· web viewdalam bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama...

36
DISUSUN OLEH: LIYANA BINTI NORIZAN 1

Upload: phamtu

Post on 09-Mar-2018

257 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: · Web viewDalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

DISUSUN OLEH:LIYANA BINTI NORIZAN

1

Page 2: · Web viewDalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

KANDUNGAN

TAJUK Mukasurat

1. “PROSES PEMBUATAN JILID II” oleh Zainal Abidin Ahmad 1

Nama Pengulas : Noor Azlan Bin Ngasman

2. “HONK! IF YOU’RE MALAYSIAN” by Lydia Teh 4

Reviewers’ Name : Liyana Binti Norizan

3. “ANAKKU SAYANG: PANDUAN KEIBUBAPAAN CEMERLANG” 6

oleh Cr. Hj. Hushim Hj. Salleh & Ida Hartina Ahmad Tharbe

Nama Pengulas : Norakmar Binti Jamal

4. “KHUSYUK BUKAN MIMPI” oleh Syaikh Mukmin Al Haddad 8

Nama Pengulas : Suziee Binti Sukarti

5. “RAHSIA MINDA HEBAT” oleh Dato’ Siti Nor Bahayah Mahamood 10

& Haji Muhammad Zakaria

Nama Pengulas : Hasniah Binti Abdul Hadi

6. “ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH” oleh Zahazan Mohamed 12

Nama Pengulas : Noor Hapizah Binti Abdullah

2

Page 3: · Web viewDalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

7. “FADHILAT RAMADHAN” oleh Ustaz Muhammad Razif Abd. Wahab 14

Nama Pengulas : Zainal Abidin Bin Ab. Kasim

8. “MENJEJAK KUALITI MENJANA KECEMERLANGAN” 16

oleh Mohd. Yusof Bin Hj. Othman

Nama Pengulas : Nasrah Binti Mahmud

9. “PRODUK HALAL:KEPENGGUNAAN ,TEKNOLOGI & PROSEDUR” 18

oleh Lokman Ab. Rahman

Nama Pengulas : Hafizan Bin Kosnin

10. “KE ARAH BUDAYA KERJA SELAMAT DAN SIHAT” oleh JKKP 20

Nama Pengulas : Hazizan Bin Atan

11. “KESEDARAN MANUSIAWI MELALUI PUISI Teromba Pengacaraan 21

Majlis” oleh Mohd. Rosli Saludin

Nama Pengulas : Dulina Binti Tholibon

3

Page 4: · Web viewDalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

TAJUK BUKU : Proses Pembuatan Jilid II

PENGARANG : Zainal Abidin Ahmad

PENERBIT : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

PENGULAS : Noor Azlan Bin Ngasman

HARGA : RM 27.00

Ulasan

Penulis buku ini merupakan seorang pensyarah kanan di Jabatan Kejuruteraan Pengeluaran

dan Industri, Falkulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia. Bidang kepakaran

beliau meliputi pelbagai jenis proses pembuatan, alatan untuk pengeluaran dan teknologi pekakas

mesin termaju.

Buku ini di tulis untuk kegunaan bagi pelajar yang mengambil kursus di peringkat ijazah

pertama, diploma dan sijil di institute pengajian tingggi dan institute kemahiran atau sekolah teknik

dan vokasional bagi jurusan kejuruteraan mekanikal; kejuruteraan pembuatan; kejuruteraan industri

dan kejuruteraan bahan dan metalurgi.

Di samping itu buku ini sangat berfaeadah kepada individu yang terlibat dalam bidang

seperti di atas seperti para penyelidik, jurutera, pengurus dan penyelia. Tujuan buku ini ditulis

adalah bagi memberikan asas yang kukuh, walaupun tidak begitu terperinci berhubung dengan

pelbagai jeni proses pembuatan utama yang diamalkan pada haari ini. Penulis mengharapkan

kepada sesiapa yang membaca buku ini akan menyedari dan memahami betapa penting dan

4

Page 5: · Web viewDalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

relevannya pembuatan sebagai satu bidang atau disiplin kejuruteraan pada masa kini dan seterusnya

merasai bahawa ia sebenarnya merupakan suatu bidang yang mencabar dan menarik.

Buku ini merupakan sambungan daripada Buku Proses Pembuatan Jilid I yang terdahulu yang

mana buku ini merupada Jilid II yang mengandungi dua kategori besar iaitu bahagian 1 merupakan

proses pembuatan bagi proses pembentukkan logam dan bahagian II pula adalah bagi proses

penyambungan.

Pada bahagian 1 iaitu proses pembentukan logan penulis telah menunjukkan pelbagai jenis

asas-asas pembentukan logam. Antaranya adalah seperti berikut:

Asas-asas pembentukan logam

Proses mengelek

Proses menempa

Prose penyemperitan

Proses penarikan rod, dawai dan tiub

Proses pembentukan kepingan logam (mericih dan melentur)

Proses pembentukan kepingan logam (penarikan dalam, pembentukan regang, pemejaman

dan lain-lain)

Secara ringkasnya pada bahagian I iaitu bagi proses pembentukkan logam yang ditekankan di

sini merupakan pembentukan proses pembuatan mengunakan alat pembentuk dan tekanan untuk

mengubah bahan kepada bentuk dan saiz tertentu. Bahan boleh ditekan iaitu seperti proses

menempa dan mengelek, boleh ditarik atau ditolak seperti proses penarikan dan penyemperitan,

boleh dibengkok seperti proses melentur dan mengelek bentuk dan seterusnya boleh diricih seperti

proses ricihan.

Selain daripada itu terdapat juga proses pembentukkan yang khusus seperti pengunaan alat

pembentuk tertentu. Sejumlah besar pembentukkan boleh dilakukan dalam keadaan sejuk atau

panas.

Pada bahagian II pula proses penyambungan penulis telah menunjukkan pelbagai jenis

penyambungan terutama bagi jenis kimpalan berserta dengan kaedah bentuk-bentuk sambungan

yang bermutu. Berikut antaranya adalah kandungan di dalam proses penyambungan berikut:

Proses pematerian dan pematerian keras

Proses kimpalan gas

Proses kimpalan arka

Proses kimpalan rintangan

Proses kimpalan keadaan pejal

5

Page 6: · Web viewDalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

Prose kimpalan lain: thermit,alur electron, alur laser, plasti, ulterbunyi, getaran dan plat

panas

Sambungan mutu dan ujian kimpalan

Kebolehkimpalan, pertimbangan rekabentuk dan pemilihan proses

Proses penyambungan daya mekanikal

Ikatan perekat

Istilah penyambungan merangkumi beberapa kategori proses seperti pematerian,

pematerian keras, kimpalan, ikatan perekat dan penyambungan mekanikal. Proses-proses ini penting

kerana barangan tidak mungkin diperbuat sebagai satu komponen yang lengkap. Selain daripada itu

barangan adalah lebih mudah atau lebih berekonomi untuk dihasilkan sebagai komponen

berasingan yang kemudian dipasangkan.

Selain itu kepentingan yang lain barangan seperti enjin automobil, mesin pencetak atau alat

elektronik mungkin perlu dibuka untk diperbaiki atau disenggara sepanjang hayat. Kemungkinan

sifat yang berlaianan diperlukan pada nahagian tertentu agar ia dapat berfungsi dengan lebih baik

seperti contoh kepada permukaan yang terdedah kepada geseran dan haus serta kakisan

memerlukan ciri yang lebih khusus.

Secara ringkasnya pada bahagian II iaitu pada proses penyambungan, penulis telah

menjelaskan pelbagai jenis proses kimpalan dan perekat. Penulis menjelaskan bahawa seseorang itu

perlu membuat pemilihan yang tepat bagi penyambungan dalam proses kimpalan. Melalui bahagian

ini sebahagian besar daripada proses penyambungan merangkumi teknologi proses, ciri-ciri,

penggunaan, kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada proses kimpalan tetentu.

Penulis mengharap kepada semua para pembaca mendapat maklumat yang berguna yang

akan membantu memahami proses yang diterangkan, membuat pilihan yang sesuai datau

mengunakannya sebaik-baiknya. Pembaca digalakkan merujuk kepada buku panduan atau buku teks

khusus dalam bidang khusus untuk maklumat lanjut.

Dapat dirumuskan disini penulis telah memberikan penekanan dalam Proses Pembuatan Jilid

II adalah dalam bidang pembentukkan logam dan prose penyambungan. Secara amnya buku ini

amatlah baik dan beguna kerana banyak contoh-contoh dan illustrasi telah dipersembahkan di

dalam buku ini bagi tujuan pemahaman yang lebih mudah bagi para pembaca. Semoga dari ulasan

buku ini, dapat membantu para pembaca memperolehi ilmu yang bermanfaat dan dapat membuat

pemilihan buku yang terbaik.

6

Page 7: · Web viewDalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

TITLE: Honk! If You’re Malaysian

AUTHOR: Lydia Teh

PUBLISHER: MPH Publishing

ISBN: 9833698123

PAGES: 286 pages

REVIEWER: LIYANA BINTI NORIZAN

The writer, Lydia Teh is a full time housewife who enjoys writing. Honk! If You’re Malaysian

is the third book written by Lydia Teh. All of her books revolved around our everyday lives as

Malaysians, which we are familiar and can identify with. Besides writing books, her jottings can be

read at her blog, www.lydiateh.wordpress.com.

Honk! If You’re Malaysian is a fun and witty book to be read. The language is simple and

sometimes ‘Manglish’, which make it more attractive to read. It will easily suit a junior reader at

primary school or a retiree at 65 years old. This book is based on the writers’ observation on

Malaysians attitude in their daily lives.

This book, though about Malaysians daily lives, is divided into 13 sections. It starts of with

We’re Malaysian-lah! which tells on the stereotype Malaysian that we all love and hate, followed by

It Takes All Kind where the writer categorizes everything from how to prevent snatch thieves to

types of beggars in Malaysia. In the third section Getting Around is the writers tested and approved

7

Page 8: · Web viewDalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

tips on several things such as car décors and even what to do when stopping at a red light. Next

section is Service Matters which covers small services available that actually has an impact if it were

to discontinue such as grocery shops and grass cutters. Lingo Tango and IT Savant, both are about

latest writing and language trends like ‘Manglish’ and online terminology. The writer views on typical

movies and TV shows storyline not forgetting advertisements and reality shows in Reel Theatrics.

Malaysia Can! is about the sport culture in our society on how sports affects and inspire Malaysians.

Both Food, Glorious Food and Kitchen Tales share humorous story regarding food, food industries

and cooking generally. The Young Ones is where the writer offers an insight to her family with tales

related to her children. This is followed by After Them! and lastly, Love Thy Neighbour, this section

describes our country relations with our neighbours Indonesia and Singapore in a very witty yet

poignant tale.

Simple story telling yet rich with information, that is how I’d like to sum up this book. It was

a delightful reading and reminds me about the best things in Malaysia and Malaysians. Lydia Teh

successfully gives an exclusive insights on the various aspects of Malaysian life and the unique ‘only

in Malaysia’ situations happening everyday. They are hilarious and majority of us Malaysians can

relate to. To foreigners, this book is an excellent introduction to the Malaysian way of life. Whether

they’re planning to visit Malaysia or they’re already here and wondered why Malaysians behave the

way they do. Overall, ‘Of Lemang, Yee Sang and Laddu’ and ‘Malek and Sing Poh’ is my two favourite

stories in this book, as it tells on relationships and ties that actually bounds us Malaysians between

ourselves and with our neighbouring countries.

Even though it is light hearted and non-academic, Honk! If You’re Malaysian managed to

raise lots of issues in our society today. The writer, though not a certified sociologist, between her

humorous and honest ramblings, suggested several simple and humble ideas that are worthwhile to

consider in order to improve our daily lives. Honk! If You’re Malaysian successfully captures the

colourful world of Malaysians and how our cultures affect one and another to a T, and in doing so,

she reminds us why we Malaysians are uniquely special.

8

Page 9: · Web viewDalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

TAJUK BUKU : ANAKKU SAYANG – PANDUAN KEIBUBAPAAN CEMERLANG

PENULIS : CR. HJ HUSHIM BIN HJ SALLEH

IDA HARTINA BINTI AHMAD THARBE

PENGULAS : NORAKMAR BINTI JAMAL

MENGENAI PENULIS

Hj Hushim Bin Hj Salleh merupakan Pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan dan

Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dari tahun 1997 sehingga ke hari ini. Beliau

merupakan Setiausaha Agung PERKAMA dari tahun 1999 – 2002, Presiden Persatuan Kaunseling

Selangor dari tahun 1996 sehingga kini, Pengerusi Jawatankuasa Kanak-kanak Daerah Klang dan juga

seorang kaunselor berdaftar. Beliau juga aktif memberi ceramah – ceramah motivasi, keibubapaan,

remaja, pengurusan tekanan dan kaunseling di seluruh Malaysia. Beliau mengamalkan sesi

kaunseling individu dan kelompok semenjak tahun 1998 lagi.

Ida Hartina Binti Ahmed Tharbe juga merupakan Pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan

dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dari tahun 2001 sehingga kini. Beliau juga

merupakan seorang Kaunselor Berdaftar di bawah Akta Kaunselor 1998 dan sering mengendalikan

sesi kaunseling individu dan kelompok untuk individu – individu yang memerlukan.

ULASAN

Dalam Bab 1, penulis menekankan betapa pentingnya kerjasama di antara ibu dan

bapa bagi mendidik anak dengan berkesan. Ibu dan bapa perlu saling menyokong di antara satu

sama lain. Penulis juga mengingatkan pembaca supaya tidak lupa menyatakan penghargaan kepada

pasangan masing – masing di atas segala usaha yang telah dilakukan dalam mendidik anak – anak

dengan baik. Penghargaan adalah penting supaya pasangan akan merasa gembira dan dihargai.

9

Page 10: · Web viewDalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

Dalam Bab 2, beberapa panduan diberikan oleh penulis iaitu “Terimalah mereka tanpa

syarat, jangan membezakan anak – anak, elakkan melabel anak secara negatif dan bekalkan anakmu

dengan ilmu akhirat”. Bab ini adalah untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa supaya menerima

dan seterusnya menyayangi anak – anak kita seadanya. Jangan sesekali membeza – bezakan mereka

kerana setiap anak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing – masing.

Dalam bab yang seterusnya, penulis memberikan panduan bagaimana cara untuk

menunjukkan kasih sayang kepada anak – anak dengan cara yang betul. Pelbagai cara boleh

digunakan untuk meluahkan kasih sayang kepada mereka. Seterusnya, elemen penting yang perlu

dititik beratkan oleh ibu bapa adalah bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan anak – anak.

Kemahiran berkomunikasi perlu dipelajari dengan betul agar kita dapat menggunakannya dengan

berkesan dalam kehidupan. Penulis juga memberikan panduan bagaimana untuk membuat

pengurusan stress yang berkesan. Ini adalah supaya ibu bapa dapat menangani stress mereka sendiri

dan seterusnya membantu anak-anak mereka mengatasi stress. Penulis juga menghuraikan

bagaimana untuk mengenali personaliti anak – anak. Setelah ibu bapa dapat mengenalpasti

personaliti anak – anak, ibu bapa boleh membentuk personaliti mereka untuk menjadi personaliti

baru yang positif. Ini adalah kerana anak – anak dilahirkan ibarat kain putih. Maka ibu bapalah yang

mencorakkannya dengan warna – warna yang sesuai.

Pada bab yang seterusnya, supaya kasih di antara keluarga berkekalan, penulis menyarankan

supaya perkara – perkara berikut dilakukan, iaitu ahli keluarga mestilah saling mendoakan di antara

satu sama lain, elakkan dendam dan syak wasangka dan sentiasa berhubungan sesama ahli keluarga.

Tugas ibu bapa untuk menghasilkan ‘Rumahku, syurgaku’ akan menjadi mudah sekiranya ibu bapa

mengamalkan sebahagian besar atau semua ciri – ciri yang telah dibincangkan di atas.

Dalam zaman yang serba moden dan canggih ini, memang bukan mudah untuk menjadi ibu

bapa yang cemerlang dalam mendidik anak – anak. Perubahan cara hidup yang mendadak dan anasir

– anasir luar yang mempengaruhi minda tidak dapat dielakkan. Buku ini boleh dijadikan sebagai

panduan oleh ibu bapa bagi membuat perancangan yang lebih mantap untuk membekalkan anak –

anak mereka dengan segala ilmu dunia dan akhirat agar anak – anak ini menjadi insan – insan yang

gemilang di masa hadapan. Bahasa yang digunakan adalah mudah untuk difahami. Pelbagai tips –

tips dan idea – idea baru yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman penulis dalam

mengendalikan kes – kes kaunseling ibu bapa serta pengalaman peribadi penulis sebagai ibu dan

bapa.

10

Page 11: · Web viewDalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

Khusyuk Bukan Mimpi

Oleh Syaikh Mu’min Al- Hadad .

Kulit Lembut: 256 hlm.

Diulas Oleh : Suziee Binti Sukarti

Buku ini menyingkap kemampuan untuk menghadirkan khusyuk dalam solat adalah sesuatu

yang bukan mudah. Khususnya pada zaman yang telah dipenuhi dengan pelbagai pancaroba

kehidupan. Oleh kerana itu, dari Huzaifahnbin Al-Yaman mengabarkan bahawa khusyuk ialah hal

pertama yang hilang dari umat ini. Sampai-sampai, ketika kita memasuki masjid nyaris tidak

menemui orang yang khusyuk. Kepentingan khusyuk inilah yang di pertengahan di dalam hasil

penulisan ini bersama – sama faktor penentu kekhusyukan agar dapat memenuhi tuntunan shalat

yang dapat menjauhkan diri dari kemaksiatan.

Buku ini distrukturkan kepada enam bab: sembilan subtopik dalam Bab 1, dua dalam Bab 2,

empat dalam Bab 3, dua dalam Bab 4, lapan dalam Bab 5 sebagai penutup. Objektif penulisan buku

ini ialah untuk memandu para pembaca untuk bershalat dengan lebih khusyuk dengan melalui

beberapa langkah dan tahapan tertentu.

Bab 1 memperincikan dengan lengkap apa itu khusyuk. Mendalami erti khusyuk dalam erti

kata sebenar. Di dalam bab ini pemahaman mendalam dan terperinci tentang kata dan makna

khusyuk adalah langkah pertama yang sangat berpengarauh untuk memulai, mengamalkan dan

menerapkan kekhusyukkan. Penekanan di beri kepada tiada jalan mudah meraih khusyuk kecuali

mendalami ilmu khusyuk itu sendiri.

11

Page 12: · Web viewDalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

Dalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama

iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

meraih khusyuk akan menguasai empat perkara berikut iaitu: ikhbat, tumakninah, perasaan dan

tangisan manakalaa mukmin yang gagal adalah kerana dihalangi oleh tiga perkara utama iaitu:

sombong, hati yang keras dan orang yang berputus asa (lalai,tergesa-gesa)

Bab 3 disenaraikan semua tiang-tiang kekhusyukkan yang mengagungkan kebesaran Allah

SWT yang dibahagikan kepada Al-Muraqabah, At- Ta’zhim dan Al- Mahabbah. Bab ini menegaskan

supaya jangan menjadikan sesuatu pun selain Allah sebagai sebab kerana tiada seorang pun, selain

Allah yang mampu menggerakkan hal yang diam dan tiada yang mampu menenangkan hal yang

bergerak baik di bumi ataupun di langit kecuali atas izin Allah. Peningkatan kepada pemahaman

tauhid dititikberatkan di dalam bab ini dengan mengambil pandangan antaranya dari Al- Qurthubi,

Ibnu Anas dan Al-Hasan.

Dalam Bab 4, setelah pemahaman ilmu khusyuk dan pendalaman tauhid telah

dipertingkatan maka bab ini menerangkan mengenai pelaksanaan ke arah kekhusyukkan atau

kepada langkah menuju kekhusyukkan. Termasuklah kepada persiapan tempat dan tubuh badan.

Pelaksanaan khusyuk ini dikukuhkan pula dengan kaedah memahami hati dan mencari konsentrasi.

Dalam Bab 5, mukmin yang berjaya akana mendapat shalat yang dapat menjauhi

kemungkaran serta dapat memberikan ketenangan dalam jiwa. dimensi-dimensi shalat diterangkan

agar pelaksaan khusyuk pada bab empat lebih difahami. Dengan mengemukakan pandangan dari

Syaikh Muhammad Ilyas bahawa shalat manusia terbahagi kepada tiga jenis iaitu 1) tidak peduli

shalat dan tidak memikirkanya, 2) tidak memperhati shalat tetapi tidak perhati terhadap jemaah dan

3) shalat orang yang lalai. Buku ini diakhiri dengan kata-kata dari Anas bin Malik mengenai catatan

kebaikkan dan keburukkan pada hari kiamat.

Komen

Buku ini mempunyai isi kandungan yang amat mudah difahami dan jelas dengan objektif

setiap bab yang ingin disampaikan. Pembahagian bab adalah tersusun dengan cara berperingkat dari

pengenalan hinggalah kepada pelaksanaan dan pengahiran siapa yang mendapat ilmu khusyuk.

Perkara menarik mengenai buku ini ialah diselitkan juga mutiara kata yang dapat menimbulkan

kesedaran dalam diri pembaca di antara subtopik di dalam setiap bab. Turut diselitkan nota ringkas

dari setiap bab.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa bahagian yang boleh diperbaiki seperti subtopik

yang tidak dinomborkan dan hanya di’Bold’kan menjadi kesukaran pembaca untuk membezakan

antara topik dan sub topik. Buku ini juga tidak mempunyai bibliographi dan menyukarkan pembaca

untuk membuat rujukkan.

12

Page 13: · Web viewDalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

“RAHSIA MINDA HEBAT”

Oleh :

Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood

Haji Muhammad Zakaria

No. Siri : ISBN 978-967-5102-37-0

Nama Pengulas :

Hasniah binti Abdul Hadi

Ulasan :

Buku ilmiah yang diulas oleh saya bertajuk “Rahsia Minda Hebat” adalah hasil tulisan Dato’ Siti Nor

Bahyah Mahamood dan Haji Muhammad Zakaria. Buku ini sangat bagus untuk dibaca sebagai garis

panduan kehidupan kita untuk mengembalikan semula minda kita supaya lebih tajam dalam

mengingati sesuatu. Selain daripada itu buku ini juga sesuai untuk mendidik anak kita supaya

menjadi seorang insan yang mempunyai minda yang hebat dari peringkat awal pembentukan janin

dan selepas kelahiran. Buku ini mempunyai daya tarikan yang sangat bagus dan menarik sebab ia

mempunyai gambar yang berwarna-warni dan kertas buku ini berkualiti.

13

Page 14: · Web viewDalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

Buku ini bermula dengan bab1 hingga bab18 dan setiap bab mempunyai hubungan yang berturut-

turut. Pada permulaan awal buku ini kita akan mengenali struktur dan fungsi otak kita dan dikaitkan

dengan fungsi akal dimana ia akan mengawal seluruh anggota badan kita. Buku ini juga mencerikan

tentang perkara yang boleh merosakkan akal kita dan bagaimana kita hendak memulihkan dan

meningkatkan kecerdasan akan kita melalui menghafaz Al-Quran, amalan kerohanian dan amalan

pemakanan. Melalui ini juga ia akan membentuk diri kita menjadi insan yang soleh dan solehah.

Pembetukan akal yang baik boleh dimulakan semasa bayi masih dalam kandungan ibu melalui

pemakanan ibu yang berkhasiat. Selain itu juga buku ini juga menerangkan cara diet yang baik

melalui pemakanan yang seimbang. Buku ini juga menceritakan perkara yang boleh merosakkan

minda kita melalui pemakanan kita setiap hari tanpa kita sedari. Minda kita boleh dicergaskan

semula melaui aktiviti fizikal, pemerhatian, ketenangan jiwa, aspek psikologi dan aspek motivasi.

Penulis buku ini juga mengaitkan apa yang diperkatakan didalam A-Quran dan Al-Hadis dimana

kedua-dua ini menjadi pegangan hidup kita sebagai seorang muslim dimuka bumi ini. Ada perkara

yang dinyatakan didalam buku ini yang boleh dijadikan amalah harian kita.

14

Page 15: · Web viewDalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

Tajuk: ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH

Nama Pengarang: ZAHAZAN MOHAMED

Penerbit : TELAGA BIRU SDN.BHD

Pengulas : NOOR HAPIZAH BINTI ABDULLAH

No. ISBN: ISBN 983-3494-00-5

Latar Belakang Penulis :

Penulis buku ini, Ust. Hj. Zahazan Mohamed adalah Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Mempunyai pengetahuannya yang luas dalam bidang agama Islam dan berpengalaman dalam memimpin

dalam memimpin kursus dan membimbing jemaah haji dan umrah yang bertauliah dari Lembaga Urusan

Tabung Haji.

Secara umumnya, walaupun terdapat banyak buku-buku tentang panduan dan kaedah bagi mendidik

anak- anak menurut Islam, buku tulisan Zahazan Mohamed ini boleh dikatakan memberi sumbangan

besar sebagai rujukan ilmiah dalam bidang ini. Cara penulisannya dan gambar berwarna- warni

membantu menarik perhatian kepada sesiapa yang membacanya.

Bab 1 : Kepentingan dan Cara Mentarbiah Anak

Ia dimulakan dengan Bab 1, iaitu Kepentingan dan Cara Mentarbiah Anak. Dalam bahagian ini, istilah

tarbiah didefinasikan penulis dengan merujuk kepada pelbagai sumber seperti pandangan ahli falsafah

dan tokoh pendidik,(ms 4 -5). Penulis juga menjelaskan kepentingan anak kepada ibu bapa dan cara

mentarbiahkan anak mengikut usia anak dan tiada perbezaan jantina dalam mendidik (ms 6 -12). Penulis

juga menyatakan hak- hak anak menurut Islam bermula daripada di dalam rahim sehingga 12 tahun (ms

13- 31).

15

Page 16: · Web viewDalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

Bab 2: Siapakah yang Bertanggunjawab dalam Mendidik Generasi?

Penulisan seterusnya dalam Bab 2 menjuruskan kepada Siapakah yang Bertanggungjawab dalam

Mendidik Generasi? Penulisan adalah berkenaan pihak- pihak yang terlibat secara langsung dalam

mendidik generasi baru seperti peranan keluarga, peranan sekolah, peranan masjid, dan juga peranan

media. Dalam bab ini juga, pelbagai kisah –kisah dan permasalahan anak- anak dihuraikan supaya dapat

dijadikan sebagai panduan dalam mendidik anak- anak generasi baru (ms 34- 47).

Bab 3 : Aspek- aspek pentarbiahan.

Dalam Bab 3 pula penulisan ditumpukan tentang Aspek- aspek pentarbiahan. Aspek- aspek pentarbiahan

menurut Islam dihuraikan mengikut keadaan- keadaannya yang berbeza seperti rohani, jasmani

mental/akal, iman, roh, akhlak dan kemasyarakatan (ms 50 -65). Penulis juga memberi penerangan

mengenai peranan ibubapa dalam pembentukan jati diri anak yang cemerlang (ms 66 -69).

Bab 4 : Membentuk Minat dan Kemahiran Anak- anak.

Bab 4 pula penulis memberi kefahaman tentang Membentuk Minat dan Kemahiran Anak- anak. Dalam,

bab ini, penulis menghuraikan tentang hakikat perkahwinan dan tanggunjawab ibubapa bagi melahirkan

generasi yang soleh (ms 74 – 89). Penulis juga menyelitkan beberapa pandangan cendiakawan terdahulu.

Bab 5 : Pergaulan dengan Anak- anak.

Dalam Bab 5 dikhususkan kepada Pergaulan dengan Anak- anak.Penulisan dalam bab ini adalah mengenai

kesan pergaulan anak- anak dengan cara kekerasan (ms 110 -119). Panduan yang digariskan oleh para

pendidik Islam dan pandangan ahli psikologi Barat untuk menasihati anak- anak juga diterangkan (ms 119

– 121) . Penulis juga menerangkan asas- asas penting dalam pergaulan di antara ibubapa dan anak- anak.

Di sini penulis menghuraikan halangan- halangan atau sikap yang buruk yang telah diajar oleh ibubapa

dalam mendidik anak- anak dan juga kaedah pencegahan yang boleh dilakukan (ms 160 – 173).

Bab 6 : Wasiat dan Doa Pilihan Buat Anakku.

Bab 6 pula memberi penekanan tentang Wasiat dan Doa Pilihan Buat Anakku. Penulisan berkisar

mengenai riwayat tokoh- tokoh Islam mewasiatkan kepada anak- anak mereka beberapa perkara (ms 176

– 188). Penulis juga menghuraikan beberapa contoh sahsiah anak- anak yang dididik oleh Islam . Pada

pengakhiran bab ini, penulis telah memberi beberapa doa pilihan untuk dijadikan panduan kepada para

ibubapa (ms 193 – 195).

Buku ini tidak mempunyai kesimpulan tetapi bahagian terakhir dianggap sebagai penyudah penulisan.

Secara keseluruhnnya buku ini ditulis dalam bahasa yang padat dan juga penulis juga banyak

mengaplikasikan teknik lain selain berbentuk penceritaan seperti penggunaan elemen grafik, gambar dan

bahasa yang mudah difahami.

16

Page 17: · Web viewDalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

Tajuk : Fadhilat Ramadhan

Penulis : Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya

Terjemahan Oleh : Ustaz Muhammad Razif bin Abd. Wahab

Terbitan : Era Ilmu Sdn Bhd

No ISBN : 983-9256-49-1 Halaman : 110 mukasurat

Nama Pengulas : Zainal Abidin bin Ab. Kasim

Bercakap tentang Ramadhan, ada hamba Allah yang gembira dan ada juga yang berduka.

Ianya bergantung kepada keimanan dan ilmu yang ada pada seseorang itu. Jadi, isikandungan

didalam buku ini mungkin boleh menjadikan insan yang berduka itu mengukirkan senyuman

sekiranya mengetahui fadhilat fadhilat di bulan Ramadhan ini.

Buku ini adalah hasil dari terjemahan dari beberapa hadis berkenaan bulan Ramadhan

Mubarak. Nabi Muhammad begitu bersungguh sungguh member galakan dan menerangkan fadhilat-

fadhilat tentang perkara ini kepada umat Islam. Bulan Ramadhan al-Mubarak sebenarnya adalah

satu anugerah yang sangat besar dari Allah untuk orang orang Islam jika kita benar-benar

menghargainya.

Didalam buku ini, penulis menyentuh 3 bab iaitu :

1. kelebihan bulan Ramadhan beserta 10 hadis

2. Penerangan Lailatul Qadr beserta 7 hadis

3. Penerangan tentang I’tikaf dengan 3 hadis.

Dalam bab pertama, penulis memberitahu kita bahawa Nabi Muhammad saw secara khususnya

diakhir Syaaban mengingatkan manusia bahawa tidak sesaat pun dari bulan Ramadhan akan disia-

17

Page 18: · Web viewDalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

siakan. Selepas itu Rasulullah telah bersabda bahawa Allah swt telah memfardukan puasa di siang

hari dan amalan sunat solat tarawikh pada malamnya. Jadi barulah kita tahu bahawa arahan solat

tarawikh ini dating dari Allah swt.

Dalam bulan Ramadhan ini Rasulullah telah menegaskan tentang 4 perkara yang perlu

diamalkan sebanyak mungkin iaitu :

1. Kalimah Toyyibah dan salawat

2. Istighfar

3. Doa meminta syurga

4. Doa minta perlindungan dari Api Neraka.

Rasulullah mahu kita memenuhi setiap saat di bulan ramadhan dengan berzikir dan berwirid

disamping melakukan urusan duniawi.

Rasulullah menerangkan beberapa keistimewaan Ramadhan dan adabnya seperti bulan ini adalah

bulan kesabaran maka hadapilah dengan penuh semangat dan keghairahan. Janganlah kita terjerit-

jerit, terpekik-pekik atau marah marah sekiranya sepanjang ramadhan itu cuacanya panas. Jika pada

paginya tidak sempat bersahur maka janganlah susah hati dan bermasam muka.

Yang keduanya, ramadhan adalah bulan simpati dimana kita diminta bersedekah membantu orang

orang fakir dan miskin. Kita diminta memberikan hamper separuh juadah bersahur dan berbuka

puasa kepada golongan fakir dan miskin ini. Apa yang kita makan, mereka seharusnya mendapat

bahagian yang sama seperti kita.

Telah diriwayatkan dalam satu hadis bahawa nabi Muhammad telah bersbda “sesiapa yang

memberikan makanan kepada yang lapar, memberi pakaian kepada yang telanjang dan member

tempat bermalam kepada musafir maka Allah swt akan melindungnya dari huru hara hari kiamat.”

Sabda Rasulullah di dalam hadis yang lain “Sesiapa yang memberi orang makan untuk berbuka puasa

ramadhan dari sumber rezeki yang halal maka malaikat akan menghantarnya rahmat pada malam

malam ramadhan dan pada malam lailatul Qadr, Jibrail akan dating bersalam dengannya.”

Penulis juga ada menulis tentang malam lailatul Qadr yang mana kelebihannya adalah lebih baik dari

seribu bulan. Seribu bulan bersamaan dengan 83 tahun 4 bulan. Lailatul Qadr ini hanya diberikan

kepada umat Muhammad sahaja, umat umat yang terdahulu tidak mendapatnya. Malam ini

kurniaan Allah dan kemampuan untuk beramal pun atas taufiq dari Allah juga.

I’tikaf ialah berada di dalam masjid dengan niat untuk beri’tikaf. Dalam mazhab hanafi, I’tikaf

terbahagi kepada 3 bahagian: 1. I’tikaf Wajib 2. I’tikaf Sunnat 3. I’tikaf Nafil

18

Page 19: · Web viewDalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

Tajuk : Menjejak Kualiti Menjana Kecemerlangan

Penulis : Mohd. Yusof bin Hj. Othman

ISBN: 983-62-6734-4

Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka

Pengulas : Nasrah bt Mahmud

Buku ini telah membentangkan aspek falsafah dan prinsip asas tentang kualiti dan

kecemerlangan. Perbezaan dengan buku-buku lain ialah pendekatan penulis yang melihat kualiti dari

perspektif sarjana Islam

Menurut penulis, kualiti merupakan sifat insan terpuji bukan hanya prosedur, teknik ,

proses. Kualiti merupakan sesuatu yang dihasilkan oleh manusia. Kualiti bagi manusia bukan hanya

bersifat kebendaan dan penambahan unsur-unsur kebendaan, wang dan pangkat, tetapi juga

bersifat dalaman yang boleh membahagiakan, mendamaikan, memberikan ketenangan kepada diri

yang berkenaan. Inilah kualiti yang hakiki. Kualiti dari perspektif TQM adalah untuk memastikan

organisasi dapat memberikan keluaran dan perkhidmatan yang memuaskan berdasarkan perspektif

pengguna.Pelanggan terdiri daripada pelanggan dalaman dan pelanggan luaran. Pengurusan

berkualiti mempunyai ciri-ciri padan guna (Juran), mengikut keperluan dan kehendak pelanggan

(Crosby), menepati atau melebihi harapan pelanggan pada harga yang berpatutan (Harrington),

mengghairah pelanggan dengan sentiasa menepati atau melebihi keperluan mereka (Mac Donald &

Piggot).Organisasi yang terdiri daripada pemimpin dan juga mereka yang terlibat dalam membuat

dasar perlu peka terhadap sebarang perubahan yang berlaku sama ada perubahan dari segi

kehendak pelanggan yang sentiasa berubah atau kehendak pekerja yang juga turut berubah. Pekerja

diberi peluang untuk memberikan pandangan dan teguran.

ISO 9000 adalah suatu prosedur untuk menetapkan suatu piawai tertentu untuk memastikan

industri atau organisasi memenuhi piawaian tertentu tentang sesuatu barangan, perkhidmatan atau

keluaran yang dihasilkan yang dapat diterima pakai di peringkat antarabangsa. Dari perspektif Islam

prosedur amat penting contohnya solat, puasa, zakat dan haji yang memerlukan prosedur. Tanpa

prosedur yang betul, amalan akan rosak. Kebahagiaan bukan hanya kekayaan duniawi tetapi

kedamaian dan keharmonian hidup sesama manusia dan dengan alam keseluruhannya.Kualiti

kepada manusia bererti kemampuan diri untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat, kejayaan,

kemakmuran, bebas daripada kebimbangan, kesusahan atau fikiran terganggu. Menurut perspektif

Islam manusia berkualiti adalah manusia yang kenal dan faham tentang segala perbuatan makruf

19

Page 20: · Web viewDalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

yang boleh mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t, di samping mengajak manusia untuk membuat

sebanyak mungkin kebaikan.

Manusialah pencetus kualiti dan penggerak pembangunan dalam usaha menghasilkan

barangan, keluaran dan perkhidmatan yang berkualiti. Dari perspektif Barat, Sigmund Freud

menyatakan tingkah laku manusia ada sebabnya. Tingkah laku manusia disetuskan oleh dorongan

seks dan juga sifat agresifnya. B.F Skinner menyatakan tingkah laku manusia ditentukan oleh

keadaan persekitarannya. Carl Roger percaya tingkah laku manusia didorong oleh aspek dalaman diri

manusia. Manusia dari perspektif Islam, manusia tidak mungkin mengetahui dengan sebenarnya

realiti hakikat tentang manusia melainkan yang mencipta diri manusia itu sendiri iaitu Allah s.w.t.

Manusia dibekalkan oleh Allah s.a.w dengan potensi yang sudah pastinya berbeza dengan makhluk-

makhlu lain. Al-Qur’an menjelaskan tentang komponen yang terdapat dalam diri seorang insan

adalah komponen roh,qulb,nafs, jasad. Potensi diberikan oleh Allah s.a.w kepada manusia agar ia

dapat menjalankan tugasnya sebagai khalifah Allah s.w.t di muka bumi ini.

Kerosakan yang dilakukan oleh manusia disebabkan oleh semua potensi tidak digunakan

secara betul, malah disalah guna untuk tujuan yang merosakkan dengan memuaskan nafsu diri,

menjadi pengeksploitasi yang mengeksploitasi segala-galanya yang ada di sekitar demi kepentinga

diri, keluarga dan kelompok mereka. Ciri-ciri yang boleh melemahkan manusia ialah malas berfikir,

berfikir dan bertindak secara stereotaip, helah bela diri, minda terpenjara, meremehkan perkara

yang sebenarnya tidak remeh, berbeza pendapat, tidak berfikir secara sarwajagat, membuat

keutamaan, penghukum bukan pendakwah dan angkuh.

Terdapat beberapa aspek kecemerlangan. Objektif perlu mempunyai ciri-ciri iaitu matlamat

atau objektif tersebut perlulah spesifik dan tertentu, boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai,

perlu realistik. Lima ciri yang membantu merealisasikan matlamat sesuatu aktiviti yang dilaksanakan

dengan cemerlang iaitu perancangan yang rapi, ketrampilan yang mampan, sistem pemantauan

yang berkesan, adab dan akhlak yang mulia, pengurusan rohani.

Kesimpulannya, banyak nilai-nilai murni yang boleh dipelajari melalui buku ini. Penulis telah

berjaya memperlihatkan kualiti dari perspektif sarjana Islam yang boleh dijadikan panduan dalam

kehidupannya.

20

Page 21: · Web viewDalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

PRODUK HALAL: KEPENGGUNAAN , TEKNOLOGI & PROSEDUR

DITULIS OLEH : LOKMAN AB.RAHMAN

DITERBITLAN OLEH : JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA (JAIM)

MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA (MAIM)

ISBN. 983 – 9467 – 08 - 5

BIL MUKA SURAT: 122

Diulas oleh : HAFIZAN BIN KOSNIN

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA.

Konsep Halal yang telah dibincangkan oleh penulis dalam buku ini adalah jelas bahawa

penekanannya tidak sahaja dari segi teori hukum semata-mata tetapi kalau kita hayati dengan

mendalam ia sebenarnya di perhalusi dengan hukum halal haram terhadap pengeluaran produk

makanan itu sendiri. Antara penekanan yang di buat oleh penulis dalam buku ini adalah dari aspek

kebersihan, kesucian, kualiti dan keselamatan bagi setiap makanan atau barangan yang hendak

dikeluarkan. Kesemua aspek ini adalah demi kepentingan dan kesejahteraan umat islam khususnya

serta manusia amnya sebagai pelanggan dan pengguna.

Secara ringkasnya dalam buku ini, penulis membahagikan penerangan kepada tujuh bab

utama. Bab 1 membincangkan berkenaan dasar kepenggunaan dalam Islam. Dalam Islam yang

syumul ini, syariat telah meletakkan beberapa peringkat keperluan manusia untuk menjalani

kehidupan supaya kita mengawal diri mengguna dan membeli mengikut keperluan dan keutamaan.

Dalam pada itu, beberapa panduan dan nasihat diberikan oleh penulis agar kita sebagai pengguna

sentiasa berhati-hati terhadap beberapa penipuan penggunaan label Halal oleh segelintir pihak yang

mementingkan keuntugan semata-mata. Manakala bab 2 dikemukakan takrif Halal dan Haram serta

beberapa aspek yang boleh mempengaruhi dua hukum tersebut yang melibatkan cara

penyembelihan, penyediaan dan penyimpanan.

Bab 3 menyentuh sedikit asas teknologi makanan yang pada prinsipnya dibahagikan kepada

dua iaitu bahan utama dan bahan tambahan makanan seperti gelatin, alkohol dan pewarna.

Seterusnya bab 4 menyentuh berkenaan perubatan Halal dari segi definisi hukum syarak dan definisi

ubat yang Halal. Seterusnya dalam bab ini juga penulis menekankan betapa pentingnya menjaga

21

Page 22: · Web viewDalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

kebersihan dalam penyediaan dan pengendalian ubat. Manakala bab 5 pula, penulis lebih

menekankan pengendalian binatang untuk disembelih supaya daging tersebut halal dimakan dan

tidak berlaku keracunan makanan.

Walau bagaimanapun pada bab 6 ini, secara khususnya penulis telah membicarakan dan

membincangkan isu Halal dan Undang-undang. Dalam isu ini, ia mendedahkan kepada kita

sebenarnya bahawa isu Halal Haram yang selama ini dianggap terletak di bawah institusi Islam

semata-mata adalah suatu persepsi yang salah kerana dalam hal ini, para pegawai dari institusi

Islam hanyalah sebagai pakar sahaja. Justeru itu, kita sebagai penggunalah yang perlu memainkan

peranan penting membantu menjaga kesucian status Halal ini.

Bagaimanapun bab 7 yang terakhir pula menyentuh dan membincangkan peranan

Jawatankuasa Makanan dan Bahan Gunaan Orang Islam di peringkat negeri dan kebangsaan.

Peranan-peranan yang di maksudkan oleh penulis adalah meliputi lawatan-kajian, pengesahan Halal

dan pengeluaran sijil.

Oleh yang demikian, secara keseluruhannya segala penjelasan dan perbincangan yang telah

dimuatkan dalam buku ini oleh penulis sedikit sebanyak dapat memberi panduan kepada para

pengguna dan pengusaha terhadap prinsip Halal dalam kehidupan seharian kita ini. Justeru itu,

sebagai pengguna Islam, kita hendaklah mengutamakan produk Halal demi menjamin keharmonian

hidup di dunia ini dan kesejahteraan di akhirat kelak.

22

Page 23: · Web viewDalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

Ke Arah Budaya Kerja Selamat dan Sihat

(ISBN:JKKP/HIE/04/07/C1)

ULASAN

Budaya kerja selamat dan sihat adalah tanggungjawab bersama kerana ia ada kaitan dengan rakan

sekerja yang secara tak langsung memberi impak positif atau negatif pada rakan sekerja atau

individu tersebut.

Pematuhan sebagai majikan Ketua Jabatan hendaklah :

- menyediakan polisi keselamatan dan kesihatan.

- Menubuhkan jawatan keselamatan

- Mengadakan maklumatarahan latihan dan penyeliaan pekerja.

- Menyelenggara tempat kerja dengan selamat.

- Melaporkan sebarang kemalangan yang berlaku.

Sebelum melakukan pekerjaan pastikan :

- maklumat, latihan mengenai pekerjaan yang akan dibuat disediakan.

- Gunakan peralatan yang berkeadaan baik.

- Lakukan kerja mengikut prosedur selamat yang di tetapakn.

Kemalangan yang merbahaya di tempat kerja hendaklah dilaporkan kepada majikan.

Jika terdapat sebarang kemusykilan perlu hubungi JKKP negeri berdekatan.

Justeru setiap pekerja perlu memastikan tempat kerja selamat dengan mengamalkan akta-akta dan

peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Perlu diingatkan menjadi tanggungjawab majikan

memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja berada pada tahap yang optimum dan terkawal.

23

Page 24: · Web viewDalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

KESEDARAN MANUSIAWI MELALUI PUISI

“Teromba Pengacaraan Majlis”

MOHD. ROSLI SALUDIN

(ISBN: 9789679754896)

DIULAS OLEH:

DULINA BINTI THOLIBON

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA

1.0 PENGENALAN

Khazanah bumi sememangnya wajar dijaga dan dipelihara oleh setiap insan didalam dunia ini. Hal ini

demikian kerana khazanah ini adalah merupakan sumber semulajadi dan tidak lagi mampu

diperbaharui sekiranya ianya pupus akibat tindakan manusia atau dieksploitasi secara kritikal oleh

manusia sejagat. Melalui puisi-puisi Melayu, kesedaran dan mesej-mesej penting dapat disampaikan

secara seni dan halus ke lubuk hati manusia yang membaca serta menghayatinya. Hal ini demikian

dapat diteliti dalam puisi yang bertajuk Bumi Yang Bertamsil Ibarat yang secara terperinci memberi

kesedaran kepada umat manusia bahawa pentingnya menjaga alam dan memberi perbandingan

antara masyarakat dahulu dan kini tentang tahap kepekaan mereka dalam memelihara dan

memulihara alam ciptaan Allah ini.

Puisi ini merupakan puisi yang menarik untuk dibaca dan difahami kerana kaya dengan

mesej yang jelas tentang kepentingan menjaga alam. Ianya menjelaskan daripada peringkat awal

kehadiran umat manusia atas muka bumi ini dan bagaimana mereka menggunakan alam untuk

kehidupan seharian mereka. Penulis membandingkan pula senario masyarakat kini yang

menggunakan alam dengan rakus dan tamak. Kesan buruk pastinya wujud dan kesengsaraan bumi

akan ditanggung oleh manusia yang hidup didalamnya. Nilai kemanusiaan sudah lenyap dan bumi

akhirnya akan lenyap bersama manusia yang mendiaminya.

2.0 ULASAN PUISI

Puisi yang bertajuk Bumi Yang Bertamsil Ibarat dalam buku Teromba Pengacaraan Majlis ini,

keseluruhannya menceritakan tentang kehidupan manusia dalam dunia hari ini yang tidak pernah

mengenal erti putus asa untuk terus merosakkan khazanah bumi ciptaan Allah. Khazanah bumi yang

24

Page 25: · Web viewDalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

indah lagi menawan dihapuskan sedikit demi sedikit untuk kepentingan duniawi semata-mata.

Manusia dengan rakus memusnahkan bumi tanpa mengira kesan dan akibat daripada tindakan

mereka itu. Mereka ini sebenarnya tidak ubah seperti binatang bahkan lagi dahsyat daripada itu. Hal

ini demikian kerana mereka sudah sememangnya mempunyai akal, mata dan telinga yang

sempurna, namun tidak mampu menggunakannya sebaik dan sebijak mungkin untuk melihat serta

merenung sedalam-dalamnya atas setiap tindakan tidak bermoral mereka keatas bumi yang akan

diwarisi oleh anak cucu cicit mereka sendiri.

Dalam puisi ini secara terus terang membandingkan manusia yang hidup pada zaman dahulu

dan pada zaman sekarang serta sejauh mana pengeksploitasian mereka terhadap sumber bumi. Hal

ini demikian ditunjukkan dalam setiap rangkap puisi ini. Dikatakan bahawa sikap orang dahulu yang

begitu menjaga bumi dengan baik tanpa berniat untuk merosakkannya. Sumber bumi hanya diambil

berdasarkan keperluan kehidupan mereka sahaja dan bukan mengambilnya mengikut perasaan dan

kemahuan yang menggila kerana ianya hanya merosakkan bumi sekali gus menghapuskannya dalam

masa yang singkat. Hasil bumi baik daripada mana ianya datang digunakan untuk mencari nafkah.

Contohnya lautan yang memiliki sumber protein yang tinggi seperti ikan, sotong dan lain-lain amat

membantu dalam perkembangan biologi mereka. Di samping itu, lautan juga memiliki sumber

ubatan seperti gamat yang turut memberi pelengkap dalam kehidupan mereka seharian. Sumber

bumi seperti sumber hutan juga memiliki keperluan-keperluan penting untuk manusia zaman dahulu

dalam mengharungi kehidupan mereka. Pelbagai hasil hutan dapat digunakan dalam pelbagai bidang

termasuklah untuk meneruskan seni-seni kebudayaan, kepercayaan dan yang paling utama sebagai

bahan makanan seharian. Lautan yang tercemar dan musnah akibat tindakan manusia akan

menyebabkan manusia hilang sumber makanan dan begitu juga sekiranya hutan pupus maka

sumber makanan daripadanya juga akan terbantut.

Masyarakat zaman dahulu telah acap kali mengingatkan bahawa bumi yang indah ini perlu

dipelihara sebaiknya dan segala peraturan-peraturan alam perlulah dipatuhi. Jangan sekali-kali

merosakkan hutan serta tanah kerana akibatnya sangat teruk. Mereka mengambil dan

menggunakan hasil bumi dengan cukup baik dan berhemah. Hasil bumi yang diambil dan dikutip

hanyalah untuk keperluan asasi dan tidak langsung bermaksud untuk mengeksploitasinya. Mereka

ingin menjaga bumi sebaik-baiknya dan itu adalah pegangan mereka yang amat kuat. Mereka

menjaga bumi dan tidak berhasrat untuk merosakkannya walaupun hanya sebesar zarah. Hal ini

demikian diterangkan secara tersirat mahupun tersurat dalam rangkap puisi ini :

Orang dulu-dulu berpesan

Bumi dijaga petuah diingat

Pantang merosak hutan dan tanah

25

Page 26: · Web viewDalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

Terhadap bumi berhemat cermat

Merosak bumi ia berpantang

Menjaga bumi hatinya kukuh

Merosak bumi ia jauhi

Manfaatkan hutan ianya ingat

Merosak hutan ia tak sudi

Merosak hutan hatinya malu

Laut dijaga bumi dipelihara

Taat menjaga laut dan hutan

Menjaga alam ia utamakan

Memanfaatkan alam ia berhati-hati

Laut dilingkung hutan dijaga

Bumi yang kaya takkan dirosaknya

Puisi ini turut menerangkan kesan daripada kemusnahan bumi dimana akan terjadilah

pelbagai bencana alam seperti ribut taufan, banjir kilat, tanah runtuh, hujan asid dan sebagainya

yang akan memberi musibah dahsyat kepada munusia itu sendiri. Tiada lagi kehidupan yang aman

dan selesa kerana bumi sudah semakin panas dan kontang. Segala aktiviti riadah dan aktiviti-aktiviti

luar yang lain terbantut dan akhirnya semua umat manusia akan mendapat pelbagai penyakit yang

memudaratkan. Nikmat hidup menjadi kurang dan semuanya ini akibat tindakan manusia yang tidak

lagi mempunyai nilai-nilai moral yang dapat disemat didalam jiwa mereka.

Manusia yang merosakkan alam ini tidak ubah seperti binatang kerana tindakkan mereka

tidak menampakkan bahawa mereka memiliki akal yang mampu berfikiran jauh dan matang. Mereka

hanya tahu memusnahkan alam untuk mengisi poket mereka dengan wang yang berjuta-juta tanpa

wujud perasaan belas dan bersalah. Perangai mereka amat keji dan berhati busuk. Hal ini demikian

wajar dielakkan kerana alam adalah warisan yang akan ditinggalkan kepada generasi akan datang.

Alam yang telah musnah memberi seribu satu bencana yang akan menimpa manusia sejagat.

Manusia seharusnya berfikir dan merenung sedalam-dalamnya tentang khazanah dan anugerah

Allah diatas muka bumi ini dan sentiasa bersyukur. Sifat-sifat yang busuk haruslah dibuang dan

jangan sesekali ditanam dalam diri kerana kelak menyeksa diri. Bencana alam yang sering belaku

diatas muka bumi Allah ini haruslah memberi pengajaran dan keinsafan dalam diri manusia kerana

bencana itu tidak lain adalah disebabkan tindakan manusia itu sendiri. Jadilah seperti masyarakat

zaman dahulu yang begitu sensitif dalam menggunakan sumber-sumber alam yang berharga ini.

26

Page 27: · Web viewDalam Bab 2, siapa berjaya meraih khusyuk? membahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mukmin yang berjaya meraih khuyuk dan yang gagal untuk khusyuk. Mukmin yang berjaya

Hal ini jelas dapat dilihat berdasarkan kekerapan berlakunya bencana alam pada zaman kini

jika ingin dibandingkan pada zaman dahulu. Contohnya seperti tsunami yang berlaku pada

penghujung tahun 2004 yang lalu. Pada zaman dahulu, bencana alam seperti ini tidak pernah berlaku

jauh sekali untuk meragut nyawa manusia. Namun, sejarah membuktikan, bencana ini telah meragut

banyak nyawa dan kehancuran harta benda dan infrastuktur. Begitu juga dengan masalah

pergerakan jisim atau tanah runtuh yang turut meragut banyak nyawa pada tahun 2008 yang lalu.

Walaupun pelbagai musibah berlaku, manusia tetap berdegil dan terus menerus meneroka hutan

dengan giatnya. Tidak wujud sama sekali rasa keinsafan dalam hati mereka. Pihak-pihak

bertanggungjawab juga dilihat tidak melaksanakan tugas pengawalan yang serius untuk membasmi

gejala penerokaan alam ini. Alam ini wajar dipelihara dan dipulihara segera supaya semua umat

manusia tidak menyesal dikemudian hari seperti yang jelas disentuh dalam puisi Bumi Yang

Bertamsil Ibarat.

3.0 PENUTUP

Pengajaran atau mesej yang diselitkan dalam puisi-puisi Melayu sememangnya mampu

menyedarkan pembaca yang sensitif mengenainya. Seperti puisi Bumi Yang Bertamsil Ibarat ini dan

puisi-puisi lain yang terus terang menyindir tindakan-tindakan manusia yang keterlaluan dalam

meneroka sumber bumi. Terdapat juga puisi yang secara sindiran menegur sikap sesetengah

pemimpin, dan golongan masyarakat lain. Hal ini demikian sekali gus membuatkan kita berfikir

secara kritis tentang mesej yang ingin disampaikan oleh penulis puisi tersebut.

Puisi boleh juga dikatakan sebagai wahana untuk menyedarkan individu-individu tertentu

secara khususnya dan semua lapisan masyarakat secara amnya tentang sesuatu perkara yang

dilakukan secara sedar mahupun tidak dalam kehidupan manusia seharian. Bait-bait kata dalam puisi

perlu ditafsir dengan baik agar mesej yang ingin disampaikan tidak terpesong.

Begitulah hakikatnya tentang puisi Melayu yang memiliki keistimewaannya yang tersendiri

dan wajar diwarisi oleh masyarakat mendatang. Puisi Melayu tidak wajar pupus ditelan zaman

kerana keseniannya amat bernilai dan berharga dalam masyarakat Melayu dahulu, kini dan

selamanya.

27