ucapan pembukaan yb lydia ong kok fooi exco negeri...

3
Ucapan Pembukaan YB Lydia Ong Kok Fooi EXCO Negeri Pulau Pinang, Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti; DAN Pengerusi Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC); Pada Bengkel Latihan Bajet Responsif Gender 4-7 & 9-10 April 2012 Rainbow Paradise Beach Resort Pulau Pinang __________________________________________________________________________ Encik Oon Lai Kuan, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mewakili YB Chow Kon Yeow, Pengerusi EXCO Negeri, Pengurusan Trafik Dan Kerajaan Tempatan, Pulau Pinang yang tidak dapat bersama dengan kita pagi ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Hajjah Patahiyah Ismail, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang juga tidak dapat bersama kita pada pagi ini atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Puan Maimunah Mohd Sharif, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang akan hadir pada sesi petang ini. Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC). Tuan-tuan dan Puan-puan, Selamat pagi dan salam sejahtera diucapkan kepada hadirin sekalian. Selamat datang ke bengkel latihan Bajet Responsif Gender. Terima kasih di atas komitmen dan minat anda sekalian untuk menghadiri dan mengambil bahagian dalam bengkel latihan ini dengan hasrat menyumbang kepada masyarakat melalui Bajet Responsif Gender. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, di atas penubuhan Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (Penang Women’s Development Corporation (PWDC)) yang mula beroperasi pada Januari 2012 di bawah portfolio Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti. Ia merupakan satu mekanisme pelaksana untuk

Upload: doannguyet

Post on 06-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan Pembukaan YB Lydia Ong Kok Fooi EXCO Negeri …mobipotcms.com/storage/upload/brg/files/media_centre/statements... · mengurus serta mengendalikan idea dan perancangan program

Ucapan Pembukaan

YB Lydia Ong Kok Fooi

EXCO Negeri Pulau Pinang, Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Komuniti; DAN Pengerusi Perbadanan Pembangunan

Wanita Pulau Pinang (PWDC);

Pada Bengkel Latihan Bajet Responsif Gender

4-7 & 9-10 April 2012

Rainbow Paradise Beach Resort Pulau Pinang

__________________________________________________________________________

Encik Oon Lai Kuan, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

yang mewakili YB Chow Kon Yeow, Pengerusi EXCO Negeri, Pengurusan Trafik Dan

Kerajaan Tempatan, Pulau Pinang yang tidak dapat bersama dengan kita pagi ini

atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Hajjah Patahiyah Ismail, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

yang juga tidak dapat bersama kita pada pagi ini atas sebab yang tidak dapat

dielakkan.

Puan Maimunah Mohd Sharif, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai

(MPSP) yang akan hadir pada sesi petang ini.

Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan

Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC).

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Selamat pagi dan salam sejahtera diucapkan kepada hadirin sekalian. Selamat

datang ke bengkel latihan Bajet Responsif Gender. Terima kasih di atas komitmen

dan minat anda sekalian untuk menghadiri dan mengambil bahagian dalam

bengkel latihan ini dengan hasrat menyumbang kepada masyarakat melalui Bajet

Responsif Gender.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, di atas

penubuhan Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (Penang Women’s

Development Corporation (PWDC)) yang mula beroperasi pada Januari 2012 di

bawah portfolio Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pembangunan

Wanita, Keluarga dan Komuniti. Ia merupakan satu mekanisme pelaksana untuk

Page 2: Ucapan Pembukaan YB Lydia Ong Kok Fooi EXCO Negeri …mobipotcms.com/storage/upload/brg/files/media_centre/statements... · mengurus serta mengendalikan idea dan perancangan program

mengurus serta mengendalikan idea dan perancangan program pembangunan

wanita. Satu langkah positif yang jelas menunjukkan komitmen yang tinggi

daripada pihak kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membangunkan dan

memperkasakan wanita dan peranan mereka dalam masyarakat di samping

memperjuangkan keadilan sosial dan gender. PWDC berfungsi untuk menasihati

EXCO Negeri bagi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti dalam merangka

dasar, melaksanakan advokasi dan kesaksamaan sosial serta tadbir urus yang baik

di Pulau Pinang.

Hadirin sekalian,

Lazimnya, suara-suara komuniti yang tidak kelihatan (Invisible Voice) seperti

golongan wanita, minoriti dan Orang Kelainan Upaya (OKU) jarang didengari dan

diketengahkan oleh pihak autoriti. Keperluan-keperluan dan pandangan mereka

dipandang ringan dan jarang dipenuhi dengan baik dan secara efisien. Atas

kesedaran ini, Pulau Pinang mengambil inisiatif untuk melaksanakan BRG, satu

Projek Perdana (Flagship Project) yang akan dilaksanakan oleh PWDC yang akan

berjalan selama tiga tahun.

Projek BRG ini diharapkan akan dapat memastikan peruntukan dan pembahagian

Bajet Negeri dan Kerajaan Tempatan disalurkan mengikut keperluan yang berbeza

di kalangan kelompok yang berlainan seperti kelompok Wanita, Lelaki, Kanak-

kanak ,Orang Kelainan Upaya (OKU) dan sebagainya. Untuk makluman, Projek

BRG telah dilaksanakan di lebih 60 buah negara di serata dunia dan

kebanyakannya berjaya dicapai dalam masa yang singkat. Antara negara-negara

contoh yang berjaya melakukan Projek BRG ini adalah India, Filipina, Australia,

Norway dan Sweden. Dan Pulau Pinang merupakan negeri pertama di Malaysia

mengorak langkah kehadapan untuk tujuan ini. Para hadirin sekalian seharusnya

turut berbangga kerana anda ada lah di antara yang terpilih dan diberi peluang

keemasan untuk melakukan perubahan positif di peringkat negeri untuk

penambahbaikan taraf masyarakat Pulau Pinang.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis

Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)

di atas sumbangan sepadu merangkuli RM 463 ribu yang diagihkan ke atas projek

BRG ini. Terima kasih juga kepada pihak Pusat penyelidikan Pembangunan Wanita

(KANITA), USM dan Persatuan untuk Tadbir Urus Baik dan Kesaksamaan Gender

Page 3: Ucapan Pembukaan YB Lydia Ong Kok Fooi EXCO Negeri …mobipotcms.com/storage/upload/brg/files/media_centre/statements... · mengurus serta mengendalikan idea dan perancangan program

(3Gs) kerana telah mengorak langkah pertama dalam mengarus perdanakan

gender dan BRG.

Tidak lupa ucapan terima kasih kepada tenaga pelatih utama untuk bengkel

latihan Bajet Responsif Gender ini, Dr. Jeanne Illo dan Encik James Lochhead.

Kedua-dua individu tersebut mempunyai latar belakang dan pengalaman yang

sangat baik dalam bidang ini. Dr Jeanne Illo merupakan seorang yang

berpengalaman dalam analisis gender, perancangan dan bajet, penyelidikan dan

pembangunan wanita, gender dan tadbir urus, hak ekonomi wanita dan

sebagainya. Manakala Encik James Lochhead pula telah lama berkecimpung dalam

penyelidikan-penyelidikan dasar sosial dan aktiviti-aktiviti komuniti seperti

Jaringan Utara Migrans dan Pelarian (Northern Network with Migrants and

Refugees) dan Kempen Kesedaran Kanser untuk Hidup (Relay for Life cancer

awareness campaign). Beliau juga membantu dalam perjalanan demokrasi

tempatan dan urus tadbir yang baik selain berpengalaman lebih 30 tahun dalam

isu gender.

Terima kasih juga kepada lain-lain tenaga pelatih undangan, Datin Profesor Dr

Rashidah Shuib, Profesor dan Pengarah Pusat penyelidikan Pembangunan Wanita

(KANITA), USM ; Dr Cecilia Ng Choon Sim, Penasihat Projek BRG ; Tuan Haji

Rozali, Setiausaha Perbandaran MPSP ; Encik Hairay Md Yusof , Pengarah

Perbendaharaan MPSP ; Profesor Madya Dr Intan Osman dari KANITA, USM ; dan

Dr Lilis Surienty Abd Talib, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pengurusan, USM.

Terima kasih juga kepada Ahli Lembaga Pengarah serta Ketua Pegawai Eksekutif

PWDC, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis

Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kerana menyokong program latihan PWDC

dengan menghantar peserta-peserta serta terima kasih kepada kakitangan PWDC

yang bekerja dalam projek dan bengkel latihan ini.

Selamat menjalani latihan kepada para peserta sekalian. Semoga bengkel latihan

BRG ini dapat berjalan dengan lancar dan sukses serta menjadi sebuah titik

permulaan untuk melaksanakan BRG di Pulau Pinang dengan baik. Bersama-sama

kita membuat perubahan, bersama-sama kita menerajui.

Sekian, terima kasih.