i perlaksanaan kaedah pengajaran guru dan · pdf filesatu set borang soalselidik telah...

23

Upload: lamtram

Post on 07-Feb-2018

248 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: i PERLAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN · PDF fileSatu set borang soalselidik telah diedarkan ... 1.1 Prestasi pencapaian UPSR keseluruhan Sekolah ... Kecemerlangan Institusi Pendidikan
Page 2: i PERLAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN · PDF fileSatu set borang soalselidik telah diedarkan ... 1.1 Prestasi pencapaian UPSR keseluruhan Sekolah ... Kecemerlangan Institusi Pendidikan
Page 3: i PERLAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN · PDF fileSatu set borang soalselidik telah diedarkan ... 1.1 Prestasi pencapaian UPSR keseluruhan Sekolah ... Kecemerlangan Institusi Pendidikan

i

PERLAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN TAHAP LATAR

BELAKANG SOSIAL IBUBAPA DALAM MEMPENGARUHI PENCAPAIAN

AKADEMIK PELAJAR ORANG ASLI DI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN

SUNGAI KIOL, JERANTUT, PAHANG.

SITI FATIMAH BINTI JOHARI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerah ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2009

Page 4: i PERLAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN · PDF fileSatu set borang soalselidik telah diedarkan ... 1.1 Prestasi pencapaian UPSR keseluruhan Sekolah ... Kecemerlangan Institusi Pendidikan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Page 5: i PERLAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN · PDF fileSatu set borang soalselidik telah diedarkan ... 1.1 Prestasi pencapaian UPSR keseluruhan Sekolah ... Kecemerlangan Institusi Pendidikan

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Istimewa Buat Mak & Abah Yang Kusanjungi dan Kuhormati, En. Johari Bin Abd. Manaf

& Pn. Khelijah Binti Daud

Kasih Sayangmu Tidak Pernah Pudar,

Kesabaranmu Mendidik,

Ketabahanmu Mengharungi Hidup,

Pengorbananmu Yang Tidak Ternilai,

ALLAH Jua Yang Mampu Membalasnya.

Ahli Keluarga Yang Kukasihi, Norhafidah, Mohd Khir,Norazman, Mohd Fuad, Yusnita, Rosniza,

Suhana, Allahyarham Mohd Farid,& Mohd Nizam Hakim

serta

Teman-Teman Yang Kusanjungi,

Kalian Semua Terlalu Istimewa,

Semoga Keberkatan dan Kebahagian Sentiasa Milik Kita,

Terima Kasih Atas Segalanya.

Page 6: i PERLAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN · PDF fileSatu set borang soalselidik telah diedarkan ... 1.1 Prestasi pencapaian UPSR keseluruhan Sekolah ... Kecemerlangan Institusi Pendidikan

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah dengan rasa syukur kehadrat ILAHI dengan limpah

kurnia-Nya, maka saya mampu terus melangkah untuk meneruskan perjalanan sebagai

seorang mahasiswa.

Dengan hasil Projek Sarjana Muda(PSM) ini, saya dengan rasa rendah hati

dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia saya, Dr. Nooraini Bt

Othman atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang diberikan

sepanjang penyelidikan tesis ini dijalankan.

Penghargaan ini juga diberikan kepada ibu bapa tercinta yang tanpa jemu

mendoakan kejayaan saya selama ini. Juga rakan-rakan seperjuangan serta sesiapa

yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek

penyelidikan ini. Kepada Allah jua saya doakan agar diberi pembalasan yang setimpal

dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap

dikenang hingga akhir hayat.

Wassalam.

Siti Fatimah Binti Johari

Page 7: i PERLAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN · PDF fileSatu set borang soalselidik telah diedarkan ... 1.1 Prestasi pencapaian UPSR keseluruhan Sekolah ... Kecemerlangan Institusi Pendidikan

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perlaksanaan kaedah pengajaran

guru dan tahap latarbelakang sosial ibubapa dalam mempengaruhi pencapaian

akademik pelajar Orang Asli di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Kiol, Jerantut,

Pahang. Kajian ini dijalankan dengan melihat kepada aspek kaedah pengajaran guru

dan latar belakang sosial ibubapa/penjaga. Responden kajian ini terdiri daripada guru-

guru yang mengajar di sekolah tersebut. Satu set borang soalselidik telah diedarkan

kepada responden bagi mengumpul data yang diperlukan. Data yang terkumpul telah

dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS)

versi 12.0. Hasil dapatan menunjukkan nilai kekerapan bagi perlaksanaan kaedah

pengajaran guru iaitu kaedah pengajaran secara koperatif dan masteri adalah tinggi. Ini

bermakna responden telah melaksanakan kaedah pengajaran tersebut bagi memastikan

pencapaian akademik yang tinggi bagi pelajar mereka. Manakala nilai kekerapan bagi

tahap latar belakang sosial ibubapa/penjaga adalah sederhana. Dapatan ini

menunjukkan sebahagian besar ibubapa kurang memainkan peranan dalam

meningkatkan pencapaian akademik anak-anak mereka. Beberapa cadangan yang

sesuai telah dikemukakan untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar-

pelajar Orang Asli.

Page 8: i PERLAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN · PDF fileSatu set borang soalselidik telah diedarkan ... 1.1 Prestasi pencapaian UPSR keseluruhan Sekolah ... Kecemerlangan Institusi Pendidikan

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify implementation teacher’s method and

level parent’s social background which influences the academic achievement among

Orang Asli students in Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Kiol, Jerantut, Pahang.

This research studied the aspect of teacher’s method of teaching and parent’s social

background. The respondents of the study involved all the teachers teaching in that

school. A set of questionnaire was distributed to the respondents for the data

collection. The data collected was analyzed using Statistical Package for the Social

Science (SPSS) version 12.0. The finding shows that the frequency value for teacher’s

teaching method that is cooperative and mastery is high. It indicates that the

respondents have applied the teaching method to ensure high academic achievement

among the students. The frequency value for the parent’s social background is

moderate. These finding shows that majority of the parents do not fully play their role

in enhancing their children’s academic achievement. Several suggestions have been

brought up to enhance the level of achievement among Orang Asli students

Page 9: i PERLAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN · PDF fileSatu set borang soalselidik telah diedarkan ... 1.1 Prestasi pencapaian UPSR keseluruhan Sekolah ... Kecemerlangan Institusi Pendidikan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Kerangka Konsep 10

1.8 Rasional/Batasan Kajian 11

1.9 Definisi Istilah 11

1.9.1 Pelajar

Page 10: i PERLAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN · PDF fileSatu set borang soalselidik telah diedarkan ... 1.1 Prestasi pencapaian UPSR keseluruhan Sekolah ... Kecemerlangan Institusi Pendidikan

viii

1.9.2 Orang Asli

1.9.3 Kaedah

1.9.4 Pengajaran

1.9.5 Pencapaian Akademik

1.10 Rumusan 13

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Kajian Terdahulu Terhadap Pencapaian Akademik 16

2.3 Peranan Guru 18

2.4 Kaedah Pengajaran Guru 21

2.5 Pembelajaran Koperatif 23

2.6 Pembelajaran Masteri 24

2.7 Dorongan ibubapa 26

2.8 Status sosioekonomi ibubapa 27

2.9 Keciciran Pelajar Orang Asli 28

2.10 Rumusan 31

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 32

3.2 Rekabentuk Kajian 33

3.3 Persempelan dan Responden 34

3.4 Tempat Kajian 34

3.5 Instrumen Kajian 35

3.6 Kajian Rintis 37

3.7 Prosedur Kajian 38

3.8 Analisis Data 39

3.9 Rumusan 41

Page 11: i PERLAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN · PDF fileSatu set borang soalselidik telah diedarkan ... 1.1 Prestasi pencapaian UPSR keseluruhan Sekolah ... Kecemerlangan Institusi Pendidikan

ix

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 43

4.2 Keputusan Analisis Data Bahagian A 44

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 44

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 45

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Umur 45

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman

Mengajar 46

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Kelulusan

Akademik 47

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Minat 48

4.2.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan

Menghadiri Khursus 49

4.3 Keputusan Analisis Data Bahagian B 50

4.3.1 Persoalan Kajian 1 50

4.3.2 Persoalan Kajian 2 53

4.3.3 Persoalan Kajian 3 55

4.3.4 Persoalan Kajian 4 57

4.4 Hasil Dapatan Keseluruhan 59

4.5 Penutup 61

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 62

5.2 Perbincangan Kajian 63

5.2.1 Persoalan Kajian 1 63

5.2.2 Persoalan Kajian 2 65

5.2.3 Persoalan Kajian 3 67

5.2.4 Persoalan Kajian 4 68

5.3 Rumusan 70

Page 12: i PERLAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN · PDF fileSatu set borang soalselidik telah diedarkan ... 1.1 Prestasi pencapaian UPSR keseluruhan Sekolah ... Kecemerlangan Institusi Pendidikan

x

5.4 Implikasi Kajian 70

5.4.1 Ibu Bapa 71

5.4.2 Guru-guru 71

5.4.3 Kerajaan 72

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 72

5.6 Penutup 73

BIBLIOGRAFI 75

LAMPIRAN A-G 78

Page 13: i PERLAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN · PDF fileSatu set borang soalselidik telah diedarkan ... 1.1 Prestasi pencapaian UPSR keseluruhan Sekolah ... Kecemerlangan Institusi Pendidikan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Prestasi pencapaian UPSR keseluruhan Sekolah

Kebangsaan Sungai Kiol, Jerantut, Pahang 4

2.1 Keciciran pelajar orang asli sekolah rendah dari

tahun 1994 hingga 2004 29

2.2 Keciciran pelajar orang asli yang tamat darjah 6

dan tidak menyambung pelajaran ke tingkatan 1 dari

tahun 1994 hingga 2004 30

3.1 Skala Lima Mata dan Skor 36

3.2 Bahagian B dalam Borang Soal Selidik 37

3.3 Penentuan tahap peratusan 40

3.4 Pemeringkatan skala Likert 41

3.5 Klasifikasi skala bagi min 41

4.1 Taburan Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

Responden Mengikut Jantina 44

4.2 Taburan Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

Responden Mengikut Bangsa 45

4.3 Taburan Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

Responden Mengikut Umur 46

4.4 Taburan Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 47

4.5 Taburan Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

Responden Mengikut Kelulusan Akademik 48

4.6 Taburan Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

Page 14: i PERLAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN · PDF fileSatu set borang soalselidik telah diedarkan ... 1.1 Prestasi pencapaian UPSR keseluruhan Sekolah ... Kecemerlangan Institusi Pendidikan

xii

Responden Mengikut Minat 48

4.7 Taburan Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

Responden Mengikut Kekerapan Menghadiri Khursus 49

4.8 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkaitan Faktor

Kaedah Pengajaran Koperatif Oleh Guru Mempengaruhi

Pencapaian Akademik Pelajar 51

4.9 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkaitan Faktor

KaedahPengajaran Masteri Oleh Guru Mempengaruhi

Pencapaian Akademik Pelajar 53

4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkaitan Faktor Status

Sosioekonomi Ibubapa/Penjaga Mempengaruhi Pencapaian

Akademik Pelajar 55

4.11 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkaitan Faktor

DoronganIbubapa/Penjaga Mempengaruhi Pencapaian

Akademik Pelajar 57

4.12 Keputusan Keseluruhan Bagi Setiap Aspek Kajian Dalam

Purata Peratusan 59

Page 15: i PERLAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN · PDF fileSatu set borang soalselidik telah diedarkan ... 1.1 Prestasi pencapaian UPSR keseluruhan Sekolah ... Kecemerlangan Institusi Pendidikan

xiii

SENARAI RAJAH

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka Konsep 10

2.1 Tugasan Guru 19

2.2 Modul Proses Pengajaran 21

2.3 Proses Pengajaran dan pembelajaran Masteri 24

Page 16: i PERLAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN · PDF fileSatu set borang soalselidik telah diedarkan ... 1.1 Prestasi pencapaian UPSR keseluruhan Sekolah ... Kecemerlangan Institusi Pendidikan

xiv

SENARAI SINGKATAN

JHEOA - Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Page 17: i PERLAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN · PDF fileSatu set borang soalselidik telah diedarkan ... 1.1 Prestasi pencapaian UPSR keseluruhan Sekolah ... Kecemerlangan Institusi Pendidikan

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perjalanan hidup seseorang individu seolah-olah ditentukan oleh satu sistem

yang dikenali sebagai sekolah. Secara formalnya, setiap individu menerima

pendidikan awal di sekolah rendah. Sekolah rendah merupakan tahap terpenting

dalam pendidikan formal bagi seorang kanak-kanak. Pendidikan pada peringkat ini

menjadi teras kepada sistem pendidikan negara. Kementerian Pelajaran Malaysia

menggariskan bahawa objektif persekolahan rendah ialah membantu perkembangan

diri pelajar, persediaan persekolahan, kemahiran sosial, pembinaan minat dan

sumbangan kepada masyarakat dan Negara.

Falsafah pendidikan Malaysia menegaskan bahawa matlamat pendidikan

peringkat sekolah rendah adalah untuk menjana potensi individu yang seimbang dan

berketrampilan dalam aspek intelek, rohani, jasmani dan emosi. Kompenan ini akan

digilap, dilentur, diasuh dan dididik melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR) yang diguna pakai oleh seluruh sekolah kerajaan dan swasta bagi

melengkapkan setiap kanak-kanak menjadi warganegara yang berminda terbuka,

mahir berinteraksi, bijak berkomunikasi, berhemah tinggi dan optimik.

Pendidikan adalah penting dalam kehidupan manusia untuk mencapai

matlamat dan hasrat utama negara. Pendidikan dapat menyatupadukan masyarakat

dan berupaya melahirkan rakyat yang mampu bersaing dengan perkembangan sains

-

Page 18: i PERLAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN · PDF fileSatu set borang soalselidik telah diedarkan ... 1.1 Prestasi pencapaian UPSR keseluruhan Sekolah ... Kecemerlangan Institusi Pendidikan

2

dan teknologi masa kini. Pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan pada

setiap individu. Melalui pendidikan, ia dapat memupuk perpaduan negara,

melahirkan orang perseorangan yang berpengetahuan, terlatih dan mahir untuk

memenuhi keperluan tenaga manusia dan sosial yang semakin bertambah

(Norshahidahbaiyah Abdul, 1998). Tujuan asas dalam pendidikan ialah untuk

mengadakan sepenuhnya pengalaman pendidikan yang dikehendaki, yang

membolehkan seseorang individu menghasilkan perubahan yang optima dari segi

fizikal, sosial dan emosi.

Justeru Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah

dirangka untuk melaksana dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik,

progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP akan menjadi garis panduan yang jelas

kepada semua pihak supaya segala dasar, program dan aktiviti pendidikan yang

dirancang dapat dilaksanakan dengan cemerlang. PIPP juga akan memperkemaskan

pelaksanaan serta memantapkan lagi proses pembinaan modal insan secara

menyeluruh dan berterusan supaya output yang dihasilkan berupaya memenuhi

kehendak tempatan dan antarabangsa. PIPP akan memastikan negara berjaya

menghasilkan modal insan ini mengikut acuan yang terbaik. Semua itu digariskan

dalam PIPP melalui enam teras strategik iaitu Membina Negara Bangsa,

Membangunkan Modal Insan, Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, Merapatkan

Jurang Pendidikan, Memartabatkan Profesion Perguruan, dan Melonjakkan

Kecemerlangan Institusi Pendidikan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Masyarakat Orang Asli merupakan komuniti kecil yang terdapat di Malaysia.

Orang asli merupakan masyarakat yang mempunyai beberapa suku kaum yang

berbeza-beza. Secara umumnya masyarakat Orang Asli terbahagi kepada tiga

kumpulan besar iaitu Negrito, Melayu Asli dan Senoi. Oleh kerana terdapat pelbagai

suku kaum di kalangan Orang Asli, maka terdapat pelbagai perbezaan dari segi cara

hidup, kepercayaan yang diamalkan.

-

Page 19: i PERLAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN · PDF fileSatu set borang soalselidik telah diedarkan ... 1.1 Prestasi pencapaian UPSR keseluruhan Sekolah ... Kecemerlangan Institusi Pendidikan

3

Orang Asli telah hidup di dalam masyarakat-masyarakat yang terasing dan

kurang mendapat perkhidmatan seperti sekolah-sekolah dan juga penjagaan

kesihatan. Kedudukan geografi mereka yang terletak jauh di pedalaman telah

mengukuhkan pemikiran di kebanyakan masyarakat orang asli bahawa tiada faedah

untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Mengikut perangkaan, terdapat

lebih kurang 80 peratus kanak-kanak Orang Asli yang tidak pernah menamatkan

persekolahan di peringkat sekolah menengah (Berita Harian, 08 Oktober 2001).

Walaupun negara ini telah mencapai keputusan yang memberangsangkan di

dalam pendidikan dengan kadar pendaftaran kanak-kanak di sekolah-sekolah rendah

sebanyak 96%, kebanyakan kanak-kanak daripada masyarakat Orang Asli kelihatan

seolah-olah ketinggalan di belakang. Anak-anak Orang Asli beserta kanak-kanak

daripada suku kaum Orang Asli di Sabah dan Sarawak menyumbang kepada 4%

peratus orang kanak-kanak yang kurang menyerlah di dalam bidang akademik dan

kadar pendaftaran di sekolah.

Jesteru itu, sejak akhir-akhir ini, pelbagai isu berkaitan pencapai akademik di

kalangan Orang Asli kian dibicarakan. Dari segi pencapaian akademik masyarakat

Orang Asli juga masih ketinggalan berbanding kaum lain. Mengikut perangkaan

JHEOA, hanya 30.7 peratus masyarakat Orang Asli lulus peringkat sekolah rendah,

menengah rendah (6.6 peratus) dan menengah tinggi (0.5 peratus) (Berita Harian, 08

Oktober 2001).

-

Page 20: i PERLAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN · PDF fileSatu set borang soalselidik telah diedarkan ... 1.1 Prestasi pencapaian UPSR keseluruhan Sekolah ... Kecemerlangan Institusi Pendidikan

4

Jadual 1.1 : Prestasi pencapaian UPSR keseluruhan Sekolah Kebangsaan

Sungai Kiol, Jerantut, Pahang

TAHUN BIL.

CALON

CEMERLANG

5A, 4A, 3A

MENGUASAI

SEMUA

BIL %

TIDAK

MENGUASAI

SEMUA

BIL %

GPS

2001 10 - 3 30 7 70 3.20

2002 13 - 6 46 7 54 3.17

2003 10 - 4 40 6 60 3.18

2004 12 - 1 8.3 11 91.7 4.02

2005 12 - 4 33.3 8 66.7 2.88

2006 18 - 2 11.1 16 88.9 3.8

2007 15 - 9 60 6 40 2.86

(Sumber : Sekolah Kebangsaan Sungai Kiol, Jerantut, Pahang, 2008 )

Jadual 1.1 menunjukkan pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

bagi Sekolah Kebangsaan Sungai Kiol, Jerantut, Pahang. Berdasarkan jadual

tersebut dapati bahawa, pencapaian bagi pelajar Orang Asli masih rendah. Ini dapat

dibuktikan pada pencapaian yang telah di catatkan adalah berada di tahap sederhana

dan peratusan yang menguasai masih kecil berbanding peratusan yang tidak

menguasai bagi semua subjek.

Dalam konteks pendidikan hari ini, disaran supaya strategi pengajaran adalah

berpusatkan pelajar. Menurut Esah Sulaiman (2004), untuk menghasilkan pengajaran

yang berkesan, guru-guru perlu mengaplikasikan kaedah dan teknik pengajaran yang

berpusatkan pelajar. Ini bermakna, kaedah dan teknik pengajaran yang diaplikasikan

adalah melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran mereka.

-

Page 21: i PERLAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN · PDF fileSatu set borang soalselidik telah diedarkan ... 1.1 Prestasi pencapaian UPSR keseluruhan Sekolah ... Kecemerlangan Institusi Pendidikan

5

Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak perlu diberi penekanan

yang serius kerana penglibatan ibu bapa dikatakan mempunyai kaitan yang rapat

bukan sahaja dengan pencapaian anak-anak di sekolah tetapi sepanjang

kehidupannya. Semakin banyak penglibatan ibu bapa di sekolah dalam pelbagai

aktiviti yang diadakan, maka lebih baik pencapaian pelajar dalam persekolahannya

(Muhammad Salleh Lebar,1998).

1.3 Penyataan Masalah

Pelajar ialah individu yang mengalami proses pembelajaran melalui

pengajaran yang disampaikan oleh guru. Mereka ini berbeza dari segi kognitif,

emosi, dan psikomotor. Perbezaan di kalangan pelajar dari segi kognitif bermaksud

terdapat pelajar yang cerdas dan cepat memahami pelajaran dan terdapat juga pelajar

yang agak lambat memahaminya. Dengan menyedari keadaan ini, pengajaran guru

hendaklah menyediakan kaedah yang sesuai untuk menampung pembelajaran bagi

kedua-dua kumpulan ini. Menurut Hunter (1995), pengajaran berkesan terjadi apabila

pengajaran tersebut dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar.

Terdapat beberapa isu yang berlaku mengenai kaedah pengajaran yang

diaplikasikan guru-guru. Sesetengah guru lebih gemar menggunakan kaedah cakap

dan tulis semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Seharusnya, untuk

menarik minat belajar dikalangan para pelajar, guru seharusnya mempelbagaikan

kaedah pengajaran bagi menarik minat pelajar.

Kejayaan perlaksanaaan proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan

pemahaman guru yang jelas mengenai ciri-ciri persekolahan dari dimensi kerja, ilmu,

dan profesional supaya tidak menjadi faktor kekangan dalam mengimplimentasinya

kelak. Pengajaran adalah proses dari seorang pengajar kepada pelajar. Pengajaran

yang efektif adalah pendekatan yang sistematik yang bersesuaian dengan kebolehan

sedia ada dan minat pelajar.

-

Page 22: i PERLAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN · PDF fileSatu set borang soalselidik telah diedarkan ... 1.1 Prestasi pencapaian UPSR keseluruhan Sekolah ... Kecemerlangan Institusi Pendidikan

6

Oleh kerana pendidikan ini bersifat luas dan menyeluruh, maka kesannya di

rasai oleh semua golongan masyarakat, penglibatan dan kerjasama rapat antara ibu

bapa dengan sekolah adalah penting bagi menyalurkan semua keperluan baru yang di

perlukan bagi menangani semua cabaran baru yang di hadapi oleh negara akibat

globalisasi. Walaupun taraf hidup kian maju dan pesat membangun, fungsi dan

tanggungjawab ibubapa terhadap pendidikan anak-anak tidak dapat diambil alih

institusi sosial lain (Kamaruddin Kachar, 1989). Oleh itu,wajarlah ibu bapa

melibatkan diri dalam pendidikan demi kemajuan anak-anak mereka.

Kini, ibu bapa banyak dilihat menyerahkan sepenuhnya tugas pendidikan

anak-anak kepada pihak sekolah. Ibu bapa berpendapat tugas mengajar sebenarnya

adalah tanggungjawab guru dan ibu bapa tidak perlu campurtangan dalam urusan

pendidikan anak-anak. Suasana ini berterusan dan ia harus diatasi dengan kesedaran

untuk kebaikan pelajar, ibu bapa dan sekolah kerana kajian ada menunjukkan

terdapat hubungan antara pencapaian akademik dengan penglibatan ibu bapa dalam

pendidikan.

Oleh kerana latar belakang pendidikan yang diterima oleh ibu bapa serta

pemimpin dikalangan masyarakat Orang Asli sangat rendah, maka tidak hairanlah

mereka bersikap negatif terhadap pendidikan walaupun kerajaan telah

memperuntukkan banyak kemudahan dan bantuan pendidikan kepada mereka.

Jesteru itu, pengkaji ingin mengkaji sejauh manakah perlaksanaan kaedah pengajaran

guru dan tahap latarbelakang sosial ibubapa dalam mempengaruhi pencapaian

akademik pelajar Orang Asli di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Kiol, Jerantut,

Pahang.

-

Page 23: i PERLAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN · PDF fileSatu set borang soalselidik telah diedarkan ... 1.1 Prestasi pencapaian UPSR keseluruhan Sekolah ... Kecemerlangan Institusi Pendidikan

7

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk :

(a) Mengenalpasti perlaksanaan kaedah pengajaran guru mempengaruhi

pencapaian akademik di kalangan pelajar Orang Asli.

(b) Mengenalpasti tahap latar belakang sosial ibu bapa/penjaga

mempengaruhi pencapaian akademik di kalangan pelajar Orang Asli.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang hendak di selidiki melalui kajian ini ialah:-

(a) Adakah perlaksanaan kaedah pengajaran guru mempengaruhi

pencapaian akademik di kalangan pelajar Orang Asli.

i. Adakah perlaksanaan kaedah pengajaran koperatif oleh guru

mempengaruhi pencapaian akademik pelajar Orang Asli.

ii. Adakah perlaksaan kaedah pengajaran masteri oleh guru

mempengaruhi pencapaian akademik pelajar Orang Asli.

(b) Adakah tahap latar belakang sosial ibu bapa/penjaga mempengaruhi

pencapaian akademik di kalangan pelajar Orang Asli.

i Adakah tahap status sosioekonomi ibubapa/penjaga

mempengaruhi pencapaian akademik pelajar Orang Asli.

ii. Adakah tahap dorongan ibubapa/penjaga mempengaruhi

pencapaian akademik pelajar Orang Asli.

-