

pendengar untuk mengambil tindakan

serta mendapatkan janji mereka untuk

bertindak. Tindakan yang disarankan

ini perlu realistik dan dapat dilakukan

dengan mudah. Anda juga mesti

menyatakan faedah-faedah kepada diri

pendengar jika mereka mengambil

tindakan ini. Sebaik-baiknya anda dapat

mengaitkan keinginan dan kemahuan

peribadi pendengar dengan perjuangan

ini. Jika faedah melibatkan diri melebihi

pengorbanan, mereka akan bertindak.

Sebagai contoh, kehidupan yang lebih

bermakna untuk anak-anak mereka jika

alam semulajadi terpelihara.

5. Sepanjang ucapan anda, anda perlu

menunjukkan keikhlasan serta

semangat yang tinggi untuk

meyakinkan pendengar bahawa anda

benar-benar percaya kepada perjuangan

ini. Gunakan gaya penyampaian yang

menarik dengan memanfaatkan bahasa

tubuh dan kepelbagaian suara.

Tugasan anda

Sampaikan sebuah ucapan untuk

mendapatkan sokongan demi sebuah

perjuangan. Masa yang diberi ialah

tidak melebihi 12 minit.

Anda boleh menggunakan paparan

PowerPoint (atau alat bantu pandang

yang lain) jika perlu.

68

Borang Penilaian untuk

Mendapatkan Sokongan Demi Perjuangan

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

► Adakah pemidato memberi gambaran yang jelas tentang masalah atau keadaan

yang perlu diperbaiki?

► Adakah pemidato memberi gambaran yang jelas tentang wawasan yang

diketengahkan?

► Adakah pemidato menyatakan matlamat khusus yang hendak dicapai serta

memberi butir-butir lanjut?

► Adakah pemidato berjaya mengaitkan perjuangan ini dengan keinginan dan

kemahuan pendengar?

69

► Adakah pemidato menggunakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan

sokongan?

► Adakah pemidato ikhlas dan bersemangat?

► Beri ulasan tentang bahasa tubuh dan kepelbagaian suara pemidato.

► Adakah anda berasa terdorong untuk melibatkan diri di dalam perjuangan ini?

70

••• Ucapan untuk Memujuk (Tugasan #18)

Mendapatkan Sokongan Dalam Pemilihan

Apa maksud mendapatkan

sokongan dalam pemilihan?

Di dalam sesebuah pemilihan, secara

kebiasaannya calon-calon akan diberi

peluang untuk bertemu dengan bakal

pengundi untuk menarik undi mereka.

Untuk pemilihan yang kecil, misalnya

pemilihan Presiden persatuan, sebuah

majlis mungkin diadakan di mana

setiap calon akan menyampaikan

sebuah ucapan kepada bakal pengundi.

Untuk pemilihan yang besar, misalnya

pilihan raya, calon-calon biasanya

dibenarkan untuk bertemu dan berucap

di hadapan para pengundi di pelbagai

majlis/perjumpaan di dalam suatu

tempoh masa yang ditetapkan (tempoh

kempen).

Secara am, pengundi boleh dibahagikan

kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan

yang telah membuat keputusan untuk

menyokong anda, kumpulan yang

bertekad akan menyokong calon lain

dan kumpulan yang (masih) “berdiri di

atas pagar”. Tujuan utama ucapan anda

ialah untuk memperoleh kepercayaan

dan sokongan kumpulan yang ketiga

ini.

Cara membuat ucapan ini

1. Perkara pokok yang akan membantu

pengundi “di atas pagar” untuk

membuat keputusan ialah sama ada

mereka menyukai seseorang calon.

Anda perlu menjalin hubungan dengan

para pengundi pada permulaan ucapan

anda dan menampilkan diri sebagai

seorang yang disukai. Anda boleh

merakamkan penghargaan buat mereka

yang telah mengatur majlis di mana

anda sedang berucap serta mereka yang

telah memberi semangat kepada anda

untuk bertanding. Anda juga boleh

memulakan ucapan anda dengan gurau

senda atau sebuah cerita yang sesuai

ataupun bertanya soalan untuk

mendapatkan penyertaan pendengar.

2. Seterusnya, anda perlu memberitahu

para pengundi siapa diri anda dan

mengapa anda ingin bertanding. Anda

boleh menyebut kekuatan-kekuatan

anda serta pencapaian-pencapaian yang

lepas. Anda tidak perlu menyebut

kesemua ini secara terang. Sebagai

contoh, anda boleh mengatakan

bahawa hasil daripada usaha dan

perancangan rapi anda dan rakan-rakan

lain, banyak projek pada masa lalu telah

berjaya dan anda yakin dengan usaha

dan kerjasama yang berterusan, perkara

71

sama akan berlaku. Pendengar akan

dapat memahami bahawa anda

merupakan seorang yang berwibawa

dan anda bertanding kerana ingin

meneruskan dan memantapkan lagi

kejayaan ini.

3. Seterusnya, nyatakan wawasan anda

serta beberapa sasaran yang anda ingin

capai (hadkan kepada 3 jika boleh) jika

anda menang pemilihan ini. Nyatakan

masalah-masalah yang sedang dihadapi

dan nyatakan penyelesaiannya secara

ringkas. Gunakan satu ungkapan yang

singkat dan mudah diingat untuk setiap

matlamat agar pendengar tidak lupa.

4. Jika perlu, anda boleh menerangkan

mengapa rancangan calon-calon lain

adalah kurang baik. Selain itu, anda

boleh membezakan diri daripada

mereka dari segi watak. Kenal pasti

kelemahan calon lawan dan tampilkan

watak yang bertentangan. Sebagai

contoh, jika calon lawan adalah seorang

yang kurang mesra, anda boleh

menonjolkan kemesraan anda. Namun

begitu, elakkan daripada memburuk-

burukkan peribadi pihak lawan.

5. Jika anda mengetahui akan

kelemahan anda yang mungkin

meragukan pengundi, anda boleh

membayangkan bahawa anda sedar

akan masalah ini dan sudah/sedang

berusaha untuk mengatasinya.

6. Sebelum mengakhiri ucapan anda,

anda mesti meminta para pengundi

untuk mengundi anda. Akhiri dengan

seruan untuk bersama-sama

menjayakan perjuangan yang anda telah

gariskan itu.

7. Gunakan gaya penyampaian yang

bersahaja serta manfaatkan bahasa

tubuh, terutamanya tatapan mata, dan

kepelbagaian suara. Tunjukkan

kesungguhan anda tetapi elakkan

daripada menampakkan kemarahan

yang berlebihan (walaupun isu

mungkin meluap-luap). Jika anda

dicabar oleh pendengar, anda perlu

bertenang dan menangani keadaan

dengan bijaksana.

Tugasan anda

Sampaikan sebuah ucapan untuk

mendapatkan sokongan di dalam

sebuah pemilihan. Masa yang diberi

ialah tidak melebihi 12 minit.

72

Borang Penilaian untuk

Mendapatkan Sokongan Dalam Pemilihan

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

► Adakah calon berjaya menjalin hubungan yang baik dengan para pengundi?

► Adakah calon berjaya membayangkan bahawa dia memiliki ciri-ciri yang baik?

► Adakah calon menyatakan wawasan dan beberapa sasarannya dengan jelas?

► Adakah calon berjaya membezakan dirinya daripada calon-calon yang lain dari

segi rancangan yang ditawarkan dll.?

73

► Adalah calon menangani isu kelemahannya secara baik?

► Adakah seruan di hujung ucapan berkesan?

► Adakah calon menampakkan tenaga positif sepanjang ucapan?

► Adakah anda sebagai pengundi akan mengundi calon ini?

74

••• Ucapan untuk Memujuk (Tugasan #19)

Mengemukakan Bantahan

Apa maksud mengemukakan

bantahan?

Sering kali, pihak-pihak berkuasa akan

mengeluarkan dasar, peraturan dan

lain-lain yang kita tidak setujui atas

sebab-sebab tertentu. Sebagai orang

yang menerima kesan dasar, peraturan

dll. ini, kita berhak untuk menyuarakan

ketidakpuasan kita kepada mereka.

Secara lebih umum, bantahan boleh

dikemukakan kepada mana-mana pihak

yang telah melakukan sesuatu yang kita

tidak senangi. Namun demikian, kita

perlu mengemukakan bantahan ini

secara baik. Kita ingin membuat

perubahan dan bukan sekadar untuk

melepaskan perasaan marah.

Biasanya, orang yang menyampaikan

bantahan ini adalah wakil kepada

sekumpulan orang dengan hasrat yang

sama.

Yang berikut adalah contoh-contoh

mengemukakan bantahan:

- Penuntut-penuntut universiti

mengemukakan bantahan kepada pihak

pengurusan universiti berkenaan

peraturan pakaian

- Para pekerja kilang mengemukakan

bantahan kepada pihak majikan

berkenaan jadual kerja yang baru

- Penduduk tempatan mengemukakan

bantahan kepada majlis perbandaran

berkenaan dengan kenaikan kadar

bayaran untuk meletak kereta

- Seorang penduduk di sebuah taman

perumahan mengemukakan bantahan

kepada pemilik restoran di belakang

rumahnya berkenaan bunyi bising yang

berpunca dari restoran itu

Cara membuat ucapan ini

1. Pertama sekali, anda perlu jelas

perkara apa yang anda ingin bantah.

Fikirkan secara munasabah kewajaran

anda membuat bantahan ini. Sebaik-

baiknya, anda juga peka kepada

keperluan pihak lawan agar anda

berusaha untuk mencari penyelesaian

“menang-menang”. Jika anda yakin

dengan tindakan membantah ini, anda

perlu menghubungi pihak lawan untuk

menetapkan masa pertemuan yang

sesuai.

2. Mulakan ucapan anda dengan

memperkenalkan diri anda dan

menyatakan siapa yang anda wakili, jika

ada.

3. Nyatakan dengan jelas dan khusus

perkara yang anda hendak bantah.

75

Terangkan secara terperinci bagaimana

ia telah/akan menimbulkan masalah

atau kesulitan kepada anda dan

kumpulan yang anda wakili. Sokong

hujah anda dengan bukti-bukti yang

berkenaan. Anda boleh mempamerkan

perasaan marah dan kecewa yang

terkawal.

4. Seterusnya, tunjukkan bahawa anda

juga faham akan keperluan pihak

lawan. Cuba cadangkan satu atau lebih

penyelesaian untuk dipertimbangkan

oleh pihak lawan di mana kedua-dua

pihak akan mendapat faedah. Cuba

kenal pasti titik persamaan atau perkara

asas yang dikehendaki oleh kedua-dua

pihak dan cari penyelesaian yang dapat

memuaskan hati semua orang.

5. Sebelum membuat penggulungan,

beri peluang kepada pendengar untuk

bertanya soalan. Cuba tangani sesi ini

dengan baik dan sopan, namun anda

perlu berhati-hati agar anda tidak

terpesong daripada matlamat asal anda.

Anda mungkin perlu menekankan

tuntutan anda berulang kali jika pihak

lawan cuba mengelak daripada

memenuhi permintaan anda.

6. Minta pendengar untuk membuat

keputusan pada masa itu juga atau

menyatakan tempoh masa yang

diperlukan untuk mempertimbangkan

permintaan anda. Akhiri dengan

ucapan terima kasih.

7. Gunakan kesemua kemahiran

berpidato. Tunjukkan keikhlasan serta

ketegasan anda dan kekalkan tatapan

mata dengan pendengar pada setiap

masa.

Tugasan anda

Sampaikan sebuah ucapan

mengemukakan bantahan di dalam

masa tidak melebihi 8 minit.

Seterusnya, kendalikan sesi soal jawab

dan buat penggulungan di dalam masa

tidak melebihi 4 minit.

76

Borang Penilaian untuk

Mengemukakan Bantahan

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

► Adakah penyampai menyatakan dengan jelas siapa dirinya dan siapa yang dia

wakili?

► Adakah penyampai menyatakan dengan jelas dan khusus perkara apa yang

dibantah?

► Adakah penyampai menerangkan dengan jelas masalah atau kesulitan yang

dihadapi?

► Adakah penyampai berjaya meluahkan perasaan dalam keadaan terkawal?

77

► Adakah penyampai berusaha mencari titik persamaan dengan pihak lawan dan

menawarkan satu atau lebih penyelesaian untuk dipertimbangkan?

► Adakah penyampai dapat mengimbangi keterbukaan pemikiran dan ketetapan

matlamat?

► Adakah penyampai memanfaatkan tatapan mata?

►Nyatakan satu perkara utama yang penyampai boleh lakukan untuk menjadikan

bantahan ini lebih berkesan.

78

••• Ucapan untuk Memujuk (Tugasan #20)

Menghadapi Hadirin Yang Menentang

Apa maksud menghadapi hadirin

yang menentang?

Dari semasa ke semasa, sebagai

pegawai syarikat, kerajaan ataupun

pertubuhan, anda mungkin perlu

berucap di hadapan sekumpulan

hadirin yang menentang pendirian,

keputusan atau tindakan organisasi

yang anda wakili. Malah sebagai

seorang individu, anda mungkin akan

berhadapan dengan keadaan yang sama

yang melibatkan ahli-ahli keluarga. Di

dalam keadaan sedemikian, matlamat

utama anda bukan untuk memujuk

pendengar agar bersetuju dengan anda

(terlalu sukar di dalam masa yang

singkat) tetapi sekadar untuk memujuk

mereka agar bertenang dan

mempertimbangkan perkara berkenaan

dari sudut pandangan anda.

Yang berikut adalah contoh-contoh

menghadapi hadirin yang menentang:

- Wakil syarikat berucap di hadapan

penduduk tempatan yang menentang

rancangan membuka sebuah kilang

berdekatan dengan kawasan

perumahan mereka

- Pemimpin pertubuhan bukan kerajaan

berucap di hadapan penduduk

tempatan yang menentang rancangan

membuka sebuah pusat pemulihan

dadah di kawasan perumahan mereka

- Individu berucap di hadapan ahli-ahli

keluarga yang menentang hajatnya

untuk berkahwin dengan pasangan

pilihan hati

Cara membuat ucapan ini

1. Ucapkan terima kasih kepada para

hadirin kerana sudi mendengar ucapan

anda. Mulakan dengan menyatakan

pendirian anda atau organisasi anda

secara ringkas dan jelas. Elakkan

daripada berkias-kias. Anda akan

dianggap lebih ikhlas jika anda

mengambil pendekatan berterus terang.

2. Seterusnya, beritahu pendengar

bahawa anda memahami masalah dan

kesulitan mereka. Beri contoh-contoh

yang khusus (masalah mereka) untuk

menunjukkan anda benar-benar faham.

3. Cuba cari titik-titik persamaan di

antara kedua-dua pihak agar pendengar

dapat melihat isu ini secara lebih luas.

Sebagai contoh, jika penduduk

tempatan membantah pembukaan

kilang ia adalah di atas sebab

kedudukan kilang itu semata-mata;

mereka akan tetap suka dengan

79

penjanaan pendapatan seperti juga

pihak syarikat.

4. Seterusnya, nyatakan faedah-faedah

yang lebih khusus hasil keputusan atau

tindakan organisasi anda, jika ada.

5. Kemudian cuba kupas masalah-

masalah yang dianggap akan timbul

oleh pendengar dan menunjukkan

bahawa ia tidak akan berlaku atau tidak

seteruk yang disangka. Sokong hujah

anda dengan bukti-bukti yang kukuh

seperti perangkaan dll.

6. Setelah pembentangan anda selesai,

jemput hadirin untuk bertanya soalan.

Bahagian ini amat penting dan harus

diberi lebih banyak masa. Anda perlu

menangani sesi ini dengan baik:

a. Pastikan anda telah bersedia dengan

jawapan untuk kesemua soalan yang

mungkin ditanya. Buat ramalan dan

sediakan jawapan yang kukuh

berlandaskan bukti.

b. Jangan ulang soalan atau ayat yang

berbunyi negatif. Sentiasa gunakan ayat

yang positif.

c. Jika ada orang sengaja bertanya

soalan untuk mencabar kesabaran anda,

elakkan daripada memberi tatapan mata

kepadanya ketika menjawab soalan itu

dan serta-merta memanggil orang lain

sebaik selesai memberi jawapan.

7. Sebelum berundur, rumuskan

pendirian anda atau organisasi anda

secara positif. Ucapkan terima kasih

sekali lagi.

8. Perwatakan anda sepanjang

persembahan ini adalah amat penting.

Beri tatapan mata yang ikhlas. Gunakan

nada suara yang menyenangkan dan

sopan. Elakkan kelihatan sombong dan

jangan meninggikan diri. Setiasa

bertenang walaupun anda mungkin

berasa tertekan atau tercabar.

Tugasan anda

Sampaikan sebuah ucapan di hadapan

hadirin yang menentang di dalam masa

tidak melebihi 8 minit. Seterusnya,

kendalikan sesi soal jawab dan buat

penggulungan di dalam masa tidak

melebihi 6 minit.

80

Borang Penilaian untuk

Menghadapi Hadirin Yang Menentang

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

► Adakah penyampai memilih tajuk yang sesuai dan cukup panas untuk tugasan

ini?

► Adakah penyampai menyatakan pendiriannya dengan jelas di dalam pembukaan

ucapan?

► Adakah penyampai menunjukkan penghayatan terhadap masalah dan kesulitan

yang dihadapi oleh pendengar?

► Adakah penyampai berjaya mencari titik-titik persamaan di antara kedua-dua

pihak?

81

► Adakah penyampai berjaya menunjukkan bahawa perkara-perkara yang dikhuatiri

oleh pendengar tidaklah seberat yang disangka?

► Adakah penyampai menangani sesi soal jawab dengan baik?

► Adakah penyampai menunjukkan sifat-sifat ikhlas, sopan, rendah diri dan tenang

sepanjang ucapan?

► Jika anda berada di pihak penentang, adakah anda akan berasa terpujuk dengan

ucapan ini?

82

••• Ucapan untuk Memujuk (Tugasan #21)

Sidang Akhbar

Apa itu sidang akhbar?

Sidang akhbar adalah sebuah majlis di

mana para wartawan dijemput untuk

hadir bagi mendapatkan maklumat

penting mengenai suatu isu secara

langsung daripada wakil sesebuah

organisasi. Sidang akhbar merupakan di

antara cara-cara yang terbaik untuk

mendapat liputan akhbar. Biasanya isu

yang menjadi tumpuan adalah suatu isu

yang menimbulkan pertikaian

(kontroversi). Sesebuah sidang akhbar

boleh diadakan secara berasingan

ataupun diselitkan ke dalam aturcara

sebuah majlis lain yang sedang

berlangsung. Kadang-kadang, sidang

akhbar terpaksa dipanggil di dalam

masa yang singkat untuk menangani

suatu kecemasan.

Sebuah sidang akhbar mungkin

mempunyai seorang atau lebih daripada

seorang jurucakap. Biasanya, jurucakap

dihadkan kepada seorang sahaja bagi

mengelakkan percanggahan. Bagi

organisasi yang tiada jurucakap khas,

ketuanya boleh menjadi jurucakap.

Malah seseorang individu pun boleh

memanggil sidang akhbar di mana

perlu. Selain pembentangan awal, sesi

soal jawab juga amat penting malah

merupakan kemuncak sebuah sidang

akhbar. Sidang akhbar, jika

dikendalikan dengan baik, boleh

memberi kesan positif kepada

tanggapan terhadap sesebuah

organisasi. Biasanya siaran akhbar (press

release) juga disediakan untuk para

wartawan untuk dibawa pulang.

Yang berikut adalah contoh-contoh

sidang akhbar:

- Jurucakap sebuah syarikat besar

mengumumkan hala tuju syarikat itu

untuk beberapa tahun yang akan datang

(sidang akhbar diadakan selepas majlis

pelancaran barangan baru)

- Jurucakap sebuah syarikat

menyatakan pandangan, pendirian serta

langkah-langkah yang akan diambil

berikutan beberapa kes barangan

syarikat itu yang didapatkan bermasalah

- Ketua sebuah pertubuhan bukan

kerajaan menyatakan pendirian,

bantahan dan langkah-langkah yang

akan diambil untuk menentang sebuah

dasar kerajaan yang baru sahaja

diumumkan

- Individu ternama yang disyaki

terbabit di dalam sebuah skandal

menyampaikan kenyataannya

berhubung isu ini

83

Cara membuat ucapan ini

1. Keyakinan amat penting di sini.

Anda akan menghadapi ramai

wartawan yang berkerumun di hadapan

anda, mikrofon-mikrofon yang sudah

siap dipasang dan diajukan kepada

anda, serta kamera dan kamkorder yang

sedang sibuk merakam gambar dan

video anda. Anda perlu bertenang dan

membuang semua bahasa tubuh yang

menunjukkan anda gelisah.

2. Pesanan anda perlu sangat jelas.

Apakah satu atau dua perkara yang

anda mahu sampaikan dan mahu orang

faham? Gunakan ayat-ayat yang ringkas

dan ungkapan-ungkapan yang menarik

yang boleh dipetik untuk disiarkan di

dalam akhbar-akhbar. Jika anda kurang

yakin, teks ucapan boleh digunakan

tetapi elakkan daripada membaca.

Pastikan anda memberi tatapan mata

kepada para wartawan.

3. Setelah pembentangan anda selesai,

jemput wartawan untuk bertanya

soalan. Bahagian ini amat penting dan

harus diberi lebih banyak masa. Anda

perlu menangani sesi ini dengan baik:

a. Pastikan anda telah bersedia dengan

jawapan untuk kesemua soalan yang

mungkin ditanya. Buat ramalan dan

sediakan jawapan yang kukuh

berlandaskan bukti.

b. Jika banyak soalan ditanya serentak,

pilih satu sahaja yang paling mustahak

untuk dijawab.

c. Jangan ulang soalan atau ayat yang

berbunyi negatif. Sentiasa gunakan ayat

yang positif.

d. Jika ada wartawan bertanya soalan

yang mencabar kesabaran anda, elakkan

daripada memberi tatapan mata

kepadanya ketika menjawab soalan itu

dan serta-merta memanggil orang lain

sebaik selesai memberi jawapan. Jangan

marah atau meninggikan suara anda.

4. Rumuskan pendirian anda atau

organisasi anda secara positif sebelum

mengundurkan diri.

Tugasan anda

Sampaikan sebuah ucapan sidang

akhbar di dalam masa tidak melebihi 5

minit. Seterusnya, kendalikan sesi soal

jawab dan buat penggulungan di dalam

masa tidak melebihi 7 minit.

Anda boleh memilih untuk berdiri (di

belakang mimbar) ataupun duduk

ketika memberi sidang akhbar ini.

84

Borang Penilaian untuk

Sidang Akhbar

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

► Adakah penyampai memilih tajuk yang sesuai dan menarik untuk tugasan ini?

► Adakah penyampai nampak berkeyakinan tinggi sepanjang masa?

► Adakah penyampai berjaya menyatakan pandangan dan pendirian dengan jelas?

► Adakah penyampai menggunakan ungkapan-ungkapan yang menarik dan mudah

diingat?

85

► Adakah penyampai memberi tatapan mata kepada para pendengar (wartawan)?

► Adakah penyampai menggunakan mimik muka yang sesuai dengan isu yang

dibincangkan?

► Adakah penyampai menangani sesi soal jawab dengan baik?

► Jika anda selaku wartawan, adakah anda berasa berbaloi menghadiri sidang

akhbar ini?

86

•••• Ucapan untuk Mengilhamkan (Tugasan #22)

Mengilhamkan Khalayak

Apa maksud mengilhamkan

khalayak?

Mengilhamkan khalayak bererti

mendorong para pendengar untuk

mengimpikan sesuatu yang lebih baik

daripada yang sedia ada, serta membuat

keputusan untuk mencapainya.

Contoh-contoh yang biasa kita temui

termasuk ucapan-ucapan motivasi yang

mendorong pendengar ke arah

pembangunan kendiri, mencapai

kejayaan di dalam kerjaya, mengambil

peranan sebagai pemimpin atau

mencapai matlamat penting yang lain di

dalam hidup mereka.

Terdapat sedikit perbezaan di antara

ucapan mengilhamkan dan ucapan

memujuk:

- Ucapan memujuk mempunyai

matlamat yang amat khusus; penyampai

menggunakan logik dan suntikan

perasaan untuk menunjukkan bahawa

langkah yang disarankan adalah yang

paling bijak.

- Ucapan mengilhamkan mempunyai

matlamat yang lebih mujarad;

penyampai lebih banyak menggunakan

suntikan perasaan yang memainkan

impian dan nilai-nilai murni pendengar

untuk membawa mereka kepada

membuat kesimpulan dan keputusan

yang dikehendaki oleh penyampai.

Cara membuat ucapan ini

1. Pilih sebuah tajuk yang benar-benar

dekat dengan hati anda.

2. Anda boleh menggunakan rangka

yang berikut:

a. Pembukaan ucapan yang menarik

perhatian pendengar dan mengarah

kepada perkara yang ingin

dibincangkan

b. Memulakan isi ucapan dengan

menyatakan dan menggambarkan

keadaan idaman yang patut dicapai

c. Mendapat kepercayaan pendengar

dengan memberitahu dan

membuktikan kepada mereka bahawa

anda memahami perasaan, sikap serta

keraguan yang menyebabkan mereka

terus berada di takuk lama. Manfaatkan

latar belakang diri anda (di mana

terdapat persamaan) dan gunakan

perkataan “kita”.

d. Menerangkan bahawa perasaan dan

sikap ini adalah kurang baik dan

87

mungkin membawa kepada kesudahan

yang tidak diingini

e. Mendorong dan mencabar

pendengar untuk mengambil terima

perasaan, sikap, nilai dan matlamat

yang lebih tinggi dan mulia, dengan

menyebut faedah-faedah berbuat

demikian

f. Meyakinkan pendengar bahawa

mereka boleh berubah

g. Di dalam penutup, mencabar dan

menuntut agar pendengar melibatkan

diri di dalam perjuangan ini,

menekankan sekali lagi faedah berbuat

demikian, sebelum mengakhiri dengan

sesuatu yang mudah dikenang

2. Anda boleh menambah

keberkesanan ucapan anda dengan

menggunakan:

a. Kisah-kisah benar. Kisah mengenai

insan-insan lain yang telah mengatasi

kepayahan dan keperitan dan mencapai

kejayaan dapat memberi kesan yang

mendalam kepada pendengar. Namun,

jangan menyelitkan terlalu banyak

cerita. Satu atau dua kisah benar yang

dirujuk kerap adalah lebih berkesan.

Adalah lebih baik lagi jika anda

menceritakan pengalaman diri anda.

b. Petikan kata-kata orang yang

terkenal atau pujangga

c. Perkataan-perkataan dan ungkapan-

ungkapan yang membantu pendengar

untuk membayangkan kejayaan yang

bakal dinikmati

d. Ayat-ayat yang memberi dorongan,

bukan kecaman

3. Keberkesanan sebuah ucapan

mengilhamkan khalayak banyak

bergantung kepada suntikan perasaan.

Selain isi kandungan yang

membangkitkan perasaan, anda perlu

menunjukkan kepada pendengar

bahawa anda ikhlas. Gunakan bahasa

tubuh dan kepelbagaian suara dengan

sepenuhnya serta kemahiran berpidato

yang lain.

Tugasan anda

Sampaikan sebuah ucapan

mengilhamkan khalayak di dalam masa

tidak melebihi 12 minit.

88

Borang Penilaian untuk

Mengilhamkan Khalayak

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

► Adakah ucapan ini memenuhi syarat-syarat sebagai sebuah ucapan

mengilhamkan atau ia lebih bersifat ucapan memujuk?

► Adakah pembukaan ucapan berjaya menarik perhatian para pendengar?

► Adakah pemidato menggambarkan dengan jelas keadaan idaman yang patut

dicapai?

► Adakah pemidato berjaya menjalin hubungan dengan para pendengar serta

mendapat kepercayaan mereka?

89

► Adakah pemidato melontarkan cabaran kepada pendengar serta menunjukkan

bahawa mereka boleh berubah?

► Adakah pemidato menggunakan kisah-kisah benar untuk menambah

keberkesanan ucapan?

► Adakah penutup cukup bertenaga dan berkesan?

► Adakah pemidato menggunakan banyak suntikan perasaan dan menunjukkan

keikhlasan sejati?

90

•••• Ucapan untuk Mengilhamkan (Tugasan #23)

Memberi Dorongan

Apa maksud memberi dorongan?

Di dalam tugasan sebelum ini (#22),

anda telah belajar menyampaikan

sebuah ucapan untuk mengilhamkan

khalayak. Ucapan tersebut merupakan

contoh tulen bagi kumpulan “ucapan

untuk mengilhamkan”. Tugasan

sekarang ini juga adalah ucapan untuk

mengilhamkan tetapi ia berbeza sedikit

dengan tugasan sebelumnya. Tugasan

ini melibatkan matlamat yang lebih

khusus namun penyampai tetap perlu

mengutamakan suntikan perasaan.

Yang berikut adalah contoh-contoh

memberi dorongan:

- Pengetua sekolah memberi dorongan

kepada murid-murid untuk tekun

mengulang kaji menjelang peperiksaan

- Majikan memberi dorongan kepada

para pekerja demi mencapai sasaran

keuntungan

- Ketua parti politik memberi dorongan

kepada anak-anak buahnya untuk

membawa masuk lebih ramai ahli

- Ibu bapa memberi dorongan kepada

anak-anak untuk mematuhi peraturan-

peraturan yang ditetapkan oleh mereka

Cara membuat ucapan ini

1. Anda boleh menggunakan rangka

yang berikut:

a. Pembukaan ucapan yang menarik

perhatian pendengar dan mengarah

kepada perkara yang ingin

dibincangkan

b. Memulakan isi ucapan dengan

menyatakan matlamat atau kehendak

anda dengan jelas

c. Mendapat kepercayaan pendengar

dengan memberitahu dan

membuktikan kepada mereka bahawa

anda memahami perasaan, sikap serta

keraguan yang mungkin menyebabkan

mereka tidak mahu mengambil

tindakan. Anda perlu mengambil sudut

pandangan pendengar. Gunakan

perkataan “kita” di mana sesuai untuk

menunjukkan bahawa anda benar-

benar menjiwai masalah mereka.

d. Menerangkan bahawa perasaan dan

sikap ini adalah kurang baik dan

mungkin membawa kepada kesudahan

yang tidak diingini

e. Mendorong dan mencabar

pendengar untuk mengambil terima

91

perasaan, sikap, nilai dan matlamat

yang lebih tinggi dan mulia (yang anda

kehendaki), dengan menyebut faedah-

faedah berbuat demikian. Jika anda

mengehendaki pendengar untuk

berusaha mencapai matlamat

kumpulan, terangkan bagaimana

kepentingan peribadi akan lebih

terpelihara apabila kepentingan

kumpulan terjamin.

f. Meyakinkan pendengar bahawa

mereka boleh berubah

g. Dalam penutup, mencabar dan

menuntut agar pendengar mengambil

tindakan yang disarankan, menekankan

sekali lagi faedah berbuat demikian.

Tawarkan ganjaran tambahan jika

perlu. Contoh: Ganjaran kewangan

untuk pekerja-pekerja syarikat yang

berjaya mencapai sasaran.

2. Anda boleh menambah

keberkesanan ucapan anda dengan

menggunakan:

a. Kisah-kisah benar. Kisah mengenai

insan-insan lain (ataupun diri anda)

yang telah mengatasi masalah yang

serupa dan mencapai kejayaan dapat

memberi kesan yang mendalam kepada

pendengar.

b. Petikan kata-kata orang yang

terkenal atau pujangga

c. Perkataan-perkataan dan ungkapan-

ungkapan yang membantu pendengar

untuk membayangkan kejayaan yang

bakal dinikmati

d. Ayat-ayat yang memberi dorongan,

bukan kecaman

3. Keberkesanan sebuah ucapan

memberi dorongan banyak bergantung

kepada suntikan perasaan. Selain isi

kandungan yang membangkitkan

perasaan, anda perlu menunjukkan

kepada pendengar bahawa anda ikhlas.

Gunakan bahasa tubuh dan

kepelbagaian suara dengan sepenuhnya

serta kemahiran pengucapan awam

yang lain.

Tugasan anda

Sampaikan sebuah ucapan memberi

dorongan di dalam masa tidak melebihi

12 minit.

92

Borang Penilaian untuk

Memberi Dorongan

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

► Adakah ucapan ini tergolong sebagai ucapan memberi dorongan dengan

matlamat yang khusus atau ia lebih bersifat ucapan memberi ilham secara am?

► Adakah matlamat atau kehendak pemidato dinyatakan dengan jelas?

► Adakah pemidato berjaya menjalin hubungan dengan pendengar serta mendapat

kepercayaan mereka?

► Adakah pemidato berjaya menunjukkan bahawa pendengar perlu dan boleh

berubah?

93

► Adakah pemidato menggunakan kisah-kisah benar untuk menambah

keberkesanan ucapan?

► Adakah penutup cukup bertenaga dan berkesan?

► Adakah pemidato menawarkan ganjaran tambahan yang bersesuaian kepada

pendengar?

► Adakah pemidato menggunakan banyak suntikan perasaan serta menunjukkan

keikhlasan sejati?

94

•••• Ucapan untuk Mengilhamkan (Tugasan #24)

Ucaptama

Apa itu ucaptama?

Pertubuhan-pertubuhan perniagaan,

ilmiah, politik, sosial dan lain-lain

sering kali menganjurkan majlis-majlis

berbentuk persidangan atau

perhimpunan. Majlis-majlis seumpama

lazimnya dimulakan dengan sebuah

“ucapan utama” yang dinamakan

“ucaptama”. Matlamat ucaptama ialah

untuk mewujudkan suasana positif

pada permulaan majlis serta menyuntik

semangat para peserta.

Pengucaptama biasanya dipilih

berdasarkan kepakaran atau

pengalaman beliau di dalam bidang

berkenaan serta kemampuan nama

beliau untuk menarik bakal peserta.

Tokoh ini mungkin dipilih daripada

kalangan ahli pertubuhan penganjur

atau dijemput dari luar. Kerap kali

beliau diberi penghormatan untuk

merasmikan majlis setelah selesai

menyampaikan ucaptama. Untuk

sebuah majlis yang lebih kecil, ucapan

perasmian majlis boleh dianggap

sebagai “ucaptama” untuk majlis

tersebut.

Cara membuat ucapan ini

1. Penyampai semua jenis ucapan perlu

mengetahui latar belakang pendengar

dan majlis, lebih-lebih lagi

pengucaptama. Ini adalah kerana

pengucaptama telah diberi sebuah

tugasan rasmi yang berat. Kejayaan

persidangan/perhimpunan berkenaan

mungkin terletak pada kejayaan

ucaptama ini. Jika anda diberi tugasan

ini, anda perlu berusaha untuk

mendapatkan maklumat yang lengkap

tentang perkara-perkara berikut:

a. Pertubuhan penganjur – sejarah dan

matlamat secara am serta isu-isu atau

cabaran-cabaran yang sedang dihadapi

b. Persidangan/perhimpunan yang

bakal dianjurkan ini – tema dan

matlamat

c. Penyampai-penyampai lain –

pengucaptama-pengucaptama yang lain

(untuk majlis yang besar) termasuk

urutan berucap, penyampai-penyampai

yang lain serta tajuk-tajuk penyampaian

mereka

d. Peserta-peserta – siapa yang bakal

hadir (umur, jantina, pekerjaan, tahap

pendidikan dan pengetahuan, sikap dan

kepercayaan, dll.) serta jumlah

kehadiran yang dijangka

95

2. Berdasarkan maklumat yang telah

diperolehi, anda perlu menggubah

sebuah ucapan yang dapat

menggembleng dan menyatukan

kepercayaan serta hasrat hati para

peserta dan menjuruskan fikiran

mereka terhadap matlamat

persidangan/

perhimpunan ini. Beri pengesahan

terhadap perjuangan pertubuhan ini.

Gunakan kaedah suntikan perasaan di

sepanjang ucapan anda.

3. Manfaatkan juga kepakaran dan

pengalaman anda di dalam bidang

berkenaan dengan menyumbang sudut

pandangan baru dan menarik yang

menyentuh tema dan matlamat

persidangan/perhimpunan ini.

4. Gunakan gaya penyampaian yang

bersesuaian dengan suasana/jenis

majlis sama ada gaya serius ataupun

bersahaja. Manfaatkan bahasa tubuh

dan kepelbagaian suara pada tahap yang

bertepatan.

5. Memandangkan masa yang

diperuntukkan untuk sebuah ucaptama

biasanya agak panjang, anda perlu

mencegah para pendengar daripada

berasa bosan. Selitkan gurau senda dan

kisah-kisah benar. Elakkan daripada

menggunakan banyak perangkaan atau

bahan yang mujarad. Beri contoh-

contoh yang nyata dan mudah

difahami.

6. Selain isi kandungan yang utama,

pembukaan dan penutup ucaptama

juga amat penting. Mulakan ucaptama

anda dengan mengalu-alukan kehadiran

para hadirin terutamanya dif-dif

kehormat ke majlis berkenaan serta

mengucapkan terima kasih kepada

pihak penganjur kerana memberi

peluang ini kepada anda. Akhiri

ucaptama anda dengan menyeru

kepada para peserta untuk melibatkan

diri dengan sepenuh hati di dalam

acara-acara seterusnya dan juga

perjuangan pertubuhan berkenaan.

Nyatakan keyakinan anda bahawa

perjuangan ini akan berhasil. Jika anda

diberi penghormatan untuk

merasmikan majlis, lakukan seperti

yang diminta.

Tugasan anda

Sampaikan sebuah ucaptama di dalam

masa tidak melebihi 20 minit ataupun

sebuah ucapan perasmian majlis di

dalam masa tidak melebihi 12 minit.

Mimbar akan disediakan.

96

Borang Penilaian untuk

Ucaptama

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

►Adakah pengucaptama menunjukkan bahawa beliau mengetahui latar belakang

pertubuhan penganjur serta matlamat khusus persidangan/perhimpunan ini?

► Adakah pengucaptama berjaya menjalin hubungan dengan pendengar serta

mendapat kepercayaan mereka?

► Adakah pengucaptama berjaya membawa para pendengar kepada suatu matlamat

umum?

► Adakah pengucaptama berjaya menyumbang sudut pandangan baru dan menarik

yang menyentuh tema dan matlamat persidangan/perhimpunan ini?

97

► Adakah gaya penyampaian yang digunakan bersesuaian dengan pendengar dan

majlis?

► Adakah pengucaptama meringankan suasana dengan menyelitkan gurau senda,

kisah-kisah benar dll.?

► Adakah penutup berkesan termasuk bahagian perasmian majlis (jika ada)?

► Pada pandangan anda, adakah ucaptama ini berjaya mewujudkan suasana positif

pada permulaan majlis?

98

•••• Ucapan untuk Mengilhamkan (Tugasan #25)

Menerima Anugerah

Apa maksud menerima anugerah?

Pada masa kini, penyampaian anugerah

sudah menjadi perkara biasa di dalam

dunia perniagaan, hiburan, perjuangan

masyarakat dan banyak lagi. Seseorang

mungkin diberi anugerah di atas

tempoh khidmatnya (sebagai contoh,

khidmat sebagai kakitangan syarikat

selama 25 tahun), pencapaiannya

(pelakon terbaik), sumbangannya (wang

dan masa), dll.

Biasanya penerima anugerah akan

diminta memberi ucapan ringkas

selepas tampil menerima anugerah.

Ucapan ini boleh dianggap sebagai

sebuah ucapan mengilhamkan kerana ia

secara tidak langsung akan menyeru

serta memberi ilham kepada para

pendengar untuk mencontohi penerima

anugerah dan memberikan yang terbaik

di dalam perjuangan berkenaan (atau

perjuangan yang lain).

Cara membuat ucapan ini

1. Anda perlu menonjolkan perwatakan

yang mulia dan tenang ketika menerima

anugerah ini. Anda tidak patut

kelihatan terlalu gembira atau teruja;

pada masa yang sama anda tidak boleh

berkelakuan seperti acuh tidak acuh.

Anda harus menampakkan perasaan

suka dan bangga yang berpatutan.

2. Anda boleh menggunakan rangka

ucapan yang berikut:

a. Akui pemberian anugerah. Mulakan

ucapan anda dengan melahirkan

perasaan sukacita anda kerana

mendapat anugerah ini. Ucapkan

terima kasih kepada organisasi yang

memberi anugerah ini, juga kepada

mereka yang telah mencalonkan anda

serta jawatankuasa pemilihan.

b. Ucapkan terima kasih kepada insan-

insan yang pernah membantu anda.

Pilih 1 atau 2 orang yang telah

memainkan peranan penting dalam

membantu anda mencapai kejayaan ini.

Iktiraf sumbangan mereka dan beri

contoh pertolongan yang anda terima

daripada mereka. Elakkan daripada

memberi senarai panjang insan-insan

yang pernah membantu anda. Ucapkan

terima kasih kepada mereka ini secara

sekali gus (selain seorang dua yang

terpenting tadi). Anda boleh

mengucapkan terima kasih secara

peribadi kepada setiap orang setelah

ucapan anda selesai.

99

c. Iktiraf organisasi yang memberi

anugerah ini. Iktiraf peranan dan

pentingnya organisasi ini dan terangkan

bagaimana organisasi ini telah

menyumbang kepada masyarakat.

Namun, jangan terlalu memuji-muji.

d. Ceritakan rancangan anda. Ceritakan

sedikit berkenaan rancangan dan usaha

anda seterusnya yang ada kaitan dengan

anugerah ini. Anda boleh menyeru

kepada para pendengar untuk bersama-

sama anda di dalam perjuangan yang

berkenaan.

e. Akhiri dengan ucapan terima kasih

sekali lagi.

3. Elakkan daripada mengatakan anda

tidak layak untuk menerima anugerah

ini kerana ia menunjukkan anda

meragui kesahihan proses pemilihan

dan kebijaksanaan jawatankuasa

pemilihan. Pada masa yang sama,

jangan pula angkuh atau

menyeneraikan satu per satu

pencapaian anda yang sudahpun

diketahui umum.

4. Manfaatkan kesemua kemahiran

berpidato. Tonjolkan keikhlasan hati

yang tulus dan sejati sepanjang ucapan

ini.

Tugasan anda

Sampaikan sebuah ucapan menerima

anugerah di dalam masa tidak melebihi

10 minit. Mimbar akan disediakan.

Sebelum anda berucap, minta seorang

ahli kelab untuk menyampaikan token

anugerah kepada anda (gunakan plak

atau benda lain yang sesuai). Sediakan

bahagian terakhir ucapan penyampaian

anugerah yang akan disampaikan oleh

beliau di mana beliau mengumumkan

nama anda sebagai penerima anugerah

ini (sekali dengan nama anugerah).

Tampil ke hadapan untuk menerima

anugerah ini apabila nama anda

dipanggil. Pegang token ini sebentar

(penyampai dan penerima) dan biarkan

hadirin melihatnya. Selepas itu, ambil

token ini dan letakkannya di

atas/sebelah mimbar dan teruskan

dengan ucapan anda dari belakang

mimbar.

100

Borang Penilaian untuk

Menerima Anugerah

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

►Adakah pemidato menonjolkan perwatakan yang mulia dan tenang sepanjang

masa?

► Adakah pemidato mengakui pemberian anugerah ini dengan baik?

► Adakah pemidato berjaya melahirkan rasa syukur atas insan-insan yang telah

menyumbang kepada kejayaannya?

► Adakah pemidato memberi ringkasan yang tepat dan padat berkenaan

pentingnya organisasi yang memberi anugerah ini?

101

► Adakah pemidato berjaya mengilhamkan pendengar dengan rancangan masa

hadapannya?

► Adakah pemidato menunjukkan sikap rendah diri yang berpatutan tetapi tidak

melampau?

► Adakah persembahan ini menarik dari segi bahasa tubuh dan kepelbagaian suara?

► Nyatakan satu perkara utama yang pemidato boleh lakukan untuk menjadikan

ucapan ini lebih berkesan.

102

•••• Ucapan untuk Mengilhamkan (Tugasan #26)

Ucapan Penghormatan

Apa itu ucapan penghormatan?

Ucapan penghormatan adalah ucapan

yang bertujuan untuk memuji dan

menghormati seseorang di dalam

sebuah majlis yang dianjurkan khas

untuk beliau, contohnya majlis ulang

tahun kelahiran (biasanya untuk

seorang yang berusia), majlis persaraan,

majlis perpisahan, malah majlis

pengebumian atau peringatan. Ucapan

penghormatan merupakan satu cara

yang amat berkesan untuk

menghormati seseorang di samping

memberi ilham kepada para hadirin.

Pada masa yang sama, tugasan untuk

menyampaikan ucapan penghormatan

merupakan suatu cabaran besar

terutamanya jika ucapan ini perlu

disampaikan di dalam suasana yang

sarat dengan perasaan.

Cara membuat ucapan ini

1. Mulakan ucapan anda dengan

menyatakan matlamat majlis dan

tugasan anda. Lahirkan rasa terharu

kerana anda terpilih untuk

menyampaikan ucapan ini, yang juga

merupakan sebuah penghormatan buat

diri anda.

2. Di dalam isi ucapan yang utama,

anda perlu menentukan pendekatan

yang akan digunakan. Terdapat 2

pendekatan yang biasa digunakan –

pendekatan riwayat hidup dan

pendekatan sifat dan nilai. Untuk

pendekatan riwayat hidup, anda boleh

menyebut peristiwa-peristiwa dan

babak-babak penting di dalam riwayat

hidup tokoh anda. Untuk pendekatan

yang kedua, anda boleh menjadikan

sifat-sifat dan nilai-nilai terpuji tokoh

anda sebagai hujahan yang utama.

Anda masih perlu bijak memilih

perkara-perkara yang paling penting

untuk dikongsikan selaras dengan

matlamat/jenis majlis.

3. Anda perlu mengembangkan setiap

peristiwa/babak atau sifat/nilai yang

disebut di atas dengan menyampaikan

butir-butir yang menarik serta

menyelitkan kisah-kisah benar. Jika

anda mengenali tokoh anda dengan

dekat, anda boleh menyelitkan kisah-

kisah peribadi di mana anda terlibat

bersama dengan tokoh ini.

4. Tujuan ucapan ini ialah untuk

memberi penghormatan dan pujian.

Walau bagaimanapun, anda tidak patut

memberi tanggapan bahawa tokoh ini

tidak mempunyai sebarang kelemahan.

103

Di mana perlu, dan secara berpada-

pada, anda boleh menyebut kelemahan

yang ada. Seterusnya beritahu para

pendengar bagaimana tokoh anda telah

berjaya mengatasi semua masalah dan

kelemahan yang dihadapi untuk

menjadi insan tersohor.

5. Sepanjang ucapan anda, di mana ada

kesempatan, dan terutamanya pada

penghujung ucapan, tarik perhatian

pendengar kepada makna kehidupan

tokoh ini. Apakah sumbangan beliau

kepada masyarakat? Bagaimanakah

anda dan para pendengar terhutang

budi dengan tokoh ini? Apakah

langkah-langkah yang perlu diambil

oleh pendengar?

6. Selitkan unsur lawak pada tempat-

tempat yang bersesuaian. Ia dapat

menguraikan ketegangan suasana. Anda

boleh menggunakan pantun dll. untuk

mengindahkan lagi ucapan anda.

7. Jika ucapan ini disampaikan di dalam

sebuah majlis yang sarat dengan

perasaan terutamanya untuk diri anda

(sedih dsb.), pastikan bahagian

permulaan ucapan ini tidak

mengandungi bahan yang boleh

mencetuskan perasaan yang teramat.

Selain itu, buang bahagian-bahagian di

dalam ucapan anda yang membuat

anda menangis. Anda akan mengetahui

bahagian mana perlu dibuang ketika

anda berlatih ucapan ini sebelum

menyampaikannya.

8. Penutup ucapan harus memberi

ilham dan harapan kepada para

pendengar.

9. Manfaatkan kesemua kemahiran

berpidato namun gaya anda perlu lebih

terkawal jika ucapan disampaikan di

dalam suasana sedih. Berucap dengan

ikhlas. Jangan terlupa memandang

tokoh anda dari semasa ke semasa (jika

beliau hadir).

Tugasan anda

Sampaikan sebuah ucapan

penghormatan di dalam masa tidak

melebihi 10 minit.

Anda boleh menggunakan mimbar jika

perlu.

104

Borang Penilaian untuk

Ucapan Penghormatan

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

► Adakah pemidato memulakan ucapan dengan nada dan perwatakan yang sesuai?

► Adakah pemidato memilih pendekatan yang paling sesuai untuk ucapan ini?

► Adakah pemidato memberi butir-butir menarik ketika mengembangkan hujah-

hujah utama?

► Adakah pemidato memberi gambaran positif dan juga realistik tokoh ini?

105

► Adakah pemidato menggariskan makna kehidupan tokoh ini?

► Adakah pemidato berjaya menyelitkan unsur lawak pada tempat-tempat yang

sesuai?

► Adakah penutup memberi ilham dan harapan buat pendengar?

► Secara keseluruhan, adalah ucapan ini memainkan perasaan pendengar pada

kadar optimum (tidak terlalu banyak atau terlalu sedikit)?

106

•••• Ucapan untuk Mengilhamkan (Tugasan #27)

Ucapan Pelepasan

Apa itu ucapan pelepasan?

Ucapan pelepasan adalah ucapan yang

disampaikan kepada seseorang atau

sekumpulan orang sebelum dia/mereka

“dilepaskan” dari tempat asal untuk

memainkan suatu peranan yang

penting. Ia mungkin disampaikan oleh

ketua kepada insan-insan yang

dimaksudkan itu ataupun seorang

tokoh lain yang dijemput khas untuk

menyampaikan ucapan ini. Ucapan

pelepasan adalah istilah am; ia juga

merangkumi ucapan pentaulihan yang

lebih berat.

Yang berikut adalah contoh-contoh

ucapan pelepasan:

- Ucapan yang disampaikan kepada

para siswazah sebelum mereka

melangkah ke alam pekerjaan. Ucapan

jenis ini amat diraikan di Barat malah

universiti-universiti sering menjemput

tokoh-tokoh yang terkemuka untuk

menyampaikan ucapan ini.

- Ucapan pentauliahan yang

disampaikan kepada para pegawai kadet

setelah mereka tamat tempoh latihan

- Ucapan yang disampaikan kepada

jemaah haji sebelum mereka berlepas

ke Tanah Suci

- Ucapan yang disampaikan kepada

pasukan penjaga keamanan sebelum

mereka berlepas ke suatu tempat yang

sedang bergolak

Cara membuat ucapan ini

1. Pastikan terlebih dahulu siapa

pendengar ucapan ini – adakah

kesemua mereka terdiri daripada insan-

insan yang akan “dilepaskan” itu atau

terdapat juga pendengar-pendengar lain

di dalam dewan (seperti ahli-ahli

keluarga dll.)? Jika terdapat ramai orang

lain, anda perlu membahagikan

pendengar anda kepada 2 kumpulan.

Secara amnya, anda harus menujukan

ucapan anda kepada kumpulan utama

tetapi anda juga perlu dari semasa ke

semasa menujukan ucapan anda kepada

para pendengar yang lain supaya

mereka berasa turut terlibat. Anda

boleh terus menceritakan tentang

kumpulan utama tetapi merujuk

mereka sebagai “pihak ketiga”.

2. Anda boleh memulakan ucapan anda

dengan menyatakan peranan yang bakal

dimainkan oleh pendengar (kumpulan

utama). Bahagian ini perlu ringkas

kerana pendengar sudahpun

mengetahui butir-butirnya.

107

3. Imbas secara terperinci bentuk-

bentuk persediaan yang telah dilalui

oleh pendengar. Ini akan dapat

mengingatkan mereka tentang betapa

peritnya persediaan yang telah mereka

lalui ini dan juga ketabahan serta

kecekalan yang telah mereka tunjukkan,

sekali gus menaikkan semangat mereka

untuk menerima tugasan yang

seterusnya.

4. Seterusnya, beritahu kepada

pendengar secara jujur dan terus terang

bahawa mereka bakal menghadapi

pelbagai cabaran, rintangan, malah

kesusahan di dalam proses memainkan

peranan mereka yang baru. Bahagian

ini amat penting dan mungkin akan

menentukan sama ada ucapan anda

akan sentiasa dikenang ataupun

dilupakan. Jika anda berkemampuan

mengawal keadaan, anda boleh

memberitahu pendengar betapa

peritnya hari-hari yang mendatang

(dengan itu memberi pengesahan

kepada perasaan takut dan risau yang

mereka sudahpun rasai) tanpa

memutuskan harapan mereka, malah

membuat mereka ingin mencuba dan

mengharungi semua itu.

5. Anda perlu menambah bahawa anda

memberi kepercayaan kepada mereka

untuk membuat keputusan dan

mengambil langkah-langkah yang

sesuai untuk mengatasi segala jenis

cabaran dan rintangan.

6. Seterusnya, nyatakan kemenangan

yang pendengar boleh capai di

penghujungnya jika mereka tabah dan

sabar. Akan tetapi, elakkan daripada

memberi terlalu banyak tumpuan

kepada kegemilangan pencapaian itu

kerana ia agak tidak realiatik.

Sebaliknya, tekankan bahawa mereka

akan mengambil tempat sebagai insan-

insan biasa yang berguna apabila

mereka memainkan peranan yang

diberikan itu dengan amanah kerana

mereka akan menyertai manusia-

manusia lain dalam menjadikan dunia

ini sebuah tempat yang lebih baik.

7. Akhiri dengan ucapan selamat.

8. Gunakan suntikan perasaan

sepenuh-penuhnya di samping semua

kemahiran berpidato yang lain. Akan

tetapi, elakkan daripada menggunakan

gaya yang terlalu berkobar-kobar.

Tugasan ini berbeza sedikit dengan

tugasan seterusnya ialah “Pidato Di

Ambang Sebuah Pertarungan” di mana

anda perlu menggunakan gaya yang

berkobar-kobar.

Tugasan anda

Sampaikan sebuah ucapan pelepasan di

dalam masa tidak melebihi 12 minit.

Anda boleh menggunakan mimbar jika

perlu.

108

Borang Penilaian untuk

Ucapan Pelepasan

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

► Adakah pemidato memilih tajuk yang bersesuaian dengan tema tugasan ini?

► Adakah pembukaan ucapan menjelaskan apa peranan pendengar seterusnya?

► Adakah pemidato berjaya menggambarkan persediaan yang telah pendengar

lalui?

► Adakah pemidato berjaya menggambarkan cabaran yang bakal pendengar

hadapi?

109

► Adakah pemidato memberi kepercayaan kepada pendengar untuk membuat

keputusan dan mengambil langkah-langkah yang perlu?

► Adakah pemidato berjaya menggambarkan kemenangan yang boleh dicapai?

► Adakah nada ucapan ini bertepatan dan sesuai iaitu mengilhamkan tetapi tidak

terlalu mengujakan?

► Adakah pemidato memberi perhatian kepada pendengar yang lain yang bukan

merupakan kumpulan utama (jika ada)?

110

•••• Ucapan untuk Mengilhamkan (Tugasan #28)

Pidato Di Ambang Sebuah Pertarungan

Apa itu pidato di ambang sebuah

pertarungan?

Dari semasa ke semasa, kita mungkin

terpaksa melalui saat-saat yang sangat

mencabar di mana kemenangan atau

kekalahan akan menentukan masa

depan kita atau perjuangan kita.

Contoh yang paling menepati ciri-ciri

ini ialah sebuah peperangan atau

sebuah pertempuran. Satu lagi contoh

ialah perlawanan sukan. Walaupun ia

sebenarnya tidak mendatangkan kesan

yang begitu besar (sama ada positif atau

sebaliknya), namun mereka yang

terlibat sering kali merasa mereka

berada di ambang antara hidup dan

mati. Di dalam pertarungan

sedemikian, kita perlu melibatkan diri

dengan sepenuh jiwa dan raga.

Pidato di ambang pertarungan

bertujuan untuk menaikkan semangat

semua yang bakal terlibat. Ia biasanya

disampaikan oleh ketua kepada insan-

insan ini yang kemungkinan besar akan

turut terlibat sama ada secara langsung

ataupun tidak langsung.

Cara membuat ucapan ini

1. Pidato anda boleh mengambil rangka

yang berikut:

a. Rancangan. Anda boleh memulakan

pidato anda dengan mengingatkan

mereka yang terlibat tentang rancangan

dan strategi perjuangan secara

keseluruhan dan pentingnya

pertarungan kali ini. Anda mungkin

boleh mengimbau pencapaian setakat

ini. Bahagian ini perlu serba ringkas

kerana maklumat penuh sepatutnya

telah disampaikan sebelum itu.

b. Perasaan takut. Anda perlu

meyakinkan pendengar bahawa anda

sangat memahami perasaan takut dan

gementar yang mereka sedang alami.

Sebut dengan terperinci apa yang

mereka takutkan. Sebagai contoh,

mereka mungkin takut mati, takut

berpisah dengan insan-insan tersayang

buat selama-lamanya, dll. Yakinkan

mereka bahawa anda juga mengalami

perasaan yang sama.

c. Terpilih. Beritahu pendengar bahawa

mereka adalah insan yang terpilih untuk

menghadapi cabaran ini. Biar mereka

merasai diri mereka amat penting dan

111

sangat bertuah kerana diberi

kesempatan ini.

d. Semangat berpasukan. Gariskan

pentingnya semangat dan kerjasama

berpasukan dalam menentukan

kejayaan. Biar setiap individu merasa

sudi berkorban demi kepentingan

pasukan. Pastikan mereka faham

bahawa mereka akan “menang sebagai

satu pasukan atau tewas sebagai

individu”.

e. Musuh. Beritahu mereka sebab-

sebab kenapa mereka tidak perlu takut

pada musuh dan sebab-sebab mereka

akan dapat mengatasi musuh mereka.

f. Kemenangan dan kegemilangan.

Bantu para pendengar untuk

membayangkan kemenangan dan

kegemilangan yang bakal dicapai.

Pastikan mereka faham bahawa sama

ada mereka menang atau kalah, mereka

tetap menang. Jika mereka betul-betul

menang, apakah kegemilangan dan

kemegahan yang dapat dikecapi?

Gambarkan secara terperinci. Jika

mereka tidak menang sekalipun, apa

ganjaran yang masih dapat dinikmati?

g. Berkorban. Demi kepentingan

perjuangan dan kegemilangan yang

bakal dikecapi, pastikan mereka

sanggup berkorban. Jika perkara ini

melibatkan nyawa, pastikan mereka

sudah bersedia.

h. Sambutan. Akhiri pidato anda

dengan menaikkan semangat

pendengar agar mereka memberi

sambutan yang berkobar-kobar,

misalnya, dengan bersorak-sorak.

2. Gunakan suntikan perasaan

sepenuh-penuhnya dan bahasa yang

menggetarkan jiwa di samping semua

kemahiran berpidato yang lain. Cuba

terapkan gaya yang berkobar-kobar di

dalam ucapan ini namun ia perlu

kelihatan semula jadi.

Tugasan anda

Sampaikan sebuah pidato di ambang

suatu pertarungan. Masa yang diberi

ialah tidak melebihi 10 minit.

112

Borang Penilaian untuk

Pidato Di Ambang Sebuah Pertarungan

Pemidato: __________________________________________________

Tajuk Ucapan: __________________________________________________

Penilai: __________________________________________________

Tarikh: ____________________

Sila jawab soalan-soalan yang berikut. Di mana perlu, sertakan butir-butir tambahan dan

saranan-saranan untuk memperbaiki ucapan.

► Adakah pemidato memilih tajuk yang bersesuaian dengan tema tugasan ini?

► Adakah pemidato berjaya meyakinkan pendengar bahawa dia memahami

perasaan mereka?

► Adakah pemidato berjaya menyampaikan kepada pendengar bahawa mereka

adalah insan terpilih?

► Adakah pemidato berjaya mengurangkan perasaan takut pada musuh yang

pendengar alami?

113

► Adakah pemidato menggambarkan dengan jelas kemenangan dan kegemilangan

yang bakal dicapai?

► Adakah pemidato berjaya menggerakkan pendengar untuk berkorban demi

kumpulan dan perjuangan?

► Adakah pemidato berjaya mendapatkan sambutan yang berkobar-kobar di

hujung pidato?

► Bahagian manakah yang paling istimewa/hebat/sukar dilupakan di dalam pidato

ini?

114

Rekod Penyampaian Ucapan

Tugasan Tarikh

#1: Taklimat

#2: Tunjuk Cara

#3: Taklimat Teknikal

#4: Menyampaikan Bahan Teknikal kepada Hadirin

Bukan Teknikal

#5: Menerangkan Konsep Mujarad

#6: Laporan

#7: Memperkenalkan Penceramah

#8: Cerita Rakyat

#9: Kisah Peribadi

#10: Kisah Dalam Sejarah

#11: Cerita Misteri / Mistik

#12: Membaca Sebuah Cerita

#13: Ucapan Lawak

#14: Menggunakan Jenaka Dalam Ucapan

#15: Ucapan Jualan

#16: Mengemukakan Cadangan

#17: Mendapatkan Sokongan Demi Perjuangan

#18: Mendapatkan Sokongan Dalam Pemilihan

#19: Mengemukakan Bantahan

#20: Menghadapi Hadirin Yang Menentang

#21: Sidang Akhbar

#22: Mengilhamkan Khalayak

#23: Memberi Dorongan

#24: Ucaptama

#25: Menerima Anugerah

#26: Ucapan Penghormatan

#27: Ucapan Pelepasan

#28: Pidato Di Ambang Sebuah Pertarungan

Kelab Pidato Perdana (KPP) adalah sebuah Pertubuhan yang diwujudkan untuk tujuan

memperkasa Pengucapan Awam bahasa Melayu. Matlamat KPP ialah membantu rakyat Malaysia dan warga Nusantara untuk mempertingkat kemahiran

menyampaikan ucapan dalam bahasa Melayu.

Kelab Pidato Perdana kini mempunyai 20 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia

dan Singapura.

Siri 28 Ucapan™ merupakan kompilasi jenis-jenis ucapan yang unik kepada Kelab Pidato Perdana. Dengan menguasai ucapan-ucapan dalam siri ini,

anda pasti menjadi seorang pemidato yang versatil atau serba boleh.

Tentang Kelab Pidato Perdana

"Lestarikan Bahasa, Senikan Bicara"

Kelab Pidato Perdana www.pidatoperdana.com