unclos i

34
Pengenalan Pembentukan Konvensyen Undang-undang Laut Pertama (UNCLOS I) adalah bertitik tolak daripada tuntutan dan perbincangan hal ehwal kelautan yang tidak mencapai matlamat pada masa sebelumnya iaitu sekitar tahun 1949 hingga 1956. Pada awal perjalanan menuju kata sepakat dalam penyelesaian isu-isu maritim, telah dibentuk UN International Law Commission (ILC) pada tahun 1949 yang meliputi perbincangan dalam dua masalah utama iaitu berkenaan regim laut lepas dan regim wilayah kelautan. Sesi perbincangan yang pertama bagi ILC ini menyentuh kedua-dua aspek tersebut dan setelah mengambil kira laporan daripada Profesor Francois beserta cadangan daripada kerajaan-kerajaan negara terlibat hasilnya ialah ILC dapat membentuk draf yang melibatkan tiga masalah iaitu berkaitan pelantar benua (continental shelf), perikanan (fisheries) dan zon sempadan (contiguous zone). 1 Namun semasa draf ini dibincangkan dalam Perhimpunan Agung ILC (ILC General Assembly), Iceland telah bangkit menyuarakan persoalan berkenaan kesepaduan pelbagai masalah undang-undang laut dan menekankan 1 R. P. Anand. (1982), Origin and Development of The Law of The Sea, History of International Law Revisited, pg175, USA: Martinus Nijhoff Publishers 1

Upload: khairul-anuar

Post on 02-Oct-2015

38 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

isu maritim, perundangan maritim

TRANSCRIPT

PengenalanPembentukan Konvensyen Undang-undang Laut Pertama (UNCLOS I) adalah bertitik tolak daripada tuntutan dan perbincangan hal ehwal kelautan yang tidak mencapai matlamat pada masa sebelumnya iaitu sekitar tahun 1949 hingga 1956. Pada awal perjalanan menuju kata sepakat dalam penyelesaian isu-isu maritim, telah dibentuk UN International Law Commission (ILC) pada tahun 1949 yang meliputi perbincangan dalam dua masalah utama iaitu berkenaan regim laut lepas dan regim wilayah kelautan. Sesi perbincangan yang pertama bagi ILC ini menyentuh kedua-dua aspek tersebut dan setelah mengambil kira laporan daripada Profesor Francois beserta cadangan daripada kerajaan-kerajaan negara terlibat hasilnya ialah ILC dapat membentuk draf yang melibatkan tiga masalah iaitu berkaitan pelantar benua (continental shelf), perikanan (fisheries) dan zon sempadan (contiguous zone).[footnoteRef:1] Namun semasa draf ini dibincangkan dalam Perhimpunan Agung ILC (ILC General Assembly), Iceland telah bangkit menyuarakan persoalan berkenaan kesepaduan pelbagai masalah undang-undang laut dan menekankan ketidakwajaran membincangkan pelbagai masalah itu secara berasingan. Perhimpunan ini dalam resolusinya ada pertimbangan atas fakta bahawa masalah yang berkaitan dengan laut lepas, wilayah kelautan, zon dampingan, pelantar benua dan superjacent waters mempunyai hubungan rapat dengan bidang kuasa termasuk secara fizikalnya, menerima pandangan ini dan mengambil keputusan tidak akan memasukkan mana-mana masalah sehingga semuanya telah dikaji dan direkodkan oleh ILC. [1: R. P. Anand. (1982), Origin and Development of The Law of The Sea, History of International Law Revisited, pg175, USA: Martinus Nijhoff Publishers]

Pada sesi perbincangan yang seterusnya ILC telah mengakui dan mengambil kira pandangan berkenaan penyatuan hal-hal kelautan tersebut (the idea of the unity of the subjects). Namun masalah berkaitan pemuliharaan sumber hidupan laut yang mana ILC telahpun menyediakan draf, oleh kerana ianya melibatkan aspek teknikal dan saintifik yang mendahului keupayaan ILC, Perhimpunan bersetuju untuk membentuk suatu persidangan berkaitan teknikal yang akan mengkaji masalah berkaitan pemuliharaan sumber hidupan laut dan akan membuat suatu cadangan tepat tentang kaedah teknikal dan saintifik dalam hal tersebut. Segala laporan dan hasil kajian dalam persidangan teknikal ini akan tetap dirujuk kepada ILC. Oleh itu, Persidangan Teknikal Antarabagsa dalam Pemuliharaan Sumber Hidupan Laut telah pun diadakan di Rom dari 18 April sehingga 10 Mei 1955, dan menghantar laporannya kepada ILC semasa sesi ketujuhnya pada 1955.[footnoteRef:2] Dalam laporannya yang terakhir pada tahun 1956, ILC mencadangkan supaya Perhimpunan Agung patut adakan persidangan antarabangsa bagi mengenalpasti undang-undang laut, mengambil kira bukan hanya soal keabsahannya tetapi juga meliputi aspek teknikal, biological, ekonomi dan politik, dan untuk menyempurnakan keputusan hasil kerjanya dalam satu atau lebih konvensyen antarabangsa atau melalui instrumen yang seumpama dengannya. [2: R. P. Anand. (1982), Origin and Development of The Law of The Sea, History of International Law Revisited, pg176, USA: Martinus Nijhoff Publishers]

Bersesuaian dengan cadangan yang dikemukakan oleh ILC, akhirnya Perhimpunan Agung terpanggil untuk mengadakan persidangan bagi pembentukan undang-undang laut yang telah diadakan di Geneva daripada 24 Februari sehingga 29 April 1958. Persidangan ini lah yang dikenali sebagai United Nations on Law of The Sea 1 (UNCLOS I). Sebanyak 86 buah negara yang menyertai persidangan ini dan kesemuanya sebulat suara menjadikan laporan daripada ILC yang telah diperoleh sebelum itu sebagai asas pembentukan undang-undang laut. Perkara pentingnya ialah buat pertama kali dalam sejarah majoriti negara yang menyertai persidangan iaitu 54 daripada 86 buah negara, terlibat untuk menyusun atau membentuk undang-undang antarabangsa yang baru, adalah terdiri daripada sama ada negara Asia-Afrika yang baru merdeka, yang mana sejak abad ke-17 tidak pernah mempunyai peranan dalam pembentukan apa-apa undang-undang antarabangsa pun, begitu juga negara Latin-Amerika yang bergolak sebelum ini hanya didesak untuk main peranan sebagai negara kurang penting. Secara umumnya, UNCLOS 1 mengandungi empat perkara yang menjadi perbincangan utama bagi negara2 yang terlibat iaitu meliputi soal wilayah kelautan, zon sempadan, laut lepas dan pemuliharaan sumber hidupan laut dan perikanan.[footnoteRef:3] Setiap daripada perkara ini telah diadakan konvensyen bagi membincangkan hal teersebut secara khusus. Oleh itu, dalam melihat UNCLOS I ini maka lebih mudah dengan melihat setiap konvensyen yang dapat dinyatakan seperti berikut: The Convention on The Territorial Sea, The Convention on Contiguos Zone, The High Seas Convention, dan The Convention on Fishing and Conservation of The Living Resources of The Sea. [3: R. P. Barston, B. Patricia. (1980). The Maritime Dimension. pg14. London: George Allen And Unwin.]

Pun begitu, terdapat banyak masalah yang timbul dalam UNCLOS I ini apabila sejak awal lagi wujud sentimen ketidakpuasan hati di antara dua blok negara maritim iaitu negara-negara berpantai yang kecil dan lemah (smaller and weaker coastal state) dengan kuasa-kuasa besar maritim (big maritime Powers). Kuasa-kuasa besar maritim yang terdiri daripada Amerika Syarikat, UK, Perancis, Holland dan Jerman Barat dikatakan masih mengamalkan penguasaan laut secara hegemoni demi kepentingan sendiri. Keadaan ini memberi tekanan terhadap negara kecil dalam usaha untuk turut menikmati kekayaan dan kepelbagaian sumber laut. Selain itu, masalah dari segi tuntutan yang berbeza, keengganan untuk saling bekerjasama, ketidakseragaman bentuk undang-undang dan sebagainya turut menjadi elemen permasalahan dalam UNCLOS I yang akan dikupas dalam perbincangan ini.Isu-isu dalam UNCLOS 1 yang gagal mencapai persetujuan:Convention on The Territorial SeaPerkara penting yang perlu dinyatakan dalam perbincangan mengenai Konvensyen Wilayah Kelautan bagi UNCLOS 1 ini ialah ianya tidak menetapkan had bagi sempadan luar walaupun telah memperkenalkan pelbagai inovasi baru, bertepatan dengan penyusunan undang-undang lazim sedia ada. Konvensyen ini telah diratifikasi pada Januari 1977 oleh 45 buah negara daripada 157 negara yang ada, disahkan dalam artikelnya yang pertama bahawa kedaulatan bagi sebuah Negara diperluas, melepasi sempadan wilayah tanahnya dan bahagian dalaman airnya, sebagai ikatan terhadap laut bersebelahan pantainya, dinyatakan sebagai wilayah kelautan, iaitu kedaulatan ini diperluaskan merangkumi ruang uadara di atasnya (isi penting kerana setiap perluasan wilayah kelautan secara automatiknya meluaskan pengawalan negara berpantai terhadap udara, yang mana ini bukan kes dengan pengembangan hanya zon fungsi yang mengekalkan status mereka sebagai laut lepas), dan kepada dasar laut di bawahnya. Konvensyen ini menambah- bagaimanapun, kedaulatan ini adalah merujuk tidak hanya pada artikel yang lain tetapi kepada undang-undang antarabangsa lain yang mana tidak diperjelas.Konvensyen Wilayah Kelautan ini telah menyentuh tentang tiga perkara iaitu berkaitan laluan bebas (innocent passage), laluan selat antarabangsa (passage through international straits) dan garis dasar bagi wilayah kelautan (the baselines of the territorial seas). Ketiga-tiga perkara yang dibincangkan dalam konvensyen ini menghadapi masalah yang hampir serupa dan akhirnya menyebabkan persetujuan di antara negara-negara yang terlibat tidak dapat dicapai seterusnya menemui jalan kegagalan.

(1) Innocent PassagePerkara pertama yang menjadi perbincangan dalam konvensyen ini ialah berkenaan dengan hak laluan bersih/bebas (the right of innocent passage) yang mana provisi ini adalah berkenaan dengan laluan selat. Konvensyen ini menyatakan bahawa setiap kapal bagi mana-mana negara sama ada negara berpantai (coastal state) ataupun tidak, adalah berhak menikmati/bebas/mempunyai hak terhadap laluan selat (innocent passage). Hal ini disebut dalam artikel 14(4) konvensyen ini bahawa negara berpantai tersebut tidak boleh menghalang penggunaan laluan selat dan dikuatkan lagi dengan pernyataan berikut- passage is innocent so long as it is not prejudicial to the peace, good order or security of the coastal state[footnoteRef:4]. Pernyataan ini bermaksud laluan selat adalah bebas selagi tidak mendatangkan kesan terhadap keamanan, arahan atau keselamatan negara berpantai tersebut. Masalah timbul apabila kriteria ini tidak ditetapkan secara terperinci tentang kaedah pengamalannya. Definisi sebenar bagi undang-undang innocent passage ini tidak dihurai dengan lebih mendalam. Hal ini dapat dilihat apabila undang-undang berkaitan innocent passage ini dibiarkan pengamalannya kepada negara-negara terlibat mengikut acuan mereka sendiri. Negara-negara yang mempunyai selat menafsir undang-undang ini berdasarkan pemahaman sendiri dan lama-kelamaan tafsirannya menjadi kian sempit (menjadikan hak laluan selat ekslusif bagi mereka sahaja) mengakibatkan laluan tersebut tidak lagi dianggap mempunyai kebebasan setelah berlaku pencemaran dan kekalutan di kawasan selat tersebut. Masalah juga timbul apabila berlaku kemasukan kapal-kapal tangki (supertankers) yang membawa muatan besar disertai dengan penutupan Terusan Suez pada 1956, dan juga diperkenalkan pula liquid natural gas carriers (LNG) dan oil/bulk/ore carriers (OBO)[footnoteRef:5]. Kewujudan kapal-kapal jenis ini telah menyebabkan negara-negara berpantai menolak doktrin tersebut (undang-undang innocent passage) dan mencadangkan supaya laluan kapal yang terdedah kepada ancaman persekitaran patut dirujuk sebagai non-innocent, iaitu perlu mendapatkan keizinan daripada mereka serta hanya dibenarkan mengambil beberapa tempat tertentu yang telah ditetapkan oleh undang-undang mereka sendiri. [4: R. P. Barston, B. Patricia. (1980). The Maritime Dimension. pg14. London: George Allen And Unwin.] [5: R. P. Barston, B. Patricia. (1980). The Maritime Dimension. pg15. London: George Allen And Unwin.]

Tambahan lagi, kebanyakan negara turut menyatakan pandangan yang sama mengenai hak innocent passage terhadap kapal-kapal tentera, seperti di atas, iaitu perlu juga mendapatkan kebenaran laluan.[footnoteRef:6] Konvensyen menyelesaikan isu ini dengan menyatakan bahawa mana-mana kapal selam yang melalui kawasan selat perlu timbul di permukaan dan tunjukkan bendera mereka. Cara ini mendatangkan masalah apabila sekiranya wilayah kelautan (territorial sea) diperluaskan, kawasan laut lepas yang menjadi tempat kapal-kapal selam beroperasi turut akan terikat dengan peraturan ini. Kaedah mempamerkan bendera bagi memudahkan pengenalpastian identiti sememangnya amat baik bagi mengelakkan kejadian pelanunan dan kapal hantu (ghost ship) yang mengancam keselamatan perairan negara, namun sekiranya ia perlu diamalkna di kawasan bebas seperti laut lepas maka hal ini mendatangkan kesusahan dan kelecehan misalnya kapal selam perlu timbul di permukaan laut. Oleh sebab banyak negara yang mempertikaikan kaedah peraturan ini akhirnya persetujuan tidak dapat dicapai dalam perbincangan tersebut. [6: R. P. Barston, B. Patricia. (1980). The Maritime Dimension. pg15. London: George Allen And Unwin.]

(2) Passage through international straitsPerbincangan kedua dalam konvensyen yang sama ialah berkaitan pelebaran saiz wilayah kelautan (the extended of territorial sea) yang dituntut oleh kebanyakan negara-negara terlibat dalam UNCLOS 1 ini. Isunya ialah, timbul beberapa masalah apabila terdapat kawasan laut lepas yang berada dalam selat yang sempit. Dari segi ukuran kelebaran, sekiranya selat itu kurang daripada 24 batu nautika dan jika negara tersebut meluaskan wilayah laut mereka kepada 12 batu nautika maka sempadan selat itu sudah menghampiri laluan laut lepas. Artikel 16(1) menyatakan bahawa negara berpantai mempunyai kuasa untuk mengambil langkah-langkah yang perlu (yang lazimnya adalah tidak jelas) bagi mencegah non-innocent passage, tetapi artikel 16(4) pula tidak membenarkan mereka menggantung tindakan setelah mengambil langkah itu, kerana di bahagian lain dalam wilayah kelautan, innocent passage melalui selat digunakan untuk pelayaran antarabangsa di antara bahagian laut lepas atau di antara mereka dan wilayah laut asing.[footnoteRef:7] Hubung kaitnya ialah, kapal-kapal asing di innocent passage adalah tertakhluk di bawah bidang kuasa jenayah negeri berpantai tersebut hanya sekiranya kesan jenayah tersebut menyebabkan ganggu gugat kepada keamanan dan keselamatan terhadap wilayah laut bagi negeri itu (artikel 19), tetapi di bawah artikel 17, mereka perlu patuh pada undang-undang dan peraturan negara itu, terutamanya yang berkaitan dengan pengangkutan laut, walaupun secara amalan lazimnya negara tersebut tidak terikat dengan disiplin kapal berkenaan dari segi pembinaan dan reka bentuk, jumlah krew kapal, kecuali setakat yang telah dipersetujui dalam konvensyen antarabangsa iaitu the International Labour Organisation (ILO) dan Inter-Governmental Maritime Consultative Organisation (IMCO). Wujud undang-undang sebegini memberikan masalah kepada negara yang menggerakkan tentera lautnya kerana sepatutnya mereka bebas apabila berada di laut lepas tanpa terikat dengan undang-undang negara berpantai semasa melalui selat tersebut. [7: R. P. Barston, B. Patricia. (1980). The Maritime Dimension. pg15. London: George Allen And Unwin.]

Bahagian ketenteraan sering dikaitkan dengan aktiviti kelautan kerana hal ini berkait rapat dengan pertahanan dan keselamatan wilayah sesebuah negara. Oleh itu sudah pasti sesebuah negara terutamanya negara yang tergolong dalam kuasa besar maritim dunia seperti Amerika Syarikat dan Britain akan melaksanakan aktiviti ketenteraan lautnya. Kebanyakan negara kuat seumpama ini akan melalui banyak kawasan-kawasan selat di serata dunia. Sekiranya kawasan tersebut adalah berada di bawah kedaulatan sesebuah negara maka mereka terpaksa mematuhi undang-undang negara pemilik selat tersebut. Cara ini mendatangkan kesusahan kerana kapal tentera sepatutnya bebas berada di kawasan yang dikatakan laut lepas tetapi memandangkan peraturan daripada akta yang telah disebut tadi menyebabkan pelaksaannya adalah wajib. Oleh hal yang demikian, perkara ini akhirnya ditentang oleh beberapa negara terutamanya kuasa besar maritim kerana tidak mendatangkan kepentingan kepada pihak mereka. Perkara berhubung hal ini telah gagal mencapai persetujuan bersama dalam perbincangan UNCCLOS 1.

(3) The Baselines of the Territorial SeaSeperkara yang amat penting dalam perbincangan konvensyen ini ialah baselines (garis dasar) bagi wilayah kelautan perlu diukur walau sejauh mana pun jaraknya. Hal ini penting kerana lebih jauh garis dasar itu diletakkan daripada pantai, lebih besar kawasan laut yang akan terletak di bawah kedaulatan negara berpantai kerana batas luarnya/sempadan lautnya telah diperlebar. Berdasarkan daripada keputusan yang ditetapkan oleh ICJ semasa menyelesaikan Anglo-Norwegian Fisheries Case 1952, bahawa baselines adalah tidak selamanya perlu mengikut aliran pantai semulajadi (walaupun ia adalah normal untuk menggunakan low-water mark di sepanjang pantai), tapi, kes dianggap luar biasa sekiranya garis pantai itu kedalamannya sangat leku dan terpotong sebegitu, atau terdapat pinggir pulau yang berdekatan dengannya, maka kaedah garis pantai lurus boleh digunakan, dengan mengambil kira kepentingan ekonomi khusus bagi negara berkenaan.[footnoteRef:8] Isu dalam hal ini mula bangkit apabila konvensyen menyatakan bahawa pelabuhan dan paras air pasang surut juga boleh digunapakai sebagai basepoints. Masalahnya ialah saiz pelabuhan adalah tidak sama di antara negara-negara dan paras air pasang surut pula adalah semestinya tidak tetap. Jadi, penentuan jarak untuk continental shelf, juga contiguous zone adalah diukur daripada baselines. Oleh itu, cara sebegini, sudah tentu akan memberi peluang pelebaran/peluasan bidang kuasa negeri berpantai itu. Hal ini menjadi kelebihan bagi negara berkenaan dan menimbulkan pertikaian kepada negara-negara yang tidak mempunyai peluang sedemikian. [8: R. P. Anand. (1982), Origin and Development of The Law of The Sea, History of International Law Revisited, pg180, USA: Martinus Nijhoff Publishers]

Jelasnya di sini ialah, penentuan dalam pelebaran wilayah kelautan berpandukan garis dasar adalah tidak kukuh. Hal ini kerana, umum mengetahui bahawa keadaan laut adalah sentiasa bergelora dan berlaku turun naik paras air laut. Oleh itu, ombak yang senantiasa memukul pantai akan sedikit sebanyak mengubah keadaan garis dasar tersebut sama ada dari segi bentuknya atau kedalamannya di sepanjang gaaris pantai tersebut. Perkara ini menjadi hujah bantahan oleh beberapa negara yang terlibat dalam perbincangan ini atas faktor ketidaklogikan dan ketidakseragaman garis dasar antara sebuah negara dengan negara yang lain. Bagi negara yang mempunyai garis dasar yang panjang akan dapat melebarkan wilayah kelautannya manakala bagi negara yang pendek garis dasar adalah sebaliknya. Oleh itu hal ini dilihat sebagai tidak adil seterusnya gagal mencapai kata sekapat. Tambahan pula, menurut akta yang disebutkan saiz pelabuhan bagi sesebuah negara adalah dikira sebagai kayu ukur dalam menentukan keluasan wilayah kelautan. Sekali lagi dilihat sebagai berat sebelah kerana bagi negara yang mempunyai pelabuhan yang besar akan mempunyai kelebihan dapat meluaskan wilayah lautnya dengan banyak berbanding negara yang mempunyai pelabuhan yang kecil atau langsung tiada pelabuhan. Maka dengan itu hal ini telah gagal mencapai persetujuan bersama dalam menentukan keluasan wilayah kelautan. The Convention on Contiguous ZonePerkara penting dalam Konvensyen ini ialah ia telah mengiktiraf zon baru yang telah ditolak semasa diadakan League Conference 1930 dan membenarkan negara berpantai mempunyai contiguous zone dalam territorial seas tetapi tidak melebihi 12 batu nautika daripada baselines nya supaya dapat mengelak dan menghukum perlanggaran adat, fiskal, imigresen, atau peraturan kebersihan di antara wilayah atau wilayah kelautannya.[footnoteRef:9] Ianya penting untuk dinyatakan bahawa zon tersebut setelah itu hanya tinggal bahagian laut lepas yang lazimnya terikat dengan kebebasan, sebahagian daripada had tersebut. Tambahan lagi, walaupun konvensyen tidak menetapkan had bagi territorial seas, yang mana selepas wilayah kelautan ialah bahagian contiguous zone, dengan ini akan memberi implikasi yang terrritorial seas ini tidak boleh melebihi 12 miles dan boleh jadi jaraknya adalah di antara angka tersebut. Perbalahan dalam penetapan had batas luar ini telah mendatangkan masalah apabila ia telah menyumbang kepada konflik antarabangsa iaitu insiden Gulf of Tonkin (yang membawa kepada peningkatan perang di Vietnam) dan penahanan USS Pueblo dan Mayaguez.[footnoteRef:10] [9: R. P. Anand. (1982), Origin and Development of The Law of The Sea, History of International Law Revisited, pg181, USA: Martinus Nijhoff Publishers] [10: R. P. Anand. (1982), Origin and Development of The Law of The Sea, History of International Law Revisited, pg181, USA: Martinus Nijhoff Publishers]

Berdasarkan daripada peristiwa yang disebutkan di atas, kes bagi penahanan dua kapal perang US bernama Pueblo dan Mayaguez menunjukkan krisis terhadap persefahaman dan persetujuan bersama yang gagal dicapai dalam hal contiguous zone. Apabila kapal perang US ini telah dengan secara tidak sengaja memasuki kawasan perairan Vietnam mengakibatkan pihak tentera Vietnam salah sangka terhadap kedatangan kapal tersebut. Puncanya ialah pihak US telah berpegang kepada doktrin asal dalam UNCLOS yang menyebut bahawa kawasan contiguous zone adalah bebas untuk laluan bagi kesemua kapal-kapal di laut sama ada bagi tujuan perikanan atau ketenteraan. Namun pihak Vietnam telah menggunapakai fahaman yang mereka tidak bersetuju dengan doktrin itu dan menganggap kawasan contiguous zone juga adalah tertakhluk kepada kedaulatan negara berkenaan. Kali pertama kapal Pueblo US ini melalui Teluk Tongkin (kawasan contiguous Zone yang dimaksudkan), pihak Vietnam memberi kelepasan dan menyatakan amaran supaya US tidak mengulangi lagi perbuatan mereka. Semenjak itu hubungan di antara keduanya menjadi keruh. Pihak US tanpa mempedulikan amaran itu sekali lagi menggerakkan kapal tenteranya di teluk berkenaan kali ini dengan kapal Mayaguez. Akibatnya Vietnam berasa amat marah dan terus melakukan serangan. Kejadian ini menjadi antara punca berlakunya perang di Vietnam. Jelas di sini akibat daripada pegangan dan fahaman yang berbeza berkaitan terma contiguous zone menyebabkan perbalahan yang besar di antara negara sehingga mencetuskan peperangan. oleh out dapat dikatakan perbincangan dalam hal ini juga tidak mencapai persetujuan bersama.

Gambar 1: Teluk Tonkin di kawasan perairan Vietnam

Gambar 2: Kapal Pueblo (kiri) dan Mayaguez milik US pada tahun 1967.The High Seas ConventionMelalui konvensyen ini, pendefinisian bagi laut lepas telah dikenalpasti dalam artikel 1 iaitu laut lepas adalah semua bahagian laut yang tidak tergolong dalam wilayah kelautan atau di dalam kawasan air dalaman bagi negara itu.[footnoteRef:11] Laut lepas tidak boleh diletakkan di bawah kedaulatan bagi mana-mana negara. Semua negara termasuk negara tidak berpantai (landlord state) mempunyai kebebasan laluan, bukan hanya mempraktikkan empat jenis kebebasan ini: perikanan, kebebasan meletakkan kabel kapal selam, saluran-saluran (pipelines), dan freedom of overflight tetapi juga lain-lain yang diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa (artikel 2). Definisi yang kurang spesifik tentang hal ini telah membawa kepada pertikaian yang besar mengenai identiti sebenar kebebasan yang tidak jelas ini (unnamed freedom) kerana berlaku perkembangan teknologi dan pemesatan industralisasi. Persoalan ditimbulkan, adakah kebebasan termasuk dalam kajian saintifik, untuk melupuskan bahan buangan di laut dengan lambakan atau pelepasan, dan untuk mengendali percubaan senjata atau gerakan ketenteraan? Jawapan yang dinyatakan konvensyen adalah tidak jelas, tetapi apa jua kebebasan mestilah dilaksanakan oleh semua negara dengan pemerhatian yang munasabah untuk kepentingan negara lain dalam menjalankan kebebasan mereka. be exercised by all States with reasonable regard to the interests of other state in the exercised of their freedom. Tiada definisi bagi kemunasabahan itu, tapi ia sekurang-kurangnya dapat menuntut supaya laut tidak akan digunakan untuk pelupusan bahan buangan (waste disposal) sehingga mendatangkan kes di mana aktiviti perikanan dan pelayaran terjejas atau berlaku pencemaran terhadap laut. [11: Miller, Lynn H. (1998). Global order : values and power in international politics. Pg234. USA: Westview Press]

(1) Flags of convenienceSetiap negara termasuk lanlord state (negara tidak berpantai) mempunyai hak untuk belayar dengan benderanya sendiri di laut lepas. Sesebuah kapal itu mesti mengibarkan benderanya tetapi oleh sebab konvensyen membenarkan negara itu sendiri mendaftar untuk menetapkan syarat kewarganegaraan mereka, untuk pendaftaran kapal mereka dalam wilayah mereka dan untuk hak mengibarkan bendera, maka tidak ada keadaan yang seragam atau standard yang sama dalam pendaftaran negara-negara. Konvensyen berkeras dalam artikel 4 bahawa kapal mempunyai nationality terhadap bendera mereka tetapi artikel 6 menuntut tidak lebih daripada itu di sana mesti ada hubungan yang asli (genuine link) sekali lagi tidak dijelaskan maksud hubungan di antara negara itu dengan benderanya.[footnoteRef:12] Oleh itu, memandangkan tidak terdapat penjelasan yang terperinci tentang hal ini, berlaku pengamalan tidak terhad (open-ended practiced) berkenaan dengannya yang meliputi pemiliknya, kaptennya, krewnya, pembina kapal, dan sebagainya. Hal ini mendatangkan kesusahan kepada negara-negara terlibat untuk membuat pendaftaran, akhirnya mereka melaksanakan sendiri bidang kuasa kapal mengikut cara masing-masing, walaupun mereka bimbang untuk berbuat demikian (tidak mendaftar) namun mereka tetap dapat menjalankan bidang kuasa ke atas kapal mereka sendiri, memungkinkan mereka tidak akan kembali kepada hal pendaftaran tadi. [12: R. P. Barston, B. Patricia. (1980). The Maritime Dimension. pg17. London: George Allen And Unwin.]

Oleh itu, dapat dilihat di sini bahawa kepayahan dalam mengikuti atau mematuhi prosedur yang telah ditetapkan menyebabkan kebanyakan negara akhirnya mengambil langkah mengabaikan sahaja peraturan tersebut. Hal ini ditambah lagi dengan akta atau kenyataan tertentu yang tidak jelas cara pengamalannya. Tiada huraian yang lebih lanjut berkenaan akta atau peraturan itu menyebabkan negara-negara terlibat menjadi keliru dan melaksanakan aktiviti perkapalan mengikut kefahaman masing-masing. (2) Prevention of PollutionArtikel 24 menuntut supaya setiap negara hendaklah membentuk peraturan berkaitan dengan pencegahan pencemaran laut yang melibatkan tumpahan minyak daripada pipelines (saluran paip) atau kesan daripada penerokaan dan pengeksploitasian dasar laut (seabed). Permasalahan wujud dalam hal ini apabila konvensyen tidak dapat meletakkan semua negara adalah tertakhluk di bawah undang-undang ini kerana berdasarkan undang-undang lazim antarabangsa, mana-mana negara yang tidak menandatangani atau menyertai sesuatu perjanjian itu adalah tidak boleh diikat dengan intipati perjanjian tersebut. Satu lagi masalah ialah terdapat artikel 25 yang berkaitan dengan bahan buangan radioaktif tetapi juga tidak spesifik huraiannya. Artikel ini menuntut supaya setiap negara mencegah pencemaran laut dengan melonggok bahan-bahan tersebut sambil mengambil kira apa-apa peraturan yang mungkin di bentuk formulasinya oleh badan antarabangsa yang sah.[footnoteRef:13] Masalah timbul apabila negara-negara yang terlibat dengan konvensyen ini tidak diwajibkan untuk menggabungkan peraturan mereka tentang pencegahan pembuangan sisa radioaktif dengan peraturan yang telah dibentuk oleh International Atomic Energy Agency, dan negara yang bukan ahli konvensyen pula merasa mereka tidak mempunyai kaitan dengan tuntutan walaupun penglibatan mereka di ambil kira sebenarnya. Frasa yang tidak jelas tentang hal ini mendatangkan pertikaian tentang maksud sebenar bahaya (harmful), bukti kemudaratan itu, dan identiti agen yang termasuk dalam kategori ini. [13: R. P. Barston, B. Patricia. (1980). The Maritime Dimension. pg18. London: George Allen And Unwin.]

Dapat dilihat dalam hal ini isu yang timbul ialah keterikatan konvensyen dengan undang-undang lazim antarabangsa yang menghalang pembentukan perjanjian secara bersama. Hal ini kerana undang-undang antarabangsa menetapkn bahawa negara yang terikat dengan sesebuah perjanjian itu mestilah terdiri daripada negara yang menandatangani perjanjian tersebut sebagai tanda bersetuju untuk mengikut segala peraturan yang dibentuk. Oleh yang demikian, dalam memastikan peraturan berkaitan pengawalan pencemaran laut ini dapat direalisasikan maka konvensyen telah menyatakan bahawa setiap negara mesti merangka peraturannya sendiri berkaitan pencegahan pencemaran ini dan menggabungkan peraturannya dengan badan antarabangsa. namun hal ini tidak dapat dicapai kerana terdapat beberapa negara yang enggan melaksanakannya dan konvensyen tidak dapat memaksa negara-negara ini disebabkan terbatas oleh undang-undang lazim antarabangsa tadi. Oleh itu hal ini gagal mencapai persetujuan seperti yang dikehendaki. (3) Hot PursuitIsu yang timbul berkaitan perkara ini ialah masalah tentang hak menjalankan pengejaran atau penangkapan kapal yang melanggar undang-undang laut mana-mana negara berpantai. Atikel 23 menyebut berkenaan hak hot pursuit iaitu sesebuah negara berpantai yang mempunyai sebab kukuh mempercayai bahawa kapal yang melanggar undang-undang negaranya boleh dikejar dan ditangkap seandainya kapal bersalah itu berada di laut lepas selagi penangkapan itu dilakukan semasa kapal asing tersebut, atau salah satu botnya, adalah berada di antara kawasan air dalam negara berpantai itu, dalam kawasan wilayah kelautannya, atau dalam kawasan contiguous zone yang baru disahkan, serta kes ini hanya untuk pelanggaran peraturan terhadap zon yang disebutkan.[footnoteRef:14] Di sini Konvensyen Laut Lepas telah membentuk undang-undang malah ianya adalah bertujuan untuk menguatkuasakannya. Pengejaran pesalah (pursuit) ini boleh terus dilakukan di laut lepas hanya sekiranya ia tidak dicampuri atau dicelah oleh pihak lain. Hak terhadap hot pursuit ini merupakan senjata yang berguna untuk penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan perikanan dan pencegahan pencemaran laut. Tambahan pula, hak ini menjadi semakin penting dengan wujudnya bentuk penetapan baru iaitu 200 batu zon perikanan dan cadangan mengadakan Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) yang mungkin negara berpantai akan mengawal aktiviti-aktiviti lainnya. [14: R. P. Barston, B. Patricia. (1980). The Maritime Dimension. pg19. London: George Allen And Unwin.]

Hak hot pursuit yang diwujudkan ini mendatangkan pertikaian apabila ianya memberi kelonggaran kepada negara-negara berpantai untuk memiliki kuasa menahan kapal-kapal di laut lepas. Hal ini sekali lagi menjadi persoalan apabila laut lepas sepatutnya adalah bebas daripada mana-mana kuasa negara. Apabila hak ini dikuatkuasakan ia seolah-olah menunjukkan kebebasan laut adalah tidak wujud kerana laut lepas masih tertakhluk kepada bidang kuasa sesebuah negara. Bagaimanapun, terdapat negara yang mempertahankan hak ini terutamana negara-negara kuasa besar maritim kerana mendatangkan kelebihan kepada mereka dari segi meluaskan kuasa kelautan. Seperkara lagi yang menjadi sebab hak ini ditentang ialah tidak semua negara mempunyai undang-undang yang sama di antara satu sama lain. Oleh itu, tidak adil sekiranya sesebuah kapal dikenakan apa-apa hukuman kerana telah melanggar peraturan sesebuah negara sedangkan kapal tersebut tidak mengetahui sebarang peraturan dari negara asing lebih-lebih lagi sekiranya ia berada di kawasan laut lepas. Perbincangan ini juga menemui kegagalan dalam mencapai persepakatan bersama.The Convention on Fishing and Conservation of The Living Resources of The SeaIsu yang timbul dalam konvensyen ini pula ialah ia tidak membuat sebarang peruntukan terhadap hal perikanan. Ia mengelak persoalan ini hanya dengan melibatkan hal pemuliharaan perikanan di laut lepas yang dikenalpasti dalam artikel 6 iaitu: negara berpantai mempunyai kepentingan (special interest) dalam menguruskan produktiviti terhadap sumber hidupan di mana-mana kawasan di laut lepas yang bersebelahan dengan wilayah kelautannya tanpa merujuk pada mana-mana had.[footnoteRef:15] Dalam mengenalpasti kepentingan negara berpantai terhadap aktiviti perikanan yang luar daripada bidang kuasa negaranya ia membuka jalan kepada zon perikanan tetapi Konvensyen Wilayah Kelautan juga tidak menyatakan had bagi perkara itu, jadi negara berpantai boleh, dengan dua buah konvensyen ini, menuntut hak ekslusif untuk mengeksploit dan memelihara perikanan (conserve fisheries) dalam wilayah kelautan iaitu dengan jaraknya tidak melebihi 12 batu nautika. Konvensyen menyatakan bahawa, masalah yang timbul melibatkan pemuliharaan sumber hidupan di laut lepas ini jelas sekali mereka perlu selesaikannya, dengan apa-apa cara pun, berdasarkan asas dalam kerjasama antarabangsa yang wujud, melalui kesepaduan tindakan semua negara berkenaan. Pernyataan konvensyen ini seolah-olah merupakan suatu harapan yang samar, kerana bukan ikatan yang diwajibkan apabila negara yang berdaulat tidak boleh dipaksa untuk menuruti perjanjian ini. Peruntukan konvensyen ini terhadap hal pemuliharaan sumber hidupan laut terlalu jauh bagi negara-negara untuk merealisasikannya, yang menganggap hal ini telah melanggar kedaulatan, dan belum cukup baik bagi yang lain seperti negara-negara Amerika Latin yang telah pun menuntut 200 batu nautika zon. Oleh sebab ianya tidak diratifikasi secara menyeluruh, konvensyen ini gagal untuk menyelesaikan masalah dalam hal perikanan ini. Kerjasama peraturan seperti yang dinyatakan tadi adalah tidak beroleh kejayaan, kerana negara-negara enggan untuk menyerahkan hak kedaulatan mereka pada mana-mana International Fishery Commissions.[footnoteRef:16] [15: R. P. Barston, B. Patricia. (1980). The Maritime Dimension. pg19. London: George Allen And Unwin.] [16: R. P. Barston, B. Patricia. (1980). The Maritime Dimension. pg20. London: George Allen And Unwin.]

Masalah yang jelas timbul dalam perkara ini ialah konvensyen tidak menetapkan sebarang had bagi pengeksploitasian sumber hidupan laut selepas daripada kawasan wilayah kelautan. Hal ini menjadikan negara-negara berpantai bebas menjalankan perusahaan perikanan dan sebarang usaha pemuliharaan sumber marin tanpa batasan. Kebebasan sebegini boleh menyebabkan pergelutan di antara negara-negara yang kawasan perairan mereka adalah terletak berdekatan kerana berkemungkinan berlaku pertembungan. Konvensyen pula tidak menetapkan suatu panduan yang jelas berhubung perkara inni dan hanya memberi kenyataan bahawa setiap negara adalah tertakhluk kepada had sempadan wilayah kelautan iaitu 12 batu nautika. Namun perkara ini tidak dapat disabitkan kepada semua negara kerana bagi negara yang tidak menandatangani perjanjian adalah bebas daripada keterikatan tuntutan itu. Oleh yang demikian, terdapat negara-negara seperti Amerika Latin yang kemudiannya menuntut kawasan ekslusif zon perikanan yang lebih luas iaitu 200 batu nautika daripada sempadan garis dasarnya. Kesemua ketidakseragaman dan kenyataan longgar ini telah menyebabkan hal ini akhirnya tidak mencapai sebarang persetujuan bersama sekaligus gagal mencapai matlamat yang diinginkan.

KesimpulanUsaha bagi membentuk suatu undang-undang dan peraturan yang baik dalam mengurus tadbir hal ehwal kelautan sememangnya amat perlu dilakukan bagi menjamin kesejahteraan sejagat. Namun sekiranya usaha yang ingin dibentuk ini tidak mendapat kerjasama dan persetujuan sepenuhnya daripada anggota-anggota yang terlibat akan menyebabkan jalan perundingan mencapai kegagalan. Hal ini jelas dapat dilihat daripada UNCLOS 1 yang pada awalnya merupakan usaha baik ke arah mencapai kesejagatan global dalam bidang kelautan namun akhirnya gagal mencapai tujuan dan metlamatnya kerana timbul beberapa isu hasil ketidaksepakatan ahli bersama. Isu-isu yang timbul dalam perundingan UNCLOS 1 ini hampir kesemuanya menjurus kepada masalah tiada kerjasama yang padu dan erat dalam kalangan ahli. Terdapat negara-negara yang tidak mahu memberi kerjasama seperti enggan membentuk undang-undang laut selaras dengan peraturan oleh badan dunia. Hal ini meenyebabkan negara berkenaan dengan sewenang-wenangnya boleh melaksanakan peraturan mengikut kehendak dan kepentingan sendiri. Selain itu, sikap negara-negara yang ingin mempertahankan kepentingan masing-masing juga menjadi punca ketidaksepakatan. Negara-negara besar maritim terus menguasai doktrin yang ada manakala negara berpantai yang lebih kecil tidak dapat menikmati kesamarataan dan kesaksamaan yang sepatutnya. Hal ini menyebabkan wujudnya keadaan yang tidak adil dan akhirnya negara-negara terlibat tidak mahu memberikan kerjasama selagi peraturan atau undang-undang yang dibentuk adalah menyebelahi sebelah pihak sahaja.Di samping itu, kita dapat lihat juga kegagalan dalam mencapai persetujuan terhadap perbincangan UNCLOS 1 ini disebabkan oleh kurangnya penelitian dan perincian tentang sebarang akta yang digubal. Jika dilihat terdapat beberapa dan boleh dikatakan hampir kesemua akta yang dibentuk tidak memberikan definisi dan penerangan yang jelas. Kebanyakan akta-akta tersebut hanya menyatakan bentuk peraturan yang perlu dipatuhi tetapi tidak memberikan penerangan lanjut berkenaan cara pelaksaan, medium yang boleh digunapakai dan maksud tertentu yang agak sukar diterjemah sendiri. Hal ini memberikan kesukaran kepada negara-negara terlibat dalam mengikuti dan mematuhi akta yang telah digubal kerana tiada panduan yang jelas untuk melaksanakannya. Keadaan ini akhirnya menyebabkan negara-negara yang ada melaksanakan dan menjalankan peraturan tersebut berdasarkan kefahaman masing-masing. Hal ini seterusnya mengundang ketidakseragaman dan kekalutan serta percanggahan kaedah pelaksanaan di antara satu sama lain dalam hal ehwal kelautan dunia. Maka tiada kata sepakat dan persetujuan yang dapat dicapai.Tuntasnya, akibat daripada isu-isu yang timbul dalam perbincangan UNCLOS 1 akhirnya membawa kepada pembentukan UNCLOS 2 bagi mencari jalan penyelesaian melalui perundingan antara negara-negara berkenaan. Pembentukan satu lagi konvensyen undang-undang laut ini diharapkan dapat memberi jalan penyelesaian terhadap isu-isu yang dibangkitkan sebelumnya. Walaubagaimanapun, sekiranya masih terdapat percanggahan dan perbalahan yang menyebabkan wujudnya ketidaksepakatan atau tiada kerjasama yang baik di antara negara-negara terlibat maka masalah yang sama juga akan tetap berlaku.

Rujukan.

1. http://www.un.org/depts/los/convention_agreements/texts/unclos/unclos_e.pdf2. http://www.un.org/depts/los/convention_agreements/texts/unclos/UNCLOS-TOC.htm3. http://www.un.org/depts/los/index.htm4. http://www.unclos.com/5. http://www.unlawoftheseatreaty.org/6. Miller, Lynn H. (1998). Global order : values and power in international politics. Pg234. USA: Westview Press.7. R. P. Anand. (1982), Origin and Development of The Law of The Sea, History of International Law Revisited, pg176, USA: Martinus Nijhoff Publishers.8. R. P. Barston, B. Patricia. (1980). The Maritime Dimension. London: George Allen And Unwin.1