universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan...

30
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : AMALAN PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PERDAGANGAN JOHOR BAHARU MENGIKUT ARAS KOGNITIF BLOOM. / SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya : ROHAYAH BT ABDULLAH (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan (/ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh:- (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :NO 55D, HALA KEPAYANG 4, EN. ROSNI ZAMUDDIN SHAH SIDEK KG KEPAYANG FAIR PARK 31400 IPOH, PERAK Tarikh : 17 APRIL 2008 Tarikh : 17 APRIL 2008 (NAMA PENYELIA) CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Upload: vokhanh

Post on 10-Jul-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : AMALAN PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PERDAGANGAN JOHOR BAHARU MENGIKUT ARAS

KOGNITIF BLOOM.

/

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya : ROHAYAH BT ABDULLAH

(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan

dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis

daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar

yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan (/ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh:-

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :NO 55D, HALA KEPAYANG 4, EN. ROSNI ZAMUDDIN SHAH SIDEK KG KEPAYANG FAIR PARK

31400 IPOH, PERAK

Tarikh : 17 APRIL 2008 Tarikh : 17 APRIL 2008

(NAMA PENYELIA)

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )”

Tandatangan : ………………………………………….

Nama Penyelia : EN ROSNI ZAMUDDIN SHAH SIDEK

Tarikh : 17 APRIL 2008

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

i

AMALAN PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI SEKOLAH

MENENGAH TEKNIK PERDAGANGAN JOHOR BAHARU MENGIKUT

ARAS KOGNITIF BLOOM

ROHAYAH BINTI ABDULLAH

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………………………….

Nama Penulis : ROHAYAH BINTI ABDULLAH

Tarikh : 17 APRIL 2008

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

iii

DEDIKASI

Buat suamiKu Yang dihormati, disayangi lagi dikasihi,

En Shahril Bin Omar

Dengan doa dan kasih sayangmu membantuku dalam menghadapi arus kehidupan

sehingga kini.

Buat kedua orang tua dan mertuaKu yang sentiasa memberi dorongan dalam semua situasi,

Pn Kelsom Bt Mat Zin En Abdullah Bin Jusoh

& Pn Mariah Bt Ramli

En Omar Bt Din

Terima kasih di atas segala-galanya. Jasamu akan ku kenang sepanjang hayat ku.

Buat Permata Hati yang amat di sayangi,

Nurain Fasihah Bt Shahril

Terima kasih sayang kerana memahami pengorbanan Mama.

Untuk rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu sepanjang perjuangan kita

di sini. Terima kasih di atas segalanya, sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan

kita bersama.

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah

kurnia-Nya, maka saya telah menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk

mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus

ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek saya iaitu En Rosni

Zamuddin Shah Sidek atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang

diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.

Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta sesiapa

yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan

penyelidikan ini. Kepada Allah jua saya doakan agar diberi pembalasan yang setimpal

dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap

dikenang hingga akhir hayat.

Akhir kata, kajian ini diharap dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan yang

dapat dimanfaatkan oleh para pendidik dan penyelidik yang berminat serta cenderung ke

arah usaha mempertingkat taraf mutu pendidikan.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengajaran yang diamalkan oleh guru-

guru teknikal di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru. Amalan

pengajaran yang dikaji adalah mengikut keutamaan aras pengetahuan, kefahaman dan

aplikasi. Pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah amalan pengajaran guru-guru

teknikal berasaskan Teori Taksonomi Bloom. Sementara pembolehubah bebas yang

dikenalpasti adalah aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi . Jumlah populasi yang

terlibat adalah seramai 21 orang guru teknikal di Sekolah Menengah Teknik

Perdagangan Johor Bahru. Penyelidik menggunakan semua populasi sebagai sampel

kajian. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah tinjauan

berbentuk deskriptif dengan menggunakan perbandingan kekerapan dan peratusan.

Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik. Hasil soal selidik dianalisis dengan

menggunakan perisian komputer Statistical Package For Social Science (SPSS) Version

14. Dapatan kajian menunjukkan guru teknikal menggunakan kesemua aras

pengetahuan, kefahaman dan aplikasi dengan tinggi . Berdasarkan kepada dapatan kajian

ini, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan lagi mutu pengajaran

guru-guru.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

vi

ABSTRACT

This study was aimed to investigate the teaching practices which had been used by the

technical teachers at Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Baharu. The

teaching practices that were investigated based on the level of knowledge, understanding

and application. The dependent variable in this study was the technical teachers’

teaching practices based on the Bloom Taxonomy. Meanwhile, the independent

variables which had been identified were the level of knowledge, understanding and

application. A total of 21 technical teachers at Sekolah Menengah Teknik Perdagangan

Johor Baharu were involved in this study. The researcher used all the population as a

sample. The research design that had been used was descriptive observation by using

the comparison between frequency and percentage. The instrument used in this study

was questionnaire. The results of the questionnaire were analyzed by using the

Statistical Package for Social Science (SPSS) software Version 14. The results of this

study showed that the technical teachers highly used all the level of knowledge,

understanding and application. Based on the results of this study, several

recommendations were made in order to improvise the quality of teaching among

teachers.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB PERKARA HALAMAN

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1

4

7

8

8

9

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

viii

BAB II

BAB III

1.7 Skop dan Batasan Kajian

1.8 Definisi Istilah

1.9 Kerangka Konsep Kajian

1.10 Penutup

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

2.2 Model Kajian

2.2.1 Aras Pengetahuan

2.2.2 Aras Kefahaman

2.2.3 Aras Aplikasi

2.3 Pendekatan Pengajaran

2.3.1 Pendekatan Pengajaran Berpusatkan

Guru

2.3.2 Pendekatan Pengajaran Berpusatkan

Pelajar

2.3.3 Pendekatan Pengajaran Berpusatkan

Bahan

2.3.4 Pendekatan Konstruktivisme

2.4 Amalan Pengajaran

2.5 Proses Pengajaran

2.6 Prinsip-Prinsip Pengajaran

2.7 Matlamat Pengajaran

2.8 Definisi Konsep Amalan Pengajaran

Dengan Mata Pelajaran Teknikal

2.9 Penutup

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

10

11

13

13

14

16

16

17

18

21

22

22

23

23

23

25

27

28

29

30

31

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

ix

BAB IV

3.2 Reka bentuk Kajian

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

3.4 Instrumen Kajian

3.5 Kesahan Borang Soal Selidik

3.6 Kajian Rintis

3.7 Prosedur Kajian

3.8 Analisis Data

3.9 Penutup

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

4.2 Analisis Bahagian A

4.2.1 Taburan Responden Mengikut

Jantina

4.2.2 Taburan Responden Mengikut

Bangsa

4.2.3 Taburan Responden Mengikut

Pengalaman Mengajar

4.2.4 Taburan Responden Mengikut

Umur

4.2.5 Taburan Responden Mengikut

Kelayakan

4.3 Analisis Bahagian B

4.3.1 Amalan pengajaran Yang Di

Amalkan Di Kalangan Guru Dalam

Proses Pengajaran

4.3.1.1 Persoalan Kajian 1

4.3.1.2 Persoalan Kajian 2

4.3.1.3 Persoalan Kajian 3

4.4 Analisis Keseluruhan

31

32

32

34

35

35

36

37

39

39

40

40

41

42

42

43

43

44

47

50

53

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

x

BAB V

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Rumusan

5.3 Perbincangan

5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3

5.4 Cadangan

5.4.1 Guru

5.4.2 Sekolah

5.4.3 Jabatan Pendidikan Negeri

5.4.4 Kementerian Pendidikan Malaysia

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

5.6 Kesimpulan

RUJUKAN

LAMPIRAN

55

55

56

56

58

60

60

61

62

62

63

68

64

66

70

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

xi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

Ciri-ciri pengajaran dan pengajar berkesan

Pembahagian item Bahagian A mengikut

faktor demografi responden

Pernyataan skor dan skala likert yang

digunakan bagi setiap item di dalam soal

selidik

Taburan item mengikut amalan pengajaran

guru

Kaedah statistik bagi setiap persoalan kajian

Skala / tahap penguasaan responden

Taburan responden mengikut jantina

Taburan responden mengikut bangsa

Taburan responden mengikut pengalaman

mengajar

Taburan responden mengikut umur

Taburan responden mengikut kelayakan

Analisis taburan responden terhadap guru-

guru yang mengamalkan pengajaran mengikut

aras pengetahuan.

Analisis taburan responden terhadap guru-

guru yang mengamalkan pengajaran mengikut

aras kefahaman dalam proses pengajaran.

Analisis taburan responden terhadap guru-

guru yang mengamalkan pengajaran mengikut

5

33

34

34

37

37

40

40

41

42

42

44

47

50

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

xii

4.9

aras aplikasi dalam proses pengajaran

Purata keseluruhan bagi amalan pengajaran

yang diamalkan oleh guru-guru sekolah

teknikal dalam proses pengajaran.

53

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

xiii

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1

2.2

4.1

Proses menyelesaikan masalah bagi

menjawab soalan aplikasi

Proses pengajaran

Graf purata keseluruhan bagi amalan

pengajaran

20

26

54

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

xiv

SENARAI SINGKATAN

BPG

BPPDP

CDS

FPN

ILO

IT

KPM

P&P

SMT

SPSS

UTM

Bahagian Pendidikan Guru

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan

Cumulative Deficiency Syndrome

Falsafah Pendidikan Negara

Intended Learning-Outcomes

Information Technology

Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengajaran dan Pembelajaran

Sekolah Menengah Teknik

Statistical Package of Social Science

Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Surat Kebenaran Dari Kementerian Pendidikan

Malaysia

70

B Surat Akuan Dari Universiti

72

C Borang Soal Selidik

73

D Senarai Nama Guru Teknikal SMTPJB

82

E Keputusan Kebolehpercayaan Kajian Rintis

83

F Statistik Keputusan SPM SMTPJB 84

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Pada tahun 1978, satu Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji

keberkesanan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Tugas Jawatankuasa ini adalah berusaha

untuk merealisasikan matlamat negara seperti yang diperkatakan di dalam Laporan

Jawatankuasa Kabinet iaitu :

‘….matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu

padu , berdisiplin dan terlatih ’

(Laporan Jawatankuasa Kabinet, hlm 1.,1978)

Laporan Jawatankuasa Kabinet telah dijadikan landasan untuk menggubal dan

melaksanakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) mulai tahun 1982 dan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1988 (Kementerian

Pendidikan,1990).

Untuk merealisasikan Dasar Pelajaran Kebangsaan ini, guru perlu menghadapi

cabaran-cabaran era komunikasi abad ke-21 terhadap sistem pendidikan negara di mana

cabaran tersebut semakin hebat pada masa sekarang.

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

2

Profesion perguruan merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh

kerajaan untuk menghasilkan masyarakat berilmu sebagai jentera penggerak negara.

Tanggungjawab guru-guru menjadi semakin berat kerana mereka bukan sahaja perlu

diterapkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan semata-matanya, malah tanggungjawab

guru perlu diseimbangkan dengan nilai sosial yang baik dalam segi moral dan etika yang

murni dalam diri pelajar.

Dengan adanya nilai moral dan etika yang baik di dalam bilik darjah,

pengajaran guru dapat dijalankan dengan licin dan teratur.

Pembelajaran juga dapat berjalan dengan tenang lagi harmoni.

(Khalid et al, 2005)

Guru itu perlu komited pada peranan dan tanggungjawab yang diberikan

kepadanya, menjaga maruah diri dan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dari

masa ke semasa. Antara cabaran utama yang dihadapi oleh sistem pendidikan pada

masa kini adalah untuk memenuhi wawasan 2020. Ia perlu untuk melahirkan

masyarakat yang penuh yakin dan patuh pada agama, berilmu, berakhlak,

bertanggungjawab dan mampu memanfaatkan teknologi untuk masa hadapan.

Menurut Shahril (1993), untuk membangunkan sumber tenaga manusia yang

berpengetahuan dan berkemahiran ianya memerlukan satu sistem pendidikan teknik dan

vokasional yang terancang dan berkesan dari segi kurikulumnya. Sistem pendidikan

sekolah kini telah menyerapkan unsur-unsur teknologi untuk meningkatkan

pembangunan kurikulum sekolah. Ia merupakan satu bidang yang semakin meningkat

maju kerana teknologi pendidikan sentiasa mengalami perubahan mengikut persekitaran

dan masa. Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadi

proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan. Oleh yang demikian,

guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi supaya amalan

pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dapat berlaku dengan sistematik dan

berkesan.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

3

Guru harus bertindak sebagai penyebar ilmu pengetahuan secara berkesan

kerana keadaan ini berupaya merangsang pengajaran dan pembelajaran. Guru

seharusnya mampu memberikan penjelasan kepada pelajar dan dalam masa yang sama ia

memudahkan proses pembelajaran. Walau bagaimanapun, apa pun cara yang

diketengahkan oleh guru, ianya mestilah terlebih dahulu dilakukan melalui satu

perancangan yang teliti. Tanpa perancangan yang teliti dan berhati-hati maka

pengajaran dan pembelajaran tidak akan memberikan kesan yang sempurna. Guru-guru

pula tidak akan mencapai matlamat dan objektif pengajaran mereka apatah lagi untuk

mencipta kejayaan dan mencapai tahap keupayaan mengajar yang tinggi.

Tugas dan tanggungjawab guru perlu dibantu dengan berbagai-bagai pendekatan

kaedah dan teknik pengajaran yang terkini. Gaya pengajaran guru juga memerlukan

bahan-bahan yang banyak, bermutu, bermatlamat dan bersesuaian dengan tahap

kemampuan pelajar. Para pendidik juga mempunyai cara dan komitmen yang tersendiri

di dalam pengajaran mereka sesuai dengan sifat dan ciri-ciri semulajadi yang diwarisi

berserta dengan batasan dan kekuatan-kekuatan yang diperolehi dari sekeliling dan

masyarakat.

Menurut Slavin (1997), guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk

membolehkan pelajar mudah belajar dan pengajaran yang disampaikan hendaklah sesuai

dengan aras atau kebolehan pelajar. Bagi menghasilkan pengajaran yang berkesan, aspek

psikologi dan kemahiran mengajar itu sendiri perlu diaplikasi dalam pengajaran (Esah

2004). Slavin (1997) mengukuhkan lagi pandangan ini dengan mengatakan guru yang

baik dan berkesan adalah mereka yang menggabungkan penyelidikan dengan

pertimbangan yang waras.

Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa amalan gaya pengajaran merupakan

kreativiti seseorang guru itu sendiri dan bergantung kepada pendekatan pengajaran yang

dipraktikkan dalam pengajaran. Guru juga perlu mengambil kira gaya pembelajaran

pelajar dalam pengajaran mereka supaya pelajar mudah memahaminya. Apa yang

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

4

dialami oleh pelajar melalui kehidupan seharian, pembacaan dan pendengaran menjadi

sebahagian daripada ilmu. Ini akan hanya berlaku apabila individu berjaya

mengintegrasikan pengalaman supaya lebih bermakna, boleh diingati dan boleh

digunakan apabila perlu. Oleh itu ilmu harus dibina oleh pelajar sendiri semasa mencari

pemahaman mengenai maklumat yang diterima.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran

ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu (Mok Soon Sang, 2003). Ia meliputi

perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan

penilaian. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk menyebar ilmu pengetahuan atau

kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang lebih berkesan. Perkembangan

pendidikan dari masa ke semasa telah membawa banyak perubahan dalam aktiviti

pengajaran di bilik darjah. Pengajaran di dalam bilik darjah yang berkesan mampu

merangsang perkembangan pelajar di samping dapat menghasilkan mutu pelajaran yang

baik.

Oleh itu, penilaian yang boleh dibuat hasil dari pengajaran yang berkesan adalah

penilaian dari sudut keputusan SPM. Namun, kebanyakan keputusan peperiksaan yang

diperolehi adalah kurang memberangsangkan dalam bidang teknikal berdasarkan

statistik yang ditunjukkan. Keperluan dan kehendak yang diperlukan dalam negara

terhadap sumber tenaga manusia adalah tenaga manusia yang terlatih dan mahir. Maka,

tugas besar yang perlu di pikul oleh seseorang guru adalah bagaimana gaya yang perlu

digunakan agar pelajar dapat menerima pembelajaran dengan baik dan dapat

menghasilkan pelajar yang berkualiti.

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

5

Ciri-ciri pengajaran dan pengajar yang berkesan seperti di dalam jadual 1.1 di

bawah dapat dijadikan asas refleksi kendiri yang mungkin dapat membantu guru menilai

sejauh mana pengajarannya mempunyai sifat yang dinyatakan (Esah, 2004).

Jadual 1.1 Ciri-ciri pengajaran dan pengajar berkesan

Pengajaran Berkesan Pengajar Berkesan

o Pengajaran berpusatkan pelajar o Bersikap adil

o Aplikasi pelbagai kaedah

pengajaran

o Bertanggungjawab dan suka

menolong

o Isi pelajaran yang bermakna o Bertimbang rasa dan baik hati

o Memberi motivasi o Tenang dan stabil emosinya

o Perancangan pengajaran yang

baik

o Mudah dihampiri, berpatutan dan

berupaya berjenaka

o Memberi pujian dan ganjaran o Mempunyai kecerdasan yang

tinggi

o Memuaskan hati pelajar :

penggayaan dan pemulihan

o Personaliti dinamik, menarik,

tangkas, menghidupkan suasana

kelas.

o Bahan bantu mengajar o Mempunyai imaginasi yang

tinggi

o Penyoalan o Dedikasi dan rajin

o Penilaian o Beradab

o Reflektif o Bersikap tegas

( Sumber : Esah, 2004 )

Berdasarkan ciri-ciri di dalam jadual 1.1, pengajaran guru yang berkesan adalah

cara dan pendekatan yang digunakan oleh seorang guru itu mengajar dengan

mengaplikasikan pelbagai kaedah belajar untuk memudahkan pemahaman pelajar. Guru

perlu mempunyai kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar, kemahiran menyoal,

menilai dan melaksanakan ̀ hands-on activity ́ supaya dapat menghasilkan pengajaran

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

6

yang berkesan. Pengajaran yang berkesan juga perlu melibatkan pelajar secara aktif

dalam pembelajaran. Antaranya adalah dengan melakukan aktiviti, berbincang,

mengemukakan soalan dan memberikan pendapat.

Sebagai pendidik, guru perlu membuat penyelidikan terhadap tingkahlaku pelajar

dan membuat pemilihan pendekatan pengajaran berkait dengan kaedah yang

diaplikasikan dalam pengajaran bagi memastikan ianya bersesuaian dengan pelajar.

Guru perlu peka kepada keperluan pelajar dalam proses penerimaan pembelajaran

dimana gaya pengajaran yang berkesan dapat mewujudkan proses pembelajaran yang

berkualiti kepada pelajar.

Pemilihan amalan gaya pengajaran guru yang berkesan merupakan faktor utama

dalam keberkesanan pembelajaran pelajar kerana pengajaran dan pembelajaran

merupakan unsur yang tidak dapat dipisahkan. Menurut Mok Soon Sang (1991),

pengajaran efektif boleh dirumuskan sebagai satu sistem aktiviti pengajaran yang dapat

mencapai hasil pembelajaran mengikut objektifnya dalam suasana sihat, menarik,

seronok, semangat, tenang dan berdisiplin.

Walaupun setiap pelajar berbeza namun adalah tidak munasabah jika

para pendidik menggunakan pelbagai sumber pengajaran untuk

mengajar dan pelbagai penilaian untuk menilai kerana ini akan hanya

mengukur gaya para pelajar sahaja.

(Drapper, 2000)

Beberapa ahli-ahli psikologi kognitif iaitu Kohler, Bruner, Gagne dan Ausubel

telah memperkenalkan teori pembelajaran kognitif. Teori ini adalah untuk mengetahui

proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran dan tidak dapat di perhatikan secara

langsung daripada tingkahlaku manusia. Teori ini menerangkan bahawa pembelajaran

hanya boleh berlaku apabila pelajar mempunyai cukup pengalaman untuk mempelajari

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

7

pengalaman baru disamping mempunyai motif serta rela mengambil inisiatif diri sendiri

untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.

Walaubagaimanapun, mungkin terdapat pelajar yang mempunyai daya akal

fikiran yang rendah tetapi mempunyai daya kemahiran yang tinggi dan tidak ada seorang

pelajar pun yang tidak mempunyai antara kedua-dua keistimewaan ini. Peranan guru di

sini adalah mengetahui keistimewaan pelajar samada antara akal fikiran atau kemahiran

yang ada pada seorang pelajar.

Bagi menghasilkan pembelajaran lebih berkesan terhadap pelajar, para pendidik

perlu mengetahui terlebih dahulu cara pengajaran yang sesuai untuk mereka sampaikan

kepada pelajar mereka. Untuk mengetahui cara pengajaran yang berkesan, para

pendidik perlulah mengetahui terlebih dahulu kekuatan dan kelemahan pelajar mereka.

1.3 Pernyataan Masalah

Penerimaan pelajar terhadap pembelajaran kadangkala bergantung kepada

amalan gaya pengajaran yang digunakan oleh seseorang pendidik di mana ia boleh

mendatangkan perubahan daripada segi tingkahlaku dan meningkatkan kebolehan

kognitif pelajar. Proses pengajaran boleh mempengaruhi tahap kebolehan serta

kemampuan seseorang pendidik untuk mengamati, berinteraksi dan bertindak terhadap

suasana pembelajaran yang lebih berkesan. Apabila memperkatakan mengenai amalan

pengajaran, ia seringkali dikaitkan dengan sesuatu atau tindakan guru mengurus dan

melaksanakan pengajarannya untuk memastikan kecemerlangan seseorang pelajar dapat

dicapai melalui amalan pengajaran yang digunakan.

Masalah kajian ini adalah untuk mengenalpasti amalan pengajaran guru-guru

teknikal di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan di Johor Baharu. Justeru itu,

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

8

penyelidik akan menggunakan salah satu pendekatan pengajaran yang diperkenalkan

oleh Benjamin S. Bloom dengan menggunakan domain kognitif yang tertumpu kepada

tiga aras utama sebagai instrumen kajian.

1.4 Objektif Kajian

Matlamat kajian ini adalah untuk mengenalpasti amalan pengajaran guru-guru

teknikal di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan di Johor Baharu. Objektif kajian

adalah untuk :

1.4.1 Amalan pengajaran guru teknikal berdasarkan aras pengetahuan semasa

mengajar.

1.4.2 Amalan pengajaran guru teknikal berdasarkan aras kefahaman semasa

mengajar.

1.4.3 Amalan pengajaran guru teknikal berdasarkan aras aplikasi semasa

mengajar.

1.5 Persoalan Kajian

Menurut Abd Majid (2000), persoalan kajian adalah saranan sementara yang

menjelaskan sesuatu fenomena yang dikaji sebagai penyelesaian masalah. Ini

membolehkan penyelidik mengaitkan teori dengan cerapan. Justeru itu di dalam kajian

ini persoalan-persoalan kajian adalah :-

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

9

1.5.1 Adakah guru-guru teknikal mengamalkan pengajaran mengikut aras

pengetahuan semasa mengajar ?

1.5.2 Adakah guru-guru teknikal mengamalkan pengajaran mengikut aras

kefahaman semasa mengajar ?

1.5.3 Adakah guru-guru teknikal mengamalkan pengajaran mengikut aras

aplikasi semasa mengajar ?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti amalan pengajaran guru teknikal

yang di amalkan dalam pengajaran sewaktu proses P&P.Hasil kajian ini diharap akan

menjadi garis panduan kepada pelajar, guru, sekolah dan Kementerian Pendidikan

Malaysia ( KPM ).

1.6.1 Pelajar

• Dapat membantu pelajar memahami cara pengajaran guru dengan

berkesan.

• Pelajar dapat mengenal pasti amalan gaya pengajaran yang boleh diterima

dan difahami dengan mudah agar dapat mengembangkan potensi diri.

Page 27: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

10

1.6.2 Pensyarah

• Dapat mengenal elemen-elemen amalan pengajaran melalui pemerhatian

dan peperiksaan.

• Dapat menilai jurang perbezaan antara pengajaran dengan gaya

pembelajaran pelajar

• Dapat membantu menyediakan kaedah dan media yang sesuai dengan

tahap, jenis kecerdasan pelajar, kekuatan dan kelemahan pelajar.

1.6.3 Institusi Pendidikan

• Boleh digunakan sebagai panduan dan kayu ukur yang berguna setelah

gaya pengajaran dikenalpasti, maka tindakan susulan boleh dijalankan

dengan lebih bermakna.

1.6.4 Kementerian Pendidikan Malaysia

• Membantu menyediakan monograf yang sesuai untuk gaya amalan

pengajaran guru bagi memantapkan lagi mutu pengajaran.

1.7 Skop dan Batasan Kajian

Menurut Mohd Najib (1998), penyelidik tidak dapat mengkaji semua perkara

yang berkaitan dengan masalah kajian kerana keputusannya mungkin tidak dapat

memberi penyelesaian kepada semua masalah yang berkaitan itu. Oleh itu, penyelidik

Page 28: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

11

telah mengadakan batasan kajian bagi memastikan kajian ini tidak terkeluar daripada

skop kajian dan memenuhi objektif kajian. Oleh itu keputusan kajian ini akan terbatas

dan tidak boleh digunakan untuk menerangkan bahawa keadaan yang sama wujud di

semua sekolah di Malaysia.

Dapatan kajian juga terbatas kepada instrumen soal selidik yang digunakan dan

yang dianalisis oleh penyelidik. Skop kajian ini hanya merangkumi perkara berikut iaitu

:

i. Amalan pengajaran guru yang dikenalpasti ialah tiga kategori yang

dibincangkan iaitu berdasarkan Teori Taksonomi Bloom yang

mempunyai tiga aras iaitu pengetahuan, pemahaman dan aplikasi.

ii. Mengenalpasti amalan pengajaran yang digunakan oleh guru-guru

teknikal

Responden yang dipilih adalah sampelan tidak rawak bertujuan di mana

penyelidik dengan sengaja memilih sampel dengan tujuan mendapatkan jumlah sampel

yang mewakili populasi. Ia terdiri daripada guru-guru teknikal di Sekolah Menengah

Teknik Perdagangan di Johor Baharu tersebut.

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Gaya

Gaya boleh didefinisikan sebagai tingkahlaku, lagak, kelakuan, sikap,

perangai,corak,bentuk dan rupa (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994).

Page 29: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

12

1.8.2 Pengajaran

Pengajaran adalah pendidikan; pengasuhan, tarbiah dan pedoman; panduan,

iktibar, contoh, teladan, ibarat, wiyata (Kamus Tesaurus Bahasa Melayu Dewan,

1972).

1.8.3 Amalan

Sesuatu yg dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dsb) sebagai suatu kebiasaan.

( Kamus Dewan Komprehensif Bahasa Melayu,2004)

1.8.4 Teknikal

Melibatkan seni mekanik dan sains terapan kepakaran dalam bidang tertentu

(Kamus Dewan Komprehensif Bahasa Melayu,2004).

1.8.5 Guru Teknikal

Dalam kajian ini, guru teknikal adalah merujuk kepada guru-guru yang mengajar

mata pelajaran teknikal di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan di Zon Johor

Baharu.

1.8.6 Sekolah Menengah Teknik

Sekolah Menengah Teknik di dalam kajian ini merujuk kepada Sekolah

Menengah Teknik Perdagangan yang terdapat di Zon Johor Baharu.

Page 30: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97 ... · dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Akhir kata,

13

1.9 Kerangka Konsep Kajian

Kerangka konsep kajian adalah bertujuan untuk menerangkan atau meramalkan

sesuatu fenomena secara bersistematik (Wiersma, 1995). Di samping menunjukkan

secara khusus kendalian kajian itu dilakukan. Ia juga menunjukkan arah tuju dan

panduan kepada pengkaji dalam menjalankan satu penyelesaian masalah dalam kajian.

Model yang digunakan dalam kajian adalah diubahsuai daripada model sebenar Bloom

(1956). Model Bloom pula digunakan kerana aras domain kognitif Bloom

(pengetahuan, kefahaman dan aplikasi) sering digunakan dalam proses penilaian pelajar

terutama dalam peperiksaan, buku latihan, ujian dan panduan guru dalam pengajaran

1.10 Penutup

Kaedah pengajaran yang tepat dapat mewujudkan proses pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan kepada guru dan pelajar. Guru dapat mengaplikasikan

amalan pengajarannya dengan baik apabila amalan tersebut dapat memenuhi tahap

penerimaan pelajar. Manakala bagi pihak pelajar, mereka dapat menerima pengajaran

dengan baik kerana ia setaraf dengan pemikiran mereka dan juga corak pembelajaran

yang boleh diterima oleh pelajar melalui gaya penyerapan pengajaran yang diberikan

oleh guru.