unit 11 - ujian diagnostik membaca

Upload: salwana-ahmad

Post on 17-Oct-2015

343 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

  • UNIT 11

    UJIAN DIAGNOSTIK AWAL MEMBACA BAHASA MELAYU

    Hasil Pembelajaran

    pada akhir pelajaran bab ini pelajar akan

    mengenal ciri-ciri utama Ujian Diagnostik Awal Membaca Bahasa Melayu,

    berdasarkan KGBK

    dapat mengguna Ujian Diagnostik Awal Membaca ini.

    Pentingnya Ujian Diagnostik awal membaca dan menulis (2M)

    Kebanyakan murid yang tidak boleh membaca atau lemah membaca dan menulis ialah kerana asas

    awal membaca dan menulisnya lemah di peringkat K-3 (pra sekolah ke Tahun 3) sekolah rendah.

    Untuk memperbaiki kelemahan ini, asas membaca dan menulis hendaklah dibina di peringkat awal

    ini.

    Langkah pertama dalam pengajaran awal 2M, terutama untuk memulih murid yang bermasalah 2M,

    ialah untuk mengenal pasti di manakah atau di tahap manakah seseorang murid itu boleh 2M atau

    tidak boleh 2M. Pada masa sekarang berbagai-bagai istilah digunakan untuk menerangkan tahap

    kelemahan 2M murid seperti:-

    - masih buta huruf;

    - tahu a b c saja tetapi tidak boleh membaca perkataan,;

    - tahu membaca perkataan mudah suku kata terbuka saja, tetapi tidak boleh membaca perkataan

    suku kata tertutup;

    - boleh membaca sedikit secara merangkak-rangkak;

    - boleh membaca, tetapi tidak lancar;

    - tidak boleh menulis dan sebagainya.

    Maksud setiap rangkai kata ini samar, dan sukar kita hendak menentukan apakah masalah murid

    dalam membaca dan menulis Bahasa Melayu.

    Ujian dignostik 2M yang lebih tepat dan boleh dipercayai adalah penting untuk guru dan ibu bapa

    mengenal tahap kebolehan kanak-kanak atau murid membaca dan menulis, terutama pada

    peringkat asas. Dengan mengetahui tahap kebolehan membaca dan menulis ini barulah bahan dan

    kaedah mengajar 2M yang sesuai boleh dipilih dan digunakan untuk mengajar murid meningkatkan

    kekecekapannya membaca dan menulis.

  • KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 92

    Apakah Ujian Diagnostik KGBK 2M

    Ujian Diagnostik KBGK 2M ialah ujian untuk menguji tahap kemahiran awal membaca dan menulis

    Bahasa Melayu. Kedua-dua kemahiran membaca dan menulis itu saling berkaitan. Walau

    bagaimanapun, kedua-dua kemahiran ini berbeza sedikit. Kebolehan membaca lebih berbentuk

    kecekapan mengecam perkataan, frasa dan ayat dan memahaminya. Kemahiran menulis pula

    melibatkan kedua-dua kemahiran membaca dan kemahiran mencatat atau menulis kefahaman dan

    idea.

    Untuk mengatasi masalah 2M dan mengenal pasti tahap kebolehan 2M Bahasa Melayu, saya telah

    menggubal Ujian dignostik KGBK sejak 1990-an, dan dimurnikan dari semasa ke semasa. Kemudian

    Ujian ini diterbitkan oleh Penerbit UPSI pada 2006. Ini ialah satu usaha untuk mengukur sejauh

    manakah murid boleh membaca dan menulis atau 2M. Dengan mengguna ujian ini kita dapat

    menaksir dengan lebih tepat dan jelas aras kebolehan seseorang murid membaca dan menulis.

    Kelemahan 2M boleh dikenal pasti atau didiagnos dengan lebih tepat. Dengan itu cara

    mengatasinya boleh dicari atau digubal dengan lebih sesuai dan berkesan.

    Bahan dan keterangan Bab ini adalah berasaskan risalah berikut:

    a) Ujian Diagnostik Membaca Bahasa Melayu

    b) Ujian Diagnostik Menulis Bahasa Melayu

    c) Panduan Mengguna Ujian Diagnostik Membaca dan Menulis Bahasa Melayu

    Ujian-ujian dan panduan di atas digubal oleh saya dan diterbitkan oleh Penerbit UPSI, 2006, dengan

    sedikit penyesuaian. Ujian Diagnostik ini terbahagi kepada dua:

    a) Ujian diagnostik awal membaca

    b) Ujian diagnostik awal menulis

    Dengan mentadbir kedua-dua ujian ini kepada murid, guru akan dapat mengesan secara spesifik

    pada aras manakah murid telah menguasai kemahiran membaca dan menulis, dan pada aras

    manakah murid belum boleh membaca dan menulis dan perlu diberi bantuan secara spesifik. Hasil

    Ujian ini akan membantu guru untuk memberi bimbingan dan latihan spesifik untuk memulih dan

    meningkatkan kebolehan murid membaca dan menulis.

    Untuk memudahkan pengesanan taraf kebolehan murid membaca dan menulis, kedua-dua Ujian ini

    dibahagikan kepada 12 Aras. Pemeringkatan aras-aras ini didasarkan prinsip dan pendekatan

    Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) Bahasa Melayu. Setiap satu aras itu lebih tinggi dari aras

    sebelumnya. Misalnya Aras 3 lebih tinggi dari Aras 2. Aras 5 lebih tinggi dari Aras 3 dan 4. Murid

    sukar membaca Aras 5 jika ia tidak menguasai aras 3 dan 4 sebelumnya.

    Jika murid boleh membaca dan faham cerita pada Aras 12 dan menulis pada Aras 12, maka murid

    itu bolehlah dianggap telah menguasai kemahiran membaca dan menulis secukupnya untuk

    membaca kebanyakan buku teks, buku cerita, bahan bacaan lain dan menulis latihan yang

    diperlukan pada Tahap 1 (Tahun 1 3 ) pendidikan rendah.

  • KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 93

    Ujian Diagnostik ini dibina sejak tahun 1990, berdasarkan prinsip dan pendekatan Kaedah

    Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) untuk mengajar awal membaca dan menulis Bahasa Melayu. KGBK

    digubal oleh saya dalam tahun 1979 dan diperkembang sejak itu. KGBK berdasarkan gabungan

    kaedah fonik dan kaedah seluruh perkataan awal membaca dan menulis, dengan mengambil kira

    bahawa sistem ejaan Bahasa Melayu adalah fonemik, suku katanya jelas, dan tatabahasa Bahasa

    Melayu mudah. Kajian menunjukkan KGBK mudah dan berkesan untuk mengajar kanak-kanak

    membaca dan menulis Bahasa Melayu dan juga sebagai kaedah pengajaran pemulihan murid yang

    tidak boleh atau lemah membaca.

    Di sekolah sekarang, bagaimanakah guru prasekolah atau guru Tahun 1-3 mengesan

    dan mengetahui aras kebolehan membaca?

    Kenapakah pentingnya diadakan Ujian Diagnostik Membaca ini?

    Ujian Diagnostik Awal Membaca: 12 Aras

    Bab ini menghurai tujuan dan kandungan Ujian Diagnostik Awal Membaca. Tujuan Ujian Diagnostik

    Awal Membaca Bahasa Melayu ialah untuk menaksir aras kebolehan murid membaca dan

    mengesan secara spesifik pada peringkat mana murid boleh membaca dan di manakah mereka

    tidak boleh atau lemah membaca. Ia dibahagikan kepada 12 Aras mengikut pemeringkatan tahap

    kesukaran proses membaca, dari mudah (Aras 1, 2) ke lebih sukar (Aras 10, 11 dan 12) yang

    diasaskan kepada pendekatan KBGK.

    Secara ringkasnya 12 Aras kebolehan membaca itu adalah sebagai berikut:

    Aras 1: Membunyikan huruf vokal dan konsonan mudah (a i u, b c k)

    Aras 2: Membunyikan suku kata terbuka (kv): (bu ka li su di mu)

    Aras 3: Membaca perkataan suku kata terbuka (vkv kvkv): (ibu buka situ)

    Aras 4: Membaca frasa dan suku kata terbuka (kv): (muka sita; kaki kuda)

    Aras 5: Membaca suku kata tertutup (kvk): (ban; sat; lam)

    Aras 6: Membaca perkataan suku kata tertutup (bukit; dapat; malam; rambut)

    Aras 7: Membaca perkataan membezakan vokal e tailing dan e pepet dan o:

    (esok; emak; oren)

    Aras 8: Membaca perkataan suku kata keluncuran dan diftong (bau; dua; amboi)

    Aktiviti

  • KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 94

    Aras 9: Membaca perkataan dengan suku kata kkv (nganga; punya; syarat)

    Aras 10: Membaca perkataan dengan penambahan me; mem; ber; -an

    Aras 11: Membaca dan memahami ayat pendek.

    Aras 12: Membaca dan memahami cerita mudah.

    Aras-aras di atas menujukkan tahap kesukaran proses membaca bahasa Melayu pada peringkat

    awal murid belajar membaca. Item dalam ujian ini kerkembang beransur-ansur dari aras mudah ke

    aras lebih sukar, sehingga ke aras 12 di mana kanak-kanak boleh membaca sebuah cerita pendek.

    Aras 1 bermula dengan peringkat mengenal beberapa huruf vokal dan konsonan; kemudian

    membentuk suku kata terbuka (kv) dan membaca perkataan dua suku kata terbuka (kvkv), dan

    berkembang seterusnya, mengikut pendekatan KGBK. Jika murid hanya boleh membaca pada Aras

    3 misalnya, dia tidak akan boleh membaca pada Aras 4 dan 5. Jika murid boleh membaca pada

    Aras 6, dia sukar membaca pada Aras 7 dan 8 dan seterusnya. Jadi Ujian Diagnostik KGBK ini

    boleh mengesan dengan jelas di mana seseorang murid itu boleh atau tidak boleh membaca.

    Dengan itu mudahlah guru memberi perhatian dan latihan khas di aras yang perlu diperkukuhkan

    dahulu sebelum beransur ke aras yang lebih tinggi. Murid yang dianggap mempunyai kecekapan

    atau kebolehan membaca secukupnya ialah apabila ia boleh membaca pada Aras 12, iaitu boleh

    membaca dan memahami satu cerita mudah.

    Aras-aras ini tidak sama untuk bahasa Inggeris atau bahasa lain, kerana sistem ejaan, suku kata

    dan cara pembentukan ayat bahasa lain itu berbeza dari Bahasa Melayu.

    Panduan untuk mentadbir Ujian ini.

    - Beri ujian ini secara perseorangan pada awal program, misalnya pada awal Tahun persekolahan,

    dan pada masa-masa tertentu. Setiap murid diuji secara individu.

    - Bagi setiap Aras ada arahan untuk mentadbir Aras itu. Guru perlu menggunanya. Misalnya pada

    Aras 1, Arahan: Tunjuk huruf kepada murid, dan sebut Bunyikan huruf ini.

    - Dalam satu kertas laporan asing, tandakan / jika murid boleh menyebut atau membaca

    dengan betul Aras berkenaan.

    - Jika murid tidak boleh membaca betul, tulis di ruang kosong apa yang murid sebutkan atau baca.

    - Catatkan tarikh ujian dan Aras kebolehan murid membaca dalam buku rekod murid. (lihat contoh

    borang Rekod Kemajuan Murid Membaca).

    - Jalankan pengajaran membaca Bahasa Malaysia mengguna Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    (KGBK), setiap hari, atau sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, 30 - 40 minit setiap sesi.

    - Beri Ujian Diagnostik ini setiap minggu atau setiap dua minggu, untuk melihat kemajuan murid.

    Catat Aras kebolehan murid membaca dan tarikhnya dalam borang Rekod Kemajuan Murid

    Membaca.

  • KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 95

    Huraian tentang aras-aras yang terdapat dalam ujian ini.

    Berikut ialah kandungan ujian bagi setiap 12 aras kebolehan membaca.

    Aras 1: Membunyikan huruf vokal dan konsonan mudah

    Arahan: Tunjuk huruf kepada murid, dan sebut Bunyikan huruf ini.

    a __ i __ u __

    b __ k __ c __

    s __ t __ d __

    Huraian Aras 1

    Kebanyakan murid akan menyebut nama huruf, misalnya a disebut a dan tidak bunyi huruf

    aa. Tulis nh pada ruang di sebelah huruf jika murid sebut nama huruf, dan tidak bunyi huruf.

    Tanda / di ruang kosong itu jika murid sebut bunyi huruf. Kebanyakan murid boleh menyebut

    nama huruf a, tetapi tidak menyebut bunyi huruf a. Tidak mengapa. Ini memberi maklumat

    yang kemudian guru perlu mengajarnya membunyikan huruf a.

    Untuk murid belajar membaca dengan cepat, kajian menunjukkan adalah penting murid mengenal

    bentuk huruf, tahu nama huruf, dan boleh menyebut bunyi huruf,

    Dalam pendekatan KGBK, murid tidak perlu mengenal, mengetahui dan menyebut semua nama

    dan bunyi huruf dalam abjad sebelum ia diajar membina suku kata dan membaca perkataan. Dalam

    KGBK memadai murid mengenal dan boleh membunyi beberapa huruf vokal utama a i u, dan

    huruf konsonan b c dan k saja. Tiga huruf vokal utama a i u ini diajar dahulu kerana

    huruf-huruf ini mudah dan kerap diguna dalam perkataan Melayu. Kemudian murid sudah boleh

    diajar membina suku kata kv dan membina perkataan kvkv dan membaca perkataan yang dibina.

    Aras 2: Membunyikan suku kata terbuka (kv)

    Arahan: Tunjuk suku kata kepada murid dan sebut Bunyikan ini.

    ba ____ bi ____ ca ____

    ku ____ ki ____ cu ____

    ni ____ ta ____ si ____

    ci ____ ka ____ bu ____

    Huraian Aras 2

    Suku kata bahasa Melayu jelas dan mudah disebut. Suku kata adalah asas pembinaan perkataan.

    Murid yang boleh membaca suku kata, akan mudah untuk membaca perkataan baru sendiri. Suku

    kata terbuka mudah dicam, dieja dan disebut. Sebab itu suku kata terbuka seperti ba bi bu;

    ka ki ku diajar dahulu.

  • KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 96

    Tetapi dalam KGBK, murid tidak perlu tahu membaca banyak suku kata sebelum mereka diajar

    membaca perkataan atau frasa. Jika murid mengetahui beberapa suku kata saja, mereka sudah

    boleh diajar membina perkataan dan frasa dan membacanya.

    Aras 3: Membaca perkataan suku kata terbuka (kvkv)

    Arahan: Tunjuk perkataan kepada murid. Baca perkataan ini.

    Ibu _______ kaki _______

    batu _______ situ _______

    luka _______ suka _______

    buku _______ mata _______

    Huraian Aras 3

    Murid yang boleh membaca suku kata terbuka dengan mudah boleh membaca perkataan suku kata

    terbuka seperti baba; ibu; buku; kaki; baca dan sebagainya. Jika mereka tidak

    boleh membaca perkataan suku kata terbuka, mereka harus diajar dan dilatih membaca suku kata

    terbuka dan mencantum suku kata menjadi perkataan dan membacanya. Banyakkan latihan untuk

    murid membaca perkataan suku kata terbuka.

    Aras 4: Membaca frasa dan ayat suku kata terbuka (kv)

    Arahan: Tunjuk frasa atau ayat di bawah kepada murid dan suruhnya Baca ini.

    1. muka Sita.

    2. kaki kuda.

    3. Mama cuci kaki.

    4. Ini rusa Nani.

    5. Siti cari rama-rama.

    Huraian Aras 4

    Aras 4 menguji murid membaca frasa dan ayat mudah perkataan suku kata terbuka (kv), sebagai

    lanjutan Aras 3, yang hanya menguji membaca perkataan sahaja. Aras 4 ini lebih sukar sedikit

    kerana murid perlu membaca beberapa perkataan dalam frasa dan ayat.

    Aras 5: Membaca suku kata tertutup kvkvk dan kvkkv

    Arahan: Tunjuk suku kata kepada murid. Suruh Bunyikan ini.

    ban _____ bin _____ bun _____

    sat _____ kut _____ kak _____

    lam _____ tin _____ lim _____

    tak _____ lat _____ kit _____

    Huraian Aras 5

    Suku kata tertutup seperti ban; sat; kit; dan sebagainya, lebih sukar sedikit dari suku kata

    terbuka dalam Aras 2, 3 dan 4. Kemahiran mengecam dan membunyikan suku kata tertutup menjadi

  • KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 97

    asas untuk murid membaca banyak perkataan suku kata tertutup (kvk) seperti bukit; makan;

    lampu dan sebagainya pada Aras 6.

    Aras 6: Membaca perkataan suku kata tertutup

    Arahan: Tunjuk perkataan kepada murid dan suruhnya Baca perkataan ini.

    bukit _______ kasut _______

    dapat _______ rumah _______

    malam _______ rambut _______

    jumpa _______ nampak _______

    jalan raya ________

    Huraian Aras 6

    Aras ini menguji kebolehan murid membaca perkataan suku kata tertutup (kvk), seperti bukit;

    kasut; dapat; rumah; nampak. Murid akan boleh membaca perkataan dan frasa

    suku kata tertutup setelah mereka belajar mencantum suku kata tertutup dengan suku kata lain

    supaya menjadi perkataan. Jika mereka sukar membaca perkataan-perkataan ini, guru perlu

    mengajar dan melatih murid mengecam dan menyebut suku kata tertutup (kvk) berkenaan, membina

    perkataan darinya dan membacanya.

    Aras 7: Membaca perkataan membezakan vokal e tailing dan e pepet; dan o

    Arahan: Tunjuk perkataan kepada murid dan suruhnya. Baca perkataan ini.

    esok emak

    elok oren

    bebas betik

    belok kereta

    seekor lembu

    Huraian Aras 7

    Dalam sistem ejaan bahasa Melayu rumi, hanya huruf vonal e mempunyai dua bunyi yang

    berlainan yang melambang dua fonem. Ini sebabnya huruf vokal e dikemudiankan sedikit dalam

    pengajaran awal membaca bahasa Melayu. Murid akan keliru dengan dua bunyi e jika diajar pada

    peringkat awal. Huruf vokal o dikemudiankan juga kerana ia hampir sama bunyinya dengan bunyi

    vokal u. Lagipun, huruf o tidaklah kerap digunakan berbanding huruf vokal u.

    Aras 8: Membaca perkataan suku kata keluncuran dan diftong

    Arahan: Tunjuk perkataan kepada murid dan suruhnya Baca perkataan ini.

    bau _____ pantai _____

    dua _____ naik _____

    kuih _____ amboi _____

    burung bangau

    anak harimau

  • KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 98

    Huraian Aras 8

    Ada perkataan Bahasa Melayu seperti baik; buah; kuih dan sebagainya dieja dalam

    dengan mengguna gabungan dua huruf vokal di tengah perkataan. Ini dipanggil geluncuran. Ada

    perkataan yang dieja dengan gabungan dua vokal pada suku kata akhir perkataan, seperti bau;

    amboi; sungai dan sebagainya. Ini dipanggil diftong. Dari kajian didapati murid sukar sedikit

    mengcam dan membaca perkataan jenis ini dibanding dengan perkataan suku kata terbuka dan

    suku kata tertutup seperti dalam Aras 3 dan 5. Jika murid sukar membaca perkataan bagini, guru

    perlu ajar dan latih murid menyebutnya semula. Perkataan seperti sungai boleh dipecahkan

    suku katanya menjadi su ngai, amboi menjadi am boi, saudagar menjadi sau

    dagar. Tetapi perkataan yang mengandungi geluncur seperti baik, buah dan naik

    harus disebut terus, tidak dipecah suku katanya.

    Aras 9: Membaca perkataan dengan suku kata nga; nya; sya, kha (kkv)

    Arahan: Tunjuk perkataan kepada murid dan suruhnya Baca perkataan ini.

    nganga _______ wangi _______

    bunyi _______ penyu _______

    ungu _______ khabar _______

    syabas _______ syukur _______

    suaranya nyaring ______________

    Huraian Aras 9

    Aras suku kata kkv seperti nga ngi ngu; dan nya nyi nyu; dikemudiankan kerana ia

    lebih sukar sedikit dibanding dengan suku kata kvk jenis di atas. Lagi pun tidak bagitu banyak

    perkataan yang mengguna suku kata jenis kkv ini.

    Aras 10: Membaca perkataan dengan penambahan me-, mem-, ber-, -an

    Arahan: Tunjuk perkataan kepada murid dan sebut Baca perkataan ini.

    melayang __________ membuat __________

    mencari __________ berjalan __________

    berkelah __________ menulis __________

    makanan __________ pakaian __________

    mengirim surat ____________________

    Huraian Aras 10

    Imbuhan me-, mem-, ber-, dan -an di atas dipilih kerana ia kerap diguna dalam

    bahasa Melayu. Ini sebagai satu pengenalan tentang penggunaan imbuhan supaya murid sedar

    dalam proses mereka membaca perkataan dan ayat dalam buku mereka bertemu perkataan yang

    mengguna imbuhan ini.

  • KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 99

    Aras 11: Membaca ayat pendek

    Arahan: Tunjuk setiap ayat di bawah kepada murid. Baca ayat ini. Selepas murid baca ayat itu, uji

    kefahaman murid tentang ayat itu. Guna soalan ini untuk guru bertanya murid.

    1. Musa baca apa? 2.Itu kedai siapa? 3. Di manakah sekolah Zaki? 4. Apakah cikgu Lili

    mengajar? 5. Dimanakah mereka berkelah?

    1. Musa membaca buku.

    2. Itu kedai buku Pak Jamil

    3. Sekolah Zaki di Kampung Baru

    4. Cikgu Lili mengajar kami menulis dan menyanyi.

    5. Mereka berkelah di tepi pantai.

    Huraian Aras 11

    Kebolehan murid membaca ayat pendek dan memahaminya ialah aras kebolehan membaca yang

    lebih tinggi dari aras-aras sebelum ini. Walaupun sebelum ini murid sudah boleh membaca frasa,

    ayat yang diuji di Aras ini lebih beragam, dan pelbagai sedikit. Setelah murid membaca ayat, guru

    hendaklah bertanya murid maksud ayat itu untuk menguji kefahamannya.

    Aras 12: Membaca ayat dan memahami cerita

    Arahan: Suruh murid baca cerita di bawah. Selepas itu guru hendaklah bertanya soalan berikut

    untuk menguji kefahaman murid.

    a) Kemanakah Fizi pergi?

    b) Di manakah rumah nenek Fizi?

    c) Apakah ada di dalam sungai?

    d) Dengan siapakah Fizi menangkap ikan?

    e) Adakah Fizi dan abangnya suka menangkap ikan?

    Fizi pergi ke rumah neneknya.

    Rumah neneknya di tepi sungai.

    Di dalam sungai banyak ikan.

    Fizi dan abangnya suka menangkap ikan.

    Huraian Aras 12

    Ini aras tertinggi dalam kebolehan awal membaca ialah kebolehan membaca cerita ringkas dan

    memahaminya. Jika murid membaca cerita ringkas ini dengan lancar, dan memahami apa yang

    dibaca, maka murid ini boleh dianggap telah mencapai kebolehan membaca secukupnya. Murid

    akan boleh membaca kebanyakan buku teks dan bahan cetak lain pada Tahap 1 sekolah rendah.

    Yang diperlukan ialah guru menggalakkan murid meminjam buku untuk mereka terus membaca

    buku cerita dan lain-lain buku tambahan bagi mengukuhkan kelancaran mereka membaca.

    Kaji ciri-ciri setiap 12 aras Ujian Diagnostik Membaca ini.

    Beri contoh kandungan ujian setiap aras.

    Aktiviti

  • KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 100

    Ringkasnya

    Tujuan Ujian Diagnostik Membaca ini ialah untuk mengesan pada Aras manakah seseorang murid

    itu boleh membaca atau tidak boleh membaca perkataan, ayat dan cerita mudah dalam Bahasa

    Melayu.

    Seperti yang ditunjukkan Ujian Diagnostik ini mengandungi 12 Aras. Setiap Aras yang lebih tinggi

    adalah lebih sukar dari Aras sebelumnya. Jika murid hanya boleh membaca pada Aras 5, maka guru

    hendaklah mengulang pelajaran membaca Aras 5, dan kemudian perkembangkan ke Aras 6, 7 dan

    seterusnya.

    Murid yang boleh membaca pada Aras 12 saja yang boleh dianggap sudah menguasai kecekapan

    membaca secukupnya untuk membaca buku teks dan bahan rujukan yang diperlukan dalam Tahjap

    1 (Tahun 1-3) sekolah rendah.

    Beri Ujian Diagnostik Membaca ini kepada tiga orang murid prasekolah atau murid

    Tahun 1. Apakah aras kebolehan setiap murid membaca?

    RUJUKAN

    Isahak Haron (2006), Panduan Mengguna Ujian Diagnostik Awal Membaca dan Menulis Bahasa

    Melayu dan Ujian Diagnostik Membaca, dan Ujian Diagnostik Menulis. Penerbit UPSI, Tanjung

    Malim.

    Aktiviti

  • KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 101

    Contoh borang

    Rekod Kemajuan Murid Membaca

    Kelas ___________________ Sekolah:___________________________________

    * Tulis haribulan dalam ruang Aras berkenaan menunjukkan murid membaca sesuatu Aras itu.

    Bil Nama Murid Aras

    1

    Aras

    2

    Aras

    3

    Aras

    4

    Aras

    5

    Aras

    6

    Aras

    7

    Aras

    8

    Aras

    9

    Aras

    10

    Aras

    11

    Aras

    12

    1

    Aminah Binti Awang

    *

    5.3.06

    9.3.06

    14.3.06

    19.3.06

    19.3.06

    2

    Basir Bin Kasim

    5.3.06

    9.3.06

    14.3.06

    19.3.06