usaha-usaha kerajaan british membanteras ancaman komunis ... · pdf fileusaha-usaha kerajaan...

2
1 Usaha-usaha kerajaan British membanteras ancaman komunis dari tahun 1948 hingga tahun 1960. A. PENDAHULUAN 1. PKM telah melancarkan pemberontakan bersenjata di Tanah Melayu pada tahun 1948 dengan tujuan menggulingkan kerajaan British dan kemudiannya sebuah Republik Komunis Tanah Melayu 2. PKM telah melakukan kekejaman seperti membunuh pegawai British dan tiga orang peladang British di Sungai Siput pada tahun 1948; oleh itu British telah mengisytiharkan darurat pada tahun 1948 3. Selama 12 tahun Tanah Melayu diisytiharkan darurat, pelbagai langkah telah dilaksanakan untuk membanteras ancaman dan kegiatan komunis B. Isi 1. Pengisytiharan Darurat a. Undang-undang Darurat telah diisytiharkan pada 18 Jun 1948 di seluruh Tanah Melayu dan Singapura b. British berkuasa mengharamkan parti2 politik berhaluan kiri, menangkap tanpa bicara sesiapa sahaja yang disyaki sebagai komunis, membuang negeri sesiapa yang menggugat keamanan dan menjatuhkan hukuman mati ke atas orang yang membantu pihak komunis c. Orang ramai tidak dibenarkan berkumpul lebih daripada lima orang dalam satu2 masa dan tempat d. PKM diharamkan pada tahun 1948, PUTERA dihalang bergerak bebas e. Pada tahun 1949, 6000 orang telah ditahan dan 7000 orang Cina yang dianggap berbahaya dihantar pulang ke negara China 2. Memperkuat bidang ketenteraan a. Pasukan polis persekutuan dan mata-mata ditambah kepada 70 000 orang dan ditugaskan mengawal kawasan lombong bijih timah dan ladang getah b. 25 000 orang Home Guard dilantik untuk mengawal kawasan kampung dan 29 897 orang Special Constable dikerah untuk menjaga kawasan pertanian 3. Memperkenalkan Rancangan Briggs a. Diperkenalkan oleh Sir Harold Briggs untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen b. Penduduk Cina dari kawasan pinggir hutan dipindahkan ke kawasan petempatan baharu atau kampung baru. Tujuannya untuk menyelamatkan mereka daripada diugut dan dipergunakan oleh Min Yuen bagi mendapatkan bekalan makanan dan sebagainya. Petempatan baru ini dilengkapi dengan pelbagai infrastuktur dan dikawal ketat serta dipagari kawat berduri untuk menjaga keselamatan mereka. 4. Perang Saraf a. Pada tahun 1952, Sir Gerald Templer telah melaksanakan kempen “memenangi hati dan fikiran rakyat” bagi memujuk rakyat bekerjasama dalam menghapuskan komunis

Upload: ngokhue

Post on 07-Feb-2018

272 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Usaha-usaha kerajaan British membanteras ancaman komunis ... · PDF fileUsaha-usaha kerajaan British membanteras ancaman komunis dari tahun 1948 hingga ... Langkah-langkah yang dilakukan

1

Usaha-usaha kerajaan British membanteras ancaman komunis dari tahun 1948 hingga tahun 1960.

A. PENDAHULUAN

1. PKM telah melancarkan pemberontakan bersenjata di Tanah Melayu pada tahun 1948 dengan tujuan

menggulingkan kerajaan British dan kemudiannya sebuah Republik Komunis Tanah Melayu

2. PKM telah melakukan kekejaman seperti membunuh pegawai British dan tiga orang peladang British

di Sungai Siput pada tahun 1948; oleh itu British telah mengisytiharkan darurat pada tahun 1948

3. Selama 12 tahun Tanah Melayu diisytiharkan darurat, pelbagai langkah telah dilaksanakan untuk

membanteras ancaman dan kegiatan komunis

B. Isi

1. Pengisytiharan Darurat

a. Undang-undang Darurat telah diisytiharkan pada 18 Jun 1948 di seluruh Tanah Melayu dan

Singapura

b. British berkuasa mengharamkan parti2 politik berhaluan kiri, menangkap tanpa bicara sesiapa

sahaja yang disyaki sebagai komunis, membuang negeri sesiapa yang menggugat keamanan

dan menjatuhkan hukuman mati ke atas orang yang membantu pihak komunis

c. Orang ramai tidak dibenarkan berkumpul lebih daripada lima orang dalam satu2 masa dan

tempat

d. PKM diharamkan pada tahun 1948, PUTERA dihalang bergerak bebas

e. Pada tahun 1949, 6000 orang telah ditahan dan 7000 orang Cina yang dianggap berbahaya

dihantar pulang ke negara China

2. Memperkuat bidang ketenteraan

a. Pasukan polis persekutuan dan mata-mata ditambah kepada 70 000 orang dan ditugaskan

mengawal kawasan lombong bijih timah dan ladang getah

b. 25 000 orang Home Guard dilantik untuk mengawal kawasan kampung dan 29 897 orang

Special Constable dikerah untuk menjaga kawasan pertanian

3. Memperkenalkan Rancangan Briggs

a. Diperkenalkan oleh Sir Harold Briggs untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen

b. Penduduk Cina dari kawasan pinggir hutan dipindahkan ke kawasan petempatan baharu atau

kampung baru. Tujuannya untuk menyelamatkan mereka daripada diugut dan dipergunakan

oleh Min Yuen bagi mendapatkan bekalan makanan dan sebagainya. Petempatan baru ini

dilengkapi dengan pelbagai infrastuktur dan dikawal ketat serta dipagari kawat berduri untuk

menjaga keselamatan mereka.

4. Perang Saraf

a. Pada tahun 1952, Sir Gerald Templer telah melaksanakan kempen “memenangi hati dan

fikiran rakyat” bagi memujuk rakyat bekerjasama dalam menghapuskan komunis

Page 2: Usaha-usaha kerajaan British membanteras ancaman komunis ... · PDF fileUsaha-usaha kerajaan British membanteras ancaman komunis dari tahun 1948 hingga ... Langkah-langkah yang dilakukan

2

b. Antara langkahnya ialah melonggarkan syarat kewarganegaraan dan menawarkan hadiah

wang tunai kepada sesiapa yang memberi maklumat/membantu menangkap komunis - $250

000 ditawarkan kepada sesiapa yang dapat menangkap Chin Peng

c. Kawasan hitam dan kawasan putih diperkenalkan. Kawasan hitam ialah kawasan yang

diduduki oleh komunis yang aktif dan kawasan ini dikenakan perintah berkurung. Kawasan

putih ialah kawasan yang berjaya dibersihkan daripada anasir komunis

d. Sistem pendaftaran kad pengenalan juga diperkenalkan oleh British. Setiap rakyat yang

berumur 12 tahun ke atas dikehendaki membuat kad pengenalan bagi memudahkan pasukan

keselamatan mengenal pasti ejen komunis

e. Sekatan jalan raya turut diadakan di merata-rata tempat untuk menghalang gerakan komunis

daripada mendapat bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian dan senjata daripada rakyat

f. Kerajaan juga memberikan kesedaran tentang kekejaman pengganas kepada rakyat melalui

ceramah di kawasan luar bandar dan mengedarkan poster serta risalah tentang pengampuan

kepada komunis yang bersetuju menyerah diri digugurkan di kawasan hutan

5. Membentuk Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

a. Dibentuk pada tahun 1949 untuk memupuk kerjasama antara masyarakat Melayu dengan

Cina.

b. Hubungan orang Melayu dengan orang Cina masih renggang pada masa darurat

c. Usaha penggabungan parti politik MCA dan UMNO pada tahun 1952 berjaya mengatasi

perselisihan faham dan mewujudkan kerjasama antara kaum sekali gus dapat membasmi

kegiatan komunis di Tanah Melayu

C. KESIMPULAN

1. Langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan telah berjaya meredakan kegiatan komunis di Tanah

Melayu

2. Menjelang tahun 1954, seramai 6 500 orang komunis terbunuh, ditangkap atau menyerah diri

3. Disember 1955 Rundingan Baling diadakan antara PKM dengan kerajaan tetapi gagal kerana kedua-

dua pihak tidak mahu menerima tuntutan/tawaran masing-masing

4. PKM akhirnya lumpuh pada tahun 1960