unit 7 peranan kaunselor

Upload: zaiha-azizah

Post on 14-Apr-2018

279 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Unit 7 Peranan Kaunselor

    1/17

    Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -

    UPM

    Unit 7

    Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan

    7.1 Pengenalan

    Kaunselor mengikut Akta Kaunselor 1998 merupakan mana-mana individu yang

    mengamalkan kaunseling dan memperolehi bayaran atau fee atau apa-apa balasan

    yang berkaitan dengannya. Bagi setting persekolahan di Malaysia, kaunselor

    ditakrifkan sebagai seorang individu atau guru yang dilantik oleh pihak Jabatan

    Pendidikan Negeri melalui Pengetua sekolah masing-masing yang bertugas sebagaiKaunselor Pelajar.

    Dalam menjalankan peranan mereka sebagai seorang kaunselor, terdapat banyak tugas

    yang perlu dilakukan oleh mereka bagi mencapai objektif organisasi sekolah dan

    keperluan pelajar itu sendiri. Untuk kita bersama meninjau dan meneroka bidang

    tugas dan peranan secara mendalam seorang kaunselor di sekolah di Malaysia (dalam

    institusi pendidikan) maka adalah amat baik kita mengikuti sesi temubual dan tinjauan

    yang telah dijalankan oleh salah seorang pelajar Bacelor Pendidikan (Bimbingan &

    Kaunseling) kaedah pembelajaran Jarak Jauh Ideal UPM bersama salah seorang

    kaunselor di salah sebuah sekolah menengah di Ipoh, Perak. Adalah diharapkan isi

    temu bual ini akan dapat membawa kita kepada matlamat untuk memahami denganjelas akan peranan seorang kaunselor dalam setting pendidikan itu sendiri.

    7.2 Temubual bersama Guru Kaunseling atau Kaunselor

    Pelajar

    Saya telah bertemuduga dengan seorang guru kaunseling sekolah menengah untuk

    tugasan ini. Saya telah menyediakan satu borang temuduga untuk guru itu

    mengisinya. (contoh borong ini dibahagian lampiran). Hasil yang diperolehi daripada

    temuduga adalah seperti berikut.

    80

    Objektif

    Selepas mempelajari unit ini anda akan dapat:

    1. memahami peranan dan tugas kaunselor

    2. memahami cara kaunselor mengurus klien secara klinikal

    3. mengenalpasti masalah yang sering dihadapi pelajar

  • 7/27/2019 Unit 7 Peranan Kaunselor

    2/17

    Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -

    UPM

    Kaunselor merupakan seorang Melayu yang sudah berumahtangga dan berusia 37

    tahun serta beragama Islam. Kini beliau bertugas di salah sebuah sekolah menengah

    Kebangsaan di Ipoh, Perak. Pelajarnya terdiri daripada pelajar perempuan sahaja.

    Subjek yang diajarnya ialah mata pelajaran perdagangan dan mempunyai pengalaman

    mengajar selama 10 tahun. Kelayakan akademiknya ialah Bacelor Pendidikan(Bimbingan dan Kaunseling) yang diperolehi dari Universiti Putra Malaysia.

    Kelayakan ikhtisasnya ialah Sijil Perguruan Asas dari salah sebuah maktab perguruan

    di Malaysia.

    Setakat ini kaunselor hanya mengamalkan amalannya di setting sekolah menengah

    sahaja dan mempunyai pengalaman hanya dua tahun sahaja dalam bidang kaunseling.

    Kaunselor yang saya temui tidak mendaftarkan diri sebagai seorang ahli Persatuan

    Kaunseling Malaysia ( PERKAMA ) dan belum lagi mendaftarkan dirinya sebagai

    Kaunselor Berdaftar bersama Lembaga Kaunselor.

    Tugasan yang biasa dilaksanakan olehnya sebagai seorang kaunselor sekolah ialahmenyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan

    Kaunseling sekolah. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan

    Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan

    perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas

    pelajar. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod, inventori pelajar dan

    aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar. Mengelola dan melaksanakan aktiviti

    Bimbingan dan Kaunseling individu dan kelompok serta tunjukajar ( instructional )

    yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum dan secara profesional dan

    beretika.

    Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemberianmaklumat sesuai dengan penawaran pakej pensijilan terbuka dan keperluan IPT.

    Menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan

    alkohol. Menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada pelung melanjutkan pelajaran

    di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Melaksanakan program dan

    aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan dan Kaunseling,

    Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

    Merancang program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan

    guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan

    dan perkembangan pelajar. Dia juga menjadi urusetia kepada Jawatankuasa

    Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Dia menjadi penggerak utamadalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan

    profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling disekolah.

    Beliau telah memberikan khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru kakitangan

    dan ibu bapa yang memerlukannya dan menjadi personel perhubungan / seranta.

    Menjadi ahli jawatankuasa ex oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah dan

    ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah, Disiplin Sekolah dan

    Jawatankuasa Lembaga / Badan pengawas sekolah. Dia juga bertugas menjadi

    81

  • 7/27/2019 Unit 7 Peranan Kaunselor

    3/17

    Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -

    UPM

    penyelaras dalam program program pengembangan pelajar seperti kolokium,

    motivasi, kem jaya diri dan kursus ketatanegaraan.

    Tanggungjawabnya sebagai seorang kaunselor di sekolah itu ialah berperanan sebagai

    fasilitator kepada klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan

    menghormati mertabat diri, nilai dan keupayaannya. Dia bertanggungjawab untukmengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau klien kelompok.

    Kaunselor hendakalah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat

    yang diperolehi semasa kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan

    klien atau orang orang di persekitarannya.

    Semasa menjalankan sesi kaunseling, kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan

    fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri

    sendiri.Dia juga hendaklah membimbing klien ke arah pembentukkan sikap

    bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya. Kaunselor juga perlu menghormati

    keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien. Dia juga mestilah

    menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatankaunseling. Dia hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya di peringkat awal

    sesi kaunseling mengenai batasan unsur kerahsian.

    Dalam menjalankan satu sesi kaunseling, pertemuan sesi kaunseling dengan klien

    akan ditentukan oleh kaunselor dan klien melalui temu janji.Melalui temu janji

    kaunselor dapat memberi khidmat dengan mudah dan teratur kepada klien. Borang

    temujanji boleh didapati dari bilik kaunseling di sekolah itu.

    Pihak sekolah juga telah menyediakan satu bilik khas untuk menjalankan sesi

    kaunseling. Keadaan bilik kaunseling adalah selesa, kemas dan private klien juga

    terjaga untuk menjalankan sesi kaunseling. Biasanya satu sesi kaunseling dengan

    klien akan mengambil masa sekurang kurang 40 minit. Mengikut kaunselor itu,

    pelajar yang biasa mnghadapi masalah di sekolahnya adalah pada tahap umur antara

    15 17 tahun. Pada pendapatnya, pada tahap umur ini mereka akan masuk ke alam

    remaja dan mula mengalami perkembangan diri serta tidak tahu sama sesuatu

    perbuatan itu betul atau salah. Dalam kaunseling, dia biasa menggunakan Pendekatan

    Adlerian kerana ia sesuai dengan remaja pada masa kini.

    Kaunselor ini biasa menjalankan sesi kaunseling individu. Sesinya dijalankan adalah

    mengikut peringkat peringkat yang terdapat dalam kaunseling. Dia juga menemui

    klien yang tidak akan mendedahkan masalahnya walaupun telah mnejalankanbeberapa sesi dengannya. Dalam keadaan begini kaunselor biasanya akan

    memberikan masa kepada klien untuk memahami diri, menwujudkan kepercayaan

    terhadap kaunselor dan membina hubungan kefahaman dengan kaunselor. Selepas ada

    satu ikat yang baik barulah klien akan meluangkan masalah kepada kaunselor. Ada

    juga sesi yang hanya menjadi sesi perbincangan atau sesi bercakap dengan klien.

    Contoh masalah yang sering dihadapi oleh kaunselor ini ialah rakan sebaya dan teman

    lelaki.

    82

  • 7/27/2019 Unit 7 Peranan Kaunselor

    4/17

    Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -

    UPM

    Sesi kaunseling kelompok juga dijalankan oleh kaunselor. Ahli yang terdiri dalam sesi

    kaunseling kelompok adalah kaunselor sendiri dan pelajar pelajar atau rakan yang

    menghadapi masalah yang sama. Mereka akan membincangkan masalah dan

    memahani antara satu sama lain. Isu yang biasa ialah masalah pembelajaran dan

    kerjaya. Bilangan ahli dalam satu kelompok adalah tidak melebihi 10 orang.

    Dalam menjalankan sesi kaunseling krisis, dia biasanya memberikan masa kepada

    klien bercakap dan mendengarnya. Dia akan menerangkan dan mengawal klien dalam

    sesuai keadaan. Dia tidak menanyakan soalan yang banyak seperti kaunseling yang

    lain. Masalah ialah membunuh diri, tekanan fizikal dan emosi.

    Kaunseling kerjaya diadakan oleh kaunselor ini untuk membantu pelajar dalam

    meneroka bidang pendidikan lebih tinggi selepas Sijil Pendidikan Malaysia

    (SPM).Kaunseling ini juga adalah memberi tunjuk ajar dan penerangan kepada

    pelajar supaya memilih aliran yang perlu masuk selepas Peperiksaan Malaysia

    Rendah (PMR). Pelajar di sekolah didedahkan kepada penerokakan ke alam

    pendidikan dan pekerjaan dan perkembangan akademik dan pekerjaan. Biasanya sesiini diadakan secara kelompok dan menfokuskan kepada apa yang yang diperlukan

    oleh pelajar.

    Dia juga pernah merancangkan Program Perkembangan Kerjaya kepada pelajar di

    sekolahnya. Jenis - jenis program yang terdapatnya ialah Hari kerjaya, Pemilihan

    Aliran oleh pelajar PMR dan Taklimat kepada pelajar SPM tentang sijil terbuka serta

    bimbingan dalam bilik darjah.

    Sekolah kaunselor ini juga menyediakan satu pusat kerjaya yang diselaraskan oleh

    kaunselor ini.Ramai pelajar sekolah yang datang untuk mendapat maklumat tentang

    kerjaya. Ia berfungsi sebagai tempat perjumpaan dengan pelajar dalam kelompok

    kecil berbincang isu perkembangan kerjaya, mendapat maklumat pendidikan terkini

    dan menyediakan papan kenyataan pekerjan untuk dipamir di tempat yang strategik

    atau laluan pelajar.

    Kaunselor ini juga menjalankan khimat rujukan disekolah dengan pertolongan

    daripada guru dan personalia lain yang berada disekolah untuk mengenalipasti pelajar

    yang bermasalah dan membantunya. Pihak pentadbir sekolah, guru dan kakitangan

    lain di sekolah akan merujuk klien kepadanya. Satu borong rujukan perkhidmatan

    kaunseling telah disediakan oleh kaunselor itu dan perlu diisi oleh pihak yang

    merujuknya kepada kaunselor ini. Kaunselor juga akan mendapatkan maklumatpelajar itu sebelum ia dipanggil untuk mendapatkan khidmat kaunseling. Isu yang

    biasa ialah pelajar yang kerap tidak hadiri kesekolah, masalah belajar dan seksual.

    Sesi yang dijalankan dalam kes rujukan ialah kaunseling individu di mana kaunselor

    akan membiarkan klien menerangkan masalah dengan mendalam, perasaan dan

    kedudukan walaupun kaunselor mengenali masalahnya. Ini adalah supaya klien akan

    mengenali dirinya dan keadaan yang sedang lalu.

    Kaunselor juga menjadi konsultan atau pakar runding kepada guru sekolah, pentabdir

    sekolah dan ibu bapa pelajar. Perundingan dengan pentadbir sekolah yang membantu

    83

  • 7/27/2019 Unit 7 Peranan Kaunselor

    5/17

    Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -

    UPM

    dalam membina alam persekolahan yang sihat untuk bukan sahaja pelajar tetapi juga

    personalia lain seperti guru dan pakar lain yang terlibat dalam membentuk alam

    sekolah. Di samping perundingan dengan ibu bapa dan kaunselor jugamungkin

    meliputi masalah salahlaku anaknya yang bukanlah hanya hasli kegagalan sekolah

    tetapi mempunyai kaitan besar dengan suasana rumah tangga. Oleh itu perundingan

    dengan ibu bapa mengenai perkara ini juga adalah penting dan perludilaksanakan.Kaunselor berunding dengan guru untuk memberikan maklumat

    tambahan tentang kaedah yang baik dan berkesan yang dapat memaksimakan

    pembelajaran dalam bilik darjah dan mengatasi masalah pelajar yang tidak ke bilik

    darjah.

    Kaunselor ini juga menjalankam bimbingan dalam bilik darjah dengan pelajar . Tajuk

    perbincangan yang biasa dibincangkan dengan pelajar ialah pendidikan dan kerjaya,

    penbangunan diri, kaedah pengurusan dan bahaya menggunakan dadah serta kaedah

    jangkitan HIV / AID.

    Di sekolah kaunselor juga mempunyai Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ).PRS juga membantu kaunselor dalam mengatasi masalah . Ahli ahli PRS akan

    memberi latihan asas seperti kemahiran asas komunikasi, komunikasi interpersonal,

    kemahiran asas psikologi manusia dan kemahiran khusus untuk melaksanakan projek

    yang dirancang. Aktiviti yang dijalankan ialah lawatan sambil belajar oleh ahli PRS,

    kemahiran kemahiran kaunseling dan permainan kaunseling yang memfokus kepada

    kemahiran mendengar dan celik akal.

    Dalam merancang satu program perkhimatan bimbingan dan kaunseling, kaunselor

    akan member keutamaan kepada banyak perkara dan yang sangat dipentingkan ialah

    visi, matlamat dan objektif program ini. Keutamaan juga diberikan kepada perkara

    yang sangat diperlukan oleh pelajar di sekolah itu. Bentuk perancangan yang dibuat

    oleh kaunselor ialah untuk jangka panjang. Antara program perkhimatan yang dibuat

    di sekolah ialah pendidikan , kerjaya, perkembangan diri dan aliran yang dimasuki

    selepas SPM.Program yang biasa direncanakan untuk sekolah ialah progam

    minggunan seperti Hari Kerjaya.

    Masalah yang biasa kaunselor berkerjasama dengan guru disiplin di sekolah ialah

    masalah ponteng sekolah, masalah seksual dan merokok. Kaunselor akan memberi

    jalan yang betul dan penyelesaian kepada masalah. Dia juga akan membuat satu

    perjanjian dengan klien secara lisan dalam sesi kaunseling jika klien melanggar

    perjanjian ini maka kaunselor akan menyerahkan kes ini kepada guru disiplin sekolahuntuk mengambil tindakan disiplin yang sepatutnya.

    Melalui temubual bersama kaunselor sekolah ini, saya juga telah dapat mengenalpasti

    masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar di sekolah ini. Masalah yang

    sering dihadapi oleh pelajar di sekolah ini adalah seperti berikut :

    1. Seksual 4. Ponteng Sekolah

    2. Rakan Sebaya 5. Peperiksaan

    3. Kerjaya

    84

  • 7/27/2019 Unit 7 Peranan Kaunselor

    6/17

    Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -

    UPM

    Perancangan Program Bimbingan dan Kaunseling untuk 14 Minggu

    Program Bulanan Perkhimatan Bimbingan Dan Kaunseling Bagi Tahun 2002

    Bulan Aktiviti Tujuan Personalia Sasaran Catatan

    Mac 1.Ujian

    Personaliti

    ( SDS )

    2.Dengarlah

    Sayang

    3.Motivasi

    Awal PMR dan

    SPM

    4.Ceramah

    Pengingkatan

    Kendiri

    1.Membantu

    pelajar

    mengaitkan minat

    kerjaya dengan

    personalitinya

    2. Agar guru

    pelajar dan ibu

    bapa dapatmeluahkan

    perasaan masing

    masing.

    3.Memberi

    motivasi awal

    kepada pelajar

    yang akan

    menduduki

    peeriksaan.

    4.Meningkatkan

    Konsep kendiri

    pelajar

    Guru

    Bimbingan

    dan

    Kaunseling

    Unit

    Bimbingan

    danKaunseling

    Unit

    Bimbingan

    dan

    Kaunseling

    Unit

    Bimbingandan

    Kaunseling

    Pelajar

    Tingkatan

    4 & 5

    Semua

    pelajar

    Pelajar

    Tingkatan

    3 & 5

    Semua

    pelajar

    Ceramah

    Keratan

    Borang

    Ceramah

    Ceramah

    April 1.Latihan PRS

    Bermula

    2. Taklimat

    tentang

    persijilan

    terbuka

    3.Ceramah

    Kerjaya

    1.Menanamkan

    sikap membantu

    dikalangan ahli

    PRS

    2.Membezakan

    SPM sijil terbuka

    dengan SPM

    dahulu

    3.mendedahkan

    pelajar kepada

    Unit

    Bimbingan

    dan

    Kaunseling

    Unit

    Bimbingan

    dan

    Kaunseling

    Unit

    Bimbingan

    Semua

    pelajar

    Pelajar

    Tingkatan

    5

    Pelajar

    Tingkatan

    Bengkel

    Taklimat

    Latihan

    dalam

    85

  • 7/27/2019 Unit 7 Peranan Kaunselor

    7/17

    Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -

    UPM

    4. Minggu Anti

    Dadah

    Peringkat

    Sekolah

    peluang

    melanjutkan

    pelajaran yang

    diminati serta

    sesuai

    dengankemampuan yang

    ada

    4.Mendedahkan

    pelajar tentang

    bahaya dadah

    kepada kesihatan

    fizikal dan mental.

    5.Mendedahkan

    kepada pelajar

    bahawa

    penggunaan dadah

    satu perbuatan

    yang dilarang oleh

    agama.

    dan

    Kaunseling

    Unit

    Bimbingan

    dan

    Kaunseling

    5

    Semua

    pelajar

    Kumpulan

    Kelompok

    Bimbingan

    Mei 1.Minggu

    Kerjaya

    2.Ceramah

    Keremajaan

    3.Bengkal

    Pengurusan Diri

    / Masa

    4.Bengkal

    1. Mendedahkan

    pelajar kepada

    peluangmelanjutkan

    pelajaran dan

    kerjaya.

    2.Memberi

    pendedahan cara

    menangani isu

    remaja masa kini

    3.Melatih pelajar

    agar dapat

    mengurus masa

    dan diri dengan

    sebaik mungkin

    4.Mendedahkan

    Unit

    Bimbingan

    danKaunseling

    JK HEM /

    Unit

    Bimbingan

    dan

    Kaunseling

    JK HEM /

    Unit

    Bimbingan

    dan

    Kaunseling

    Unit

    Pelajar

    yang

    berminat

    Pelajar

    Tingkatan

    5

    Pelajar

    Tingkatan

    4

    Pelajar

    Kaunseling

    Kelompok

    Ceramah

    oleh LPPKN

    Ceramah

    Inventori

    86

  • 7/27/2019 Unit 7 Peranan Kaunselor

    8/17

    Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -

    UPM

    Kemahiran

    Belajar

    pelajar tentang

    cara cara belajar

    yang berkesan

    Bimbingan

    dan

    Kaunseling

    Kelas

    Harapan

    dan

    Pelajar

    yang

    berminat

    minat

    Jun1.Taklimat

    Penjagaan Diri

    2.Lawatan

    Kerjaya

    1.Mendedahkan

    pelajar kepada cara

    cara menjaga diri

    2.Membuka

    pemikiran pelajar

    dan memberi

    semangat

    JK HEM /

    Guru

    Disiplin

    Sekolah /

    Unit

    Bimbingandan

    Kaunseling

    Unit

    Bimbingan

    dan

    Kaunseling

    Semua

    Pelajar

    sesi Pagi

    Pelajar

    yang

    berminat

    (Fokus

    Tingkatan

    5)

    Taklimat

    dari guru

    Kelompok

    Kerjaya

    87

  • 7/27/2019 Unit 7 Peranan Kaunselor

    9/17

    Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -

    UPM

    7.3 Tugas Kaunselor Dalam Membantu Pelajar Dalam

    Setting Pendidikan (Peranan Klinikal)

    Dengan mengemuduga kaunselor sekolah ini, saya telah mengenalpasti masalah -

    masalah yang sering dihadapi oleh pelajar di sekolah ini. Masalah yang seringdihadapi oleh pelajar di sekolah ini adalah seperti berikut :

    1. Seksual 4. Ponteng Sekolah

    2. Rakan Sebaya 5. Peperiksaan

    3. Kerjaya

    7.3.1 Masalah Pertama: Seksual

    Masalah yang paling utama di sekolah itu ialah masalah seksual di mana pelajar

    perempuan mempunyai hubungan dengan teman lelaki di luar kawasan sekolah yang

    menyebabkan banyak masalah lain yang timbul daripadanya. Masalah ini telahdikenali pasti oleh kaunselor sekolah ini apabila dia mengadakan sesi kaunseling

    individu dengan pelajar yang terlibat.

    Ini telah menyebabkan pelajaran pelajar itu merosat dan sering pontong sekolah.

    Tingkah laku pelajar telah mula berubah di mana kurang perhatian dalam bilik darjah

    dan tidak menyiapkan kerja rumah dan tugasan yang diberikan serta selalunya gagal

    dalam peperiksaan.

    Semasa sesi kaunseling dijalankan telah mendapat tahu bahawa pelajar ini akan

    keluar dengan teman lelakinya pada waktu ibu bapa tidak ada di rumah . Apabila ibu

    bapa hantar dia ke sekolah, dia tidak masuk ke sekolah tetapi mengikut temanlelakinya.Dia juga telah mengadakan hubungan seksual dengan teman lelakinya.

    Rakan sebaya merupakan penyebab utama dalam masalah sebegini. Sekolah

    merupakan terkumpulnya pelbagai budaya dan ragam . Ini memudahkan pengaruh

    sosial dipengaruhi penghuni sekolah. Pelajar terikut dengan ragam rakannya tanpa

    berfikir kesannya kerana ia akan membawa keseronakkan kepada dan tidak

    mempunyai daya fikiran yang mendalam kepada pelajar. Mengikut mereka dengan

    adanya hubungan baru ini, mereka akan hormati oleh kawannya dan sudah sempurna

    untuk membina hubungan ini.

    Ibubapa juga yang tidak memberikan perhatian kepada anak anaknya dan

    membiarkan dengan kehidupannya. Tanggungjawab telah diberikan kepada pihak

    sekolah untuk bertindak sebagai ibubapa. Anak anak ini juga kurang mendapat

    kasih sayang daripada ibu bapa tetapi ia didapati daripada hubungan barunya. Maka

    mereka lebih mementingkan hubungan itu dan bertindak tanpa berfikir. Ibu bapa yang

    tidak memberi pelajaran keremajaan kepada anak anaknya apabila mereka sudah

    sampai pada satu tahap umur untuk mengetahui.

    Sistem pendidikan yang tidak memberi pendedahkan awal kepada remaja tentang

    masalah seksual dan kesan yang akan dihadapi daripadanya. Remaja ini belum cukup

    88

  • 7/27/2019 Unit 7 Peranan Kaunselor

    10/17

    Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -

    UPM

    matang untuk menguruskan hal seperti maka dengan adanya pendidikan awal mereka

    dapat mengetahui cara cara menguruskan dirinya sebagai remaja.

    Cara-cara masalah ini diselesaikan

    Selepas mengenalpasti masalah klien dan puncanya. Langkah pertama berundingdengan ibu bapa tentang masalah ini dan mengatakan bahawa klien telah mnegadakan

    hubungan dengan teman lelakinya. Klien membawa jumpa dengan doktor untuk

    mendapatkan memeriksaan kesihatan. Ia di bawa dengan keizian ibubapa klien dan

    sangat penting ialah kebenaran klien itu sendiri . Keputusan kesihatan mestilah

    berbincang dengan ibu bapa mereka dan kaunselor akan mengikuti sesi kaunseling

    yang berikut.

    Kaunselor akan memberitahu pihak sekolah tentang masalah ini tanpa mendedahkan

    indentiti pelajar ini. Ini membolehkan guru disiplin sekolah menguatkuasakan

    peraturan sekolah supaya pelajar tidak dapat keluar dari kawasan sekolah tanpa

    kebenaran pengetua sekolah dan setiap pelajar akan di awasi oleh guru sekolah dikawasan sekolah dan diluar kawasan sekolah. Dengan adanya undang undang ketat,

    masalah seksual dikalangan pelajar dapat di kawal daripada dipengaruhi pelajar lain

    di sekolah.

    Tahap berikut dalam sesi kaunseling adalah memberikan satu gambaran kepada klien

    sama ada perbuatan itu betul atau tidak . Ini adalah untuk menilai pandangan klien

    terhadap masalah yang dihadapi. Ia juga membolehkan klien berfikir dengan sendiri

    tentang hal ini.Kaunselor juga boleh mewujudkan kesedaran, hala tujuan dan

    matlamat kehidupan dan pendidikan. Memberikan kesedaran bahawa dia mempunyai

    keupayaan positaf untuk bergerak sebagai remaja yang biasa tanpa mengfikirkan

    masalah lama ini. Klien juga diberikan kesedaran supaya sentiasa sedar daripada

    perbuatan dahulu.

    Kaunselor juga menggalakkan klien membina semula kehidupan baru dan

    menerimanya sebagai pelajar biasa. Kaunselor memastikan klien tidak mengubah

    tingkah laku dan fikiran di mana kaunselor akan membuat perjanjian dengan klien

    supaya tidak berubah. Kaunselor mestilah membawa klien kepada satu pendekatan

    bahawa dia mementingkan pendidikan dan keluarganya tanpa mengirakan perkara

    seperti ini.Dengan adanya seperti ini klien tidak dapat mengfikirkan masalh lain

    dalam kehidupannya.

    Kaunselor juga mestilah berunding dengan ibu bapa mereka agar mereka dapat

    memberikanperhatian yang lebih kepada anaknya dan tidak menyerahkan

    tanggungjawab kepada pihak sekolah. Mereka mestilah memberi kasih sayang yang

    lebih kepada anak kerana melalui kasih sayang sesorang itu tidak akan

    mengpengaruhi masalah sosial. Mereka juga mestilah selalu mengawasi tingkah laku

    anaknya supaya boleh mengetahui masalah anaknya lebih awal.

    Pihak sekolah juga mestilah merancang satu program kepada pelajarnya dalam

    menguruskan hal seksual. Dengan kematangan seksual dan fizikal, remaja perlu

    89

  • 7/27/2019 Unit 7 Peranan Kaunselor

    11/17

    Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -

    UPM

    menggadungkan identiti dengan sikap yang diperlukan untuk menjadi perempuan .

    Imej diri mereka perlu di sesuaikan dengan rasa kewanitaan mereka. Selain itu

    mereka perlu tanam nilai- nilai murni berhubung kelakukan seksual mereka. Di

    samping cara cara ini kaunselor akan dapat mengatasi masalah di sekolahnya.

    7.3.2 Masalah Kedua: Rakan Sebaya

    Isu yang berikut yang dapat dicari dalam sekolah kaunselor ini ialah masalah rakan

    sebaya. Ia adalah masalah yang disering hadapi oleh pelajar sekolah. Satu sesi

    kaunseling kelompok telah dijalankan oleh kaunselor sekolah dengan klien yang

    terdiri daripada pelajar tingkatan dan rakannya. Daripada masalah ini timbul dua lagi

    masalah utama iaitu pelajar yang tidak boleh bekerjasama dengan rakannya dan

    pelajar yang tidak dapat menerima pandangan dan pendapatn rakan lain. Disebabkan

    dua perkara utama ini wujud masalah antara rakan sekolah.

    Pada pendapat saya masalah ini berpunca daripada rakan yang tidak mempercayai

    rakan mereka sendiri iaitu dari segi kemampuan dan kebolehan rakannya. Maka dia

    akan bertindak sendiri dan wujud satu hubungan persahabatan tidah faham memahami

    antara mereka.

    Ada juga yang mementingkan diri sendiri yang tidak mahu mengongsi maklumat dan

    pengetahuaannya. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka memperolehi daripada

    hasli usahanya sendiri dan ingin mendapat markah tinggi serta perhatian daripada

    guru. Sebab lain ialah mereka yang telah dibesarkan dalam keluarga yang tidak ada

    bekerjasama maka mereka tidak boleh bekerjasama dengan rakannya. Daripada ini

    timbulnya masalah tidak bekerjasama dengan rakannya.

    Masalah pelajar tidak boleh menerima pandangan dan pendapat rakan lain adalah

    berpunca tidak ada perasaan menghormati pandanagn rakan walaupun ianya salah.

    Rakan yang bersaing antara satu sama lain yang mengatakan bahawa pendapat

    mereka adalah betul walaupun salah tanpa menilai pendapat mereka. Maka di sini

    tidak ada kefahaman yang medalam dalam hubungan mereka.

    Mereka juga mempunyai perasaan ego dalan hati yang fikirkan mereka sahaja betul

    dan lain adalah salah. Semua individu mempunyai personaliti dan keindividuan yang

    tersendiri dan tidak semua individu mempunyai empati atau mempunyai kefahaman

    untuk memahami. Ad.a juga pelajar yang takfirkan pandangan dan pendapat rakannya

    dan berlaku bertentangan pendapat.

    Cara-cara masalah ini diselesaikan

    Mendedahkan klien kepada konsep diri di mana pelajar mestilah memahami dan

    mengenai diri sendiri dahulu. Dia juga mestilah mengenali kekuatan dan kelemahan

    dirinya supaya tidah timbul masalah dalam diri dan dapat menyesuaikan dirinya

    dalam apa apa keadaaan. Sesuatu hubungan baik hanya dapat dijalin dengan adanya

    memahami diri dahulu.Kalau sudah memahami diri maka boleh memahami orang lain

    90

  • 7/27/2019 Unit 7 Peranan Kaunselor

    12/17

    Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -

    UPM

    dengan mudah. Mengetahui kelemahan dan kekuatan rakannya supaya bertindak

    mengikut kemampuannya dan tidak akan merendahkan rakannya

    Memberi kesedaran kepada klien tentang hubungan persahabatan itu penting dan tidak

    hidup tanpa bergantung kepada orang lain. Oleh itu, dalam hubungan persahabatan

    mesti ada aspek penting iaitu kepercayaan antara satu sama lain. Dengan adanyakepercayaan boleh mewujudkan suasana kerjasama dengan rakannya dan tidak dapat

    menyoalkan kemampuan lain dan percayai setiap insan mempunyai kebolehan dan

    kemampuan yang tersendiri. Klien mesti menyedari hal ini dari sesi kaunseling yang

    dijalankan oleh kaunselor.

    Pendedahkan perlu diberikan oleh kaunselor supaya menghormati rakan dan

    mendengar pandangannya walaupun salah supaya tidak merasakan rendahkan diri.

    Memberi kesedaran kepada klien tidak perlu ada persaingan dalam hubungan

    persahabatan kerana ia tidak membawa keuntungan.

    Perlulah membawa satu gambaran kepada klien bahawa setiap individu mempunyaipersonaliti yang berbeza dan tidak sama dengan orang lain. Tidak semua mepunyai

    aspek empati di mana kebolehan merasai dengan betul apa yang dirasai oleh orang

    lain. Melalui gambaran itu, klien boleh memahami dan bertindak mengikut

    personaliti.

    Rakan yang bermasalah tentang latarbelakang tidak diasingkan, perlulah diterima

    dengan ikhlas dan memberikan masa untuk untuk berubah dan berkerjasama

    denganrakan lain. Memberi kesedaran kepada rakan bahawa dia mepunyai keupayaan

    positif dan mempunyai kekuatan supaya dia boleh bertindak mengikutnya.

    Klien juga perlu menyelesaikan sesuatu masalah dengan rakan melalui berbincang

    dengan rakannya dan tidak melihatkan pihak ketiga dalam masalah. Penyelesaian

    masalah ini akan menyedadkan mereka lebih memahami antara satu sama lain.

    Akhirnya perlu kaunselor perlu menekankan kepada klien untuk membina hubungan

    stabil dan produktif kerana rakan sebaya menjadi kemuncuk yang penting sewaktu

    awal dan pertengahan remaja. Melalui rakan sebaya atau kelompok kawan

    mengambarkan sebaik mana mereka dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat

    sosial dan psikologi.

    7.3.3 Masalah Ketiga: Kerjaya

    Masalah kerjaya merupakan isu yang dihadapi oleh pelajar di sekolah ini. Kaunseling

    Kerjaya telah kepada klien untuk mengenalpasti masalah dan punca masalah secara

    dalam. Klien tidak dapat menentukan kerjaya yang sesuai untuk dirinya dan masa

    depan. Ini menyebabkan dia keliru dalam membuat keputusan muktamad dalam

    kehidupannya.

    Punca masalah ini timbul kepada klien mempunyai minat dalam banyak bidang

    kerjaya sehinggatidak dapat menentukan kerjaya yang sesuai kepadanya selepas

    91

  • 7/27/2019 Unit 7 Peranan Kaunselor

    13/17

    Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -

    UPM

    tamatnya pendidikan. Ini menyebabkan dia tidak tahu apa hendak buat dan bagaimana

    hendak memilih satu kerjaya yang sangat sesuai dan diminati.

    Selain itu, desakan ibu bapa yang bercita cita berlainan dan klien tidak menyukai

    kerjaya itu. Dia mempunyai cita cita yang tersendiri tetapi dia tidak boleh

    menentukan samaada cita cita itu menjadi kerjaya pada masa depan.

    Cara cara masalah ini diselesaikan

    Kaunselor perlu mendedahkan klien kepada kesedaran diri. Dia perlu menyedari diri

    sendiri kehendak kehendaknya dalam hidupnya. Dia mestilah mengenai kekuatan,

    kegemaran dan kebencian peribadinya. Ini membolehkan pembinana pengetahuan diri

    dan mempunyai identiti keperibadian yang positif yang akan membantunya mebuat

    keputusan kerjaya seumur hidupnya. Membantu klien memahami konsep kendiri dan

    profil diri supaya memilih kerjaya yang sesuai dengan profilnya.

    Penerangan secara mendalam perlu diberikan kepada klien tentang dunia pekerjaan

    supaya dia boleh mnemahaminya sebelum memasuki. Klien juga diberitahu oleh

    kaunselor tentang kemahiran asas yang diperlukan untuk memasuki ke alam

    pekerjaan. Antaranya kemahiarannya ialah Penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa

    Inggeris, Kebolehan membaca dengan baik, Kebolehan menulis dengan terang dan

    jelas, Kemahiran berkomunikasi secara lisan, Kebolehan menimbang dan

    menyelesaika masalah, Kemahiran perorangan ( Interpersonal Skill ) yang baik,

    Memahami matematik asas, Pengetahuan sains dan teknologi asas, Pengetahuan

    dalam pengajian sosial dan ekonomi dan Etika kerja dan sikap positif . Pendedahkan

    ini akan memudahkan klien mengenali kemahiran yang perlu dalam alam pekerjaan.

    Klien boleh menyediakan dirinya dengan kemahiran mengikut alam pekerjaan yangdiingin.

    Pencapaian klien dalam pendidikan juga penting kerana ia akan menentukan

    kelayakan yang perlukan dalam pekerjaan. Ia juga akan membantu klien untuk

    memilih kerjaya yang sesuai dengan kelulusan akdemik. Selain itu, majikan juga akan

    menitikberatkan keputusan akdemik dan diikut yang lain.Oleh itu klien perlu

    mencapai keputusan akdemik yang cemerlang.

    Klien yang mempunyai minat dalam banyak bidang kerjaya dan tidak dapat

    menentukan kerjaya sesuai. Ujian minat kerjaya boleh digunakan oleh kaunselor

    untuk membantu klien mengetahui bidang kerjaya minat utama individu. Alatpengukuran Self Directed Search ( SDS ) digunakan untuk mengukur minat klien.

    Minat itu sangat penting kepada seseorang yang hendak bekerja kerana dengan minat

    dia akan berusaha bersungguh sungguh untuk mencapainya.Dengan keputusan

    yang diperolehi daripada ujian yang dijalankan ke atas klien maka bidang minat

    utama klien boleh diketahui. Ia akan memudahkan klien menunjukkna minat dalam

    bidang itu.

    92

  • 7/27/2019 Unit 7 Peranan Kaunselor

    14/17

    Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -

    UPM

    Ujian personaliti boleh dijalankan ke atas klien oleh kaunselor untuk mengenali ciri

    ciri personaliti klien dan ia juga adalah untuk mengetahui samaada ciri cirinya

    dimiliki bersesuaian dengan bidang kerjaya minat utama klien. Ini adalah untuk

    mewujudkan keselarasan individu di mana kelarasan antara jenis personaliti dengan

    jenis persekitran di mana individu tersebut bekerja. Stabiliti klien juga tidak akan ke

    arah pertukuran kerjaya dan merasakan stabilan jika masalah wujud.

    Kaunselor juga perlu membekalkan maklumat kerjaya yang sesuai dan tepat untuk

    klien. Ia boleh dibahagiakan kepada 2 bahagian iaitu maklumat mengenai kerjaya dan

    maklumat dalam pekerjaan. Dengan ini klien boleh mengenali kerjaya secara

    dalam.Klien juga perlu mengetahui samaada kerjaya yang dipilih itu mempunyai

    peluang pekerjaan yang baik dan bersesuaian dengan kelayakan akdemiknya.

    Klien perlu disedarkan bahawa diaperlu dimiliki kerjaya mengikut minatnya sendiri ,

    kelayakan dan personaliti dan bukan dipilih oleh orang lain. Ini akan mewujudkan

    tidak puas hati dengan pekerjaan , tidak minat untuk bekerja dan mewujudkan banyak

    masalah yang menjelaskan majikan dan imej sendiri.

    Sekolah perlulah menyediakan satu pusat kerjaya di sekolah untuk memudahkan

    pelajar mengetahui dan mengenali dunia pekerjaan sebelum menceburi. Maklumat

    yang diperolehi memudahkan pelajar mengenali minat yang dimiliki dan boleh

    membuat persediaan yang awal dari segi personaliti dan kelayakan akdemiknya.

    7.3.4 Masalah Keempat: Ponteng Sekolah

    Salah satu masalah yang dihadapi oleh sekolah ialah ponteng sekolah. Mereka tidak

    ke hadiri ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan. Pelajar perempuan inibiasanya berkelompok di luar kawasan sekolah dan keluar teman lelakinya atau

    kawan kawannya tanpa diketahui oleh sesiapa. Dengan berkelompok mereka

    melakukan banyak aktiviti sepanjang tempoh ponteng dengan bersama.

    Faktor kepada gejala ponteng sekolah ialah pengaruh rakan sebaya. Pelajar biasanya

    dipengaruhi oleh rakan rakan yang lain untuk ponteng sekolah di mna rakannya

    merupakan kaki ponteng. Ini telah menyerahkan lagi peluangnya untuk mengikut

    rakannya. Kegiatan yang dilakukan ketika ponteng telah mempengaruhi rakan yang

    mendengarnya dan menggalakkan rakan lain untuk mengikut.

    Ibu bapa juga memainkan peranan dalam ini. Kesibukan bekerja dan mengejarkemewahan membuatkan ibubapa tidak memberi perhatian dan kasih sayang yang

    sewajarnya kepada anaknya. Daripada kemewahan yang dibolehi menyebabkan

    merekan tidak bersungguh sungguh dalam menuntut ilmu disekolah. Mereka

    beranggapan kemewahan ibubapa sudah cukupi untuk mereka. Ibu bapa yang

    langsung tidak menyedari anak anak mereka tidak menyedari tidak ke sekolah dan

    melakukan kegiatan ponteng ini. Ibu bapa pula hanya mengambil sikap lepas tangan

    dan menyerah anaknya kepada pihak sekolah untuk memberi nasihat dan kaunseling.

    93

  • 7/27/2019 Unit 7 Peranan Kaunselor

    15/17

    Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -

    UPM

    Kurang minat pada pelajaran oleh pelajar walaupun Kementerian Pendidikan telah

    memasuki matapelajaran yang baru dalam sukatan pelajaran.Ia telah telah gagal

    menarik perhatian pelajar untuk mepelajarinya.Tindakan ponteng banyak membawa

    keburukan kepadanya di mana menyebabkan mereka ketinggalan dalam topik topik

    utama dalam menghadapi peperiksaan awam. Seterusnya mereka menjamun masa

    depan yang lebih baik hanya kerana mencari keseronokan sementara.

    Kewujudan pusat hiburan harian elektronik dan berkomputer telah m,enyebabkan

    pelajar mengambil kesempatan untuk menghabiskan masa ponteng sekolah. Pihak

    pengusaha pusat permaianan juga mengambil peluang mengaut keuntangan daripada

    pelajar seperti ini.

    Cara cara masalah ini diselesaikan

    Bagi menarik minat para pelajar ponteng sekolah, beberapa program yang lebih

    menarik dan berkesinambungan serta mempunyai matlamat yang lebih jelas masa

    hadapan perlu dibentuk. Program sperti Pra Rakan Muda yang diusahkan oleh

    Kementerian Belia dan Sukan menarik pelajar yang bermasalah.

    Kaunselor sekolah perlu menggunakan pendekatan yang lebih praktikal untuk

    mengatasi masalah pelajar. Berbincang dengan pelajar bukan pelajar yang bermasalah

    tetapi secara umum dan membertahu keburukan yang akan dihadapi daripada masalah

    ini.

    Berunding dengan ibu bapa pelajar supaya mereka akan memberi lebih perhatian

    kepada anaknya Anaknya juga akan mendapat kata kata perangsang dari ibu bapa

    bagi membakar semula semangat mereka untuk terus belajar dan terus berusaha.Inimenyebabkan mereka melupakan kegiatan ponteng sekolah apabila mereka tahu

    bahawa ibu bapa mereka ada bersama mereka yang memperhatikan dan memberikan

    sokongan .

    7.3.5 Masalah Kelima: Peperiksaan

    Masalah klien telah dikenalpasti iaitu menghadapi peperiksaan . Klien akan

    menduduki peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) dalam masa 6

    bulan akan datang . klien sangat gelisah,takut dan bimbang menghadapi peperiksaan

    ini.Dia belum sedia menghadapi peperiksaan ini. Klien sudahpun membuat

    kesimpulan bahawa dia akan gagal dalam peperiksaan ini.

    Puncanya ialah klien tidak boleh membaca dan memahami pelajaran dengan betul dan

    mudah. Ini menyebabkan dia risau dalam pemahamannya dalam pelajaran

    walaupundia membaca beberapa kali dia tidak dapat memahaminya dengan betul.

    Dalam membuat sesuatu karangnya dia tidak dapat menulis mengikut tajuk dan selalu

    terkeluar tajuk dan gagal dalam peperikssan sekolah.

    Klien juga tidak tahu teknik menjawab soalan - soalan peperiksaan dengan jaeapan

    berkesan. Dalam peperiksaan sekolah dia mendapat markah rendah kerana ini. Dia

    94

  • 7/27/2019 Unit 7 Peranan Kaunselor

    16/17

    Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -

    UPM

    juaga tidak dapat membahagikan masa untuk setiap mata pelajaran dengan baik. Ini

    menyebabkn dia ketinggalan salah satu subjek kerana masanya. Dia juga tidak dapat

    membuat nota ringkas denga mudah.

    Cara cara masalah ini diselesaikan

    Selepas penerokaan kepada masalah dan mengenai punca masalahnya. Cara yang

    digunakan ialah menerangkan klien tentang fikiran kerana dia tidak terlambat dan

    masa untuk membaiki. Klien gelisah, takut dan risau akan melaemahkan semangat

    sebagai pelajr. Bersemangatkan klien supaya dia dapat menguatkan perasaan dan

    lahirnya perasaan postif. Keputusan tidak boleh dibuat sebelum menduduki

    peperiksaan dan mestilah mempunyai satu matlamat baik sebelum menduduki

    peperiksaan supaya mendapat keputusan cemerlang.

    Klien mestilah digalakan membuat banyak nota ringkas dengan sendiri. Klien

    mestilah membaca beberapa sehingga dia memahami dan kemudian dia membuat nota

    ringkas dengan cara sendiri. Ini akan memudahkan pemahamannya setiap kali dia

    membaca nota ringkasnya. Nota ringkas mestilah dibuat mengikut caranya kerana dia

    akan membacanya.Nota ringkas ialah fakta yang difahami daripada bacaannya dan

    membuat nota ringkas daripada fahamannya sertaia mestilah betul.

    Klien mestilah mengetahui teknik menjawab soalan peperiksaan dengan betul kerana

    ia sangat penting. Dia boleh mengetahui daripada guru sekolah , buku buku soalan

    peperiksaan lepas dan mendapat bantuan daripada kawan sekolah cemerlang dalam

    peperiksaan. Kaunselor perlulah mendedahkan kepda klien bahawa kaedah yang

    paling baik perlu diamalkan. Seperti menggunakan soalan peperiksaan adalah baik

    kerana mempunyai teknik jawab yang diperlukan oleh pelajar dan cara menjawabdengan berkesan serta markah yang akan diperolehi.

    Kaunselor juga menyedarkan klien untuk membaca soalan peperiksaan beberapa kali

    dan memahaminya kehendak soalan dan barulah menjawab solan dengan

    menggunakan jawapan yang betul dan berkesan.

    Kaunselor juga perlu memberikan cara cara klien boleh membahagikan masa untuk

    setiap subjek dan memdisiplinkan diri untuk mematuhinya setiap kali. Klien

    membahagikan masa dengan membuat jadual sendiri di rumah. Klien mestilah

    mengulangkaji semua mata pelajaran dan bukan memilih matapelajaran yang diminati

    sahaja.

    Klien juga boleh mengulangkaji dengan kawan secara berkumpul kerana ia akan

    menambahkan mamahami dengan menanyakan dan diikut dengan penerangan.

    Kaunselor boleh berunding dengan guru guru untuk membantu pelajar yang

    bermasalah dalam pelajaran untuk membuat ulangkaji dengan pelajar. Ini akan

    menambahkan ilmu pengetahuan dengan perbincangan.

    95

  • 7/27/2019 Unit 7 Peranan Kaunselor

    17/17

    Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -

    UPM

    Kaunselor boleh bekerjasama dengan pihak sekolah mengadakan program motivasi

    kepada pelajar- pelajar sebelum menghadapi peperiksaan.ia akan menambahkan

    semangat kepada pelajar.

    Kesimpulannya, mengenalpasti masalah di sekolah dan menggunakan cara cara ini

    untuk menyelesaikan masalah akan mengatasi masalah darpada menjadi masalahbesar. Kaunselor boleh mengunakan jalan penyelesaian ini untuk membantu pelajar

    kepada jalan betul dan menyedarikannya daripada masalah yang dihadapi.

    7.4 Aktiviti

    1. Berdasarkan temubual bersama kaunselor dalam unit ini, berikan

    pandangan anda mengenai peranan kaunselor.

    2. Pada pandangan anda, bagaimanakah anda akan menyelesaikan masalah-

    masalah utama para pelajar yang disebutkan dalam unit ini.

    3. Selain daripada permasalahan utama pelajar yang disebut dalam unit ini,

    pada pandangan anda apakah permasalahan-permasalahan lain yang sering

    dihadapi oleh pelajar. Bincangkan cara anda mengatasi permasalahan-

    permasalahan tersebut.

    96