ulasan buku-keamanan sejagat

10
ULASAN BUKU : KEAMANAN SEJAGAT PERANAN MALAYSIA DALAM POLITIK ANTARABANGSA 1.0 PENGENALAN Buku yang bertajuk “Kemanan Sejagat : Peranan Malaysia Dalam Politik Antarabangsa” adalah sebuah buku yang membincangkan tentang peranan Malaysia dalam arena antarabangsa. Buku ini ditulis oleh Mokhtar A.Kadir dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1991. Ia mempunyai 16 topik yang berkisar dari selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 sehinggalah pada perjanjian getah asli antarabangsa pada 6 Oktober 1979 dan mempunyai sejumlah 281 muka surat. Menurut penulis buku in, ia merupakan hasil cantuman pengalaman beliau sebagai wartawan dengan rujukan yang beliau ambil dari dalam dan luar negeri. Penulis menggunakan banyak bahan sebagai rujukan untuk menghasilkan buku ini. Antara rujukan beliau ialah akhbar tempatan, bahan- bahan terbitan Jabatan Penerangan Malaysia seperti ucapan- ucapan para pemimpin, risalah-risalah terbitan pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, Pertubuhan persidangan Islam, Pergerakan Berkecuali, ASEAN dan Komanwel. 1

Upload: gee-zainurdin

Post on 24-Oct-2015

84 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Buku-keamanan Sejagat

ULASAN BUKU : KEAMANAN SEJAGAT PERANAN MALAYSIA DALAM

POLITIK ANTARABANGSA

1.0 PENGENALAN

Buku yang bertajuk “Kemanan Sejagat : Peranan Malaysia Dalam Politik

Antarabangsa” adalah sebuah buku yang membincangkan tentang peranan

Malaysia dalam arena antarabangsa. Buku ini ditulis oleh Mokhtar A.Kadir dan

diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1991. Ia mempunyai 16

topik yang berkisar dari selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957

sehinggalah pada perjanjian getah asli antarabangsa pada 6 Oktober 1979 dan

mempunyai sejumlah 281 muka surat. Menurut penulis buku in, ia merupakan hasil

cantuman pengalaman beliau sebagai wartawan dengan rujukan yang beliau ambil

dari dalam dan luar negeri. Penulis menggunakan banyak bahan sebagai rujukan

untuk menghasilkan buku ini. Antara rujukan beliau ialah akhbar tempatan, bahan-

bahan terbitan Jabatan Penerangan Malaysia seperti ucapan-ucapan para

pemimpin, risalah-risalah terbitan pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti

Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, Pertubuhan persidangan Islam, Pergerakan

Berkecuali, ASEAN dan Komanwel.

Buku ini pada saya amat sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar IPT, guru,

pensyarah atau sesiapa sahaja yang ingin mengetahui tetang penglibatan dan

peranan Malaysia dalam pentas antarabangsa sebaik sahaja negara mencapai

kemerdekaan. Buku ini juga elok dijadikan koleksi peribadi sebagai bacaan umum

oleh semua golongan dan peringkat usia dewasa. Dibaca ketika waktu terluang dan

menjadi koleksi kenangan dimasa hadapan kerana di dalam buku ini terdapat

1

Page 2: Ulasan Buku-keamanan Sejagat

banyak gambar peristiwa bagi setiap topik. Tajuk buku iaitu “Keamanan Sejagat”

pada saya amat menarik dan amat sesuai dengan isi kandunganya buku ini.

2.0 PERBINCANGAN

Buku ini membincangkan tentang penglibatan dan peranan Malaysia dalam

arena politik antarabangsa sekitar tahun 1957 sehingga 1970-an. Selepas Tanah

Melayu mencapai kemerdekaan, negara kita di bawah pimpinan Tunku Abdul

Rahman mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk menerajui negara.

Langkah pertama yang dilakukan selepas merdeka ialah menyertai Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 17 September 1957 iaitu 17 hari selepas

negara mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka usaha kerajaan lebih kepada

pembangunan dan keselamatan negara. Berbagai-bagai projek pembangunan

dilaksanakan mengikut keutamaan untuk memberi faedah kepada rakyat.

Malangnya Negara kita diancam isu komunis sehingga tercetus peristiwa 31 Mei

1969 dan darurat diishtiharkan. Pelbagai rundingan diadakan agar pihak komunis

mengalah dan kembali kepangkuan masyarakat namun tidak berhasil dan akhirnya

pada 31 Julai 1960 barulah darurat tamat.

Menurut penulis sebaik sahaja negara kembali aman, perjuangan diteruskan

dengan penuh semangat dan Tunku Abdul Rahman sememangnya seorang yang

amat komited dengan isu keamanan negara jiran terutama negara-negara asia

tenggara. Pergolakan di Loas yang ketika itu diancam komunis amat merisaukan

Tunku kerana takut akan mengancam keamanan negara serantau. Tunku telah

mencadangkan agar ditubuhkan Persatuan Negara Asia Tenggara (ASA). ASA

adalah sebuah pertubuhan anti-komunis yang mengutamakan kerjasama ekonomi

2

Page 3: Ulasan Buku-keamanan Sejagat

serantau yang disertai Malaysia, Thailand dan Filipina. Malangnya usia ASA tidak

panjang kerana beberapa masalah dan tergugat.

Namun usaha untuk menyatukan Asia Tenggara di bawah satu pertubuhan

tetap diteruskan. Selepas konfrantasi antara Malaysia dan Indonesia tamat, maka

bermulalah usaha untuk mewujudkan ASEAN. Akhirnya pada tahun 1967,

Persatuan Negara Asia Tenggara atau The Southeast Asian Nations (ASEAN)

ditubuhkan. Melalui ASEAN pelbagai kerjasama diusahakan demi untuk

mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial, dan perkembangan

sosial di rantau ini. Paling penting ASEAN adalah usaha untuk menggalakkan lagi

keamanan dan kestabilan serantau.

Selain daripada kerjasama peringkat serantau, Negara kita juga aktif dalam

pergerakan negara-negara islam dan merupakan negara paling aktif. Malaysia telah

menyertai Pertubuhan Persidangan Islam atau Organization of Islamic Conference

(OIC) iaitu sebuah pertubuhan yang berusaha mewujudkan keamanan. Pertubuhan

ini juga menyatupadukan umat islam serta mengukuhkan kerjasama dalam bidang

politik, ekonomi, kebudayaan, sains dan sosial. Malah Tunku Abdul Rahman telah

menjadi Setiausaha Agung Sekretariat Islam bagi OIC.Antara usaha yang dilakukan

di bawah OIC ialah menubuhkan Bank Pembangunan Islam, agensi berita islam

antarabangsa dan kerjasama lain.

Malaysia turut perihatin dengan masalah di Tebing Barat, Palestin. Malaysia

mengutuk Israel yang melakukan pencerobohan ke atas rakyat Palestin sehingga

mereka terpaksa menjadi pelarian dan tinggal di kemah-kemah. Melalui Perdana

Menteri Negara yang keempat iaitu Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad, Malaysia

mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel yang telah mengebom ibu pejabat PLO

3

Page 4: Ulasan Buku-keamanan Sejagat

di Tunis pada 1 Oktober 1985. Peristiwa itu telah menyebabkan 50 orang terbunuh

dan 100 orang lagi cedera. Datuk Seri Dr. Mahathir amat terkejut dengan peristiwa

tersebut dan menganggap Israel sebagai pengganas antarabangsa. Malaysia telah

menghulur bantuan kepada Palestin seperti derma dari rakyat Malaysia, dan

membenarkan rakyat Palestin untuk belajar di Malaysia secara biasiswa.

Selain daripada menjadi ahli PBB, ASEAN dan OIC, Malaysia juga turut

menyertai beberapa lagi badan dunia. Antaranya ialah Komanwel, Suruhajaya

Selatan-selatan, dan Pergerakan Negara Berkecuali. Komanwel ialah sebuah

persatuan Negara-negara yang pada satu masa pernah menjadi sebahagian

daripada tanah jajahan British.Suruhnajaya Selatan-selatan pula ialah kerjasama di

kalangan Negara-negara dunia ketiga. Negara ini tidak mempunyai kepakaran

dalam memproses bahan mentah dan matlamat kumpulan ini ialah untuk mengatasi

harga eksport bahan mentah dan meningkatkan kerjasama dengan Negara-negara

maju. Manakala pergerakan Negara Berkecuali atau NAM ialah Negara yang tidak

menyokong aman-mana blok dunia samada Blok Barat atau Komunis. NAM terdiri

daripada 113 buah negara yang membangun di Asia.

Malaysia juga cergas dan cukup prihatin dalam menangani isu dadah di

dunia. Negara kita tidak dapat mengawal atau menyekat kamasukan atau

pengedaran dadah ke Negara ini. Dengan adanya undang-undang yang ketat dan

kerjasama erat dengan Negara lain, masalah ini akan dapat dikurangkan dan

diatasi. Malaysia telah terlibat dalam persidangan mengenai dadah di Vienna untuk

membincangkan isu memerangi dadah ini

4

Page 5: Ulasan Buku-keamanan Sejagat

3.0 KELEBIHAN

Buku ini sangat menarik kerana ia menceritakan tentang rentetan

perkembangan politik yang berlaku di Malaysia dari tahun 1957 sehingga tahun

1990. Namun buku ini lebih berfokus menceritakan kerjasama Malaysia dengan

negara lain demi menjaga keamanan bersama. Buku ini turut diselitkan dengan

catatan penulis bagi setiap tajuk di dalam buku ini di bahagian bawah. Catatan

penulis ini adalah catatan tentang pengalaman sebenar yang dialami oleh penulis

semasa menjalankan kerja-kerja kewartawanan dalam melaporkan berita tentang

aktiviti Perdana Menteri di luar negara dan dalam negara.Contohnya beliau menulis

pengalaman beliau ketika menaiki sebuah teksi semasa berada di Palestin.

Pemandu teksi tersebut sangat teruja apabila beliau memberitahu yang beliau dari

Malaysia sehingga pemandu tersebut tidak mahu mengambil tambang teksi

perjalanannya. Pemandu teksi berbangsa Palestin tersebut menyatakan Malaysia

dan Palestin adalah bersaudara kerana sesama islam dan pemandu teksi tersebut

sanggup keluar dari teksi dan memberitahu pengawal hotel agar menjaga penulis.

Buku ini juga mempunyai banyak gambar yang menarik bagi setiap peristiwa

yang berlaku. Satu gambar yang menarik hati saya ialah gambar suasana di stesen

keretapi dimana kelihatan keluarga menghantar perajurit yang akan berangkat ke

Congo dalam misi keamanan di sana. Selain gambar turut diselitkan surat daripada

Chin Peng kepada Tunku Abdul Rahman semasa rundingan Baling.

Selain itu buku ini juga turut menyelitkan cerita-cerita belakang tabir yang

selama ini kita tidak ketahui,Contohnya semasa persidangan PBB mengenai isu

dadah di Vienna, Datuk Seri Dr Mahathir telah menjadi Presiden pada persidangan

tersebut. Sebenarnya terdapat dua orang calon untuk jawatan Presiden persidangan

5

Page 6: Ulasan Buku-keamanan Sejagat

itu, tetapi mereka bersetuju supaya Perdana Menteri kita mengetuai persidangan

tersebut. Ini kerana berdasarkan usaha kita dalam memerangi najis dadah.

4.0 KRITIK DAN KRITIS

Bagi saya buku ini sangat sempurna dan amat menarik perhatian saya. Namun

buku-buku sebegini agak kurang di pasaran dan ramai yang hanya membaca jika

mengambil subjek politik di universiti ataupun ketika menduduki ujian induksi. Buku

bercorak ilmiah begini mungkin boleh diperbaharui dalam gaya yang lebih santau

dan tidak nampak terlalu berat. Saya mencadangkan agar diubah corak kulit supaya

lebih menarik agar pembaca tertarik untuk membacanya. Selain itu, mungkin boleh

diperbanyakkan lagi gambar dan gambar yang berwarna agar lebih menarik dan

pembaca akan lebih bersemangat untuk membacanya.

6

Page 7: Ulasan Buku-keamanan Sejagat

5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan pembacaan saya mengenai buku Keamanan Sejagat ini jelaslah

bahawa Malaysia sangat komited dalam setiap isu atau masalah yang melibatkan

kemanan di rantau asia mahupun dunia. Selepas mengencapi kemerdekaan pada

tahun 1957, Negara kita menunjukkan kecemerlangan dan sentiasa bersedia

memberi kerjasama dan sentiasa berusaha untuk memajukan Negara. Jelaslah

bahawa pemimpin-peminpin Negara kita daripada Tunku Abdul Rahman

sehinggalah ke Datuk Seri Doktor Mahathir Mohamad merupakan pemimpin yang

berkaliber dan mampu duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah dengan

pemimpin-pemimpin hebat dunia yang lain.

7