utusanmalaysia[4nov1980[berjaya,usnosambutbaikbnpusatberkecuali

Upload: fahmi-radzi

Post on 04-Jun-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 UtusanMalaysia[4Nov1980[Berjaya,UsnoSambutbaikBNPusatBerkecuali

    1/1

    Berjaya, USNO

    sambut baikBN Pusat

    berkecuali

    O l eh I K M A L Y U S O F F

    OTA KINABALU 3 Nov. Berjaya dan USNO hari ini menyambut

    baik langkah Barisan Nasional Pusat yang akan bersikap berkecua-

    li dalam pilihanraya umum Negeri Sabah tahun depan.

    Naib- Presi den Berjaya, Datuk Joseph Pairin Kitingan, me mbe rit ahu

    Ut us an Malay sia hari ini: "M em an g itulah yang kam i ha ra pk an ."

    "Kami memang

    berharap agar Bar isan

    Nasiona l Pusat bersikap

    berkecuali dalam soalini." tambahnya.

    Barisan Nasional,

    m e n u r u t b e l i a u ,

    s e h a r u s n y a m e m -

    benarkan Berjay a dan

    USNO ber tand ing

    dengan menggunakan

    simbol masing-masing.

    " S e b a i k - b a i k n y a

    mana-mana pemimpin

    atau ahli dari mana-mana parti komponen

    Barisan Nasional baik di

    Semenanjung mahupun

    di Sarawak tidak datang

    ke Sabah semasa kem-

    pe n pilihanraya itu nanti

    untuk menyokong mana-

    mana pihak." katanya.

    Datuk Joseph Pairin

    yang juga Menteri Te-

    naga Rakyat dan AlamSekitar Sabah berkata,

    "biarlah rakyat Sabah

    sendiri menentukan

    p a r t i m a na yang

    mer eka mah u pilih."

    Peng umu man bahawa

    Barisan Nasional Pusat

    akan bersikap berkecuali

    dibuat oleh Menteri Pe-

    lajaran, Datuk Musa

    Hitam, semasa beliaumelawat ke sini hujung

    minggu lalu.

    Beliau juga memberi-

    tahu bahawa BarisanN a s i o n a l a k a n

    menggubal satu tatacara

    pilihanraya untuk di-

    patuhi oleh kedua-dua

    parti komponen Bari san

    'Nasional di sini.

    Datuk Musa telah

    mengadakan perjum-

    paan dengan pemimpin-

    pemimpin USNO dan

    Berjaya bagi mem-bincangkan masalah-

    masalah yang berbangkit

    termasuk soal pi-

    lihanraya umum itu.

    Di samping itu beliau

    juga mengadakan perte-

    muan berasingan dengan

    Ketua Menteri Sabah.

    Datuk Harris Salleh

    yan g jug a Preside n Ber-

    jaya dan Tan Sri SaidKruak, Presiden USNO.

    Menyentuh tentang

    tatacara pilihanraya,

    Datuk Joseph Pairin ber-

    kata Berjaya telahpun

    m e n y a m p a i k a n c a -

    dangan parti itu kepada

    Datuk Musa dan

    menunggu jawapan dari

    Barisan Nasional Pusat.

    K a t a n y a , a n t a r acadangan yang dikemu-

    kakan termasuk mem-

    benarkan Berjaya dan

    Ba han asa l da r i rk ibNega ra Ma lay s ia

    USNO bertanding atassimbol parti masing-

    masing.

    Naib Pre siden Berjay a

    itu juga memberitahu

    bahawa Berjaya akan

    mengemukakan secara

    rasmi kepada Barisan

    Nas iona l Pu sat, berhu-

    bung dengan kerjasama

    USNO dengan dua parti

    bukan komponen Ba-risan Nasional, iaitu

    Pasok dan SCCP, dalam

    menghadapi pilihanraya

    umum negeri kelak.

    Katanya, Berjaya telah

    menimbulkan soal penu-

    buhan Baris an Sabah itu

    kep ada Datu k Mu sa di

    d a l a m p e r b i n c a n g a n

    tempoh hari.

    Sementara itu, Setia-usaha Agung USNO,

    D a t u k H a s k a r

    Hasbullah, memberitahu

    sikap berkecuali Barisan

    Nasio nal itu memang

    kena pada tempatnya

    kerana tidak ada ke-

    rajaan Barisan Nasional

    di Sabah.

    "Yang ada ialah Ke-

    rajaan Berjaya danUSNO. walaupun ahli

    Barisan Nasional, ialah

    sebagai pembangkang,"

    katanya.

    Beliau mensifatkan

    pengumuman Datuk

    Musa ilu sebagai "cukup

    adil."

    Katanya, USNO aka n

    mengemukakan cadang-

    an berhubung dengantatacara pilihanraya se-

    dikit masa lagi setelah

    diadakan perbincangan

    di Kuala Lumpur

    dengan pemimpin Ba-

    risan Nasional.