umpan pallet untuk patin

2
umpan pallet untuk patin assalamualaikum dan salam sejahtara kepada semua. agaknya anda dah lama menanti untuk mengetahui teknik dan cara memancing patin yang baru yang saya dapat di kolam seksyen 24 shah alam. bukan kat kolam ni sahaja yang pernah dicuba dan turut berkesan dikolam yang ikan patinnya suka bermain dipermukaan kolam dan kurang anak-anak ikan kecil. pallet yang digunakan adalah pallet makanan keli iaitu pallet 6363. cara pembuatan umpan 1. masukkan pallet kedalam bekas baldi umpan. berat palet yang saya gunakan selalunya lebih kurang sekilogram untuk 3 jam memancing, kalau ikan galak perlukan lagi banyak pallet 2. masukkan air panas yang baru mendidih kedalam bekas pallet. sukatannya adalah sekilogram pallet segelas setengah air panas. goncang-goncangkan baldi umpan dan pastikan air panas tadi terkena pada semua pallet. 3. biarkan selama sejam sebelum digunakan. cara penggunaannya 1. beli jajan bin-bin 10 peket. dan potong kecil-kecil. lebih kurang dalam setengah inci

Upload: bara-pawaka

Post on 12-Dec-2015

169 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

palet

TRANSCRIPT

Page 1: Umpan Pallet Untuk Patin

umpan pallet untuk patinassalamualaikum dan salam sejahtara kepada semua. agaknya anda dah lama menanti untuk mengetahui teknik dan cara memancing patin yang baru yang saya dapat di kolam seksyen 24 shah alam. bukan kat kolam ni sahaja yang pernah dicuba dan turut berkesan dikolam yang ikan patinnya suka bermain dipermukaan kolam dan kurang anak-anak ikan kecil.  pallet yang digunakan adalah pallet makanan keli iaitu pallet 6363.

cara pembuatan umpan1. masukkan pallet kedalam bekas baldi umpan. berat palet yang saya gunakan selalunya lebih kurang sekilogram untuk 3 jam memancing, kalau ikan galak perlukan lagi banyak pallet

2. masukkan air panas yang baru mendidih kedalam bekas pallet. sukatannya adalah sekilogram pallet segelas setengah air panas. goncang-goncangkan baldi umpan dan pastikan air panas tadi terkena pada semua pallet.

3. biarkan selama sejam sebelum digunakan.

cara penggunaannya1. beli jajan bin-bin 10 peket. dan potong kecil-kecil. lebih kurang dalam setengah inci

Page 2: Umpan Pallet Untuk Patin

2. pastikan jajan lemau dulu. selalunya saya buka plastik dan masukkan dalam peti ais selama sehari semalam3. jajan yang lemau tadi disangkutkan ke matakail.4. gunakan perambut tangsi sejengkal V dua mata5. kepalkan pallet pada matakail yang ada jajan bin-bin tadi. tujuannya jajan akan memegang pallet kepal tadi,dan akhir sekali. baling ke kawasan ikan sedang bermain.pastikan umpan terapung dan tali kendur sahaja. kalau ikan merentap kuat anda pasti terujaps. tak pernah bangau pakai umpan ni. patin terberat yang pernah saya naikkan guna umpan ni adalah 10.72kg.(kali kedua guna umpan ni)

topangler81 berkata...umpan pallet patin ni selalu saya campurkan dengan serbuk kayu manis sikit jer. buat perisa jer. kadangkala saya campurkan serbuk jintan manis. memang pelik rasanya. cuma kalau cari pallet 6363 tu pastikan jenama dia CARGIL. warna dia agak gelap macam warna dedak dinding. rendam sekejap jer. jangan lembut sangat dan pstikan umpan boleh lerai lepas beberapa minit, bukannya keras macam batu...

11 Julai 2012 8:16 PG