10 tips untuk berjaya

13
www.sistemaffiliateterkini.com Hakcipta terpelihara Oswald Justin Page 1 10 Tips Untuk Berjaya’ Dari Oswald Justin Terima kasih kerana telah mendapatkan ebook ’10 Tips Untuk Berjaya’ ini. Ebook ini akan memberikan 10 tips yang sangat berguna untuk anda aplikasikan untuk Berjaya dan memberikan sedikit motivasi kepada diri anda untuk lebih tekun dan success dalam semua kerja yang anda lakukan tidak kira dalam perniagaan atau apa sahaja pun. Semoga ebook ini sedikit sebanyak membantu anda untuk Berjaya di masa hadapan. InsyaAllah. Dengan 10 tips yang berguna ini, akan dapat memotivasikan lagi diri anda untuk terus Berjaya tanpa melakukan kesilapan yang selalu di buat oleh usahawan-usahawan di luar sana. Fikir Positif Untuk Raih Kejayaan Anda memerlukan pemikiran berjaya kalau mahukan kejayaan. Jika yang terpapar dalam pemikiran adalah kegagalan, maka kegagalanlah yang anda akan perolehi . Di antara kejayaan dan kegagalan, yang manakah menjadi pilihan anda? Semua orang mahukan kejayaan dalam hidup sama ada dari segi kedudukan mahupun kebendaan. Namun, apa yang melucukan ialah ramai orang begitu yakin bahawa diri mereka amat berharga dan layak memperoleh kejayaan. Lucu kerana pada hakikatnya mereka tidak sedemikian. Mereka mahu mencapai kejayaan sedangkan keliru dan hampa bahawa kejayaan sebenar yang ingin dikecapi masih jauh serta berliku jalannya. Ramai yang sekadar bercita-cita mahu berjaya, sedangkan usaha ke arah itu tidak dilakukan. Dalam kehidupan ini, memang ada beberapa perbezaan untuk meraih kejayaan. Jika yang terpapar dalam pemikiran adalah ‘kegagalan’, maka kegagalan yang akan diperoleh. Andainya dalam pemikiran terpahat ‘kejayaan’, maka kejayaan yang akan diraih.

Upload: norhidayah-zakaria

Post on 10-Feb-2017

255 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 10 tips untuk berjaya

www.sistemaffiliateterkini.com

Hakcipta terpelihara Oswald Justin Page 1

10 Tips Untuk

Berjaya’

Dari Oswald Justin

Terima kasih kerana telah mendapatkan ebook ’10 Tips Untuk Berjaya’ ini. Ebook ini akan

memberikan 10 tips yang sangat berguna untuk anda aplikasikan untuk Berjaya dan

memberikan sedikit motivasi kepada diri anda untuk lebih tekun dan success dalam semua

kerja yang anda lakukan tidak kira dalam perniagaan atau apa sahaja pun.

Semoga ebook ini sedikit sebanyak membantu anda untuk Berjaya di masa hadapan. InsyaAllah.

Dengan 10 tips yang berguna ini, akan dapat memotivasikan lagi diri anda untuk terus Berjaya

tanpa melakukan kesilapan yang selalu di buat oleh usahawan-usahawan di luar sana.

Fikir Positif Untuk Raih Kejayaan

Anda memerlukan pemikiran berjaya kalau mahukan kejayaan. Jika yang terpapar dalam

pemikiran adalah kegagalan, maka kegagalanlah yang anda akan perolehi .

Di antara kejayaan dan kegagalan, yang manakah menjadi pilihan anda? Semua orang mahukan

kejayaan dalam hidup sama ada dari segi kedudukan mahupun kebendaan. Namun, apa yang

melucukan ialah ramai orang begitu yakin bahawa diri mereka amat berharga dan layak

memperoleh kejayaan. Lucu kerana pada hakikatnya mereka tidak sedemikian.

Mereka mahu mencapai kejayaan sedangkan keliru dan hampa bahawa kejayaan sebenar yang

ingin dikecapi masih jauh serta berliku jalannya. Ramai yang sekadar bercita-cita mahu berjaya,

sedangkan usaha ke arah itu tidak dilakukan.

Dalam kehidupan ini, memang ada beberapa perbezaan untuk meraih kejayaan. Jika yang

terpapar dalam pemikiran adalah ‘kegagalan’, maka kegagalan yang akan diperoleh. Andainya

dalam pemikiran terpahat ‘kejayaan’, maka kejayaan yang akan diraih.

Page 2: 10 tips untuk berjaya

www.sistemaffiliateterkini.com

Hakcipta terpelihara Oswald Justin Page 2

Tidak syak lagi jika selama ini pemikiran anda memegang ‘kegagalan’, maka segala usaha anda

juga akan berakhir dengan kegagalan.

Dengan demikian, anda memerlukan pemikiran ‘kejayaan’ jika mahu berjaya. Anda mesti

berfikir secara juara jika ingin menjadi juara. Anda perlu mempunyai kepercayaan yang kuat

untuk mencapai impian dunia.

Anda perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar daripada orang yang berjaya sebelum

anda. Tidak cukup semata-mata anda belajar daripada kesilapan sendiri saja. Dengan cara ini,

perkembangan anda akan lebih lancar dan mudah.

Sebenarnya, tiada kuasa ajaib untuk menjadi orang yang berjaya. Apa yang anda ‘lihat’ dalam

minda adalah apa yang anda jangkakan. Apa yang anda jangkakan pula adalah apa yang bakal

anda peroleh. Alat utama untuk mencipta imej baru dan merealisasikannya ialah menerusi

proses yang dikenali sebagai membentuk semula. Ia membabitkan perubahan cara anda yang

selalunya lebih efektif untuk mempersembahkan pengalaman positif serta memenuhinya

daripada pengalaman negatif dan kegagalan.

Cara ini boleh membawa anda maju dalam kehidupan dan melaksanakan banyak perkara yang

mungkin tidak pernah anda lakukan. Sesungguhnya orang yang enggan mengubah minda

adalah orang yang degil dan mati

Apabila anda mengubah apa yang anda fikirkan mengenai diri, hubungan, matlamat dan dunia

anda, maka hidup anda juga berubah. Jika anda mengubah kualiti pemikiran anda sewajarnya,

itu bermakna anda mengubah kualiti hidup anda. Kebolehan anda untuk menukar kehidupan

anda bergantung pada cara anda berfikir dan berfikir secara berlainan jika anda memilih

sedemikian.

Orang yang berjaya sering melakukan apa yang mereka fikirkan sama ada mereka sedari atau

tidak. Mereka mempunyai matlamat hidup yang besar dan berusaha secara progresif untuk

mencapainya lalu menikmati proses yang dinamik serta seimbang.

Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa.

Page 3: 10 tips untuk berjaya

www.sistemaffiliateterkini.com

Hakcipta terpelihara Oswald Justin Page 3

Inilah yang selalu kita buat! Stres apabila sesuatu kerja itu tidak dapat diselesaikan, atau risau

dengan sesuatu dan banyak lagi faktor2 yang mendatangkan kepada stress. Stress ini tidak

mendatangkan kebaikan kedalam diri kita. Malah, boleh mendatangkan banyak penyakit dan

stress ini tidak mendatangkan kebaikan langsung!

Apabila kita gembira dan senang hati selalu, lebih mudah untuk kita mencapai apa-apa sahaja

cita-cita yang kita impikan. Stres ini akan membuatkan diri kita lemah dan malas untuk

melakukan semua kerja. Kerja yang kita lakukan akan menjadi huru-hara kerana kita membuat

dalam keadaan yang stress. Inilah yang menyebabkan ramai usahawan yang gagal kerana

meraka stress apabila melakukan sesuatu kerja itu.

Tips untuk menghilangkan stres :

Perbanyakkan doa dan berzikir

Page 4: 10 tips untuk berjaya

www.sistemaffiliateterkini.com

Hakcipta terpelihara Oswald Justin Page 4

Satu penyakit manusia pada hari ini ialah takut. Takut untuk berkongsi dan memberitahu idea

yang mereka miliki. Sebagai contoh, apabila mereka mempunyai satu idea yang hebat, idea

tersebut di simpan kerana takut orang lain pula yang dapat idea hebat tersebut.

Eh, betul lah kan kalau idea kalau disebarkan, habislah idea kita tu!

Oh, tidak sama sekali. Sebenarnya, Kalau kita berkongsi idea hebat kita kepada orang lain, kita

akan menjadi lebih kreatif untuk berfikir. Secara psokologi, ia memaksa kita mencari idea yang

lebih hebat lagi daripada idea asal tadi. Ia juga memaksakan kita mengambil tindakan yang

pantas untuk merealisasikan idea tersebut.

Dengan menyimpan sahaja idea yang kita ada, ibarat

kita tidak mempunyai apa2 lagi. Ini hanya menghalang

diri kita untuk berkembang menjadi lebih maju.

Jadi, bermulalah untuk berkongsi dengan rakan-rakan

sebarang idea yang ada supaya dapat mengembangkan

lagi minda kita untuk berfikir dengan hebat lagi.

Page 5: 10 tips untuk berjaya

www.sistemaffiliateterkini.com

Hakcipta terpelihara Oswald Justin Page 5

Anda ingin menjadi hebat dan Berjaya? Caranya

ialah anda kelilingi mereka-mereka yang hebat

dan pastinya anda juga akan menjadi hebat dan

Berjaya seperti mereka.

Cuba anda bayangkan, jika anda kelilingi ‘Mat

Rempit’. Sudah tentu anda akan menjadi

seperti mereka kan. Sebab itu jika selama ini

anda merasakan diri anda tidak hebat dan tidak

maju, mungkin kerana bulatan kenalan anda

tidak membawa anda ke hadapan.

Tahukah anda?

85% kejayaan kita bergantung kepada mereka yang berada di sekeliling kita. Oleh itu, kelilingi

diri anda dengan mereka yang hebat dan mempunyai visi serta matlamat, maka anda akan

menjadi seperti mereka. Anda juga akan turut dimotivasikan untuk ke hadapan.

Beranikan diri untuk meninggalkan kelompok yang lama dan binalah kelompok yang baru yang

akan membawa kita lebih maju ke hadapan seterusnya menjadi Berjaya seperti mereka. Dan

sebaiknya membawa rakan-rakan supaya mereka juga Berjaya bersama.

Page 6: 10 tips untuk berjaya

www.sistemaffiliateterkini.com

Hakcipta terpelihara Oswald Justin Page 6

Anda perasan tak yang Manusia ini mempunyai satu tabiat yang sering dilakukan iaitu sentiasa

mengulangi perkara-perkara yang sama. Mereka takut untuk mencuba sesuatu yang baru.

Contoh yang selalu kita lihat, apabila makan di sesebuah restoran, sering kali mereka meminta

makanan dan minuman yang sama. Mereka tidak mahu mencuba sesuatu yang lain dan

mencuba makanan yang lain kerana bimbang tidak kena selera mereka.

Cuba kita lakukan sesuatu yang baru yang akan memecahkan momentum kita untuk sering

mencuba sesuatu yang baru dan tidak tertumpu pada satu habit sahaja. Ini tidak akan

memajukan kita kerana sering melakukan benda dan perkara yang sama sahaja.

Sering kali yang dilakukan ialah, apabila mereka sudah berada di tahap yang selesa, mereka

akan ‘stay’ sahaja disitu dan terus melakukan perkara yang sama. Kerana mereka sudah

merasakan diri mereka di tahap yang selesa dan tidak mahu melakukan perkara lain yang baru.

Mereka takut akan kegagalan apabila mencuba sesuatu yang bukan bidang mereka. Sikap ini lah

yang menyebabkan seseorang itu tidak maju dan terus ketinggalan.

Tidak salah untuk mencuba sesuatu kerana ini akan membuat minda kita untuk mencuba

sesuatu di luar zon selesa kita. Keluar dari zon selesa ialah antara langkah-langkah awal untuk

mencapai kejayaan yang lebih hebat.

Page 7: 10 tips untuk berjaya

www.sistemaffiliateterkini.com

Hakcipta terpelihara Oswald Justin Page 7

Ikut jejak langkah idola anda! Ini adalah salah satu cara untuk memotivasikan diri anda. Dengan

mengikut jejak langkah idola kesayangan anda, ia dapat memberikan kita lebih yakin untuk

mengikuti semua kejayaan yang telah diraihnya. Sebagai contoh jika anda ingin menjadi

seorang penyanyi yang hebat, semestinya anda mengikut jejak langkah Datuk Siti Nurhaliza

yang selalu meraih kejayaan dipersada seni.

Jika anda ingin menjadi pakar dalam bidang perniagaan internet, idola anda mestilah Dr. Irfan

Khairi. Dengan mempunyai idola atau pun mentor, diri kita dapat dimotivasikan untuk lebih

berusaha mencapai cita-cita sebagaimana idola-idola itu lakukan.

Tanpa idola, ia ibarat terkapai-kapai di awangan.

Page 8: 10 tips untuk berjaya

www.sistemaffiliateterkini.com

Hakcipta terpelihara Oswald Justin Page 8

Kebiasaanya, untuk sesuatu permulaan anda akan merasa tahap untuk memotivasikan diri

sangant tinggi. Anda akan rasa motivasi itu sangat penting untuk diri setiap individu. Tetapi

percayakah anda, motivasi diri ini akan hilang lama-kelamaan.

Bagaimanakah caranyauntuk anda

kekalkan motivasi di dalam diri

anda?

Jawapannya ialah kekalkan

momentum anda. Ya, kekalkan

momentum dan usaha anda yang

sedang berkobar-kobar itu.

Jika anda sedang berkobar-kobar

untuk melakukan sesuatu

pekerjaan itu, jangan berhenti

sehingga 2 atau 3 hari kerana

momentum anda akan berkurang.

Jadi, motivasi diri anda juga akan

berkurang dan akhirnya semuanya akan menjadi sia-sia sahaja. Oleh itu, sentiasalah

memikirkan tentang kerja yang dilakukan itu supaya momentum anda terus kekal dan tidak

berkurangan.

Page 9: 10 tips untuk berjaya

www.sistemaffiliateterkini.com

Hakcipta terpelihara Oswald Justin Page 9

Sifat pemalu kadang-kadang dapat menghambat kegiatan anda. Rasa malu yang berlebihan

seringkali membuat anda menjadi tidak berani menampilkan potensi yang sebenarnya. Berikut

adalah tips untuk mengurangkan perasaan malu anda.

1. Pertama sekali yang harus dilakukan adalah cari penyebab malu anda. Misalnya anda merasa

salah memakai baju, atau menghadapi situasi yang asing yang membuat Anda merasa tidak

senang.

2. Lawan rasa malu Anda dengan bersikap

lebih santai. Rasa malu yang berlebihan

akan berakhir dengan kegugupan yang

akan membuat anda kelihatan pelik.

3. Usahakan untuk melakukan ‘eye contact’

dengan rakan yang sedang bersembang

dengan anda. Jangan sampai rasa malu

membuat anda kelihatan sombong atau

tidak menghormati orang yang sedang

bercakap dengan anda.

4. Jangan takut pada cacian orang. Jika

awal-awal anda sudah kalah, maka diri

anda akan terus mundur dan perasaan

malu itu akan terus berada dalam diri anda.

5. Berlakon macam anda tidak malu. Orang

ramai sebenarnya tidak tahu yang anda malu.

Oleh itu, tak perlu tunjukkan yang anda ni

pemalu. Berlakon seperti artis-artis kita, yang

anda bukan seorang yang pemalu. Anda akan

mendapati dalam sedang berlakon itu,

perasaan malu akan hilang tiba-tiba!

Page 10: 10 tips untuk berjaya

www.sistemaffiliateterkini.com

Hakcipta terpelihara Oswald Justin Page 10

Setiap individu mempunyai matlamat. Matlamat

untuk Berjaya, untuk mencapai kejayaan, dan

macam-macam lagi. Tetapi sekadar hanya

mempunyai matlamat tidak mencukupi kerana ia

ibarat angan-angan kosong. Oleh itu, sentiasalah

menulis matlamat anda selalu. Kerana dengan

menulis matlamat, ia akan menjadi sesuatu yang

boleh dilihat dan dipegang.

Dengan menulis matlamat, ia akan masuk ke dalam minda anda(separuh sedar) dana akan

diproses untuk mencari peluang-peluang mencapai matlamat tersebut.

Tetapi, tidak cukup hanya menulis sekali sahaja matlamat anda itu. Anda harus menulisnya

berkali-kali sehingga ia memberi pulangan kepada anda. Sekiranya anda menulisnya berulang-

ulang kali, ini akan menggandakan peluang anda untuk mencapai matlamat tersebut.

Kajian mengatakan bahawan 98% orang tidak menulis matlamat!

Kerana?

mereka tidak tahu cara untuk menetapkan matlamat tersebut kerana tidak pernah

didedahkan.

Tidak percaya dengan menulis matlamat, ianya memberikan faedah. Kebanyakannya

mengatakan bahawa sudah cukup untuk berfikir sahaja matlamat itu tanpa menulisnya.

Itu salah!

Takut menetapkan matlamat dan menulis matlamat kerana takut tidak tercapai.

Page 11: 10 tips untuk berjaya

www.sistemaffiliateterkini.com

Hakcipta terpelihara Oswald Justin Page 11

Sesetengah individu yang sudah berada di tahap yang bagus dan hebat, mereka malu untuk

bertanya kerana risau kredibiliti mereka akan jatuh. Walau di tahap mana pun anda, tahap

mana pun kepakaran anda, anda masih perlu untuk menuntut ilmu. Cara termudah untuk

belajar ialah dengan bertanya!

Dengan bertanya, ia boleh memudahkan pembelajaran kerana anda akan mendapat jawapan

yang tepat dalam masa yang singkat dengan apa yang kita cari dan inginkan.

Terdapat juga individu yang merasakan dirinya amat rendah dan malu untuk bertanya kerana

bimbang soalan yang hendak ditanyakan itu adalah soalan bodoh. Akhirnya, mereka terus

menyimpan pertanyaan itu dan semua persoalan tidak terjawab dan akhirnya gagal mencapai

cita-cita.

Apabila bertanya, kita akan mendapat ilmu dan kembangkannya dan aplikasikan pada diri anda.

Jangan malu untuk bertanya kerana malu bertanya, anda yang rugi. Bak kata pepatah, “ malu

bertanya, sesat jalan.! “

Page 12: 10 tips untuk berjaya

www.sistemaffiliateterkini.com

Hakcipta terpelihara Oswald Justin Page 12

Kesusahan yang dialami kerana

berusaha untuk berjaya hanya

sekejap sahaja kemudian akan

senang seumur hidup.

Pengurusan masa sangatlah penting untuk menjadi

seorang yang Berjaya. Namun, setiap individu ini

terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan

sehingga banyak perkara yang terabai dan sering

berkata saya tidak ada masa lah!..

Jadi, pengurusan masa itu sangatlah penting

kerana itu adalah salah satu cirri-ciri orang yang

Berjaya. Jadi, pengurusan masa hendaklah di ambil

kira dalam kehidupan seharian. Yang manakah

anda perlu lakukan dahulu?

Ramai diantara kita yang suka melakukan tugasan yang kecil dan senang dahulu berbanding

dengan kerja yang besar dan susah. Melakukan kerja yang susah dan besar dahulu adalah jalan

terbaik. Kerana melakukan kerja yang besar dan susah di awal pagi menjadikan kita lebih

bersemangat jika dibandingkan kita melakukan kerja yang susah di waktu tengahari dan petang.

Kerja yang susah apabila dilakukan pada waktu petang, menjadikan kita amat malas dan semua

kerja yang dilakukan menjadi tidak berkualiti. Sebab itu disarankan melakukan kerja yang susah

dahulu kemudian baru lah melakukan kerja-kerja yang senang.

Pengurusan masa ini sangat penting kerana Masa itu adalah ibarat emas. Jangan membazir

masa kerana masa tidak boleh diundur.

Page 13: 10 tips untuk berjaya

www.sistemaffiliateterkini.com

Hakcipta terpelihara Oswald Justin Page 13

PENUTUP

Selesai lah sudah 10 tips yang telah saya berikan di dalam ebook ini. Semoga kesemua tips-tips

ini memberi manfaat kepada anda. Semoga apa yang dipelajari hari ni dapat diaplikasikan

dengan jayanya. Saya berharap anda tidak berputus asa untuk mencapai kejayaan yang anda

impikan. Apa yang perlu anda lakukan adalah berusaha tanpa kenal erti penat lelah. Tawakal,

Usaha dan Doa.. Orang yang Berjaya sanggup melakukan apa sahaja dan sanggup belajar dari

kesilapan. Bukan berputus asa apabila menemui kegagalan. Saya mendoakan kejayaan anda

dalam apa jua bidang yang anda ceburi. Semoga anda Berjaya!

Salam success dari saya

Oswald Justin

www.sistemaffiliateterkini.com