undang-undang kecil tred, perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf ·...

27
TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA KERAJAAN TEMPATAN, 1976 Tr. P.U. 1/94 UNDANG-UNDANG KECIL TRED, PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN (MAJLIS DAERAH SETIU) 1989 Tarikh penyiaran : 6 Januari 1994 Tarikh mula berkuatkuasa : 1 Ogos 1989 _________________________________ SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL _________________________________ Mukadimah Undang-undang kecil 1.Nama, pemakaian dan mula berkuatkuasa. Undang-undang kecil 2. Tafsiran. Undang-undang kecil 3. Lesen Undang-undang kecil 4. Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang kecil 6. Sahnya lesen. Undang-undang kecil 7. Pindahmilik lesen. Undang-undang kecil 8. Kebersihan. Undang-undang kecil 9. Mengadakan tong sampah. Undang-undang kecil 10. Sampah pepejal basah. Undang-undang kecil 11. Pembuangan sampah sarap. Undang-undang kecil 12. Menumpahkan bahan menggangu. Undang-undang kecil 13. Bekalan air. Undang-undang kecil 14. Jamban pam dan tempat buang air kecil. Undang-undang kecil 15. Pencahayaan.

Upload: dangque

Post on 06-Sep-2018

240 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf · Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang

TERENGGANU DARUL IMAN

TAMBAHAN PERUNDANGAN

AKTA KERAJAAN TEMPATAN, 1976

Tr. P.U. 1/94 UNDANG-UNDANG KECIL TRED, PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN (MAJLIS

DAERAH SETIU) 1989 Tarikh penyiaran : 6 Januari 1994 Tarikh mula berkuatkuasa : 1 Ogos 1989

_________________________________

SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL _________________________________

Mukadimah Undang-undang kecil 1.Nama, pemakaian dan mula berkuatkuasa. Undang-undang kecil 2. Tafsiran. Undang-undang kecil 3. Lesen Undang-undang kecil 4. Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang kecil 6. Sahnya lesen. Undang-undang kecil 7. Pindahmilik lesen. Undang-undang kecil 8. Kebersihan. Undang-undang kecil 9. Mengadakan tong sampah. Undang-undang kecil 10. Sampah pepejal basah. Undang-undang kecil 11. Pembuangan sampah sarap. Undang-undang kecil 12. Menumpahkan bahan menggangu. Undang-undang kecil 13. Bekalan air. Undang-undang kecil 14. Jamban pam dan tempat buang air kecil. Undang-undang kecil 15. Pencahayaan.

Page 2: Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf · Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang

Undang-undang kecil 16. Ganti udara. Undang-undang kecil 17. Bersesak-sesak tidak dibenarkan. Undang-undang kecil 18. peruntukan bilik mes, dsb. Undang-undang kecil 19. Pencegahan kebakaran. Undang-undang kecil 20. Bahan-bahan mudah terbakar. Undang-undang kecil 21. Stor. Undang-undang kecil 22. Pembakaran. Undang-undang kecil 23. Penyebaran abuk, dsb. Undang-undang kecil 24. Bising. Undang-undang kecil 25. Waktu menjalankan pernigaan, dsb. Undang-undang kecil 26. Kuasa untuk memeriksa. Undang-undang kecil 27. Penalti. Undang-undang kecil 28. Pemansuhan. JADUAL

Page 3: Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf · Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang

Mukadimah PADA menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 102 (s) dan seksyen 102A Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], Majlis Daerah setiu membuat, dan menurut seksyen 103 Akta tersebut Pihak berkuasa Negeri mengesahkan undang-undang kecil yang berikut: 1. Nama, pemakaian dan mula berkuatkuasa. Undang-undang kecil ini bolehlah dinamakan Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan Peribdustrian (Majlis Daerah Setiu) 1989 dan hendaklah dipakai untuk kawasan Majlis Daerah Setiu dan hendaklah berkuatkuasa pada 1 haribulan Ogos, 1989. 2. Tafsiran. Dalam undang-undang kecil ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain:- “industri” ertinya apa-apa perniagaan, tred, pengusahaan, pengilangan atau pekerjaan majikan dan termasuk apa-apa pekerjaan, perkhidmatan, penggajian, pertukangan tangan atau pekerjaan industrian atau vokasion pekerja dan termasuk perusahaan di rumah dan kilang-kilang; “lesen” ertinya apa-apa lesen yang dikeluarkan di bawah undang-undang kecil ini mengenai apa-apa bentuk tred, perniagaan dan perindustrian dari jenis yang memudaratkan atau yang boleh menjadi punca kacau ganggu kepada orang awam atau sesuatu kelas orang awam seperti yang dinyatakan dalam Jadual; “pemegang lesen” ertinya orang yang kepadanya dikeluarkan lesen di bawah undang-undang kecil ini; “perniagaan” termasuklah apa-apa bentuk, tred, perdagangan, pekerjaan tanganm kepandaian, profesion atau lain-lain aktiviti yang dijalankan bagi maksud keuntungan; “premis” termasuklah mesuaj, rumah, bangunan, tanah, tenement, ismen dan hereditamen dari apa-apa pemegangan, sama ada terbuka atau terkepung, sama ada dibina atasnya atau tidak, sama ada awam atau persendirian, dan sama ada disenggara atau tidak oleh Pihak Berkuasa Berkanun; “tred” ertinya apa-apa jenis aktiviti perdagangan yang dinyatakan dalam Jadual;

Page 4: Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf · Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang

“Yang Dipertua” ertinya Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu dan termasuk Timbalan Yang Dipertua. 3. Lesen. (1) Tiada seseorang pun boleh menjalankan apa-apa bentuk tred, perniagaan dan perindustrian di mana-mana tempat atau premis dalam kawasan Majlis Daerah Setiu melainkan ia dilesenkan untuk berbuat demikian oleh Yang Dipertua. (2) Fee yang dikenakaan bagi sesuatu lesen di bawah undang-undang kecil ini hendaklah seperti yang ditetapkan di bawah dalam Jadual. 4. Permohonan untuk mendapatkan lesen. (1) Tiap-tiap permohonan bagi sesuatu lesen hendaklah dibuat secara bertulis kepada Yang Dipertua dalam borang yang ditetapkan oleh Yang Dipertua. (2) Yang Dipertua boleh menghendaki mana-mana pemohon bagi pengeluaran atau pembaharuan sesuatu lesen supaya hadir sendiri atau, bagi sesuatu perbadanan atau firma seorang wakil yang diberi kuasa oleh perbadanan atau firma tersebut suapaya hadir, semasa lesen tersebut dikeluarkan atau dibaharui. 5. Bentuk lesen. Tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah undang-undang kecil ini hendaklah dalam bentuk yang ditetapkan oleh Yang Dipertua dari semasa ke semasa. 6. Sahnya lesen. Sesuatu lesen jika tidak digantung atau dibatalkan terlebih awal oleh Yang Dipertua akan berkuatkuasa selama setahun mulai dari 1 haribulan Januari dan tamat pada 31 haribulan Disember tiap-tiap tahun.

Page 5: Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf · Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang

7. Pindahmilik lesen. (1) Sepanjang tempoh sahnya sesuatu lesen Yang Dipertua boleh, di atas permohonan pemegangnya, membenarkan pemindahan milik lesen tersebut kepada orang lain. (2) Fee yang kena dibayar bagi pindahmilik hendaklah sebanyak dua puluh peratus daripada bayaran lesen dalam Jadual undang-undang kecil ini. 8. Kebersihan. Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah menjaga dan menyenggara tempat atau premis yang dilesenkan supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih. 9. Mengadakan tong sampah. Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah mengadakan tong atau bekas sampah yang cukup sebagaimana perlu untuk meletakkan sampah. 10. Sampah pepejal basah. Semua sampah sarap hendaklah dibubuh dalam karung plastic atau lain-lain bekas yang sesuai sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah atau bekas sampah. 11. Pembuangan sampah sarap. Semua sampah sarap dalam tong sampah atau bekas sampah hendaklah dibuang dengan cara sebagaimana diarahkan oleh Yang Dipertua dari semasa ke semasa.

Page 6: Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf · Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang

12. Menumpahkan bahan mengganggu. Tiada seorang pun pemegang lesen boleh menyebabkan atau membenarkan darah, air masin, cecair kotor atau lain-lain bahan mengganggu dilonggokkan, ditumpahkan atau diserakkan ke dalam longkang atau lain-lain tempat awam atau persendirian. 13. Bekalan air. Di tempat atau premis yang dilesenkan hendaklah diadakan bekalan air dari paip yang disambungkan ke sesalur utama air dari bekalan air awam. 14. Jamban pam dan tempat buang air kecil. Pemegang lesen hendaklah mengadakan dan menyenggara dalam keadaan baik dan bilangan yang mencukupi bilik mandi, jamban pam, tempat buang air kecil dan besen mencuci tangan hingga memuaskan hati Yang Dipertua. 15. Pencahayaan. Pemegang lesen hendaklah mengambil langkah untuk mempastikan bahawa pencahayaan yang cukup diadakan hingga memuaskan hati Yang Dipertua. 16. Ganti udara. Pemegang lesen hendaklah mengambil langkah untuk mempastikan terdapatnya pengudaraan yang cukup di tempat dan premis yang dilesenkan itu hingga memuaskan Yang Dipertua dan hendaklah menyebabkan tiap-tiap cara pengudaraan itu dijaga dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

Page 7: Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf · Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang

17. Bersesak-sesak tidak dibenarkan. Pemegang lesen hendaklah mengambil langkah yang cukup untuk mempastikan tidak ada kesesakan di dalam tempat atau premis yang dilesenkan. 18. Peruntukan bilik mes, dsb. Yang Dipertua boleh dengan notis bertulis menghendaki mana-mana pemegang lesen supaya menyediakan bagi pekerja-pekerja kemudahan-kemudahan yang sesuai dan mencukupi seperti bilik mes, bilik rehat, kantin, bilik salin pakaian dan gerobok dan memperbaiki yang sama jika Yang Dipertua berpendapat bahawa kemudahan-kemudahan yang telah sedia ada itu tidak mencukupi. 19. Pencegahan kebakaran. Pemegang lesen hendaklah mempastikan di dalam tempat atau premis yang dilesenkan, perkara-perkara berikut:-

(a) bahawa kelengkapan melawan kebakaran yang cukup di pasang hingga memuaskan hati Yang Dipertua; (b) bahawa tangga dan jalan keluar yang cukup disediakan dan disenggarakan; dan (c) bahawa semua tangga, laluan, pelantar dan jalan keluar bebas daripada segala halangan dn tiap-tiap pintu di dalamnya dibuat dan dipasang sedemikian cara supaya dapat dibuka dengan mudah.

20. Bahan-bahan mudah terbakar. (1) Simen atau larutan yang mudah terbakar hendaklah disimpan dalam bekas bertudung tutup sendiri yang rekabentuknya telah diluluskan. (2) Di mana pelarut, larutan atau simen yang mempunyai takat kilat 22.8 °C disimpan dalan kuantiti yang melebihi 45.5 liter, stor yang tidak mudah terbakar hendaklah dibina mengikut kehendak Yang Dipertua.

Page 8: Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf · Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang

21. Stor. Semua bahan-bahan hendaklah distor mengikut cara dan keadaan yang dapat mencegah merebaknya bahan-bahan berbahayadan mengganggu darinya. 22. Pembakaran. Pemegang lesen hendaklah jangan membakar atau menyebabkan dibakar bahan-bahan pembakar atau sampah-sarap melainkan mengikut cara dan di tempat yang diluluskan oleh Yang Dipertua. 23. Penyebaran abuk, dsb. Pemegang lesen hendaklah jangan menyebabkan, membiarkan, membenarkan atau mengizikan penyebaran abuk, wap asap, wap, haba gas, pancaran, bau, hiduan, getaran, asap atau jelaga dari tempat atau premis yang dilesenkan yang mana jumlahnya pada pendapat Yang Dipertua adalah suatu kacau ganggu atau pencemaran udara. 24. Bising. Pemegang lesen semasa menjalankan trednya hendaklah jangan membuat atau menyebabkan bising yang merupakn kacau ganggu. 25. Waktu menjalankan perniagaan, dsb. Yang Dipertua boleh mengarahkan bahawa sesuatu tred, perniagaan atau perindustrian tidak boleh dijalankan di suatu tempat atau premis yang dilesenkan melainkan pada masa dan jam yang ditetapkan atau dikenakan oleh Yang Dipertua dan pemegang lesen hendaklah mematuhi mana-mana arahan sedemikian.

Page 9: Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf · Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang

26. Kuasa untuk memeriksa. Yang Dipertua atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya boleh:

(a) memasuki dan memeriksa mana-mana tempat atau premis yang digunakan atau Yang Dipertua atau pegawainya percaya dengan munasabahnya digunakan bagi maksud tred, perniagaan atau perindustrian yang mana lesen adalah dikehendaki di bawah Undang-undang kecil ini; (b) meminta daripada pemegang lesen tred, perniagaan atau peridustrian, apa-apa maklumat berkenaan dengan pengurusan tred, perniagaan atau perindustrian itu dan pemegang lesen atau perindustrian itu dan pemegang lesen atau pekerjanya hendaklah memberi apa-ap maklumat yang dikehendaki daripadanya.

27. Penalti. Seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan undang-undang kecil ini adalah melakukan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya sekali dan denda tambahan tidak lebih daripada dua ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan. 28. Pemansuhan. Perkara q (ii) dan x (vi) yang dinyatakan di dalam Jadual Undang-undang Kecil Kawalan dan Penyediaan Tempat-tempat Perniagaan Makanan (Majlis Daerah Setiu) 1987 adalah dengan ini dimansuhkan.

Page 10: Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf · Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang

JADUAL

(Undang-undang kecil 3 (2))

FEE LESEN TAHUNAN

Bil Jenis Tred, Perniagaan & Perindustrian

Bayaran Lesen (RM)

1. Menyimpan, menjual atau memasang alat ganti atau

alat tambah kenderaan atau jentera :

(a) keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

2. Menyimpan atau menjual alat ganti kenderaan atau jentera terpakai :

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

3. Menjual, memasang atau membaiki penyaman udara kenderaan:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

4. Stesen Servis kenderaan:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

Page 11: Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf · Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang

5. Menyimpan dan menjual kenderaan atau jentera:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

150

250

350

6. (a) Membaiki, menservis atau mengecat motosikal (b) Menjual dan menyimpan motosikal sahaja

60

70

7. Membaiki atau mengecat kenderaan bermotor atau jentera (tidak termasuk motosikal):

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

8. Membuat, menjual, membaiki atau memasang ekzos kenderaan bermotor.

100

9. Kerja-kerja kimpalan:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

10. Menjual atau membaiki basikal:

(a) keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi (d) Membaiki basikal sahaja

50

100

150

25

11. Membaiki, mengecas, menyimpan atau menjual bateri:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi

100

200

Page 12: Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf · Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang

tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

300

12. Menyimpan, menjual, mengimbang atau penjajaran tayar:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

13. Stesen mengisi petrol, diesel atau LPG:

(a) Pump Pertama (b) Setiap pump tambahan

100

25

14. Servis kenderaan di stesen petrol / diesel sahaja

80

15. Menjual, menyimpan atau membaiki penyaman udara, ketuhar, peti sejuk atau barang-barang elektrik yang lain:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

16. Menyimpan atau menjual asitilin, oksigen, LPG atau lain-lain gas:

(a) 150 kilogram ke bawah (b) 151 – 2500 kilogram (c) 2501 – 4500 kilogram (d) 4501 kilogram ke atas

12

100

200

300

17. Menyimpan atau menjual asid, alkali, pelarut, racun makhluk perosak dammar, pelekat, baja, racun serangga, racun rumpai, umpan kimia atau kimia lain:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi

100

200

Page 13: Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf · Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang

tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

300

18. Menyimpan atau menjual baja binatang / ikan:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

19. Menyimpan atau menjual spirit bermetil: (a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

20. Menyimpan atau menjual ikan reput atau ikan busuk:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

21. Cecair lemak binatang, membuat gam (glu) atau lilin

50

22. Menyiat kulit atau mengeluarkan isi perut binatang

50

23. Memproses, menyimpan atau menjual offal, darah atau tulang yang direbus:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

24. Tempat penetasan atau pembiakan haiwan:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi

100

200

Page 14: Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf · Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

300

25. Kedai gunting peliharaan:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

26. Tempat menternak binatang atau ikan:

50

27. Rumah sembelihan binatang:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

28. Menyimpan atau menjual makanan haiwan:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

50

100

150

29. Tapak semaian tumbuh-tumbuhan:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

80

160

240

30. Kedai bunga atau pokok dalam pasu (florist)

100

31. Membuat, menyimpan pinggan-mangkuk atau lain-lain barang dari tembikar atau kaca:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

Page 15: Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf · Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang

32. Menjual pinggan-mangkuk atau lain-lain barang dari

tembikar atau kaca

50

33. Percetakan:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

150

280

350

34. Menjual atau menyewakan rekod, pita rakaman, filem atau cakra

50

35. Menyimpan atau menjual aloi, amalgam atau olahan logam-logam lain:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

36. Menyimpan atau menjual barang-barang dari aluminium, timah keluli atau logam-logam lain:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

37. Kedai barang-barang besi atau logam:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

38. Mengumpul atau menyimpan besi buruk:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi

100

200

Page 16: Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf · Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

300

39. Menyimpan atau menjual kontena:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

40. Menyimpan atau menjual simen secara borong:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

41. Pertukangan simen, batu, besi, tembga atau ayan

30

42. Membuat pendua kunci

40

43. Mencelup atau mencetak batik atau fabrik

100

44. Menyulam atau mengait:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

45. Kedai jahit:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

30

100

200

46. Menyimpan atau menjual pakaian atau kasut (footwear):

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi

50

100

Page 17: Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf · Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang

tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

150

47. Kedai dobi

60

48. Menyimpan atau memproses rotan

100

49. Menyimpan atau menjual kayu bergergaji atau papan lapis

100

50. Menyimpan atau menjual alat-alat kelengkapan rumahtangga atau perabot:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

51. Membuat, menyimpan atau menjual arang batu, arang kayu atau lain-lain barang mudah terbakar

25

52. Menyimpan atau menjual mancis:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

53. Mengumpul atau menyimpan suratkhabar lama, tin-tion kosong, botol-botol, tulang-tulang, guni-guni, buku-buku, tong-tongatau barang-barang buruk:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

54. Menyimpan atau menjual senjata api atau peluru

200

55. Menyimpan atau menjual getah:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi

100

200

Page 18: Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf · Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang

tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

300

56. Menjual, menyimpan atau membuat colok-colok sembahyang, kertas-kertas sembahyang atau barang-barang lain yang berkaitan:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

57. Menyimpan atau menjual barang-barang kraftangan:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

50

100

150

58. Kilang padi:

(a) Kurang daripada 10 kuasa kuda (b) 10 hingga 50 kuasa kuda (c) 51 hingga 100 kuasa kuda (d) 101 hingga 500 kuasa kuda (e) Lebih daripada 500 kuasa kuda

20

30

50

100

300

59. Sports toto, empat nombor ekor atau sebagainya

2,000

60. Kedai ubat:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

61. Kedai cermin termasuk membuat bingkai gambar:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi

50

Page 19: Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf · Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

150

62. Gudang atau stor:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

63. Menyimpan atau menjual benda-benda lain yang tidak terdapat dalam undang-undang kecil ini:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

Tidak melebihi <200

Tidak melebihi

<320

Tidak melebihi <480

64. Mengilang asitilin, oksigen atau gas-gas lain

5,000

65. Mengilang asid, alkali, pelarut, dammar, pelekat, baja, racun serangga, racun makhluk perosak, racun rumpai, umpan kimia atau kimia lain

5,000

66. Membuat penyaman udara, ketuhar, peti sejuk, televisyen, perakan video atau lain-lain barangan elektrik

5,000

67. Kilang besi atau keluli

5,000

68. Membuat aloi, amalgam atau olahan logam lain:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi

500

1,000

69. Membuat barang-barang dari aluminium, timah, keluli atau logam-logam lain:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi

500

1,000

70. Membuat kawat duri, kawat jarring atau pagar

Page 20: Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf · Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang

berangkai:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

50

300

600

71. Membuat kabel atau wayar:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi

500

1,000

72. Membina badan kenderaan motor

3,000

73. Membuat alatganti kenderaan motor dan jentera

3,000

74. Membuat basikal

2,000

75. Pemasangan atau pembuatan motosikal, kereta, traktor atau jentera berat lain

3,000

76. Membuat barang-barang dari emas, tembaga, perak, pewter atau barang-barang lain yang serupa:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

50

250

350

77. Membuat pam atau penapis:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

200

300

500

78. Kilang minyak sawit

3,000

79. Kilang gula

3,000

80. Kilang rokok

3,000

81. Kilang tepung

1,000

Page 21: Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf · Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang

82. Kilang air batu

200

83. Membuat atau menyimpan kopra

50

84. Pengawitan daun tembakau:

(a) Tidak melebihi 5 ban tembakau (b) Setiap tambahan ban tembakau

200

50

85. Membuat botol-botol:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi

(b) Keluasan melebihi 280 meter persegi

400

800

86. Membuat serabut sintatik:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi

400

800

87. Membuat barang-barang dari kaca gantian:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi

300

600

88. Membuat barang-barang dari kaca:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi

300

600

89. Membuat kaca

2,000

90. Membuat bekas air panas:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

200

300

500

91. Membuat makanan haiwan:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi

400

800

Page 22: Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf · Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang

92. Membuat cat

5,000

93. Membuat titanium, toksida

5,000

94. Membuat barang-barang berasaskan petroleum atau minyak pelincir

3,000

95. Membuat bahan-bahan pengilap:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi

500

1,000

96. Membuat papan lapis:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi

1,000

2,000

97. Membuat atau menjual keranda

50

98. Membuat barang perhiasan dari kayu:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

99. Kilang papan:

(a) Tidak melebihi 2 mesin (b) Tiap-tiap satu mesin tambahan

500

500

100. Kilang perabot:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

101. Membuat bot dan limbungan

400

102. Sipway

100

103. Membuat perahu

100

Page 23: Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf · Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang

104. Kilang simen

5,000

105. Membuat barang-barang dari simen:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi

400

800

106. Mengisar simen

600

107. Kerja-kerja pecah batu (quary)

1,000

108. Membuat batu jubin, marmar atau lain-lain barang seumpamanya

3,000

109. Membuat batu bata

300

110. Membuat bahan-bahan bangunan pasang-siap:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi

300

600

111. Kilang tekstil

3,000

112. Membuat permaidani

2,000

113. Membuat kusyen:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

114. Membuat sarung tangan atau topi:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi

300

600

115. Membuat tirai atau hiasan dalaman:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

Page 24: Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf · Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang

116. Membuat tayar atau tiub

3,000

117. Mencelup tayar atau kerja-kerja penvulkanan:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

118. Membuat barang-barang dari getah:

150

119. Membuat alat-alatulis:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

200

300

500

120. Membuat baja binatang atau ikan:

(a) Keluasan tida melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi

300

800

121. Membuat bateri:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi

300

600

122. Membuat kalsium karbaid

2,000

123. Mengilang ubatan atau lain-lain keluaran farmasi:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi

300

600

124. Membuat barang-barang perancang keluarga:

(a) Keluaran tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluaran melebihi 280 meter persegi

300

600

125. Membuat mercun, bahan letupan atau bunga api

5,000

126. Kilang kertas 3,000

Page 25: Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf · Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang

127. Mengisi gas di dalam balang

4,000

128. Memproses bulu burung

200

129. Kilang kulit:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

130. Membuat kasut (footwear)

2,000

131. Membuat paying:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi

100

200

300

132. Membuat zip:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

250

350

133. Kilang menggiling atau mengisar:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

200

300

134. Membuat papan tanda atau iklan

100

135. Membuat gabus puncak atau penutup botol

120

136. Membuat alat solek atau alat keperluan bersuci

2,000

137. Membuat, menyimpan atau menjual bahan pencuci:

Page 26: Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf · Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

100

250

350

138. Kilang mancis

400

139. Membuat ubat nyamuk:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

200

300

500

140. Kilang plastic atau membuat barang-barang plastic:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

200

350

1,000

141. Membuat barang-barang permainan kanak-kanak:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

200

350

1,000

142. Menyimpan dan merawat getah

3,000

143. Membuat apa-ap keluaran yang tidak dinyatakan dalam undang-undang kecil ini:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi

Tidak melebihi <200

Tidak melebihi

<400

Tidak melebihi <5,000

Page 27: Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan …rr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2015-01-05-11-57-21.pdf · Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang

Diperbuat oleh Majlis Daerah Setiu dalam mesyuaratnya pada 13 haribulan Ogos, 1989. [MDS. 01/2-43-(23).]

DATO’ HAJI TENGKU MAHMUD BIN MANSOR, Yang Dipertua,

Majlis Daerah Setiu Disahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri di dalam mesyuaratnya pada 24 November, 1993. [SUK. TR. 1200/346/1/SK. B; PUN. TR. 70 Bhg.4.]

OSMAN BIN MUDA, Setiausaha,

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Terengganu

 

Copyrights Reserved © All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in retrieval system or transmitted in any form or by any means electronic, mechanical, photocopying, recording and/or otherwise without the prior permission of Lawnet. _______________________________________________________________________________________________________________

PRODUCED BY LAWNET PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD