ucapan perasmian 2014 baru edit

3
CADANGAN TEKS UCAPAN PERASMIAN SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK TAMAN NIRWANA 2014 (TUAN HJ ABD HAMID BIN HUSSAIN PEMANGKU YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA) Terima kasih Saudari/a Pengacara Majlis, 1. Yang Berusaha Puan Maizan binti Hashim Guru Besar SK Taman Nirwana 2. Yang Dihormati Dato’ Zainudin bin Abdul Kadir Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru SK Taman Nirwana 3. Yang Dihormati Dato’ Hj Mustapha bin Yaakub Naib Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru SK Taman Nirwana 4. Yang Dihormati Puan Aliza bt Mohamad Ngasari GPK Pentadbiran dan Kurikulum SK Taman Nirwana 5. Yang Dihormati Puan Norehan bt Rimin GPK Hal Ehwal Murid SK Taman Nirwana 6. Yang Dihormati, En. Halidon b. Samsuri GPK Ko Kurikulum SK Taman Nirwana 7. Yang Dihormati Puan Thevalatha Naidu a/p Thambirajah Penyelia Petang SK Taman Nirwana 8. Ahli jawatankuasa PIBG, ahli jawatankuasa pelaksana majlis, barisan guru-guru, ibu bapa dan murid-murid serta hadirin yang dihormati sekalian. Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Upload: ibney-mia

Post on 25-Dec-2015

243 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

ucapan perasmian

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan Perasmian 2014 Baru Edit

CADANGAN TEKS UCAPAN PERASMIAN SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK TAMAN NIRWANA 2014

(TUAN HJ ABD HAMID BIN HUSSAIN PEMANGKU YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA)

Terima kasih Saudari/a Pengacara Majlis,

1. Yang Berusaha Puan Maizan binti Hashim

Guru Besar SK Taman Nirwana

2. Yang Dihormati Dato’ Zainudin bin Abdul Kadir

Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru SK Taman Nirwana

3. Yang Dihormati Dato’ Hj Mustapha bin Yaakub

Naib Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru SK Taman Nirwana

4. Yang Dihormati Puan Aliza bt Mohamad Ngasari

GPK Pentadbiran dan Kurikulum SK Taman Nirwana

5. Yang Dihormati Puan Norehan bt Rimin

GPK Hal Ehwal Murid SK Taman Nirwana

6. Yang Dihormati, En. Halidon b. Samsuri

GPK Ko Kurikulum SK Taman Nirwana

7. Yang Dihormati Puan Thevalatha Naidu a/p Thambirajah

Penyelia Petang SK Taman Nirwana

8. Ahli jawatankuasa PIBG, ahli jawatankuasa pelaksana majlis, barisan guru-guru, ibu bapa dan

murid-murid serta hadirin yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak sekolah menjemput

saya menghadiri majlis yang gilang-gemilang ini. Majlis seperti ini amat baik dijadikan sebagai

acara tahunan bagi memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang telah menunjukkan prestasi

yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Selain memberi pengiktirafan, majlis

Page 2: Ucapan Perasmian 2014 Baru Edit

ini juga turut menyuntik semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian

masing-masing. Majlis seumpama ini amat perlu dijalankan untuk memberi makna kepada

kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi masa depan negara.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Saya juga berbesar hati memaklumkan bahawa kerajaan telah menyediakan pelbagai peruntukan

yang besar bagi merapatkan jurang pendidikan selaras dengan agenda utama dalam

meningkatkan kecemerlangan pelajar. Bantuan persekolahan yang disediakan mampu memenuhi

matlamat dalam memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang

sama untuk mencapai kecemerlangan sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

Peruntukan-peruntukan ini disediakan seperti Skim Pinjaman Buku Teks, Bantuan Bayaran

Tambahan Persekolahan, Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Baucar Buku 1 Malaysia dan

sebagainya. Peruntukan yang besar daripada kerajaan ini diharapkan dapat menjana

kecemerlangan pendidikan di negara kita selaras dengan cita-cita negara bagi melahirkan para

pelajar dan modal insan yang mampu memartabatkan nama negara di persada antarabangsa.

Diharapkan agar tuan-tuan dan puan-puan dapat memberi galakan dan semangat kepada anak-

anak kita untuk terus maju memandangkan kerajaan telah membelanjakan sejumlah peruntukan

yang besar bagi menjamin kecemerlangan mereka.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada

semua penerima anugerah pada hari ini saya berharap anugerah yang diterima akan menjadi

pendorong dan perangsang kepada murid-murid manakala guru-guru pula perlu terus berusaha

untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah. Selaras dengan hasrat KPM untuk menjadikan

Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, peranan warga guru dalam membangunkan

potensi pelajar secara seimbang merupakan tonggak kekuatan negara.

Seterusnya, saya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Taman Nirwana 2014.

Sekian,wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh. Terima

kasih.