ujian 2 tingkatan 4 smk sultan ismail, johor bahru

6

Click here to load reader

Upload: normarjana-ibrahim

Post on 03-Jul-2015

2.656 views

Category:

Travel


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: UJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

1

SMK SULTAN ISMAIL

JOHOR BAHRU, JOHOR

TAHUN 2011

( BULAN JULAI)

UJIAN 2

BAHASA MELAYU

TINGKATAN 4

MASA: 1 ½ JAM

____________________________

ARAHAN:

1. JAWAB SEMUA SOALAN

2. KERTAS INI MENGANDUNGI 5 SOALAN

i. Soalan 1,2,3 dan 4 berdasarkan Antologi Harga Remaja

ii. Soalan 5 ialah Pengetahuan Tatabahasa

KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 5 MUKA

SURAT

Page 2: UJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

2

SOALAN BERDASARKAN ANTOLOGI HARGA REMAJA [35 MARKAH]

SOALAN 1: SAJAK

MENGINTAI RUANG INSAF

Semakin berat kejahilan

terpikul di bahu

semakin jauh perjalanan

memburu nur-Mu

Sewaktu berlari di padang hidup

kerap kakiku tersadung selirat akar

kulitku tercalar duri pidana

pada samar kejauhan

ancala mulia makin kabur

dan menghilang

Sekadar songsong aksara kata

tanpa kembali ke tunjang makna,

“Apakah dalam saraf khilaf

dianugerahkan keinsafan?”

Rabb,

moga pintu taubat-Mu terbuka

sebelum api dari bara itu menyala

Syukri Abdullah

Sesudah Hujan Dahlia, 2002

Utusan Publications &Distibutors Sdn. Bhd.

(Dipetik daripada ANTOLOGI HARGA REMAJA

Dewan Bahasa dan Pustaka 2009)

i. Berdasarkan sajak di atas , berikan maksud rangkap ketiga di atas,

( 3 markah )

ii. Sarankan cara-cara untuk mentaati perintah agama.

( 3 markah )

iii. Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

( 3 markah )

SOALAN 2: PROSA KLASIK

Baca petikan di bawah dan jawab semua soalan

Setelah mendapat izin isterinya, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, dengan

berpakaian lengkap Awang Sulung pun pergilah bersama-sama jurubatu dan Bujang

Page 3: UJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

3

Selamatnya. Bujang Selamat disuruhnya mengepit Kinantan Sucinya, iaitu seekor

ayam laga yang cekatan, sementara jurubatunya pula mendayung sampan tunda

menuju ke pangkalan Negeri Pati Talak Terengganu.

Ketibaan Awang Sulung ke negeri Terengganu itu amat menghairankan rakyat

Negeri Pati Talak Terengganu itu, kerana segala alat kebesaran berbunyi sendiri dan

seluruh isi alam menyambut sama.

Nobat merpati di gunung

Memberi salam murai di pintu,

Berbega burung di bumbungan,

Berkokok si tambang denak,

Membalas kinantan suci

Bertutu ketitir jantan,

Berkokok balam tembaga tiga gaya,

Berbunyi sekalian bunyi-bunyian.

“ Wahai anakanda, 3egara dari mana?” Tanya baginda raja.

Jawab Awang Sulung

“Cik langsuir menikam pari,

Pari ditikam tombak senangin;

Bukan sahaya sengaja ke mari,

Dihantar ombak ditumpu angin.”

Ketika Awang Sulung berpantun itu, sekali lagi rakyat Negeri Pati Talak

Terengganu menjadi hairan kerana terlihatkan gigi Awang Sulung yang cantik

bercahaya-cahaya bagai kilat sembur-menyembur itu.

(Matlob ( Penyelenggara )

Hikayat Awang Sulung Merah Muda, hlm. 44 – 61, 1977

Oxford Fajar Sdn. Bhd

i. Berikan maksud,

Bukan sahaya sengaja ke mari,

Dihantar ombak ditumpu angin.”

( 2 markah )

i. Nyatakan perkara-perkara luar biasa yang berlaku ketika Awang Sulung Merah

Muda sampai ke negeri Pati Talak Terengganu?

( 3 markah )

ii. Jelaskan sebab-sebab Awang sulung Merah Muda tidak mahu memberitahu

baginda raja tentang asal usulnya.

( 3 markah )

SOALAN 3: CERPEN

Baca petikan cerpen di bawah dan jawab semua soalan

Daripada penelitian dan kajiannya, punat bisul rusuhan 13 Mei itu berpunca

daripada virus yang sudah lama disemai oleh penjajah. Virus yang mereka bawa

Page 4: UJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

4

bersama-sama sejak kali pertama mereka menjejakkan kaki di bumi ini dahulu. Virus

polarisasi kaum yang mereka bina. Mereka gali jurang pemisah dan mendirikan

tembok penghadang melalui 4egara devide et empera. Orang Melayu yang menjadi

peribumi semenanjung emas ini mereka biarkan terus hidup di 4egara4-kampung

sebagai petani dan nelayan, orang Cina mereka pusatkan di 4egara-bandar dan orang

India mereka biarkan menjadi buruh di kebun-kebun getah. Sehingga 4egara ini

mencapai kemerdekaan polarisasi kaum perkauman itu menjadi semakin tebal juga.

Tiap-tiap kaum mulai mencari 4egara4y diri kembali. Baba peranakan yang telah

4egara4 tahun membina 4egara4y sendiri begitu jauh sudah berasimilasi dengan

masyarakat setempat tiba-tiba direntap oleh tangan dewa cauvinis lalu

memperlihatkan 4egara-bayang kelabu yang gagah. Gadis-gadis remaja pun mulai

membuang th’ng sah (baju panjang) dan tay sah (jaket dalam), mulai membuang

sarung. Dahulu kalau mereka memakai pakaian serupa itu ditambah dengan sanggul

siput suak ean atau im boey, mereka tidak ada bezanya daripada gadis Melayu di

sebelah rumah.

( dipetik daripada cerpen MELLISA,

Pahlawan Tak Bernama ,2006

Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Apakah yang dilakukan oleh penjajah sejak pertama kali mereka menjejakkan

kaki di bumi ini dahulu?

( 3 markah )

ii. Sarankan perkara-perkara yang boleh dilaksanakan oleh pemimpin 4egara ini

bagi mengelakkan kejadian 13 Mei berulang semula.

( 3 markah )

iii. Jelaskan satu persoalan daripada petikan dan dua persoalan daripada

keseluruhan cerpen.

(3 markah )

SOALAN 4: PUISI TRADISIONAL

Pantun Empat Kerat (budi )

Terang bulan terang di paya,

Anak kambing memakan rumput,

Jika tak kenang kepada saya,

Nama yang baik tidak tersebut.

Anak merak mati tersangkut,

Mati dipanah Seri Rama,

Resam di dunia juga disebut,

Orang yang mati meninggalkan nama.

Anak itik terenang-renang,

Page 5: UJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

5

Air pasang tenang-tenangan,

Budi sedikit bila kan hilang,

Itu jadi kenang-kenangan.

Anak ikan berlima-lima,

Mati ditimpa punggur berdaun,

Kasih tuan saya terima,

Sebagai hutang seribu tahun.

Anwar Ridhwan (Penyelenggara)

Hati Mesra Pantun Melayu Sebelum 1914, 2004

Dewan Bahasa dan Pustaka

i. Berikan maksud rangkap kedua pantun di atas

Resam di dunia juga disebut,

Orang yang mati meninggalkan nama.

( 2 markah )

ii. Pada pendapat anda, mengapakah kita mesti menghargai jasa ibu bapa?

( 4 markah )

iii. Huraikan tema pantun di atas.

( 3 markah )

SOALAN 5: PENGETAHUAN TATABAHASA[ 15 markah ]

(a) Bina satu ayat bagi setiap kata di bawah yang menunjukkan anda faham akan maksud

dan penggunaannya dalam ayat. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar

imbuhan , menukar kata menjadi kata ganda dan menggunakannya sebagai kata nama

khas dan kata nama majmuk

i. turun

ii. keturunan

iii. menurun

iv. berturun

v. muat turun

( 5 markah )

(b) Berikan peribahasa yang tepat dan sesuai dengan makna peribahasa di bawah

iii. hati yang jahat dan busuk dalam diri seseorang

iv. masyarakat yang suka bertolong-tolongan

v. tidak semuafakat dalam sesuatu, hanya berpegang pada pendapat masing-

masing

vi. orang yang lupa akan asalnya

vii. janji hendaklah ditepati

( 10 markah )

Page 6: UJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

6