unit pemodenan tadbiran dan perancangan · pdf fileputrajaya, cyberjaya, sabah dan sarawak...

18
UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI PERKHIDMATAN PENYENGGARAAN PERKAKASAN DAN PERISIAN SISTEM PENGURUSAN PAPARAN DIGITAL (IBOARD) BAGI TEMPOH DUA BELAS (12) BULAN Untuk UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) TARIKH PELAWAAN 6 NOVEMBER 2017 (ISNIN) TARIKH TUTUP SEBUT HARGA 9 NOVEMBER 2017 (KHAMIS) DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 12/2017

Upload: dinhdan

Post on 08-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN · PDF filePutrajaya, Cyberjaya, Sabah dan Sarawak 1.2.2 Kerja-kerja yang terlibat adalah:- a) Menggantikan iBoard smart agent yang lama di

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)

JABATAN PERDANA MENTERI

PERKHIDMATAN PENYENGGARAAN PERKAKASAN DAN

PERISIAN SISTEM PENGURUSAN PAPARAN DIGITAL

(IBOARD) BAGI TEMPOH DUA BELAS (12) BULAN

Untuk

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)

TARIKH PELAWAAN

6 NOVEMBER 2017 (ISNIN)

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

9 NOVEMBER 2017 (KHAMIS)

DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL

NOMBOR SEBUT HARGA: 12/2017

Page 2: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN · PDF filePutrajaya, Cyberjaya, Sabah dan Sarawak 1.2.2 Kerja-kerja yang terlibat adalah:- a) Menggantikan iBoard smart agent yang lama di

ARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA

1. KENYATAAN TAWARAN

1.1 Sebut Harga Perkhidmatan Penyenggaraan Perkakasan Dan Perisian

Sistem Pengurusan Paparan Digital (iBoard) bagi tempoh dua belas (12)

bulan adalah dipelawa kepada penyebut harga yang berdaftar dengan

Kementerian Kewangan di bawah salah satu kod bidang seperti berikut:-

Kod Bidang

210101 Peralatan/Kelengkapan Komputer, Perkakasan Dan Komponen : Hardware (low end technology) -Supply all types of computer hardware Including PC, notebook, printer, document scanner, peripherals and maintenance

210104 Perisian/Perisian : Software/System Development/Customization and Maintenance including data entry, data processing

210105 Peralatan/Kelengkapan Komputer : Telecommunication/networking-supply product, infrastructure, services including maintenance (LAN/WAN/Internet/wireless/satellite)

1.2 Skop Kerja

1.2.1 Perkhidmatan Penyenggaraan Perkakasan dan Perisian iBoard

meliputi semua Perkakasan dan Perisian dilokasi MAMPU di

Putrajaya, Cyberjaya, Sabah dan Sarawak

1.2.2 Kerja-kerja yang terlibat adalah:-

a) Menggantikan iBoard smart agent yang lama di MAMPU Sabah

dan Sarawak

b) Menyenggara perkakasan dan perisian iBoard dan mengemaskini

aplikasi dan versi sedia ada kepada versi terkini

c) Menambahbaik kefungsian pengurusan masa dan tarikh bagi

Modul Paparan Multimedia, program live streamming, TV

Streamming dan sebagainya

d) Menukar ganti kabel HDMI bagi ke semua unit skrin paparan

iBoard yang masing-masing dua (2) unit di lokasi MAMPU Sabah

dan dua (2) unit di MAMPU Sarawak

e) Menyenggara kesemua perkakasan iBoard di MAMPU Putrajaya

dan Cyberjaya yang merangkumi aktiviti:-

Page 3: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN · PDF filePutrajaya, Cyberjaya, Sabah dan Sarawak 1.2.2 Kerja-kerja yang terlibat adalah:- a) Menggantikan iBoard smart agent yang lama di

- Pembersihan perkakasan, pemeriksaan fizikal, housekeeping

- Pemeriksaan dan Pemantauan CPU, memory dan Disk

- Hot Fix

- Pemeriksaan versi

- Ujian System Diagnostic

- Healthcheck Sistem Operasi

- Penggantian alatganti perkakasan yang rosak

- Back up

- Pengkabelan semula

1.3 Penyebut harga hendaklah memastikan tempoh pendaftarannya dengan

Kementerian Kewangan Malaysia masih sah dalam tempoh pengiklanan.

1.4 Tarikh Tutup

1.4.1 Tawaran sebut harga akan ditutup pada 9 NOVEMBER 2017 sebelum

atau pada jam 12.00 tengah hari

1.4.2 Tawaran yang lewat dikemukakan TIDAK AKAN

DIPERTIMBANGKAN

2. DOKUMEN SEBUT HARGA

Penyebut harga boleh mendapatkan dokumen sebut harga berserta lampiran-

lampiran seperti yang dinyatakan di bawah melalui laman sesawang

www.mampu.gov.my.

3. PENYERAHAN DOKUMEN TAWARAN SEBUT HARGA

3.1 Penyebut harga WAJIB menyerahkan Dokumen Tawaran Sebut Harga

(Lampiran 1, 2, 3, 4, 5 dan 6) seperti di JADUAL 1:

Page 4: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN · PDF filePutrajaya, Cyberjaya, Sabah dan Sarawak 1.2.2 Kerja-kerja yang terlibat adalah:- a) Menggantikan iBoard smart agent yang lama di

3.2 Dokumen Tawaran Sebut Harga yang telah lengkap diisi hendaklah

diserahkan secara serahan tangan atau emel ke alamat seperti berikut:

Unit Pemodenan Tadbiran dan

Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Jabatan Perdana Menteri

Aras 5, Seksyen Kewangan, Blok B2

Kompleks Jabatan Perdana Menteri

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PUTRAJAYA

(u.p: Urus Setia Perolehan)

[email protected];

[email protected];

3.3 Ketidakpatuhan kepada keperluan ini akan menyebabkan dokumen

Tawaran Sebut Harga TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN

4. SYARAT-SYARAT AM

Penyebut harga hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang ditetapkan

apabila menyertai sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan

terma di bawah ini akan menyebabkan tawaran penyebut harga tidak akan

dipertimbangkan

4.1 Pembiayaan

Penyebut harga akan membiayai segala kos yang terlibat dalam penyediaan

dan penghantaran Dokumen Sebut Harga. Pihak MAMPU tidak akan

bertanggungjawab di atas sebarang kos yang terlibat dalam proses

penyediaan Dokumen Sebut Harga

4.2 Keperluan Penyertaan Sebut Harga

JADUAL 1

Lampiran 1 Borang Tawaran Harga (WAJIB)

Lampiran 2 Jadual Pematuhan Spesifikasi (WAJIB)

Lampiran 3 Surat Akuan Pembida (WAJIB)

Lampiran 4 Surat Perwakilan Kuasa (WAJIB)

Lampiran 5 Keterangan Penyebut Harga (WAJIB)

Lampiran 6

i. Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia (Wajib);

ii. Sijil Akuan Pendaftaran Bumiputera (Jika Ada); iii. Penyata bank satu bulan yang terkini (Ogos

2017@ September 2017) (Wajib); dan iv. Sijil Pendaftaran dengan Jabatan Kastam Diraja

Malaysia (Jika Ada)

Page 5: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN · PDF filePutrajaya, Cyberjaya, Sabah dan Sarawak 1.2.2 Kerja-kerja yang terlibat adalah:- a) Menggantikan iBoard smart agent yang lama di

4.2.1 Penyebut harga diwajibkan menyediakan keperluan infrastruktur dari

segi komputer, keperluan komunikasi dan internet serta keupayaan

sumber manusia untuk menyertai sebut harga ini dari lokasi penyebut

harga sendiri.

4.2.2 Keputusan sebut harga yang dikeluarkan adalah muktamad dan

tertakluk kepada Dasar dan Peraturan Perolehan Kerajaan Malaysia.

4.3 Tempoh Sahlaku Tawaran

4.3.1 Tempoh sahlaku tawaran sebut harga adalah 60 hari daripada tarikh

tutup sebut harga.

4.3.2 Dalam keadaan berkecuali, sebelum tamat tempoh sahlaku tawaran

asal, MAMPU boleh meminta tempoh sahlaku tawaran dilanjutkan.

Permintaan dan jawapan akan dilakukan secara bertulis.

4.3.3 Penyebut harga yang bersetuju dengan permintaan ini tidak

diperlukan atau diminta untuk mengubah tawaran asal, tetapi

hanya diminta untuk melanjutkan tempoh sahlaku sebutharga.

4.4 Harga Tawaran

4.4.1 Harga-harga yang ditawarkan mestilah dalam Ringgit Malaysia (RM)

dan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun serta kos

tambahan yang berkaitan seperti kos bungkusan, pembungkusan,

penghantaran, cukai atau duti kastam dan lain-lain kos yang

bersangkutan dengan pembekalan yang ditawarkan.

4.4.2 Harga-harga yang ditawarkan dalam sebut harga ini adalah tetap dan

tidak boleh dipinda selepas sebut harga ditutup dan akan

berkuatkuasa selama dalam tempoh sahlaku sebut harga. Harga

yang ditawarkan oleh penyebut harga yang berjaya hendaklah

dipatuhi sepanjang masa perkhidmatan berjalan dan tidak boleh

dibuat sebarang perubahan.

4.4.3 Penyebut harga dikenakan kadar fi perkhidmatan bagi perolehan

secara elektronik sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk

kepada had maksimum berjumlah RM 9,600.00 bagi transaksi yang

bernilai RM1.2 juta atau lebih. Caj yang dikenakan ini adalah seperti

yang termaktub dalam Terma dan Syarat bagi Pendaftaran Pembekal

di bawah Sistem eP

4.5 Publisiti

Page 6: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN · PDF filePutrajaya, Cyberjaya, Sabah dan Sarawak 1.2.2 Kerja-kerja yang terlibat adalah:- a) Menggantikan iBoard smart agent yang lama di

Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga boleh disiarkan di dalam

sebarang akhbar, majalah, media elektronik atau alat pengiklanan / media

massa kecuali telah mendapat kelulusan daripada MAMPU terlebih dahulu.

4.6 Tafsiran

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah

diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut

harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia

sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin

timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul

daripadanya.

4.7 Hak Menerima Atau Menolak

4.7.1 MAMPU berhak menerima atau menolak mana-mana sebut harga dan

membatalkan proses tawaran dan menolak semua penyebut harga

pada bila-bila masa sebelum sebut harga diberikan tanpa melibatkan

apa-apa tanggungan kepada penyebut harga yang terlibat atau tanpa

memerlukan pihak MAMPU untuk memaklumkan sebab-sebab

demikian kepada penyebut harga yang terlibat.

4.7.2 Pihak MAMPU adalah berhak mempersetujui tawaran penyebut harga

sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya serta

menambah atau mengurangkan kuantiti barangan dalam spesifikasi.

4.7.3 Pihak MAMPU tidak terikat untuk menerima tawaran penyebut harga

yang terendah sekali atau mana-mana penyebut harga jua pun.

Keputusan MAMPU adalah muktamad dan MAMPU tidak diperlukan

untuk memberi sebab penolakan mana-mana penyebut harga

4.8 Surat Setuju Terima (Tanpa Dokumen Kontrak)

4.8.1 MAMPU akan memberi notis bertulis dalam bentuk Surat Setuju

Terima (Tanpa Dokumen Kontrak kepada penyebut harga yang

berjaya apabila sebut harga dipersetujui dalam tempoh sahlaku

sebut harga.

4.8.2 Apabila dipersetujui maka satu kontrak hendaklah disifatkan sebagai

telah dibuat di antara pihak MAMPU dengan penyebut harga.

4.9 Penamatan Kontrak

Page 7: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN · PDF filePutrajaya, Cyberjaya, Sabah dan Sarawak 1.2.2 Kerja-kerja yang terlibat adalah:- a) Menggantikan iBoard smart agent yang lama di

MAMPU mempunyai hak untuk menamatkan perkhidmatan pada bila-bila

masa apabila penyebut harga yang berjaya gagal memenuhi obligasi

sebut harga mengikut perjanjian.

4.10 Pembetulan Kesalahan

4.10.1 Sebarang pindaan atau pembatalan dalam sebut harga oleh penyebut

harga selepas dokumen sebut harga dihantar adalah tidak dibenarkan

sama sekali.

4.10.2 Jika terdapat apa-apa perbezaaan dalam pengiraan di dalam sebut

harga ianya akan dibetulkan oleh MAMPU seperti berikut:-

a) Jika terdapat perbezaan di antara jumlah dalam bentuk angka dan

perkataan, jumlah dalam bentuk perkataan akan diambilkira.

b) ika terdapat perbezaan di antara kadar unit dan jumlah yang

didapati daripada pendaraban kadar unit dan bilangan, kadar unit

yang dicatitkan akan diambilkira.

c) Jumlah yang dinyatakan di atas sebut harga akan diubah oleh

MAMPU mengikut prosidur di atas bagi pembetulan kesalahan

dan penyebut harga adalah terikat atas perubahan ini.

4.11 Hak Milik dan Deliverables

4.11.1 Semua laporan dan deliverables adalah hak milik MAMPU dan tidak

boleh ditiru dan disalin dalam apa-apa bentuk media untuk pihak lain

tanpa kebenaran MAMPU.

4.11.2 Penyebut harga yang berjaya hendaklah memastikan supaya semua

kerja disempurnakan pada tarikh atau dalam tempoh yang telah

ditetapkan

4.12 Rasuah

4.12.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau

memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah

kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini

merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

4.12.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawarkan atau memberi apa-apa

suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak

Page 8: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN · PDF filePutrajaya, Cyberjaya, Sabah dan Sarawak 1.2.2 Kerja-kerja yang terlibat adalah:- a) Menggantikan iBoard smart agent yang lama di

yang ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan

dengan segera ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat

demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

4.12.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib

terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan

kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat

dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

4.12.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan

bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada

barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada

perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam

yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan

di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta

694)

4.13 A Integrity Pact

Penyebut harga yang menghantar dokumen sebut harga hendaklah

menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau

memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan projek. Wakil syarikat

yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan

Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Format Surat

Akuan Pembida adalah seperti di LAMPIRAN 3 dan Surat Perwakilan Kuasa

adalah seperti di LAMPIRAN 4.

4.14 Pertanyaan

Penyebut harga yang memerlukan sebarang penjelasan mengenai dokumen

sebut harga boleh merujuk kepada:

Encik Badrul Hisham bin Abu Bakar

No. Tel : 03-8872 3073

Encik Mahmud bin Abd Rahman No. Tel : 03-8872 3059

Page 9: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN · PDF filePutrajaya, Cyberjaya, Sabah dan Sarawak 1.2.2 Kerja-kerja yang terlibat adalah:- a) Menggantikan iBoard smart agent yang lama di

LAMPIRAN 1

BORANG TAWARAN HARGA

Spesifikasi Perkhidmatan Penyenggaraan Perkakasan Dan Perisian Sistem Pengurusan Paparan Digital (iBoard) bagi tempoh dua belas (12) bulan

SPESIFIKASI KUANTITI HARGA SEUNIT

(RM)

HARGA (RM)

1. Perkhidmatan Penyenggaraan Perkakasan Dan Perisian Sistem Pengurusan Paparan Digital (iBoard) di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi tempoh dua belas (12) bulan Merangkumi:- - Menggantikan iBoard smart agent yang

lama di MAMPU Sabah dan Sarawak - Menyenggara perkakasan dan perisian

iBoard dan mengemaskini aplikasi dan versi sedia ada kepada versi terkini

- Menambahbaik kefungsian pengurusan masa dan tarikh bagi Modul Paparan Multimedia, program live streamming, TV Streamming dan sebagainya

- Menukar ganti kabel HDMI bagi ke semua unit skrin paparan iBoard yang masing-masing dua (2) unit di lokasi MAMPU Sabah dan dua (2) unit di MAMPU Sarawak

2. Support Service (1-Year)

2 unit

1 lot

1 lot

4 unit

Page 10: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN · PDF filePutrajaya, Cyberjaya, Sabah dan Sarawak 1.2.2 Kerja-kerja yang terlibat adalah:- a) Menggantikan iBoard smart agent yang lama di

i. 8.30am – 5.30pm unlimited

phone/email/web support and remote

troubleshooting/consultation (working days)

ii. Onsite troubleshooting (8.30am –

5.30pm working days)

iii. 4-hours response onsite visit for critical

incident (Unlimited)

3. Preventive Maintenance (4 kali setahun)

4. Administrator Training (Latest version), 10

pax

Harga Keseluruhan Tanpa 6% GST

a. Harga Tawaran: Ringgit Malaysia ………......................................................... …………………………………………………………........................................................ b. Tempoh sah laku Sebut Harga : …………… hari

Dengan ini saya mengesahkan bahawa penerangan di atas adalah benar dan semua harga yang ditawarkan adalah termasuk semua cukai/Fi Perkhidmatan, kos pembungkusan (meliputi ‘cutting cost’, ‘polybag’, ‘carton box’ dan ‘individual packaging cost’), kos pemunggahan dan kos penghantaran serta kos-kos lain yang berkaitan ke destinasi terakhir/pengguna yang telah ditentukan termasuk kos penghantaran, servis dan cukai duti kastam.

………..…………………………………

(Tandatangan)

Nama : Cop syarikat :

Jawatan :

Page 11: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN · PDF filePutrajaya, Cyberjaya, Sabah dan Sarawak 1.2.2 Kerja-kerja yang terlibat adalah:- a) Menggantikan iBoard smart agent yang lama di

LAMPIRAN 2

JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI

Penyebut Harga WAJIB untuk mematuhi semua keperluan yang telah dinyatakan dalam

jadual ini. Kegagalan untuk mematuhi mana-mana keperluan ini akan mengakibatkan

Penyebut Harga berkenaan tidak dipertimbangkan.

No Spesifikasi Mandatori Pematuhan

(Ya/Tidak)

Keterangan

Penyebutharga

A. Spesifikasi Umum

1 Tempoh sokongan dan penyenggaraan selama dua belas (12) bulan

M

2 Skop Perlindungan (Scope of Coverage) Perkakasan dan Perisian

MAMPU Putrajaya • iBoard SmartAgent – 4 Unit • LCD Monitor HP2109 – 3 Unit • HDMI Cable – 4 Unit • Kabel Rangkaian dan Elektrikal – 4 Lot

MAMPU Cyberjaya • iBoard SmartAgent – 4 Unit • LCD Monitor HP2109 – 3 Unit • LCD TV Samsung 40” – 1 Unit • HDMI Cable – 4 Unit • Kabel Rangkaian dan Elektrikal – 4 Lot

MAMPU Sabah • iBoard SmartAgent – 2 Unit • LCD Monitor HP2109 – 1 Unit • LCD TV Samsung 40” – 1 Unit

M

Page 12: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN · PDF filePutrajaya, Cyberjaya, Sabah dan Sarawak 1.2.2 Kerja-kerja yang terlibat adalah:- a) Menggantikan iBoard smart agent yang lama di

No Spesifikasi Mandatori Pematuhan

(Ya/Tidak)

Keterangan

Penyebutharga

MAMPU Sarawak • iBoard SmartAgent – 2 Unit • LCD Monitor HP2109 – 1 Unit • LCD TV Samsung 40” – 1 Unit

Perisian • Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu Paparan Digital (iBoard)

3 Penyenggaraan kesemua perkakasan dan perisian yang melibatkan Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu Paparan Digital (iBoard) di MAMPU Putrajaya dan MAMPU Cyberjaya yang merangkumi aktiviti – aktiviti berikut: - Pembersihan perkakasan, pemeriksaan fizikal, ‘housekeeping’ - Pemeriksaan dan Pemantauan CPU, Memory dan Disk - Kemaskini ‘Patches’ bagi perisian – perisian yang tertentu - Hot Fix (Sekiranya ada) - Peningkatan versi (if applicable) - System diagnostic test - System Healthcheck of Operating System - Replacement of faulty / defective parts (if applicable) - Backup Konfigurasi terkini ke cakera keras / CD atau Pemacu USB - Memastikan kesemua kabel disambung baik dan disusun rapi

M

B. Ciri-Ciri Server & Konsol Pentadbiran

1 Konsol pentadbiran mestilah hanya berasaskan Web dan boleh diakses oleh pentadbir daripada mana-mana lokasi dalam rangkaian melalui kesemua jenis Web-browser termasuk IE, Firefox, Chrome, Safari dan juga compatible dengan Mobile-view

M

2 WEB UI bagi konsol pentadbiran mestilah sekurang-kurangnya menggunakan teknologi terkini seperti HTML5 dengan Hybrid JAVA bagi memastikan navigasi antaramuka pentadbiran yang lancar, interaktif serta touch-optimized jika diakses melalui tablet atau smartphone.

M

C. Perkhidmatan Penyelenggaraan Pencegahan/Preventive Maintenance (PM) Berkala

Page 13: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN · PDF filePutrajaya, Cyberjaya, Sabah dan Sarawak 1.2.2 Kerja-kerja yang terlibat adalah:- a) Menggantikan iBoard smart agent yang lama di

No Spesifikasi Mandatori Pematuhan

(Ya/Tidak)

Keterangan

Penyebutharga

1 Keperluan kekerapan : 4 kali setahun M 2 Sila kemukakan cadangan jadual

penyelenggaraan dalam bentuk Gantt Chart.

M

3 Penyebutharga perlulah mengeluarkan laporan Preventive Maintenance (PM) dan diserahkan kepada MAMPU dalam tempoh 1-minggu selepas setiap kali penyelenggaraan disempurnakan.

M

Penyebutharga perlulah mematuhi skop penyelenggaraan seperti berikut :

4 Iboard management servers/s configuration fine-tuning, database optimization, logs backup and archiving, upgrade version upon availability.

M

D. Khidmat Sokongan & Meja Bantuan

Penyebutharga perlulah memberi khidmat sokongan dan mempunyai kemudahan meja bantuan seperti berikut di sepanjang tempoh kontrak :

1 Pembekal mesti mempunyai Sistem Helpdesk dan Pelan Perkhidmatan Penyelenggaraan yang lengkap.

M

2 Khidmat sokongan yang ditawarkan hendaklah meliputi hari Isnin hingga Jumaat dan dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang

M

3 Sila kemukakan cadangan support

procedure (flow chart) atau deraf Service Level Agreement (SLA) yang menyatakan dengan jelas respon masa dan saluran khidmat sokongan bagi setiap jenis kes.

M

E. Khidmat Latihan Kemahiran Pengendalian Perisian dan Perkakasan (Transfer Of Technology)

Penyebutharga mesti memberikan latihan rasmi kepada pegawai ICT MAMPU yang terlibat sekurang-kurangnya seperti berikut :

1 Penyebutharga MESTI memberi maklumat lengkap mengenai tawaran latihan-latihan i. topik latihan dan ii. bilangan hari yang diperlukan.

M

2 Penyebutharga MESTI memberi

latihan (Transfer of Technology) untuk perisian yang dibekalkan dalam perlaksanaan projek dari tenaga pengajar atau Engineer yang diiktiraf (Certified Engineer and Recognize by Principle).

M

Page 14: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN · PDF filePutrajaya, Cyberjaya, Sabah dan Sarawak 1.2.2 Kerja-kerja yang terlibat adalah:- a) Menggantikan iBoard smart agent yang lama di

No Spesifikasi Mandatori Pematuhan

(Ya/Tidak)

Keterangan

Penyebutharga

4 Penyebutharga MESTI menjelaskan program Pemindahan Teknologi (ToT) dan Change Management yang ditawarkan semasa perlaksanaan projek ini.

M

5 Penyebutharga MESTI membekal

minima dua (2) set lengkap dokumentasi dan manual untuk perisian yang dibekalkan semasa projek dilaksanakan. i. Standarad Operating Procedure (SOP); ii. System Requirement Specification (SRS); iii. Manual Pengguna; dan iv. Laporan Ujian Penerimaan Project Accomplishment Plan (Plan Timeline)

M

LAMPIRAN 3

SURAT AKUAN PEMBIDA

Kepala Surat

Saya, (Nama Wakil Syarikat) nombor K.P ……………..................... yang mewakili

….(Nama Syarikat nombor Pendaftaran (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB) dengan

ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini

tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Unit

Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU),

Jabatan Perdana Menteri atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk

dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat

Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat

pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapat

cuba menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Unit

Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU),

Jabatan Perdana Menteri atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk

dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat

bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau

2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan

2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang

berkuat-kuasa.

Page 15: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN · PDF filePutrajaya, Cyberjaya, Sabah dan Sarawak 1.2.2 Kerja-kerja yang terlibat adalah:- a) Menggantikan iBoard smart agent yang lama di

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya

atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk

dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan

segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

……….................…

(Nama dan No. KP)

Cop Syarikat :

Catatan: i) *Potong mana yang tidak berkenaan.

ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa

LAMPIRAN 4

SURAT PERWAKILAN KUASA

Kepala Surat Syarikat

Ketua Pengarah

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan, Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Kompleks Jabatan Perdana Menteri

Aras 6, Blok B2, Kompleks B

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PUTRAJAYA Tarikh:

Tuan,

PERWAKILAN KUASA MENANDATANGANI BAGI PIHAK SYARIKAT

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa saya ………………………. no

I/C:……………………………… selaku pemilik

Syarikat………………………………………………………………akan menandatangani

sendiri semua dokumen berkaitan dengan urusan perolehan sebut harga

Perkhidmatan Penyenggaraan Perkakasan Dan Perisian Sistem Pengurusan

Paparan Digital (iBoard) bagi tempoh dua belas (12) bulan untuk Unit Pemodenan

Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) atau mewakilkan kuasa

untuk menandatangani bagi pihak syarikat untuk urusan perolehan tersebut iaitu:

Page 16: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN · PDF filePutrajaya, Cyberjaya, Sabah dan Sarawak 1.2.2 Kerja-kerja yang terlibat adalah:- a) Menggantikan iBoard smart agent yang lama di

Nama : …………………………………………

Alamat : …………………………………………

Jawatan : ………………………………………

No. I/C : …………………………………………

No Telefon : …………………………………………

Emel : …………………………………………

3. Sehubungan itu, dikemukakan untuk makluman/ rujukan pihak tuan selanjutnya.

Pihak kami akan memaklumkan kepada pihak tuan sekiranya terdapat perubahan

penama bagi perkara ini secara rasmi.

Sekian, terima kasih.

………(Tandatangan)…........

(NAMA PEMILIK SYARIKAT)

Jawatan:

Cop Syarikat: * potong yang mana tidak berkenaan.

LAMPIRAN 5

KETERANGAN MENGENAI SYARIKAT

1. Nama Syarikat : …………………………………………………………

2. Alamat Syarikat : …………………………………………………………

3. No.Telefon : …………………………………………………………

4. Tarikh Syarikat Ditubuhkan : …………………………………………………………

5. Jenis Syarikat : …………………………………………………………

6. Jenis Perniagaan : …………………………………………………………

7. Ahli Lembaga Pengarah : …………………………………………………………

Bil Nama No. K/P Warganegara

1.

Page 17: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN · PDF filePutrajaya, Cyberjaya, Sabah dan Sarawak 1.2.2 Kerja-kerja yang terlibat adalah:- a) Menggantikan iBoard smart agent yang lama di

2.

3.

8. Bilangan pemegang saham mengikut jumlah unit saham.

Bilangan Pemegang Saham Jumlah unit saham %

Bumiputera

Bukan Bumiputera

9. Nama Dan Alamat Bank : ……………………………………………………

10. Nombor Akaun Bank : ……………………………………………………

11. Komposisi Kakitangan : …………………………………………………...

Jawatan Bumiputera Bukan Bumiputera Jumlah

Eksekutif

Teknikal

Perkeranian

Buruh/Kaki

tangan

Rendah

12. Lain-lain maklumat bagi menyokong cadangan ini:

Saya perakui bahawa segala keterangan di atas adalah benar.

Tandatangan Penyebut Harga : ………………………………………………

Tarikh : ………………………………………………

Nama : ………………………………………………

Jawatan Rasmi : ………………………………………………

No. Telefon (Pejabat) : ………………………………………………

No. Telefon (Bimbit) : ………………………………………………

Page 18: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN · PDF filePutrajaya, Cyberjaya, Sabah dan Sarawak 1.2.2 Kerja-kerja yang terlibat adalah:- a) Menggantikan iBoard smart agent yang lama di

Emel : ………………………………………………

Cop Rasmi Syarikat :

LAMPIRAN 6

DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN

i. Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia

(Wajib);

ii. Sijil Akuan Pendaftaran Bumiputera (Jika Ada);

iii. Penyata bank satu bulan yang terkini (Ogos 2017@

September 2017) (Wajib); dan

iv. Sijil Pendaftaran dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia

(Jika Ada)