i
USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM MENGKOMERSILKAN PRODUK
KRAFTANGAN MANIK ORANG ULU DI
KUCHING, SARAWAK
KHOO SOT HOON
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian
Pengurusan Seni
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2007
ii
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN
JUDUL : USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM MENGKOMERSILKAN PRODUK
KRAFTANGAN MANIK ORANG ULU DI KUCHING, SARAWAK.
SESI PENGAJIAN : 2004-2007
Saya KHOO SOT HOON
mengaku membenarkan tesis/ Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat
Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis/ Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi
5. * sila tandakan (√)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan
oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan
dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan
_______________________ ________________________
Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia
Tarikh : Tarikh :
Alamat Tetap :
No.66 Taman Bintang 1,
Fasa 2,
34900 Pantai Remis, Perak
Catatan : * Tesis/ Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
* Jika Tesis/ Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/
organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/ laporan ini perlu dikelaskan
sebagai SULIT atau TERHAD
iii
Projek bertajuk ‘Usaha Sarakraf Pavilion dalam Mengkomersilkan Produk kraftangan
Manik Orang Ulu di Kuching, Sarawak.’ telah disediakan oleh KHOO SOT HOON dan
telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat
untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni.
Diterima untuk diperiksa oleh:
Puan Qistina Donna
Lee Abdullah
Tarikh:
iv
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu pengkaji ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada pensyarah Pengurusan Seni terutamanya penyelia saya iatu Puan
Donna Lee Abdullah yang telah banyak membimbing dan membantu pengkaji dalam
menyiapkan Projek Tahun Akhir (PTA) ini. Tunjuk ajar yang diberikan banyak
membantu saya memperbaiki kesilapan yang terdapat dalam melaksanakan kajian ini.
Ucapan terima kasih juga kepada pensyarah dan tutor program Pengurusan Seni
iaitu Cik Karen Andrew Samy, Puan Noria AK Tugang, Puan Rahah Hj. Hasan dan Cik
Ema Shuhaida Yahya, kerana sudi meluangkan masa untuk menjadi pemerhati dan
pemeriksa di samping memberi teguran dan pandangan yang membina untuk kajian ini.
Pengkaji juga ingin merakamkan penghargaan kepada pihak yang terlibat yang
memberi sumbangan kepada penyelidikan pengkaji iaitu pengurus jualan dan pemasaran
dan kakitangan Sarakraf Pavilion. Kerjasama dan bantuan mereka dalam kajian ini amat
dihargai oleh pengkaji.
Begitu juga kepada kedua ibu bapa saya, saya ucapkan terima kasih yang tidak
terhingga terhadap mereka. Semangat dan dorongan yang telah diberikan oleh mereka
semasa saya menjalankan kajian ini amat saya hargai.
v
Selain itu, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua responden yang
terlibat dalam memberikan kerjasama sepanjang kajian ini dijalankan. Dan juga, kepada
kawan-kawan sekelas yang telah memberi kerjasama dan pendapat secara langsung dan
tidak langsung, semangat dan dorongan daripada kalian amat saya hargai.
Akhir kata pengkaji berjaya menghasilkan dan menyiapkan kajian daripada
sumbangan orang yang terlibat dalam penyelidikan pengkaji. Saya ucapkan ribuan
terima kasih kepada semua yang telah terlibat. Oleh itu, pengkaji berharap agar ada
pengkaji akan datang yang menjadikan hasil kajian pengkaji sebagai rujukan seterusnya.
Begitu juga kepada pembaca-pembaca akan datang.
vi
TAJUK KAJIAN i
PENGESAHAN STATUS LAPORAN ii
PENGAKUAN iii
PENGHARGAAN iv-v
ISI KANDUNGAN vi-ix
ABSTRAK x
ABSTRACT xi
ISI KANDUNGAN
BAB 1 : PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1-4
1.2 Definisi 5-7
1.3 Objektif 7
1.4 Hipotesis 7
1.5 Skop Kajian 8
1.6 Permasalahan Kajian 9-10
1.7 Kepentingan Kajian 10-12
1.8 Kesimpulan 12
vii
BAB 2 : SOROTAN KESUSASTERAAN
2.1 Sarakraf Pavilion 13-15
2.2 Sejarah Manik 15-17
2.3 Asal – Usul Manik 17-18
2.4 Manik Orang Ulu 19-21
2.5 Penggunaan Manik 21-23
2.6 Kraftangan 23-24
2.7 Produk Kraftangan 25-26
2.8 Kraftangan Manik 26-27
2.9 Asal Usul Orang Ulu 28-30
2.10 Pasaran 31-34
2.11 Pemasaran 34-35
2.12 Promosi 35-37
2.13 Pengiklanan 37-40
2.14 Media Cetak: Akhbar 40-41
2.15 Kesimpulan 42
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 43
3.2 Lokasi kajian 43-44
3.2.1 Sarakraf Pavilion
3.2.2 UNIMAS dan UITM
viii
3.3 Sumber Data 44 -46
3.3.1 Data Primer
3.3.1.1 Kuantitatif
3.3.1.2 Kuanlitatif
3.3.2 Data Sekunder
3.4 Populasi 46-48
3.5 Persampelan 48
3.6 Instrumen Kajian 48-49
3.7 Limitasi Kajian 49-50
3.8 Rumusan dan Kesimpulan 50
BAB 4: ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 51
4.2 Penganalisaan Data 52
4.2.1 Borang Soal Selidik
4.2.1.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 52-55
4.2.1.2 Bahagian B: Kaedah Promosi 56-61
4.2.1.3 Bahagian C: Usaha dan Strategi Promosi dalam 61-72
Mamasarkan Produk
4.2.1.4 Bahagian D: Cadangan 73-74
4.2.2 Temuramah 74-79
4.3 Kesimpulan 79-81
ix
BAB 5 : CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN
5.1 Pengenalan 82-83
5.2 Rumusan 83-85
5.3 Cadangan 85-94
5.4 Cadangan untuk Kajian akan Datang 94-97
5.5 Kesimpulan 97-98
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
x
ABSTRAK
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti usaha dan pasaran Sarakraf Pavilion
dalam mengkomersilkan produk kraftangan manik Orang Ulu di Kuching, Sarawak.
Responden kajian ini terdiri daripada palajar-pelajar IPTA di sekitar Kuching dan
pengunjung di Sarakraf Pavilion. Diakhir penyelidikan, ianya diharap dapat memberi
pendedahan tentang kepentingan seni kraftangan manik kepada orang ramai supaya
ianya tidak pupus dan dilupakan oleh generasi baru.
xi
ABSTRACT
This research is to study and recognize the efforts and the marketing strategies
of Sarakraf Pavilion in commercializing Orang Ulu bead products in Kuching,
Sarawak. Respondents for this research are university students around Kuching and
visitors at Sarakraf Pavilion. The purpose of this research is to highlight the importance
of the Orang Ulu Bead Handicraft to society, especially to the younger generation.
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Tajuk yang pengkaji pilih dalam membuat kajian penyelidikan ialah ‘Usaha
Sarakraf Pavilion dalam mengkomersilkan produk kraftangan manik Orang Ulu
di Kuching, Sarawak’. Tajuk ini menekankan kepada usaha yang dijalankan oleh
Sarakraf Pavilion dalam mengkomersilkan produk kraftangan kaum Sarawak iaitu
Orang Ulu dalam pembuatan kraftangan manik.
Sarawak merupakan sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai budaya dan
warisan. Selain daripada Kampung Budaya Sarawak, muzium-muzium di Sarawak,
Sarakraf Pavilion juga merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan untuk
memperkembangkan lagi budaya dan warisan pelbagai kaum di Sarawak dengan lebih
luas kepada masyarakat terutamanya pelancong dari Semenanjung Malaysia dan juga
luar negara.
Sarakraf Pavilion telah ditubuhkan pada 24 September 2005, dimiliki oleh
Sarakraf Sdn. Bhd. terletak di Jalan Tabuan menggunakan bangunan kolonial lama
sebagai pusatnya. ( Utusan Sarawak, 1 Ogos 2006. p. 8 ). Sarakraf ini ditubuhkan oleh
Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) bertujuan untuk
memperkenalkan satu cara dan bentuk baru mengenai prinsip reka bentuk, perabot,
2
pameran dan pemasaran kraftangan Sarakraf. Reka bentuk Kraftangan Sarawak
bergantung kepada beberapa elemen-elemen seperti tekstur dan cara tenunan tradisional.
Sarakraf menghasilkan pelbagai kraftangan yang mempunyai reka bentuk tersendiri di
mana mereka mengekalkan ciri- ciri tradisional etnik di Sarawak. Contohnya seperti
kraftangan Orang Ulu yang dihasilkan dalam bentuk cenderamata dan hadiah, produk
kegunaan rumah dan perhiasaan dalaman mengikut citarasa masa kini.
Keaslian serta ketulenan kraftangan Sarawak yang diwarisi secara turun-temurun
ini dapat dikekalkan dan diperkenalkan kepada masyarakat pada masa sekarang dan
pada masa akan datang. Seni kraftangan adalah satu hasil seni yang mempunyai unsur-
unsur seni yang unik dan menarik dan secara tidak langsung akan memberi suatu hasil
yang amat kreatif dan berestetika. Penciptaan sesuatu hasil kraftangan itu memerlukan
kemahiran dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas dari proses awal
pembuatan sehingga kepada penghasilan keseluruhan kraftangan tersebut. Proses
penciptaan kraftangan ini memerlukan kepakaran untuk menjaga nilai estetika dalam
reka bentuk tersebut selain daripada menjadikanya kelihatan cantik dan menarik.
Selain itu, Sarakraf Pavilion ditubuhkan untuk mewujudkan satu tempat yang
dapat memenuhi keinginan pengunjung untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara
pembuatan kraftangan asli Sarawak, di samping mempelajari tentang keunikan
kraftangan, muzik, makanan tempatan dan kebudayaan. Sarakraf Pavilion menawarkan
pelbagai jenis kraftangan yang unik, berkualiti dan nilai yang tinggi.
3
Di Sarakraf, terdapat satu bahagian yang dinamakan “handicraft shopping”.
Bahagian ini bertujuan untuk mengkomersilkan produk kraftangan Sarawak yang asli.
Bahagian ini juga membolehkan orang ramai memperolehi dan membeli hasil
kraftangan yang dikeluarkan oleh Sarakraf. Produk kraftangan di Sarakraf telah
membentuk pelbagai keunikan tersendiri dan barangan perhiasan yang berkualiti tinggi.
Selain itu, barangan yang dihasilkan akan dijadikan hadiah bagi tujuan perayaan dan
juga sebagai cenderamata bagi sesuatu persembahan yang diadakan. Pengkomersilan
yang dilakukan oleh Sarakraf ini dapat membantu menambahkan nilai ekonomi pada
nilai budaya kraftangan Sarawak.
Sarakraf juga bertindak dalam membeli hasil kraftangan daripada individu dan
mempromosikannya menerusi pelbagai sesi demostrasi kraftangan. Selain itu juga,
Sarakraf memasarkan kraftangan ini kepada beberapa cawangan iaitu di Kuching
International Airport Outlet, Sarawak Plaza Shopping Center dan Sarawak Paradise in
Borneo Jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur.
Staf-staf yang bekerja di Sarakraf merupakan golongan yang berpengalaman
dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menghasilkan serta mambuat kraftangan
Sarawak yang asli . Barangan kraftangan yang dihasilkan oleh Sarakraf Pavilion adalah
seperti produk yang berasaskan manik, batik, anyaman, tenunan, seramik, dan
sebagainya. Ini bertujuan untuk memperkembangkan budaya etnik Sarawak seperti
budaya Iban, Orang Ulu, Bidayuh, dan Melayu kepada orang awam khususnya
pelancong dari luar negara.
4
Pengkaji memilih kraftangan manik Orang Ulu sebagai penyelidikan kajian,
disebabkan keinginan untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai keunikan
kraftangan manik Orang Ulu. Perhiasan tradisional Orang Ulu adalah diperbuat daripada
manik-manik yang diwarisi secara turun temurun yang tidak ternilai harganya.
Terdapat enam jenis manik yang terdapat dalam Sarakraf Pavilion iaitu manik
kaca, manik kayu, manik kerang, manik batu, manik tanah liat dan manik plastik.
Kebanyakan produk kraftangan manik yang dihasilkan oleh Sarakraf adalah daripada
kaca dan plastik. Jenis kraftangan manik yang asal iaitu manik tanah liat adalah
diperbuat daripada tanah liat. Kesemua produk Kraftangan manik adalah untuk
perhiasan seperti Gelang persahabatan, Gelang Biki , Gelang manik Lawas, Cincin Biki,
Kalung manik rata dan lain-lain.
Secara keseluruhannya, usaha yang dimainkan oleh Sarakraf Pavilion
merupakan satu usaha yang penting dalam mengkomersilkan produk kraftangan manik
di Kuching, Sarawak. Namun sambutan terhadap produk kraftangan manik pada masa
kini terutamanya kepada golongan belia didapati semakin hari semakin menurun. Oleh
itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesahihan situasi ini.
5
1.2 Definisi
Dalam bahagian definisi, pengkaji akan menerangkan definisi beberapa
perkataan utama yang berkaitan dengan tajuk kajian untuk memahami dengan lebih
jelas.
Usaha
Berdasarkan kamus Dewan, Edisi Ketiga. Usaha bermaksud daya upaya atau
ikhtiar untuk mencapai sesuatu. (http://www.karyanet.com.my, 17 Ogos 2006)
Sarakraf Pavilion
Menurut laman web (http://www.sarakraf.com.my, 27 Julai 2006) yang
merupakan laman web utama bagi Sarakraf Pavilion yang mendefinisikan bahawa
Sarakraf Pavilion merupakan sebuah pusat membeli-belah dalam kalangan
pelancongan yang datang ke Sarawak supaya dapat membawa balik cenderamata dari
Sarawak.
Komersil
Menurut Kamus Dewan, Edisi Kedua (1984), p. 596. Komersil bermaksud hal
perdagangan atau secara dagangan.
6
Produk
Menurut Kamus Dwibahasa, Edisi ketiga (1997). p. 271. Produk bermaksud
hasil pengeluaran.
Kraf
Kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan,
dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan
secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf. (United Nations
Conference on Trade and Development UNCTAD, diperolehi Ogos 8, 2006, dari
http:// www.kraftangan.gov.my)
Manik
Gubahan manik merupakan satu seni kraftangan yang begitu popular di
Sarawak. Sejak zaman berzaman kemahiran menggubah manik telah menjadi satu seni
tradisi di kalangan masyarakat etnik Sarawak. Berdasarkan Kamus Saku, Edisi Kedua
(1984), p. 366. Manik (manek) merupakan butiran kaca, batu dan lain-lain yang
berlubang dan dicucuk banyak-banyak untuk dijadikan kalung.
Orang Ulu
Kelembutan Orang Ulu terserlah dalam seni lukisan, ukir, muzik, nyanyian dan
tarian mereka. Suatu ketika dahulu mereka adalah pembuat pedang yang hebat. Rumah
7
panjang yang dibina dengan struktur tiang tinggi ini bertujuan untuk menghindari
ancaman haiwan liar. Kayan, Kenyah, Kelabit dan Lun Bawang adalah antara suku yang
termasuk dalam kelompuk Orang Ulu. (Welcome to TravelRhapsody.com, 27 Julai
2006).
1.3 Objektif
Objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti usaha Sarakraf Pavilion dalam
mengkomersilkan produk kraftangan manik Orang Ulu di Kuching, Sarawak.
Objektif sampingan bagi kajian ini adalah mengenal pasti pasaran produk
kraftangan manik Orang Ulu di pasaran Kuching.
1.4 Hipotesis
Sarakraf Pavilion dijadikan satu organisasi utama dalam mengkomersilkan
produk kraftangan manik Orang Ulu di Kuching, Sarawak.
8
1.5 Skop Kajian
Pengkaji akan mengkaji usaha dan strategi Sarakraf Pavilion dalam
mengkomersilkan produk kraftangan manik Orang Ulu. Pengkaji menumpukan kajian
ini kepada pelajar-pelajar IPTA di sekitar Kuching. Selain itu, skop kajian pengkaji juga
melibatkan pengunjung yang mengunjungi Sarakraf. Kajian lebih menekankan usaha
dan strategi Sarakraf Pavilion dari segi promosi iaitu melalui media cetak seperti
pengiklanan di surat khabar. Ini bertujuan untuk mencapai sasaran pasaran yang lebih
luas dan pengedaran risalah juga digunakan untuk memberi maklumat yang lebih
mendalam tentang produk kraftangan manik yang dikomersilkan oleh Sarakraf Pavilion.
Strategi promosi yang dikaji juga termasuk dalam elemen media elektronik
seperti internet. Ini kerana internet merupakan elemen yang penting dan penggunaannya
amat luas dan memudahkan orang ramai mendapat maklumat tentang sarakraf pavilion
yang terkini. Sarakraf Pavilion juga mengadakan pameran berkaitan dengan penggunan
barangan kraftangan dalam kalangan pengunjung tempatan dan pelancong. Oleh itu,
pengkaji juga akan mengkaji kaedah dan strategi dari segi pameran yang diadakan oleh
Sarakraf Pavilion.
Pengkaji juga akan mengkaji kraftangan manik Orang Ulu dari segi pembuatan
perhiasan kerana ingin mengetahui cara untuk menghasilkan kraftangan tersebut.
9
1.6 Permasalahan Kajian
Kraftangan manik adalah sejenis kraftangan yang unik dan mempunyai
kepentingan serta kegunaan bukan sahaja kepada kaum Orang Ulu itu sendiri malah
juga menjadi barangan komersial untuk dijual kepada masyarakat tempatan mahu pun
luar negara dan seterusnya dapat mengembangkan lagi industri kraftangan di Kuching,
Sarawak.
Kebanyakan generasi kini semakin kurang berminat dan kurang berpengetahuan
terhadap hasil kraftangan warisan kerana mereka sering beranggapan bahawa kraftangan
manik tidak penting dan tidak bernilai. Generasi kini kurang melibatkan diri dan juga
kurang diberi pendedahan kepada cara dan bentuk penghasilan kraftangan manik yang
diwarisi sejak turun-temurun ini. Hanya golongan tua yang melibatkan diri dalam
bidang ini. Kesannya, akan wujud masalah seperti ketiadaan pewaris dalam mewarisi
penghasilan kraftangan manik terutamanya masa yang akan datang.
Hal ini dapat dibuktikan melalui masalah yang telah wujud misalnya barangan
kraftangan dan batik keluaran Negara masih gagal menembusi pasaran antarabangsa
malah Malaysia tidak tersenarai dalam data negara-negara pengeksport produk seni
warisan dunia ini. (Utusan Malaysia, 4 Ogos 2006. p. 4). Kegagalan ini menyebabkan
Malaysia tidak mampu menjadikan hasil seni ini sebagai bahan dagang yang boleh
memberikan pulangan kepada ekonomi Negara. (Dewan Budaya, Julai 2006. p. 12).
10
Selain itu, kekurangan pasaran untuk mengkomersilkan kraftangan manik di
Kuching menjadi punca kepada perkara ini berlaku. Hal ini kerana kraftangan manik di
sekitar Kuching kurang mendapat sambutan daripada masyarakat Kuching. Generasi
kini tidak lagi berminat terhadap pembuatan dan penghasilan kraftangan tradisional
kerana dianggap sudah ketinggalan zaman. Mereka lebih berminat dalam mengikuti arus
zaman moden iaitu seperti sektor sains dan teknologi yang semakin maju dan canggih.
Permasalahan yang seterusnya adalah penerimaan produk kraftangan oleh
golongan belia akan manyebabkan produk tersebut tidak mendapat sambutan di pasaran.
Lantaran itu, pengkomersilan produk kraftangan mungkin tidak akan berjaya di pasaran.
Justeru, Sarakraf perlu mempergiatkan lagi usaha- usaha mereka bagi mengkomersilkan
hasil kraftangan mereka.
1.7 Kepentingan Kajian
Oleh sebab kekurangan kajian tentang kraftangan manik, maka pengkaji telah
memilih tajuk berkenaan dengan kraftangan manik ini untuk dijadikan kajian.
Rasionalnya adalah untuk membantu dalam memberikan lebih banyak maklumat dan
juga data-data mengenai produk kraftangan manik di dalam pasaran.
Menerusi kajian ini, diharap ia akan memberi bahan rujukan kepada masyarakat
tempatan khususnya masyarakat Orang Ulu sebagai rujukan pada masa akan datang dan
juga dapat menambahkan minat generasi kini untuk melibatkan diri dalam penghasilan
11
barangan kraftangan manik. Selain itu, pengkaji sendiri juga dapat mempelajari dan
mengetahui dengan lebih mendalam tentang budaya Orang Ulu khususnya dalam
penghasilan kraftangan manik.
Kajian ini juga dapat menyedarkan masyarakat khususnya golongan belia
tentang kepentingan seni kraftangan manik supaya ia tidak pupus dan dilupakan. Kajian
ini juga diharapkan dapat menghidupkan lagi warisan kraftangan tempatan dan dikenali
oleh orang ramai.
Kajian ini bukan sahaja berfaedah kepada golongan belia tetapi ia juga penting
untuk organisasi Sarakraf Pavilion untuk mengekalkan warisan budaya Sarawak.
Sarakraf Pavilion dilihat berpotensi untuk menjadi tunjang utama dalam mengekalkan
kraftangan dan kesenian di Sarawak, sebagai pusat untuk mengadakan demonstrasi serta
bagi memudahkan para pelancong untuk melihat bagaimana kraftangan itu dihasilkan
dan pada masa yang sama bertanya kepada pembuat kraftangan kemusykilan yang ada.
(Utusan Sarawak, 1 Ogos 2006. p. 8).
Kajian ini juga secara tidak langsung dapat membantu dalam memperkenalkan
Sarakraf Pavilion kepada masyarakat khususnya di Kuching. Ini boleh berlaku apabila
kajian pengkaji ini dapat dipamerkan di dalam kalangan masyarakat Kuching dan
secara tidak langsung ia dapat memberi pendedahan kepada masyarakat Kuching
khususnya golongan belia seperti pelajar-pelajar di IPTA. Selain itu, kajian pengkaji
juga dapat dijadikan sebagai bahan rujukan untuk Sarakraf Pavilion mengenai
12
cadangan-cadangan pengkaji terhadap usaha Sarakraf Pavilion dalam mengkomersilkan
produk kraftangan manik Orang Ulu di Kuching, Sarawak.
1.8 Kesimpulan
Kesimpulannya, dalam bab ini pengkaji membuat kajian tentang usaha Sarakraf
pavilion dalam mengkomersialkan produk kraftangan manik Orang Ulu di Kuching,
Sarawak. Selain itu, bab ini juga menerangkan tentang pengenalan, skop kajian,
permasalahan dan kepentingan kajian dalam kajian ini. Bab yang seterusnya akan
menerangkan bahan rujukan yang berkaitan dengan kajian bagi membuktikan dan
menyokong kajian ini.
13
BAB 2
SOROTAN KESUSASTERAAN
Sorotan kajian lepas merupakan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh
pengkaji terdahulu dalam mencari bahan bukti untuk membuktikan kesahihan sesuatu
kajian yang dikaji oleh pengkaji. Sorotan kajian penting untuk menyokong kajian yang
telah dibuat dan sebagai pembekal maklumat tambahan kepada kajian pengkaji.
2.1 Sarakraf Pavilion
1) Alfean Aziz, ‘Sarakraf Pavilion Pusat Kraf Tangan Kuching’. (2006, August 1).
Utusan Sarawak, p. 8. Retrieved August 5, 2006.
Menurut Alfean Aziz, Utusan Sarawak, p. 8., Sarakraf Pavilion menjadi tempat
tumpuan membeli-belah pelancong-pelancong domestik dan asing yang ingin mencari
buah tangan sebagai kenangan untuk dibawa pulang. Wujudnya pusat kraftangan ini
pastinya menjadi sumber kepada orang ramai dan pelancong yang ingin memahami,
serta mempelajari sekaligus menyaksikan keunikan pelbagai kebudayaan etnik-etnik di
Sarawak melalui hasil kraftangan, makanan-makanan serta khazanah yang menjadi
tarikannya.