unit pemodenan tadbiran dan perancangan

33
UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 11/2016 PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENYENGGARA DAN MENGINTEGRASI PENGIMBAS (READER) BIOMETRIC DENGAN SISTEM SEDIA ADA BAGI TUJUAN PERLUASAN PENGIMBAS (READER) BIOMETRIC SISTEM PENGURUSAN KEHADIRAN WARGA MAMPU SECARA SEWAAN UNTUK TEMPOH SATU (1) TAHUN Untuk UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) TARIKH PELAWAAN 4 Ogos 2016 (KHAMIS) 1

Upload: vanthu

Post on 01-Feb-2017

245 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGANPENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)

JABATAN PERDANA MENTERI

DOKUMEN SEBUT HARGA KECILNOMBOR SEBUT HARGA: 11/2016

PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENYENGGARA DAN MENGINTEGRASI

PENGIMBAS (READER) BIOMETRIC DENGAN SISTEM SEDIA ADA BAGI TUJUAN PERLUASAN PENGIMBAS (READER) BIOMETRIC SISTEM PENGURUSAN KEHADIRAN WARGA

MAMPU SECARA SEWAAN UNTUK TEMPOH SATU (1) TAHUN

Untuk

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGANPENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)

TARIKH PELAWAAN4 Ogos 2016 (KHAMIS)

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA9 Ogos 2016 (SELASA)

1

Page 2: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

1. KENYATAAN TAWARAN

1.1 Sebut Harga PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENYENGGARA DAN MENGINTEGRASI PENGIMBAS (READER) BIOMETRIC DENGAN SISTEM SEDIA ADA BAGI TUJUAN PERLUASAN PENGIMBAS (READER) BIOMETRIC SISTEM PENGURUSAN KEHADIRAN WARGA MAMPU SECARA SEWAAN UNTUK TEMPOH SATU (1) TAHUN adalah dipelawa kepada penyebut harga yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah SALAH SATU kod bidang seperti berikut:-

Kod Bidang221502

120501

120502

Penyewaan dan Pengurusan -Mesin dan peralatan pejabat; atau

Pertahanan dan keselamatan – Pengesan, Pemantauan dan Perlindungan – Kunci, Perkakasan Perlindungan dan Aksesori: atau

Pertahanan dan keselamatan – Pengesan, Pemantauan dan Perlindungan – Peralatan Pemantauan dan Pengesanan

1.2 Penyebut harga hendaklah memastikan tempoh pendaftarannya dengan Kementerian Kewangan Malaysia masih sah dalam tempoh pengiklanan.

1.3 Tarikh Pelawaan

1.3.1 Tawaran sebut harga akan dipelawa pada 04 Ogos 2016 (Khamis) dan akan ditutup pada 09 Ogos 2016 (Selasa).

1.3.2 Tawaran yang lewat dikemukakan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

2. SKOP PERKHIDMATAN

2.1 Penyebut harga diperlukan untuk melaksanakan Perkhidmatan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Menyenggara dan Mengintegrasi Pengimbas (Reader) Biometric Dengan Sistem Sedia Ada Bagi Tujuan Perluasan Pengimbas (Reader) Biometric Sistem Pengurusan Kehadiran Warga MAMPU secara sewaan untuk tempoh satu (1) tahun.

2

Page 3: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

2.2 Penyebut harga hendaklah mengubahsuai atau membangun sistem aplikasi Biometric yang dicadangkan bagi membolehkan sistem aplikasi berkenaan boleh berinteraksi dengan Sistem Antara Muka Pengimbas (Reader) Biometric sedia ada. Rujuk Lampiran A untuk maklumat terperinci spesifikasi Sistem Antara Mula Pengimbas (Reader) Biometric sedia ada.

2.3 Keperluan pengimbas (Reader) adalah boleh menerima template atau imej jari atau sebarang identiti seperti kad dari sistem sedia ada. Cadangan penyebut harga bagi penawanan baru imej jari atau kad secara keseluruhan dari warga MAMPU, tidak diterima sama sekali. Spesifikasi Pengimbas (Reader) Biometric sedia ada adalah adalah seperti di Lampiran B.

2.4 Lokasi perkhidmatan adalah di MAMPU Putrajaya, MAMPU Cyberjaya, MAMPU Cawangan Sabah dan MAMPU Cawangan Sarawak. Dengan ini penyebut harga yang mempunyai cawangan atau rangkaian di negeri Sabah dan Sarawak diberikan keutamaan.

2.5 Penyebut harga adalah bertanggung jawab menambah atau membaiki mana-mana lokasi yang mempunyai infrastruktur sedia yang kurang sempurna bagi memastikan sistem berfungsi dengan sempurna dan tanggungjawab ini tidak terhad kepada Rangkaian dan bekalan kuasa. Kos yang diambilkira hanyalah penambahan dan pembaikan sahaja. Oleh yang demikian, penyebut harga boleh melaksanakan lawatan tapak jika diperlukan.

2.6 Penyebut harga juga dikehendaki melaksanakan migrasi dan integrasi imej jari dari sistem sedia ada ke pengimbas (Reader) baharu yang dicadangkan.

2.7 Penyebut harga dikehendaki menyediakan Plan Service Level Aggreement bagi maksud melaksanakan pemulihan semasa tempoh jaminan tidak terhad kepada seperti yang berikut:-

2.7.1 Masa operasi Penyebut harga;2.7.2 Tempoh masa juruteknik Penyebut harga perlu hadir dan

mengenalpasti aduan yang dibuat; dan 2.7.3 Masa Resolution time setelah hadir dilokasi aduan.

3

Page 4: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

2.8 Dalam keadaan di mana sesuatu peralatan tidak dapat berfungsi dengan sempurna, Penyebutharga diperlukan untuk melaksanakan pemulihan peralatan tersebut dalam tempoh Resolution time tanpa sebarang kos tambahan.

2.9 Dalam keadaan di mana sesuatu pemulihan gagal melebihi Resolution time, Penyebutharga diperlukan untuk menyediakan peralatan baru mengikut spesifikasi sedia atau atau lebih baik tanpa sebarang kos. Peralatan baru yang dipasang dikatakan sempurna dan boleh diterima apabila ianya telah diuji dari segi fungsian dan integrasi dengan sistem sedia ada

2.10 Dalam keadaan di mana Penyebutharga perlu membawa peralatan keluar dari lokasi asal atas apa alas an sekalipun, penyebutharga diperlukan menyediakan penggantian. Kos membawa keluar peralatan adalah tanggungan Penyebutharga. Begitu juga dengan kos membawa masuk dan seterusnya memasang peralatan berkenaan.

3. PEMBAYARAN

Sewaan adalah secara bulanan dan pembayaran adalah setiap empat (4) bulan iaitu tiga (3) kali bayaran untuk tempoh setahun tertakluk kepada Surat Setuju Terima yang dikeluarkan.

4. PERJANJIAN

4.1 Penyebutharga yang berjaya dikehendaki menandatangani Dokumen Surat Setuju Terima. Di dalam surat ini mengandungi kaedah pembayaran yang ditetapkan

4.2 Apabila Penyebutharga telah menandatangani dan Surat Setuju Terima ini dan mengembalikannya kepada MAMPU, dalam tempoh tiga puluh (30) hari, satu dokumen PENJANJIAN akan ditandatangani

5. DOKUMEN SEBUT HARGA

Penyebut harga boleh mendapatkan dokumen sebut harga berserta lampiran-lampiran seperti yang dinyatakan di bawah melalui laman sesawang www.mampu.gov.my.

4

Page 5: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

6. PENYERAHAN DOKUMEN TAWARAN SEBUT HARGA

6.1 Penyebut harga WAJIB menyerahkan Dokumen Tawaran Sebut Harga (Lampiran 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7) seperti di JADUAL 1:

JADUAL 1Lampiran 1 Borang Tawaran HargaLampiran 2 Jadual Pematuhan Terma-Terma dan Syarat-SyaratLampiran 3 Surat Akuan Penyebut hargaLampiran 4 Surat Perwakilan KuasaLampiran 5 Keterangan Penyebut HargaLampiran 6 Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan

Malaysia, Bumiputera (jika ada), penyata bank satu bulan yang terkini dan salinan sijil pendaftaran GST syarikat dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (jika ada)

Lampiran 7 Pengalaman Syarikat

6.2 Dokumen Tawaran Sebut Harga yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan secara serahan tangan atau emel ke alamat seperti berikut:

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)Jabatan Perdana MenteriAras 5, Seksyen Kewangan, Blok B2Kompleks Jabatan Perdana MenteriPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PUTRAJAYA(u.p: Urus Setia Perolehan)[email protected];[email protected] ; dan [email protected]

6.3 Ketidakpatuhan kepada keperluan ini akan menyebabkan dokumen Tawaran Sebut Harga TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN.

5

Page 6: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

7. SYARAT-SYARAT AM

Penyebut harga hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang ditetapkan apabila menyertai sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan terma di bawah ini akan menyebabkan tawaran penyebut harga tidak akan dipertimbangkan.

7.1 Pembiayaan

Penyebut harga akan membiayai segala kos yang terlibat dalam penyediaan dan penghantaran Dokumen Sebut Harga. Pihak MAMPU tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kos yang terlibat dalam proses penyediaan Dokumen Sebut Harga;

7.2 Keperluan Penyertaan Sebut Harga

7.2.1 Penyebut harga diwajibkan menyediakan keperluan infrastruktur dari segi komputer, keperluan komunikasi dan internet serta keupayaan sumber manusia untuk menyertai sebut harga ini dari lokasi penyebut harga sendiri; dan

7.2.2 Keputusan sebut harga yang dikeluarkan adalah muktamad dan tertakluk kepada Dasar dan Peraturan Perolehan Kerajaan Malaysia.

7.3 Tempoh Sahlaku Tawaran

7.3.1 Tempoh sahlaku tawaran sebut harga adalah 60 hari daripada tarikh tutup sebut harga;

7.3.2 Dalam keadaan berkecuali, sebelum tamat tempoh sahlaku tawaran asal, MAMPU boleh meminta tempoh sahlaku tawaran dilanjutkan. Permintaan dan jawapan akan dilakukan secara bertulis; dan

7.3.3 Penyebut harga yang bersetuju dengan permintaan ini tidak diperlukan atau diminta untuk mengubah tawaran asal, tetapi hanya diminta untuk melanjutkan tempoh sahlaku sebutharga.

6

Page 7: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

7.4 Harga Tawaran

7.4.1 Harga-harga yang ditawarkan mestilah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun serta kos tambahan yang berkaitan seperti kos bungkusan, pembungkusan, penghantaran, cukai atau duti kastam dan lain-lain kos yang bersangkutan dengan pembekalan yang ditawarkan jika ada;

7.4.2 Harga-harga yang ditawarkan dalam sebut harga ini adalah tetap dan tidak boleh dipinda selepas sebut harga ditutup dan akan berkuatkuasa selama dalam tempoh sahlaku sebut harga. Harga yang ditawarkan oleh penyebut harga yang berjaya hendaklah dipatuhi sepanjang masa perkhidmatan berjalan dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan;

7.4.3 Penyebut harga dikenakan kadar fi perkhidmatan bagi perolehan secara elektronik sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM 9,600.00 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih. Caj yang dikenakan ini adalah seperti yang termaktub dalam Terma dan Syarat bagi Pendaftaran Pembekal di bawah Sistem eP.

7.4.4 Penyebut harga dikehendaki mengemukakan tawaran harga tanpa mengambil kira elemen Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi menyertai tender ini kerana pihak Kementerian akan mengambil kira elemen tersebut sebagai tambahan kepada harga yang ditawarkan (sekiranya berkaitan) tertakluk pada pendaftaran syarikat dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia

7.4.5 Penyebut harga perlu mengisytiharkan status pendaftaran GST dan mengemukakan nombor pendaftaran GST kepada pihak Kerajaan; dan

7.4.6 Pihak Kerajaan akan menambah kenaan GST ke atas harga tawaran dalam Surat Setuju Terima (SST)/Inden Kerja/Pesanan Tempatan sekiranya pembekal berdaftar GST.

7

Page 8: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

7.5 Publisiti

Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalah, media elektronik atau alat pengiklanan / media massa kecuali telah mendapat kelulusan daripada MAMPU terlebih dahulu.

7.6 Tafsiran

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

7.7 Hak Menerima Atau Menolak

7.7.1 MAMPU berhak menerima atau menolak mana-mana sebut harga dan membatalkan proses tawaran dan menolak semua penyebut harga pada bila-bila masa sebelum sebut harga diberikan tanpa melibatkan apa-apa tanggungan kepada penyebut harga yang terlibat atau tanpa memerlukan pihak MAMPU untuk memaklumkan sebab-sebab demikian kepada penyebut harga yang terlibat;

7.7.2 Pihak MAMPU adalah berhak mempersetujui tawaran penyebut harga sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya serta menambah atau mengurangkan kuantiti barangan dalam spesifikasi; dan

7.7.3 Pihak MAMPU tidak terikat untuk menerima tawaran penyebut harga yang terendah sekali atau mana-mana penyebut harga jua pun. Keputusan MAMPU adalah muktamad dan MAMPU tidak diperlukan untuk memberi sebab penolakan mana-mana penyebut harga.

8

Page 9: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

7.8 Pesanan Tempatan (Jika berkaitan)

7.8.1 MAMPU akan memberi notis bertulis dalam bentuk Pesanan Tempatan kepada penyebut harga yang berjaya apabila sebut harga dipersetujui dalam tempoh sahlaku sebut harga; dan

7.8.2 Apabila dipersetujui maka satu kontrak hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di antara pihak MAMPU dengan penyebut harga.

7.9 Penamatan Kontrak MAMPU mempunyai hak untuk menamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa apabila penyebut harga yang berjaya gagal memenuhi obligasi sebut harga mengikut perjanjian.

7.10 Pembetulan Kesalahan

7.10.1 Sebarang pindaan atau pembatalan dalam sebut harga oleh penyebut harga selepas dokumen sebut harga dihantar adalah tidak dibenarkan sama sekali;

7.10.2 Jika terdapat apa-apa perbezaaan dalam pengiraan di dalam sebut harga ianya akan dibetulkan oleh MAMPU seperti berikut:

(i) Jika terdapat perbezaan di antara jumlah dalam bentuk angka dan perkataan, jumlah dalam bentuk perkataan akan diambilkira;

(ii) Jika terdapat perbezaan di antara kadar unit dan jumlah yang didapati daripada pendaraban kadar unit dan bilangan, kadar unit yang dicatatkan akan diambilkira; dan

(iii) Jumlah yang dinyatakan di atas sebut harga akan diubah oleh MAMPU mengikut prosedur di atas bagi pembetulan kesalahan dan penyebut harga adalah terikat atas perubahan ini.

9

Page 10: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

7.11 Hak Milik dan Deliverables

7.11.1 Semua laporan dan deliverables adalah hak milik MAMPU dan tidak boleh ditiru dan disalin dalam apa-apa bentuk media untuk pihak lain tanpa kebenaran MAMPU; dan

7.11.2 Penyebut harga yang berjaya hendaklah memastikan supaya semua kerja disempurnakan pada tarikh atau dalam tempoh yang telah ditetapkan.

7.12 Rasuah

7.12.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694);

7.12.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawarkan atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694);

7.12.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694); dan

7.12.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

10

Page 11: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

7.13 Integrity Pact

Penyebut harga yang menghantar dokumen sebut harga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan projek. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Format Surat Akuan Pembida adalah seperti di Lampiran 3 dan Surat Perwakilan Kuasa adalah seperti di Lampiran 4.

7.14 Pertanyaan

Penyebut harga yang memerlukan sebarang penjelasan mengenai dokumen sebut harga boleh merujuk kepada:

i. En Mahmud B Abd Rahman No. Tel : 03-8872 3059

ii. En Mohd Hafedzy bin Mohd NasirNo. Tel : 03-8872 7452

11

Page 12: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

Lampiran 1

BORANG TAWARAN HARGA

Spesifikasi Perkhidmatan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Menyenggara dan Mengintegrasi Pengimbas (Reader) Biometric Dengan Sistem Sedia Ada Bagi Tujuan Perluasan Pengimbas (Reader) Biometric Sistem Pengurusan Kehadiran Warga MAMPU

BIL LOKASI CADANGAN MODEL/ JENAMA

KUANTITI KADAR SEUNIT (RM)

JUMLAH (RM)

1. MAMPU Putrajaya:-

a. Aras 3 Blok B2b. Aras 5 Blok B2

Switch Network sedia ada tidak menyokong PoE, kabel network telah disediakan

11

2. MAMPU Cyberjaya:

a. Aras Lobib. Aras 2

Switch Network sedia ada menyokong PoE, kabel network telah sudah disediakan

11

3 MAMPU Cawangan Sabah

Switch Network sedia ada tidak menyokong PoE, kabel network telah disediakan

1

4. MAMPU Cawangan Sarawak

Switch Network sedia ada tidak menyokong PoE, kabel network telah disediakan

1

JUMLAH

Kos Sewaan

12

Page 13: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

Bil Perkara Kos Sewaan Sebulan (RM)

1 Perkhidmatan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Menyenggara dan Mengintegrasi Pengimbas (Reader) Biometric Dengan Sistem Sedia Ada Secara Sewaan Untuk Tempoh 12 Bulan

Lampiran 213

Page 14: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

JADUAL PEMATUHAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Penyebut Harga WAJIB untuk mematuhi semua keperluan yang telah dinyatakan dalam jadual ini. Kegagalan untuk mematuhi mana-mana keperluan ini akan mengakibatkan Penyebut Harga berkenaan tidak dipertimbangkan .

BIL SPESIFIKASI YA/TIDAK

USUL/CADANGAN PENYEBUTHARGA

1. Penyebut harga diperlukan untuk melaksanakan Perkhidmatan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Menyenggara dan Mengintegrasi Pengimbas (Reader) Biometric Dengan Sistem Sedia Ada Bagi Tujuan Perluasan Pengimbas (Reader) Biometric Sistem Pengurusan Kehadiran Warga MAMPU secara sewaan untuk tempoh setahun

2. Penyebut harga hendaklah mengubahsuai atau membangun sistem aplikasi Biometric yang dicadangkan bagi membolehkan sistem aplikasi berkenaan boleh berinteraksi dengan Sistem Antara Muka Pengimbas (Reader) Biometric sedia ada.

3. Keperluan pengimbas (Reader) adalah boleh menerima template atau imej jari atau sebarang identiti seperti kad dari sistem sedia ada. Penyebut harga memahami bahawa cadangan bagi penawanan baru imej jari atau kad secara keseluruhan dari warga MAMPU, tidak diterima sama sekali.

4. Lokasi perkhidmatan adalah di MAMPU Putrajaya, MAMPU Cyberjaya, MAMPU Cawangan Sabah dan MAMPU Cawangan Sarawak. Dengan ini penyebut harga yang mempunyai cawangan atau rangkaian di negeri Sabah dan Sarawak diberikan keutamaan. Sila nyatakan Nama, alamat dan pegawai di cawangan berkenaan

Nama/Alamat/Pegawai Hubungan/Telepon Sabah:

Nama/Alamat/Pegawai Hubungan/Telepon Sarawak:

5. Penyebut harga adalah bertanggung jawab menambah atau membaiki mana-mana lokasi yang mempunyai infrastruktur sedia yang kurang sempurna bagi memastikan sistem berfungsi dengan sempurna dan tanggungjawab ini tidak terhad kepada Rangkaian dan bekalan kuasa. Kos yang diambilkira hanyalah penambahan dan pembaikan sahaja. Oleh yang demikian, penyebut harga boleh melaksanakan

14

Page 15: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

lawatan tapak jika diperlukan.Jika penyebut harga telah melaksanakan lawatan tapak, sila komen dan cadangkan perkara berikut:-

Keadaan Network Keadaan Pendawaian Elektrik

Catatan

MAMPU Putrajaya- Aras 2, Blok B2- Aras 5, Blok B2MAMPU Cyberjaya- Aras Lobi- Aras 2MAMPU SabahMAMPU Sarawak

6. Penyebut harga juga dikehendaki

melaksanakan migrasi dan integrasi imej jari dari sistem sedia ada ke pengimbas (Reader) baharu yang dicadangkan.

7. Penyebut harga dikehendaki menyediakan Plan Service Level Aggreement bagi maksud melaksanakan pemulihan semasa tempoh jaminan tidak terhad kepada seperti yang berikut:-

- Masa operasi Penyebutharga- Tempoh masa juruteknik

Penyebutharga perlu hadir dan mengenalpasti aduan yang dibuat

- Masa Resolution time setelah hadir dilokasi aduan

8. Dalam keadaan di mana sesuatu peralatan tidak dapat berfungsi dengan sempurna, Penyebutharga diperlukan untuk melaksanakan pemulihan peralatan tersebut dalam tempoh Resolution time tanpa sebarang kos tambahan

9. Dalam keadaan di mana sesuatu pemulihan gagal melebihi Resolution time, Penyebutharga diperlukan untuk menyediakan peralatan baru mengikut spesifikasi sedia atau atau lebih baik tanpa sebarang kos. Peralatan baru yang dipasang dikatakan sempurna dan boleh diterima apabila ianya telah diuji dari segi fungsian dan integrasi dengan sistem sedia

15

Page 16: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

ada10. Dalam keadaan di mana Penyebutharga

perlu membawa peralatan keluar dari lokasi asal atas apa alasan sekalipun, penyebutharga diperlukan menyediakan penggantian. Kos membawa keluar peralatan adalah tanggungan Penyebutharga. Begitu juga dengan kos membawa masuk dan seterusnya memasang peralatan berkenaan.

11. Akan memastikan bahawa sistem antara muka sedia ada disenggara dan memastikan data dari Sistem Biometric sedia ada berkeupayaan sampai ke Sistem Aplikasi sedia melalui sistem antara muka ini.

Lampiran 3

SURAT AKUAN PEMBIDA

Kepala Surat

16

Page 17: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

Saya,(Nama Wakil Syarikat)nombor K.P ……………..................... yang mewakili ….(Nama Syarikat nombor Pendaftaran (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB) dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapat cuba menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang

berkuat-kuasa.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

……….................…

(Nama dan No. KP)

Cop Syarikat :

Catatan: i) *Potong mana yang tidak berkenaan.

ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa

Lampiran 4

SURAT PERWAKILAN KUASA

Kepala Surat SyarikatKetua PengarahUnit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan, Pengurusan Malaysia (MAMPU)

17

Page 18: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

Kompleks Jabatan Perdana MenteriAras 5, Blok B2, Kompleks BPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PUTRAJAYA Tarikh:

Tuan,

PERWAKILAN KUASA MENANDATANGANI BAGI PIHAK SYARIKAT

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa saya ………………………… No. I/C:…………………. selaku pemilik Syarikat………………………………………………………………akan menandatangani sendiri semua dokumen berkaitan dengan urusan perolehan sebut harga Perkhidmatan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Menyenggara dan Mengintegrasi Pengimbas (Reader) Biometric Dengan Sistem Sedia Ada Bagi Tujuan Perluasan Pengimbas (Reader) Biometric Sistem Pengurusan Kehadiran Warga MAMPU secara sewaan untuk tempoh satu (1) tahun untuk Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) atau mewakilkan kuasa untuk menandatangani bagi pihak syarikat untuk urusan perolehan tersebut iaitu:Nama :………………………………………….Alamat : …………………………………………Jawatan : …………………………………………No. I/C : …………………………………………No Telefon : …………………………………………Emel : …………………………………………

3. Sehubungan itu, dikemukakan untuk makluman/ rujukan pihak tuan selanjutnya. Pihak kami akan memaklumkan kepada pihak tuan sekiranya terdapat perubahan penama bagi perkara ini secara rasmi.

Sekian, terima kasih.………(Tandatangan)…........(NAMA PEMILIK SYARIKAT)Jawatan:Cop Syarikat:* potong yang mana tidak berkenaan.

Lampiran 5

KETERANGAN MENGENAI SYARIKAT

1. Nama Syarikat :

18

Page 19: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

……………………………………………………………………

2. Alamat Syarikat : ……………………………………………………………………

3. No.Telefon : ……………………………………………………………………

4. Tarikh Syarikat Ditubuhkan :

……………………………………………………………………

5. Jenis Syarikat :

…………………………………………………………………..

6. Jenis Perniagaan : …………………………………………………………………..

7. Ahli Lembaga Pengarah : …………………………………………………………………..

Bil Nama No. K/P Warganegara

1.

2.

3.

8. Bilangan pemegang saham mengikut jumlah unit saham.

Bilangan Pemegang Saham Jumlah unit saham %

Bumiputera

Bukan Bumiputera

Nama Dan Alamat Bank : ……………………………………………………………..

9. Nombor Akaun Bank :

……………………………………………………………..

10. Komposisi Kakitangan : …………………………………………………………

19

Page 20: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

Jawatan Bumiputera Bukan Bumiputera Jumlah

Eksekutif

Teknikal

11. Lain-lain maklumat bagi menyokong cadangan ini:

Saya perakui bahawa segala keterangan di atas adalah benar.

Tandatangan Penyebut Harga : ………………………………………………………….

Tarikh : ………………………………………………………….

Nama : ………………………………………………………….

Jawatan Rasmi : …………………………………………………………

No. Telefon (Pejabat) : …………………………………………………………

No. Telefon (Bimbit) : …………………………………………………………

Emel : …………………………………………………………

Cop Rasmi Syarikat :…………………………………………………………

20

Page 21: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

Lampiran 6

DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN

Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia;

Sijil Akuan Bumiputera (jika ada);

Penyata Bank satu bulan yang terkini; dan

Sijil pendaftaran GST syarikat dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (jika

ada)

21

Page 22: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

Lampiran 7

PENGALAMAN BERKAITAN PERKHIDMATAN PENGIMBAS (READER BIOMETRIC) KEPADA AGENSI LAIN YANG TELAH SIAP ATAU DALAM PELAKSANAAN

(TEMPOH PELAKSANAAN SEKURANG-KURANGNYA 3 TAHUN)

Bil Keterangan Kontrak/Projek

(Nyatakan sama ada pembekalan atau penyenggaraan dan model pengimbas)

Tarikh Mula – Tarikh Tamat

Kod Bidang

Organisasi Pelanggan dan Contact Person

Skop Negeri

(Sabah/ Sarawak/ Semenanjung)

Disertakan Dokumen Testimoni (Ya/Tidak)

Nilai/Kos

22

Page 23: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

Lampiran A

Spesifikasi Sistem Antara Mula Pengimbas (Reader) Biometric Sedia Ada

1. Berasaskan socket (Windows Socket/winsock)

2. Data yang diterima dari socket hendaklah mengikut format berikut:-

Aaaa

XXXYYYYMMDDHHMMSSYYYYMMDDHHMMSSX9999999999XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

CHAR(3)YYYYMMDDHHMMSSYYYYMMDDHHMMSSXINT(10)CHAR(20)

Kod 003Tarikh Pengimbas menghantar maklumat melalui socketTarikh imbasMasa imbasKod Keluar Masuk (0 – Masuk, 1 – Keluar)Nombor ID jari yang diimbasNama Pengimbas (Reader)

3. Sebarang port socket baru boleh dicadangkan

4. Contoh coding socket terima (Visual Basic) adalah:

/==============================================================/Private Sub sockIn1_DataArrival(ByVal bytesTotal As Long)

Dim strGetData As String

sockIn1.GetData strGetData ' load received data into strDataEnd Sub

Private Sub sockIn1_ConnectionRequest(ByVal requestID As Long)If sockIn1.State = sckListening Then ' if the socket is listening

sockIn1.Close ' reset its state to sckClosedsockIn1.Accept requestID ' accept the client

End IfEnd Sub

Private Sub sockIn1_Close()sockIn1.Close ' has to be calledsockIn1.Listen ' listen again

23

Page 24: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

End Sub

Private Sub Form_Load()sockIn1.Protocol = sckTCPProtocol ' choose the TCP protocolsockIn1.LocalPort = 50505 ' an example port numbersockIn1.Listen ' tell Winsock to start listening

End Sub/===============================================================/

24

Page 25: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

Lampiran B

Spesifikasi Pengimbas (Reader) Biometric Sedia Ada

- Suprema BioStation T2 Mifare

- Suprema BioStation Mifare

- Kedua-dua model ini boleh menerima Kad Pengenalan (Yang ada logo touch & go)

dan Kad Mifare

25

Page 26: UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

- Skrin Sistem Pengurusan Pengimbas (Reader)

26