untuk bukan islam sahaja...

35
Saddhamma-maniratana Bhante S. Dhammika Gemstones of the Good Dhamma (Malay) Untuk Bukan Islam Sahaja

Upload: trinhkhue

Post on 09-Mar-2019

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

Sasana Abhiwurdhi Wardhana SocietyBuddhist Maha Vihara

123, Jalan Berhala, Brickfields,50470 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: 03-22741141, Fax: 03-22732570E-mail: [email protected]

Saddhamma-maniratana

Bhante S. Dhammika

Gemstones of the Good Dhamma (Malay)

Untuk Bukan Islam Sahaja

PermataDhammaCover.indd 1 3/7/11 7:33:21 PM

Page 2: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

The Sangha Sunday School Meditation Class

Helping the Untouchables Wheelchairs for the handicapped

Dhamma for the Deaf

BUDDHIST MAHA VIHARA

Continuing the spread of Buddhism in Malaysiafor over 116 years ……….

Millions have benefitted from the selfless dedication of our Sangha, volunteer teachers & friends of

the Vihara obtaining Buddhist education, free publications, counselling, blessings,

welfare assistance, etc.

PermataDhammaCover.indd 2 3/7/11 7:33:23 PM

Page 3: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

Publication of the

Sasana Abhiwurdhi Wardhana Society

Buddhist Maha Vihara,123, Jalan Berhala, Brickfields,50470 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 603-22741141 Fax: 603-22732570E-Mail: [email protected]: www.buddhistmahavihara.com

www.ksridhammananda.comwww.bisds.org

Permission to reprint for free distribution can beobtained upon request.

Published for Free Distribution

The Society gratefully acknowledges the efforts ofMs. Ho Yuen Foon for editing this Malay translation done

by the Universiti Sains Malaysia Buddhist Society.

1st Print – March 2011 (2500 copies)

Printed by Orange Enterprise

ISBN: 978-967-5710-13-1

PermataDhamma.indd 1 3/7/11 7:32:19 PM

Page 4: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

1

PERMATA DHAMMASaddhamma-maniratana

PENDAHULUANAjaran Buddha serta para Ariya SanghaNya telah dirumuskan sebagai Sutta Pitaka, yang merupakan suatu khazanah kesusasteraan yang sungguh besar serta bernilai. Sutta Pitaka ini padat dengan ungkapan serta seloka. Namun demikian, ramai dikalangan penganut agama Buddha yang kurang mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar saiznya serta mempunyai cara dan kandungan yang berfilsafat tinggi. Walau bagaimanapun, salah satu daripada kandungannya, iaitu Dhammapada, yang merupakan koleksi 423 ungkapan menyentuh berbagai aspek yang telah diajar oleh Buddha, sangat popular dan dikenali ramai. Saiznya yang lebih kecil, mudah dibawa ke mana-mana serta ungkapan-ungkapannya cukup mengasyikkan dan bermakna membolehkan Dhammapada menjadi buku yang paling popular dikalangan semua buku lain di dalam Sutta Pitaka. Akan tetapi terdapat banyak lagi ungkapan Buddha di dalam Sutta Pitaka yang sungguh relevan tetapi tidak diketahui ramai. Justeru itu saya telah memetik ungkapan sedemikian daripada merata tempat di dalam Sutta Pitaka lalu merumuskannya mengikut pokok bicaranya dan mengaturkannya sebegitu rupa supaya ianya meningkatkan lagi pengetahuan serta keyakinan sesiapa yang membacanya. Kebanyakan daripada ungkapan ini merupakan ungkapan Buddha, dan ada beberapa petikan pula daripada Ariya SanghaNya yang telah mencapai Pencerahan Sempurna. Petikan Ariya SanghaNya jelas mencerminkan Buddha Dhamma juga kerana Buddha pernah bersabda: “Apa jua pertuturan yang baik merupakan pertuturan Buddha.” (A.IV, 1 64)

Dana pahala buku ini ditujukan kepada sahabat handai saya, Cik Constance Sandham. Semoga buku “Permata Dhamma” ini menerangi jalan bagi semua supaya mereka dapat mencapai Nibbana!

Bhante S. Dhammika

PermataDhamma.indd 2 3/7/11 7:32:20 PM

Page 5: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

2

A. AYACANA (PERMINTAAN)

1. Penghormatan kepada-Mu yang lahir mulia, Penghormatan kepada-Mu yang Teragung di kalangan manusia, Kamu yang tiada tolok bandingannya di semua dunia, Segala sembahan kepada Mu.

2. Penghormatan kepada-Mu, wira yang telah mencapai Pencerahan Sempurna, Yang telah mencapai Kebebasan Sejati, Daku terjerumus ke dalam belenggu keresahan, Daku pohon diri-Mu menjadi pelindungku.

3. Di kalangan Dewa-dewi dan manusia, kulihat Brahmin sejati ini, manusia sederhana ini. Daku menyanjungi-Mu, Yang Maha Mengetahui, O Sakya, bebaskan diriku daripada kekeliruan di hatiku.

4. O Brahma, atas rasa belas kasihan, Tunjukkan padaku Dhamma yang terpuji, semoga kufaham, Dan daku, takkan bergantung lagi pada yang lain, Semoga daku hidup bebas ibarat langit biru tanpa awan.

5. Bagi mereka yang memahami Dhamma Dan yang melatih diri berasaskan Dhamma, O Yang Arif dan Penyayang Sejati, Beritahuku, bagaimanakah mereka menjalani hidup.

B. DHAMMAVAGGA (DHAMMA)

6. Akan ku ajarmu Dhamma bukan sekadar didengar tetapi untuk diselidiki, Sesiapa yang menemui dan memahaminya, Serta hidup selaras dengannya dengan penuh kesedaran minda Akan bebas daripada nafsu duniawi

7. Kejayaan dalam hidup sangat lumrah Kegagalan dalam hidup juga lumrah, Yang cintakan Dhamma akan berjaya, Yang bencikan Dhamma akan gagal.

PermataDhamma.indd 3 3/7/11 7:32:20 PM

Page 6: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

3

8. Memahami Dhamma dengan menyeluruh Serta bebas daripada nafsu keinginan berkat celik minda Seorang yang arif bebas daripada segala nafsu, Tenang bagai air kolam, yang tidak berolak akibat tiupan angin.

9. Yang jelas tentang Dhamma Tidak akan terpesong kepada akidah agama lain Yang mencapai pencerahan sempurna dengan ilmu sempurna Akan melalui liku-liku dengan selamat.

10. Bukan dengan bermandikan air seseorang dapat disucikan Walaupun banyak orang mandi di sini, Namun yang ada kebenaran dan Dhamma di hati, Dialah yang suci, Dia sesungguhnya Brahmin tulen.

11. Jalan ini jalan yang lurus, Destinasinya tanpa ketakutan, Pedatinya dipanggil kesunyiaan Rodanya Usaha Yang Benar.

12. Hati sanubari landasannya Kesedaran kusyen di dalam kenderaan, Pemandunya Dhamma Pandangan Benar bergerak di hadapan menuntunnya.

13. Sama ada wanita Ataupun lelaki, Sesiapa yang menaiki kenderaan ini Akan menghampiri Nibbana.

14. Antara semua penawar di dunia ini, Yang banyak dari beraneka jenis, Tiada satu pun setanding penawar Dhamma Oleh itu, O Bhikkhu, minumlah penawar ini.

15. Setelah meminum penawar Dhamma ini, Anda akan melampaui edaran masa dan kematian, Setelah memupuk dan melihat kebenaran, Anda akan dapat memusnahkan segala nafsu dan bebas daripadanya.

PermataDhamma.indd 4 3/7/11 7:32:20 PM

Page 7: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

4

C. KILESAVAGGA (KECEMARAN MINDA)

16. Terikat kepada nafsu keinginan dan kelahiran semula, Dibelenggu ketat oleh pandangan yang salah, pautan kepada kejahilan, Begitulah hidupan berolak di dalam lautan samsara Kematian sekadar untuk dilahirkan kembali.

17. Bukan emas dan bukan duit syiling Dapat menghilangkan kecemaran minda Nafsu deria merupakan musuh dan pembunuh, Anak panah kecil yang menunjukkan kebencian rantai ikatan yang tegar.

18. Nafsu indera mengganggu dan memperdayakan, Ia punca penderitaan mental, Ia jala yang ditebarkan oleh Mara Untuk menjerat dan mencemar hidupan.

19. Sekiranya terdapat sebuah gunung, Diperbuat sepenuhnya daripada emas Melipatgandakannya tidak mampu memuaskan hati seseorang: Ketahuilah ini dan hiduplah secara berpatutan.

20. Betapa hodohnya orang yang marah, dia tidur tidak lena; Sungguhpun dia orang berada, dia selalu miskin. Dia yang penuh dengan kemarahan akan luka Kerana tingkah laku dan pertuturannya sendiri.

21. Yang membunuh akan dibunuh, yang menyerang akan diserang, Yang memaki-hamun akan dimaki-hamun, Begitulah akibat perbuatannya sendiri, Yang merosakkan akan termakan diri sendiri.

22. Tiada satu pun perkara Dapat merintangi kemajuan manusia, Menyebabkan manusia merayau-rayau Tanpa tujuan pada siang dan malam kecuali kejahilan.

23. Sesetengah yang mengaku dirinya pertapa dan Brahmin, Namun berpegang kuat pada sesuatu pendapat dan gemar bertegang leher,

PermataDhamma.indd 5 3/7/11 7:32:21 PM

Page 8: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

5

Masing-masing kuat memegang pada pandangan sendiri, Mereka melihat dari satu sudut pandangan sahaja.

24. Bagi mereka yang mengamalkan ajaran Buddha Pada siang dan malam Dapat menghapuskan api hawa nafsu Melalui pengertian tentang kecemaran minda

25. Dengan kasih sayang mereka dapat memadamkan api kebencian, Dengan kearifan melenyapkan api kejahilan Seorang yang unggul melenyapkan Kejahilan dengan kearifan untuk mencapai kebenaran.

D. DANAVAGGA (MEMBERI)

26. Bukan kepada pertapa atau Brahmin, Bukan kepada yang miskin dan yang melarat Seorang yang hina dan keji berkongsi Makanannya atau memberi sebarang Minuman atau keperluan hidup. Seseorang yang kedekut bagaikan kemarau atau langit yang tak berhujan

27. Seorang yang hanya berkongsi harta bendanya dengan sesetengah orang, Tetapi tidak gembira memberikannya kepada yang lain, Hanya seperti hujan setempat Beginilah mereka yang arif menggambarkannya.

28. Akan tetapi seseorang yang menghujankan Hadiah dengan banyaknya, gembira memberi di sana sini Kerana belas kasihan terhadap semua hidupan, Selalunya perkataan “beri, beri…” bermain di bibir.

29. Orang seperti ini bagaikan awan yang penuh dengan hujan yang mencurah Air yang menyegarkan di mana-mana sahaja, Membasah-kuyupkan dataran tinggi dan tanah pamah, (Dia) murah hati tanpa membeza-bezakan penerimanya.

PermataDhamma.indd 6 3/7/11 7:32:21 PM

Page 9: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

6

30. Dengan kekayaanya yang terkumpul, secara tindak-tanduk yang betul, Hasil daripada usahanya sendiri, Dia berkongsi makanan dan minuman dengan mereka Yang memerlukannya.

31. Seperti teko yang penuh dengan air Kalau diterbalikkan, Air di dalamnya habis dicurahkan Setitikpun tidak tertinggal.

32. Demikian juga ketika kamu nampak Mereka yang memerlukan pertolongan, Tidak kira dari lapisan masyarakat rendah, sederhana atau tinggi, Mesti memberi pertolongan seperti teko yang diterbalikkan.

33. Memberi dengan murah hati, Bertutur dengan kata-kata yang baik, Berbakti kepada orang lain Melayan setiap orang sama rata: Kepada dunia, hubungan simpati bagaikan semat penati pada roda pedati.

34. Memberikan makanan, anda beri tenaga Memberikan pakaian, anda beri kecantikan Memberikan lampu, anda beri penglihatan Memberikan pengangkutan, anda beri kebahagiaan.

35. Memberikan tempat tinggal, seseorang beri segala-galanya; Akan tetapi seseorang yang mengajar Dhamma, Ajaran Buddha yang unggul, Dia memberikan makanan setaraf untuk seluruh dunia.

E. SILAVAGGA (KEMULIAAN) 36. Di dunia ini seseorang perlu Melatih diri dengan teliti untuk menyucikan kebaikannya; Kiranya kebaikan terpupuk dengan baik Kejayaan akan dicapai.

PermataDhamma.indd 7 3/7/11 7:32:21 PM

Page 10: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

7

37. Tidak membunuh, Tidak berbohong, Tidak mencuri, Tidak berhubungan seks dengan mereka yang bukan pasangan hidup, Tidak minum arak

38. Sesiapa yang tidak lagi mengamalkan kesalahan ini Dan menjauhi diri daripada Kelima-lima perbuatan jahat ini Benar-benar dikatakan orang yang berakhlak mulia.

39. Kebaikan ialah asas, Perintis dan punca Segala perbuatan baik dan elok Oleh itu, manusia perlu menyemai kebaikan.

40. Kemuliaan kuasa yang kuat, Kemuliaan senjata yang berkuasa, Kemuliaan perhiasan yang unggul, Kemuliaan perisai yang hebat.

41. Seseorang tidak menjadi hina kerana kelahirannya Kelahiran juga tidak menjadikannya mulia, Kelakuannya yang menyebabkannya hina, Kelakuannya yang menyebabkannya mulia. 42. Bagi seseorang yang tidak berbuat jahat, Sentiasa berusaha untuk menyucikan diri, Kesalahan sekecil hujung rambut Dianggap sebesar awan mendung.

43. Latihlah diri berbuat baik Yang berkekalan dan membawa kegembiraan, Semaikan hati yang pemurah, hidup yang tenteram Dan kasih sayang yang tak terbatas.

44. Balasan baik daripada kelakuan baik tidak akan luput Keyakinan juga membawa kebaikan yang banyak. Kearifan ialah intan seseorang yang paling berharga, Suatu kemuliaan yang tidak dapat dicuri penyamun.

PermataDhamma.indd 8 3/7/11 7:32:21 PM

Page 11: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

8

45. Amalkan segala perbuatan baik, Dengan penuh kearifan dan hati yang tenang, Renung dalam diri dan sentiasa sedar Seseorang dapat mengharungi banjir yang besar.

F. VACAVAGGA (PERTUTURAN)

46. Setiap yang jahil dilahirkan Dengan kapak dimulutnya Apabila pertuturannya salah Kapak menetak dirinya.

47. Seseorang patut bertutur sesuatu Yang tidak melukakan diri Dan juga tidak melukakan orang lain; Inilah pertuturan yang benar-benar indah.

48. Bertuturlah yang baik, Yang menggembirakan dan yang digemari Tidak berniat buruk Sentiasa bercakap dengan ramah.

49. Yang buruk sekali di antara dua ini ialah Seseorang yang menaruh dendam apabila dimarahi, Seseorang yang tidak membalas dendam Memenangi peperangan yang sukar dimenangi.

50. Yang jahil menganggap dirinya menang, Apabila mengugut dengan berbahasa kasar Namun, kebolehan untuk bersabar sahaja Menjadikan seseorang itu pemenang.

51. Ketika pertapa bercakap banyak Yang diceritakan tidak lain tidak bukan matlamat itu Dengan kesedaran dia mengajarkan Dhamma; Dengan kesedaran dia bercakap banyak.

PermataDhamma.indd 9 3/7/11 7:32:21 PM

Page 12: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

9

52. Ketika mengajar mereka yang ingin belajar, Disampaikannya pengetahuan dan ajaran Tanpa ragu-ragu, Tanpa keliru, Dan tanpa menyembunyikan apa-apa.

53. Ketika ditanya, Tidak ragu-ragu, tidak marah, Bhikkhu sebegini, Berkelayakan menyebarkan Dhamma.

54. Kalau dia tidak bercakap orang lain tidak tahu akan dia Dia itu cuma yang bijak di antara yang jahil, Kalau dia bercakap dan mengajarkan ajaran ketidakmatian, Orang lain akan tahu tentangnya, Oleh itu biar dia menyalakan cahaya Dhamma, Biar dia mengangkat tinggi panji Pendita

55. Buddha menyampaikan kata-kata Yang membolehkan manusia mendapat keselamatan, Membebaskan diri daripada penderitaan dan mencapai Nibbana Ya, itulah kata-kata yang teragung.

G. BHOGAVAGGA (KEKAYAAN)

56. Yang arif masih boleh hidup Walaupun kehilangan kekayaannya Tetapi yang kaya tanpa kearifan Hidup seperti sudah pun mati.

57. Bermula dengan kekayaan yang sedikit Yang arif melipatgandakannya dengan kemahiran Seperti tiupan angin mendadak Yang dapat menyalakan percikan api.

58. Jika dia merancangkannya dengan teliti Bangun pagi dan bekerja tanpa mengenal penat lelah, Kekayaannya akan bertambah seperti beberapa ekor lembu betina Tinggal sekandang dengan seekor lembu jantan.

PermataDhamma.indd 10 3/7/11 7:32:21 PM

Page 13: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

10

59. Seorang yang mulia dan arif Bersinar seperti api marak; Dia bagai lebah mengumpul madu Mendapat kekayaan tanpa mejejaskan yang lain.

60. Dia membahagi kekayaan kepada empat bahagian Oleh itu dia mampu menjalin persahabatan, Satu bahagian digunakan untuk menyara diri dan keluarga, Dua bahagian untuk meningkatkan perniagaan, Bahagian yang keempat disimpan untuk masa kecemasan.

61. Isteri yang cekap dan berkebolehan dalam kerjanya Bergaul mesra dengan orang lain, Mengurus harta suami dengan baik Akan menggembirakan suaminya.

62. Berkeyakinan dan berkelakuan baik, Berbahasa sopan santun Dan bebas daripada sifat mementingkan diri sendiri, Wanita ini menyucikan jalan ke arah kebahagiaan masa depan.

63. Kekayaan keyakinan Kekayaan kemuliaan, Kekayaan kesedaran diri, Kekayaan tahu malu, Kekayaan belajar dan juga kekayaan memberi, Serta yang ketujuh, kekayaan kearifan.

64. Sesiapa yang memiliki harta karun tersebut, Baik lelaki mahupun perempuan, Tidak akan miskin, Hidupnya tidak akan sia-sia.

65. Sesiapa yang bertindak, berjuang dan berusaha keras Akan mendapat kejayaan; Kejujuran membawa nama baik, Dan dengan memberi dia menjalin persahabatan.

PermataDhamma.indd 11 3/7/11 7:32:22 PM

Page 14: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

11

H. MITTAVAGGA (PERSAHABATAN)

66. Bergaul dengan yang jahat, Memilih untuk mengikuti kelakuan buruknya, Tiada sahabat di antara yang baik, Inilah punca penderitaan.

67. Hanya bergaul dengan yang baik, Beriringan dengan yang baik. Belajar ajaran daripada yang baik Memberi seseorang kebijaksanaan yang tiada bandingannya.

68. Jika seseorang mencucuk sekeping ikan busuk Di atas daun rumput kusa, Rumput itu akan berbau busuk juga: Begitu juga orang yang mengikuti yang jahil.

69. Sekiranya membungkus kemenyan Dengan apa-apa jenis daun biasa, Daun itu akan berbau harum juga: Begitu juga orang yang mengikut mereka yang arif.

70. Ambillah daun tersebut sebagai contoh, Fahamilah akibatnya, Seseorang harus bersahabat Dengan yang arif, jangan dengan yang jahat.

71. Seorang teman ialah sahabat sipengembara Ibu sahabat di rumah, Ketika menghadapi masalah, Dia menghulurkan bantuan Inilah sahabat yang baik dan tetap. Dan kelakuan diri yang baik Menjadi sahabat sejati pada masa akan datang.

72. Sahabat yang selalu menolong, Sahabat yang sama-sama merasai kegembiraan dan penderitaan, Sahabat yang memberi khidmat nasihat, Sahabat yang memahami dan bersimpati.

73. Inilah empat jenis sahabat yang benar; Seorang yang bijaksana, setelah memahaminya

PermataDhamma.indd 12 3/7/11 7:32:22 PM

Page 15: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

12

Selalu menghargai dan melayan sahabat sebegini Seperti ibu menjaga anaknya yang tunggal

74. Bhikkhu yang mempunyai seorang sahabat yang ikhlas, Yang menghormatinya, Dan bertindak seperti nasihat sahabatnya, Mengekalkan kesedaran diri dan jelas pemahamannya, Bhikkhu ini akan dapat membebaskan Diri daripada segala ikatan; Segala belenggu akan dihancurkan.

75. Bagi seseorang yang kehilangan sahabat, Dan gurunya tidak ada lagi, Tiada sahabat lain di dunia ini Seperti kesedaran minda tentang dirinya.

I. SUTAVAGGA (PEMBELAJARAN)

76. Kemahuan untuk belajar menambah pembelajaran; Belajar memajukan kearifan Melalui kearifan matlamat diketahui, Mengenal matlamat membawa kegembiraan.

77. Seseorang perlu mengikuti orang yang berpelajaran Dan tidak seharusnya mengabaikan pembelajaran Kerana itulah asas bagi kehidupan suci. Oleh itu, mahirkan diri dengan Dhamma

78. Berilmu, mengenal Dhamma, Siswa Buddha sesungguhnya arif sekali, Dia seperti emas yang paling berkilau di Jambudipa. Siapa dapat mencari kesalahan padanya? Dewa pun memuji-mujinya, Brahma sendiri juga memujinya.

79. Seseorang yang berpengetahuan cetek Tetapi kesusilaannya baik sekali, Orang akan memuji kelakuannya yang baik sahaja, Kerana pembelajarannya belum sempurna.

80. Orang yang berpengetahuan banyak Tetapi lemah dalam kesusilaannya,

PermataDhamma.indd 13 3/7/11 7:32:22 PM

Page 16: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

13

Akan dikata-katakan orang tentang kelakuannya Walaupun pengetahuannya lengkap.

81. Tetapi jika seseorang luas pengetahuannya Teguh dalam kesusilaannya, Dia akan dipuji untuk kedua-duanya; Kesusilaan dan pengetahuannya.

82. Seseorang terpelajar yang memandang rendah Orang yang berpengetahuan cetek kerana dia sendiri berilmu; Bagi saya, dia itu seperti orang yang buta Berjalan-jalan dengan lampu di tangan.

83. Orang yang menyayangi kebahagiaan sebenar , Yang mengambil berat tentang kebaikan dirinya, Dia harus menghormati Dhamma Dan selalu mengingati ajaran Buddha.

84. Mempunyai minda yang diarahkan betul, Bertutur dengan betul, Melakukan hanya perbuatan yang betul dan baik. 85. Berilmu, membuat yang bermakna Walaupun dalam hidup yang singkat – Orang yang arif seperti ini Akan dilahirkan semula dalam keadaan yang bahagia.

J. SAVAKAVAGGA (PENGIKUT)

86. Kalau seseorang dapat melayan dengan betul ibu dan ayah, Yang baik ilmunya Dan pengikut Buddha, Orang seperti ini menjana simpanan pahala yang banyak

87. Bhikkhu yang penuh dengan kesusilaan, Bhikkhuni yang luas pengetahuannya, Pengikut lelaki dan wanita yang penuh dengan keyakinan – Merekalah yang menerangkan Sangha, Merekalah digelar “Cahaya Penerang Sangha”.

PermataDhamma.indd 14 3/7/11 7:32:22 PM

Page 17: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

14

88. Tidak menghormati mereka Yang menjalani kehidupan suci bersama-sama dengannya, Individu ini jauh daripada Dhamma baik ini Bagai langit dengan bumi.

89. Menghormati orang yang menjalani Kehidupan suci bersama-sama dengannya Individu ini membesar dalam Dhamma Seperti benih sihat yang membesar di sawah.

90. Sifat semulajadi seorang wanita tidak penting Ketika mindanya tenang dan tetap, Apabila pengetahuan semakin hari semakin bertambah Dia mengerti apa itu Dhamma.

91. Seseorang yang berfikiran sedemikian; “Saya wanita ” atau “Saya lelaki” Atau fikiran lain “saya ...” Mara dapat menguasainya.

92. Yang jahil menawarkan pujian Yang arif menawarkan celaan. Sebenarnya celaan orang yang arif Lebih baik daripada pujian orang jahil.

93. Bagi wismawan dan peninggal duniawi, Kedua-duanya dengan saling bergantung Dapat menyedari Dhamma yang baik itu, Dan dapat membebaskan diri daripada segala ikatan.

94. Walaupun badan mendekati yang tenang Tetapi jika asyik berusaha memperolehi sesuatu akan jadikannya gelisah, Betapa jauhnya dia yang tidak terkawal daripada yang tenang di dalam Dia sedang terbakar daripada keinginan Serta teringin sangat membanding yang berpuas hati!

95. Kebahagiaan sejajar dengan Sangha! Sesiapa yang membantu menimbulkan suasana yang harmoni, Sayang keharmonian dan menjaga keadilan, Dia tidak akan jatuh daripada kebebasan.

PermataDhamma.indd 15 3/7/11 7:32:22 PM

Page 18: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

15

K. CITTAVAGGA (MINDA)

96. Segala-gala di dunia dipandu oleh minda Minda yang mendatangkan bencana kepada dunia Minda sesuatu yang tersendiri, Yang dapat menguasai segala-galanya.

97. Minda mendahului segala perkara; Minda pemimpin mereka dan pencipta mereka Kalau seseorang bertutur atau membuat sesuatu Dengan minda yang suci bersih, Kebahagiaan akan mengikutinya Seperti bayang-bayang yang selalu berdampingan.

98. Minda menangkap apa-apa sahaja yang dikehendakinya, Walaupun susah dikesan dan tidak ketara, Oleh itu biar yang arif menjaga mindanya Kerana minda yang terjaga membawa kegembiraan.

99. Bagus sekali untuk melatih minda Betapa cepat ia bergerak, menangkap apa sahaja yang dikehendakinya; Adalah baik memiliki minda yang terlatih, Kerana minda yang terlatih membawa kebahagiaan.

100. Bagai tukang panah yang meluruskan anak panah, Begitu juga seseorang yang arif Akan meluruskan minda yang berubah-ubah, Yang tidak goyang dan susah dikawal.

101. Bukan ibu, bukan ayah Juga bukan saudara-mara Dapat menandingi kebaikan yang diraihkan Daripada minda yang dilatih dengan baik.

102. Hiduplah tanpa haloba, Penuhi hati anda dengan kemurahan hati. Semaikan kesedaran diri dan tumpuan pada Satu titik kestabilan diri serta perhatian tertumpu.

103. Terdapat lima asas nafsu indera, Ditambah minda sebagai yang keenam;

PermataDhamma.indd 16 3/7/11 7:32:23 PM

Page 19: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

16

Dengan mengatasi keinginan untuk semua ini, Seseorang akan bebas daripada penderitaan.

104. Mindaku tetap kukuh seperti batu, Tidak terlekat pada perkara yang mengghairahkan, Tidak teranjak dalam ketidaktenteraman dunia. Mindaku sudah dipupuk baik, Oleh itu, bagaimana penderitaan dapat datang kepada daku?

105. Tidak kira berjalan atau berdiri Duduk atau baring, Bhikkhu harus gemar mengawal segala fikirannya, Bhikkhu begitu berkelayakan mencapai Pencerahan sempurna yang unggul.

L. SIKKHAVAGGA (LATIHAN DIRI)

106. “Terlalu sejuk, terlalu panas, “Terlalu lewat”, Dengan dalih ini Seseorang melepaskan peluang untuk melatih diri.

107. Tetapi seorang yang menganggap sejuk dan panas sebagai Penghalang yang tidak lain daripada jerami Dan terus melatih diri Dia takkan kekurangan kebahagiaan.

108. Jadi, kikiskan kemalasan dan kejahilan daripada minda, Buangkan segala khayalan, Jadikan diri sihat, tidak terikat kepada kepuasan Serta mengabdikan diri pada kehidupan suci.

109. Kurus badan, berhemat semasa makan, Puas hati dengan sedikit dan tak terganggu, Kehendak yang sia-sia lenyap dan idaman berhenti, Dengan cara ini yang berpuas hati mencapai Nibbana.

110. Seseorang yang teguh dalam meditasi Akan menggemari pinggir hutan. Dia akan bermeditasi di bawah pohon Sehingga keriangan dan kepuasan diperolehi.

PermataDhamma.indd 17 3/7/11 7:32:23 PM

Page 20: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

17

111. Kepuasan indera, Niat jahat, kemalasan, kebimbangan dan kesangsian tidak terdapat pada bhikkhu yang benar dan dihormati.

112. Jangan menghalang minda daripada segala-galanya Kerana ia masih belum teguh Tetapi ketika niat jahat timbul Minda perlu diawasi dengan teliti.

113. Bertenaga dan dengan penuh ketabahan, Sentiasa menerapkan diri dengan perkara yang dipelajari. Tetapi yang arif tidak boleh terlalu yakin dengan ini Sehingga segala penderitaan hilang.

114. Dengan adanya permata penumpuan minda Niat jahat tidak timbul Minda pun tidak terganggu. Oleh itu, jadikannya perhiasanmu.

115. Seseorang yang berlatih secara beransur-ansur, Berkembang dari mencapai kesedaran tentang penafasan keluar- masuk Dengan sempurna seperti yang diajar Buddha, Menerangi dunia seperti bulan yang bebas daripada lindungan awan.

M. VAYAMAVAGGA (USAHA)

116. Kemalasan itu debu, Debu wujud akibat kemalasan Dengan ilmu dan pengawasan Cabutlah panah daripada dirimu.

117. Seseorang yang suka bergaul dan tidur, Malas dan lalai, Selalu naik darah – Inilah punca penderitaannya.

PermataDhamma.indd 18 3/7/11 7:32:23 PM

Page 21: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

18

118. Berusaha mengawal diri, Meninggalkan, mengembangkan dan mengekalkan: Inilah empat usaha Yang diajar oleh Pahlawan Suria.

119. Bangun! Duduk tegak! Apa gunanya dengan mimpi awak? Masih bolehkah awak terus tidur Ketika awak sakit, terkena panah kesengsaraan.

120. Jadikan harimu produktif Baik sedikit mahupun banyak. Saban hari siang dan malam berlalu, Nyawamu semakin berkurangan sebegitu banyak.

121. Yang arif akan bertindak dengan segera ketika perlu cepat, Akan melambatkan diri ketika perlu lambat, Dia bahagia kerana dia tahu Akan keutamaan menjalankan sesuatu.

122. Lihatlah pengikut-pengikutNya dalam keharmonian, Berusaha dan tegas, Sentiasa teguh memperkembangkan diri Inilah penghormatan yang terbaik kepada Buddha.

123. Kemalasan, kejahilan, rasa mengantuk, Kebosanan dan labuh sesudah makan – Dengan menyingkirkan kesemua ini dengan penuh tenaga, Jalan mulia ini dapat disucikan.

124. Air bah dapat dilalui dengan keyakinan, Lautan dapat diharungi dengan pengawasan, Penderitaan dapat diatasi dengan kegigihan, Diri seseorang disucikan dengan kearifan.

125. Jalan lurus ini jelas terserlah: Mara terus ke depan dan jangan berpatah balik. Dorong diri anda untuk mara terus; Dengan cara ini Nibbana akan tercapai.

PermataDhamma.indd 19 3/7/11 7:32:23 PM

Page 22: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

N. SATIVAGGA (KESEDARAN MINDA)

126. Biarpun rintangan banyak, Jalan ke Nibbana dapat diperoleh Oleh mereka yang mengembangkan kesedaran minda Dan menyempurnakan keseimbangan minda.

127. Jika mindamu melayang-layang mengejar Kepuasan indera dan benda sebatian, Dengan kesedaran minda kekangnya dengan cepat Seperti menarik lembu daripada jagung.

128. Mengetahui yang orang lain sedang naik darah, Seorang yang mengekalkan kesedaran minda dan tenang Bukan sahaja bertindak memanfaatkan diri sendiri Tetapi orang lain juga.

129. Dia pengubat bagi dirinya dan orang lain; Hanya mereka yang menganggap dia bodoh Tidak mengetahui Dhamma.

130. Tidak kira berjalan, berdiri, Duduk atau baring Meregangkan atau menarik anggotanya Seorang Bhikkhu berbuat demikian dengan tenang.

131. Ke atas, melintas atau berpatah balik, Ke mana dia pergi di dunia ini Dia memerhati wujud lenyapnya Benda sebatian dengan teliti.

132. Hidup dengan penuh semangat, tenang Tidak resah atau terganggu fikiran Melatih diri, sentiasa sedar mindanya, Bhikkhu sebegini dipanggil “Orang yang sentiasa berikhtiar.”

133. Tidak terganggu oleh gejala mental Dia mengenalinya melalui kesedaran minda, Oleh itu dengan minda yang tidak melekat, Seseorang memahaminya dan tidak berpaut padanya.

19

PermataDhamma.indd 20 3/7/11 7:32:23 PM

Page 23: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

20

134. Bagi yang mahir dalam dasar kesedaran minda, Gemar mengembangkan faktor Pencerahan Berpengetahuan dalam Dhamma dan Mempunyai pengamatan yang tajam, Orang seperti ini hidup dalam kota Dhamma.

135. Tekun berusaha Melatih dasar kesedaran minda Dihiasi bunga kebebasan, Anda akan tenang dan tidak tercemar.

O. ATTAPARAVAGGA (DIRI DAN ORANG LAIN)

136. Setiap makhluk menggeletar ketika dihukum. Nyawa berharga untuk setiap makhluk, Bayangkan diri anda di tempat mereka; Jangan membunuh atau menyebabkan mereka dibunuh.

137. Berbuat jahat, anda mencemarkan diri anda; Dengan mengelakkan kejahatan, Anda menyucikan diri anda. Kesucian atau kecemaran terletak di tangan anda sendiri, Tiada sesiapa pun yang boleh menyucikan yang lain.

138. Biarpun demi kebaikan orang lain Jangan seseorang mengabaikan kebajikan dirinya sendiri. Jelas memahami kebajikan diri Selalu berusaha demi kebajikan diri.

139. Seseorang harus mengembangkan diri dahulu Dalam apa yang betul dan wajar Sesudah itu cuba mengajar orang lain. Dengan berbuat demikian yang arif tidak akan dikritik.

140. Hanya jika anda Melakukan apa yang anda ajar kepada orang lain Maka dengan mengawal diri anda Anda dapat mengawal orang lain dengan baik Sebenarnya mengawal diri adalah sukar.

PermataDhamma.indd 21 3/7/11 7:32:23 PM

Page 24: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

21

141. Seseorang yang mengangkat diri dan menghina orang lain Kerana rasa puas hati dengan diri sendiri dan bongkak; Kenalinya sebagai orang yang tidak setaraf Untuk berada dikalangan kita.

142. Jangan melihat kesilapan orang lain Atau perkara yang dilakukan atau Belum dilakukan mereka. Patut melihat perbuatan anda sendiri Apa yang telah anda buat dan belum buat.

143. Ketika seseorang memandang rendah akan kelemahan orang lain Dan penuh dengan perasaan iri hati, Kecemaran pada dirinya semakin bertambah; Dia jauh daripada penghapusannya.

144. Kelemahan orang lain mudah terserlah, Kelemahan diri sukar dilihat. Kelemahan orang lain dihebohkan seperti mengangini sekam, Kelemahan diri disembunyikan seperti pemburu yang licik bersembunyi Di belakang dahan-dahan pokok.

145. Anda patut mengawasi diri anda Anda patut memeriksa diri anda, Dengan menjaga diri dan mengamalkan kesedaran minda, O Bhikkhu, anda akan hidup diselubungi kebahagiaan.

P. METTAVAGGA I (KASIH SAYANG I)

146. Kebencian membawa kecelakaan yang besar, Rasa benci menggoncang dan merosakkan minda, Bahaya mengerikan yang tersemat dalam diri Yang tidak difahami kebanyakan orang.

147. Oleh itu yang menderita kerana benci, Tidak mengenal yang baik Tidak dapat melihat dengan jelas Ketika ditenggelami rasa benci Yang ada hanya membabi buta Dan kecewa.

PermataDhamma.indd 22 3/7/11 7:32:24 PM

Page 25: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

22

148. Tidak memukul atau menyebabkan orang lain memukul, Tidak merompak atau menyebabkan orang lain merompak Berkongsi kasih sayang dengan semua yang hidup Tidak bermusuh dengan sesiapa pun

149. Bagi yang mengamalkan kesedaran minda, sentiasa terdapat kebaikan, Bagi yang mengamalkan kesedaran minda kebahagiaannya bertambah; Bagi yang mengamalkan kesedaran minda, segalanya berjalan dengan baik Namun, dia tidak bebas daripada musuh.

150. Akan tetapi seseorang yang pada siang dan malam Gemar tidak mengganggu makhluk lain, Mengembangkan kasih sayang kepada semua yang hidup, Tidak bermusuh dengan sesiapa pun.

151. Ketika seseorang berperasaan kasih sayang Mencurah belas kasihan terhadap semua makluk di dunia Tidak kira di atas, di bawah, Dan di sebelah menyebelah Di seluruh pelusuk tak terbatas.

152. Penuh dengan kebaikan hati Yang tak terbatas, sempurna dan dikembangkan secara menyeluruh, Sebarang kesilapan kecil yang dilakukan Tidak tinggal lama di dalam fikirannya.

153. Memupuk hati yang penuh kasih sayang; Berbelas kasihan dan sifat baik yang terkekang; Membangkitkan semangat dan berikhtiar Sentiasa teguh mengejar kemajuan.

154. Seperti ibu penyayang menjaga Anak tunggalnya, Kepada kehidupan di mana-mana sahaja Patut selalu memberkati mereka.

155. Hati yang tenang tertumpu, Disucikan dan tidak tercemar, Penuh dengan kasih sayang Terhadap semua makhluk – Inilah jalan ke arah yang mulia.

PermataDhamma.indd 23 3/7/11 7:32:24 PM

Page 26: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

23

Q. METTAVAGGA II (KASIH SAYANG II)

156. Bagai air dapat menyejukkan Kedua-dua yang baik dan buruk Bersihkan semua Yang tidak bersih dan berdebu.

157. Dengan cara yang sama, anda patut memupuk Kasih sayang yang sama rata terhadap kawan dan lawan, Ketika mencapai penyempurnaan dalam kasih sayang, Anda akan mencapai Pencerahan Sempurna.

158. “Saya begitu, yang lain juga begitu; Yang orang lain begitu, saya juga begitu. Jadi anggaplah diri dan yang lain sama, Jangan mencederakan atau membiar mereka dicederakan.

159. Saya sayang pada yang tidak berkaki, Yang berkaki dua juga saya sayangi; Yang berkaki empat dan yang berkaki banyak juga saya sayangi.

160. Semoga yang tidak berkaki tidak mencederakan saya, Semoga yang berkaki dua tidak mencederakan saya, Semoga yang berkaki empat tidak mencederakan saya, Semoga yang berkaki banyak tidak mencederakan saya.

161. Semoga semua yang hidup Menikmati nasib yang baik sahaja, Semoga mereka tidak ditimpa kecelakaan.

162. Saya sahabat dan pembantu kepada semua Mengasihani semua yang hidup, Saya memupuk hati yang penuh dengan kasih sayang Dan selalu gembira tidak mencederakan kehidupan yang lain.

163. Saya membahagiakan minda saya Memenuhinya dengan keriangan, Menjadikannya tidak tergerak dan tidak tergoncang. Saya memupuk keadaan hati yang alim Yang tidak terpupuk oleh mereka yang jahat.

PermataDhamma.indd 24 3/7/11 7:32:24 PM

Page 27: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

24

164. Oleh itu, meditasi kasih sayang Patut diamalkan untuk diri sendiri dan orang lain. Kita semua perlu dipenuhi kasih sayang; Inilah ajaran Buddha.

165. Bagi yang mengembangkan kasih sayang yang tak terbatas Dan menumpukan perhatian untuk mengamati akhirnya kelahiran: Belenggunya semakin kurang.

R. SUKHAVAGGA (KEBAHAGIAAN)

166. Seseorang yang kemudian baru ingin melakukan perkara Yang patut dibuat sebelumnya Jatuh jauh daripada kebahagiaan Dan kesal kemudiannya.

167. Hapuskan kebencian Anda akan gembira, Hapuskan rasa benci, anda tak akan derita. Dengan menghapuskan rasa benci yang beraneka ragam Bersama dengan akar bisa dan dan yang sangat manis Inilah yang dipuji oleh yang mulia; Dengan membasmi kebencian Seseorang tak akan meratap lagi.

168. Apa yang dikatakan orang kebahagiaan Yang mulia mengatakan derita; Apa yang dikatakan orang derita Yang mulia menganggapnya kebahagiaan Inilah Dhamma yang sukar untuk difahami Yang jahil langsung tidak memahaminya.

169. Yang arif selalu bahagia, Seluruh dirinya tidak tercemar oleh nafsu indera Dia tenang dan bebas Daripada perpautan

170. Kebahagiaan daripada nafsu deria Dan kebahagiaan kesyurgaan Tak pun satu per enambelas daripada kebahagiaan yang Diperoleh daripada menghapuskan nafsu keinginan yang kuat.

PermataDhamma.indd 25 3/7/11 7:32:24 PM

Page 28: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

25

171. Dengan semua perpautan dihenti Dan kerinduan hati tertakluk, Dia tenang dan damai serta bahagia, Kerana dia sudah mencapai kententeraman.

172. Bhikkhu yang mendapat keriangan yang banyak, Daripada Dhamma yang diajar oleh Buddha, Akan mencapai keamanan dan kegembiraan, Dengan ketenangan kewaspadaan.

173. Bersendirian itu kebahagiaan bagi yang berpuas hati, Yang mendengar Dhamma dan memahaminya dengan jelas, Tidak membawa penderitaan kepada yang lain, Tidak mencederakan sebarang makhluk hidup.

174. Bebas daripada hawa nafsu ialah kebahagiaan di dunia, Melepasi segala keinginan deria. Akan tetapi menghancurkan kesombongan “Saya...” Inilah kebahagiaan yang paling tinggi.

175. Buddha yang maha sempurna mengajar kita Nibbana ialah kebahagiaan tertinggi Tanpa kesedihan, Sempurna dan terjamin, Keadaan dimana semua penderitaan dihapuskan.

S. TUNHIVAGGA (SUNYI)

176. Memupuk keadaan minda yang sunyi dan seimbang Ketika dipuji orang mahupun dikeji, Bebaskan minda daripada kebencian dan keangkuhan Dan dengan sopan dan tenang menguruskan kerja anda.

177. Belajarlah daripada aliran air; Pancutan air berbunyi kuat Daripada rekahan di batu dan jurang Tetapi sungai yang besar mengalir megah tak berbising

178. Benda yang kosong berbunyi, Yang penuh biasanya diam. Yang jahil diibaratkan tempayan separuh penuh, Yang arif bagai kolam yang dalam lagi tenang.

PermataDhamma.indd 26 3/7/11 7:32:24 PM

Page 29: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

26

179. Biar diam di badan, diam dalam pertuturan, Diam dalam fikiran tanpa kecemaran minda Yang bijaksana diberkati kesunyiaan (ketenteraman) Benar-benar terbersih daripada kejahatan. 180. Tenteram, sunyi dan terkekang Kurang bercakap, tanpa keangkuhan Orang seperti ini menghilangkan semua kejahatan Seperti angin yang menggugurkan daun daripada pokok.

181. Biar seseorang yang berpenglihatan itu seolah-olah buta, Dan yang berpendengaran seolah-olah pekak, Biar seseorang yang berlidah itu seolah-olah bisu, Biar seseorang yang kuat itu seolah-olah lemah.

182. Ketika mencapai tahap meditasi, Semua fikiran berhenti, Justeru, pengikut Buddha yang maha sempurna Memperolehi kesunyian yang luhur.

183. Yang bijaksana di tengah-tengah satu perhimpunan Tidak harus bercakap panjang lebar. Dia seharusnya membiarkan dirinya Muncul seperti orang rendah diri atau jahil.

184. Kedua-dua kewujudan yang gagah ini sepadan Yang bijaksana yang telah mencapai pencerahan sempurna Dan gajah yang bergading menyerupai galah pada tenggala; Kedua-dua suka hidup bersendirian di dalam hutan.

185. Di tengah-tengah kicauan dan Decitan burung-burung di hutan Mindaku ini tidak tergerak Keranaku abdikan diri pada kesunyian.

T. VIPASSANAVAGGA (CELIK MINDA)

186. Muzik daripada gubahan Tidak akan menghasilkan kegembiraan sebesar Yang diperoleh daripada minda tertumpu Yang memahami keadaan hidup dengan sempurnanya

PermataDhamma.indd 27 3/7/11 7:32:24 PM

Page 30: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

27

187. Tenang dalam fikiran, cekap membeza Minda yang tertumpu dan bermeditasi Mempunyai pemahaman yang sempurna Tidak terpengaruh oleh nafsu deria.

188. Tenang, gemar berusaha Takut akan kelalaian Mereka tidak akan jatuh atau gagal Kerana mereka mendekati Nibbana.

189. Mereka tidak meratapi yang lampau, Mereka tidak mengharapkan yang akan datang Mereka hanya menjaga diri mereka dengan baik di ketika ini, Oleh itu air muka mereka tenang.

190. Yang lampau tidak seharusnya dikejar Dan yang akan datang tidak diingini; Yang lampau itu sudah pun berlalu Dan yang akan datang belum tiba lagi.

191. Bagi yang dapat mengamati Perkara-perkara yang timbul di sini dan sekarang Memahaminya, tidak berganjak, tak tergoncang, Biar dia memupuk daya pengamatan itu.

192 Kukuhkan minda, latihlah ia Untuk mencapai kestabilan berpusat pada satu titik Melihat segala benda Sebagai yang asing dan bukan kepunyaan dirinya.

193. Tubuh seperti sebola buih Perasaan seperti buih Tanggapan seperti khayalan Pembinaan fikiran seperti pohon berengga Dan kesedaran seperti silap mata.

194. Mengetahui dunia ini secara langsung dan sepenuhnya Seluruh dunia sebagaimana sedia ada. Dia bebas daripada dunia ini Dia tidak berpaut pada apa-apa pun di dunia.

PermataDhamma.indd 28 3/7/11 7:32:25 PM

Page 31: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

28

195. Yang bijaksana mencapai kejayaan sepenuhnya Dengan semua ikatan terurai Telah mencapai kesunyian sepenuhnya: Iaitu, Nibbana yang bebas daripada ketakutan.

U. BUDDHAVAGGA (BUDDHA)

196. Seperti bunga teratai yang berkembang Dan membesar di dalam air Tetapi tidak tercemar oleh kotoran air Dan tetap harum dan cantik.

197. Begitu juga, Buddha, dilahirkan di dunia ini Membesar dan tinggal di dunia ini Tetapi seperti bunga teratai yang tidak tercemar oleh air Buddha tidak tercemar oleh dunia.

198. Lautan yang besar, bumi yang luas Kemuncak gunung atau angin kencang Tidak padan diibaratkan dengan Kebebasan yang dinikmati oleh Guru.

199. Siapa dapat mengukur yang tidak terukur? Siapa dapat memahami dan menentukannya? Cuba ukur yang tidak terukur Menunjukkan minda yang tiada kebijaksanaan.

200. Ketika di dalam hutan di antara akar-akar pohon, Atau ketika berehat di tempat lapang Asalkan teringat akan Buddha Tiada ketakutan atau kegigilan timbul

201. Ketika Buddha mengajar orang lain Beliau berbuat demikian atas dasar belas kasihan Kerana Tahthagata sama sekali bebas daripada Kedua-dua perasaan pilih kasih dan kebencian.

202. Sudah pasti mentari akan terbit Ketika kegelapan malam hilang Begitu juga kata-kata Buddha yang mulia Sentiasa pasti dan meyakinkan.

PermataDhamma.indd 29 3/7/11 7:32:25 PM

Page 32: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

29

203. Menghormati Guru, Dhamma dan Sangha Menghormati pengawasan, kebaikan hati dan sifat muhibbah Bhikkhu begini tidak akan gagal Kerana dia hampir dengan Nibbana.

204. Bangkitkan tenaga anda sekarang Latihkan diri dan selalu membina kesedaran minda Setelah mendengar ajaran saya Latihlah diri untuk mencapai Nibbana.

205. Mereka yang berusaha sedaya upaya Dan melatih di bawah ajaran saya Mengamalkan semua ajaran saya Penuh kesedaran dan bermeditasi Lama-kelamaan akan melampaui kuasa kematian.

V. KITTISADDA (PUJIAN)

206. Mendengar suara Mu, O Pendeta yang Terunggul Hatiku penuh dengan keriangan Persoalanku benar-benar tidak sia-sia Brahmin itu tidak menipuku.

207. Dikau telah mengajarku latihan yang mulia Dikau bersimpati dan menolongku Teguran-Mu tidak sia-sia Kerana kiniku pengikut-Mu yang terlatih.

208. Daku menuju kepada Buddha, Dhamma dan Sangha untuk perlindungan Daku berjanji menunaikan peraturan moral Demi kebajikanku.

209. Daku akan mengikuti jalan Mulia Lapan Lapis Yang tiada kesedihan, tak tercemar serta terjamin Jalan lurus yang para bijaksana ikuti Untuk mengharungi banjir.

210. Kini daku akan berjalan dari pekan ke pekan Bandar ke bandar Memuji Buddha dan Dhamma Yang unggul yang diajarNya.

PermataDhamma.indd 30 3/7/11 7:32:25 PM

Page 33: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

SERVICES AVAILABLE ATTHE BUDDHIST MAHA VIHARA

• BookingforDana(AlmsGiving)andBana(Sermons)• BlessingServices/FuneralServicesbyMonks• BookingofFacilitiesforreligiousfunctions/events• MarriageRegistration• FullMoon/NewMoonDayPuja&FreeVegetarianLunch• SundayDhammaClassesforChildren&Adults• Buddhist&PaliUniversityCourses• KSriDhammanandaLibrary• Bookshop• Kindergarten-TadikaSudharma• PARAMABusiness&I.T.TrainingCentre

WEEkLy ACTIVITIES• DailyPuja 6.30a.m.&7.30p.m.• ChoirPractice Tuesday 8.00p.m.• SpecialTalk Friday 1.00p.m.• DhammaTalk Friday 8.00p.m.• Meditation Mon,Tues&Thurs 8.00p.m.• BojjhangaPuja Saturday 7.30p.m.-8.30p.m.• Puja&Talk Sunday 8.30a.m.• DhammaSchool Sunday 8.30a.m.&11.00a.m.• DharmafortheDeaf Sunday 2.00p.m. (forthnightly)

DONATION IN CASH OR kIND CAN BE MADE FOR:• PropagationofBuddhism(Dhammaduta)• FreePublications(MalaysiaandOverseas)-Annuallyabout300,000 booksin19Languages• EducationFund• FullMoonandNewMoonservicessponsorship• GeneralMaintenanceoftheBuddhistMahaVihara• Utilities(Electricity,water,telephone,administrationetc)• Illumination(lighting)oftheMainShrineHall• Illumination(lighting)oftheAwkanaBuddha&Cakra• Monks'Dana• Monks'Requisites• WelfareFund(MalaysiaandOverseas)• SpecialReligiousEvents -Wesak -AnnualBlessingService -AnnualMeritOffering -KathinaPinkama(ceremony) -Monks’NovitiateProgramme

MAy THE BLESSINGS OF THE NOBLE TRIPLE GEMBE WITH yOU AND yOUR FAMILy

PermataDhamma.indd 31 3/7/11 7:32:25 PM

Page 34: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

I / We would like to make a donation to the Buddhist MahaVihara.

Name:

Address:

Amount:RM

Towards:FreePublications(English,Mandarin,Malay,Tamil,Sinhalese,Spanish, Thai,Vietnamese, Burmese, Hindi, Kannada,Telegu, Oriya, Kishwahili, Chichewa, Luganda, Brazilian Portugese,Dutch,French)

Others,pleasespecify

Allchequescanmadepayableto:BUDDHISTMAHAVIHARAor TT to “BUDDHIST MAHA VIHARA” ACCOUNT NO.0061-10-003018-0,EONBANKBERHAD,BRICKFIELDS,KL.KindlysendusacopyofyourBANKSLIPso thatwecansendyouanOFFICIALRECEIPT.

DonationscanalsobemadebyVisaandMasterCardattheBMVoffice.

Buddhist Maha Vihara123,JalanBerhala,Brickfields,50470KualaLumpur,WilayahPersekutuan,Malaysia.Tel:603-22741141Fax:603-22732570

DONATION FORM

PermataDhamma.indd 32 3/7/11 7:32:25 PM

Page 35: Untuk Bukan Islam Sahaja 0%2-!4!$(!--!buddhistmahavihara.org/admin/uploads/permatadhamma_malay.pdf · mengetahui serba-serbi kandungannya kerana Sutta Pitaka ini cukup besar ... Rodanya

Sasana Abhiwurdhi Wardhana SocietyBuddhist Maha Vihara

123, Jalan Berhala, Brickfields,50470 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: 03-22741141, Fax: 03-22732570E-mail: [email protected]

Saddhamma-maniratana

Bhante S. Dhammika

Gemstones of the Good Dhamma (Malay)

Untuk Bukan Islam Sahaja

PermataDhammaCover.indd 1 3/7/11 7:33:21 PM