uiigiý˚nuai - unimas institutional repository berita tentang prestasi atlit... · 2.2 kerangka...

24

Upload: trankhanh

Post on 12-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: uiigiý˚nuai - UNIMAS Institutional Repository berita tentang prestasi atlit... · 2.2 Kerangka Teori (Konsep Penentuan Agenda/"Agenda Setting") 26 2.3 Model Penyelidikan 28 2.4
Page 2: uiigiý˚nuai - UNIMAS Institutional Repository berita tentang prestasi atlit... · 2.2 Kerangka Teori (Konsep Penentuan Agenda/"Agenda Setting") 26 2.3 Model Penyelidikan 28 2.4

Pusat Khidmat Maklumat Akademik UrTIVERSTTI MALAYSIA SARAWAK

LIPUTAN BERITA TENTANG PRESTASI ATLIT NEGARA DI SUKAN OLIMPIK, ATLANTA 1996: SATU ANALISIS

KANDUNGAN AKHBAR TERHADAP EMPAT AKHBAR TEMPATAN.

P. KIiIDMAT MAKLUMAT AKADlMIK

uiigiý�nuai

AHMAD TAUFIQ ISMAIL 93-3-0010

KAJIAN KOMUNIKASI FAKULTI SAINS SOSIAL

Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat pengijazahan Sarjana Sains Sosial Dengan

Kepujian Bidang Komunikasi (SmSS)

FAKULTI SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

1997

Page 3: uiigiý˚nuai - UNIMAS Institutional Repository berita tentang prestasi atlit... · 2.2 Kerangka Teori (Konsep Penentuan Agenda/"Agenda Setting") 26 2.3 Model Penyelidikan 28 2.4

PENGHARGAAN

Sesungguhnya kejayaan menghasilkan latihan ilmiah ini adalah kejayaan bersama yang

direstui Allah s. w. t. Penulis terhutang budi kepada beberapa individu, terutamanya

Profesor Dr. Shawaluddin Anis, Dekan Pusat Pengajian Bahasa dan Komunikasi yang juga

penyelia kepada penulis atas tunjuk ajar, nasihat dan teguran dalam menyiapkan latihan

ilmiah ini. Penulis juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Samsudin

A. Rahim yang memberikan galakan dan sokongan yang berterusan sepanjang penyiapan

latihan ilmiah ini. Kepada En Neilson Ilan yang pernah menjadi penyelia sementara

penulis, diucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Tidak dilupakan juga, Cik Norasnida

Nordin yang bersama-sama mencari bahan dan juga memberikan semangat dan perangsang

kepada penulis. Akhir kata, penyempurnaan latihan ilmiah ini hanya dapat dilaksanakan

dengan adanya sokongan dan galakan daripada kedua ibubapa penulis, Haji Ismail bin Yet

dan Hajjah Asiah Mahasan. Kepada mereka berdua dirakamkan setinggi-tinggi

penghargaan.

AHMAD TAUFIQ ISMAIL Kajian Komunikasi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 94300 Kota Samarahan SARAWAK

i

Page 4: uiigiý˚nuai - UNIMAS Institutional Repository berita tentang prestasi atlit... · 2.2 Kerangka Teori (Konsep Penentuan Agenda/"Agenda Setting") 26 2.3 Model Penyelidikan 28 2.4

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan terhadap empat buah akhbar utama negara mengenai prestasi atlit

negara di Sukan Olimpik, Atlanta 1996. Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat

peranan dan sumbangan akhbar dalam memajukan dan menjayakan sukan tanahair sesuai

dengan cogan kata "Majulah Sukan Untuk Negara". Selain itu kajian ini juga meninjau

pengaruh akhbar dalam menyediakan berita untuk dipaparkan kepada pembaca dan

bagaimana akhbar berfungsi dalam menyalurkan maklumat-maklumat terkini mengenai

Sukan Olimpik kepada pembaca. Kajian ini menggunakan analisis isi kandungan akhbar

sebagai kaedah untuk mendapatkan maklumat dan data-data. Akhbar yang terlibat ialah

Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times dan The Star. Sebanyak 674 item

berita telah dikaji dan diselidiki dan ia menunjukkan bahawa akhbar telah menjalankan

peranan dan tanggungjawab yang baik dan berkesan sekali dalam menyiarkan berita

mengenai prestasi atlit negara di Atlanta. Kajian ini sangat sesuai untuk dijadikan panduan

kepada Kementerian Belia dan Sukan serta Sukom 98 (penganjur Sukan Komanwel 98 di

Kuala Lumpur) dalam membantu satu rangka kerjasama dengan pihak akhbar agar

kejohanan tersebut mendapat liputan yang menyeluruh dan terperinci.

ii

Page 5: uiigiý˚nuai - UNIMAS Institutional Repository berita tentang prestasi atlit... · 2.2 Kerangka Teori (Konsep Penentuan Agenda/"Agenda Setting") 26 2.3 Model Penyelidikan 28 2.4

ABSTRACT

This research has been made based on four local dailies on the performance of our national

athletes in Atlanta Olympic Games 1996. Its main purpose: to see the role and

contribution of local dailies in enhancing the development of sports in our country based

on the motto "Majulah Sukan Untuk Negara" (For The Advancement of Sport in

Malaysia. Besides that this research too is a venue to see the influence newspaper in

giving the readers sports news and the latest development of the Olympic Games. This

research used analytical studies of newspaper content (content analysis) as its source of

information and data. The four local dailies involved are: Berita Harian, Utusan Malaysia,

New Straits Times and The Star. About 674 newspaper articles had been analysed and

this sets to prove. that newspaper play an important and effective role in bringing the

latest update on our national athletes in Atlanta. This research is very useful as a

guideline for the Ministry of Youth and Sport as well as Sukom 98 (organiser of the

Commonwealth Games in Kuala Lumpur) in setting up a platform for collaboration with

the press in order than the event would get a wide and extensive coverage.

III

Page 6: uiigiý˚nuai - UNIMAS Institutional Repository berita tentang prestasi atlit... · 2.2 Kerangka Teori (Konsep Penentuan Agenda/"Agenda Setting") 26 2.3 Model Penyelidikan 28 2.4

SENARAI JADUAL

Jadual Tajuk Muka surat

Jadual 1 Jangka masa pemungutan data di keempat-empat 39

akhbar terbabit

IV

Page 7: uiigiý˚nuai - UNIMAS Institutional Repository berita tentang prestasi atlit... · 2.2 Kerangka Teori (Konsep Penentuan Agenda/"Agenda Setting") 26 2.3 Model Penyelidikan 28 2.4

SENARAI GAMBARAJAH

Gam6ara_jah

Gambaraj ah 1.1

Gambarajah 1.2

Gambarajah 1.3

Gambarajah 1.4

Gambarajah 1.5

Gambarajah 1.6

Gambarajah 1.7

Gambarajah 1.8

Gambarajah 1.9

Gambarajah 1.10

Taiuk Muka surat

gambarajahjumlah item berita yang dikaji dalam keempat-empat buah akhbar. 45

gambarajah peratusan mengikut acara sukan yang disiarkan dalam keempat-empat buah akhbar. 47

gambarajah jumlah berita yang menyokong, tidak

menyokong atau berkecuali mengenai persembahan atlit Malaysia di keempat-empat buah akhbar. 49

gambarajah jumlah visual yang disertakan bersama berita di dalam keempat-empat buah akhbar. 51

gambarajah nilai berita berkenaan dengan persembahan atlit negara di dalam keempat-empat buah akhbar. 53

gambarajah peratusan berita mengikut acara sukan di Berita Harian. 56

gambarajah peratusan berita mengikut acara

sukan di New Straits Times. 58

gambarajah peratusan berita mengikut acara sukan di Utusan Malaysia. 60

gambarajah peratusan berita mengikut acara

sukan di The Star. 62

gambarajah jumlah liputan berita yang diterima

oleh atlit di keempat-empat buah akhbar. 64

V

Page 8: uiigiý˚nuai - UNIMAS Institutional Repository berita tentang prestasi atlit... · 2.2 Kerangka Teori (Konsep Penentuan Agenda/"Agenda Setting") 26 2.3 Model Penyelidikan 28 2.4

SINGKATAN KATA

BAM - Persatuan Badminton Malaysia

BH - Berita Harian

IAAF - International Amateur Athlete Federation

IOC - International Olympic Committee

KOAM - Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia

MOM - Majlis Olimpik Malaysia

NST - The New Straits Times

PLBM - Persatuan Lumba Basikal Malaysia

STAR - The Star

SUKMA - Sukan Malaysia

UM - Utusan Malaysia

vi

Page 9: uiigiý˚nuai - UNIMAS Institutional Repository berita tentang prestasi atlit... · 2.2 Kerangka Teori (Konsep Penentuan Agenda/"Agenda Setting") 26 2.3 Model Penyelidikan 28 2.4

Pusat Khidmat Makiumat Akademik UrTIVERSTTI MALAYSIA SARAWAK

Kandungan

PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

SENARAI JADUAL SENARAI GAMBARAJAH SINGKATAN KATA

Muka surat

I

ii-iii

iv

v vi

BABI

1.0 PENDAHULUAN

1.1

1.2

1.3

1.4

Pengenalan

Sejarah Penyertaan Malaysia

Sukan Olimpik Atlanta 1996

Pernyataan Masalah

Objektif Kajian

1.5.1 Objektif Umum

1.5.2 Objektif Khusus

Kepentingan Kajian

Kewajaran Kajian

Skop Kajian

Hipotesis

1.9.1 Andaian Umum

1.9.2 Hipotesis

Latar Belakang Kajian

Takrifan Konsep

1.11.1 Akhbar

1.11.2 Berita

Sumber

1.5

1.6

1.7

1.8

1.9

1.10

1.11

1.12

1

I

4

7

9

11

11

11

12

12

13

14

14

14

15

15

15

16

17

Page 10: uiigiý˚nuai - UNIMAS Institutional Repository berita tentang prestasi atlit... · 2.2 Kerangka Teori (Konsep Penentuan Agenda/"Agenda Setting") 26 2.3 Model Penyelidikan 28 2.4

1.13 Orientasi Berita 18

1.13.1 Memberita 19

1.13.2 Membujuk 20

1.13.3 Mendidik 21

BABA

2.0 RENSENSI PEMBACAAN 23

2.1 Ulasan Karya Lepas 23

2.2 Kerangka Teori (Konsep Penentuan Agenda/"Agenda Setting") 26

2.3 Model Penyelidikan 28

2.4 Tinjauan 29

BAB III

3.0 METHOD / METHODOLOGI

3.1 Reka Bentuk Kajian

3.2 Analisis Kandungan

3.3 Temuduga

3.4 Data Sekunder

3.5 Perbincangan Analisis

3.6 Jenis Berita Sukan Olimpik

3.6.1 Berita

3.6.2 Lidah Pengarang/Editorial

3.6.3 Rencana

3.6.4 Kolumis

3.6.5 Komentar/Ulasan

3.6.6 Surat

3.7 Pemungutan Data

33

33

ii

3J

35

36

36

36

36

37

37

37

38

38

Page 11: uiigiý˚nuai - UNIMAS Institutional Repository berita tentang prestasi atlit... · 2.2 Kerangka Teori (Konsep Penentuan Agenda/"Agenda Setting") 26 2.3 Model Penyelidikan 28 2.4

3.8 Kaedah Analisis Data 39

3.19 Penentuan Tema 40

3.10 Ringkasan Akhbar Terbabit 41

3.11 Batasan Kajian 43

BAB IV

4.0 HASIL KAMAN DAN PERBINCANGAN 45

4.1 Penemuan Kajian 45

4.1.1 Jumlah Item Berita 45

4.1.2 Peratusan Acara Sukan 47

4.1.3 Jumlah Berita Menyokong 49

4.1.4 Jumlah Visual 51

4.1.5 Nilai Berita 53

4.1.6 Peratusan Mengikut Acara di Berita Harian 56

4.1.7 Peratusan Mengikut Acara di New Straits Times 58

4.1.8 Peratusan Mengikut Acara di Utusan Malaysia 60

4.1.9 Peratusan Mengikut Acara di The Star 62

4.1.10 Liputan Berita Atlit 64

4.2 Hasil Kajian 65

4.3 Rumusan 70

BAB V

5.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Kesimpulan

5.2 Cadangan

LAMPIRAN

BIBLIOGRAFI

73

73

78

Page 12: uiigiý˚nuai - UNIMAS Institutional Repository berita tentang prestasi atlit... · 2.2 Kerangka Teori (Konsep Penentuan Agenda/"Agenda Setting") 26 2.3 Model Penyelidikan 28 2.4

Liputan Berita Tentang Prestasi Atlit Negara di Sukan Olimpik, Atlanta 1996 : Satu Analisis Kandungan Akhbar Terhadap Empat

Akhbar Tempatan.

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sukan Olimpik moden, pertama kali diadakan di Athens, Greece pada tahun 1896

dan telah diasaskan oleh seorang pendidik Perancis, Pierre de Coubertin dengan tujuan

menggalakkan minat terhadap pendidikan dan kebudayaan. Olimpik juga berazam

menyemai sikap saling faham-memahami di kalangan manusia sejagat melalui sukan.

Walaupun tujuan asas pengasasnya tidak ada kaitan dengan politik tapi pada masa itu

kerajaan Greece menggunakan sukan tersebut untuk menaikkan semangat patriotik

rakyatnya menentang Turki.

Olimpik di Atlanta, Amerika Syarikat ialah Sukan Olimpik yang ke 26 dan kali

pertama melibatkan penyertaan atlit dan negara terbanyak serta dikatakan bebas daripada

kontroversi politik. Di samping itu ia juga telah membawa erti yang besar kerana

menyambut ulang tahun ke-100. Dari segi suasana politik antarabangsa, Olimpik Atlanta

96 merupakan sukan sedunia pertama yang mencerminkan zaman tamatnya era hampir

empat dekad Perang Dingin yang memecahkan dunia ini kepada dua blok. Bagaimanapun

I

Page 13: uiigiý˚nuai - UNIMAS Institutional Repository berita tentang prestasi atlit... · 2.2 Kerangka Teori (Konsep Penentuan Agenda/"Agenda Setting") 26 2.3 Model Penyelidikan 28 2.4

2

letupan born di Centennial Park, semasa sukan mi berlangsung mengganggu sedikit

keadaan yang sebelum itu dirasakan begitu meriah sekali.

Sukan Olimpik yang menjadi temasya terbesar dunia menjangkau usia 100 tahun

apabila ianya dibuka dengan rasminya di Atlanta pada 19 Julai 1996. Disebalik usia tua

itu, Malaysia meneruskan tradisi menghantar sebarisan atlit untuk bersaing di pentas

antarabangsa.

Jika sebelum ini jangkauan pingat bagaikan cerita lucu, tetapi penyertaan 96 di

Atlanta dianggap lebih bermakna, selepas kejayaan Razif dan Jalani Sidek berjaya

membawa balik pingat gangsa menerusi acara badminton berpasangan empat tahun lalu di

Barcelona, Sepanyol. la pasti menjadi detik bersejarah buat negara selepas mengambil

masa 36 tahun sebelum mampu membawa pulang pingat dari temasya terbesar itu.

Malaysia memulakan penyertaan pada temasya ini secara rasmi pada 1956 di

Melbourne. Pada temasya 1996, kali ini Malaysia menyertai lapan acara dengan 36 atlit

dan badminton terus menjadi sandaran utama selain beberapa acara lain yang hanya

sekadar memenuhi jadual, memperbaiki rekod kebangsaan atau pencapaian seperti renang,

olahraga, menembak dan hoki.

Kayak dan tinju pula menempah sejarah tersendiri apabila bertanding buat julung

kalinya pada temasya seabad ini. Badminton meletakkan harapan ke atas Rashid Sidek

dan Ong Ewe Hock di samping dua pasangan Cheah Soon Kit / Yap Kim Hock dan Soo

Beng Kiang / Tan Kim Her. Manakala hoki yang mencetuskan kontroversi sewaktu

Page 14: uiigiý˚nuai - UNIMAS Institutional Repository berita tentang prestasi atlit... · 2.2 Kerangka Teori (Konsep Penentuan Agenda/"Agenda Setting") 26 2.3 Model Penyelidikan 28 2.4

3

pusingan kelayakan di Barcelona, diharapkan dapat memperbaiki kedudukan tempat

kesembilan empat tahun lalu.

Sementara di padang dan balapan, Watson Nyambek menjadi perhatian. Catatan

rekod kebangsaan 10.33 saat yang dilakukannya pada SUKMA ke-VI di Kuantan bulan

lalu dijangka akan dapat diperbaiki. Di samping Watson, Malaysia turut bersandarkan

harapan kepada Loo Kum Zee, (lompat tinggi), Nur Herman Majid (110 meter Iari

berpagar) dan peserta tunggal wanita dalam acara olahraga Annastasia Karen (10 km jalan

kaki).

Renang turut menjanjikan catatan terbaru rekod kebangsaan dengan menyandarkan

harapan ke atas empat perenang lelaki dan seorang wanita. Cabaran itu diketuai oleh

Anthony Ang, Elvin Chia Tshun Thau, Lim Keng Liat, Wan Azlan Abdullah dan Tay Li

peng.

Kaw Fun Ying yang pernah beraksi di Barcelona diharapkan dapat memperbaiki

pencapaiannya empat tahun lalu bagi acara menembak skeet manakala Lim Leong Keat

yang memenangi perak di Sukan SEA diharap melakukan sesuatu dalam acara laser kapal

layar. Tinju pula menampilkan Sapok Bild dalam kategori 48 kilogram dan Salehhudin

Ayob mencuba nasib bagi acara kayak slalom.

Page 15: uiigiý˚nuai - UNIMAS Institutional Repository berita tentang prestasi atlit... · 2.2 Kerangka Teori (Konsep Penentuan Agenda/"Agenda Setting") 26 2.3 Model Penyelidikan 28 2.4

4

1.2 Sejarah Penyertaan Malaysia.

Tarikh 22 November 1956, tidak harus dilupakan oleh peminat sukan Malaysia.

Pada tarikh itulah 34 atlit muda negara buat pertama kalinya menyertai 3,300 atlit dari 67

buah negara merayakan upacara pembukaan Sukan Olimpik ke-16 di Melbourne,

Australia.

Walaubagaimanapun tidak ramai yang mengetahui dan menyedari bahawa

hubungan Malaysia dengan Olimpik telah bermula secara tidak rasmi pada tahun 1936.

Malaya (seperti yang dikenali pada waktu itu) mempunyai seorang pelari pecut, Poh Kim

Seng yang mewakili Negara China. Ini kerana beliau menerima undangan China untuk

menyertai pasukan mereka. Bagaimanapun seperti atlit China yang lain beliau tewas pada

pusingan awal lagi.

Selepas itu muncul seorang lagi peserta negara yang menyertai Sukan Olimpik di

London pada 1948. Yeap Cheng Eng adalah pemain bola yang menyertai pasukan China.

Pasukan negara tidak dapat menyertai Sukan Olimpik tersebut disebabkan ketiadaan

Majlis Olimpik sekalipun Singapura terlebih dahulu menyertainya pada tahun 1948.

Majlis Olimpik Malaysia hanya ditubuhkan pada 1953 dan kemudian bergabung dengan

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 1955.

Kelewatan ini sedikit sebanyak mengecewakan peserta angkat berat negara. Acara

ini luas berkembang pada tahun 20-an. Malah pada 1929, seorang peserta negara pernah

memecah rekod dunia acara itu. Malaysia mungkin sudah menempah nama dalam Sukan

Olimpik di Helsinki pada 1952, jika Majlis Olimpik ditubuhkah lebih awal.

Page 16: uiigiý˚nuai - UNIMAS Institutional Repository berita tentang prestasi atlit... · 2.2 Kerangka Teori (Konsep Penentuan Agenda/"Agenda Setting") 26 2.3 Model Penyelidikan 28 2.4

Pusat Khidmat Makiumat Akademik UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 5

Ini kerana pada waktu itu, peserta negara yang mendapat pendedahan menyertai

satu sukan Olimpik yang dianjurkan oleh China (All-China Olympic Games) pada tahun

1935. Mereka berjaya memenangi beberapa anugerah pada temasya yang sama di

Shanghai pads tahun 1948. Malaya kemudiannya memenangi dua pingat emas dan sate

perak dan satu gangsa pada Sukan Empayar British (kini dikenali sebagai Sukan

Komanwel) pads 1950 di Auckland, New Zealand dan muncul sebagai juara berpasukan.

Malaya dijangkakan memenangi sekurang-kurangnya dua pingat perak pada

temasya di Helsinki 1952 tetapi disebabkan ketiadaan Majlis Olimpik dan Persatuan

Angkat Berat Amatur püla belum lagi bergabung dengan badan dunia, hasrat negara

terpendam begitu saja.

Sehingga pada tahun 1956 di Melbourne yang menyaksikan penyertaan sulung

negara. la disertai oleh para peserta dalam acara olahraga, angkat, berat, menembak. renang

dan hoki. Walaupun hoki menjadi harapan, angkat berat menjadi perhatian apabila peserta

negara Tan Kim Bee secara tidak rasmi menduduki tempat keenam dalam kategori

lightheavy weight.

Selepas itu, Malaysia meneruskan penyertaan di Rome (1960), Tokyo (1964),

Mexico (1968), Munich (1972), Montreal (1976) tetapi memulaukan temasya di Moscow

1980 kerana pencabulan negara itu ke atas Afghanistan. Malaysia turut menyertai Sukan

Olimpik 1984 di Los Angeles dan Seoul empat tahun kemudian.

Ernas, perak dan gangsa terlalu jauh darf jangkauan. Sebelum kejayaan Razif dan

Jalani Sidek membawa pulang pingat gangsa darf Barcelona ̀ 92, Malaysia tidak pernah

Page 17: uiigiý˚nuai - UNIMAS Institutional Repository berita tentang prestasi atlit... · 2.2 Kerangka Teori (Konsep Penentuan Agenda/"Agenda Setting") 26 2.3 Model Penyelidikan 28 2.4

6

memenangi sebarang pingat sepanjang penyertaan dalam Olimpik. Pencapaian terbaik

negara hanya menerusi acara olahraga sekalipun hoki, menembak dan renang sering

mendapat tempat untuk bertanding.

Dua atlit negara yang memberikan persembahan cemerlang ialah Mani Jegathesan

(sekarang bergelar Datuk Dr. M. Jegathesan) yang pernah memberikan saingan kepada

Tommie Smith, pelari terkemuka pada waktu itu di Mexico 1968 dan layak ke separuh

akhir acara 200 meter. Istiaq Mubarak pula turut layak ke separuh akhir Sukan Olimpik

di Montreal Kanada pada 1976 dalam acara 110 meter lompat pagar. Bola sepak pula

mempunyai sejarah penyertaan yang tersendiri walaupun sukar untuk menandingi

kehebatan negara lain. Pada 1972, Malaysia mencipta sejarah pertama menyertai bola

sepak di Munich. Pasukan negara tewas 0-3 kepada Jerman Barat pada perlawanan

pembukaan.

Manakala hoki, menembak dan renang sering mendapat laluan yang sukar kerana

kehandalan peserta dan pasukan-dari negara lain dalam perebutan pingat dalam setiap kali

penyertaan negara.

Page 18: uiigiý˚nuai - UNIMAS Institutional Repository berita tentang prestasi atlit... · 2.2 Kerangka Teori (Konsep Penentuan Agenda/"Agenda Setting") 26 2.3 Model Penyelidikan 28 2.4

7

1.3 Sukan Olimpik Atlanta 1996

Sukan Olimpik 96 yang berlangsung di Bandaraya Atlanta, Georgia, Amerika

Syarikat bermula 19 Julai hingga 4 Ogos 1996 lalu merupakan Sukan Olimpik yang ke 26

dalam sejarah temasya sukan tersebut. Di samping itu juga temasya kali ini merupakan

ulangtahun ke 100 sukan berkenaan setelah pertama kalinya Olimpik Moden

diperkenalkan di Kota Athens, Greece pada 1896.

Temasya sukan yang terbesar dalam sejarah kali ini disertai oleh 197 negara dengan

12,000 orang atlit. Mereka bersaing di 271 acara bagi merebut 271 pingat emas dalam 26

jenis sukan yang dipertandingkan. Malaysia pada temasya kali ini menghantar kontijen

yang mengandungi 64 anggota. Daripadajumlah itu, 36 atlit iaitu 33 lelaki dan tiga wanita '

dan bertanding dalam lapanjenis sukan iaitu hoki, olahraga, renang, berkayak, badminton,

tinju, kapal layar dan menembak.

Penyertaan di Atlanta ini menyaksikan Malaysia hanya berjaya memungut dua

pingat iaitu satu perak dan satu gangsa. Kedua-dua pingat ini diperolehi menerusi sukan

badminton iaitu acara perseorangan lelaki (Rashid Haji Sidek) dan beregu lelaki (Cheah

Soon Kit dan Yap Kim Hock).

Atlit untuk acara-acara lain gagal menyumbangkan pingat untuk negara dan hanya

mampu bersaing di peringkat saringan. Bagaimanapun pasukan renang walaupun gagal

mendapatkan pingat tetapi ada menunjukkan sedikit kejayaan bila beberapa perenang

negara, seperti Anthony Ang berjaya memasuki peringkat separuh akhir.

Page 19: uiigiý˚nuai - UNIMAS Institutional Repository berita tentang prestasi atlit... · 2.2 Kerangka Teori (Konsep Penentuan Agenda/"Agenda Setting") 26 2.3 Model Penyelidikan 28 2.4

8

Sudah menjadi kebiasaan dalam temasya sukan yang besar seperti Olimpik, liputan

oleh pihak media dari seluruh dunia akan tertumpu di Atlanta. Kehadiran mereka adalah

untuk mengulas dan melaporkan kepada pembaca dan khalayak mereka berkenaan

perkembangan sukan tersebut terutama prestasi dan kejayaan atlit negara masing-masing

dalam pertandingan yang disertai dan juga perkara yang berkaitan.

Sepanjang kejohanan ini berlangsung selama 17 hari media Malaysia juga tidak

ketinggalan dalam membuat liputan dan memberikan laporan mengenai perkembangan atlit

negara serta temasya sukan ini terus dari Atlanta. Beberapa buah akhbar utama negara

seperti Berita Harian (BH), Utusan Malaysia (UM), dan New Straits Times (NST) serta

The Star (Star) telah menghantar wartawan dan kakitangan mereka ke sana untuk

membuat liputan. Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan Sistem Televisyen

Malaysia Berhad (TV3) turut berbuat demikian.

Jadi, penulisan ini akan mengkaji liputan yang dibuat oleh akhbar nasional (BH.

UM, NST dan Star) untuk melihat berita-berita yang disiarkan oleh akhbar tersebut

tentang persembahan atlit negara di Sukan Atlanta 96.

Page 20: uiigiý˚nuai - UNIMAS Institutional Repository berita tentang prestasi atlit... · 2.2 Kerangka Teori (Konsep Penentuan Agenda/"Agenda Setting") 26 2.3 Model Penyelidikan 28 2.4

9

1.4 Pernyataan Masalah

Akhbar merupakan salah satu sumber yang memberikan maklumat dan informasi

kepada masyarakat dalam usaha untuk memaklumatkan masyarakat. Di Malaysia, fungsi

dan peranan yang dimainkan oleh akhbar dalam memaklumatkan masyarakat ini begitu

berjaya sekali sehinggakan apa yang dilaporkan oleh akhbar sering diterima oleh pembaca.

Olimpik Atlanta 1996, adalah medan terbaik bagaimana akhbar berperanan dalam

melaporkan dan memberikan maklumat kepada pembaca di tanahair tentang persiapan,

prestasi dan persembahan atlit negara di temasya sukan tersebut. Adalah menjadi harapan

pembaca agar akhbar memberikan laporan yang berunsur semangat dan dorongan kepada

atlit negara. Ini supaya apa yang dilaporkan dapat menarik minat pembaca dan

seterusnya bersama-sama memberikan sokongan terhadap persembahan atlit walaupur:

mereka berada di tempat lain. Semangat inilah yang diharapkan.

Tetapi malangnya ini tidak banyak dilaporkan oleh akhbar. Apa yang dilaporkan

oleh akhbar ialah cemuhan dan kritikan terhadap atlit yang kalah atau tewas. Pelbagai

reaksi dan pendapat dikeluarkan oleh pihak yang bertanggungjawab daripada menteri

hinggalah kepada jurulatih terhadap persembahan atlit yang tewas. Rata-ratanya

menyalahkan mereka.

Menghalusi kembali persoalan ini, kita sudah sedia maklum bahawa kerajaan telah

membelanjakan berjuta juta ringgit dalam usaha memajukan dan mengembangkan

insfrastruktur serta kemudahan sukan tanahair tetapi kenapa kegagalan masih menghantui

atlit kita.

Page 21: uiigiý˚nuai - UNIMAS Institutional Repository berita tentang prestasi atlit... · 2.2 Kerangka Teori (Konsep Penentuan Agenda/"Agenda Setting") 26 2.3 Model Penyelidikan 28 2.4

10

Ini bermula daripada membina tempat latihan bertaraf antarabangsa, menghantar

atlit untuk berlatih dan menyertai kejohanan di luar negara, mendapatkan jurulatih

berpengalaman termasuk dari luar negara dan memberikan ganjaran, imbuhan serta

anugerah atas kejayaan mereka. Inilah yang sering diketengahkan oleh akhbar sekiranya

seseorang atlit itu tewas.

Akhbar mempersoalkan mengapakah semua ini masih tidak mencukupi untuk

peminat sukan negara dan rakyat seluruhnya bagi melihat kejayaan atlit negara yang

sangat-sangat dinanti-nantikan setelah 10 kali negara menyertai Sukan Olimpik ini iaitu

bermula pada 1956 di Melbourne, Australia.

Lazimnya akhbar akan memuji-muji atlit yang berjaya dan atlit yang tewas

langsung tidak diberi perhatian malah dilupakan. Sedangkan mereka juga adalah mewakili

negara. Persoalan besarnya ialah sejauhmanakah akhbar utama negara berusaha

melaporkan berita yang boleh mendorong pembaca dan khalayak sama-sama memberikan

sokongan kepada atlit sepanjang berlangsungnya Sukan Olimpik, Atlanta 1996. Persoalan

ini akan dilihat berdasarkan apakah agenda yang ditentukan oleh media untuk disajikan

kepada khalayak atau pembaca.

Dan bagaimanakah akhbar ini melaporkan prestasi dan persembahan atlit negara.

Adakah aspek kemenangan yang diutamakan atau dayajuang yang tinggi dan kesungguhan

atlit itu ditonjol dalam liputan berita walaupun atlit itu tewas.

Page 22: uiigiý˚nuai - UNIMAS Institutional Repository berita tentang prestasi atlit... · 2.2 Kerangka Teori (Konsep Penentuan Agenda/"Agenda Setting") 26 2.3 Model Penyelidikan 28 2.4

II

1.5 Objektif Kajian

1.5.1 Objektif Umun

Secara umumnya kajian ini cuba mendapatkan maklumat dan data

terperinci berhubung dengan liputan berita sukan yang dibuat oleh akhbar nasional

( BH, UM, NST dan Star) terhadap persembahan dan prestasi atlit negara semasa

berlangsungnya Sukan Olimpik, di Atlanta 96.

1.5.2 Objektif Khusus

1. Mengkaji berita yang disiarkan oleh akhbar nasional untuk dilaporkan kepada

pembaca di tanahair mengenai persembahan atlit negara di Sukan Olimpik 96.

2. Melihat bagaimanakah akhbar berperanan dalam menarik minat khalayak

supaya sama-sama memberikan sokongan kepada atlit negara yang bertanding

di Sukan Olimpik 96.

3. Untuk mengkaji sejauh mana akhbar utama di Malaysia berusaha dalam

membantu meningkatkan persembahan atlit negara.

4. Melihat bagaimana akhbar menentukan atau mempengaruhi pembaca melalui

kuasa penentuan agenda yang ada pada media. Dalam kajian ini, penyelidik

akan meninjau berita yang bagaimanakah sering dimasukkan dalam agenda

akhbar untu dipaparkan kepada khalayak atau pembaca.

Page 23: uiigiý˚nuai - UNIMAS Institutional Repository berita tentang prestasi atlit... · 2.2 Kerangka Teori (Konsep Penentuan Agenda/"Agenda Setting") 26 2.3 Model Penyelidikan 28 2.4

12

1.6 Kepentingan Kajian

1. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji dan melihat persembahan dan

prestasi atlit negara sama ada mendapat liputan berita dalam akhbar nasional di negara

ini atau sebaliknya. Seterusnya adakah berita yang dilaporkan itu bercirikan usaha

untuk meningkatkan mutu sukan negara.

2. Apakah reaksi pihak yang terlibat dalam menghantar atlit negara ke Atlanta juga akan

dikaji bagi tujuan melihat bagaimana akhbar berpuashati atau tidak tentang prestasi

atlit yang dihantar ke Olimpik, Atlanta 96.

3. Kajian ini juga akan melihat dan mengkaji beberapa faktor yang mempengaruhi berita-

berita yang disiarkan oleh akhbar dalam melaporkan prestasi serta persembahan atlit

negara. Penyelidik juga mengharapkan agar kajian ini dapat membantu kerajaan

khususnya Kementerian Belia dan Sukan juga persatuan sukan serta pihak akhbar

dalam menghadapi Sukan Sea di Jakarta 1997 dan Komanwel yang akan berlangsung

di Kuala Lumpur pada 1998 nanti.

1.7 Kewajaran Kajian

Kajian ini membolehkan fenomena pengumpulan berita dalam setting semula jadi

diteliti dengan lebih dekat lagi. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan

seseorang pemberita itu apabila ditugaskan membuat sesuatu liputan itu. Apakah sumber

atau nilai berita mempengaruhi cara pemberita mengumpulkan maklumat dan fakta bagi

Page 24: uiigiý˚nuai - UNIMAS Institutional Repository berita tentang prestasi atlit... · 2.2 Kerangka Teori (Konsep Penentuan Agenda/"Agenda Setting") 26 2.3 Model Penyelidikan 28 2.4

13

pengolahan berita ? Dengan kajian ini, sekatan dan halangan pemberita mungkin dapat

difahami.

Nik Abdul Rashid Nik Abdul Majid (1988) mendakwa bahawa pemberita tidak

menilai berita itu dari segi nilai berita tetapi dinilai dari segi sumber atau punca sesuatu

berita itu diperolehi. Selain itu tokoh wartawan negara, Tan Sri A. Samad Ismail pernah

berkata bahawa pemberita kini tidak mempunyai inisiatif dalam pengumpulan bahan bagi

berita sehingga menyebabkan tulisan serupa dihasilkan. Persoalan ini juga akan cuba

dilihat dan dijelaskan oleh penyelidik dalam kajian ini.

1.8 Skop Kajian

Kajian ini hanya meneliti dan mengkaji berita yang disiarkan oleh empat buah

akhbar tempatan sahaja iaitu Berita Harian (BH), New Straits Times (NST), Utusan

Malaysia (UM) dan The Star (Star). Dan kajian ini akan bermula dari 10 Julai - 10 Ogos

1996. Memandangkan kajian ini hanya berpusat terhadap empat akhbar terbabit maka

hasilnya akan dirumus kepada keempat-empat akhbar berkenaan.

Penelitian berita hanya dibuat kepada berita yang disiarkan berhubung dengan

berita mengenai atlit atau kontijen negara di Sukan Olimpik Atlanta 96 sama ada dalam

ruangan sukan atau di ruangan khas dan lain-lain ruangan termasuk rencana dan lidah

pengarang.