universiti teknikal malaysia melaka · 2017. 11. 29. · surat-surat pekeliling atau arahan-arahan...

48

Upload: others

Post on 03-Feb-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    2

    ISI KANDUNGAN

    BAHAGIAN HALAMAN

    I. PENDAHULUAN 3

    II. PENGURUSAN TERIMAAN 8

    III. PENGURUSAN TUNGGAKAN HASIL 14

    IV. KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA WANG AWAM 17

    V. PENGURUSAN SIMPANAN 18

    VI. PENGURUSAN AKAUN DAN BAYARAN 20

    VII. PANJAR WANG RUNCIT 26

    VIII. KESELAMATAN DAN KAWALAN 28

    IX. PENGURUSAN PELABURAN 30

    X. PELABURAN SIMPANAN TETAP / REPO 35

    XI. HAL LAIN-LAIN 38

    XII. RUJUKAN 39

    XIII. GLOSARI 40

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    3

    BAHAGIAN I - PENDAHULUAN

    1.0 Latar Belakang

    1.1 Semua urusan wang awam hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah

    ditentukan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, Pekeliling-pekeliling atau

    Surat-surat Pekeliling atau Arahan-arahan Kerajaan yang berkuat kuasa.

    1.2 Oleh yang demikian, Universiti hendaklah memastikan urusan pengendalian

    tunai mempunyai suatu sistem perakaunan yang bersesuaian bagi

    menjalankan urusan tersebut.

    1.3 Selain daripada itu, Pekeliling dan Surat Pekeliling yang telah dikeluarkan

    berkaitan dengan pengurusan tunai hendaklah dirujuk bersama-sama.

    2.0 Tafsiran

    2.1 Wang Awam

    2.1.1 Wang Awam bermaksud semua hasil, pinjaman, amanah dan wang

    lain serta bon, debentur dan cagaran-cagaran lain yang dikumpulkan

    atau diterima dalam bentuk wang tunai, draf bank, bankers cheque,

    kiriman wang, wang pos, cek atau pindahan atas talian.

    2.1.2 Tunai bermaksud tunai di dalam tangan dan tunai di bank.

    2.1.3 Cek bermaksud nota pertukaran yang bayarannya dikeluarkan dari

    bank tertentu dan dibayar atas permintaan.

    2.1.4 Wang pos dan kiriman wang merupakan nota pertukaran yang

    dikeluarkan oleh Pejabat Pos Malaysia.

    2.1.5 Bankers Cheque bermaksud cek yang dikeluarkan terus oleh pihak

    bank setelah mendapat arahan bayaran.

    2.1.6 Pindahan telegraf bermaksud arahan pembayaran kepada bank untuk

    memindahkan sejumlah amaun seperti yang dituntut oleh pembekal,

    kontraktor atau pihak yang berkenaan ke bank mereka.

    2.2 Rizab atau rizab tunai bermaksud lebihan atau kurangan tunai di antara

    geran dan hasil tahunan (termasuk sumber dalaman) dengan perbelanjaan

    tahunan termasuk pembelian aset dan komitmen tahun semasa.

    2.3 Cek yang tidak ditunaikan bermaksud cek yang telah dikeluarkan kepada

    penerimanya tetapi belum dikemukakan kepada bank untuk pembayaran.

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    4

    2.4 Cek tamat tempoh bermaksud cek yang tidak sah diniagakan kerana sudah

    melewati tempoh 3 bulan dari tarikh dikeluarkan.

    2.5 Urusan Terimaan

    2.5.1 Resit rasmi bermaksud apa-apa bentuk akuan terimaan wang

    termasuk dalam bentuk lesen, tiket, borang yang mana amaun

    bayaran tetap ditulis atau dicetak padanya atau melalui media

    elektronik.

    2.5.2 Juruwang adalah pegawai yang diberi tanggungjawab untuk

    menerima wang dan memperakukan penerimaan dengan

    mengeluarkan resit rasmi Universiti kepada pembayar.

    2.5.3 Penyelia adalah pegawai yang bertanggungjawab secara langsung

    mengawasi dan menyelia tugas-tugas yang dijalankan oleh seseorang

    juruwang.

    2.5.4 Secara umumnya, setiap penerimaan perlu dibuat di Pejabat

    Bendahari dan perlu diperakukan dengan pengeluaran resit rasmi.

    Walau bagaimanapun, mana-mana Pusat Tanggungjawab (PTj) boleh

    diberi kuasa untuk mengendalikan penerimaan berdasarkan

    keperluan dan persetujuan secara bertulis.

    2.5.5 Terimaan bagi bayaran secara kredit atau ansuran bulanan merujuk

    kepada segala jenis hasil atau hutang atau bayaran terlebih yang

    perlu dikutip mengikut tempoh yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa

    Melulus.

    2.6 Kehilangan

    2.6.1 Kehilangan bermaksud kehilangan wang yang disebabkan oleh

    kecurian, penipuan atau kecuaian pegawai, kebakaran, kemalangan,

    bencana alam, kekurangan, bayaran terlebih, pembayaran tanpa

    kuasa, hutang yang tidak boleh dapat balik, hasil yang tidak boleh

    didapatkan dan perbelanjaan yang sia-sia.

    2.6.2 Perbelanjaan sia-sia ialah perbelanjaan yang dibuat oleh PTj

    menggunakan peruntukan yang diluluskan untuk perbelanjaan yang

    tidak membawa faedah, tidak berguna, tidak mendapat apa-apa hasil

    atau sesia kepada Universiti.

    2.6.3 Pembayaran tanpa kuasa/salah/pembayaran tidak sepatutnya

    (Improper Payment) ialah pembayaran yang dibuat dengan tidak

    sewajar sama ada dari segi bertentangan dengan peruntukan undang-

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    5

    undang, peraturan atau tidak mengikut syarat-syarat, kaedah atau

    tatacara yang ditetapkan bagi sesuatu pembayaran.

    2.7 Kewangan

    2.7.1 Akaun Amanah bermaksud Akaun Amanah yang ditubuhkan di bawah

    Seksyen 9, Akta Tatacara Kewangan 1957 untuk mengakaunkan

    caruman wang daripada badan-badan dan/atau orang perseorangan

    yang diamanahkan kepada Universiti.

    2.7.2 Pelaburan Kumpulanwang Amanah adalah pelaburan-pelaburan yang

    dibuat dari Kumpulanwang Amanah selaras dengan Surat Ikatan

    Amanah, arahan amanah dan juga peraturan yang dikuat kuasakan.

    2.7.3 Pelaburan am adalah semua pelaburan yang dibuat daripada lebihan

    Kumpulanwang Hasil (termasuk sumber dalaman) selain daripada

    Pelaburan Kumpulanwang Amanah.

    3.0 Pihak Berkuasa Melulus

    3.1 Antara aspek yang penting adalah berkenaan Pihak Berkuasa Melulus.

    Pelaksanaan peraturan, polisi dan dasar adalah diperakukan atau diluluskan

    sama ada di peringkat Naib Canselor, Majlis Eksekutif (ME), Senat atau

    Jawatankuasa Tetap Kewangan (JTK). Perkara yang diperakukan oleh JTK

    adalah tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengarah Universiti (LPU).

    3.2 Berikut adalah pihak yang bertanggungjawab mengikut kategori :

    Kategori Pihak Berkuasa Melulus

    1) Meluluskan permohonan penggunaan

    rizab tunai Lembaga Pengarah Universiti

    2) Kutipan wang Naib Canselor/Bendahari

    3) Tempoh bayaran balik/ansuran :

    i) Lebih dari 18 bulan

    ii) 18 bulan dan ke bawah

    i) Lembaga Pengarah Universiti

    ii) Naib Canselor

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    6

    Kategori Pihak Berkuasa Melulus

    4) Meluluskan permohonan hapus kira

    bagi kehilangan wang berjumlah :

    i) Melebihi RM25,000.00 untuk

    setiap kes/akaun

    ii) RM25,000.00 dan ke bawah

    untuk setiap kes/akaun

    i) Lembaga Pengarah Universiti

    ii) Naib Canselor

    5) Penerimaan sumbangan berbentuk

    wang :

    i) Sumbangan keseluruhan

    melebihi RM200,000.00

    ii) Sumbangan keseluruhan

    RM200,000.00 dan ke bawah

    i) Lembaga Pengarah Universiti

    ii) Naib Canselor

    6) Penetapan kadar harga, yuran, caj

    dan bayaran-bayaran lain

    Lembaga Pengarah Universiti

    7) Pengurangan dan pengecualian

    kadar harga, yuran, caj dan bayaran-

    bayaran lain

    Naib Canselor

    8) Pembukaan dan Penutupan Akaun

    Universiti Naib Canselor/Bendahari

    9) Pembukaan, penangguhan dan

    penutupan Akaun Amanah Bendahari

    4.0 Jawatankuasa

    4.1 Berikut adalah jawatankuasa yang bertanggungjawab:

    Jawatankuasa Ahli Tanggungjawab

    1) Jawatankuasa

    Pengurusan

    Kewangan dan

    Akaun

    i) Pengerusi

    (Naib Canselor)

    ii) Ahli

    (Timbalan Naib Canselor)

    (Semua Ketua PTj)

    (Ketua Juruaudit)

    iii) Urus Setia

    (Pejabat Bendahari)

    Bertanggungjawab

    terhadap pengurusan

    kewangan dan akaun

    universiti.

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    7

    Jawatankuasa Ahli Tanggungjawab

    2) Jawatankuasa

    Pemegang

    Amanah Akaun

    Amanah

    3) Jawatankuasa

    Penyiasat

    4) Jawatankuasa

    Induk

    Pelaburan

    i) Pengerusi

    (Ketua PTj)

    ii) Ahli

    (Pemegang Amanah)

    Keahliannya dilantik oleh Naib

    Canselor

    Keahliannya dilantik oleh Naib

    Canselor

    Bertanggungjawab

    terhadap pengurusan

    akaun amanah.

    Bertanggungjawab

    menjalankan

    siasatan berkaitan

    kehilangan wang.

    Bertanggungjawab

    berkenaan cadangan

    pelaburan.

    5.0 Penurunan Kuasa

    5.1 Naib Canselor hendaklah memberi kuasa secara bertulis kepada Bendahari

    untuk urusan kewangan Universiti.

    5.2 Bendahari juga bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan

    kewangan Universiti seperti terimaan, bayaran dan sebagainya dengan

    sempurna.

    5.3 Bendahari hendaklah memastikan ciri-ciri keselamatan dan kawalan dalaman

    terutama dalam persekitaran elektronik adalah mencukupi termasuk akses

    sistem dan dokumen kawalan.

    5.4 Bendahari boleh mewakilkan kuasa kepada Ketua PTj atau pegawai di

    bawahnya bagi melaksanakan urusan kewangan Universiti.

    5.5 Ketua PTj perlu membuat permohonan secara bertulis bagi penurunan kuasa

    kepada pegawai PTj yang dilantik daripada Bendahari.

    5.6 Rekod penurunan kuasa hendaklah disimpan dan dikemaskini dari semasa

    ke semasa.

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    8

    BAHAGIAN II - PENGURUSAN TERIMAAN

    1.0 Resit Rasmi

    1.1 Jenis-jenis resit rasmi

    1.1.1 Resit rasmi A - resit yang dikeluarkan di Pejabat Bendahari bagi

    mengakaunkan terimaan.

    1.1.2 Resit rasmi B - resit yang dikeluarkan bagi tujuan terimaan di PTj.

    Resit rasmi B ini perlu diserahkan ke Pejabat Bendahari bagi

    pengeluaran Resit rasmi A.

    1.1.3 Resit bercetak - resit yang dikeluarkan bagi tujuan terimaan di PTj

    dalam nilai RM1.00, RM2.00, RM5.00 dan RM10.00. Resit bercetak

    ini perlu diserahkan ke Pejabat Bendahari bagi pengeluaran Resit

    rasmi A.

    1.1.4 Resit pelajar - resit yang dikeluarkan bagi tujuan terimaan daripada

    pelajar.

    2.0 Pengurusan Buku Resit

    2.1 Penerimaan stok daripada pembekal

    2.1.1 Semua buku resit rasmi yang diterima daripada pembekal

    hendaklah disemak dan direkod di dalam buku daftar resit; dan

    2.1.2 Jika didapati buku resit yang diterima rosak, ia hendaklah

    dikembalikan kepada pembekal berserta laporan.

    2.2 Pengeluaran buku resit rasmi

    2.2.1 Buku resit rasmi hendaklah dikeluarkan mengikut susunan nombor

    stok.

    2.2.2 Semua buku resit yang sedang digunakan hendaklah disimpan

    dengan selamat di tempat yang berkunci apabila tidak digunakan.

    2.2.3 Buku yang rosak hendaklah dibatalkan dan disimpan untuk tujuan

    pengauditan.

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    9

    3.0 Kutipan Wang

    3.1 Resit rasmi hendaklah dikeluarkan sebagai akuan terimaan wang Universiti

    dan hendaklah ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa dan

    diserahkan kepada pembayar pada masa urusniaga.

    3.2 Tiada seorang pegawai boleh menerima wang dalam apa jua bentuk

    terimaan kecuali diberi kebenaran khusus secara bertulis oleh Pihak

    Berkuasa Universiti untuk berbuat demikian.

    3.3 PTj yang telah diberi kuasa mengendalikan penerimaan perlu memohon resit

    rasmi melalui borang yang telah disediakan daripada Pejabat Bendahari. PTj

    tidak dibenarkan untuk mencetak/membeli resit sendiri.

    3.4 Setiap pengambilan buku resit rasmi hendaklah direkodkan dan

    diselenggarakan dalam buku daftar pengambilan buku resit rasmi di Pejabat

    Bendahari.

    3.5 Hanya pegawai yang diberi kuasa yang dibenarkan melaksanakan urusan

    kutipan wang. Daftar Terimaan secara khusus yang mencatatkan butir-butir

    penerimaan dan resit yang telah dikeluarkan perlu diselenggara.

    3.6 Setiap resit yang dikeluarkan perlu dicatatkan nama penerima, tarikh, tujuan

    bayaran, jumlah bayaran dan nombor rujukan. Bagi pengeluaran resit

    bercetak, perlu dicatatkan nombor rujukan dan tarikh penggunaan.

    3.7 Pegawai yang diberi kuasa hendaklah menurunkan tandatangan bagi setiap

    resit yang dikeluarkan.

    3.8 Resit tidak perlu dikeluarkan bagi bayaran yang dibuat dengan cara potongan

    baucar pembayaran.

    3.9 PTj hendaklah mematuhi jadual kadar harga yang ditetapkan oleh Universiti

    bagi setiap perkhidmatan, aktiviti, program dan sebagainya. Bagi kadar-kadar

    yang belum ditetapkan, PTj hendaklah mendapatkan kelulusan daripada

    Pihak Berkuasa Melulus.

    3.10 Pemeriksaan dan semakan ke atas semua catatan dalam Daftar Terimaan

    perlu dilakukan setiap hari untuk memastikan semua catatan adalah betul

    dan menurunkan tandatangan ringkas sebagai bukti semakan telah

    dilakukan.

    3.11 Wang yang diterima tidak boleh digunakan bagi apa-apa maksud seperti

    mendahulukan/meminjamkan kepada pihak lain atau digunakan untuk

    membiayai aktiviti lain.

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    10

    3.12 Notis seperti berikut hendaklah dipamerkan di tempat terimaan bayaran

    sebagai pemberitahuan kepada pegawai/pelajar/orang awam :

    “Pembayaran hendaklah diakui dengan resit”

    3.13 Semua terimaan melalui wang pos, kiriman wang, cek dan sebagainya

    hendaklah atas nama BENDAHARI UTeM dan dipalang ‘Akaun Penerima

    Sahaja’.

    3.14 Apa-apa pindaan kepada resit rasmi adalah dilarang. Jika resit rosak dan

    tidak boleh dikeluarkan, resit dan salinannya hendaklah dibatalkan, disimpan

    dan direkod untuk tujuan pengauditan.

    3.15 Hasil kutipan dan buku resit hendaklah disimpan di tempat yang berkunci

    serta selamat. Buku resit rasmi yang telah habis atau tidak lagi digunakan

    perlu diserahkan kepada Pejabat Bendahari bersama-sama wang kutipan.

    3.16 Pegawai yang diberi kuasa mengendalikan kutipan adalah bertanggungjawab

    sepenuhnya dari segi keselamatan dan kecukupan wang yang dikendalikan.

    Sebarang kecuaian akan dipertanggungkan kepada pegawai yang

    berkenaan.

    3.17 Segala urusniaga terimaan hendaklah menggunakan Ringgit Malaysia.

    Hanya mata wang asing yang sah diperlakukan sahaja yang boleh diterima

    sebagai bayaran. Namun begitu, kadar tukaran kepada Ringgit Malaysia

    hendaklah dirujuk terlebih dahulu dan sekiranya perbezaan tukaran tersebut

    tidak dapat menjelaskan bayaran yang ditetapkan, Universiti berhak untuk

    membuat tuntutan terhadap perbezaan tersebut.

    3.18 Sekiranya matawang asing sampai ke tangan seseorang pegawai yang diberi

    kuasa, wang itu hendaklah dihantar ke Pejabat Bendahari untuk dimasukkan

    ke akaun Universiti.

    3.19 Pemberian pengurangan hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan dengan

    kelulusan Pihak Berkuasa Melulus. Pegawai yang menerima bayaran

    hendaklah memastikan kebenaran diskaun telah diperolehi terlebih dahulu.

    4.0 Penyerahan Wang Kutipan

    4.1 Penghantaran wang kutipan tunai oleh PTj ke Pejabat Bendahari boleh dibuat

    setiap hari atau apabila mencapai jumlah RM300.00 pada bila-bila masa.

    4.2 Bagi terimaan untuk program tertentu seperti kursus, seminar, bengkel dan

    sebagainya kutipan tersebut hendaklah diserahkan kepada Pejabat

    Bendahari serta-merta selepas program tersebut berakhir.

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    11

    4.3 PTj tidak dibenarkan menyimpan salinan buku resit.

    5.0 Mendeposit Wang Kutipan

    5.1 Pejabat Bendahari dikehendaki memasukkan semua wang yang diterima ke

    bank pada hari dikutip atau jika diterima lewat, pada hari kerja yang

    berikutnya.

    5.2 Ketua PTj dan pegawai yang diberi kuasa hendaklah memastikan

    keselamatan perjalanan wang tunai di antara tempat kutipan atau PTj ke

    Pejabat Bendahari atau ke bank. Jika perlu hendaklah mendapatkan khidmat

    kawalan keselamatan.

    6.0 Penerimaan Melalui Mel

    6.1 Pegawai yang bertanggungjawab membuka mel hendaklah menyimpan buku

    daftar bagi tujuan merekod wang, dokumen yang berharga dan barang-

    barang lain yang diterima melalui pos atau penghantar. Tugas ini tidak boleh

    diberi kepada juruwang atau pegawai yang bertanggungjawab menyediakan

    resit.

    6.2 Semua butir yang berkenaan hendaklah dicatatkan ke dalam buku daftar,

    termasuk tarikh diterima, jumlahnya dan jenis barang/dokumen kewangan.

    6.3 Pegawai yang bertanggungjawab bagi mengakaun butiran hendaklah

    menurunkan tandatangan ringkas (initial) pada rekod yang berkenaan dan

    hendaklah memberi nombor resit untuk dicatatkan dalam buku daftar

    tersebut.

    6.4 Pegawai-pegawai lain yang mengendalikan wang, dokumen, atau barang dari

    masa membuka mel sehingga ke masa dicatatnya ke dalam akaun hendaklah

    membuat tandatangan ringkas di dalam buku daftar tersebut.

    6.5 Buku daftar hendaklah disemak setiap hari dengan lejar oleh seorang

    pegawai penyelia.

    7.0 Penerimaan Secara Elektronik

    7.1 Secara umumnya, hasil Universiti dipungut melalui kaedah konvensional iaitu

    secara tunai, cek, kiriman wang, wang pos dan bank draf. Selaras dengan

    perkembangan semasa dan hasrat Universiti untuk meningkatkan sistem

    penyampaian perkhidmatan kewangan Universiti, kaedah terimaan ini

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    12

    diperluaskan kepada kaedah pungutan secara elektronik seperti e-payment,

    Mepscash, perbankan melalui internet atau secara atas talian.

    7.2 Kaedah pembayaran melalui perbankan internet dan Financial Process

    Exchange (FPX) telah diperkenalkan sebagai salah satu kaedah pembayaran

    alternatif sesuai dengan perkembangan dan pendekatan teknologi terkini.

    Kedua-dua kaedah pembayaran ini boleh dilakukan pada bila-bila masa

    secara atas talian dengan syarat pembayar mempunyai akses kepada

    kemudahan perbankan internet.

    7.3 Melalui perkhidmatan ini, isu keselamatan memegang tunai dapat diatasi

    seperti mengurangkan kutipan wang tunai di kaunter terutama kutipan yuran

    pelajar yang mana kaedah penerimaan ini dibuat melalui :

    7.3.1 Direct debit dari akaun semasa atau akaun simpanan pelanggan.

    Contohnya, melalui payment gateway seperti FPX.

    7.3.2 Penggunaan kad debit atau kad kredit iaitu Mastercard atau Visa.

    7.4 FPX adalah gerbang pembayaran nasional yang dibangunkan untuk

    memudahkan sistem pembayaran terutama bagi jaringan tempatan melalui

    perbankan internet yang mana pemegang akaun di bank-bank tempatan

    seperti Bank Islam, Maybank, RHB Bank dan Hong Leong Bank boleh

    membuat bayaran atau urusniaga melalui FPX. Bayaran yang dibuat

    menggunakan FPX disalurkan melalui MEPS ke dalam akaun bank Universiti.

    7.5 Bendahari Universiti perlu memastikan ciri-ciri keselamatan dan kawalan

    dalaman di dalam persekitaran elektronik adalah mencukupi termasuk akses

    sistem, had kuasa kelulusan dan dokumen kawalan.

    7.6 Akuan pembayaran melalui perbankan internet yang dicetak dari paparan

    portal bank boleh dianggap sebagai bukti transaksi pembayaran.

    7.7 Melalui perkhidmatan perbankan internet, beberapa aktiviti kewangan yang

    dijalankan seperti pengurusan cek tidak lagi menjadi aktiviti utama kerana

    setiap bayaran akan dikreditkan terus ke akaun penerima bayaran.

    7.8 Urusan penyesuaian terimaan bayaran yuran pelajar dan bayaran-bayaran

    lain juga menjadi mudah kerana penyesuaian di antara pembayar dan

    laporan penerimaan wang dapat dikeluarkan serta merta.

    7.9 Pejabat Bendahari juga dapat mengurangkan kutipan wang tunai kerana

    urusan pembayaran dibuat melalui bank.

    7.10 Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank tidak lagi perlu menunggu penyata

    bank secara fizikal kerana ia hanya perlu di muat turun dari salah satu menu

    di bawah aplikasi perbankan internet.

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    13

    8.0 Pindahan Kredit ke Akaun Universiti

    8.1 Sebarang akuan terimaan bagi bayaran yang dikreditkan secara terus ke

    akaun bank Universiti sama ada melalui mesin deposit tunai atau cek,

    bayaran di kaunter bank atau sebagainya hendaklah dibuat setelah bukti atau

    slip pembayaran dikemukakan kepada pihak Universiti dan hanya dianggap

    sah apabila diakui terima oleh bank.

    9.0 Terimaan Derma/Hadiah/Sumbangan/Tajaan Wang

    9.1 Penerima Hadiah perlu terlebih dahulu memohon kelulusan penerimaan

    hadiah atau derma dari Pihak Berkuasa Melulus sebelum sesuatu hadiah

    diterima atau dimohon. Ini bermakna, bagi setiap program (rasmi dan tidak

    rasmi) yang melibatkan tajaan daripada pihak luar, permohonan berkenaan

    perlu dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Melulus untuk kelulusan.

    9.2 Semua terimaan derma/hadiah/sumbangan/tajaan dalam bentuk tunai

    hendaklah dicap pada resit pengecualian cukai di mana penderma yang

    memberi sumbangan boleh menolak perbelanjaan tersebut daripada

    pendapatan mereka untuk kiraan cukai pendapatan mengikut Seksyen 44(6)

    Akta Cukai Pendapatan 1967.

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    14

    BAHAGIAN III - PENGURUSAN TUNGGAKAN HASIL

    1.0 Pengurusan Bil Tuntutan

    1.1 Bil tuntutan perlu dikeluarkan bagi tuntutan yang belum dijelaskan oleh pihak

    luar yang menggunakan perkhidmatan dan kemudahan Universiti seperti

    penyewaan ruang, penyewaan peralatan, penyewaan kenderaan,

    perundingan intelektual dan perkhidmatan lain.

    1.2 Hanya Pejabat Bendahari dibenarkan untuk mengeluarkan Bil Tuntutan. PTj

    yang memerlukan Bil Tuntutan hendaklah membuat permohonan

    pengeluaran Bil Tuntutan melalui sistem dengan memasukkan data atau

    maklumat tuntutan dengan tepat, lengkap dan disahkan oleh Ketua PTj. PTj

    hendaklah bersama-sama memastikan penerima bil membuat pembayaran

    dalam tempoh masa yang ditetapkan.

    1.3 Bil Tuntutan yang dikeluarkan akan diperhutangkan sehingga bayaran

    tuntutan dijelaskan oleh pihak yang dituntut. Surat peringatan atau tindakan

    susulan kepada pihak yang dituntut perlu dikeluarkan bagi bil-bil tuntutan

    yang belum dijelaskan mengikut tempoh masa berikut:

    1.3.1 Surat peringatan pertama – selepas 30 hari dari tarikh bil

    1.3.2 Surat peringatan kedua – selepas 60 hari dari tarikh bil

    1.3.3 Surat peringatan ketiga – selepas 90 hari dari tarikh bil

    2.0 Pelaporan Akaun Belum Terima

    2.1 Hasil-hasil Universiti adalah terdiri daripada kutipan hasil yuran pelajar dan

    kutipan pelbagai hasil lain. Hasil-hasil ini akan menjadi tunggakan atau Akaun

    Belum Terima apabila kutipan tidak berjaya diperoleh atau penghutang tidak

    menjelaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan.

    2.2 Secara amnya, Akaun Belum Terima terdiri daripada :

    2.2.1 Tunggakan-tunggakan hasil yang belum dijelaskan;

    2.2.2 Semua pendahuluan diri termasuk pendahuluan diri menerusi AP 59;

    2.2.3 Semua pulangan balik perbelanjaan dan pinjaman (contohnya

    emolumen terlebih bayar, bayaran balik panggilan telefon

    persendirian, bayaran balik pinjaman kenderaan dan sebagainya);

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    15

    2.2.4 Tunggakan bayaran balik emolumen yang melibatkan pegawai yang

    telah bertukar ke Badan Berkanun dan Jabatan di bawah Kerajaan

    Negeri perlu dilaporkan dalam Laporan Akaun Belum Terima; dan

    2.2.5 Kes-kes Cek Tak Laku.

    2.3 Pejabat Bendahari hendaklah menyediakan analisis penghutang bertarikh 31

    Disember dan tarikh-tarikh lain yang ditentukan.

    2.4 Peruntukan hutang ragu hendaklah di ambil kira bagi hutang yang tidak dapat

    dipungut dan kelulusan untuk menghapus kira hutang ragu hendaklah

    diperolehi daripada Pihak Berkuasa Melulus bagi membolehkan ia

    dikeluarkan daripada lejar penghutang.

    3.0 Kutipan oleh Agensi Kutipan Hutang

    3.1 Sebelum sesuatu hasil atau hutang tertunggak dihapus kira, tindakan untuk

    mendapatkan hasil tersebut hendaklah dilaksanakan sama ada melalui

    tindakan pentadbiran seperti pengeluaran surat peringatan atau tindakan lain

    yang sepatutnya atau boleh dibawa kepada tindakan guaman atau sekiranya

    perlu dibawa kepada tuntutan mahkamah.

    3.2 Tindakan mendapatkan hasil tertunggak melalui tindakan guaman atau

    tuntutan mahkamah akan melibatkan kos pengurusan yang tinggi dan

    kemungkinan tidak setimpal dengan hasil yang dituntut seterusnya akan

    memberi kesan kepada perbelanjaan operasi Universiti.

    3.3 Alternatif bagi mendapatkan tunggakan hasil yang lebih efektif dan memberi

    impak yang besar adalah melalui kutipan Agensi Kutipan Hutang (Bill

    Collector) yang mana kos atau caj perkhidmatan yang dikenakan adalah

    kepada kutipan yang berjaya diperoleh sahaja. Perkhidmatan Agensi Kutipan

    Hutang juga boleh digunakan bagi hasil yang akan dan telah dihapus kira.

    3.4 Perlaksanaan perkhidmatan dan pelantikan Agensi Kutipan Hutang ini

    berdasarkan perjanjian dan syarat yang ditetapkan Universiti dan dipersetujui

    kedua-dua pihak seperti :

    3.4.1 Agensi Kutipan Hutang hendaklah menjaga kerahsiaan maklumat

    yang diberikan pihak Universiti;

    3.4.2 Agensi Kutipan Hutang hendaklah memastikan hak, kepentingan dan

    nama baik UTeM tidak terjejas dalam apa jua keadaan pada setiap

    masa;

    3.4.3 Agensi Kutipan Hutang hendaklah mengemukakan kepada UTeM

    salinan dokumen syarikat, lesen operasi dan sijil-sijil berkaitan;

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    16

    3.4.4 Agensi Kutipan Hutang hendaklah setiap masa mematuhi peruntukan

    Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan sebarang undang-undang

    yang berkuat kuasa kerana ia adalah terpakai kepada agensi dalam

    melaksanakan kutipan hutang;

    3.4.5 Segala urusan bayaran balik oleh penghutang hendaklah terus

    kepada akaun Universiti;

    3.4.6 Agensi Kutipan Hutang hanya boleh mengenakan tuntutan atau caj

    perkhidmatan (collection fees) bagi tunggakan hasil yang berjaya

    dikutip sahaja. Segala urusan dan kos lain di dalam mendapatkan

    kutipan tersebut hendaklah ditanggung oleh Agensi Kutipan Hutang;

    dan

    3.4.7 Agensi Kutipan Hutang hendaklah mengemukakan kepada UTeM

    laporan kemajuan mengenai kes-kes tunggakan hasil yang

    dikendalikan bagi pihak UTeM secara berkala atau sekiranya

    diperlukan pihak UTeM.

    3.5 Pendekatan yang digunakan hendaklah sama sekali tidak menyalahi mana-

    mana peraturan, undang-undang dan akta sedia ada yang telah ditetapkan

    Kerajaan dan Universiti atau Pihak Berkuasa Tempatan. Ikatan kontrak

    hendaklah diwujudkan bagi memastikan terma-terma dan kehendak Universiti

    dipatuhi serta tidak menjejaskan imej dan nama baik Universiti.

    3.6 Setiap tindakan kutipan oleh Agensi Kutipan Hutang ke atas setiap kes yang

    diberikan termasuk perundingan bayaran hendaklah bagi pihak Universiti dan

    mengikut kehendak Universiti.

    3.7 Sistem dan pengurusan data atau maklumat berkaitan dikendalikan oleh

    Agensi Kutipan Hutang dengan sistematik dan sebaik mungkin.

    3.8 Metodologi dan pendekatan yang digunakan oleh Agensi Kutipan Hutang

    hendaklah seperti yang telah dipersetujui sepertimana yang telah dinyatakan

    di dalam kertas permohonan serta makluman semasa sesi pembentangan.

    3.9 Bilangan Agensi Kutipan Hutang yang boleh dilantik adalah tidak terhad dan

    boleh kepada satu agensi sahaja tertakluk kepada persetujuan pihak

    pengurusan Universiti.

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    17

    BAHAGIAN IV - KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA WANG AWAM

    1.0 Kehilangan Wang Awam

    1.1 Jenis-jenis kehilangan adalah disebabkan seperti berikut:

    1.1.1 Kecurian/penipuan/penyelewengan dan kecuaian pegawai;

    1.1.2 Pembayaran lebih;

    1.1.3 Hutang dan tunggakan hasil yang tidak boleh didapatkan; atau

    1.1.4 Kehilangan buku resit, kupon dan seumpamanya.

    2.0 Kehilangan Cek

    2.1 Cek yang diakui hilang atau salah letak boleh dibuat penggantian dengan

    mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Tindakan yang perlu diambil

    sebelum penggantian adalah:

    2.1.1 Dapatkan pengesahan bank bahawa cek belum ditunaikan.

    2.1.2 Selaraskan transaksi dan sediakan cek ganti.

    3.0 Permohonan Hapus Kira

    3.1 Pejabat Bendahari bertanggungjawab sebagai urus setia kehilangan dan

    hapus kira wang Universiti.

    3.2 Pegawai yang bertanggungjawab dikehendaki melaporkan kepada Ketua PTj

    dan seterusnya melaporkan kepada Pihak Berkuasa Melulus untuk tindakan

    seterusnya.

    3.3 Ketua PTj/Pejabat Bendahari perlu memastikan pegawainya mematuhi

    peraturan kehilangan wang awam yang telah ditetapkan.

    3.4 Permohonan hapus kira kehilangan wang awam hendaklah diluluskan oleh

    Pihak Berkuasa Melulus.

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    18

    BAHAGIAN V - PENGURUSAN SIMPANAN

    1.0 Simpanan Peti Besi

    1.1 Peti Besi yang menggunakan kunci berkombinasi boleh digunakan bagi

    menyimpan wang awam. Peti besi hendaklah mempunyai dua kunci yang

    berasingan dengan anak kunci yang berlainan atau nombor kombinasi yang

    berlainan dipegang oleh dua orang pegawai yang bertanggungjawab.

    1.2 Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah dari semasa ke semasa

    mengesahkan dan memperakui akan kandungan peti besi itu.

    1.3 Wang tunai dan cek bayaran, peti wang tunai, panjar wang runcit, sijil

    simpanan tetap dan dokumen berharga hendaklah disimpan di dalam peti

    besi. Wang tunai dan cek bayaran hendaklah disimpan secara sementara

    sahaja sebelum dimasukkan ke dalam bank.

    1.4 Peti besi yang menggunakan kunci kombinasi, kodnya hendaklah ditukar oleh

    kedua-dua orang pegawai yang bertanggungjawab setiap enam bulan sekali

    atau setiap kali terdapat pertukaran pegawai atau pada bila-bila masa disyaki

    bahawa kombinasi kod telah diketahui oleh orang yang tidak dibenarkan.

    1.5 Kombinasi kod itu hendaklah ditulis pada sekeping kertas dan dimasukkan

    dalam sampul surat yang dimeteri dan ditanda “Rahsia Besar”.

    1.6 Nama pegawai yang mengendalikan peti besi dan tarikh sampul surat

    dimeterikan hendaklah juga ditulis di atas sampulnya. Sampul surat itu

    hendaklah disimpan dengan selamat oleh Bendahari/Ketua PTj/pegawai yang

    diberi kuasa.

    1.7 Sekiranya anak kunci peti besi itu hilang, kehilangan itu mestilah dilaporkan

    dengan serta-merta kepada Naib Canselor dan anak kunci ganti hendaklah

    digunakan untuk membuka peti besi itu, menyemak kandungannya dan jika

    perlu membuat aturan alternatif sementara bagi menyimpan selamat

    kandungan peti besi dan menguruskan supaya kunci dan anak kunci itu

    ditukar dengan secepat mungkin.

    2.0 Simpanan Bermalam (night deposit)

    2.1 Dalam keadaan di mana simpanan dalam peti besi tidak bersesuaian atau

    tidak selamat seperti terimaan dengan jumlah yang besar yang mana belum

    dimasukkan ke akaun bank, Universiti boleh untuk membuat simpanan

    bermalam (night deposit) dengan melantik atau memilih mana-mana syarikat

    perkhidmatan keselamatan (security services) untuk tujuan tersebut.

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    19

    3.0 Penyimpanan Cek

    3.1 Semua stok cek hendaklah disimpan dengan selamat di tempat yang

    berkunci di bawah kawalan pegawai yang diberi arahan bertulis.

    3.2 Stok cek hendaklah diperiksa dengan serta-merta apabila diterima daripada

    bank untuk menentukan bahawa tiada cek yang hilang. Pemeriksaan ini

    hendaklah dilakukan oleh pegawai yang bertanggungjawab menjaga urusan

    akaun bank.

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    20

    BAHAGIAN VI - PENGURUSAN AKAUN DAN BAYARAN

    1.0 Pengurusan Akaun

    1.1 Lejar Am

    1.1.1 Semua urusniaga hendaklah direkodkan ke dalam Lejar Am yang

    menjadi rekod utama dalam akaun Universiti.

    1.1.2 Setiap catatan di dalam Lejar Am hendaklah berasaskan dokumen

    resit, baucar, bil tuntutan dan jurnal yang diluluskan dan disahkan oleh

    pegawai yang diberi kuasa.

    1.1.3 Apa-apa pelarasan ke atas akaun hendaklah dibuat melalui

    penyediaan jurnal yang diluluskan oleh pegawai yang diberi kuasa.

    1.1.4 Pegawai bertanggungjawab hendaklah memastikan pada akhir setiap

    hari, baki tunai di bank tidak berbaki negatif walaupun Lejar Tunai

    berbaki debit atau kredit.

    1.1.5 Pada hujung tiap-tiap bulan, Penyata Penyesuaian Bank perlu

    disediakan untuk menyelaraskan urusniaga Lejar Tunai dengan

    urusniaga dalam Penyata Bank.

    1.2 Akaun Subsidiari

    1.2.1 Akaun subsidiari hendaklah diselenggara bagi mencatatkan urusniaga

    untuk setiap penghutang/pemiutang.

    1.2.2 Akaun tersebut hendaklah bersamaan dengan jumlah yang tercatat di

    dalam Lejar Am dan disuaikan setiap akhir bulan oleh pegawai yang

    bertanggungjawab.

    1.3 Pelarasan Jurnal

    1.3.1 Kuasa untuk meluluskan pelarasan jurnal hendaklah ditentukan oleh

    Bendahari. Berikut adalah had kuasa yang telah ditetapkan :

    Kategori Penandatangan

    Pelarasan jurnal

    i) Nilai RM10,000.00 dan ke

    bawah

    Pilihan antara kombinasi berikut :

    i) Seorang pegawai dari

    Kumpulan Sokongan 1; atau

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    21

    Kategori Penandatangan

    ii) Nilai melebihi RM10,000.00

    ii) Seorang pegawai dari

    Kumpulan Pengurusan dan

    Profesional.

    Pilihan antara kombinasi berikut :

    i) Seorang pegawai dari

    Kumpulan Sokongan 1 dan

    Seorang pegawai dari

    Kumpulan Pengurusan dan

    Profesional; atau

    ii) Dua orang pegawai dari

    Kumpulan Pengurusan dan

    Profesional.

    2.0 Akaun Semasa Universiti

    2.1 Akaun bank hanya boleh dibuka di bank berlesen tempatan dan institusi

    kewangan yang dibenarkan menerima deposit oleh Kementerian Kewangan

    Malaysia.

    2.2 Akaun yang hendak dibuka atau ditutup perlu mendapat kelulusan daripada

    Pihak Berkuasa Melulus.

    2.3 Pemilihan bank yang menawarkan perkhidmatan perbankan internet perlu

    dilakukan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan bagi

    memastikan bank yang dipilih adalah yang tepat dan memenuhi objektif

    perbankan internet dilaksanakan seperti :

    2.3.1 Mudah digunakan dan mesra pengguna

    i) Kriteria ini menentukan sama ada kemudahan perbankan

    internet yang ditawarkan adalah mudah digunakan oleh

    pengguna atau sebaliknya.

    ii) Ia melihat dari segi tatacara penggunaan aplikasi yang mudah,

    cepat dan tepat untuk disesuaikan dengan urusan

    pembayaran di Pejabat Bendahari.

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    22

    iii) Kebolehan bank untuk menguruskan pinjaman PTPTN di

    antara akaun UTeM dan akaun pelajar.

    2.3.2 Tahap risiko dan keselamatan transaksi

    i) Kriteria ini adalah kritikal kerana ia mengukur sejauh mana

    transaksi yang dibuat secara online adalah selamat dan

    dilindungi oleh perisian-perisian yang diiktiraf.

    2.3.3 Hak dan kewajipan pelanggan dan bank

    i) UTeM sebagai pelanggan kepada bank perlu memastikan

    kedudukan terma dan syarat-syarat perjanjian mengenai hak

    dan kewajipan antara pelanggan dan bank, dipatuhi mengikut

    garis panduan yang telah dimeterai.

    ii) Ia dilihat dari sudut maklumat tentang kewajipan institusi

    perbankan melindungi hak pelanggan. Maklumat tentang siapa

    yang harus dipertanggungjawabkan jika berlaku transaksi

    palsu atau penipuan.

    2.3.4 Faktor kos

    i) Melihat kos transaksi yang bakal dikenakan oleh pihak bank

    kepada pelanggan yang menggunakan kemudahan perbankan

    internet.

    2.3.5 Reka bentuk dan kandungan laman

    i) Reka bentuk sesuatu laman yang menarik dan berinformasi

    memainkan peranan penting kerana ia merupakan medan

    komunikasi antara para pelanggan dan pihak perbankan.

    ii) Kriteria ini dapat dilihat melalui penggunaan navigation tools,

    graphical user interface, domain names, gaya bahasa, ciri-ciri

    paparan dan format laporan yang terkini untuk kemudahan

    pelanggan-pelanggan.

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    23

    3.0 Kelulusan Pengeluaran Cek

    3.1 Kuasa untuk meluluskan atau pengeluaran cek hendaklah ditentukan oleh

    Bendahari. Berikut adalah had kuasa yang telah ditetapkan :

    Kategori Penandatangan

    Pengeluaran Cek

    i) Nilai RM10,000.00 ke bawah

    ii) Nilai dari RM10,000.00

    sehingga kurang dari

    RM1,000,000.00

    iii) Nilai dari RM1,000,000.00

    dan ke atas

    2 penandatangan

    Pilihan antara kombinasi berikut :

    i) Seorang pegawai dari Kumpulan

    Sokongan 1 dan Seorang

    pegawai dari Kumpulan

    Pengurusan dan Profesional; atau

    ii) Dua orang pegawai dari

    Kumpulan Pengurusan dan

    Profesional

    3 penandatangan

    Pilihan antara kombinasi berikut:

    i) Seorang pegawai dari Kumpulan

    Sokongan 1 dan dua orang

    pegawai dari Kumpulan

    Pengurusan dan Profesional; atau

    ii) Tiga orang pegawai dari

    Kumpulan Pengurusan dan

    Profesional

    Tiga orang pegawai penandatangan

    dari Kumpulan Pengurusan dan

    Profesional

    3.2 Bagi tujuan kawalan dalaman, pegawai yang menandatangani cek bayaran

    adalah selain dari pegawai yang telah meluluskan baucar bayaran.

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    24

    4.0 Pindahan Akaun

    4.1 Kuasa untuk meluluskan pindahan dana melalui media elektronik hendaklah

    ditentukan oleh Bendahari. Berikut adalah had kuasa yang telah ditetapkan :

    Kategori Penandatangan

    Pindahan dana melalui media

    elektronik

    i) Nilai RM10,000.00 ke bawah

    ii) Nilai dari RM10,000.00

    sehingga kurang dari

    RM1,000,000.00

    iii) Nilai dari RM1,000,000.00

    dan ke atas

    2 penandatangan

    Pilihan antara kombinasi berikut :

    i) Seorang pegawai dari Kumpulan

    Sokongan 1 dan Seorang

    pegawai dari Kumpulan

    Pengurusan dan Profesional;

    atau

    ii) Dua orang pegawai dari

    Kumpulan Pengurusan dan

    Profesional

    3 penandatangan

    Pilihan antara kombinasi berikut :

    i) Seorang pegawai dari Kumpulan

    Sokongan 1 dan dua orang

    pegawai dari Kumpulan

    Pengurusan dan Profesional;

    atau

    ii) Tiga orang pegawai dari

    Kumpulan Pengurusan dan

    Profesional

    Tiga orang pegawai penandatangan

    dari Kumpulan Pengurusan dan

    Profesional

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    25

    4.2 Had nilai di atas masih tertakluk kepada nilai setiap baucar atau penerima,

    yang mana lebih rendah.

    4.3 Bagi kaedah pelaksanaan, baucar dikumpulkan secara batching. Setiap

    baucar di bawah RM10,000.00 adalah terhad kepada RM50,000.00 bagi

    setiap batch.

    5.0 Pengurusan Cek Tamat Tempoh dan Wang Tak Dituntut

    5.1 Semua cek yang dikeluarkan laku hanya dalam tempoh 3 bulan dari tarikh

    cek.

    5.2 Semua cek-cek yang tidak ditunaikan oleh pelanggan akan dipindahkan ke

    akaun cek tamat tempoh setelah tamat tempoh sah laku cek.

    5.3 Borang penggantian cek perlu dilengkapkan bagi permohonan atau tuntutan

    balik cek gantian bagi cek yang telah tamat tempoh.

    5.4 Cek dalam akaun yang tidak diurusniaga atau tiada penggantian bagi satu

    tempoh masa tidak kurang dari 2 tahun dikenali sebagai wang tak dituntut

    dan tertakluk kepada tatacara di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965.

    5.5 Perihal wang tak dituntut hendaklah direkod dalam Borang Daftar UMA-3 dan

    UMA-4 untuk dikemukakan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut bersama

    cek bayaran. Satu salinan dikemukakan kepada Percetakan Nasional

    Berhad.

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    26

    BAHAGIAN VII - PANJAR WANG RUNCIT (PWR)

    1.0 Permohonan Panjar Wang Runcit (PWR)

    1.1 Permohonan baru

    1.1.1 PTj yang ingin membuat permohonan baru PWR perlu memohon

    secara bersurat kepada Pejabat Bendahari dengan menyatakan

    justifikasi keperluan PWR dan Pegawai yang diberi kuasa.

    1.1.2 Pejabat Bendahari akan mengemukakan surat maklum balas kepada

    PTj bagi memaklumkan status permohonan PWR.

    1.2 Permohonan Tambahan

    1.2.1 PTj dibenarkan untuk memohon peruntukan tambahan (sekiranya

    perlu) dengan mengemukakan surat permohonan ke Pejabat

    Bendahari menyatakan jumlah dan keperluan peruntukan tersebut

    dipohon berserta justifikasi permohonan.

    1.2.2 Pejabat Bendahari akan menyemak permohonan tersebut dan surat

    akan dikeluarkan berdasarkan amaun yang diluluskan. Kelulusan

    permohonan tambahan PWR akan diluluskan oleh Pejabat Bendahari.

    2.0 Penutupan PWR

    2.1 Dalam kes-kes tertentu di mana PWR perlu ditutup, PTj perlu menghantar

    semua resit/bil tunai terakhir, baki wang di tangan dan surat ke Pejabat

    Bendahari, bagi tujuan pelarasan dan penutupan PWR PTj yang berkaitan.

    2.2 PTj perlu menyimpan peti wang panjar di tempat yang selamat dan berkunci.

    2.3 PWR digunakan bagi pembelian item yang dibenarkan sahaja dengan jumlah

    yang tidak melebihi RM500.00 dalam satu resit.

    3.0 Pembayaran PWR

    3.1 Hanya resit/bil tunai sahaja yang diterima sebagai dokumen sokongan PWR.

    Bagi pembelian yang tidak mempunyai resit/hilang, penama yang

    bertanggungjawab perlu mengemukakan surat pengesahan sebagai

    dokumen sokongan. Surat pengesahan tersebut hendaklah disertakan

    dengan jelas jenis pembelian, tujuan dan jumlah yang telah dibelanjakan.

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    27

    4.0 Kaedah Rekupmen PWR

    4.1 Resit-resit yang telah disahkan hendaklah dihantar bersama-sama dengan

    Penyata Buku Tunai, Borang Permohonan Peruntukan PWR berserta

    lampiran (menggunakan SMKB) dan dokumen-dokumen sokongan yang

    lengkap;

    4.2 Resit-resit yang dikemukakan hendaklah disahkan oleh pegawai yang telah

    membuat perbelanjaan tersebut (Pegawai Kumpulan Pengurusan dan

    Profesional) dan dicap perkataan ‘BAYAR’;

    4.3 Setiap resit pembelian tidak melebihi RM500.00 dan dicatatkan jenis dan

    tujuan pembelian;

    4.4 Bagi perbelanjaan yang tidak mempunyai resit, surat akuan menyatakan

    pembelian tanpa resit hendaklah disertakan dengan menunjukkan jenis

    pembelian, tujuan dan jumlah yang telah dibelanjakan;

    4.5 Rekupmen boleh dibuat pada bila-bila masa dengan syarat jurnal rekupmen

    pertama telah disediakan oleh Pejabat Bendahari; dan

    4.6 PTj perlu memastikan rekupmen PWR dibuat sebelum baki tunai di tangan

    kurang 30% dari peruntukan yang diterima.

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    28

    BAHAGIAN VIII - KESELAMATAN DAN KAWALAN

    1.0 Kawalan Dalaman

    1.1 Kawalan dalaman diadakan bagi memastikan kecekapan serta mengelakkan

    kesilapan, ketirisan, kecuaian, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam

    segala urusan kewangan.

    1.2 Antara kawalan yang dilaksanakan adalah penurunan kuasa, perwakilan

    kuasa, pengasingan tugas dan penggiliran staf, semakan dan pengesahan,

    laporan penyesuaian dan seumpamanya.

    2.0 Pelaksanaan Kawalan Dalaman

    2.1 Semakan Harian

    2.1.1 Semua pegawai yang menguruskan kutipan adalah

    bertanggungjawab memastikan semua akaun adalah tepat dan betul.

    Bagi tujuan ini pemeriksaan dan semakan tiap-tiap hari bagi semua

    catatan yang dibuat dalam buku tunai, resit dan sebagainya

    hendaklah disemak dan disuaikan dengan laporan yang dijana melalui

    sistem.

    2.1.2 Semakan akaun bank dan lejar kewangan dilakukan pada akhir setiap

    hari bagi memastikan baki tunai di bank adalah mencukupi dan tidak

    berbaki negatif.

    2.2 Pengasingan Tugas

    2.2.1 Semua urusan kutipan hendaklah direkodkan ke dalam buku tunai

    oleh seorang pegawai yang lain daripada pegawai yang menerima

    kutipan.

    2.2.2 Pegawai yang membuat semakan mestilah bukan pegawai yang

    membuat catatan tersebut. Pegawai yang menyemak hendaklah

    menandatangani ringkas dan mencatat tarikh semakan dilakukan.

    2.3 Kemasukan Pungutan Ke Bank

    2.3.1 Semua kutipan hendaklah dimasukkan ke Akaun Bank mengikut

    peraturan semasa yang berkuat kuasa.

    2.3.2 Amaun setiap kemasukan ke bank hendaklah direkodkan pada hari

    yang sama dan slip deposit tunai hendaklah disemak bagi

    memastikan ketetapan jumlah yang didepositkan oleh pihak bank.

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    29

    2.4 Mana-mana terimaan yang tidak dimasukkan ke akaun bank, hendaklah di

    simpan di dalam Peti Besi Simpanan oleh pegawai yang dibenarkan.

    2.5 Transaksi perbankan yang dibuat secara atas talian juga dipastikan selamat

    dan dilindungi oleh perisian-perisian yang diiktiraf termasuk kawalan akses

    dan katalaluan.

    3.0 Perlindungan Insurans

    3.1 Perlindungan insurans diambil terhadap tunai dalam simpanan dan tunai

    dalam perjalanan bagi memastikan keselamatan dan kawalan tunai.

    3.2 Skop perlindungan adalah meliputi kehilangan wang di dalam pergerakan

    atau di dalam simpanan sementara wang didepositkan ke bank dengan

    syarat wang disimpan di dalam peti besi.

    4.0 Penyata Penyesuaian Bank

    4.1 Penyata penyesuaian bank hendaklah disediakan secara bulanan sebagai

    kawalan bagi setiap perbezaan antara rekod pada buku tunai dan penyata

    bank.

    5.0 Pengurusan Risiko

    5.1 Instrumen kewangan Universiti adalah terdedah kepada kepelbagaian risiko

    kewangan termasuk risiko hutang, risiko kadar faedah, risiko pasaran, risiko

    kecairan dan aliran tunai. Ia perlu diuruskan dengan cekap dengan cara

    sentiasa menyemak keadaan risiko semasa, sistem kawalan dalaman,

    mematuhi polisi risiko kewangan dan mendapatkan perlindungan insurans di

    mana perlu bagi meminimumkan atau mengelak kerugian kesan daripada

    risiko tersebut serta meningkatkan pulangan.

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    30

    BAHAGIAN IX - PENGURUSAN PELABURAN

    1.0 Polisi Am Pelaburan

    1.1 Universiti boleh memperuntukkan sejumlah wang daripada wang lebihan

    yang bukan dari Geran Kerajaan bagi maksud pelaburan bagi meningkatkan

    pendapatan dalaman Universiti. Pemilihan produk pelaburan hendaklah

    mengambilkira tahap kecairan, tahap risiko pelaburan dan pulangan yang

    berpatutan.

    1.2 Pelaburan hendaklah dikendalikan oleh pegawai yang dipertanggungjawab

    dan segala perubahan dalam pelaburan diakaunkan dengan tepat.

    2.0 Kuasa Tambahan Universiti

    2.1 Merujuk Seksyen 5 (1) Kuasa Tambahan, Bahagian 1, Perlembagaan

    Universiti menyatakan Universiti boleh, dengan kelulusan Menteri Kewangan:

    2.1.1 jika didapati perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan

    penunaian fungsi, perjalanan kuasa dan pelaksanaan aktiviti

    Universiti, menyertai penyertaan ekuiti, perkongsian, usaha sama,

    pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan yang

    lain bersama-sama dengan, atau selainnya;

    2.1.2 menubuhkan atau menganjurkan penubuhan syarikat di bawah Akta

    Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan atau melibatkan diri

    dalam apa-apa aktiviti yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh

    Universiti;

    2.1.3 menubuhkan perbadanan untuk menjalankan dan bertanggungjawab

    ke atas, mengendalikan dan menguruskan apa-apa harta, projek,

    skim atau perusahaan yang pada pendapat Lembaga adalah

    bermanfaat dan berfaedah kepada Universiti;

    2.1.4 meminjam atas apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan

    atas apa-apa terma sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga,

    apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Universiti bagi

    menjelaskan tanggungannya atau bagi menunaikan mana-mana

    kewajipannya;

    2.1.5 mendapatkan pinjaman melalui penerbitan bon, debentur atau saham

    debentur dalam apa-apa kelas dan nilai atau menggadaikan,

    menggadaijanjikan, menyandarkan atau selainnya mengadakan lien

    ke atas harta alih atau tak alihnya, atas apa-apa terma yang difikirkan

    suai manfaat oleh Lembaga;

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    31

    2.1.6 memperoleh dan memegang sebagai pelaburan syer, saham,

    debentur, saham debentur, bon, tanggungan dan sekuriti yang

    diterbitkan atau dijamin oleh:

    i. mana-mana syarikat atau pengusahaan swasta atau mana-mana

    sindiket orang yang ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan di

    Malaysia atau di tempat lain;

    ii. Kerajaan Persekutuan atau Negeri;

    iii. sesuatu pemerintah berdaulat;

    iv. sesuatu suruhanjaya; dan

    v. sesuatu badan atau pihak berkuasa awam;

    2.1.7 memperoleh syer, saham, debentur, saham debentur, bon,

    tanggungan atau sekuriti yang disebut dalam perenggan (f) Seksyen 5

    (1) Kuasa Tambahan, Bahagian 1, Perlembagaan Universiti melalui

    langganan asal, tender, pembelian, pindah hakmilik, pertukaran atau

    selainnya;

    2.1.8 menjalankan dan pada amnya menguatkuasakan segala hak dan

    kuasa yang diberikan melalui atau bersampingan dengan pemunyaan

    syer, saham, debentur, saham debentur, bon, tanggungan atau

    sekuriti yang disebut dalam perenggan (f) Seksyen 5 (1) Kuasa

    Tambahan, Bahagian 1, Perlembagaan Universiti dan khususnya

    untuk menjual, memindahkan hakmilik, menukarkan atau selainnya

    melupuskan syer, saham, debentur, saham debentur, bon,

    tanggungan atau sekuriti itu; dan

    2.1.9 membeli, memajak atau menyewa atau selainnya memperoleh dan

    melabur dalam apa-apa harta tanah dan harta diri yang difikirkan perlu

    atau sesuai bagi mana-mana maksud Universiti.

    2.2 Di samping itu, sekatan seperti berikut perlu diambil kira dalam membuat

    sesuatu keputusan berkenaan pelaburan :

    2.2.1 sekuriti boleh dagang atau pelaburan yang bertentangan atau

    melanggar hukum Syariah.

    2.2.2 sekuriti boleh dagang atau pelaburan yang secara langsung atau tidak

    langsung bertentangan dengan visi, misi, objektif atau kepentingan

    Universiti.

    2.2.3 pasaran hadapan (future trading) dan pasaran matawang (currency

    trading) yang terdedah kepada risiko pasaran.

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    32

    2.3 Sebagai salah satu usaha untuk melaksanakan aktiviti komersil serta

    melindungi kepentingan Universiti dari sudut perundangan dan sebagainya,

    Universiti boleh menubuhkan syarikat yang akan berfungsi sebagai syarikat

    induk kepada semua kegiatan komersil. Pelaburan dalam ekuiti ini hendaklah

    mendapat kelulusan Lembaga Pengarah Universiti dan dengan kelulusan

    Menteri Kewangan. Pelaburan berbentuk perusahaan ini boleh dibuat dalam

    bentuk :

    2.3.1 Menubuhkan Subsidiari (Subsidiary)

    2.3.2 Menubuhkan Syarikat Bersekutu (Associate Company)

    2.3.3 Mengadakan Usahasama (Joint Venture)

    2.3.4 Menubuhkan Perbadanan (Corporation)

    2.4 Untuk menjana pendapatan tambahan dan menyediakan kemudahan

    pembelajaran, pengajian, penyelidikan dan perniagaan, Universiti juga boleh

    membuat pelaburan dalam hartanah. Hartanah ini adalah terdiri tanah dan

    bangunan.

    2.5 Universiti boleh membuat pinjaman untuk membiayai mana-mana projek

    Universiti yang berkaitan bagi melaksanakan kewajipannya seperti membeli

    harta untuk projek perumahan pelajar atau staf atau pembelian peralatan bagi

    tujuan pengajaran dan penyelidikan daripada mana-mana institusi

    kewangan/organisasi dalam dan luar negara mengikut jumlah, tempoh,

    faedah dan apa-apa terma yang difikirkan suai manfaat oleh Universiti

    dengan kelulusan Menteri Kewangan.

    3.0 Punca Kuasa Pelaburan

    3.1 Pelaburan dalam Deposit Tetap

    3.1.1 Segala urusan pelaburan dalam Deposit Tetap, Short Term Money

    Market Deposit, Money Market Fund dan Deposit Murabahah

    (komoditi) dan lain-lain instrumen kewangan yang diluluskan oleh

    Bank Negara Malaysia adalah di bawah kuasa dan budibicara

    Bendahari dan pegawai yang diwakilkan kuasa tersebut (authorised

    signatories).

    3.1.2 Penyimpanan, pengeluaran (termasuk sebelum tarikh matang),

    perlanjutan tempoh pelaburan serta pindahan wang hendaklah

    dilaksanakan oleh pegawai yang diwakilkan kuasa oleh Bendahari.

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    33

    3.2 Pelaburan dalam produk Modal Terjamin

    3.2.1 Pelaburan ini hendaklah mendapat kelulusan Lembaga Pengarah

    Universiti dan Menteri Kewangan. Cadangan pembelian produk yang

    menguntungkan Universiti hendaklah mendapat perakuan

    Jawatankuasa Induk Pelaburan (JIP).

    3.2.2 Namun begitu, penggunaan modal dari rizab bagi tujuan pelaburan ini

    hendaklah diperaku oleh Jawatankuasa Tetap Kewangan (JTK)

    sebelum kelulusan Lembaga Pengarah Universiti.

    3.2.3 Cadangan penjualan produk pelaburan sebelum tarikh matang

    sekiranya menguntungkan Universiti hendaklah mendapat perakuan

    JIP.

    4.0 Pengurusan Pelaburan

    4.1 JIP boleh mendapatkan maklumat mengenai prestasi pelaburan Universiti

    daripada penilai/perunding pelaburan yang berkemahiran atau meminta pihak

    pengurus pelaburan untuk memberikan penerangan lanjut mengenai sesuatu

    produk. JIP juga boleh melantik secara kontrak pengurus dana sepenuh

    masa atau khidmat firma pengurus dana profesional.

    4.2 Pelaburan Jangka Panjang hendaklah dipantau secara berkala melalui

    laporan prestasi pelaburan yang diperoleh daripada Institusi Kewangan.

    Laporan prestasi pelaburan hendaklah disediakan dan dibentangkan kepada

    Jawatankuasa Induk Pelaburan.

    4.3 Semua pembayaran berkaitan pelaburan hendaklah disokong dengan

    kelulusan dan mempunyai bukti pelaburan seperti Sijil Pelaburan atau Sijil

    Deposit Tetap atau penyata.

    4.4 Daftar pelaburan hendaklah diselenggara dan dikemaskini setiap kali terdapat

    penambahan, pembaharuan, penjualan pelaburan atau perubahan. Daftar

    pelaburan hendaklah menunjukkan:

    4.4.1 Nombor akaun atau sijil pelaburan

    4.4.2 Perihal pelaburan seperti institusi kewangan

    4.4.3 Tarikh pelaburan atau pembaharuan

    4.4.4 Kadar faedah atau keuntungan (anggaran)

    4.4.5 Nilai prinsipal pelaburan/kos sejarah

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    34

    4.4.6 Nilai semasa (market value) jika berkaitan

    4.4.7 Keuntungan pelaburan atau pulangan/ROI

    4.5 Semua sijil pelaburan yang disimpan hendaklah dilindungi secara fizikal dari

    kecurian, kehilangan, penyalahgunaan atau kemusnahan. Sijil pelaburan

    hendaklah disimpan dalam peti keselamatan deposit dan hanya boleh

    diakses orang pegawai yang dibenarkan.

    4.6 Cadangan penjualan produk pelaburan sebelum tarikh matang (jika

    menguntungkan Universiti) hendaklah mendapat perakuan JIP atau

    Bendahari berdasarkan jenis atau kategori pelaburan.

    5.0 Pulangan Atas Pelaburan

    5.1 Pendapatan keuntungan atau faedah daripada pelaburan perlu dikreditkan

    sebagai hasil Universiti di bawah Kumpulanwang Pendapatan.

    5.2 Sekiranya Universiti melabur dalam sekuriti boleh dagang atau saham

    amanah, penilaian hendaklah dibuat bagi merekodkan perbezaan antara nilai

    kos dan nilai pasaran serta peruntukan rosotnilai saham disediakan

    secukupnya.

    5.3 Pendapatan yang diterima sebagai dividen dari pelaburan saham perlu

    direkod sebagai pendapatan, dikira berasaskan nilai saksama saham semasa

    tarikh perekodan. Saham yang diterima sebagai right issue (tidak memberi

    pendapatan tetapi mengurangkan kos sejarah seunit saham (tambahan unit).

    Satu penyata hendaklah disediakan untuk merekod dividen yang belum

    diterima.

    6.0 Pelaporan

    6.1 Pengurus pelaburan atau pegawai yang dipertanggungjawabkan perlu

    mengemukakan laporan prestasi pelaburan secara berkala atau sekurang-

    kurangnya pada akhir tahun kewangan untuk tujuan pemantauan prestasi

    dan audit.

    6.2 Nilai pelaburan hendaklah sentiasa dilaporkan pada paras terendah di antara

    harga pasaran atau kos. Peruntukan rosotnilai saham hendaklah

    diperuntukkan supaya menunjukan nilai semasa pelaburan.

    6.3 Pendapatan dividen bersih daripada pelaburan dalam Unit Amanah (jika

    berkenaan) dipermodalkan sepanjang tempoh pelaburan.

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    35

    BAHAGIAN X - PELABURAN SIMPANAN TETAP DAN REPO 1.0 Pemilihan Pelaburan

    1.1 Universiti boleh melaburkan dana yang belum digunakan dalam simpanan

    tetap atau lain-lain pelaburan yang tidak berisiko bagi meningkatkan

    pendapatan Universiti.

    1.2 Pemilihan polisi pelaburan seperti ini hendaklah mengambilkira aliran tunai

    semasa, tahap kecairan pelaburan dan pulangan yang berpatutan bagi

    pelaburan yang dibuat.

    1.3 Kriteria-kriteria seperti perkhidmatan yang segera, jenis-jenis pelaburan yang

    ditawarkan, kualiti nasihat pelaburan, caj perkhidmatan dan transaksi boleh

    juga digunakan sebagai asas untuk menentukan institusi kewangan yang

    dipilih.

    1.4 Universiti tidak menghalang pelaburan secara konvensional atau hanya

    menghadkan kepada pelaburan berbentuk islamik sahaja namun

    menggalakkan agar pelaburan berkonsepkan Skim Pelaburan Islam

    diutamakan.

    1.5 Pelaburan ini hendaklah hanya kepada institusi-institusi kewangan yang

    dibenarkan menerima deposit yang telah diluluskan Kementerian Kewangan.

    2.0 Rekod Pelaburan

    2.1 Semua transaksi berkaitan pelaburan perlu diuruskan oleh pegawai yang

    diberikuasa dan direkodkan dalam daftar pelaburan simpanan tetap bagi

    semua urusan pembelian, penjualan dan rekod keluar/masuk sijil-sijil

    pelaburan simpanan tetap.

    2.2 Laporan bulanan terperinci berkaitan aktiviti pelaburan simpanan tetap

    hendaklah disediakan secara bulanan.

    2.3 Semua dokumen-dokumen pelaburan hendaklah diurus dengan sempurna

    dan disimpan dengan selamat, dikawal daripada kecurian, penyalahgunaan

    dan kemusnahan.

    2.4 Semua pembayaran ke atas pelaburan hendaklah mempunyai akuan

    terimaan berserta bukti-bukti pelaburan seperti sijil, bon, nota, buku simpanan

    atau lain-lain.

    2.5 Daftar pelaburan hendaklah dikemaskini setiap kali berlakunya perubahan

    termasuk penyata sijil yang diterima lewat selepas penyelesaian, urusan

    pembelian, penjualan dan rekod keluar/masuk sijil-sijil pelaburan simpanan

    tetap.

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    36

    3.0 Proses Pelaburan

    3.1 Baki akaun semasa Universiti hendaklah disemak dan dipastikan sama ada

    peruntukan kerajaan telah diterima sebelum sesuatu pelaburan dibuat.

    3.2 Keperluan tunai untuk pembayaran semasa hendaklah diutamakan dan

    dipastikan mencukupi.

    3.3 Pegawai yang menguruskan pelaburan hendaklah menghubungi atau

    berurusan dengan pihak Institusi Kewangan yang berlesen untuk

    mendapatkan maklumat pelaburan semasa seperti kadar faedah/keuntungan

    yang ditawarkan, tempoh simpanan yang memberikan pulangan tertinggi,

    kaedah simpanan sama ada secara konvensional atau perbankan Islam,

    nisbah perkongsian keuntungan (PSR) yang ditawarkan (jika berkaitan)

    3.4 Suatu perbandingan atau analisa berserta cadangan perlu dikemukakan

    kepada Bendahari untuk kelulusan bagi jumlah deposit serta pemilihan

    pelaburan yang perlu dibuat.

    3.5 Setelah sesuatu cadangan pelaburan diluluskan atau dipersetujui Bendahari,

    urusan bagi membuka akaun pelaburan perlu disediakan termasuk perkara-

    perkara berikut :

    3.5.1 Senarai penandatangan (pegawai) yang diberi kuasa

    3.5.2 Contoh tandatangan pada kad spesimen institusi kewangan

    3.5.3 Aturan bagi menandatangani dan mengesahkan urusniaga

    mendeposit, memperbaharui dan mengeluarkan simpanan

    3.5.4 Penyediaan cek atau arahan pindahan wang

    3.5.5 Penyediaan surat arahan pelaburan kepada pihak institusi kewangan

    yang berkenaan

    3.6 Setelah sijil atau penyata atau pengesahan pelaburan diterima dan dipastikan

    semua butiran yang dicatat adalah betul sebagaimana yang dicadangkan,

    suatu Daftar Pelaburan secara sistem perlu diselenggara yang mengandungi

    maklumat berkenaan pelaburan, kadar faedah atau keuntungan yang

    dijangka, jumlah pulangan pelaburan, jumlah prinsipal pelaburan, tarikh

    matang pelaburan dan sebagainya dan sijil asal pelaburan hendaklah

    disimpan dalam peti besi bagi tujuan keselamatan.

    4.0 Proses Pembaharuan Pelaburan

    4.1 Jika tunai mencukupi dalam akaun semasa, Universiti boleh dengan

    kelulusan pegawai yang diberi kuasa (authorised signatory) untuk

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    37

    memperbaharui atau melanjutkan tempoh simpanan tetap dengan

    mengeluarkan surat arahan pembaharuan dengan dinyatakan kaedah

    mengurus faedah atau keuntungan sama ada dikeluarkan secara cek atau

    arahan kredit ke institusi kewangan atau diperbaharui dengan jumlah

    simpanan asal atau sebagainya.

    4.2 Arahan perlu dikeluarkan sebelum tempoh tamat atau matang kerana secara

    kebiasaannya pelaburan akan diperbaharui secara automatik jika tiada

    arahan diterima daripada pihak pelabur.

    4.3 Sijil pelaburan yang baru (atau kemaskini pada sijil yang sama) hendaklah

    dipastikan semua butiran yang dicatat adalah betul. Daftar Pelaburan perlu

    dikemaskini bagi setiap pembaharuan pelaburan yang dibuat dan sijil asal

    pelaburan hendaklah disimpan dalam peti besi bagi tujuan keselamatan.

    4.4 Pendapatan daripada keuntungan atau faedah daripada pelaburan tersebut

    perlu dikreditkan sebagai hasil Universiti di bawah Kumpulanwang

    Pendapatan.

    5.0 Proses Pengeluaran Pelaburan

    5.1 Jika tunai tidak mencukupi dalam akaun semasa, pegawai yang

    menguruskan pelaburan hendaklah mengemukakan cadangan pengeluaran

    kepada Bendahari untuk kelulusan.

    5.2 Surat arahan kepada bank untuk mengeluarkan simpanan tetap dan kaedah

    pengeluaran pelaburan serta faedah atau keuntungan sama ada dikeluarkan

    secara cek atau arahan kredit ke bank perlu dinyatakan. Arahan perlu

    dikeluarkan sebelum tempoh tamat atau matang sesuatu pelaburan.

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    38

    BAHAGIAN XI - HAL-HAL LAIN

    1.0 Pindaan

    1.1 Apa-apa peraturan atau pekeliling yang sedang berkuat kuasa yang bertindih

    dengan peraturan yang digariskan di dalam Polisi dan Prosedur Pengurusan

    Tunai adalah dengan ini dipinda.

    1.2 Peraturan dalam polisi ini juga tertakluk kepada sebarang pindaan dari

    semasa ke semasa berdasarkan kelulusan Pihak Berkuasa Universiti.

    2.0 Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)

    2.1 Secara amnya semua pelaburan simpanan tetap dan deposit dibuat di

    institusi kewangan yang dilindungi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

    (PIDM). Di Malaysia, sistem insurans deposit berkuat kuasa pada September

    2005 dan ditadbir oleh PIDM.

    2.2 PIDM melindung deposit dan akan membayar balik dengan segera deposit

    yang dilindungi yang mana ketika ini terhad kepada RM250,000 setiap akaun

    sekiranya berlaku kegagalan di pihak institusi kewangan yang dilindungi.

    2.3 Perlindungan ini disediakan oleh PIDM secara percuma dan automatik (tanpa

    permohonan perlindungan diperlukan).

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    39

    BAHAGIAN XI - RUJUKAN

    Perlembagaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (2011)

    Kementerian Kewangan Malaysia, Arahan Perbendaharaan (AP) (2008)

    Kementerian Kewangan Malaysia, Pekeliling, Surat Pekeliling dan Surat Arahan

    Perbendaharaan

    Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Buku Peraturan Kewangan dan Perakaunan (2012)

    Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Pekeliling dan Surat Pekeliling Bendahari

  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

    POLISI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TUNAI

    40

    BAHAGIAN XII - GLOSARI

    AP Arahan Perbendaharaan

    FPX Financial Process Exchange

    JIP Jawatankuasa Induk Pelaburan

    JPKA Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun

    JTK Jawatankuasa Tetap Kewangan

    LPU Lembaga Pengarah Universiti

    ME Majlis Eksekutif

    NC Naib Canselor

    PIDM Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

    PSR Profit Sharing Ratio

    PTj Pusat Tanggungjawab

    PTPTN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

    PWR Panjar Wang Runcit

    ROI Return on Investment

    SMKB Sistem Maklumat Kewangan Bersepadu

    UMA Unclaimed Moneys Act

    Universiti Universiti Teknikal Malaysia Melaka

    UTeM Universiti Teknikal Malaysia Melaka