umar bin al
TRANSCRIPT
-
8/6/2019 Umar bin Al
1/5
Umar bin Al-Khattab radhiallahu anhKhalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Bathil
Khalifah Umar bin Al-Khattab ra merupakan khalifah Islam yang kedua selepas KhalifahAbu Bakar ra.
Perlantikannya merupakan wasiat daripada Khalifah Abu Bakar.
Nama penuhnya ialah Umar b. Al-Khattab b. Naufal b. Abdul Uzza b. Rabah b. Abdullah b.Qarth b. Razah b. Adiy b. Kaab. Di lahirkan pada tahun 583 M daripada Bani Adi iaitu salah
satu bani dalam kabilah Quraish yang dipandang mulia, megah, dan berkedudukan tinggi.
Waktu kecilnya pernah mengembala kambing dan dewasanya beliau berniaga dengan
berulang alik ke Syam membawa barang dagangan. Waktu Jahiliah beliau pernah menjadi
pendamai waktu terjadi pertelingkahan hebat antara kaum keluarganya. Beliau merupakan
seorang yang berani, tegas dalam kira bicara, berterus terang menyatakan fikiran dan
pandangannya dalam menghadapi satu-satu masalah. Beliau juga terkenal sebagai pemidato
dan juga ahli gusti.
Saidina Umar memeluk Islam pada tahun keenam selepas kerasulan Nabi, sewaktu berumur
33 tahun, kerana tertarik dengan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca oleh adiknya Fatimah.Beliau kemudiannya memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan Islam.
Sebelum ini beliau merupakan musuh ketat kepada Islam dan sentiasa menghalangi
perkembangan Islam. Orang Islam ramai yang berasa takut untuk melakukan ibadah kerana
bimbangkan kepada orang Quraish yang selalu mengancang dan mengusir mereka. Setelah
Umar memeluk Islam ramai dari kalangan orang-orang Islam yang tidak merasa apa-apa
curiga lagi dalam mengerjakan ibadat.
Beliau digelar al-Faruq yang bermaksud orang yang membezakan hak dengan yang
bathil. Gelaran ini diberikan oleh Rasulullah semasa beliau membawa sekumpulan umat
Islam untuk bersembahyang di hadapan Kaabah secara terbuka untuk pertama kalinya dalam
sejarah Islam. Beliau sendiri yang menjaganya daripada gangguan orang-orang Quraish. Nabi
Muhammad SAW juga mengelarkannya sebagai Abu Hafs kerana kegagahannya.
Ketika berhijrah ke Madinah, ramai orang Islam yang keluar dari Kota Mekah secara
bersembunyi, tetapi Umar keluar secara berterang-terangan. Pedang di tangannya sedia
menghunus kepada sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya.
Ketika Khalifah Abu Bakar sedang sakit dan merasa ajalnya akan tiba, beliau memanggil
sahabat dan meninjau fikiran mereka untuk mencari tokoh Islam bagi dilantik menggantikan
pentadbiran khalifah. Abu Bakar mencadangkan nama Umar untuk dicalonkan memegang
jawatan itu. Cadangan tersebut mendapat persetujuan dari kalangan sahabat dan orang-orang
ramai. Umar dilantik memegang jawatan sebagai khalifah kedua menggantikan Abu Bakar
pada hari Selasa, 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah, bersamaan dengan 23 Ogos 634 Masihi.
Sifat-Sifat Peribadi
Seorang yang bersifat berani dan tidak gentar dalam menegakkan kebenaran agama Islam
juga seorang yang tegas dan adil. Ditakuti oleh orang ramai kerana keberaniannya taat pada
ajaran Allah SWT. Seorang yang berpandangan jauh, berfikiran terbuka dan sedia untuk
menerima pendapat orang lain. Seorang pemerintah yang bertanggungjawab, adil dan amanah.
-
8/6/2019 Umar bin Al
2/5
Pernah penyamar sebagai rakyat biasa walaupun ketika beliau memegnag jawatan khalifah
untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya, malah beliau sendiri yang mengangkat gandum dan
minyak untuk diberikan kepada salah seorang daripada golongan yang memerlukan.
a) Berfikiran terbuka
Menerima pendapat sahabatnya Abu Bakar As-Shiddiq mengenai pembebasan tawananperang Badar, iaitu mereka dikehendaki membayar wang tebusan atau mengajar anak-anak
penduduk Madinah hingga pandai dan orang tua dibebaskan tanpa syarat. Menerima pendapat
seorang perempuan yang mencadangkan supaya setiap orang boleh meletakkan maskahwin
mengikut kemahuan sendiri, asalkan tidak membebankan kaum lelaki. Beliau bersedia
ditegur dan menerima pendapat orang lain walaupun daripada rakyat biasa.
b) Berani
Sebelum memeluk Islam, beliau sangat kuat dan berani menentang Rasulullah SAW sikap
beliau sangat ditakuti oleh orang-orang yang memeluk agama Islam. Beliau tidak gentar
mengisyitiharkan dirinya telah memeluk Islam secara terbuka di khalayak ramai. Setelah
memeluk Islam, beliau berani menunaikan ibadat secara terang-terangan di hadapan orang
ramai. Beliau memberi cadangan kepada Rasulullah SAW supaya ajaran Islam disebarkan
secara terbuka kepada orang ramai. Beliau mencabar orang kafir Quraisy supaya menghalang
Rasulullah SAW daripada berpindah ke Madinah. Oleh kerana ketegasan dan keberaniannya
itulah, maka beliau diberi gelaran al-Faruq.
c) Adil
Seorang pemerintah yang adil dan bertanggungjawab terhadap keselamatan, keamanan dan
kemakmuran rakyatnya. Beliau banyak melakukan pembaharuan untuk kemajuan rakyatnya.
Beliau sendiri keluar menyamar sebagai rakyat biasa untuk meninjau keadaan rakyatnya.
Pada suatu malam, beliau terjumpa seorang kanak-kanak yang sedang menangis kelaparan.
Beliau terus kembali mengambil gandum, memasakkan dan menyuapkan sendiri ke mulut
kanak-kanak tersebut. Beliau juga pernah menjatuhkan hukuman ke atas anak pesuruhjaya
Mesir, iaitu Umar al-Ash, yang telah memukul seorang Qibti yang kalah dalam perlumbaan
kuda.
Kepimpinan Khalifah Umar Al-Khattab1. Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran
a) Membentuk Majlis SyuraKhalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis
perunding yangtertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan majlis Syura Am.
-
8/6/2019 Umar bin Al
3/5
Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib,
Zaid b. Tsabit, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Muaz b. Jabal. Semua pekara
yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-
sama dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi
negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar.
Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang
berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-
luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi
kebaikan dan keadilan Islam, Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu
memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah.
b) Membahagikan Wilayah-Wilayah Islam
Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baru
telah memerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan sesebuah negara. Dengan perluasan
kuasa ini, Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada
beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran Islam. Umar meletakkan beberapaorang pegawai untuk menjalankan pentadbiran. Mereka yang dilantik hendaklah datang ke
Mekah pada tiap-tiap tahun selepas menunaikan haji untuk membuat laporan. Khalifah Umar
dikatakan berkebolehan dalam memilih pegawai-pegawai yang cekap bagi melicinkan
pentadbiran, sebagai contohnya Muawiyah b. Abu Sufian, Amru b. al-Ash, Mughirah b.
Syubah dan Zaid b. Sumyah.
Sebelum seorang Gabenor itu dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta mereka bagi
mengelakkan dari menerima rasuah. Inilah syarat yang dikenakan oleh KhalifahUmar Al-
Khattab bagi menjamin keadilan dan kesucian Islam.
c) Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah
Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan
terhadap sistem tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam adalah
menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk
membiayai kemudahan-kemudahan awam
negara itu juga. Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya
tidak akandirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai.
Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara
jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya dimana
tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.
2. Pembaharuan dalam bidang ekonomi
-
8/6/2019 Umar bin Al
4/5
Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan kepada
rakyat dan juga negara mengikut kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai telah diubah. Cukai
yang dikenakan mengikut jenis tanaman yang ditanam. Syarat-syarat yang menyusahkan
rakyat dan tidak adil akan dihapuskan. Beliau juga sering bertanyakan kepada golongan-
golongan Dzimmi (orang bukan Islam) untuk mengetahui samada cukai yang dikenakan
membebankan mereka. Inilah langkah yang dilakukan oleh Umar sebelum pekara ini
diperbaharui. Kesemua ini menyebabkan pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharan
negara bertambah.
Beliau juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah baru dan juga
mengadakan projek pengairan, yang mana ianya telah dilaksanakan di Mesir dan Iraq bagi
menambahkan lagi hasil pertanian.
3. Pembaharuan Dalam Bidang Sosial
a) Melakukan polisi baru untuk golongan Dzimmi
Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini. Cukai ini
adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka. Pernah suatu kalikhalifah Umar memanggil 10 orang Dzimmi dari Kufah dan 10 orang Dzimmi dari Basyrah
supaya mereka bersumpah, bahawa cukai yang dikenakan keatas mereka tidak membebankan.
Taraf dan hak awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam.
Golongan Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar negara.
Harta mereka tidak akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan seperti
ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam.
b) Memperbaharui taraf kedudukan hamba
Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf yang baik.
Hamba tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas seperti orang-orang biasa,
kecualilah bagi orang-orang yang benar menentang Islam dalam peperangan. Umar
menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak boleh dijual sewenang-
wenangnya seperti hamba-hamba lain. Begitu juga dengan hamba yang berkeluarga tidak
boleh dipisahkan dari keluarga mereka.
Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu, pegawai-
pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan tindakan
oleh Khalifah Umar. Sebagai contoh, Umar pernah melucutkan jawatan seorang pegawainya
yang tidak menziarahi pekerjanya yang sakit.
c) Mengalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran
Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan pelajaran al-
Quran. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan
keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan.
Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi diajar pelajaran Islam di seluruh wilayah
Islam. Umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran bagi
menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, al-
-
8/6/2019 Umar bin Al
5/5
Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai satu usaha
untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran.
4. Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi
a) Memajukan sistem pertanian
Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang mana
terusan tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil dengan
Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Di Iraq pula beliau telah membina
Empangan Abu Musa yang menyambungkan Sungai Dujlah (Tigres) dengan bandar Basrah.
Tanah juga telah dikajiselidik bagi menempatkan tanaman-tanaman yang bermutu. Rakyat
juga digalakan untuk membuka tanah-tanah baru bagi memperbanyakkan hasil pertanian.
Tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak terdapat hasil pertanian di
dalamnya. Begitu juga beliau juga telah mengadakan sistem cukai bagi menambahkan
pendapatan negara.
Akhir Hayat Khalifah Umar al-Khattab ra
Khalifah Umar adalah merupakan Khalifah yang banyak melakukan pembaharuan kepada
negara Islam. Selepas memerintah negara Islam selama 10 tahun 6 bulan dan 4 hari, beliau
pun wafat pada malam Rabu di akhir bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah, sewaktu berumur 63
tahun. Beliau ditikam oleh Abu Luluah, bangsa Parsi yang beragama Majusi. Beliau
dimakamkan berhampiran dengan makam Rasulullah dan Abu Bakar di Madinah.
Pentadbiran khalifah selepasnya pula diberikan kepada Saidina Uthman b. Affan ra.
Allahu alam