ucapan perasmian-tun ahmad fairuz

7
DRAF UCAPAN PERASMIAN OLEH YAA TUN DATO’ SRI (DR) AHMAD FAIRUZ BIN DATO’ SHEIKH ABDUL HALIM SEMINAR “AHMAD IBRAHIM: PEMIKIRAN DAN SUMBANGAN ILMIAH” DI HOTEL PJ HILTON, PETALING JAYA SELANGOR DARUL EHSAN 21 OGOS 2007 [SELASA] . Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) kerana menjemput saya untuk merasmikan Seminar Ahmad Ibrahim: Pemikiran dan Sumbangan Ilmiah. Usaha mengadakan seminar ini adalah usaha yang sangat murni dan baik, bertepatan dengan keadaan dan ketikanya kerana kurang dua minggu lagi kita akan merayakan ulang tahun kemerdekaan yang ke-50. Walaupun undang-undang negara yang kita amalkan pada hari ini adalah undang-undang yang menurut kerangka undang-undang British, diamalkan sejak sebelum kemerdekaan lagi, tetapi peranan dan kepentingan sesebuah undang-undang itu semestinya dalam keadaan negara telah

Upload: fitriizzat

Post on 17-Jan-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Seminar Ahmad Ibrahim, Sumbangan dan Pemikirannya

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan Perasmian-tun Ahmad Fairuz

DRAF UCAPAN PERASMIAN OLEH YAA TUN DATO’ SRI (DR) AHMAD FAIRUZ BIN

DATO’ SHEIKH ABDUL HALIM SEMINAR

“AHMAD IBRAHIM: PEMIKIRAN DAN SUMBANGAN ILMIAH”

DI HOTEL PJ HILTON, PETALING JAYA SELANGOR DARUL EHSAN 21 OGOS 2007 [SELASA]

.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Institut

Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) kerana menjemput saya

untuk merasmikan Seminar Ahmad Ibrahim: Pemikiran dan Sumbangan Ilmiah. Usaha mengadakan seminar ini adalah

usaha yang sangat murni dan baik, bertepatan dengan

keadaan dan ketikanya kerana kurang dua minggu lagi kita

akan merayakan ulang tahun kemerdekaan yang ke-50.

Walaupun undang-undang negara yang kita amalkan pada

hari ini adalah undang-undang yang menurut kerangka

undang-undang British, diamalkan sejak sebelum

kemerdekaan lagi, tetapi peranan dan kepentingan sesebuah

undang-undang itu semestinya dalam keadaan negara telah

Page 2: Ucapan Perasmian-tun Ahmad Fairuz

merdeka. Penjajahan, penggubalan undang-undang dan

kemerdekaan mempunyai perhubungan yang amat erat.

Bulan yang penuh nostalgik dan bersifat historik ini memang

sangat sesuai untuk dijadikan platform membincangkan isu-

isu yang mempunyai nilai perundangan. Maka, pemilihan

tokoh wibawa perundangan Islam di Malaysia sebagai subjek

dan tema seminar sememangnya bertepatan dengan ini.

2. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada

semua tenaga kerja yang sama-sama menggembleng tenaga,

masa dan kepakaran untuk menjayakan seminar yang sangat

penting dan bermanfaat ini. Profesor Ahmad Ibrahim tokoh

kepada tema seminar ini merupakan penyumbang yang besar

kepada pembangunan undang-undang Islam di Malaysia

terutamanya dan secara umumnya kepada undang-undang

Malaysia.

3. Sebahagian besar daripada kita maklum bahawa Prof.

Ahmad bukanlah anak jati Malaysia, dan beliau berasal dari

Singapura. Akan tetapi mungkin ada yang kurang maklum,

terutamanya di kalangan generasi muda bahawa

penghijrahan beliau ke Malaysia sebenarnya atas sebab-sebab

yang agak sensitif jika hendak diperkatakan; karisma dan

kredibiliti beliau yang kita kagumi sebenarnya tidak sesuai

dengan iklim dan sistem politik di Singapura pada waktu itu.

Malaysia lebih sesuai dengan sahsiah dan aspirasi beliau, dan

Page 3: Ucapan Perasmian-tun Ahmad Fairuz

tentunya pelawaan dari kita yang juga harapan beliau adalah

penerimaan dan pemberian yang membawa rahmat kepada

pembangunan undang-undang Islam di Malaysia.

4. Memulakan kerjaya sebagai Profesor di Universiti

Malaya, beliau kemudiannya menterjemah dan

mengembangkan kepakaran undang-undangnya dalam

pelbagai bentuk sumbangan. Termasuklah dalam penyediaan

kurikulum subjek undang-undang, penulisan, penyelidikan,

menganggotai beberapa jawatankuasa yang bersangkutan

dengan undang-undang, panel hakim rayuan Syariah dan

lain-lain.

5. Saya bersetuju dengan kata-kata Tan Sri Ahmad Sarji

dalam Utusan Malaysia awal tahun yang lalu yang antara

kenyataan beliau, “Pemikiran ilmiahnya yang segar dan

pemikiran undang-undang mencerminkan sahsiahnya yang

harus dikaji, diteliti dan dihayati”. Ini menggambarkan Prof.

Ahmad memiliki teras pemikiran yang bukan sahaja rasional

dan konkrit, relevan pada waktunya dan bersifat praktikal,

malah mempunyai nilai-nilai yang futuristik.

6. Sebagai seorang pengajar, beliau dikenali sebagai

seorang yang sangat berdedikasi. Walaupun dilantik untuk

menjawat pelbagai jawatan pentadbiran dan jawatan-jawatan

yang tidak rasmi, tetapi beliau telah mewajibkan diri beliau

Page 4: Ucapan Perasmian-tun Ahmad Fairuz

untuk memberi kuliah kepada pelajar-pelajar undang-

undang. Apa yang menarik, semasa belajar, beliau telah

membuktikan bahawa beliau adalah seorang pelajar yang

sangat bertanggungjawab dengan amanah yang dipikul di

bahunya. Semasa di universiti beliau kerap menerima

keputusan yang sangat cemerlang. Dalam seminar ini nanti,

saya berharap pembentang dan peserta dapat sama-sama

merumuskan dan mencari faktor, apakah agaknya yang

membolehkan beliau memiliki sifat dedikasi ini dan

meletakkan kecemerlangan luar biasa sebagai matlamat

seorang pelajar? Dan kecemerlangan yang ada pada sahsiah

beliau ini terus dibawa dalam dunia kerjaya.

7. Kita juga mengenali Prof. Ahmad sebagai seorang yang

sangat produktif dalam bidang penulisan. Apakah agaknya

sumber yang menjadi bahan inspirasi beliau dalam tulisan-

tulisan beliau yang awal? Ke manakah agaknya hala tuju

penulisan beliau? Ke mana agaknya beliau mengajak pembaca

dalam memahami undang-undang yang diamalkan? Pada

awalnya di Singapura dan kemudiannya dikembangkan

menurut realiti undang-undang di Malaysia. Saya percaya

Prof. Ahmad mengajak pembaca dari kalangan pengamal

undang-undang atau mereka yang bersangkut-paut dalam

dunia perundangan untuk memahami hasrat dan falsafah

perundangan dengan tepat.

Page 5: Ucapan Perasmian-tun Ahmad Fairuz

8. Adalah sangat baik sekiranya seminar ini berjaya

menelusuri hasil penulisan beliau yang awal sehinggalah pada

waktu-waktu akhir beliau dengan meneliti kesinambungan

idea, konsistensi pemikiran, hala tuju dan destinasi yang

beliau tetapkan. Adakah ia suatu jalinan yang komprehensif

sifatnya jika kita meletakkan Prof. Ahmad sebagai seorang

ahli akademi undang-undang Islam yang berwibawa.

9. Bila kita menyentuh tentang soal meletakan undang-

undang Islam dalam konteks perundangan Malaysia yang

bersifat dualistik, ia suatu fenomena yang kompleks sifatnya.

Pelbagai konflik, pertindanan isu dan seribu satu persoalan

bertempur dalam satu negara yang mengamalkan dua sistem

perundangan yang berbeza.

10. Saya percaya usaha yang telah dilaksanakan oleh

Prof. Ahmad sepanjang hayat beliau adalah disebabkan

beberapa faktor yang nyata. Antaranya adalah untuk

memastikan bahawa perkembangan, pembangunan dan

kewujudan sesuatu undang-undang yang baru itu dibentuk

secara langsung dengan prinsip kesinambungan sejarah

(historical continuity) dan kandungan undang-undang yang

konsisten (inner consistency). Ini kerana masyarakat dan

pengamal undang-undang sebagai pengguna kepada undang-

undang lebih mudah untuk menerima kewujudan undang-

undang yang bersifat begitu.

Page 6: Ucapan Perasmian-tun Ahmad Fairuz

11. Kita juga dapat memastikan bahawa usaha yang

dilakukan oleh Prof. Ahmad adalah dengan satu matlamat

yang nyata, meletakkan undang-undang Islam di

kedudukannya yang paling layak, sekalipun dengan realiti

sistem perundangan negara sebagaimana bentuknya hari ini.

Dalam satu syarahan umum di Universiti London, secara

optimis Prof. Ahmad sebagai berkata, “I have not surprise, may

not now, may be in the next decade, you all will agree with our

Islamic Family Law”.

12. Dengan matlamat sedemikian yang sangat jelas, maka

dilaksanakan bentuk-bentuk sumbangan melalui penglibatan

beliau secara langsung dan tidak langsung dalam dunia

perundangan Islam di Malaysia seperti dalam penggubalan

undang-undang, perincian undang-undang, pindaan atau

pemansuhan undang-undang dan islamisasi atau

harmonisasi. Idea-idea beliau dilihat sebagai saling

memperkukuh antara satu sama lain. Pemantapan terhadap

bentuk dan sifat undang-undang ditafsirkan secara

komprehensif dan praktikal dalam perbicaraan di Mahkamah

Syariah. Kurikulum bagi pengajian undang-undang disusun

secara praktikal, realistik dan futuristik supaya ia menjamin

keperluan masyarakat Islam dapat dipenuhi, dan generasi

muda dalam bidang perundangan dapat meneruskan misi

beliau dalam memartabatkan undang-undang Islam di tempat

yang selayaknya.

Page 7: Ucapan Perasmian-tun Ahmad Fairuz

13. Walaupun demikian, kita memahami bahawa bukan

semua bersetuju dengan idea dan pemikiran beliau. Malah,

pandangan-pandangan secara peribadi ini mungkin terdapat

perselisihan atau pertikaian. Ia adalah sesuatu yang bersifat

lumrah. Namun, kita tentunya akan tetap sepakat

mengatakan bahawa setiap apa yang beliau lakukan adalah

berdasarkan kemurnian jiwa nurani Prof. Ahmad. Kekhilafan

beliau bukanlah alasan untuk menafikan sumbangan yang

telah beliau lakukan sepanjang hayat beliau sama ada di

Singapura dan yang lebih panjang sebenarnya di Malaysia

sendiri. Saya percaya, apa pun warisan pemikiran yang beliau

tinggalkan, harus kita akui sangat penting dalam

perkembangan dan pembangunan undang-undang Islam di

Malaysia. Al-fatihah untuk al-marhum Prof. Ahmad bin

Mohamed Ibrahim.

14. Maka dengan ini, dengan lafaz

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, saya dengan suci hati

merasmikan seminar yang permai ini.

Sekian, wabillahi taufik wal-hidayah, Assalamualaikum warah

matullah.