ujian bulan jan

9
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST JOHN KUALA LUMPUR UJIAN BULAN JANUARI 2008 ___________________________________________________ _________ PRINSIP AKAUN 1 JAM Jawab semua soalan pada kertas jawapan yang disediakan.

Upload: vensuci

Post on 12-Jan-2016

240 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

MATHAS

TRANSCRIPT

Page 1: Ujian Bulan Jan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST JOHNKUALA LUMPUR

UJIAN BULAN JANUARI

2008

____________________________________________________________

PRINSIP AKAUN

1 JAM

Jawab semua soalan pada kertas jawapan yang disediakan.

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

Page 2: Ujian Bulan Jan

PRINSIP PERAKAUNAN -UJIAN BULAN JANUARI

BAHAGIAN A – SOALAN OBJEKTIF

Jawab semua soalan di bahagian ini dengan mengisi jawapan di ruang yang di sediakan

dengan memilih pilihan jawapan A, B, C atau D.

1. 2 “ Satu proses mengelas, merekod, mentafsir, melapor dan menganalisis maklumat kewangan supaya pihak peniaga dapat membuat keputusan , perbandingan dan perancangan.” Pernyataan di atas menerangkan A Simpan kira B Perakaunan C Penyata kewangan D Pengeposan ke lejer

2. Apakah yang dimaksudkan sebagai konsep badan berterusan?A Mencatatkan aset berdasarkan harga kosB Mencatatkan item yang boleh dinilai dengan wangC Dalam hayat perniagaan yang berterusan, membahagikan tempoh perakaunan

untuk menentukan prestasi perniagaanD Perniagaan akan beroperasi selama-lamanya

3. Modal yang dilaburkan ke dalam perniagaan oleh pemilik merupakan satu liabiliti kepada perniagaan. Pernyataan di atas menerangkan konsep ________________ .A wang sebagai ukuran B materialitiC entiti berasingan D ketekalan

4. Apakah yang dimaksudkan sebagai prinsip catatan bergu?A Akaun-akaun dicatatkan dalam dua buah bukuB Akaun hasil didebitkan dan akaun belanja dikreditkan C Satu akaun didebitkan dan satu akaun dikreditkan dengan jumlah yang samaD Akaun-akaun dicatatkan dua kali dalam buku

5. Konsep dan idea sistem catatan bergu dipercayai dimulakan oleh A Adam Smith B Lois PacioC Luca Pacioli D Ibn Khaldum

6. Beberapa buah badan perakaunan professional ditubuhkan untukI memastikan kod ini dipatuhi oleh ahlinyaII membentuk kod etika profesion perakaunanIII menentukan taraf minimum bagi kelayakan professionalIV mendakwa ahli yang melakukan kesalahan di mahkamah

A I, II dan III B I, II dan IVC I, III dan IV D II, III dan IV

7. Persatuan profesion perakaunan di Malaysia ialah A Accounting Standard of Malaysia ( ASM)B Malaysian Institute of Accountants ( MIA)C Malaysian Accounting Standard Board (MASB)D Malaysian Association of Chartered Accountants (MACA)

Page 3: Ujian Bulan Jan

Segala belanja dan pendapatan terakru bagi tempoh berkenaan diambil kira semasa mencari untung atau rugi walaupun wang belum di bayar atau diterima

8. Pernyataan di atas merujuk kepada Prinsip Perakaunan

A Prinsip Materialiti B Prinsip ketekalanC Prinsip Pemadanan D Prinsip Tempoh Perakaunan

9. Kaedah yang sama mesti digunakan untuk merekod, mengumpul, penyimpanan dan pemprosesan data. Amalan ini mengikuti Prinsip PerakaunanA Kos Sejarah B Prinsip ketekalanC Prinsip Materialiti D Wang Sebagai Ukuran

10. Syarikat Awam Berhad memperolehi modal denganA pinjaman dari bankB sumbangan daripada kerajaanC subsidi dari bank perdagangan D menjual saham kepada orang awam

11. __________ merupakan aset yang digunakan berulangkali untuk menjalankan aktiviti sesuatu perniagaanA Aset Cair B Aset SemasaC Aset Tak Ketara D Aset Bukan Semasa

12. Mengapakah urus niaga persendirian tidak boleh direkod dalam buku-buku perniagaan?A Peniagaan adalah badan yang terpisah daripada pemiliknyaB Urusniaga persendirian boleh menjejaskan untung perniagaanC Untuk memastikan laporan kewangan dibuat dengan jujur dan adilD Konsep pemadanan menetapkan bahawa urus niaga persendirian tidak boleh dipadankan dengan urus niaga perniagaan

13. Kelebihan utama syarikat sendirian berhad berbanding perkongsian ialahA Bilangan pemilik syarikat berhad lebih ramaiB Syarikat Sendirian Berhad lebih mudah ditubuhkan C Syarikat sendirian berhad mampu menjual lebih banyak barangD Pemilik syarikat sendirian berhad menanggung liabiliti tidak terhad

14. Berikut ialah jenis-jenis pekongsi , kecuali A Pekongsi Aktif B Pekongsi lelapC Pekongsi am D Pekongsi nominal

15. Kaedah perakaunan yang paling cepat dan tepat ialah A kaedah mekanikal B kaedah elektronikC keadah manual D kaedah automatik

Page 4: Ujian Bulan Jan

16. Apakah nama perakaunan yang membuat analisis terhadap pelbagai kos yang terlibat dalam pengeluaran secara besar-besaran?A Perakaunan kos B Perakaunan masa C Perakaunan wang D Perakaunan pengurusan

17. Antara yang berikut , manakah yang benar mengenai MASB ( Malaysia Accounting Standard Board) ?I Menerbit piawaian perakaunan baruII Melaksanakan tugas sebagai penasihat awamIII Menyediakan laporan kewangan untuk sesebuah perniagaanIV Bertindak sebagai pendaftar akauntan

A I dan II B II dan IIIC III dan IV D I,dan IV

18. Maklumat di bawah menunjukkan ciri-ciri satu jenis perniagaan

Liabiliti pemilik terhad Bilangan minimum ahli dua orang Laporan kewangan tidak diumumkan kepada orang ramai Berdaftar dengan Pendaftar Syarikat

Antara berikut, jenis perniagaan yang manakah menepati ciri-ciri itu?

A Khalim EnterpriseB Klinik Chong dan Gurmit SinghC Singh Sendirian BerhadD Singh Berhad

19. Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan En Asraf

Memulakan perniagaan menjual alat-alat permainan pada 1 April 2007 Tempoh perakaunan perniagaannya berakhir setiap enam bulan

Antara berikut yang manakah tempoh perakaunan perniagaan En. Asraf?

A 1 April 2007 hingga 1 September 2007B 1 April 2007 hingga 30 September 2007C 1 April 2007 hingga 1 Oktober 2007D 1 April 2007 hingga 30 Oktober 2007

20. Dalam kitaran perakaunan, yang manakah merupakan peringkat terakhir?

A Catatan dalam Buku Catatan PertamaB Pengeposan ke LejerC Penyediaan Penyata KewanganD Catatan Penutup

21. Antara butir-butir berikut, yang manakah dikelaskan sebagai aset?

Page 5: Ujian Bulan Jan

I Stok, tunai II OverdrafIII Pinjaman IV PenghutangA I dan II B II dan IIIC III dan IV D I dan IV

22.

Harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu tempoh perakaunan

Maklumat di atas berkaitan dengan A Aset Bukan Semasa C Aset SemasaB Aset D Modal

22. Perjanjian antara pekongsi dipanggilA Akta PerkongsianB Ikatan PerjanjianC Akta Rahsia PekongsiD Perjanjian Lembaga Pekongsi

23. Pilih pasangan yang tidak benar mengenai sejarah perakaunan.A Tahun 3500 S.M – Rekod terawal di BabyloniaB Tahun 400 S.M – Wang digunakan sebagi perantaraan pertukaranC Tahun 850 M – Sistem Angka Hindu Arab diperkenalkanD Abad ke 14 – Sistem catatan bergu diperkenalkan di Venice

24. NELSON ENTERPRISE

Bentuk organisasi di atas merupakan……..A Milikan tunggal B Syarikat Sendirian BerhadC Perkongsian D Syarikat Awam Berhad

25. Antara yang berikut manakah yang tidak benar mengenai perkongsian?A Penubuhan tertakluk kepada Akta Perkongsian 1961B Modal perniagaan diterima daripada terbitan saham kepada orang awamC Liabiliti pemilik tidak terhad D Penyata kewangan tidak perlu dibentang kepada orang awam

BAHAGIAN B – SOALAN SUBJEKTIF

Page 6: Ujian Bulan Jan

Jawab semua soalan dalam bahagian ini pada kertas jawapan yang disediakan

1. Nyatakan konsep-konsep perakaunan yang terlibat.

a) Perniagaan Ikhwan akan terus beroperasi bagi masa yang berlanjutan dan tidak

dibubarkan dalam jangka pendek

b) Komisen diterima terdahulu dan kadar bayaran terakru mesti diambil kira dalam

pengiraan untung atau rugi bagi sesuatu tempoh perakaunan

c) Akauntan enggan menerima cadangan untuk menukarkan kaedah mengira susut nilai

asset dengan tujuan mengurangkan kerugian perniagaan

d) Penyata Kewangan Jaya Enterprise disediakan berdasarkan segala urusniaga yang

berlaku dari 1 Ogos 20X5 hingga 31 Julai 20X6

e) Perakaunan hanya membekalkan maklumat yang penting dan berguna kepada pengguna

akaun. Perkara yang dianggap remeh diabaikan.

f) Aset Syarikat Azman direkodkan pada harga kos dan bukan pada harga pasaran

g) Jalil telah merekodkan bayaran insurans peribadi dengan menggunakan tunai perniagaan

ke dalam Akaun Ambilan kedai Jalil

h) Perkhidmatan angkutan masuk yang dibekalkan ole Syarikat Zoom dikenakan bayaran

RM 100

i) Akaun Perabot didebitkan dan Akaun Harley Trading dikreditkan RM 1200 kerana

membeli sebuah rak pameran pejabat secara kredit

j) Laporan kewangan sesebuah perniagaan dibahagikan kepada tempoh perakaunan

tertentu.

2. Lukiskan carta aliran kitaran perakaunan perniagaan bagi satu tempoh perakaunan tertentu.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

Pn wan Norasmah Wan Mahadzir Ms Low Ching YeanKetua Bidang Vokasional