ujian bulanan 3

Upload: norhanim-bt-basiran

Post on 29-May-2018

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 UJIAN BULANAN 3

    1/6

    UJIAN BULANAN 3 (OGOS 2010)

    GEOGRAFI TINGKATAN 2

    SMK KG JAWA, KLANG, SELANGOR

    Nama: ______________________________________________ Tingkatan: ____________

    Bahagian A: Objektif (30 markah)

    Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan-soalan berikut:

    1. Simbol-simbol yang manakah mewakili ciri

    fizikal?

    A.

    B

    C.

    D.

    2. Lokasi menarik yang lazim menjadi tumpuan

    pelancong ialah:

    I. Tanah terbiarII. Ladang getah

    III. Pusat beli-belah

    IV. Tempat bersejarah

    A. I dan II C. II dan III

    B. I dan IV D. III dan IV

    3. Apakah simbol yang sering digunakan dalam

    sesebuah peta pelancongan?

    I. Simbol huruf

    II. Simbol angkaIII. Simbol bunyi

    IV. Simbol isyarat

    A. I dan II C. II dan III

    B. I dan IV D. III dan IV

    4. Kombinasi manakah yang benar?

    I Pantai Lido Ciri fizikal

    II Taman Negara Ciri budaya

    III KLIA Ciri fizikal

    IV Muzium arkeologi Ciri budaya

    A. I dan II C. II dan III

    5. Siapakah pengguna utama peta bergambar?

    A. Polis C. Jurukur

    B. Tentera D. Pelancong

    Soalan 6 hingga 9 berdasarkan Peta 1

    Peta 1

    6. Apakah ciri fizikal yang terdapat di bahagianselatan Gunung Kajang?

    I. Puncak Kembar

    II. Air Terjun Asah

    III. Batu Mambang

    IV. Pantai

    A. I dan II C. II dan III

    B. I dan IV D. III dan IV

  • 8/9/2019 UJIAN BULANAN 3

    2/6

    7. Antara berikut, yang manakah merupakan ciri

    fizikal?

    A. Jeti C. Kg. Asah

    B. Denai D. Pantai

    8. Pelancong yang ingin mengunjungi Pulau

    Tioman boleh menaiki

    I. Teksi

    II. Bas

    III. Feri

    IV. Kapal terbang

    A. I dan II C. II dan III

    B. I dan IV D. III dan IV

    9. Pulau manakah terletak di barat laut Pusat

    Taman Laut?

    A. Pulau Labas C. Pulau Jahar

    B. Pulau Tomok D. Pualu Renggis

    10. Kawasan penduduk paling padat ialah

    A. Shah Alam C. Larkin

    B. Lutong D. Tawau

    11. Apakah faktor yang mempengaruhi taburan

    penduduk Malaysia yang tidak sekata?I. Bentuk muka bumi

    II. Sumber mineral

    III. Taburan hutan

    IV. Iklim

    A. I dan II C. II dan III

    B. I dan IV D. III dan IV

    12. Kawasan yang berpenduduk padat akibat

    perkembangan sektor perlombongan dalam

    Peta 2 terletak di kawasan bertanda

    13. Apakah faktor yang mempengaruhi tumpuan

    penduduk di kawasan berikut?

    Tanah Tinggi Genting

    Tanah Tinggi Cameron

    A. Pertanian C. Perindustrian

    B. Pembalakan D. Pelancongan

    14. Apakah ciri fizikal yang mempengaruhi pilihan

    utama penduduk untuk dijadikan kawasan

    petempatan?

    A. Dataran beralun C. Tanah rata

    yang subur berpasir

    B. Tanah rendah D. Tanah rata

    yang kasap gambut

    15. Apakah yang dimaksudkan dengan perubahanpenduduk?

    A. Pertambahan atau C. Taburan penduduk

    pengurangan jumlah mengikut

    penduduk sesuatu kepadatan

    kawasan sesuatu kawasan

    B. Kadar kelahiran D. Kadar kemasukan

    dan kadar kematian imigran-imigran

    penduduk sesuatu dari seluruh

    kawasan dunia

    16. Berdasarkan maklumat berikut, jumlah pendudu

    Malaysia telah bertambah sebanyak

    1970 10.8 juta orang

    2006 26 juta orang

    A. 15.2 juta orang C. 17.9 juta orang

    B. 16.4 juta orang D. 18.3 juta orang

    17. Apakah ciri-ciri negara yang mempunyaipertumbuhan penduduk negatif?

    A. Kadar kematian C. Kadar imigrasi

    lebih rendah melebihi pendudu

    daripada kadar tempatan

    kelahiran

    B. Kadar kematian D. Kadar emigrasi

    lebih tinggi penduduk

    daripada kadar bertambah

    kelahiran

  • 8/9/2019 UJIAN BULANAN 3

    3/6

    18. Kawasan yang manakah mempunyai kadar

    pertambahan penduduk semula jadi yang

    tinggi?

    19. Apakah faktor utama yang mempengaruhi

    kadar kematian yang tinggi?

    A. Wanita berkahwin C. Kos perubatan

    lambat meningkat

    B. Kekurangan D. Pemakanankemudahan perubatan zaman moden

    20. Kumpulan imigran yang manakah mencatat

    jumlah yang besar di Malaysia?

    I. Nepal

    II. Indonesia

    III. Bangladesh

    IV. Myanmar

    A. I dan II C. II dan III

    B. I dan IV D. III dan IV

    21. En. Sabri telah ditukarkan ke ibu pejabat

    Jabatan Pelajaran Sabah setelah berkhidmat

    selama lima tahun di Jabatan Pelajaran

    Selangor. Perpindahan En. Sabri dipengaruhi

    oleh faktor

    A. pekerjaan C. menyambung

    pelajaran

    B. peluang berniaga D. kemudahan

    pembandaran

    22. Apakah kesannya apabila kesemua kempen

    berikut dilaksanakan di Malaysia?

    Kempen larangan merokok

    Kempen kurangkan gula

    Kempen gaya hidup sihat

    Kempen makan ulam

    A. Kadar kematian C. Kadar kematian

    menurun meningkat

    B. Kadar kelahiran D. Kadar kelahiran

    23. Penduduk tempatan yang melakukan migrasi ke

    luar negara disebut

    A. imigran

    B. emigran

    C. emigrasi

    D. transmigrasi

    24. Apakah jenis migrasi yang terdapat di Malaysia?

    A. Migrasi luaran dan dalaman

    B. Migrasi dalaman dan antarabangsa

    C. Migrasi antara negara-negara serantau

    D. Migrasi pedalaman dan antara bandar

    25. Apakah faktor yang mempengaruhi migrasi

    penduduk ke kawasan FELDA?

    I. Peluang pekerjaan

    II. Pendidikan percumaIII. Tempat kerja yang selesa

    IV. Peluang memiliki tanah sendiri

    A. I dan II C. II dan III

    B. I dan IV D. III dan IV

    26. Pilih pasangan yang BETUL.

    Jenis migrasi Contoh

    A Bandar ke bandar Shah Alam ke

    Palong 1

    B Bandar ke luar bandar Bandar Penawar ke Kuala Lumpur

    C Luar bandar ke luar

    bandar

    Jelebu ke Taib

    Andak

    D Luar bandar ke bandar Kota Kinabalu ke

    Kuala Lumpur

    27. Migrasi antarabangsa melibatkan penghijrahan

    penduduk yang merentasi

    A. sempadan mukim C. sempadan negeri

    B. sempadan daerah D. sempadan negara

    28. Mengapakah migrasi dari luar bandar ke bandar

    berlaku?

    I. Makan angin

    II. Mengikut keluarga

    III. Melanjutkan pelajaran

    IV. Kemudahan kesihatan lebih baik

    A. I dan II C. II dan III

    B. I dan IV D. III dan IV

    Nama

    tempat

    Kadar

    kelahiran

    kasar

    Kadar

    kematian

    kasar

    A I 25.4 3.2

    B II 24.8 6.4

    C III 23.2 5.0

    D IV 24.7 4.5

  • 8/9/2019 UJIAN BULANAN 3

    4/6

    29. Peta 3 menunjukkan kawasan yang berkaitan

    dengan pernyataan berikut:

    Kadar upah tinggi

    Peluang pekerjaan

    Pembangunan pesat

    Kemudahan infrastruktur yang baik

    Kawasan tersebut terletak di lokasi bertanda

    Peta 3

    30. Apakah jenis migrasi yang dapat dikaitkan

    dengan pernyataan berikut?

    Migrasi Y mungkin sekali

    A. Migrasi antarabangsa

    B. Migrasi bandar ke luar bandar

    C. Migrasi luar bandar ke bandarD. Migrasi antara daerah di Malaysia

    Migrasi Y

    Ismail bekerja sebagai

    Pengarah Majlis

    Perbandaran Shah Alam.

    Setelah bersara, beliau

    kembali ke kampungnya diBukit Rambai, Melaka

  • 8/9/2019 UJIAN BULANAN 3

    5/6

    Bahagian B (10 markah)

    Nyatakan sama ada taburan penduduk di kawasan-kawasan berikut adalah jarang, sederhana atau padat.

    Bil Kawasan Taburan penduduk

    1. Dataran yang luas dan subur

    2. Delta aluvium

    3. Cerun bukit yang berteres

    4. Lembah sungai yang rata5. Tanah tinggi yang berhutan tebal

    6. Kawasan perindustrian

    7. Kawasan pertanian giat

    8. Kawasan paya

    9. Kawasan pedalaman di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia

    10. Kawasan berinfrastruktur yang baik

    Bahagian C (10 markah)

    Isi tempat kosong yang berikut dengan jawapan yang disediakan

    Tanah Tinggi Cameron 50 orang Lembah Klang

    Tasik Chini, Pahang perindustrian luar bandar ke luar bandar

    200 orang perlombongan bentuk muka bumi

    luar bandar ke bandar

    1. Faktor fizikal seperti _______________________________ yang rata mempengaruhi perletakan

    bandar dan kawasan perindustrian.

    2. Rancangan kemajuan tanah di Malaysia telah menyebabkan migrasi penduduk dari

    _________________________________________________.

    3. Bandar raya utama di Malaysia mengalami pertambahan penduduk yang tinggi disebabkan

    perpindahan penduduk dari _______________________________________________.4. Kawasan yang padat penduduk mempunyai kepadatan yang melebihi __________________

    sekilometer persegi.

    5. Kawasan jarang penduduk mempunyai kepadatan yang kurang dari daripada ________________

    sekilometer persegi.

    6. Kawasan yang mempunyai penduduk yang paling padat di Malaysia ialah

    _____________________________________.

    7. Kawasan yang mempunyai penduduk yang jarang terdapat di kawasan

    _____________________________________.

    8. Antara kawasan tanah tinggi yang menjadi tumpuan penduduk ialah

    _____________________________________.

    9. Kegiatan ekonomi yang menyebabkan Georgetown berpenduduk padat ialah_____________________________________.

    10.Kuala Lumpur menjadi tumpuan awal penduduk disebabkan oleh kegiatan

    _____________________________________.

    -------------------------- KERTAS UJIAN TAMAT --------------------------

    Disediakan oleh

    ...Pn. Norhanim Basiran

    (Guru MP Geografi)

    Disemak oleh

    Pn. Mahani bt Ismail

    (Ketua Panitia Geografi)

    Disahkan oleh

    ...Pn. Rahimah bt Jalil

    (Ketua Bidang Kemanusiaan)

  • 8/9/2019 UJIAN BULANAN 3

    6/6

    Skema Jawapan Geografi Tingkatan 2 UB 3

    Bahagian A (30 markah)

    1. B 6. B 11. A 16. A 21. A 26. C

    2. D 7. D 12. C 17. B 22. A 27. D

    3. A 8. D 13. D 18. A 23. B 28. C

    4. B 9. A 14. A 19. B 24. C 29. A

    5. D 10. A 15. A 20. C 25. B 30. B

    Bahagian B (10 markah)

    Bil Taburan penduduk

    1. Padat

    2. Padat

    3. Sederhana

    4. Padat

    5. Jarang

    6. Sederhana

    7. Sederhana8. Jarang

    9. Jarang

    10. Padat

    Bahagian C (10 markah)

    1. bentuk muka bumi2. luar bandar ke luar bandar

    3. luar bandar ke bandar

    4. 200 orang5. 50 orang

    6. Lembah Klang7. Tasik Chini, Pahang8. Tanah Tinggi Cameron

    9. perindustrian

    10. perlombongan

    6