upsr 2013 minit mesyuarat bil 1 kecemerlangan upsr

Upload: mustakim260984

Post on 04-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Upsr 2013 Minit Mesyuarat Bil 1 Kecemerlangan Upsr

    1/5

    SK PARIS 3 KINABATANGAN

    MINIT MESYUARAT KECEMERLANGAN UPSR 2013 BIL. 1/2013

    TARIKH : 15 JANUARI 2013

    MASA/HARI : 12.00-1.00 T/HARI (SELASA)

    TEMPAT : BILIK GERAKAN SK. PARIS 3

    PENGERUSI : NORAZAM BIN AHMAD (GURU BESAR)

    AHLI YANG HADIR:

    1. EN. NORAZAM AHMAD GURU BESAR

    2. EN. ZAINUDIN AHMAD GPK KURIKULUM

    3. EN. EMRAN SUMANGGIL @ ANGGIR GPK HEM

    4. EN. JOENAS QUIRINUS GPK KOKUM

    4. EN. MOHD MUSTAKIM KAMARUDIN SETIAUSAHA

    5. CIK MAZNIE SANIN GURU BM

    6. EN. ADDY ASMANDY SAMIDE GURU BM

    7. EN. NORDIN NAGORMIRA KAMAL GURU BI

    8. PN. FLORA L. MOGUNIN GURU BI

    9. CIK YONG FUI LEI GURU MATEMATIK

    10. EN. MOHD MUSTAKIM KAMARUDIN GURU SAINS

    AGENDA MESYUARAT

    1. Perutusan Pengerusi

    2. Post-mortem keputusan UPSR 2012

    3. Post-mortem program kecemerlangan UPSR 2012

    4. Perancangan Program Kecemerlangan UPSR 2013

    5. Agihan tugas

    6. Hal-hal lain

  • 7/29/2019 Upsr 2013 Minit Mesyuarat Bil 1 Kecemerlangan Upsr

    2/5

    LAPORAN MESYUARAT

    1.0 Perutusan Pengerusi

    1.1 Pengerusi menyatakan bahawa terdapat rombakan dalam guru mengajar tahun 6.

    1.2 UPSR Tahun 2012 agak merosot pencapaian namun terdapat 2 murid mendapat 5 A. Usaha

    yang sama pada tahun 2013 dengan kawalan yang lebih dalam perlaksanaan program.

    1.3 Harap mendapat kerjasama antara guru, ibu bapa dan murid.

    2.0 Post-mortem Keputusan UPSR 2012

    2.1 Telah dibincangkan.

    3.0 Post-mortem Program Kecemerlangan UPSR 2012

    3.1 Cik Yong maklumkan bahawa murid mendapat manfaat dan guru berkorban.

    Keberkesanan dalam kehadiran murid masih di ambil berat dan perhatian. Cuma di akhir

    program pada semester ke-2 kehadiran murid tidak memuaskan.

    3.2 Pn. Flora menyatakan dalam kelas ini benda yang sama digunakan seperti dalam kelas.

    Murid kurang semangat dalam kelas intensif. Kurang setuju kelas intensif diteruskan.

    3.3 En. Joenas mencadangkan supaya setiap program di cari kekuatan dan kelemahan.

    Mencadangkan teknik menjawab, latih tubi dan jadual anjal diteruskan kerana kekuatan

    dalam mencapai sasaran cemerlang untuk murid.

    3.4 En. Zainudin menyatakan bahawa kelas intensif diadakan tetapi tiada insentif.

    3.5 Guru Besar maklumkan bahawa kehadiran dan kesungguhan murid wujud untuk program

    percuma. Perlu ketatkan kawalan perlaksanaan program dan mekanisma supaya murid

    tidak pulang terus. Setiap kumpulan murid tiada kompromi dan wujud program untuk

    semua kumpulan murid (cemerlang, sederhana, lemah). Mencadangkan jadual anjal

    dimulakan awal dan bulan Januari hingga April tiada jadual anjal.

    3.6 En. Mustakim menyatakan solat hajat berjalan lancar dan program permuafakatan

    ibu bapa diadakan lewat sedikit.

    3.7 En. Zainudin menyatakan bahawa sebelum ini guru besar tidak terlibat dalam perancangan

    secara langsung. Program yang dilaksanakan melibatkan murid yang mempunyai latar

  • 7/29/2019 Upsr 2013 Minit Mesyuarat Bil 1 Kecemerlangan Upsr

    3/5

    belakang dan kekuatan yang berbeza. Mencadangkan agar rancangkan program berfokus

    untuk kumpulan murid cemerlang 5A UPSR. Wujudkan kelas bimbingan samada dengan

    rela dan tiada paksaan serta sediakan insentif untuk guru dan murid. Guru Besar maklumkan

    peruntukan akan disediakan dan boleh ditambah.

    3.8 Cik Maznie menyatakan bahawa tempat sempit.

    3.9 En. Mustakim menyatakan bahawa kem motivasi murid tidak dapat dilaksanakan namun

    perancangan telah di buat untuk kertas kerja. Guru besar cadangkan teruskan program ini.

    3.10 Cik Maznie maklumkan program mentor mentee telah dilaksanakan dengan modul guru

    disediakan dan diserahkan untuk dilaksanakan bersama murid. Guru besar menyatakan jika

    program ini sesuai untuk diteruskan, rancang dengan baik. En. Joenas beri respon boleh

    diteruskan. En. Zainudin menyatakan bahawa beliau tidak dapat penuhi peranan penuh.

    3.11 En. Zainudin maklumkan bahawa program gerak gempur dan percubaan perlu dengan

    set soalan dari negeri-negeri. Cik Yong menyatakan latih tubi untuk Bahasa Inggeris secara

    berulang-ulang untuk biasakan murid menjawab.

    3.12 Pn. Flora maklumkan bahawa untuk Bahasa Inggeris susah dengan cara gerak gempur dan

    percubaan. En. Mustakim cadangkan percubaan dikurangkan kepada 3 kali. En. Emran

    cadangkan jarak masa dipanjangkan bagi setiap percubaan. En. Joenas menyatakan bahawa

    kurang peluang untuk berbincang dengan murid tetapi program ini nombor 1 kekuatan

    untuk murid berjaya dan mencadangkan latih tubi.

    3.13 En. Zainudin mencadangkan agar minggu akademik dikeluarkan dari senarai program UPSR.

    En. Joenas menyatakan bahawa minggu akademik terlalu umum dan tidak fokus untuk UPSR.

    3.14 Pn. Flora menyatakan bahawa Graf Prestasi Diri (GPD) murid ditentukan oleh guru.

    En. Zainudin maklumkan bahawa kekuatan GPD ini pada PPD Kinabatangan.

    4.0 Perancangan Program Kecemerlangan UPSR 2013

    4.1 Guru Besar maklumkan bahawa Kelas Intensif dikumpulkan khas murid cemerlang dan

    bilangan ditentukan oleh guru-guru. Bilik Gerakan boleh digunakan.

    4.2 Guru Besar cadangkan untuk laksanakan ujian diagnostik kepada murid tahun 6. Untuk

  • 7/29/2019 Upsr 2013 Minit Mesyuarat Bil 1 Kecemerlangan Upsr

    4/5

    mencapai sasaran lulus 40%. Guru boleh menggunakan 1 aras sahaja.

    4.3 En. Joenas mencadangkan hari-hari mengajar kumpulan sasaran, sederhana dan lemah.

    En. Emran menyatakan bahawa guru akan hadapi murid yang lemah dan memerlukan

    persediaan mental yang maksima. En. Addy respon ada kebaikan yang mana murid yang

    lemah, guru boleh kumpul kekuatan dari awal. En. Nordin nyatakan bahawa ada pro dan

    kontra, jika ada murid yang lemah dan sederhana boleh bantu. Pengasingan kelas ini

    tidak dimaklumkan kepada murid dan jangan label murid. En. Mustakim nyatakan program

    ini boleh cuba untuk tahun 2013. En. Zainudin maklumkan jangan berlaku diskriminasi.

    5.0 Agihan Tugas

    5.1 En. Mustakim membuka ruang untuk guru mencadangkan penyelaras bagi setiap program.

    5.1 Guru Besar mengesahkan penyelaras bagi setiap program laksanakan aktiviti.

    Bil. Penyelaras Program

    1 ZAINUDIN AHMAD STREAMING CLASS

    (Pengasingan kelas)

    2 MOHD MUSTAKIM KAMARUDIN KELAS INTENSIF

    3 ADDY ASMANDY SAMIDE SOLAT HAJAT & BACAAN YASIN

    4 YONG FUI LEI JADUAL ANJAL

    5 EMRAN SUMANGGIL @ ANGGIR PERMUAFAKATAN IBU BAPA, AKU JANJI MURID

    TAHUN 6

    6 NORDIN NAGORMIRA KAMAL TEKNIK MENJAWAB

    (GURU DAN MURID)

    7 FLORA L MOGUNIN LATIH TUBI

    PERCUBAAN UPSR

    8 JOENAS QUIRINUS PERJUMPAAN BULANAN GURU

    9 NORHASMAWATI MAT KEM MOTIVASI MURID

    10 MAZNIE SANIN MENTOR MENTEE

    11 NORAZAM AHMAD KPI DAN GANJARAN

  • 7/29/2019 Upsr 2013 Minit Mesyuarat Bil 1 Kecemerlangan Upsr

    5/5

    6.0 Hal-hal lain

    6.1 En. Joenas menyatakan semua program ini boleh di kumpulkan dalam satu buku.

    6.2 En. Mustakim mohon serah kertas cadangan 2 minggu selepas mesyuarat.

    6.3 Cik Maznie bertanya berapa orang murid dalam mentor mentee? En. Zainudin maklumkan

    ikut kesesuaian dan beri pandangan program yang baik adalah dalam pnp yang mempunyai

    nilai kualiti.

    6.4 Guru Besar mengharapkan atas segala apa yang dibincangkan dapat dilaksanakan dan

    pnp sangat penting.

    TINDAKAN : AJK KECEMERLANGAN UPSR 2013

    Penutup

    Pengerusi menangguhkan majlis dengan ucapan terima kasih.

    Mesyuarat ditangguhkan pada 1.30 t/hari.

    Disediakan oleh,

    MOHD MUSTAKIM KAMARUDIN

    Setiausaha Program Kecemerlangan UPSR 2013

    Pencadang :________________________

    Disokong oleh :________________________

    Tarikh :