norzawati binti abd wahab - fp.utm.my · 160 kilometer 7, kuala ibai, prof. dr. noor azlan ... umi...
TRANSCRIPT
KEBERKESANAN PENGAJARAN MIKRO TERHADAP KEMAMPUAN GURU
PELATIH DI JABATAN SAINS DAN MATEMATIK, FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI SEMASA MENJALANI
LATIHAN MENGAJAR
NORZAWATI BINTI ABD WAHAB
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KEBERKESANAN PENGAJARAN MIKRO TERHADAP KEMAMPUAN
GURU PELATIH DI JABATAN SAINS DAN MATEMATIK, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya : NORZAWATI BINTI ABD WAHAB___________________
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: Nama Penyelia : 160 KILOMETER 7, KUALA IBAI, PROF. DR. NOOR AZLAN 20400 KUALA TERENGGANU. AHMAD ZANZALI TERENGGANU Tarikh: 28 April 2008 Tarikh: 28 April 2008
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Sains)”.
Tandatangan : ..........................................
Nama Penyelia : PROF. DR. NOOR AZLAN AHMAD ZANZALI
Tarikh : 28 April 2008
i
KEBERKESANAN PENGAJARAN MIKRO TERHADAP KEMAMPUAN GURU
PELATIH DI JABATAN SAINS DAN MATEMATIK, FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI SEMASA MENJALANI
LATIHAN MENGAJAR
NORZAWATI BINTI ABD WAHAB
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ...........................................
Nama Penulis : NORZAWATI BINTI ABD WAHAB
Tarikh : 28 April 2008
iii
DEDIKASI
Alhamdulilah.......
Ku panjatkan jutaan kesyukuran ke hadrat Ilahi
Dengan izinMu, rahmatMu, hidayahMu
Maka selesailah laporan projek sarjana muda ini..
Istimewa buat....
Ayah yang dihormati... Encik Abd Wahab bin Ngah
Emak yang dikasihi... Puan Rafeah binti Ripin
Sesungguhnya, kalianlah segalanya untukku....
Akan ku kenang segala jasamu...
Akan ku abadikan kasih sayangmu...
Teristimewa juga buat adik beradikku,
Abg D , Apis , Izeri dan Uda
Kalian adalah penerang hidupku... Penawar resahku...
Sesungguhnya kejayaan ini milik kita bersama...
Buat sahabatku dan rakan-rakanku...
Umi, Ita, Lydia serta Rakan 4 SPN...
Kalian adalah semangatku... Pembakar ilhamku...
Terima kasih atas segalanya...
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah dengan syukur kehadrat Illahi dan dengan limpah kurnia-Nya,
maka saya telah menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat saya untuk mendapatkan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains).
Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah diri dan tulus
ikhlas merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia projek saya, Prof. Dr. Noor
Azlan Ahmad Zanzali atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang
diberikan sepanjang penyelidikan bagi projek sarjana muda ini.
Kepada keluarga tercinta yang sentiasa memberikan sokongan dalam meniti
perjuangan menuntut ilmu ini. Iringan doa agar keutuhan keluarga akan kekal ke akhir
hayat dipanjatkan kepada Allah SWT.
Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta semua
pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
penyelidikan ini. Kepada Allah jua saya panjatkan doa agar diberi pembalasan yang
setimpal dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan
tetap dikenang hingga akhir hayat.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan Pengajaran Mikro terhadap
kemampuan guru pelatih di Jabatan Sains dan Matematik, Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai semasa menjalani latihan mengajar. Matlamat kajian ini
adalah berpandukan kepada empat objektif kajian iaitu untuk mengenalpasti tahap
kemahiran penulisan rancangan pengajaran, tahap kemahiran penyampaian pengajaran,
tahap menyediakan bahan bantu mengajar dan yang terakhir peranan kelas pengajaran
mikro dalam membantu pelajar semasa menjalani latihan mengajar. Kajian yang
dilakukan adalah berbentuk kuantitatif iaitu menggunakan soal selidik sebagai instrumen
kajian. Sampel kajian melibatkan 80 orang guru pelatih 3 SPC, 3 SPF, 3 SPM dan 3
SPN. Data yang diperolehi diproses dengan menggunakan Perisian Window Statistical
Package For Social Science (SPSS) versi 12.0. Kajian ini menggunakan ujian statistik
deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keempat-empat objektif yang dikaji
mempunyai min yang tinggi dan yang paling tinggi adalah kemahiran menyediakan
bahan bantu mengajar. Secara keseluruhannya, guru pelatih mempunyai tahap
kemahiran yang tinggi dalam pengajaran mikro dan mampu untuk mengaplikasikannya
semasa latihan mengajar.
vi
ABSTRACT
This research was conducted in order to identify the effectiveness of micro teaching
course on the teacher trainees’ ability, in Science and Mathematic Department,
Education Faculty, UTM Skudai while during the practical teaching. The goal of this
research is based on four research objectives which are to identify the level of lesson
plan writing skills, the level of delivery teaching skills, the level of preparing teaching
aids and lastly is the role of micro teaching class in helping students while during the
practical teaching. The method of analysis for this research is accumulated in the form of
quantitative. A set of questionnaire was used as an instrument for the research. The
sample of this research involves 80 practical teachers which are 3 SPC, 3 SPF, 3 SPM
and 3 SPN. The collected data was analyzed by using the Statistical Package for Social
Science (SPSS) version 12.0. The descriptive statistics were used in this research. The
result of the research showed that all the variables were at high levels and the highest is
skill to prepared teaching aids. Overall, practical teachers have highest skills level in
micro teaching and able to apply it during practical teaching.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN STATUS -
AKUAN PENYELIA -
MUKA DEPAN i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
viii
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 8
1.9 Penutup 10
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 11
2.2 Peranan Latihan Mengajar 11
2.3 Peranan Tahap Kemahiran Penulisan
Rancangan Pengajaran 13
2.3.1 Objektif Pengajaran-Pembelajaran 14
2.3.2 Set Induksi 15
2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16
2.3.4 Penutup Pengajaran 17
2.4 Peranan Tahap Kemahiran Penyampaian Pengajaran 18
2.4.1 Komunikasi 19
2.4.2 Penguasaan Kemahiran Penyampaian
Dan Menerang 19
2.4.3 Pendekatan Dan Strategi Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran 21
2.4.4 Penerapan Nilai Murni 22
2.5 Peranan Tahap Kemahiran Menyediakan
Bahan Bantu Mengajar 24
2.6 Kesimpulan 25
ix
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 27
3.2 Rekabentuk Kajian 28
3.3 Tempat Kajian 28
3.4 Populasi Dan Persampelan Kajian 29
3.5 Instrumen Kajian 31
3.5.1 Bahagian A 31
3.5.2 Bahagian B 32
3.6 Keesahan Soal Selidik 33
3.7 Kajian Rintis 34
3.8 Kajian Sebenar 34
3.9 Kebolehpercayaan Soal Selidik 35
4.0 Analisis Data 36
4.1 Prosedur Kajian 38
4.2 Kesimpulan 39
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 40
4.2 Analisis Data Bahagian A 40
4.2.1 Jantina 41
4.2.2 Bangsa 41
4.2.3 Kursus 42
4.2.4 Umur 42
4.2.5 Mata Pelajaran Yang Di Ajar Semasa
Latihan Mengajar 43
4.3 Analisis Data Bahagian B 43
4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian Pertama 46
x
4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian Kedua 50
4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian Ketiga 54
4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian Keempat 58
4.4 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian A 61
4.5 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian B 62
4.6 Kesimpulan 63
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 64
5.2 Rumusan 64
5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 65
5.2.2 Rumusan Berdasarkan Item Yang
Dikemukakan 67
5.3 Perbincangan 68
5.3.1 Tahap Kemahiran Penulisan
Rancangan Pengajaran 69
5.3.2 Tahap Kemahiran Penyampaian
Pengajaran 71
5.3.3 Tahap Kemahiran Menyediakan
Bahan Bantu Mengajar 73
5.3.4 Peranan Kelas Pengajaran Mikro 76
5.4 Kesimpulan Kajian 77
5.5 Cadangan 78
5.5.1 Pelajar/Guru Pelatih 79
5.5.2 Fakulti Pendidikan 79
5.5.3 Pensyarah 80
5.5.4 Penyelia Latihan Mengajar 80
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Penentuan Saiz Sampel ( Krejcie, R.V & Morgan D.W) 30
3.2 Bilangan Sebenar Pelajar Tahun 3 Jabatan Sains dan Matematik,
Fakulti Pendidikan. UTM Skudai 30
3.3 Pengkelasan Nombor Dalam Skala Likert 33
3.4 Nilai Alpa Cronbach 35
3.5 Skala Tahap Persetujuan 37
3.6 Pengkelasan Maklumbalas/ Perubahan Skala Likert Lima Mata
Kepada Dua Mata 37
4.1 Kekerapan Dan Peratusan Jantina Responden 41
4.2 Kekerapan Dan Peratusan Bangsa Responden 41
4.3 Kekerapan Dan Peratusan Kursus 42
4.4 Kekerapan Dan Peratusan Umur Responden 42
4.5 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar
Oleh Responden 43
4.6 Item-item Mengikut Persoalan Kajian 44
4.7 Pengkelasan Skala Terhadap Item 45
4.8 Skala Min 45
4.9 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 45
4.10 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Terhadap Tahap
Kemahiran Penulisan Rancangan Pengajaran 46
4.11 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Terhadap Tahap
Kemahiran Penyampaian Pengajaran 50
xiii
4.12 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Terhadap Tahap
Kemahiran Menyediakan Bahan Bantu Mengajar 54
4.13 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Terhadap Peranan
Kelas Pengajaran Mikro Dalam Menjalani Latihan Mengajar 58
4.14 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 62
xiv
SENARAI SINGKATAN
% - Peratus
Bil. - Bilangan
f - Kekerapan
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
LM - Latihan Mengajar
N - Saiz Populasi
S - Saiz Sampel
SPC - Sarjana Muda Sains Serta pendidikan (Kimia)
SPF - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
SPM - Sarjana Muda Sains Serta pendidikan (Matematik
dan Fizik/Kimia)
SPN - Sarjana Muda Sains Serta pendidikan (Sains)
SPSS - Statistic Package Of Scince Social
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Penentuan Saiz Sampel Bagi Populasi
B Borang Soal Selidik Pelajar
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada Fakulti
D Surat Pengesahan Instrumen Kajian
E Kajian Rintis ( Realibility Analisis-Scale (Alpha))
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun. Ini
bersesuaian dengan hasrat pemimpin negara yang ingin menjadikan Malaysia sebuah
negara maju pada tahun 2020 seperti yang terdapat dalam Wawasan 2020. Untuk
menjadi sebuah negara yang maju, keperluan untuk meningkatkan taraf pendidikan
rakyat Malaysia adalah sangat penting supaya lebih ramai penduduk Malaysia
mempunyai pencapaian yang tinggi dalam bidang akademik dan cemerlang dalam
bidang pendidikan.
Secara umumnya, pengajaran adalah satu sistem tindakan yang bertujuan
mengerakkan pembelajaran. Proses pengajaran melibatkan penyusunan dan manipulasi
sesuatu keadaan di mana terdapat rintangan atau halangan yang perlu diatasi oleh
individu. Jadi, tujuan pengajaran adalah memberikan pengetahuan dan kemahiran, di
samping membentuk dan mengembangkan nilai yang diperlukan oleh individu bagi
melakukan tugas pembelajaran.
Proses pengajaran melibatkan beberapa aktiviti termasuk merancang (menyusun
bahan dan aktiviti), mengelola, menyampai, membimbing, meransang dan menilai
pembelajaran pelajar. Pengajaran yang berkesan bergantung pada kemampuan guru
2
merancang episod pembelajaran ke arah matlamat pendidikan yang dikehendaki. Jadi
tugas utama guru semasa proses pengajaran adalah menyediakan aktiviti pembelajaran
yang terancang kepada pelajar, bukannya memindahkan pengetahuan.
Para pendidik mungkin mempunyai pandangan berbeza mengenai bagaimana
seseorang itu boleh dilatih untuk mengajar. Walau bagaimanapun kesemua mereka
bersetuju bahawa kebolehan mengajar perlu dilatih dan tidak boleh dianggap sebagai
sesuatu bakat yang berkembang secara semulajadi. Oleh itu, latihan haruslah diadakan
untuk melatih guru supaya mereka mampu menjalankan proses pengajaran dengan lebih
berkesan. Ini kerana ia bukannya proses yang mudah. Ia memerlukan bentuk latihan
yang sistematik dalam aspek teori dan praktikal.
Program latihan mengajar merupakan komponen penting dalam kursus
pendidikan perguruan. Ia dijalankan untuk merealisasikan teori dan praktikal yang telah
dipelajari oleh guru pelatih dalam kuliah. Melalui pengalaman sebenar dan di bawah
penyeliaan, latihan mengajar boleh membantu guru pelatih supaya dapat melaksanakan
kerja guru dengan lebih “professional”. Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran
berlaku secara berkesan, guru pelatih perlulah meningkatkan setiap kemahiran yang
terlibat. Antaranya yang paling berkesan yang boleh digunakan untuk mencapai objektif
ini ialah melalui pengajaran mikro.
Pengajaran mikro berasal di Universiti Stanford pada tahun 1963 dan ia adalah
salah satu dari perkembangan yang amat penting dalam bidang latihan perguruan. Pada
asasnya, pengajaran mikro merupakan satu kelas simulasi di mana keadaan pengajaran
boleh dikawal dengan mudahnya. Umpamanya, dalam pengajaran mikro, keadaan kelas
biasanya adalah dikecilkan dan masalah-masalah kompleks adalah dikurangkan. Situasi
seperti tersebut membolehkan seorang guru pelatih memperoleh kemahiran pengajaran
satu persatu secara beransur-ansur.
3
Menurut Allen dan Ryan (1969), di dalam buku Mook Soon Sang (2001) butir-
butir utama dalam pengajaran mikro adalah seperti berikut:
i. Ia adalah pengajaran sebenar. Meskipun keadaan pengajaran itu adalah
berbentuk simulasi, ia adalah dijalankan seperti yang dilakukan dalam kelas
biasa.
ii. Ia mengurangkan masalah-masalah kompleks seperti saiz kelas, isi kandungan
dan masa yang biasa dihadapi dalam keadaan kelas di sekolah.
iii. Ia memusatkan perhatian kepada latihan dalam kemahiran pengajaran.
iv. Ia membenarkan keadaan pengajaran dikelolakan dengan lebih rapi.
v. Ia memberi peluang kepada seseorang guru pelatih menonton rakaman
pengajarannya serta membincang dan menilai pengajarannya dengan penyelianya
bersama guru-guru pelatih yang lain. Berikutan perbincangan tersebut, ia boleh
merancang untuk mengajar semula.
1.2 Latar belakang Masalah
Program latihan mengajar yang dianjurkan oleh UTM merupakan satu daripada
syarat yang diwajibkan untuk bakal guru bagi mendapatkan kelayakan untuk menjadi
seorang guru. Latihan mengajar ini merupakan peluang pertama bagi bakal guru untuk
mengamalkan teori-teori , kaedah-kaedah dan pendekatan-pendekatan yang diperolehi
daripada perkuliahan.
Untuk melahirkan generasi yang mempunyai pengetahuan teknologi tinggi,
mereka haruslah bermula daripada sekolah. Tetapi sebelum itu guru-guru di sekolah
perlu dilatih supaya dapat mencapai matlamat negara untuk membawa perubahan
kepada generasi baru dan bersedia untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan.
4
Sehingga kini masih ramai lagi guru sekolah mempertikaikan kelemahan-
kelemahan guru-guru pelatih apabila guru pelatih tersebut menjalankan latihan mengajar
di sekolah-sekolah mereka. Antara isu yang sering diperkatakan adalah guru-guru
pelatih masih gagal memanfaatkan apa yang dipelajari dalam subjek pengajaran mikro
semasa menjalani latihan mengajar. Ada segelintir guru-guru sekolah juga membuat
tanggapan bahawa sesetengah guru pelatih tidak mempunyai pengalaman mengajar
langsung seolah-olah tidak dilatih dengan betul.
Antara isu-isu lain yang sering timbul apabila bercakap mengenai kelemahan
guru-guru pelatih ini adalah seperti berikut
Masalah 1 : Penyediaan Rancangan Pengajaran
Menurut Ishak Haron (1993), disepanjang penyeliaannya, terdapat guru pelatih
yang menghadapi masalah semasa menjalani latihan mengajar. Masalah ini termasuklah
masalah kurang membuat persediaan, gagal mengawal disiplin murid, dan masalah
peribadi. Menurutnya lagi, ada pelajar yang tidak menyediakan rancangan pengajaran
yang hendak diajar dan apabila penyelia datang dia menggunakan rancangan pengajaran
yang pernah diajar dahulu. Dengan menggunakan blanco, dia mengubah tarikh yang
tercatat dalam rancangan pengajaran. Ada yang menyediakan separuh sahaja dan
apabila mengajar dia tidak dapat mengajar dengan lancar.
Masalah 2 : Penyediaan Alat Bantu Mengajar
Menurut Abd. Ghafar Md.Din (1993), ketika latihan mengajar, ramai guru-guru
pelatih yang rajin membuat alat bantu mengajar (ABM). Tetapi terdapat juga guru
pelatih yang malas membuat ABM. Walau bagaimanapun, guru pelatih tersebut tidak
mahu pula mengosongkan ruang menulis ABM dalam rancangan pengajarannya. Guru
pelatih tersebut menulis :
Alat Bantu Mengajar : Papan tulis, kapur putih, kapur-kapur warna dan pemadam
papan tulis
5
Masalah 3 : Penyampaian Pengajaran
Robiah Sidin (1998) berpendapat, terdapat guru-guru yang lemah dalam aspek
kemahiran belajar ditahap yang lebih tinggi serta memerlukan imaginasi dan kreativiti.
Ini kerana proses pengajaran memerlukan kekreativitian yang tinggi untuk mewujudkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan.
Zainun Ishak (1993), mendapati bahawa guru-guru pelatih tidak tahu
mengaitkan apa yang dipelajari semasa kuliah dengan pengetahuan dan kemahiran
dalam mata pelajaran yang diajar.
1.3 Penyataan Masalah
Memandangkan beberapa masalah yang dihadapi seperti yang dijelaskan dalam
latar belakang tadi, penyelidik ingin membuat kajian untuk mengetahui sejauh mana
keberkesanan pengajaran mikro Pelajar Tahun 3 di Jabatan Sains dan Matematik Sesi
2007/2008 semasa menjalani latihan mengajar sebenar.
Dalam kajian ini penyelidik ingin mengenal pasti tahap kemahiran dalam diri
pelajar terhadap subjek Pengajaran Mikro (dari aspek penulisan rancangan pengajaran,
penyampaian pengajaran dan menyediakan bahan bantu mengajar) dalam membantu
pelajar menjalani latihan mengajar. Penyelidik juga ingin mengenal pasti sama ada
kelas pengajaran mikro dapat membantu pelajar semasa menjalani latihan mengajar atau
tidak.
6
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dilakukan bagi mencapai beberapa objektif yang ingin disasarkan
iaitu:
i. Mengenal pasti tahap kemahiran penulisan rancangan pengajaran yang
telah dipelajari oleh pelajar Tahun 3 di Jabatan Sains dan Matematik
semasa mengikuti kelas pengajaran mikro pada semester II sesi
2006/2007.
ii. Mengenal pasti tahap kemahiran penyampaian pengajaran yang telah
dipelajari oleh pelajar Tahun 3 di Jabatan Sains dan Matematik semasa
mengikuti kelas pengajaran mikro pada semester II sesi 2006/2007.
iii. Mengenal pasti tahap kemahiran menyediakan bahan bantu mengajar
yang telah dipelajari oleh pelajar Tahun 3 di Jabatan Sains dan Matematik
semasa mengikuti kelas pengajaran mikro pada semester II sesi
2006/2007.
iv. Mengenal pasti sama ada kelas pengajaran mikro dapat membantu pelajar
semasa menjalani latihan mengajar.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan utama kajian ialah:
i. Apakah tahap kemahiran penulisan rancangan pengajaran yang telah
dipelajari oleh pelajar Tahun 3 di Jabatan Sains dan Matematik semasa
mengikuti kelas pengajaran mikro pada semester II sesi 2006/2007?
ii. Apakah tahap kemahiran penyampaian pengajaran yang telah dipelajari
oleh pelajar Tahun 3 di Jabatan Sains dan Matematik semasa mengikuti
kelas pengajaran mikro pada semester II sesi 2006/2007?
7
iii. Apakah tahap kemahiran menyediakan bahan bantu mengajar yang telah
dipelajari oleh pelajar Tahun 3 di Jabatan Sains dan Matematik semasa
mengikuti kelas pengajaran mikro pada semester II sesi 2006/2007.
iv. Adakah kelas pengajaran mikro dapat membantu pelajar semasa
menjalani latihan mengajar?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan yang tertentu. Penyelidik berharap
hasil daripada kajian ini dapat memberikan manfaat kepada pihak-pihak berikut:
i. Pelajar
Dengan adanya hasil kajian ini ia dapat membantu menyedarkan pelajar betapa
pentingnya pengajaran mikro sebelum seseorang pelajar itu menghadapi sesi
pengajaran yang sebenar semasa latihan mengajar mahupun untuk kerjaya sebagai
guru kelak.
ii. Fakulti Pendidikan
Pihak Fakulti Pendidikan boleh mengambil tindakan untuk menyusun strategi
dengan berdasarkan dapatan yang diperolehi bagi mempertingkatkan lagi
pengajaran mikro supaya penggunaanya lebih berkesan dalam latihan mengajar oleh
guru pelatih.
iii. Pensyarah
Para pensyarah yang mengajar pengajaran mikro boleh menggunakan hasil dapatan
kajian ini sebagai rujukan serta garis panduan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran untuk guru pelatih pada sesi akan datang.