ucapan persaraan en ibrahim sulong

3
UCAPAN SEMPENA PERSARAAN EN. IBRAHIM SULONG Subhanakala illama alamtana innaka antalalimulhakim Rabbisrahli sodri wasasirli amri wahlulukdatan millisani yafkahukauli Terima kasih kepada pengerusi majlis. Assalamualaikum wbkth dan Salam Sejahtera. Yang Berusaha Tuan Pengetua En Aminuddin Jusoh @ Yusof Yang Berusaha Guru Penolong Kanan Pentadbiran Tuan Hj Johari Mahmud Yang Berusaha Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En Anuar Mohd Amin Yang Berusaha Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum Ust Rosman Daud Yang Dipertua PIBG En._________________________________________________ Serta Yang diraikan En. IBRAHIM SULONG Seterusnya guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak majlis kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan serangkap bicara mewakili guru sempena majlis persaraan seorang guru yang sangat kita hormati, En Ibrahim Sulong. Majlis ini amat bermakna bukan sahaja kepada guru-guru bahkan juga kepada semua warga SMAS. Sesungguhnya seluruh warga sekolah amat menghargai segala jasa bakti serta keringat yang dicurahkan oleh tuan. Perkhidmatan, pengorbanan dan sumbangan tuan yang tidak pernah mengenal erti penat lelah selama hampir 30 tahun telah membawa SMAS ke satu tahap yang lebih baik dan membanggakan pada hari ini. Dalam hal ini, kita amat terhutang budi terhadap perkhidmatan , pengorbanan dan kejayaan yang telah

Upload: kiey02

Post on 25-Jan-2016

118 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan Persaraan en IBRAHIM SULONG

UCAPAN SEMPENA PERSARAAN EN. IBRAHIM SULONG

Subhanakala illama alamtana innaka antalalimulhakimRabbisrahli sodri wasasirli amri wahlulukdatan millisani yafkahukauli

Terima kasih kepada pengerusi majlis.Assalamualaikum wbkth dan Salam Sejahtera.

Yang Berusaha Tuan Pengetua En Aminuddin Jusoh @ YusofYang Berusaha Guru Penolong Kanan Pentadbiran Tuan Hj Johari MahmudYang Berusaha Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En Anuar Mohd AminYang Berusaha Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum Ust Rosman Daud

Yang Dipertua PIBG En._________________________________________________

Serta Yang diraikan En. IBRAHIM SULONG

Seterusnya guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak majlis kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan serangkap bicara mewakili guru sempena majlis persaraan seorang guru yang sangat kita hormati, En Ibrahim Sulong.

Majlis ini amat bermakna bukan sahaja kepada guru-guru bahkan juga kepada semua warga SMAS. Sesungguhnya seluruh warga sekolah amat menghargai segala jasa bakti serta keringat yang dicurahkan oleh tuan.

Perkhidmatan, pengorbanan dan sumbangan tuan yang tidak pernah mengenal erti penat lelah selama hampir 30 tahun telah membawa SMAS ke satu tahap yang lebih baik dan membanggakan pada hari ini. Dalam hal ini, kita amat terhutang budi terhadap perkhidmatan , pengorbanan dan kejayaan yang telah disumbangkan oleh beliau sepanjang berkhidmat di sini. Beliau juga seorang pendidik yang tidak pernah jemu mendidik pelajar ke arah pembentukan sahsiah yang baik serta kecemerlangan akademik yang berterusan.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, yang pastinya setiap perpisahan amat menyedihkan dan menyakitkan. Apabila mengenangkan kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Bagi saya, beliau bukan saja sebagai guru bahkan juga sebagai abang sulung kepada guru-guru dan sebagai bapa kepada pelajar kita dalam keluarga SMAS.

Begitulah perasaan yang kita rasai sekarang. Berat sungguh bagi kita untuk melepaskan pemergiannya kerana sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah banyak menyumbangkan jasa terhadap kemajuan dan perkembangan SMAS.

InsyaAllah, ini akan menjadi dorongan kepada kita yang masih berkhidmat untuk terus mengejar kejayaan dan seterusnya meningkatkan ketahanan serta kecekalan untuk

Page 2: Ucapan Persaraan en IBRAHIM SULONG

mengharungi cabaran pada masa hadapan. Setiap kebaikan yang ditinggalkan pastinya akan menjadi ikutan dan pendorong semangat  kepada kita. Segala jasa baik dan tunjuk ajar tuan hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Terbang merpati ke pohon meranti,Hinggap sebentar membuat sarang,Majlis indah lagi diberkati,Bagi meraikan tuan tersayang.

Tiada kata seindah bicara,Dapat dilafazkan seiring jasa,Tiba ketika tuan bersara,Bakti dicurah di ingatan sentiasa.

Guru-guru dan para pelajar sekalian,Marilah sama-sama kita berdoa, semoga Allah SWT akan melimpah rahmat dan peliharaan kepada beliau dan seisi keluarga agar dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan serta ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama dan bangsa. 

Bagi mengakhiri ucapan, saya mewakili rakan-rakan yang lain ingin memohon ampun dan maaf seandainya ada tingkah laku dan perbuatan kami yang menyinggung hati dan perasaan tuan sama ada disedari mahupun tidak disedari. Halalkan segala ilmu, makan & minum yang telah tuan berikan kepada kami selama ini. Terima kasih di atas segala-galanya. Terima kasih tuan.

Tuai padi antara masak,Esok jangan layu-layuan;Intai kami antara nampak,Esok jangan rindu-rinduan.

Berkilau-kilau cincin permata,Begitu indah cantiknya rupa,Biarpun kelak jauh di mata,Namun di hati tidak kan lupa,

Sekian, terima kasih.