ulangkaji.kertas psv3107

Upload: ucu-tadu

Post on 02-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 ulangkaji.kertas psv3107

    1/18

    BAHAGIAN AARAHAN Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

    1.(a) Senaraikan DUA matlamat Pendidikan Seni Visual.

    (b) Nyatakan DUA pendapat Plato tentang seni. ( 4 )

    2. Nyatakan EMPAT peranan guru Pendidikan Seni dalam penilaian berasaskan sekolah(PKBS). ( 4 )

    3.(a) Untuk memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran menggambar, apakah pendekatanyang sesuai digunakan dalam aktiviti melukis.(b) Berikan DUA jenis teknik yang sesuai untuk aktiviti menggambar. ( 4 )

    4.Senaraikan EMPAT perkara yang perlu ada dalam menyediakan Rancangan Tahunan. ( 4 )

    5. Nyatakan perbezaan aktiviti pengayaan dan pemulihan dalam Pendidikan Seni Visual. ( 4 )(Jumlah : 20)

    BAHAGIAN BARAHAN Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

    1.Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadiangenerasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif,kreatif, kritis, inovatif dan inventif.(a) Senaraikan EMPAT objektif Pendidikan Seni Visual. (4)(b) Senaraikan TIGA perkara yang berkaitan dengan Konsep Kendiri berdasarkan KonsepSeni Visual Barat. (6)(c) Huraikan peranan Pendidikan Seni Visual dalam perkembangan kanak-kanak. (10)((Jumlah : 20)

    2. Pengujian dan penilaian perlu dijalankan bagi mendapatkan maklumat tentang pengajaran

    dan pembelajaran yang telah dijalankan.(a) Huraikan maksud pengujian dan penilaian dalam Pendidikan Seni Visual. (4)(b) Senaraikan ENAM tujuan Pengujian dalam Pendidikan Seni Visual. (6)(c) Menurut Paulson dan Meyer (1991), portfolio ialah koleksi bahan terpilih yang dapatmenunjukkan daya usaha, kemajuan dan pencapaian seseorang pelajar dalam bidang

    pelajaran. Huraikan proses yang perlu ada dalam sesebuah portfolio Pendidikan SeniVisual.(10)(Jumlah : 20)

    3. (a) Jelaskan maksud bidang-bidang dalam Pendidikan Seni Visuali) Menggambar

    ii) Membuat rekaan dan corak iii) Membentuk dan membuat binaan

  • 7/27/2019 ulangkaji.kertas psv3107

    2/18

    iv) Kraf tradisional (8)

    (b) Dalam penghasilan karya, beberapa langkah atau panduan yang betul akan dapatmempertingkatkan kemahiran pelajar. Huraikan ENAM panduan untuk mempertingkatkankemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik.( 12 )

    (Jumlah : 20)

    4. Suasana dalam bilik darjah sangat mempengaruhi iklim pengajaran dan pembelajaran.Guru Pendidikan Seni Visual perlu memainkan peranan penting dalam membangkitkan iklimyang sesuai untuk kelas Pendidikan Seni Visual.(a) Senaraikan LAPAN aspek yang perlu diberi perhatian dalam pengurusan bilik seni.(4)(b) Beri pendapat anda bagaimana iklim bilik Pendidikan Seni Visual membantu dari segifizikal, emosi dan sosial.(6)(c) Lukiskan satu pelan bilik seni yang sesuai dan kondusif serta labelkan tempat-tempattertentu dan huraikan pelan anda mengikut pendapat serta pandangan anda sendiri.( 10 )(Jumlah : 20)

    5. Rekaan dan corak merupakan satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalamkurikulum Pendidikan Seni Visual.(a) Berikan maksud corak dan DUA jenis motif yang boleh digunakan untuk membuat corak.(4)(b) Apa yang anda faham tentang corak terancang? Huraian perlu bersertakan dengan contohlukisan EMPAT jenis corak terancang. (6)(c) Fikirkan SATU aktiviti corak tidak terancang yang sesuai untuk pelajar tahap satu.Buatkan SATU rancangan mengajar yang lengkap dengan langkah-langkah untuk mengajar.(10 )(Jumlah : 20)

    BAHAGIAN CARAHAN Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

    1.Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria pandang. Karya seniseperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan disentuh. Apresiasi senisecara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yangdifikir dan dirasa.(a) Jelaskan kepentingan pendekatan apresiasi dan kritikan secara psikologi membantu

    pembentukan jiwa dan peribadi pelajar terhadap seni. Huraikan bagaimana aspek nilai dapatditanam atau dipupuk melalui aktiviti apresiasi. (10)(b) Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni,

    berasaskan proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap. Huraikan EMPAT tahaptersebut berpandukan sebuah karya catan.i. Menggambarkan (description);ii. Menganalisa (analysis);iii. Tafsiran (interpretation);iv. Penilaian (evaluation).( 10 )(Jumlah : 20)

    2.(a) Sebagai guru anda harus menyedari akan kepentingan Rancangan Pengajaran. Jelaskan

  • 7/27/2019 ulangkaji.kertas psv3107

    3/18

  • 7/27/2019 ulangkaji.kertas psv3107

    4/18

    hasil kerja dari aktiviti membentuk dan membuat binaan? [5 markah][Jumlah:-10 markah]

    SOALAN 2Daun mengkuang merupakan bahan asas yang digunakan untuk menghasilkan anyaman tikar.

    Kerja-kerja memproses daun mengkuang dan seterusnya mengayam perlu dilakukanmengikut tertib atau urutan yang betul.a) Terangkan LIMA (5) urutan proses bagaimana daun mengkuang dibuat sehingga siapuntuk dianyam. [5 markah]

    b) Huraikan LIMA (5) urutan menganyam daun mengkuang sehingga terhasilnya tikar. [5markah][Jumlah:-10 markah]

    SOALAN 3 Nyata dan huraikan LIMA (5) kaedah pengajaran yang sering kali digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual? [10 markah]Posted by zul at 5:32 AM 0 comments

    CONTOH SOALAN HBAE 1103(Pengenalan Pendidikan Seni Visual)

    BAHAGIAN AARAHAN: Terdapat SEPULUH (10) soalan dalam Bahagian A. Jawab SEMUA soalan.

    SOALAN 1Plato (427-347 Sebelum Masehi) merupakan tokoh terunggul dan terawal dalam bidang SeniVisual. Nyatakan DUA (2) pandangan Plato tentang Seni Visual. [4 markah]

    SOALAN 2Konsep seni, menurut Sidi Ghazalba, adalah bertunjangkan kepada mardatillah. Seni yang

    bagaimanakah menepati pandangan beliau? [4 markah]

    SOALAN 3Penerokaan merupakan interaksi yang kritis dan kreatif terhadap bahan, sebelum aktiviti senidijalankan. Senaraikan DUA (2) ciri aktiviti penerokaan yang seharusnya dilakukan oleh

    pelajar untuk mendapat hasilan seni yang bermutu. [4 markah]

    SOALAN 4

    Di dalam kerja menggambar secara kolaj dan montaj, terdapat persamaan dan perbezaandaripada aspek penggunaan dan cara mengaplikasi alat dan bahan. Nyatakan DUA (2) perbezaan antara penghasilan kolaj dan penghasilan montaj. [4 markah]

    SOALAN 5Corak pualaman dihasilkan secara tidak terancang. Nyatakan DUA (2) peringkat bagaimanacorak pualaman dihasilkan. [4 markah]

    SOALAN 6Karya Still Life With Musical Instruments oleh Jaques Lipchitz telah dihasilkan pada 1918.(a) Apakah jenis arca yang dimaksudkan?

    (b) Apakah bahan yang digunakan untuk menghasilkan arca ini? [4 markah]

    http://zul9990.blogspot.com/2010/03/soalan-hbae-1103-2007.htmlhttp://zul9990.blogspot.com/2010/03/soalan-hbae-1103-2007.htmlhttp://zul9990.blogspot.com/2010/03/soalan-hbae-1103-2007.html#comment-formhttp://zul9990.blogspot.com/2010/03/soalan-hbae-1103-2007.html#comment-formhttp://zul9990.blogspot.com/2010/03/soalan-hbae-1103-2007.html#comment-formhttp://zul9990.blogspot.com/2010/03/contoh-soalan-hbae-1103pengenalan.htmlhttp://zul9990.blogspot.com/2010/03/contoh-soalan-hbae-1103pengenalan.htmlhttp://zul9990.blogspot.com/2010/03/contoh-soalan-hbae-1103pengenalan.htmlhttp://zul9990.blogspot.com/2010/03/soalan-hbae-1103-2007.html#comment-formhttp://zul9990.blogspot.com/2010/03/soalan-hbae-1103-2007.html
  • 7/27/2019 ulangkaji.kertas psv3107

    5/18

    SOALAN 7Di dalam menghasilkan batik tulis, lilin panas (cair) dikenakan ke atas motif yang dilukis diatas permukaan fabrik, di mana kemudiannya motif ini diwarnakan. Nyatakan DUA (2)

    proses berikutnya. [4 markah]

    SOALAN 8Sebagai seorang guru, rancangan pengajaran adalah persediaan penting untuk meningkatkankeberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Nyatakan DUA (2) tujuan lain rancangan

    pengajaran. [4 markah]

    SOALAN 9Seni ukiran kayu Melayu tradisional adalah budaya yang mempunyai nilai estetika yangkaya. Namakan DUA (2) bangunan yang masih mengekalkan budaya ukiran kayu ini. [4markah]

    SOALAN 10Di dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual, terdapat bahagian Kemuncak.

    Nyatakan DUA (2) kepentingan kemuncak di dalam pengajaran dan pembelajaran SeniVisual. [4 markah]

    [Jumlah: 40 markah)

    BAHAGIAN B

    ARAHAN: Terdapat LIMA (5) soalan dalam Bahagian B. Jawab TIGA (3) soalan sahaja.

    SOALAN 1Seni, menurut Herbert Read, adalah penghasilan rupa dan bentuk yang menimbulkankeceriaan, keseronokan dan kedamaian. Tiga (3) perkara penting yang beliau kemukakantentang seni disenaraikan di bawah. Bagi SETIAP SATU daripada tiga (3) perkara ini,

    berikan TIGA (3) huraian berdasarkan penyataan beliau.(a) Ekspresi diri dan komunikasi. [6 markah](b) Pemerhatian dan pengetahuan konsep melalui aktiviti tampak. [6 markah](c) Apresiasi dan tindak balas individu terhadap hasil kerja orang lain. [8 markah] [Jumlah:20 markah]

    SOALAN 2

    Porfolio seni merupakan himpunan atau koleksi hasil kerja Pendidikan Seni Visual, pengetahuan, intelek dan kebolehan menyelesaikan masalah seseorang murid. Nyata danhuraikan LIMA (5) sebab mengapa portfolio seni merupakan suatu amalan yang sangatrelevan untuk pembelajaran murid. [20 markah]

    SOALAN 3Membentuk dan membuat binaan merupakan bidang ketiga di dalam Sukatan PelajaranPendidikan Seni Visual KBSR. Kemahiran di dalam bidang ini perlu dikuasai dengan baik supaya nilai estetika dan etika dapat diaplikasikan dengan berkesan. Jelaskan LIMA (5)kemahiran asas di dalam mengaplikasi alat, bahan dan teknik di dalam menghasilkan arcastabail kertas. [20 markah]

    SOALAN 4

  • 7/27/2019 ulangkaji.kertas psv3107

    6/18

    Kaedah inkuiri-penemuan merupakan salah satu daripada beberapa diskripsi di dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam Pendidikan Seni Visual.(a) Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah inkuiri penemuan? [5 markah](b) Jelaskan LIMA (5) faedah kaedah inkuiri-penemuan di dalam pengajaran dan

    pembelajaran Pendidikan Seni Visual. [15 markah]

    [Jumlah: 20 markah]

    SOALAN 5Set induksi adalah langkah terawal di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan SeniVisual.(a) Nyatakan LIMA (5) tujuan set induksi di dalam pengajaran dan pembelajaran PendidikanSeni Visual. [10 markah](b) Huraikan EMPAT (4) rasional yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan setinduksi di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. [10 markah] [Jumlah:20 markah]

    Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual dan DBAE

    Oleh Prof. Madya Hj Iberahim Hassan

    Pendidik seni sering menerima perubahan demi perubahan dalam kurikulum. Sebagai pendidikseharusnya juga berupaya untuk menilai atau memeriksa semula bidang-bidang seni tertentu

    supaya sentiasa terkini selari dengan keparluan semasa. Lebih-lebih lagi jikalau kita berupaya menilaisemula pemikiran kita terhadap kemungkinan apa yang akan kita ajar nanti. Pemikiran itu

    bersangkutan dengan kepercayaan apakah fungsi seni dalam pendidikan pelajar dan bagaimana seniitu perlu diajar. Kita juga mempersoalkan terhadap pandangan bahawa perkembangan pelajar yangumumnya mengenai kreativiti itu adalah sebagai matlamat utama pendidikan seni. Kita jugamempersoalkan pandangan bahawa pengajaran pendidikan seni itu tertumpu hanya kepada

    berkerja dengan alat dan bahan sahaja. Kita juga mempersoalkan jikalau peranan guru hanyasebagai penyedia bahan dan sumbar , kurang mengajar. Kita mempercayai bahawa melalui pelajaran

    pendidikan seni banyak yang boleh disediakan untuk perkembangan pelajar. Kita mempersoalkanbahawa pembelajaran artistik itu bukan setakat berkebolehan menggunakan alat dan bahan semata,dan kita membuat rumusan bahawa peranan guru lebih jauh daripada hanya sebagai pembekal alat

    bahan dan sumber dan menyetabil emosi murid-murid sahaja.

    Idea daripada pensyarah universiti yang diterima oleh pelajar-pelajarnya diharapkan akan dibawadan dilaksanakan di sekolah-sekolah kelak. Tetapi sejauhmanakah idea yang telah dikonseptual ituakan dilaksanakan di perinkat sekolah. Berbanding dengan sambutan masyarakat sekolah dan jugamasyarakat setempat terhadap matapelajaran lain yang lebih diutamakan seperti mata-matapelajaran matematik dan sains, matapelajaran pendidikan seni diletakkan sebagai pelajaran yang

  • 7/27/2019 ulangkaji.kertas psv3107

    7/18

    tidak berkepentingan. Atas keadaan inilah memberi tekanan kepada guru untuk merealisasikan

    konseptual pendidikan seni yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi bahan-bahan dan sumber sokonganuntuk melaksanakan pelajaran ini secara yang lebih berkesan memerlukan sumbangan peruntukanyang agak tinggi berbanding dangan mata pelajaran kemanusiaan dan sains yang lain.

    Sejauhmanakah sumbangan pihak swasta atau NGO lain untuk memberi sumbangan membantupihak pelajar dan Sekolah menjayakan perlaksanaan mata pelajaran ini. Di negara kita setakat iniusaha begini belum dicuba secara menyeluruh. Usaha guru untuk mempastikan keistimewaan matapelajaran ini tinggal usaha sahaja jikalau tidak mendapat sokongan sama ada dalam bentuk moral

    atau kewangan daripada pihak berkenaan.

    Saya percaya bahawa dengan perkembangan dunia semasa dan perubahan keperluan dalam

    pembangunan negara bangsa kita sumbangan mata pelajaran pendidikan seni ini adalah relevendengan keparluan itu. Masyarakat seharusnya mempunyai tanggapan bahawa memberi pendidikan

    kepada anak-anak mereka bukan setakat duduk belajar menerima ilmu dan kemahiran matematik,sains dan teknologi sahaja, pendidikan yang harus diterima oleh pelajar adalah bertujuan untukmengembangkan potensi menyeluruh mereka secara optimum bukan sahaja menjurus kepadametapelajaran utama, juga melalui metepelajaran pengimbang yang lain termasuk kesenian. Dalamsistem persekolahan kita, Pendidikan Seni Visual adalah matapelajaran wajib daripada tahun satuhingga ke tingkatan tiga sekolah menengah. Dan merupakan mata pelajaran elektif untuk sekolahmenengah atas. Sukatan pelajara Pendidikan Seni Visual telah disemak semula dan merupakan yangterbaik untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah. Ianya mampu memberi persediaan awal bagi syarat

    masuk ke pusat pengajian tinggi bagi bidang-bidang yang releven seperti, bidang yang memerlukankemahiran melukis dan kreativiti yang tinggi seperti seni binaan, pereka, dan sebagainya. Banyakuniversiti telah menawarkan kursus-kursus yang memerlukan kemahiran dalam bidang seni ini.

    Sebenarnya di dalam dunia pekerjaan sangat banyak bidang-bidang yang memerlukan kemahirandalam seni ini apa lagi jikalau dicantumkan kebolahan pelajar dengan matapelajarn sains danteknologi.

    Untuk meningkatkan kualiti akdemik kepada pembelajaan pendidikan seni visual di Amerikaumpamanya uasha sama di antara pakar-pakar dalam bidang ini dengan bantuan kewangann olehYayasan Gettey telah berjaya mengutarakan sebuah konsep kurikulum yang lebih bercorak

    akademik dikenali secara umumnya sebagai pendidikan seni berasaskan disiplin ( Disciplin based art education -DBAE ).

    Kita juga bersetuju pendidikan seni visual ini merupakan sebahagian kecil daripada mata pelajaranyang memberi peluang kepada pelajar mengksploitasi emosinya sebagai sebahagian daripadasumber kandungan yang menggalakkan keupayaan imaginasi. Pendidikan senilah yang memberipeluang kepada pelajar sebagai tempat pelarian sementara daripada kurikulum yang penuh denganperaturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa , tempat yang didominasi dengan keriuhan kata-

    kata, huruf dan angka-angka. Menerusi pendidikan seni juga pelajar digalakkan menemuai visiperibadinya dan kerja-kerjanya yang merupakan coritan peribadi. Sekolah penuh dengan peraturan-

  • 7/27/2019 ulangkaji.kertas psv3107

    8/18

    peraturan yang ditentukan oleh kurikulumnya, yang merupakan arahan guru, yang lebih merupakan

    hanya satu sahaja jalan penyelsaian bagi sesuatu persoalan, dengan hanya satu jawapan yang betulbagi setiap soalan. Apa yang sangat-sangat diperlukan oleh pelajar ialah ruang, tempat dan yanglebih diperlukan lagi adalah kebenaran daripada pihak yang lebih berkuasa membenarkan mereka

    membuat sesuatu mengikut rentak mereka, membenarkan mereka meghadapi cabaran, mengikuttempoh dan menghadapi erti kegagalan. Apa yang diperlukan oleh pelajar adalah ruang untukhidup ( lebensraum ). Pendidikan seni seharusnya tidak kaku, tidak berunsur mekanikal, lifeless danpembelajaran akademik yang hambar . Jikalau terlalu bercorak akademik pun akan mengakibatkan

    keistimewaan yang boleh ditawarkan oleh mata pelajaran ini akan pudar.

    Eisner dalam rancananya bertajuk Structure and Magic in Dicipline Base Art Education

    dalam Al Hurwitz (1991) ms 17 menyatakan pentingnya pengalaman yang cukup dalam pembinaan

    konsep amalan pendidikan. Untuk mendapat pengalaman bagi mendapatkan pendidikan yangsegnifikan seseorang individu itu perlu berupaya menggunakan kecerdasannya untuk menghadapipermasalahan yang dihadapi dalam kehidupannya. Hal ini boleh berlaku dalam mana-mana matapelajaran pendidikan seni, kerana dalam mata pelajaran ini amat sesuai untuk pelajar berfikir

    dengan lebih bijak tentang seni dan manifestasi terhadap dunia sekitarnnya. Melalui pengalamanyang diterima membekalkan pelajar untuk berfikir tentang seni dan apakah disiplin yang berkaitandengannya. Inilah yang hendak dicapai melalui pendidikan seni berasaskan disiplin (DBAE). Apakah

    yang akan mereka belajar ? Apakah bentuk permasalahan yang akan mereka hadapi apabila mereka

    belajar pendidikan seni? Apakah yang kita lakukan dengan seni ?

    Terdapat empat perkara penting yang dilakukan oleh kita dengan seni. Iaitu, kita menghasilkannya.Kita melihatnya. Kita memahami bahawa seni sentiasa berada di dalam budaya. Kita juga membuatpenilaian tentang kualiti sesebuah bentuk seni itu. Dalam pendidikan seni berasaskan disiplinterdapat empat bahagian yang menjadi struktur kurikulumnya iaitu, menghasilkan produk seni,mengkritik seni, sejarah seni dan estetika. Aktiviti menghasilkan produk seni boleh membantupelajar berfikir secara bijaksana tentang mencipta imej-imej visual, membantu mereka belajarmencipta imej yang mempunyai tenaga eksprasif, coherence, celik akal ( insight ) dan pandai

    mencipta ( ingenuity ).

    Manakala melalui kritikan seni pula akan membantu keupayaan pelajar melihat , bukan sekadar

    memandang sahaja, melalui keupayaan melihat dengan teliti boleh menbina kualiti yang lebihbererti tentang dunia persekitarannya. Persekitaran yang terdapat di dalamnya berselerakan

    dengan hasil kerja-kerja seni yang formal.

    Disiplin sejarah seni pula boleh membantu pelajar tentang hubungan antara karya seni atau hasil-hasil peninggalan seni dengan dimensi masa, ruang, manusia dan seniman serta pemikiran mereka

    seterusnya membolehkan pelajar memahami bentuk-bentuk tamadun merentasai dimensi masadan ruang serta bangsa secara perbandingan. Tiada hasil seni yang berada dalam konteks yangvakium, sebahagian daripada makna yang dipancarkan menerusi karya seni bergantung kepada

    kefahaman dan penerimaan konteks semasa atau setempat.

  • 7/27/2019 ulangkaji.kertas psv3107

    9/18

    Disiplin estetika pula merupakan satu disipin yang baru diperkenalkan dalam kurikulum pendidikan

    seni, berkaitan dengan asas-asas teori untuk menilai kualiti sesuatu yang kita lihat. Manusia adalahmakhluk yang sentiasa gemar membuat penilaian. Kita akan berhujah dan memberi pendapatterhadap sesuatu nilai dan kita bersungguh-sungguh mengamalkannya. Umpamanya di dalam situasi

    yang ada pilihan , kita tidak langsung sahaja membuat keputusan membeli kain ela untuk pakaiankita, kita akan membuat pilihan demi pilihan, penilaian demi penilaian. Kadang-kadang kita akanmenggunakan masa yang lama dan melawat beberapa buah kedai untuk membuat perbandingan,macam-macam kriteria kita gunakan untuk menilai dan membuat pilihan terakhir. Inilah situasimembuat penilaian estetika. Memahami tentang kepelbagaian kriteria estetika boleh diaplikasi kedalam kerja-kerja seni, yang akan merangkaikan hubungan antara makna yang hendak dilahirkanmelalui bahan dan teknik, dikendalikan secara bijaksana dan teratur akhirnya lahirlah sebuah hasil

    seni yang mempesonakan. Itulah yang dikatakan estetika. DBAE bertujuan untuk mengembangkankeupayaan pelajar menangani permasaalah bagi keempat-empat domain yang dikemukakan.

    Hasrat untuk merealisasikan pendekatan ini adalah begantung kepada kebijaksanaan gurumenterjemah, merancang dan melaksananya di bilik darjah. Dengan kefahaman yang jelas dankeupayaan menterjemah matlamat pendekatan DBAE ini akan dapat menyediakan satu rintitanpembelajaran yang mampu membentuk pengalaman pelajar terhadap keistimewaan-keistimewaanyang boleh mereka garap menerusi pembelajaran pendidikan seni ini. Sekiranya guru gagalmenyediakannya , pelajaran pendidikan seni akan menjadi hambar , cetak, malap dan faedah yangditerima oleh pelajar berada ditakuk lama juga akhirnya. Pendidkikan seni memerlukan kurikulum

    yang mantap dan berkualiti dengan guru yang cekap dan berpengetahuan untuk mengendalikanpelajaran ini. Apakah kurikulum pendidikan seni visual kita belum mantap ? Adakah DBAE ini cukupmantap untuk dilaksanakan ? Persoalannya adalah bukan kita perlu menyoal tentang kemantapan

    kurikulum, tetapi selalunya guru-guru hanya mengambil kandungan sukatan pelajaran pendidikanseni visual itu untuk merancang pengajaran dan pembelajaran bagi setiap semester. Saya percaya

    jarang di antara guru yang mengaitkan antara objektif sukatan pelajaran dengan kandungan ketika

    membuat perancangan. Oleh itu perancangan hanya sekadar memfokuskan kepada tajuk dan subtajuk dalam sukatan pelajaran, akhirnya apa yang berlaku di bilik darjah, pelajaran hanyamenumpukan kepada penghasilan produk dan sedikit menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan

    sejarah, estetika dan kritikan seni. Oleh itu adalah dicadangkan supaya guru-guru menggunakansalah satu daripada pendekatan-pendekatan menyediakan rencangan pelajaran pendidikan seni ini

    iaitu menggunakan pendekatan DBAE. Ada juga pendekatan lain seperti pendekatan budaya,etnografi, pendekatan studio (yang sering diamalkan) dan sebagainya. Bolehlah diaplikasi dalam

    penyediaan perancangan dan diaplikasi juga dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini.

    Untuk merancang pelajaran pendidikan seni di sekolah rendah konsep gabung jalin dan penyerapan

    antara disiplin (mata pelajaran) digalakkan. Dengan perancangan yang bijak konseppenggabungjalinan ini akan mampu memalarkan sempadan yang ada di antara mata pelajaran itu,pelajaran boleh berlaku secara fleksibel. Untuk ini keupayaan guru untuk merancang kurikulum

    secara bersepadu memerlukan kefahaman yang lebih menyeluruh antara mata pelajaran, kerjasamaantara guru-guru dan antara panitia setiap mata pelajaran adalah amat dituntut. Kefahaman dan

  • 7/27/2019 ulangkaji.kertas psv3107

    10/18

    kesedaran tinggi tentang matlamat pendidikan itu secara menyeluruh amat dituntut, jauhi sikap

    lebih mementingkan hak atau mengutamakan sempadan antara mata pelajaran dengan matapelajaran yang lain menyebabkan wujudnya pembahagian atau pengasingan antara disiplin, garissempadan yang sebenarnya boleh dimalarkan. Perancangan kurukulum untuk sekolah rendah

    seharusnya menitikberatkan konsep sepadu. Apabila perancangan semester, minggu atau harian itudirancangan secara bersepadu antara disiplin antara mata pelajaran, mungkin melalui isi pelajaran,atau melalui kemahiran-kemahiran yang setara maka pembahagian dan pengasingan pengalamanpembelajaran di kalangan pelajar tidak akan berlaku sebaliknya pembelajaran berlaku secarabersepadu. Penyepaduan antara satu mata pelajaran dengan satu mata pelajaran lain bukanlah tidakmemberi kesan sampingan. Sebaliknya memang ada kesan iaitu kurangnya tumpuan khusus padamata pelajaran berkenaan secara total ketika melalui proses pembelajaran. Untuk mata pelajaran

    pendidikan seni dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi disiplinnya supaya tidak ditelan olehtumpuan kepada mata pelajaran yang disepadukannya itu yang sering dianggap mata pelajaran yanglebih mustahak, dicadangkan bahawa kesepaduan antara mata pelajaran itu hanya dilakukan

    apabila diperlukan dan bersesuaian sahaja, selagi nilai seni itu tidak ditenggelami oleh arus prosespembalajaran pelajaran lain. Maksudnya, kandungan pelajaran dan sub kandungan pelajaran bagisesuatu pembelajaran adalah merupakan struktur kurukulum berasaskan disiplin (DBAE) yang

    dirancang secara terbuka. Isu yang utama di sini adalah bagaimana untuk mencapai matlamatpendidikan berasaskan DBAE.

    Konsep sepadu itu bukan setakat berlaku antara mata pelajaran sahaja. Sebenarnya di dalam mata

    pelajaran itu sendiri boleh berlaku konsep sepadu . Jikalau kita menyediakan perancanganberasaskan struktur DBAE terdapat empat disiplin yang boleh dirancang secara sepadu.Pengsepaduan antara subjek boleh dilakukan. Empat disiplin, dalam pembelajarn pendidikan seni

    iaitu, sejarah seni, penghasilan produk seni, estetika dan kritikan seni boleh dirancang dandigabunjalinkan secara sepadu atau diajar berasingan, atau secara selari atau sepadukan antarakomponen-komponen unit utama atau aktkviti seni yang direka bentuk untuk mewujudkan

    perhubungan antara konsep, kemahiran dan generalisasi antara empat disiplin itu.

    Hubungan antara sejarah seni, kritikan seni dan estetika adalah amat nyata sekali jikalau dikaitkandengan proses dan prosidur menghasilkann produk seni. Seseorang pelajar yang bercadang untuk

    membuat sebuah karya yang berkaitan dengan tema-tema kemanusiaan , seperti peperangan dankezaliman boleh merujuk kepada pelukis Nirmala Shanmughalinghm bertajuk Vietnam 1981 yangmempersoalkan kekejaman peperangan di Vietnam atau Ibrahim Hussein bertajuk My Father and The Astronaut, 1969 yang mempersoalkan pertembungan nilai manusia antara tradisional danmoden . Kedua-dua pelukis ini membawa makna kemanusiaan, masing-masing menggunakan mediadan teknik pengutaraan yang berbeza. Melalui sejarah pelajar dapat mepelajari pengalaman

    seniman menghasilkan karya, apakah tema yang dipilih, sejauh manakah pekanya seniman terhadapnilai-nilai persekitaran sama ada tempatan atau peringkat antara bangsa. Begitu juga pelajar dapatmembandingkan teknologi media yang dipilih dalam menghasilkan sesebuah karya. Mengenai nilai

    estetika pula pelajar boleh membandingkan cara persembahan seniman tersebut, lihat bagaimanaIbrahim Hussein menggunakan kepakarannya menghasilkan imej yang realistik menerusi kombinasi

  • 7/27/2019 ulangkaji.kertas psv3107

    11/18

    cat minyak dan cetakan, kombinasi yang begitu harmoni. Manakala Nirmala pula menggunakan

    teknik campuran cetakan dan catan akrilik di atas kanvas, transformasi imej-imej foto yangmenggambarkan penderitaan rakyat Vietman kesan peperangan, dengan paparan hitam putih

    sesuai dengan mod yang dipaparkan.

    Bukan setakat membanding karya sahaja, atau setakat melihat gambar catan daripada seniman-seniman yang dipilih, malah pelajar boleh membuat kajian di perpustakaan , atau membaca melalauibeberapa artikal , keratan surat khabar hasil kritikan oleh pengkritik-pengkritik terhadap seuatu

    karya seni. Melalui majalah Budaya umpamanya banyak tulisan-tulisan yang menyentuh karyaseniman tanah air. Untuk membuat perbandingan antara seniman antara bangsa , melalui teknologiICT guru atau pelajar boleh melayari internet memasuki halaman Museum of Art umpamanya akan

    dapat segala bentuk seni atau seumpamanya untuk dijadikan sumber pembelajaran . Dengan caraini juga kita tidak terikat dengan buku teks pendidikan seni yang memang pun tiada dalam system

    persekolah kita.

    Pendek kata terpulanglah kepad guru untuk merancang kerana dalam kontaks pendidikan di negarakita, walaupun sukatan pelajaran dan kandungan bagi satu-satu tahap telah ditetapkan oleh pihakPusat Perkmbangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi untuk merancang pelajaran

    berdasarkan semester atau penggal, mingguan dan harian itu masih terletak ditangan guru. Antaraguru dan muridlah yang meletakkan sempadan sesuatu bidang ilmu bagi sesuatu mata pelajaran itu.Jikalau guru hanya terikat kepada kandungan yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran maka setakat

    itu sahajalah ilmu dan kemahiran yang dapat dialami oleh pelajarnya. Pada dasarnya gurulah yangmenentukan hala tuju pembelajaran. Guru yang menentukan isi kandungan, guru yang menentukankaedah pembelajaran, guru juga yang mentukan apa, bagaimana dan sejauhmana serta bila sesuatu

    pelajaran itu berlaku. Sama ada guru mengawal keseluruhannya atau tidak mengawal apa-apa pun,ini boleh berlaku. Sama ada guru membuat perancangan berdasarkan kreativiti dan inovasinya tidakhanya setakat mengikut apa yang tercatat dalam kurikulum sedia ada atau mengikut sahaja apakah

    kandungan yang tercatat dalam kurikulum yang ditetapkan oleh kementerian sekadar untukmenghabiskan tajuk-tajuk dan aktiviti untuk sepanjang tahun persekolahan.

    Yang jelas iaiah kurikulum bukanlah berupaya menyatakan keseluruhannya akan apa yang patut

    dilakukan oleh guru. Kurukulum hanya boleh menyediakan ruang untuk guru membuat justifikasi,dan interpritasi setidak-tidaknya dalam dua lokasi . Pertamanya guru boleh merancang semulakandungan sukatan pelajaran berdasarkan tahap-tahap yang telah ditetapkan denganmenggunakan mana-mana pendekatan yang sesuai dengan matlamat dan objektif sukatan pelajaranpendidikan seni visual itu. Pendekatan itu mungkin salah satunya ialah DBAE. Keduanya sukatanpelajaran pendidikan seni terlalu luas ruang lingkup bidang dan isi kandungnya untuk dilaksanakanbagi lima tahun di sekolah menengah dan enam tahun di sekolah rendah. Untuk satu-satu tahun sesipersekolahan guru boleh memilih beberapa tajuk sahaja, bukan membuat kesemua isi kandung

    yang tercatat dalam sukatan pelajaran. Apa yang perlu dilalukan adalah pastikan objektif pelajaran d

  • 7/27/2019 ulangkaji.kertas psv3107

    12/18

    ilaksana melalui isi kandung atau kegitan yang dipilih sesuai pula dengan keupayaan dan kemahiran

    kumpulan sasar iaitu pelajar.

    Oleh kerana ruang lingkup pelajaran pendidikan seni ini luas dan jangkamasa pula panjang makadalam membuat perancangan pelajaran pendidikan seni ini penegasan kepada urutan (sequence) amat penting. Eisner(1991) berpendapat urutan dalam kurikulum amat penting alasannya adalahpertamanya semua aktiviti untuk mana-mana program pun memerlukan masa yang lebih. Masa ,aktiviti dan tahap kesukaran bagi sesuatu kamahiran itu itu perlu diuruskan secara berurutan.

    Pelajaran perlu dimulakan daripada yang mudah kepada yang lebih sukar secara berperingkat-peringkat. Dalam kotaks psikologi perlu ada urutan dalam sesuatu organisasi aktiviti supaya adacabaran, perkembangan, membangunkan idea-idea, dan kemahiran yang perlu dikuasi oleh pelajar

    sehingga ke tahap optimumnya. Program pendidikan tanpa menitikberatkan nilai-nilai urutanadalah pendidikan yang statik (Eisner, 1991) Sebagai contoh, kita mulakan pelajaran kita dengan

    meminta pelajar menggunakan berbagai alat dan bahan sedangkan pelajar tidak berupaya membuatperkaitan antara bahan-bahan tersebut kerana mereka belum diberi pendedahan awal. Mereka

    juga diminta menghasilkan sesuatu menggunakan bahan-bahan tersebut. Sudah tentu pelajarberada di dalam kebingungan, atau pelajar akan membuat sesuatu tanpa tujuan, pelajar hanyamembuat sesuatu secara cuba jaya sahaja. Ini membuang masa dan berlaku pembaziran.

    Pentingnya perancangan dan pembelajaran secara urutan ini akan membantu pelajar membuatinternalize kandungan pengalamannya. Interanalisasi ini akan lebih berkesan jikalau perancanganpelajaran memberi peluang kepada pelajar berlatih mengembangkan kemahiran dan ideanya.Sebagai contoh, jikalau pelajar diminta menghurai secara metapora tentang kualiti eksprasif suatu

    kerja-kerja seni umpamanya tentang menara kembar Kuala Lumpur, lanjutan daripada aktiviti itupelajar diminta memindahkan idea dan kualiti eksprasif itu kepada kerja-kerja catan, arca, grafik,seramik dan sebagainya. Dalam hal ini kita sering mengutamakan kepelbagaian dalam kurikulum

    tetapi mengenepikan hal-hal yang berkaitan dengan urutan. Lebih baik kita hadkan jumlah aktivitiatau projek yang perlu disempurnakan tetapi kita utamakan urutan itu kerana yang penting adalahproses internalize itu.

    Alasan lain mengapa urutan atau kesinambungan itu penting dalam perancangan pengajaran dan

    pembelajaran pendidikan seni berasaskan disiplin ini (DBAE) adalah berkaitan dengan membinakualiti automaticity iaitu berkaitan dengan pembinaan diri menjadikan sesuatu itu berlaku secarasepontan tanpa kawalan atau arahan fikiran sedar. Tindakan berlaku secara automatic. Kita bolehmemandu secara automaticit y sambil memandu kita boleh mendengar radio, berbual dengan rakan,atau berkhayal sesuatu kemungkinan. Ada orang boleh bermain alat muzik sambil menyanyi dan

    menari juga. Ianya berlaku secara automaticity. Bagaimana ini boleh berlaku ? Semuanya berlakubermula dengan internalisasi, kemahiran dan latihan berlaku secara berurutan danberkesinambungan. Dalam pendidikan seni kualiti ini berlaku apabila pelajar berupaya memberireaksi secara automaticity apabila berhadapan dengan pengalaman estetika. Samalah dengankeupayaan kita dalam berbahasa dengan mudah sahaja kita boleh mengucapkan kata-kata berpuisi

    apabila hati kita tersentuh dengan keindahan yang menakjubkan. Apabila pelajar sudahberkemahiran dengan pengalaman estetika dan segala-galanya dalam kawalannya secara

  • 7/27/2019 ulangkaji.kertas psv3107

    13/18

    automatic ia akan memberi tindak balas. Pelajar ini bersedia untuk mengutarakan konsep berkaitan

    untuk berbahas, membuat perbandingan dalam seauatu perbincangan. Automatiksiti adalahanugrah

    kebebasan khusus untuk pembentukan keupayaan imaginsi. Ia berkembang dalam repetorie kognitif

    bergantung kepada sejauh mana program yang dirancang secara berurutan danberkesinambungan. Tanpa berurutan, idea-idea dan kemahiran sukar menjadi lebih kompleks danberkualiti. Tanpa urutan pelajar sukar untuk membina internalize. Kurikulum pendidikan seni yangberdasarkan struktur DBAE pada pandangan Eisner memberi peluang kepada pelajar membina

    kemahiran-kemahiran yang dinyatakan di atas.

    Eisner (1991) juga berpendapat bahawa terdapat berbagai unsur yang terlibat dalam strukturkurikulum DBAE . Program tersebut mengutamakan keupayaan dan peluang pelajar mengenali

    budaya mereka. Ini memerlukan keterlibatan berbagai pihak dalam masyarakat, menggalakkanketerlibatan institusi budaya tempatan, yayasan kesenian, dan agensi kerajaan bersama-samaberganding tangan dan minda dalam membekalkan sumber-sumber yang membantu guru untukmenyediakan suatau program yang berkesan. Bahan dan sumber kurikulum pendidikan seni yang

    baik adalah yang boleh dipandu dan bebas . Ia perlu dipandu kerana ianya merupakan model dankandungan , aktiviti dan matlamat yang dicadang yang mungkin tidak disedari oleh guru. Ianyabebas kerana bahan dan sumber yang baik bukan setakat boleh membantu pelajar , ianya juga

    boleh membantu dan mengajar guru, ianya juga mudah digunakan sesuai dengan keperluan dan

    situasi pembelajaran.

    Satu lagi keistimewaan menggunakan DBAE dalam perancangan kurikulum ialah menerusinyapelajar boleh mendapat munafaat apakah sebenarnya keistimewaan mata pelajar pendidikan seniini. Selain daripada mendapat pendedahan mengenai empat disiplin iaitu sejarah seni , kritikan seni,estetika dan menghasilkan produk seni pelajatr-pelajar juga akan menimba pengalaman keranamata pelajaran ini memberi dua bentuk sumbangan untuk pembangunan dan pengalaman manusia.Pertamanya melalui imej dan peristiwa yang dijalin melalui bentuk estetika dan melalui curahanperasaan adalah merupakan perantara melaluinya potensi keupayaan minda manusiaditerjemahkan kedalam bentuk visual. Kapisiti intlektual kita akan menjadi keupayaan intlektual

    selagi kita memberi peluang setiap kepisiti itu berfungsi. Jenis pemikiran ini memerlukanpemerhatian bagi menentukan mana yang sesuai dan kompleks, mempelajari bagaimanakah untukmeneliti sesuatu bentuk, agar struktur yang eksprasif berupaya merangkap emosi dan imaginasi bagidisesuaikan dan memajukan keistimewaan seni yang ambiguity, dan boleh memberi sumbangankepada perkembangan kemahiran kognitif yang begitu kompleks. Keistimewaan seni boleh

    menjangkau daripada perseps i yang halus dan kompleks kepada mehasilkan karya seni yang di luar jangkauan minda.

    Sumbangan yang kedua yang boleh diberi oleh mata pelajarn pendidikan seni ini adalah berkaitan

    dengan makna yang tersurat dan tersirat pada sesuatu bentuk seni. Pendidikan adalah satu wadah

  • 7/27/2019 ulangkaji.kertas psv3107

    14/18

    yang matlamat umumnya adalah untuk membolehkan manusia mengembangkan literasi. Melelui

    keupayaan literasi manusia boleh menyata atau mentafsiri sesuatu makna yang berbagai-bagaibentuk yang terdapat di persekitarannya. Dalan kehidupan kita , perkataan , angka, pergerakan, imejdan pola-pola bunyi adalah bentuk-bentuk dimana sesuatu makna itu boleh disampaikan. Untuk

    mambaca makna pada sesuatu bentuk itu memerlukan kefahaman tentang peraturan, konteks, danstruktur sintetiknya. Setiap bentuk itu ada pula had-had keupayaannya dan keistimewaannya yangtidak terdapat pada bentuk-bentuk lain. Setengah makna lebih berkesan jikalau dipaparkanmenerusi imej-imej visual, manakala yang lain sesuai melalui kata-kata, muzik atau pergerakan.Literasi artistik adalah alat yang kita gunakan bagi memahami makna sesuatu kerja seniman. Hasilseni itu penuh dengan kehebatannya. Mereka mencambahkan perasaan sensitif supaya kehalusanitu ditimbulkan dan yang terselindung juga dikira. Dalam perkataan, seni boleh membantu kita

    untuk menjelaskan apa yang tidak boleh diterangkan dengan perkataan. Perlu dijelaskan kepadapelajar bentuk-bentuk seni juga adalah merupakan sumber pendidikan. Inilah dua sumbangan seni

    dalam membantu pembangunan dan pengalaman manusia.

    Sebahgai penutupnya, tanpa struktur dalam kurikulum kita, kita tidak akan dapat membina

    automaticity , tanpa automatiocity pula kita tidak akan dapat membina internalisasi. Tanpainternalisasi pula kita tidak akan dapat menikmati sesuatu keistimewaaan yang boleh diberikan olehpelajaran pendidikan seni. Yang kita bimbangkan adalah perancangan dan perlaksanaan pengajarandan pembelajaran pendidikan seni yang tidak berstruktur. Perancangan yang menjemukan yangtidak mempunyai roh atau berilmu pengetahuan yang boleh mencabar minda dan imaginasi pelajar.

    Banyak pendekatan yang boleh diaplikasi dalam perancangan dan pengajaran mata pelajaran inisalah satu yang dikenalpasti berkesan untuk membina konsep sepadu dan juga mempunyai ciri-cirikonstruktif adalah menggunakan pendekatan pendidikan seni berasaskan disiplin (DBAE) yang jelas

    mempunyai struktur yang kukuh dan sesuai dengan matlamat pendidikan seni itu juga selari denganmatlamat pendidikan kebangsaan. Ciri-ciri yang diperlukan oleh pelajaran pendidikan seni semuanya

    jelas berstruktur mencakupi keistimewaan mata pelajaran itu. Tanpa keupayaan merealisasi

    keistimewaan seni dalam kurikulum bermakna pelajaran itu bukanlah pelajaran seni. Manakala

    perancangan pelajaran yang tidak berstruktur tidak ada jalan keluar untuk mencapai matlamat.

    APAKAH MAKNANYA DBAE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PSV KBSM

    MATLAMAT PENDIDIKANSENI VISUAL

    Membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif,kritis, kreatif, inovatif dan inventif.

    Berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alampersekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri, masyarakat dannegara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL (DICIPLINEBASED OFART EDUCATION)

  • 7/27/2019 ulangkaji.kertas psv3107

    15/18

    Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan Memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi,disiplin, serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat

    diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf fan produk seni

    visual yang berkualiti

    Membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain. Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di

    Malaysia dan antarabangsa Menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitarannya dan kaitan dengan keselesaan hidup Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa

    Pendekatan DBAE ( Discipline-based Art Education)

    Dalam pendidikan seni berasaskan disiplin ini terdapat empat bahagian yang menjadi struktur

    kurikulumnya iaitu,

    menghasilkan produk seni,

    mengkritik seni,

    sejarah seni dan

    estetika.

    Aktiviti menghasilkan produk seni boleh membantu pelajar berfikir secara bijaksana tentang

    mencipta imej-imej visual, membantu mereka belajar mencipta imejyang mempunyai tenaga

    eksprasif, coherence, celik akal (insight ) dan pandai mencipta(ingenuity).

    Manakala melalui kritikan seni pula akan membantu keupayaan pelajar melihat, bukan sekadar

    memandang sahaja, melalui keupayaan melihat dengan teliti boleh menbina kualiti yang lebih

    bererti tentang dunia persekitarannya yang berselerakan dengan hasil kerja-kerja seni yang formal.

    Disiplin sejarah seni pula boleh membantu pelajar tentang hubungan antara karya seni atau hasil-

    hasil peninggalan seni dengan dimensi masa, ruang, manusia dan seniman serta pemikiran mereka

    seterusnya membolehkan pelajar memahami bentuk-bentuk tamadun merentasai dimensi masa

    dan ruang serta bangsa secara perbandingan. Tiada hasil seni yang berada dalam konteks

  • 7/27/2019 ulangkaji.kertas psv3107

    16/18

    vakum,sebahagian daripada makna yang dipancarkan menerusi karya seni bergantung kepada

    kefahaman dan penerimaan dalam konteks semasa atau setempat.

    Disiplin estetika pula merupakan satu displin yang baru diperkenalkan dalam kurikulumpendidikan

    seni, berkaitan dengan asas-asas teori untuk menilai kualiti sesuatu yang kita lihat. Manusia adalah

    makhluk yang sentiasa gemar membuat penilaian. Kita akan berhujah dan memberi pendapat

    terhadap sesuatu nilai dan kita bersungguh-sungguh mengamalkannya. Umpamanya di dalam situasi

    yang ada pilihan, kita tidak langsung terus membuat keputusan membeli kain ela untuk pakaian kita,

    kita akan membuat pilihan demi pilihan, penilaian demi penilaian.

    Kadang-kadang kita akan menggunakan masa yang lama dan melawat beberapa buah kedai untuk

    membuat perbandingan,macam-macam kriteria kita gunakan untuk menilai dan membuat pilihan

    terakhir. Inilah situasi membuat penilaian estetika. Memahami tentang kepelbagaian kriteria

    estetika boleh di aplikasi ke dalam kerja-kerja seni, yang akan merangkaikan hubungan antara

    makna yang hendak dilahirkan melalui bahan dan teknik, dikendalikan secara bijaksana dann teratur

    akhirnya lahirlah sebuah hasil seni yang mempesonakan. Itulah yangdikatakan estetika. DBAE

    bertujuan untuk mengembangkan keupayaan pelajar menangani masalah bagi keempat-empatdisiplin yang dikemukakan

    KREATIVITI

    Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti? Dapatkah orang mengembangkan

    kreativiti? Banyak kajian telah dilakukan mengenai konsep ini dan banyak juga jawapan yang

    diperolehi, bergantung kepada latar belakang profesonal penelitinya. Setiap jawapan yang

    diberi berbeza berdasar aspek-aspek tertentu.

    Norwegia Gunvor Rand merangkumkan konsep kreativiti iti sebagai;

    Kreativiti adalah proses di mana seorang individu, sebagai hasil dari kemampuan dan

    kesempatan peribadinya serta dalam interaksinya dengan lingkungannya akan mencari

    produk baru atau original yang memadai untuk situasi yang bersangkutan....Produk ini dapat

    bersifat konkrit ataupun abstrak(Rand 1981:6)

  • 7/27/2019 ulangkaji.kertas psv3107

    17/18

    Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses. Ada dua jenis utama

    kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitik . Kreativiti intuitif adalah jenis

    kreativiti yang terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitik pula adalah

    apa yang kita gunakan, yang apabila kita merancang untuk tujuan yang telah ditetapkan.

    Proses kreatif biasanya akan menggabungkan kreativiti intuitif dan analitik.

    Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud

    membuat, manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi.

    Kamus Dewan(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan

    mencipta daya kreatif dan kekreatifan.

    Kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan danmengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan

    kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang

    mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya.

    Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik

    dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Karya-karya penyelidikannya

    dalam mendalami bdang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah

    diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.

    Terdapat beberapa pendapat daripada tokoh Seni Visual tentang kreativiti. Antaranya

    adalah;

    Terdapat 3 fasa dalam kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagimenghasilkan karya seni, iaitu:1. Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)Di dalam menjana idea , pengkarya menetapkan objektif, haluan dantujuan penghasilan karya. Di dalam konteks pendidikan seni visual, gurudimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tujupenghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. Sekiranyadiabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya.2. Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement)Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkankajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan olehpengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau

    dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Dalam penghasilankarya di peringkat kanak-kanak, proses ini dianggap signifikan kerana proses

  • 7/27/2019 ulangkaji.kertas psv3107

    18/18

    pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagimendapatkan hasil terbaik.3. Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepadapemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus

    menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu.Jelasnya, pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masayang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perludilakukan sebelum menghasilkan. Oleh yang demikian, guru perlumembimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknikpenggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasidan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dannilai tersendiri.