upsr bm sk kertas 1 set 2
TRANSCRIPT
-
8/14/2019 Upsr Bm Sk Kertas 1 Set 2
1/11
Nama : _____________________________________ Tarikh : ______________
SULIT
011BahasaMelayu
LTS 2005Set 250 minit
JABATAN PELAJARAN PERAK
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
_____________________________________________
MODUL LEARNING TO SCORE UPSR 2005
011
BAHASA MELAYU
Kertas 1
Lima puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi40soalan. Jawab semua soalan.
2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
3. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudianhitamkan jawapan yang baru.
Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak
011 2005 Hak Cipta Unit Kurikulum JPN Perak SULIT
-
8/14/2019 Upsr Bm Sk Kertas 1 Set 2
2/11
SULIT 2 SET 2 / 011
LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011
Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak HALAMAN2
Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atauempat pilihan jawapan A, B,C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul itu.Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
Soalan 1 hingga Soalan 19
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah denganjawapan yangpaling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar 1
1 Opah akan __________ sirehnya terlebih dahulu sebelum
keluar ke mana-mana.
A menumbuk
B menggentel
C menggobek
Gambar 1
Soalan 2 dan Soalan 3 berdasarkan gambar 2
2 Encik Zaidi menggunakan __________ kawat berduri untuk
memagar kebun sayur di belakang rumahnya.
A seurat
B serawan
C segulung
Gambar 2
D sebidang
3 __________ Encik Zaidi berbaloi kerana sayur-sayurannya hidup subur dan mendapat
pasaran yang baik.
A Penat-lelah
B Tungkus-lumus
C Comot-momot
4 __________ diarahkan oleh Ketua Pengawas untuk bertugas di kawasan pintu pagar
utama, kata Zainal dan Harjit kepada Puan Rozita.
A Kita
B Kami
C Kamu
D Kalian
-
8/14/2019 Upsr Bm Sk Kertas 1 Set 2
3/11
SULIT 3 SET 2 / 011
LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011
Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak HALAMAN3
Soalan 5 berdasarkan gambar 3
5 Kehidupan petani-petani di kawasan itu akan __________
sekiranya kemarau berterusan.
A terjejasB terjamin
C terbantut
Gambar 3
D terkandas
Soalan 6 berdasarkan gambar 4
6 __________bergiat dalam bidang muzik, Fiza juga berbakat
dalam bidang lakonan.
A ManakalaB Walaupun
C Di samping
Gambar 4
D Oleh sebab
7 Pembinaan ayat yang gramatis __________ sudut tatabahasa itu telah disampaikan oleh
Munsyi Dewan dan pendengar memperoleh manfaat ___________ ceramah tersebut.
A dari kepada
B daripada dari
C dari daripadaD daripada kepada
Soalan 8 berdasarkan gambar 5
8 Puan Latipah menanam beberapa __________ anak padi
di sawahnya.
A ikat
B gemal
C rumpun
Gambar 5
9 Sekumpulan remaja itu __________ masuk ke belukar untuk menyelamatkan diri daripada
serbuan pihak berkuasa.
A merejah
B menerkam
C menjunam
-
8/14/2019 Upsr Bm Sk Kertas 1 Set 2
4/11
SULIT 4 SET 2 / 011
LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011
Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak HALAMAN4
Soalan 10 berdasarkan gambar 6
10 Muhammad Zunaidi mengayuh basikalnya ______________
pantas sekali menuju ke garisan penamat.
A amat
B paling
C teramat
Gambar 6
Soalan 11 berdasarkan gambar 7
11 Adik Maria menangis teresak-esak kerana __________ oleh
rakannya ketika bermain di taman permainan.
A diusik
B diejekC dipukul
Gambar 7
D ditohmah
12 Ayah menasihati adik supaya berjalan dengan lebih berhati-hati agar tidak __________
barang hiasan di atas meja itu.
A tercuit
B terkuis
C tersigung
D tersadung
Soalan 13 berdasarkan gambar 8
13 Puan Zuraini berjaya __________ tempat pertama dalam
pertandingan memasak yang dianjurkan oleh KEMAS.
A meraih
B menjulang
C menguasai
Gambar 8
Soalan 14 berdasarkan gambar 9
14 Walaupun bertubuh kecil, Nazrul mampu menghabiskan dua
puluh __________ sate.
A ulas
B rawan
C cucuk
Gambar 9
D batang
-
8/14/2019 Upsr Bm Sk Kertas 1 Set 2
5/11
SULIT 5 SET 2 / 011
LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011
Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak HALAMAN5
Soalan 15 berdasarkan gambar 10
15 Ahmad Khairul membuat __________ kedua dalam acara
lontar peluru itu.
A tamparanB sepakan
C balingan
Gambar 10
D lontaran
16 Semua penduduk di pesisiran pantai itu menjadi __________ apabila mendengar khabar
angin bahawa ombak besar akan melanda sekali lagi.
A kecewa
B cemas
C rimasD keliru
Soalan 17 berdasarkan gambar 11
17 Budak itu makan dengan gelojoh sehingga ___________
tulang ikan.
A tersedak
B tersedu
C terbatuk
Gambar 11
D tercekik
18 Pokok renek yang rimbun dan berwarna-warni itu _______________ rumah Pak Hasan.
A dipagari
B memagari
C dipagarkan
D memagarkan
Soalan 19 berdasarkan gambar 12
19 Keluarga Puan Kumari sedang __________ mengusahakan
kebun sayur mereka setiap hujung minggu.
A bergotong-royong
B bertungkus-lumus
C berebut-rebut
Gambar 12
-
8/14/2019 Upsr Bm Sk Kertas 1 Set 2
6/11
SULIT 6 SET 2 / 011
LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011
Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak HALAMAN6
Soalan 20
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yangbergaris.
20 Para penyokong memberi sokongan yang padu kepada pasukan masing-masing dalam
pertandingan bola sepak itu.
A jitu
B tegap
C mampat
D mantap
Soalan 21
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yangbergaris.
21 Perkara itu sangat remeh untuk dibincangkan dalam mesyuarat ini, jelas Norhasibah.A biasa
B sukar
C senang
D mustahak
Soalan 22 dan Soalan 23
Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
Soalan 22 berdasarkan gambar 13
22 Penduduk Taman Alam Megah, hidup harmoni dan saling
menolong __________.
A bagai aur dengan tebing
B bagai enau dalam belukar
C bagai tikus membaiki labu
Gambar 13
D bagai embun di hujung rumput
Soalan 23 berdasarkan gambar 14
23 Hasbullah tidak pandai bermain layang-layang, namun dia
__________ untuk bermain bersama rakan-rakannya.
A ada hati
B berat hati
C busuk hati
Gambar 14
D sampai hati
-
8/14/2019 Upsr Bm Sk Kertas 1 Set 2
7/11
SULIT 7 SET 2 / 011
LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011
Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak HALAMAN7
Soalan 24
Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.
24 Enjin kereta ayah itu sukar untuk dihidupkan kerana baterinya lemah.
A Sudahkah enjin kereta ayah itu dihidupkan?
B Mengapakah enjin kereta ayah itu sukar untuk dihidupkan?
C Kenapakah ayah sukar untuk menghidupkan enjin kereta nya itu?
D Adakah bateri yang menjadi punca enjin kereta ayah sukar untuk dihidupkan?
Soalan 25
Pilihjawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.
25 Berapakah jarak tempat persembunyian pengganas komunis itu dengan pos kawalanpasukan keselamatan negara kita?
A Pos kawalan pasukan keselamatan negara kita terletak sepuluh kilometer dari sini.
B Jaraknya agak jauh dari pos kawalan pasukan keselamatan negara kita.
C Ya, tempat persembunyian pengganas komunis itu memang jauh.
D Tidak jauh, Cuma kira-kira sepuluh kilometer sahaja.
Soalan 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
26 Sekiranya masalah ini tidak dibendung dengan segera, nescaya kesan yang lebih buruk
akan dapat dilihat pada masa yang akan datang.
A Kesan yang lebih buruk akan dapat dilihat pada masa hadapan jika masalah ini tidakdiatasi dengan segera.
B Masalah ini perlu diatasi dengan segera kerana pada masa akan datang kesannyaakan menjadi lebih buruk.
C Biarpun masalah ini tidak dibendung dengan segera, namun kesannya akan menjadilebih buruk pada masa hadapan.
D Andainya pada masa akan datang masalah ini akan mendatangkan kesan yang lebihburuk, maka eloklah masalah ini dibendung segera.
Soalan 27 dan Soalan 28
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
27 I Hobi Jesika melayan internet sehingga larut malam.
II Mat Jenin melayan perasaannya di atas pokok kelapa.
III Seniwati veteran itu dapat melayan istimewa dalam majlis itu.
IV Puan Latifah sedang melayan tetamu yang bertandang di rumahnya.
AB
CD
I dan III sahajaII dan IV sahaja
I, II dan IV sahajaII, III dan IV sahaja
-
8/14/2019 Upsr Bm Sk Kertas 1 Set 2
8/11
SULIT 8 SET 2 / 011
LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011
Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak HALAMAN8
28 I Undang-undang di kolej kakak saudara saya agak longgar.
II Seluar baru yang dibeli oleh adik Kamaruddin itu longgar betul.
III Semenjak hari pertengkaran itu, hubungan antara Ali dan Ahmad menjadi longgar.
IV Budak itu dikenakan hukuman longgar kerana melanggar peraturan sekolah.
A
BC
D
I dan II sahaja
II dan III sahajaIII dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
Soalan 29 dan Soalan 30
Pilih ayat-ayat yangbetul.
29 I Bungkusan itu saya menerima daripada rakan saya semalam.
II Sudah satu setengah jam kami menunggu kedatangan Arjuna.
III Hampir setengah daripada kawasan itu ditumbuhi pepohon hijauIV Kejadian tanah runtuh itu berlaku pada waktu petang semalam.
AB
CD
I dan III sahajaIII dan IV sahaja
I, II dan III sahajaII, III dan IV sahaja
30 I Ramasamy memasukkan segugus anggur ke dalam kotak itu.
II Sungguh meriah sekali sambutan Hari Guru di sekolah kamu.
III Saya selalu mengunjungi restoran itu kerana amat suka akan masakannya.
IV Berbagai kegiatan telah dijalankan oleh Kelab Kembara sepanjang tahun ini.
AB
CD
I dan II sahajaII dan III sahaja
I, II dan III sahajaII, III dan IV sahaja
Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar, Guru-guru
Penolong Kanan, Guru Bertugas Mingguan, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Salamsejahtera dan selamat pagi saya ucapkan.
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada sayaberucap dalam perhimpunan kali ini. Sebagai ketua pengawas sekolah ini, saya mengambilkesempatan untuk mengumumkan satu berita yang menyedihkan.
Ingin saya nyatakan bahawa pada malam tadi, rumah salah seorang murid sekolah initelah hangus dijilat api. Murid yang malang itu ialah Mohamad Nor Shafik bin Ismail dari kelasEnam Mawar. Murid tersebut tidak dapat ke sekolah kerana keperluan dan peralatanpersekolahannya turut terbakar. Dia sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.
-
8/14/2019 Upsr Bm Sk Kertas 1 Set 2
9/11
SULIT 9 SET 2 / 011
LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011
Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak HALAMAN9
Cikgu dan rakan yang dihormati,
Saya juga dimaklumkan bahawa sekarang ini dia menumpang di rumah saudaranya.Oleh hal yang demikian, saya merayu kepada semua guru, kakitangan sekolah, dan rakan-rakan agar dapat menghulurkan derma ikhlas untuk membantu keluarga yang malang ini.Sehubungan itu, rakan-rakan diminta menyampaikan maklumat ini kepada ibu bapa ataupenjaga masing-masing.
Hadirin yang dikasihi,
Kutipan derma akan dilancarkan mulai esok selama seminggu. Ahli JawatankuasaKebajikan Kelab Guru akan mengutip derma dari kelas ke kelas. Diharapkan hasil kutipanderma yang diperoleh dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga tersebut. Disamping itu, wang tersebut dapat digunakan untuk membeli keperluan persekolahanya. Kitaberharap dan berdoa agar dia dapat bersekolah seperti biasa secepat mungkin. Untukmakluman guru-guru dan rakan-rakan, hasil kutipan tersebut akan disampaikan kepadakeluarga mangsa oleh Guru Besar semasa perhimpunan yang akan datang.
Akhir kata, saya mohon kemaafan dan berterima kasih kepada semua pihak yangmenjayakan kutipan derma ini. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga yang terbabit danberharap mereka tabah menghadapi dugaan.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
31 Di manakah ucapan ini disampaikan?
A Di bilik darjah
B Di kantin sekolah
C Di tempat kejadian
D Di dataran perhimpunan
32 Apakah tujuan ucapan ini disampaikan?
A Menyampaikan makluman dan memohon kutipan derma
B Menyampaikan ucapan takziah dan rasa simpati
C Menyampaikan pengumuman dan perancangan
D Menyampaikan pesanan dan tindak ikut
33 Mengapakah mangsa tidak dapat bersekolah?
A Sedih dengan peristiwa yang berlaku
B Malu dengan kawan kerana tiada uniform
C Kecewa kerana tiada wang untuk berbelanja
D Malang kerana tiada keperluan dan peralatan persekolahan
34 Bagaimanakah rakan-rakan mangsa dapat menyumbangkan derma kepadanya?
A Memohon wang daripada ibu bapa dan menyerahkannya kepada pihak sekolah .
B Memberitahu ibu bapa dan menyampaikan sumbangan peralatan sekolah.
C Memohon wang daripada ibu bapa dan meminjamkan wang tersebut.
D Memberitahu ibu bapa dan menyampaikan sumbangan .
-
8/14/2019 Upsr Bm Sk Kertas 1 Set 2
10/11
SULIT 10 SET 2 / 011
LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011
Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak HALAMAN10
35 Berdasarkan petikan di atas, kamu boleh membuat kesimpulan bahawa
A Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
B Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
C Hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah.D Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Bilik 101 A,Asrama Budiman,Universiti Putra Malaysia,43400 Serdang,Selangor Darul Ehsan.
12 MEI 2005.
Menemui Cikgu Siti Norhana binti Lokman yang berada di Taman Desa Chandandengan selamatnya. Apa khabar cikgu di sana ? Saya berharap cikgu sekeluarga sihat walafiat.Keadaan diri saya di sini, sihat-sihat sahaja.
Cikgu,
Tujuan saya menulis surat ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada cikguyang telah banyak berjasa kepada saya. Hampir sedekad saya tidak bertemu cikgu. Tanpadidikan dan bimbingan cikgu, saya mungkin tidak dapat menikmati kejayaan dalam bidang
pelajaran. Berkat asuhan dan tunjuk ajar cikgu, saya dapat melanjutkan pelajaran ke menaragading yang menjadi idaman setiap pelajar. Semoga cita-cita saya hendak menjadi seorangjurutera akan termakbul.
Saya masih lagi teringat-ingat akan pesanan cikgu agar belajar bersungguh-sungguhsekiranya ingin berjaya . Cikgu mengambil berat tentang pelajaran dan kebajikan saya danrakan-rakan. Cikgu juga bersusah payah mengadakan kelas bimbingan secara percumakepada kami.
Nasihat cikgu sebelum saya meninggalkan Sekolah Kebangsaan Permatang Raja dulumasih tersemat di hati. Cikgu pernah berpesan bahawa kunci kejayaan ialah usaha tanpa jemudan berterusan. Selain itu, cikgu juga ada mengatakan sekali gagal bukan bermakna akangagal buat selama-lamanya. Kini , saya mengakui akan kebenaran kata-kata cikgu itu.Sayaberjanji akan menjadikan kata-kata itu sebagai pedoman hidup saya.
Sebelum saya mengakhiri warkah ini, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jikaterdapat salah dan silap yang pernah saya lakukan. Terimalah sekeping potret saya buattatapan cikgu. Saya berdoa agar cikgu sekeluarga sihat dan dilanjutkan usia.
Yang ikhlas,
Nazrin(NAZRIN BIN ZAABA)
-
8/14/2019 Upsr Bm Sk Kertas 1 Set 2
11/11
SULIT 11 SET 2 / 011
LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011
Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak HALAMAN11
36 Siapakah pengirim surat ini?
A Kenalan lama Cikgu Siti Norhana
B Bekas anak didik Cikgu Siti Norhana
C Seorang graduan universiti tempatanD Bekas rakan sejawat Cikgu Siti Norhana
37 Tujuan Nazrin menulis surat ini adalah untuk
A memuji akan kebaikan cikgunya semasa belajar di sekolah rendah.
B memohon maaf kepada cikgu kerana banyak melakukan kesalahan.
C memberi sekeping gambar foto terbaru kepada cikgu kesayangannya.
D mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgunya.
38 Menurut pendapat Nazrin, Cikgu Siti Norhana ialah seorang guru yang
A berdedikasi dan meminta agar semua anak muridnya belajar di universiti.
B hanya memberi didikan semata-mata kepada anak muridnya sehingga berjaya keuniversiti.
C berdedikasi, bertanggungjawab dan kurang memberi perangsang kepada anakmuridnya.
D berdedikasi, bertanggungjawab dan mengambi berat tentang pelajaran sertakebajikan anak muridnya.
39 Perkataan termakbuldalam petikan bermaksud
A terteraB tertunda
C tercapai
D termimpi
40 Penyataan yang berikut benar tentang petikan di atas, kecuali
A bekas guru Nazrin sangat mengambil berat tentang pelajaran anak muridnya.
B Cikgu Siti Norhana mengajar di Sekolah Kebangsaan Permatang Raja.
C Nazrin sentiasa menghubungi gurunya ketika berada di universiti.
D hampir sepuluh tahun Nazrin tidak berjumpa gurunya.
- KERTAS SOALAN TAMAT -