ucapkanlah 'la adri

3
Ucapkanlah “La Adri” (Aku Tidak Tahu) Dalam karya agung Hujatul Islam al-Imam Ghazali ada menyebut dalam bab pertama kitab Ihya Ulumuddin mengenai perilaku dan kenyataan ulama. Menurut beliau ulama terbahagi kepada dua golongan yakni ulama dunya atau ulama suuk dan ulama akhirah. Ulama dunya adalah ulama yang menggunakan agama demi sedikit kepentingan keduniaan seperti habuan wang ringgit, anugerah dan pangkat. Kebiasaan ulama jenis ini akan mendampingi para penguasa bagi memastikan matlamat mereka tercapai, malah kadang-kala mereka sanggup mengeluarkan fatwa demi membenarkan tindakan penguasa meskipun ianya adalah jelas salah di sisi syarak. Manakala antara ciri utama para ulama akhirat adalah tidak tergesa-gesa dalam mengeluarkan fatwa. Mereka akan sentiasa berdiri teguh dan sentiasa mencari jalan melepaskan diri daripada memberikan fatwa. Kata Imam Ghazali, "Jikalau mereka ditanya mengenai hukum yang benar-benar jelas ada dalam al-Quran dan Sunah, ijmak dan qias maka berfatwalah mereka. Dan apabila ditanya kepada mereka sesuatu yang diragukan, maka mereka akan menjawab, 'La adri (aku tidak tahu)', jika mereka ditanya mengenai sesuatu yang hampir diyakininya, berdasarkan ijtihad dan tekaan mereka, maka mereka akan berhati-hati, mempertahankan diri dan menyerahkan penjawapan kepada orang lain, jika ada kemampuan tersebut pada orang lain." (Ihya Ulumuddin, jidil 1) Kerana ulama akhirat adalah berhati-hati sifatnya, dalam perbuatan mahupun kelakuan. Pada mereka al-hazmu yakni berhati-hati besar manfaatnya, kerana mereka tahu andai ijtihad itu dilakukan tanpa suatu kajian dan ilmu khusus ia menjadi fatwa ikut-ikutan dan pastinya besar implikasinya kepada diri mereka khususnya masyarakat yang mengambil fatwa mereka sebagai pegangan.

Upload: muhammad-ridwan

Post on 20-Jul-2015

341 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapkanlah  'la adri

Ucapkanlah “La Adri” (Aku Tidak Tahu)

Dalam karya agung Hujatul Islam al-Imam Ghazali ada menyebut dalam bab

pertama kitab Ihya Ulumuddin mengenai perilaku dan kenyataan ulama.

Menurut beliau ulama terbahagi kepada dua golongan yakni ulama dunya atau

ulama suuk dan ulama akhirah. Ulama dunya adalah ulama yang menggunakan

agama demi sedikit kepentingan keduniaan seperti habuan wang ringgit, anugerah

dan pangkat.

Kebiasaan ulama jenis ini akan mendampingi para penguasa bagi memastikan

matlamat mereka tercapai, malah kadang-kala mereka sanggup mengeluarkan

fatwa demi membenarkan tindakan penguasa meskipun ianya adalah jelas salah di

sisi syarak.

Manakala antara ciri utama para ulama akhirat adalah tidak tergesa-gesa dalam

mengeluarkan fatwa. Mereka akan sentiasa berdiri teguh dan sentiasa mencari

jalan melepaskan diri daripada memberikan fatwa.

Kata Imam Ghazali, "Jikalau mereka ditanya mengenai hukum yang benar-benar

jelas ada dalam al-Quran dan Sunah, ijmak dan qias maka berfatwalah mereka.

Dan apabila ditanya kepada mereka sesuatu yang diragukan, maka mereka akan

menjawab, 'La adri (aku tidak tahu)', jika mereka ditanya mengenai sesuatu yang

hampir diyakininya, berdasarkan ijtihad dan tekaan mereka, maka mereka akan

berhati-hati, mempertahankan diri dan menyerahkan penjawapan kepada orang

lain, jika ada kemampuan tersebut pada orang lain." (Ihya Ulumuddin, jidil

1) Kerana ulama akhirat adalah berhati-hati sifatnya, dalam perbuatan mahupun

kelakuan.

Pada mereka al-hazmu yakni berhati-hati besar manfaatnya, kerana mereka tahu

andai ijtihad itu dilakukan tanpa suatu kajian dan ilmu khusus ia menjadi fatwa

ikut-ikutan dan pastinya besar implikasinya kepada diri mereka khususnya

masyarakat yang mengambil fatwa mereka sebagai pegangan.

Page 2: Ucapkanlah  'la adri

Rasulullah SAW pernah berpesan: "Ilmu itu ada tiga bahagian: Kitab yang

berbicara, Sunah yang berdiri tegak dan la adri (aku tidak tahu)". (Hadis

direkodkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abdullah bin Umar, hadis

marfu').

Jelas di sini bahawa kemuliaan seorang ulama itu bukan sahaja kepada ketinggian

ilmu mereka namun sikap berhati-hati dan tawaduk mereka. Akhlak sebegini

mungkin akan mendatangkan telahan yang pelbagai dalam kalangan masyarakat

namun mereka sedar bahawa walaupun mereka berilmu pastinya diri mereka juga

punya kelemahan.

Para ulama salafus soleh antara ulama yang mempunyai kualiti ilmu, iman dan

takwa yang tinggi di sisi Allah taala. Namun mereka jua dalam keadaan tertentu

lebih selesa berkata la adri bagi sesuatu hukum dan perkara yang mereka tidak

tekuni.

Berkata la adri juga antara cara yang lembut bagi menyatakan ketidaktahuan

kita. Asy-Sya'bi berkata, "La adri adalah setengah daripada ilmu.

Sesiapa yang berdiam diri kepada perkara yang tidak diketahuinya kerana Allah

taala, maka tidak akan kurang pahalanya berbanding orang yang berkata-kata.

Kerana mengaku bodoh adalah perbuatan yang berat bagi seseorang itu." Begitu

juga halnya yang berlaku kepada Abdullah Ibnu Umar saat dirinya ditanya bagi

mendapatkan fatwa.

Beliau berkata dengan tegas, "Pergilah kepada ketua kamu yang sudah menerima

beban tanggungjawab segala urusan manusia. Maka letakkanlah urusan tersebut

kepadanya."

Demikian juga, adalah mustahil bagi seorang manusia biasa sebagaimana tinggi

dan alimnya ilmu mereka dapat menjawab semua persoalan yang diusulkan.

Sedangkan Rasulullah SAW sendiri apabila ditanya kepada Baginda sesuatu yang

tidak atau belum diketahuinya, tanpa segan dan takut maruahnya sebagai

pemimpin agung orang Islam tercalar, baginda akan menjawab, "La adri." Ibnu

Mas'ud menerangkan, "Orang yang memberi fatwa terhadap semua persoalan yang

diminta kepada mereka fatwanya adalah gila!" Seterusnya beliau menyambung,

"Benteng orang alim itu adalah la adri.

Page 3: Ucapkanlah  'la adri

Jikalau ia menyalahkan benteng itu, maka sesungguhnya bencana akan menimpa di

tempat-tempat mereka berperang." Justeru, wajarlah kita sebagai orang Islam

mengambil iktibar daripada para ulama muktabar salafus soleh dalam urusan

harian kita.

Janganlah menjerumuskan diri kita ke dalam lembah kehinaan hanya kerana

sebuah ego dan takut dianggap orang tidka berilmu.

Setiap persoalan khususnya mnegenai agama dan hukam-hakamnya mesti dijawab

dengan berhati-hatyi agar tidak berlaku penambahan atau pengurangan dan jika

tidak tahu maka jawab sahaja, "La adri."

Ayuh kita hayati kisah daripada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Tatkala

Rasulullah SAW ditanyakan mengenai tempat yang terbaik dan terburuk di bumi,

maka Nabi SAW menjawab, 'La adri.'

Sehingga datang Jibril kepada Baginda dan ditanya kepada Jibril. Jibril menjawab,

"La adri." Sehingga kemudian Allah taala sendiri yang memberitahu kepada

Baginda bahawa tempat yang terbaik adalah masjid, manakala tempat yang

terburuk adalah pasar." (Direkodkan oleh Ahmad, Abu Ya'la, Al-Bazzar dan Al-

Hakim daripada Ibnu Umar).

Bayangkan Rasulullah sendiri tanpa memikirkan betapa malu dirinya yang dianggap

sebagai seorang utusan Allah yang mendapat wahyu apabila menjawab'tidak tahu'

apabila ditanya.

Namun dek kerana dirinya benar-benar tidak tahu, Rasulullah sanggup berkata

tidak tahu berbanding mereka-reka seterusnya berbohong demi tidak mahu

malu. Ini adalah sunnah dan teladan kepada kita umatnya, pengajaran yang sangat

besar ada di sana yakni kejujuran dan kebenaran adalah lebih penting daripada

kesombongan dan maruah diri sendiri.