ulasan blog wordpress

5
KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 2 ULASAN BLOG sitizulbidah.wordpress.com DISEDIAKAN OLEH: SITI ZULBIDAH BINTI HASAN M20121000516 DISEDIAKAN UNTUK: PROFESOR MADYA DATO’ DR ABDUL LATIF BIN HJ GAPOR TARIKH SERAHAN: 30 NOVEMBER 2013 FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

Upload: siti75

Post on 20-Jun-2015

165 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan blog wordpress

KPT 6044

PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

TUGASAN 2

ULASAN BLOG sitizulbidah.wordpress.com

DISEDIAKAN OLEH:

SITI ZULBIDAH BINTI HASAN

M20121000516

DISEDIAKAN UNTUK:

PROFESOR MADYA DATO’ DR ABDUL LATIF

BIN HJ GAPOR

TARIKH SERAHAN:

30 NOVEMBER 2013

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

Page 2: Ulasan blog wordpress

PENGENALAN

Blog adalah singkatan daripada kata Weblog, iaitu suatu bentuk aplikasi web yang

menyerupai tulisan-tulisan (biasanya dimuat sebagai bentuk posting) pada sebuah halaman

web umum. Istilah weblog pertama kali digunakan oleh Jorn Barger pada bulan Disember

1997 untuk menyebut kelompok website peribadi yang selalu dikemaskini secara berterusan

dan berisi link-link ke wibesite lain yang mereka anggap menarik disertai dengan komen-

komen mereka sendiri. Laman web seperti ini biasanya dapat diakses oleh semua pengguna

sesuai dengan topik dan tujuan daripada si pengguna blog tersebut.

Seiring dengan masa, Blog kemudiannya berkembang bentuknya sesuai dengan

kehendak para pembuatnya atau yang biasa disebut sebagai Blogger (subjek). Pada awalnya

blog biasa digunakan oleh seorang blogger sebagai bentuk catatan (diari) online mereka

sehingga bebas dibaca oleh sesiapapun di internet.

Ciri-Ciri blog:

1. Mengandungi informasi yang bersifat kronologis dan terbahagi kepada beberapa

kategori.

2. Terdapat ruangan untuk berita atau informasi yang baru ataupun yang lama.

3. Terdapat interaksi antara pemilik blog dan pengunjung/pembaca.

4. Biasanya interaksi berbentuk sebuah ruangan komen.

5. Biasanya terdapat link ke website atau blog yang sering dikunjungi, biasanya dikenali

sebagai Blogroll.

Blog sitizulbidah.wordpress.com

Blog wordpress yang telah saya bina ini adalah bertujuan untuk menyiapkan tugasan

bagi kursus KPT6044 iaitu Pembelajaran Berasaskan Elektronik danWeb. Saya bukannlah

seorang yang mahir dalam bidang IT. Namun begitu, dengan mengikuti kursus ini sedikit

sebanyak dapat membantu dan memberikan saya suatu pengetahuan baru untuk membina satu

laman web dalam memberikan maklumat kepada pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran

di dalam kelas. Blog Wordpress saya adalah berkaitan dengan subjek Bahasa Melayu Tahun

6 dan nama blog saya ialah bahasa melayu itu indah.

Page 3: Ulasan blog wordpress

Di dalam blog saya terdapat pelbagai bahan yang telah saya gunakan bagi mata pelajaran

Bahasa Melayu Tahun 6. Kebanyakan bahan yang dimuatkan ialah berkaitan dengan aspek

tatabahasa Bahasa Melayu seperti kata kerja, kata adjektif, simpulan bahasa dan permainan

bahasa bagi meningkatkan pdp Bahasa Melayu. Beberapa latihan telah diselitkan sebagai

langkah persediaan murid-murid tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR dengan

menggabungkan link web lain untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan meningkatkan

motivasi mereka dalam menghadapi UPSR. Saya memilih subjek Bahasa Melayu dalam

pembinaan blog saya kerana saya mengajar subjek Bahasa Melayu sebagai opsyen utama saya

di sekolah.

Kandungan Menu Di Dalam Blog sitizulbidah.wordpress.com

1. Halaman Utama

Pada halaman utama blog bahasa melayu itu indah, saya telak meletakkan video yang

berkaitan dengan tempat-tempat yang menarik yang boleh dilawati di negeri Perak.

Semoga murid-murid yang sedang bercuti pada masa ini akan mendapat idea untuk

menulis tentang pengalaman bercuti di tempat-tempat menarik yang telah dikunjungi

oleh mereka.

2. Bahasa Melayu

Saya juga menyediakan beberapa nota berkaitan dengan tatabahasa seperti kata kerja,

kata adjektif dan simpulan bahasa sebagai tambahan kepada pengetahuan sedia ada

murid terutamanya murid-murid tahun 6. Dengan adanya nota-nota ini, akan

memudahkan lagi murid-murid mencari bahan yang berkaitan dengan aspek-aspek

tatabahasa yang mereka pelajari semasa proses pdp di dalam bilik darjah. Selain itu,

saya juga ada menyediakan beberapa latihan yang bersesuaian dengan nota tersebut

untuk diterokai oleh murid-murid supaya mereka dapat meningkatkan lagi pemahaman

mereka dalam aspek tatabahasa tersebut.

Page 4: Ulasan blog wordpress

3. Permainan Bahasa

Saya juga turut menyelitkan permainan bahasa seperti teka silang kata yang berkaitan

dengan Bahasa Melayu supaya dapat menarik minat murid-murid untuk belajar

Bahasa Melayu. Video berkaitan dengan permainan bahasa juga saya muat turunkan

untuk tatapan murid-murid supaya mereka dapat menerokai sendiri aktiviti permainan

Bahasa Melayu.

4. KPT6044

Memuat turun senarai tugasan yang diberikan oleh Profesor Madya Dato’ Dr. Abdul

Latif Bin Hj Gapor:

Tugasan 1 – Analisis Jurnal

Tugasan 2 – Penjelasan tentang blog pembelajaran

Tugasan 3 - Kajian Tinjauan

Tugasan 4 – Penilaian Kendiri

5. Motivasi

Di dalam blog saya juga ada dipaparkan kata-kata motivasi dan video lagu UPSR bagi

menaikkan semangat murid-murid untuk belajar dan sentiasa bersiap sedia

menghadapi UPSR yang akan tiba. Selain, itu saya juga menyelitkan petua untuk

belajar dan petua untuk mencapai kejayaaan sebagai perkongsian maklumat dengan

murid-murid dan rakan-rakan yang melayari blog saya ini.

6. Petua Kejayaan

Saya selitkan video lagu Titian Kejayaan dan juga petua-petua untuk tatapan pembaca

bagaimana caranya untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dan juga kehidupan.

Page 5: Ulasan blog wordpress

KESIMPULAN

Saya berasa amat bersyukur kerana akhirnya saya dapat juga menyelesaikan

tugasan yang diberikan walaupun blog ini tidak secanggih blog-blog yang sedia ada.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Profesor Madya Dato’ Abdul

Latif Bin Hj Gapor atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau. Tidak lupa kepada rakan-

rakan seperjuangan iaitu Cikgu Nuurul, Cikgu Ida, Cikgu Ayu dan Cikgu Mas yang

banyak membantu saya bagi menyiapkan blog ini. Semoga kandungan dalam blog ini

akan memberikan maklumat-maklumat yang bermanfaat kepada kita semua.